Inisiatif Jualan Termurah MADANI ini menekankan barangan-barangan dijual lebih rendah daripada harga pasaran untuk memberi lebih kuasa beli kepada rakyat tatkala dihimpit dengan kelonjakan sara hidup.
Seperti YAB Perdana Menteri ibrarkan, Jualan Termurah MADANI ini afdhal diperluaskan di seantero negara dan dikerapkan lagi anjurannya.
YAB Perdana Menteri berterima kasih kepada Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) yang memerah keringat menjayakan Jualan Termurah MADANI, termasuk di Bandar Perda ini. YAB Perdana Menteri akui keperitan rakyat mengendong beban kos sara hidup yang kian melonjak.
YAB Perdana Menteri berharap Jualan Termurah MADANI dapat sedikit sebanyak meringankan beban rakyat di saat getir ini.
#MalaysiaMADANI
Sumber Video: RTM
Similar Posts:
- PM ANWAR BERI KEUTAMAAN TANGANI ISU KOS SARA HIDUP
- BELANJAWAN 2023 MENJAWAB BEBERAPA PERSOALAN DIDEPANI KERAJAAN – PM ANWAR
- PM ANWAR PENGERUSIKAN MESYUARAT KHAS MAJLIS TINDAKAN SARA HIDUP NEGARA
- PM ANWAR ARAH JABATAN KERAJAAN BANGUNKAN WAHANA UNTUK LAKSANA SUBSIDI BERSASAR
- SUBSIDI BERSASAR : PM ANWAR BERI JAMINAN KEPENTINGAN PIHAK INDUSTRI TURUT DIBERI PERHATIAN