19 september 2022| Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti-Rasuah (JKKMAR) Siri 16 Bilangan 2 Tahun 2022

19 september 2022 | YAB Perdana Menteri telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti-Rasuah (JKKMAR) Siri 16 Bilangan 2 Tahun 2022.

Mesyuarat bersetuju:
đź“ŚJawatankuasa Pertukaran Pegawai PBT diwujudkan di bawah kuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang akan melaksanakan pertukaran pegawai PBT ke PBT yang lain.

đź“ŚPindaan Akta Audit 1957 (Akta 62) oleh Jabatan Audit Negara (JAN) bagi memperkasa profesionalisme dan menjamin kebebasan peranan Ketua Audit Negara (KAN)

đź“ŚMekanisme Perisytiharan Harta Anggota Pentadbiran, Ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Negara oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan diperkukuhkan

đź“ŚPindaan dan penambahbaikan Kod Etika Bagi Anggota Pentadbiran dan Ahli Parlimen sedia ada akan dilaksanakan.

đź“ŚKetua Pegawai Eksekutif daripada Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) termasuk ahli Badan Kehakiman perlu mengisytiharkan harta kepada pihak SPRM.

đź“ŚPelaksanaan penilaian semula hala tuju Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan peruntukan geran tahunan yang tetap melalui GIACC bagi tempoh tiga tahun bermula tahun 2023 hingga 2025

đź“ŚPeranan IIM akan diperkukuhkan berdasarkan tiga fungsi teras utama merangkumi aspek Pendidikan, Advokasi dan Latihan, Penyelidikan dan Penerbitan serta Kerjasama Strategik.

Kenyataan Media ini boleh dicapai di https://www.pmo.gov.my/…/kenyataan-media-berkaitan…/ #PejabatPerdanaMenteri #PM9 #KeluargaMalaysia #ismailsabri #jkkmar #KeluargaMalaysia

Similar Posts:

Posted on September 19, 2022
29 views
Share:
Scroll to top
Telegram Pejabat Perdana Menteri

Info

Lorem ipsum dolor sit amet consectetur adipisicing.