TEKS UCAPAN YAB PERDANA MENTERI: MAJLIS PERASMIAN PENUTUP HARI PENJAJA DAN PENIAGA KECIL PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2026 (HPPK2026)

1 November 2026

 

TEKS UCAPAN VERBATIM

 

YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM

PERDANA MENTERI

 

SEMPENA

 

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP

HARI PENJAJA DAN PENIAGA KECIL

PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2026 (HPPK2026)

 

TEMA:

 

PENJAJA DAN PENIAGA KECIL BESTARI:

PEMANGKIN EKONOMI MADANI

 

 

1 NOVEMBER 2026 | AHAD | 11.30 PAGI

DATARAN MPKJ @ STADIUM KAJANG, SELANGOR

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

 

Saudara Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor;

 

Saudara Yang Berhormat Tuan Steven Sim Chee Keong,                  Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi;

 

Yang Berhormat Datuk Seri Fadhlina binti Sidek,                 Menteri Pendidikan;

 

Yang Berbahagia Ketua Setiausaha Negara;

 

Yang Berbahagia Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi;

 

Yang Berbahagia Dato’ Zainal Abidin bin Dato’ Haji Abd Majid, Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia (GPPPKMM);

mewakili keluarga Gabungan Persatuan-Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia dan rakan-rakan yang saya muliakan.

 

 

 

  1. Saya semalam, balik malam lewat dengan Dato’ Zainal Abidin daripada Kelantan. Maknanya apa? Kita tengok ada masalah, kita cuba selesaikan. Kelantan itu bukan Kerajaan dari parti yang sama, tapi masalah rakyat, masalah kita. Ini beza daripada yang kita dengar di luar. Ada diskriminasi, tak tolong, orang Melayu tak dapat apa. Kerajaan MADANI ini cakap tapi tak buat apa.

 

  1. Jadi sebab itu semalam, dikumpul asatizah, guru-guru pondok, ulama-ulama dari Kelantan dan Pattani, dia dengar sendiri apa yang Menteri Agama, Dr Zulkifli bagi tahu, pondok-pondok ini 300,000 lebih pelajar, tapi sejak 2003 peruntukan dihentikan. Sudahlah anak-anak ini anak miskin, pondok ini bangunan-bangunan kebanyakannya panggil daif, tapi tidak dipedulikan kerana dia bukan kubu parti politik yang berkuasa, jadi tinggalkan.

 

  1. Tapi bila kita ambil tahun 2022, kita fikir ini bukan satu sistem yang adil. Kita kata kita nak jaga rakyat, maka mula 2022 kita kembalikan, 2023 kita mula bagi saguhati kepada guru-guru agama, 2024 kita mulai baiki beberapa bangunan yang sangat teruk. Kalau kita katakan sekolah, Fadhlina kata sekolah kebangsaan daif, ada sekolah tamil pun susah, tapi tak boleh banding sesetengah sekolah pondok ini, maka kita mula bantu.

 

  1. Beberapa tuan-tuan guru ini dia heran, yang dia dengar lain: Kerajaan zalim, anak tirikan Kelantan, tidak ada peruntukan, dah tiga tahun, empat tahun tidak ada perubahan. Tapi dia tengok sendiri sekolah-sekolah pondok dibantu. Dia tengok sendiri, setiap keluarga dapat sebagaimana Steven Sim sebut tadi, STR, SARA, Skim Tunai Ramah, kerana pinjaman bukan sahaja KUSKOP tapi juga sebut TEKUN, bukan sahaja bagi pinjaman, tapi permudahkan. Kemudian, ada lagi program sepertimana melalui ANGKASA, merebak ke semua kawasan. Makna ini kerana badan-badan koperasi atau kerjasama ini dia ada meluas kepada rakyat yang banyak. Bank Rakyat, melalui program memudahkan pinjaman.

 

  1. Jadi bila dia tengok, ada perbedaan dari apa yang dia dengar propaganda yang dibincangkan dengan apa yang berlaku, jadi saya harap wakil-wakil penjaja dan peniaga ini, Dato’ Zainal Abidin ya, bukan saya kata propaganda tapi bagi penerangan yang betullah, lama-lama orang kita macam Steven Sim dia kerja sungguh-sungguh bukan main-main, kadang-kadang saya tak larat dengar. Dia dok bawa cerita masalah penjaja, peniaga kecil, usahawan, kerana dia rasa tanggungjawab dia. Tiap Mesyuarat Jemaah Menteri, dia bawa masalah-masalah saudara-saudara.

 

 

  1. Jadi, ini berbeza daripada apa yang kita dengar di luar. Jadi, sebab itu saya minta wakil-wakil persatuan dan rakan-rakan penjaja bagi tahu, bukan propaganda, bukan sebab pilihan raya, cerita. Kalau tidak, orang yang bantu kita, kita kecam. Orang yang dok ambil harta kita dan sakau, puluh tahun tidak ada peruntukan, kita puji. Apa jadi? Semua terpengaruh. Yang benar dikatakan palsu. Padahal kita “…ta’murūna bil-ma’rūfi wa tanhowna ‘anil-mungkari wa tu’minūna billāh”. Kita diseru untuk menegakkan yang baik, menolak yang mungkar. Ini kita pertahankan yang mungkar, tak apa curilah berbilion pun. Tabung Haji ke, FELDA, tak apa. Sebab, ini Melayu, jangan tegur. Melayu mana ajar?

 

  1. Saya ingat kita kecil-kecil pergi sekolah curi pensel pun ibu bapak kita marah. Balik kampung curi buah rambutan orang lain punya pun dia marah. Itu berapa? 10 biji buah rambutan harga 1 ringgit. Ini hilang 1 bilion, tak apa kita. Masih hidup. Ini masalah di pendidikan kita, Fadlina. Masalah nilai, masalah akhlak. Masalah yang diterapkan dalam Kementerian Pendidikan, anak-anak kita. Betul tadi Steven Sim tanya anak-anak, “RM200 bulan Januari dapat?” Ya dapat. Tapi kena tanya juga. Kita didik ini, ilmu. Kita didik juga adab. “Adabani Rabbi fa’ahsana ta’dibi”, itu prinsip dia. Apa erti? Jadi pandai, jadi akauntan, jadi jurukira yang handal, tapi kerjanya cari jalan bagaimana nak curi wang, untung dia biar jahanam institusi.
  2. Sebab itu saya bagi amaran. Steven Sim tahu, tiap dana, baik TEKUN, baik Bank Rakyat, baik Amanah Ikhtiar, kita jaga betul-betul, ini wang amanah, kamu langgar, kamu ditangkap dan didakwa. Ini baru boleh selamat negara kita. Jadi saya harap penjaja-penjaja tahu, ini bukan mudah, sebab apa sekarang kita boleh tambah RM200 juta sini, RM100 juta sini, mudah-mudah. Nampak mudah, tapi tidak sebelumnya. Tengok peruntukan Kementerian Pendidikan ditambah, KUSKOP tadi Steven Sim ditambah. Cukai tak naik, cukai turun, hasil lebih kurang daripada dulu, tapi belanja untuk rakyat bertambah.

 

  1. Jadi ada orang nak pertikai dalam kadang-kadang, iyalah media sosial ni, tengok macam mana boleh cukai kurang, hasil pendapatan negara kurang, tapi perutukan tambah. Sebab, dia tak bocor, sebab tak sakau, sebab tak rasuah. Insya-Allah ada berkat dan kita tolong rakyat, itu tujuan kita.

 

  1. Jadi saya harap kakak-kakak, ibu-ibu, kena ingat, didikan ini penting. Ini kita boleh cakap Islam, kita cakap Melayu, kita cakap rakyat, kita cakap Malaysia, tetapi ada peluang sahaja guna nama apa pun, kita salah guna kuasa. Jadi saya harap peruntukan kita cari. Tak apa Dato’ Zainal Abidin, saya nak beritahu, betul terima kasih lah Zainal Abidin sekurang-kurangnya faham faham kita lakukan.

 

  1. Kalau tanya saya Anwar, orang puas hati ke untuk nasib penjaja? Saya tak puas hati, sebab ini rakyat yang terbanyak dan kehidupan dia susah, dan kata menteri tadi kais pagi makan pagi. Kalau nak suruh dia tunggu, nak pergi pejabat isi borang pinjaman satu hari, itu beban kepada dia. Jadi kita kena cari jalan tingkatkan pendapatan dia. Sebab itu kita kata, gaji minima kita naikkan, tapi ada syarikat tak setuju. Kita tak peduli. Kita tahu pendapatan kita kurang, gaji penjawat awam kita naikkan. Sebab dah 13 tahun tak naik. Nak suruh kerja kuat, kita tegur dia selalu. Tapi pendapatan dia tak bertambah. Sebab itu kita tambah. Berapa kosnya? Bukan sedikit. RM18 bilion. Berapa kos untuk SARA dan STR? Tadi disebut RM16 bilion. Tetapi, kalau tanya saya, cukup? belum cukup. Sebab itu, kita kena lakukan cara berperingkat.

 

  1. Fadlina tahu umpamanya di sekolah, kita mula dengan sekolah. Anak-anak kita, cucu kita, saudara mara kita pergi sekolah dan anak-anak kita nak pergi tandas pun tak mahu sebab tandas kotor. Jadi kita latih anak-anak masuk sekolah, tandas maknanya kotor. Ni kadang-kadang tahan. Sebab itu, kita belanja tahun pertama kita ambil alih RM1 bilion. Sebab apa? Dah terbengkalai lama. Puluh tahun yang pergi ke sekolah tahu, memang sekolah, tandas memang busuk. Bagaimana nak ubah ini bagi kesedaran kepada guru, kepada penguasa, kepada jabatan. Dan sekarang perubahan.

 

  1. Lengkap? Belum, kerana dia juga libatkan soal budaya. Macam kita bagi pinjaman. Dana penting. Zainal Abidin, dana penting. Tapi budaya juga penting. Bagaimana cermat, bagaimana bertanggungjawab. Ada keuntungan, bagaimana jaga anak-anak, pendidikan dia. Ini masalah anak-anak kita biar. Ibu bapa, bapa terutamanya kadang-kadang berjam-jam di kedai kopi belanja yang bukan-bukan. Jadi sebab itu, tanggungjawab itu tanggungjawab bersama.

 

  1. Sejak hari Jumaat yang lalu, saya saban bercakap soal ibu bapa. Di majlis mana pun, termasuk di Kelantan semalam. Bagaimana boleh begitu? Tadi ibu tadi daripada Sik atau daripada Permatang Pauh, ada yang dari Johor, semalam dari Kelantan, semua tempat ni ada masalah, masalah apa? Penderaan, kes buli, kes dadah, salah guna masa, tengok telefon pintar sampai berjam-jam, tak tahu apa dia tengok, tak ada kawal. Ini tanggungjawab ibu bapa kena buat juga.

 

  1. Saya dengar cadangan bagaimana nak bantu penjaja, peniaga kecil, saya terima, saya dengar, insya-Allah. Steven Sim, KSU dengar, apa yang boleh buat, kita buat. Tapi Ibu bapa pun kena dengar, bagaimana boleh biar anak-anak balik pukul 10 malam, tak apa tak tanya. Lakukan buat kerja rumah, homework, buat tak buat kita tak tahu. Setengah orang pergi sekolah, anak dia pergi sekolah atau pergi pasaraya pun dia tak ambil tahu. Tak boleh, negara tak boleh selamat kalau sikap ibu bapa dan budaya begini rupa. Dari segi Kerajaan, insya-Allah kita jalankan. Saya terima teguran, apa kelemahannya, apa yang harus kita baiki. Saya pun beritahu Menteri-menteri, Timbalan Menteri, KSU, KP, jangan sombong sangat. Orang cakap, dengar. Jangan berleter panjang-panjang, dengar dan cuba baiki. Saya nasihat mereka. Tapi, ibu bapa pun kena. Nak tolong penjaja, kita tolong. Nak tolong peruntukan, tambah peruntukan, kita tambah. Nak mudahkan kemudahan, kita tambah. Tetapi, akhlak itu penting. Kalau tidak, kita sebut ini apa?

 

  1. Apa dia belanjawan? Apa matlamat belanjawan? Apa matlamat ekonomi? Apa matlamat hidup kita? Terutama anak-anak dalam bidang pendidikan? “Menggapai di langit, mengakar di bumi”. Apa dia “menggapai di langit”? Maknanya ilmu baharu, IT, AI. Ini yang baru yang tak masuk kamus dulu masa kita di sekolah, tak ada lagi AI. Sekarang artificial intelligence harus dikuasai. Jadi, ini maknanya “menggapai” seolah-olah nak tangkap, cuba dapatkan ilmu yang di langit ini, ilmu baharu.

 

  1. Tapi, kita pesan. Ini Malaysia, bukan Eropah, bukan Amerika. Nilai, akhlak, budaya, bahasa, semua itu penting. Jadi kita kata, “menggapai di langit, mengakar di bumi”. Maknanya, agama kita, akhlak kita, adab dan budi pekerti kita, semua ini penting. Di mana boleh? “Menggapai di langit”, mula di sekolah. Balik rumah, ulang kaji.

 

  1. Setiap hari Jumaat, lepas daripada sembahyang, solat Jumaat, saya tanya anak-anak. Ada sekolah rendah, sekolah menengah. Ada baca buku malam tak? Ada ibu bapa tegur dan suruh tidak? Anak-anak dia cerita betul. Jadi bila saya dengar ni… sedih juga. Kerana ibu bapa tak ambil tahu langsung. Buat kerja rumah ke? Baca buku ke? tengok televisyen atau telefon pintar, sepanjang masa berjam-jam, bawa telefon tepi bantal, tidur dan tengok tak terkawal, ibu bapa tak ambil tahu. Jadi ini yang saya dengar sendiri, bukan seorang, bukan dua, bukan satu masjid, berpuluh yang saya tanya. Ada cerita yang baik. Ada ibu bapa yang jalankan tanggungjawab, tapi saya bertanggungjawab untuk mengingatkan.

 

  1. Tengok di kawasan-kawasan bandar, tengok hampir tiap kampung masalah dadah. Lapor? Tidak lapor. Ada masalah penderaan, masalah mental anak-anak. Itu anak kita. Ada yang jadi masalah. Jadi jangan tunggu sehingga dia terjun ke atau dia tikam orang, baru kita tak lapor. Bila tengok ada yang terjun dan tikam orang, rupanya ada kes. Tak dimaklum kepada sekolah. Jadi, ibu bapa jangan marah saya pula, saya ni orang lama, orang tua juga dah. Saya pun kasih kepada rakyat. Saya nak Malaysia ini jadi negeri hebat. Dan saya kata, hebat ni hebat ilmu. Hebat akhlak, hebat budi pekerti, hebat pergaulan satu sama lain.

 

  1. Masalah ini bukan masalah orang Melayu, bukan masalah orang Cina, bukan masalah orang India. Masalah kita. Masalah akhlak kita. Jadi dengar mereka kempen-kempen ni, oh, ini masalah Cina. Cina nak buat apa? Berapa banyak jumlah kita? Buatlah yang betul. Pilih yang Melayu yang baik, yang akhlak yang baik, jangan yang pencuri. Dia boleh atur negara ini jadi baik. Menteri besar, Melayu. Menteri pendidikan, Melayu. Menteri KUSKOP Cina. Tapi dasar sama. Dasar untuk negara. Dan kita bertanggungjawab. Dan saya di Kementerian Kewangan dan juga sebagai Perdana Menteri, saya pantau. Ada setuju saya bagi tahu, ada cadangan saya sampaikan. Ini cara kita bermuafakat, kerana masalah kita sekali lagi yang saya nak sebut, adalah kerana kita kurang nak laksanakan tanggungjawab dengan baik.

 

  1. Jadi kepada ibu bapa, untuk majlis hari ini, kerana ini Hari Penjaja Dan Peniaga Kecil Peringkat Kebangsaan. Jadi, kita dengar tadi PMKS belanjanya, tapi kadang-kadang kita ada juga pengumuman-pengumuman ini, jadi bagi penjaja ini aku dapat apa? Jadi majlis-majlis seperti ini, supaya kita dapat pantau dan bagi tahu. TEKUN boleh buat apa, Bank Rakyat boleh buat apa, kementerian dan KUSKOP apa rencana dia, itu kita boleh dengar dan nilai sendiri. Dan apa-apa masalah kita cuba selesaikan.

 

  1. Dan nak saya beritahu, gerai majlis, kedai-kedai kecil ini di bawah negeri. Sebab itu, kalau mula saya bagi contoh Kuala Lumpur, bila kita ambil alih 2022, saya panggil Datuk Bandar, saya kata saya nak Kuala Lumpur ini terkenal bukan sahaja mercu tanda, bangunan tinggi-tinggi, hotel besar, itu tak apa dia orang buat, tak payah ganggu kita. Tapi saya nak gerai penjaja, bersih dan dicantikkan. Kerana apa? Kerana majoriti rakyat, 80 hingga 85% rakyat, makannya di gerai dan di warung. Yang makan di hotel besar-besar tak apa, kita tak marah, dia ada wang dia makan. Sebab itu saya, sejak jadi Perdana Menteri, empat tahun ini, tiap minggu hari Jumaat, sebelum atau selepas solat Jumaat, saya pergi makan tengah hari di warung dan gerai nak tunjuk bahawa bagus kita sokong gerai dan penjaja-penjaja ini. Kadang-kadang lebih sedap daripada restoran-restoran besar. Tapi yang biasanya bukan sedap, tapi memang jauh lebih murah.

 

  1. Tetapi, saya nak, kalau saya nak gerai itu mesti bersih, bumbungnya teratur, maka saya percaya rakyat pun begitu. Sebab itu, Dewan Bandaraya umpamanya, bagi tumpuan. Sekarang dah 60, atau 70, kawasan gerai seluruh. Dan Menteri Besar, saudara Amirudin Shari, untuk Selangor, memberi tumpuan yang sama, baik sekitar PJ, Kajang, mana-mana, tumpuan kita mestilah mengindahkan gerai-gerai.

 

  1. Kerana apa? Yang ni, penjaja kecil ni, perniaga kecil juga, dia wira rakyat lah. Dia tak ada syarikat besar, dia bukan Datuk ke Tan Sri, tapi dia wira rakyat. Dia boleh membantu angkat ekonomi rakyat. Dia jaga keluarga dia dan dia boleh jana ekonomi. Jadi ini yang kita lakukan. Dan saya rasa kita baru umum tambahan perutukan dalam belanjawan. Dato’ Zainal Abidin biasa kalau jumpa saya tak boleh senyap dia mesti minta duit. Jadi untuk penjaja, dia begini, saya tengok menteri dia pun recommand, menteri kata memang KUSKOP ni bagi kerjasama yang baik, kesatuan dengan KUSKOP, cara pilihan pun kita lebih teratur, ada jawatankuasa pilih sebagainya, maka kalau begitu dia minta peruntukan untuk dia boleh selaras, jadi kita bagi kepada persatuan kebangsaan, dia selaras dengan persatuan-persatuan negeri, bantu sikit-sikit, jadi untuk kali ini saya bagi RM1 juta ringgit, cukuplah ya.

 

  1. Silap, saya mula nak umum RM100,000 je,cukuplah. Satu ratus ribu tu banyak kan? Tapi saya fikirkan berapa ratus ribu punya penjaja. Berapa syarikat ada. Berapa gerai ada. Berapa persatuan ada, seluruh negara. Jadi atur baik-baik dana itu dan bantu bagi penjelasan. Bantu supaya setiap tahun kita ada peningkatan pendapatan penjaja dan peniaga. Mungkin Steven Sim boleh kerjasama dengan pesatuan. Saya nak tahu umpamanya, ambil average pendapatan penjaja dan peniaga 3 tahun lalu dengan tahun ini. Berapa peningkatannya? Ini cara kita buat penilaian. Apa dia kelemahan dia? Apa kekurangan dia? Kerana bagi saya, kalau kita dapat bantu penjaja dan peniaga kecil ini, dia akan bantu satu juta keluarga dalam negara kita.

 

  1. Ya, sekali lagi ucap terima kasih. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Share: