TEKS VERBATIM YAB PERDANA MENTERI : MAJLIS ILMU MADANI BERSAMA SHEIKH PROFESSOR DR ALI MUHYIDDIN AL-QARAHDAGHI
27 November 2026
Skip to content
TEKS UCAPAN VERBATIM
YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM
PERDANA MENTERI
SEMPENA
MAJLIS ILMU MADANI BERSAMA SHEIKH PROFESSOR DR. ALI MUHYIDDIN AL-QARAHDAGHI
27 NOVEMBER 2026 | JUMAAT | 7.30 MALAM
KOMPLEKS SERI PERDANA
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Alhamdulillahilladzi arsala rasulahu bil huda wa dinil haq liyuzhirahu ‘alad dini kullihi wa kafa billahi syahida. Wa shalli wasallim ‘ala rasulihil karim wa ‘ala alihi wa sahbihi ajma’in.
- Fadhilatus Syeikh Dr. Ali Muhyiddin al-Qaradaghi, Ra’is al-Ittihad al-‘Alami li ‘Ulama al-Muslimin. Yang itu bahasa arabnya lah. (nada berseloroh)
- Bi lughatil Melayu. YB Senator Dr. Zulkifli, Menteri Hal Ehwal Agama, Ustaz Bahrom, dan YADIM, dan semua rakan-rakan yang dimuliakan. Mungkin Melayu, Inggeris, Arabic, or Urdu?
- Kita malam ini meneruskan tradisi ilmu yang berpangkalan di Seri Perdana ini, dan kalau saudara-saudara tahu, majlis paling banyak di Seri Perdana ini Majlis Ilmu. Alhamdulillah. Baru-baru ini, tak sampai seminggu yang lalu, kita ada Sama’ Hadis Tarmizi kali ini berturut-turut daripada Sahih Muslim, kemudian, oh maaf, al-Bukhari, kemudian Muslim, tahun ini Tarmizi. Tetapi bukan saja sekadar membaca. Anta mutarjim ya akhi? Mutarjim? Na’am. Ya, terus-terus kat dia. Jangan yang lain tahu. Terus ke kat dia sebab yang lain dah tahu bahasa Arab. Anta bisik kat dia aje, kena bagi kuliah pula lah ni (nada berseloroh). Jadi ana cakap, sebabnya… ada yang tak boleh bahasa Melayu? Ya, okay.
- Kalau begitu, jadi tradisi ilmu bagi ana dalam mana-mana acara islah dan kenegaraan, itu asasi. Sama ada di kalangan pemikir-pemikir Islam malah Barat sendiri pun ya. Dan ana masih ingat peringkat awal lagi, pendedahan awal bila bincang dengan Almarhum Syeikh Ismail al-Faruqi, sebelum menubuhkan International Institute of Islamic Thought (IIIT), ma’had fikr, dia mula dengan Malaise of the Ummah.
- Permasalahan, musykilah besar dalam kalangan ummah itu kerana ketandusan ilmu dan asas pengetahuan, dan kecintaan kepada ilmu tidak ada. Apa yang Saidina Ali bin Abi Talib sebut lazzatul makrifah itu jauh sangat. Jadi oleh itu, setelah pegang pemerintahan pun, ana fikir ini soal asas. Sebab itu kita galakkan ini, tentunya kita ada huffaz yang banyak, tetapi ulama-ulama ada maklum kepada ana, dia kata, “Ya, bagilah peluang juga.” Ada tradisi memahami, menelaah hadith bukan sekadar membaca, tetapi mengupas, membahas dan juga syarahnya. Dan alhamdulillah kita sudah lakukan, dengan Bahagian Agama, JAKIM dan YADIM terutama di bawah pengelolaan Dr. Zulkifli, nampak ada kesungguhan peningkatannya, jadi nak terima kasihlah kepada rakan-rakan yang nampak ketara. Rakan-rakan tahu, daripada berpuluh tahun, nampak ada ketara perubahannya. Apakah memuaskan? Belum, tapi ada kesungguhan untuk meningkatkan.
- Semua permasalahan umat ini, walaupun ada geopolitiknya, ada hubungan dagang dan sebagainya, tetapi bagi umat Islam, pangkalnya masih lagi tradisi ilmu. Kalau Syed Naquib al-Attas, dia kata tradisi akliah bukan akal dalam erti kata fahaman sekular, tapi akal yang berteraskan kepada keimanan dan akhlak.
- Malah, bila ana kupas negara MADANI sendiri pun, ana selalu sebut untuk orang memahami: “Menggapai di langit, mengakar di bumi.” Menggapai di langit maknanya kadang-kadang kita tidak ada pilihan Artificial Intelligence, digitalization, soal energy transition. Ini semua teknologi, memerlukan fahaman teknologi baharu. Tetapi apa bezanya? Bezanya kita menekankan mengakar di bumi. Akidahnya, akhlaknya, nilainya. Itu menjadi teras dalam faham kenegaraan.
- Dan malah dalam mengupas Belanjawan MADANI, belanjawan tahun lalu, kita cuba terapkan. Ya, sedaya upaya kita, walaupun ada yang menganggap ini sebagai belanjawan dajjal. Tapi tak apalah, itu fahaman. Tengok kita jawab Sheikh al-Qaradaghi sebut soal sabar jadi ana pun jawab dengan senyuman. Tapi ada yang kalau istilah P. Ramlee, “senyum dalam tangisan”. Bukan kemarahan, dia berasa duka lara.
- Jadi, Sheikh al-Qaradaghi ini tentu sekarang masyhur. Pertama, kerana kedekatan dia dengan Almarhum Sheikh Yusuf al-Qaradawi. Tetapi sekarang ini, sebagai Ketua Majlis Ulama atau Persatuan Ulama Sedunia, dan sekarang ini ana tengok, kalau macam sidang baru-baru ini di Istanbul itu, kehadiran hampir semua parti-parti Islam dunia, semua badan-badan Islam yang besar, semua tokoh-tokoh Islam yang mengambil sikap terbuka dia hadir dan memberikan dukungan kepada prinsip yang mereka ketengahkan tentang wasatiyyah.
- Jadi, prinsip ini diketengahkan supaya tahap kefahaman umat itu meningkat. Jadi, ana tentunya berasa sangat bertuah kerana menerima seorang alim asasnya tentunya syariah dan perbandingan fiqh, yang merupakan Doktor Falsafah beliau di Kaherah, di Al-Azhar. Dia asal dari Iraq, Universiti Baghdad. Selalu kalau yang Iraqi ni selalu dia keras sikit, tapi yang ni dia lembut sebab wasatiyyah (nada berseloroh).
- Jadi sekarang ni memang berpangkalan di Qatar. Qatar sahabat kita, Emir of Qatar. Seperti yang kita tahu, punyai, walaupun negara kecil, tapi kaya, tapi agak dia pertahankan kebijaksanaan dan kebebasan. Dia pertahankan hubungan baik dengan Amerika, tetapi dia masih berkeras untuk pertahankan kebebasan, termasuk memberi perlindungan kepada alim dan memberikan galakan dan usaha-usaha dalam penyelidikan dan pengkajian Islam.
- Umpamanya, Sheikh al-Qaradaghi, tahu, memaklumkan bahawa manhaj tarbiyyah untuk Wizarah al-Tarbiyyah dia tu di Qatar, bila ana sebut Arab sahaja depa tak percaya pula. Itu dia ada satu system, jadi ana minta dia share supaya Fadhlina di Kementerian Pendidikan dan Dr. Zulkifli dalam kurikulum sekolah-sekolah kita dapat memanfaatkan.
- Dalam beberapa hari lalu ini, Sheikh al-Qaradaghi telah menemui ramai alim ulama tempatan dan mengemukakan pandangan bahawa untuk mengangkat martabat, harkat, darjat umat, mesti ada pendekatan yang lebih terbuka, luas, dan dia sebut apa tu tentang, ya, bukan saja wasatiyyah, tapi mawazin—apa nama, mawazin, mawaziniyyah—apa nama da’i yang keseimbangan ni? Muwazanah. Mizan, mizan dia ni.
- Saja nak test Sheikh al-Qaradaghi (nada berseloroh). Jadi Alhamdulillah jadi dia bagi kupasan kerana pendedahan ini penting kita ni kadang-kadang kebebasan ada, dana cukup, untuk JAKIM belum pernah dana kita tambah begitu banyak.
- Sekolah-sekolah agama yang dulunya terpinggir, sekarang kita bantu. Sekolah-sekolah agama rakyat yang dulu hampir tidak dibantu, sekarang kita pulihkan. Tahun ni saya akan tambah RM200 juta lagi untuk baiki.
- Jadi, tetapi kalau pengisiannya, kefahamannya masih terkongkong dengan hujah dan yang tertutup dan jumud, kita tidak boleh ke mana. Faham tu dan wa akhirul kalam, ana nak sebut gini betul alhamdulillah negara kita aman semalam, ana meluncurkan Dasar Keselamatan Negara (DKN), dasar keamanan negara.
- Ya, bahawa dalam teori perperangan dan hubungan antara negara. Negara itu mesti sentiasa kuat dan siap, dia tak boleh selesa dan sambil lewa. Ana bayangkan masa tatkala meluncurkan itu pandangan Winston Churchill. Winston Churchill ini memang seorang negarawan hebat walaupun dia zalim dari segi menindas dengan negara yang dijajah. Dia itu great imperialist, colonial mind.
- Tetapi dia seorang statesman yang bijak dan sejarawan yang handal. Dalam pada itu pun dia salah besar kerana meneka Hitler tidak akan berikan ancaman. Bayangkan. Maka keselesaan itu membawa padah bila Adolf Hitler, Jerman memilih untuk menyerang Eropah. Dan tentulah pandangan Sun Tzu Art of War dan Carl von Clausewitz, Jerman, semua menjelaskan tentang perkara ini. Tetapi dalam kaitan kita di Malaysia ini, ana anggap masyarakat kita ni masih diambang selesa dia anggap tak ada masalah. Jadi dia, oleh kerana dia anggap tak ada masalah musuh luar, dia berhempas pulas perang dari dalam.
- Dan ini tentunya mengundang masalah bila orang tidak langsung ada kefahaman tentang geopolitik dan ketegangan dua kuasa besar yang mahu menjadikan rantau ini dan Malaysia sebagai pengkalan mereka. Kita belajar pengalaman negara teluk tidak siapa jangka dua tahun lalu bahawa negara teluk akan menjadi tempat pertarungan hebat.
- Jadi ana bukan nak menakutkan rakyat tapi kita ini mesti siap siaga. Sebab itu bahagian ketenteraan kita itu pertahanan mesti kental, integriti harus ada. Tak sekonyong-konyong timbul segala soal rasuah penyeludupan dadah, penggunaan jet dan kapal pesawat tentera untuk menyeludup dadah.
- Jadi kita tentu ambil akan tindakan yang keras ini yang ana sebut kepada sheikh tadi bila kita ambil tindakan keras menentang rasuah jangan anggap ini mudah. Kedudukan Kerajaan, apalagi Perdana Menteri akan lebih sukar bila dia keras menentang rasuah daripada 1MDB, kepada FELDA, kepada Tabung Haji, kepada penyudupan dadah. Mudah-mudahan Allah memelihara kita, melindungi kita dan memberikan kekuatan seterusnya. Jadi dengan segala hormat, ana persilakan seorang alim yang terkemuka, menyampaikan pandangan dan kemudian memberi ruang kepada saudara-saudara untuk mengemukakan soalan. Tafaddal ya Syeikh.
