TEKS UCAPAN VERBATIM
YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM
PERDANA MENTERI
SEMPENA
HIMPUNAN PONDOK DAN SEKOLAH ISLAM PERAK 2026
19 JULAI 2026 (AHAD) | 12:00 TENGAH HARI
MAAHAD AL-UMMAH, CHEMOR, PERAK
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.
Alhamdu lillahil-ladhi anzala ‘ala ‘abdihil-kitaba wa lam yaj’al lahu ‘iwaja,
Wa nusalli ‘ala rasulihil-karim, wa ‘ala alihiwa sahbihi ajma’in.
Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Saarani bin Mohamad,
Menteri Besar Perak;
Yang Berhormat Senator Dr. Zulkifli bin Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama);
Tamu-tamu yang dimuliakan, khususnya tuan-tuan guru;
Syeikh Wazir Che Awang Al-Makki;
Yang berjalan jauh untuk bersama kita, rakan-rakan yang saya muliakan.
1. Jazzakallahikhairankatsiran, kepada pihak JAKIM, Jabatan Agama Islam, YADIM, dan rakan-rakan yang telah menyelenggarakan majlis Perhimpunan Pondok pada hari ini.
2. Kita syukur ke hadrat Allah SWT kerana negara kita ini bukan sahaja aman, tetapi dapat memacu sedikit pertumbuhan. Kita juga harus tahu di lingkungan rantau kita dan juga dunia terkesan akibat Perang Teluk setelah Amerika dan Israel memilih untuk menyerang Iran. Keadaan belum terlerai menyebabkan sekatan laluan pengangkutan, dan akibatnya kenaikan harga barang, baja fosfat dan terutamanya minyak dan gas.
3. Tapi syukur alhamdulillah, berkat kerjasama semua dan doa kita dapat pertahankan sehingga hari ini harga RON95 dan Diesel MADANI itu dianggap yang paling rendah di dunia,Alhamdulillah. Ini bukan hal yang mudah untuk mengemudi kerajaan dan mengurus kewangan negara, ini cabaran yang besar.
4. Kalau dikekalkan harga yang diturunkan sekarang ini RM1.99 untuk RON95 dan Diesel, ialah satu beban besar kepada negara. Berapa jumlah biaya yang tambahan untuk minyak dan gas untuk tahun 2026? Minyak dan gas sahaja memerlukan suntikan dana dari Kementerian Kewangan dan negara sebanyak RM40 bilion. Tetapi tentunya untuk buat keputusan saya renung panjang, turunnya harga minyak maknanya kita kena tampung RM40 bilion. Tak turun, rakyat terutama yang miskin, petani, nelayan, teksi, pengangkutan awam, kos letrik di sekolah akan membebankan. Jadi setelah menimbang kedua-dua hal itu, saya pilih untuk menurunkan harga minyak dan diesel.
5. Begitu juga meneruskan program Tunai Rahmah dan SARA dan juga bantuan untuk pelajar-pelajar sekolah rendah, menengah dan universiti. Bantuan itu, selain daripada RM40 bilion saya sebut tadi, SARA dan STR itu tambahan RM15 bilion. Kemudian, kita tahu penjawat awam 12 tahun tidak dinaikkan gaji. Itu keluarga kita, sebahagiannya ibu bapa, sebahagiannya saudara mara, 12 tahun tidak ada kenaikan kadar upah. Tetapi harga barang naik, anak bertambah, kos buku bertambah, kos pengangkutan bertambah. Sebab itulah sejak tahun lalu, kerajaan memutuskan untuk menaikkan sekaligus kadar kenaikan gaji dan upah untuk penjawat awam paling tinggi dalam sejarah negara kita.
6. Ini saya sebut sepintas lalu hal-hal yang dikerjakan. Kalau tanya mengapa yang mendorong saya tegas dalam hal ini? Sebab saya sebut ini Negara MADANI. Negara MADANI ini bukan sekadar pacu pertumbuhan ekonomi gagah, tetapi bagaimana menyantuni rakyat. Sebab itu kalau dibandingkan dengan mana-mana negara ASEAN dan negara ASIA, peruntukan bantuan kepada rakyat oleh Kerajaan Malaysia itu adalah tertinggi ketimbang semua negara-negara lain. Kalau ditanya mengapa? Kerana saya fikir amanah yang saya pegang ini mesti disempurnakan dan kita bertanggungjawab kepada Allah SWT dan apabila disoal tentunya kita tidak boleh bebankan rakyat sedaya upaya kita.
7. Saya mohon kerjasama tuan guru, guru pondok dan Maahad yang hadir faham masalah ini, dan tidak terikut-ikut dengan sentimen di luar yang kadang-kadang masih mencerca kita, kata kita tak turunkan harga minyak. Saudara, harga minyak di Malaysia itu sekarang paling rendah di dunia. Nak turun lagi boleh, tapi kalau turun lagi kita kena tambah bantuan daripada RM40 hinggaRM50 RM60 bilion. Jadi kita tengok apa yang diperlukan.
8. Sejak kita ambil alih kerajaan, Syeikh Wazir faham saya dah maklum. Kerana sebelum ini, untuk sekolah agama rakyat ada peruntukan kecil pada tahun 2003, dihentikan. Saya ambil alih tahun 2022, bulan November terus saya umum, kita akan kembalikan bantuan sekolah agama rakyat seperti dulu. Tetapi setelah bincang, pada masa itu Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar, Menteri Agama dan sekarang Senator Dr. Zulkifli bin Hasan tentunya tidak cukup,kerana sekolah-sekolah agama rakyat juga banyak yang daif. Ratus ribu anak-anak kita sepertimana sebahagian yang hadir di Perak ini memerlukan kemudahan tambahan.
9. Saya bercakap tadi pasal Madrasah Idrisiah, Bukit Chandan. Saya padamasa Malay College, tingkatan 6 rendah saya hubungi beberapa rakan-rakan di Idrisiah saya kata, boleh tak kita buat persefahaman. Saya pergi belajar Bahasa Arab dua kali seminggu,hujung minggu dan saya bantu mengajar Bahasa Inggeris di sekolah tersebut. Masa itu mudirnya Ustaz Zubir, garang bukan main. Saya pun takut tapi dia bagi kerjasama.
10. Jadi, kalau mula-mula saya belajar masa itu guna Sabburah dengan Tabsyur. Sekarang tak pakai lagi dah, pakai laptop semua. Saburrah ni blackboard,Tabsyur kapur. Dulu untuk sekolah dia mengajar itu, jadi itu yang saya belajar, ketawa Zahidi. Kemudian saya selalu silap, di antara futur dan matar, faturminum pagi, matar lapangan terbang. Jadi bila belajar itu saya kata, hari ini petang pukul 6, kena bertolak ke matar,saya kata kita kena tolak ke fatur. Masa itu belajar, jadi sebab itu saya kenang. Jadi bila disebut, memang insya–Allahdengan kerjasama Jabatan Agama dan Dr. Zul, saya akan bagi perhatian.
11. Selain daripada bantuan hari ini, saya insya–Allah akan pohon perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Perak untuk ke Idrisiah. Kenangan zaman lalu dan berikan apa-apa suntikkan bantuan yang perlu sebahagiannya. Kerana ada juga Ustaz Musa, dulu Allahyarham, sahabat saya juga pernah menjadi mudir di sana. Jadi ada hubungan begitu walaupun saya tidak pernah berpengalaman mengaji sekolah pondok atau Sekolah Arab.
12. Saya belajar di sekolah di Malay College Kuala Kangsar. Tetapi saya syukur, alhamdulillah, kena berdamping dengan tuan-tuan guru, ustaz-ustaz sebahagian sudah tahu Ustaz Ghani Samsuddin, Ustaz Fadhil Noor, Ustaz Nakhaim Haji Ahmad itu semua naqib, usrah semasa saya ke Universiti Malaya dan kemudian bersama-sama dalam Harakat Asy-Syabab , ABIM untuk belajar, ini yang penting.
13. Kita tak harus penat menimba ilmu, belajar, menelaah dan mengamalkan. Sebab itu, bila Dr. Zul sebut tentang pengalaman sejarah, sangat penting. Pagi tadi saya dengan YAB Datuk Seri Saarani, kita lancarkan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang untuk menyambut Hari Kemerdekaan 31 Ogos. Jadi, kita singkap semula lembaran sejarah. Nenek moyang kita, ibu bapa kita terpaksa bertempur dan dalam keadaan itu, penjajah ini bukan sahaja menawan negeri atau negara, dia menawan seluruh sistem.
14. Kata Syeikh Muhammad Al-Ghazali, “isti’amar ruhi wa fikri” negeri dijajah, ekonomi dijajah, pendidikan ditukar bahasa, diagungkan bahasa penjajah, Bahasa Inggeris, semua sistem itu ditawan. Termasuk “isti’amar”penjajahan, ruhi jiwa, wa fikri dan pemikiran. Jadi kalau kita merdeka, kita harus bertarung untuk memulihkan keyakinan supaya faham tentang bahasa kita, dan kekuatan Arab, bahasa Arab, agama kita, akidah, akhlak, sahsiah dan nizam, sistem Islam itu sendiri. Dan ini memerlukan kefahaman, kekuatan dan juga tentunya kebijaksanaan.
15. Dalam keadaan begitu, semua ditawan. Pemimpin-pemimpin, pentadbir, guru, sistem ekonomi, semuanya ditawan dalam sistem Inggeris. Tak ada orang yang nak cakap bahawa ada sistem ekonomi Islam. Semuanya terpaksa taksub dan tunduk kepada sistem ekonomi Barat. Tak ada orang yang mengatakan bahasa Melayu itu lebih mulia, lebih tinggi martabatnya daripada bahasa Inggeris. Kerana dikatakan bahasa Inggeris itu bahasa lingua franca dunia dan bahasa ekonomi dunia. Tidak ada yang yakin dengan sistem pendidikan Islam. Semua mengatakan bahawa sistem pendidikan Inggeris dan Barat itu lebih agung.
16. Dalam keadaan seluruh sistem itu tunduk, kalah dan tewas dengan tekanan penjajah, yang masih ada sebagai benteng pertahanan ilmu umat, sebagai pengadang mempertahankan kemurnian akidah dan akhlak, adalah pondok maahad itu yang bertahan. Ini yang dikupas oleh Bapak Mohammad Natsir. Dia berkata, “di kala seluruh sistem itu mengalah, tewas dan tunduk kepada kekuatan Barat, satu-satunya benteng pertahanan iman, ilmu adalahsekolah-sekolah agama, pesantrenyang disebut di Indonesia, dan pondok yang disebut di Malaysia.”
17. Jadi itulah keadaan yang berlaku. Jadi bagi kita generasi baharu, anak-anak dan cucu yang hadir, jangan lupa bahawa anak-anak dan cucu ini sebenarnya meneruskan satu sejarah yang gemilang, satu kelompok yang keras dan degil mempertahankan sahsiah kita dan dasar ilmu kita. Dan inilah yang dilakukan dan alhamdulillah, sekolah-sekolah pondok kemudian berkembang, termasuklah Maahad Al-Ummah yang hadir pada hari ini, atas usaha dan khidmat tuan-tuan guru, ustaz-ustaz dan syeikh-syeikh pada ketika itu.
18. Kita sudah merdeka. Merdeka ini bermakna mengembalikan kekuatan kita, budaya kita, bahasa kita, sistem pendidikan kita. Dan ini harus berlaku dengan apa yang dikatakan usaha yang sungguh-sungguh. Sebab itu dalam negara ini, saya tak panggil negara moden biasa. Saya tak gelar Malaysia ini sebagai Malaysia nak capai AI, quantum computing, teknologi maklumat, teknologi baharu, transisi tenaga. Ya, tetapi tak cukup. Negara ini Negara MADANI.
19. MADANI maknanya tak boleh hilangkan nilai, akhlak dan jati diri. Inilah yang membezakan negara Malaysia dengan negara-negara membangun yang lain. Kita memacu pertumbuhan ekonomi dan kejayaan dalam semua bidang, tetapi masih mempertahankan nilai dan kekuatan kita. Maka kita harus bersatu untuk memastikan kita berjaya dan menunjukkan kebijaksanaan kita.
20. Syeikh Wan Zahidi Wan Teh ada, mantan mufti. Bila dalam keadaan kita bertembung, ada pembenturan atau pertembungan dengan ittijahat ataupun trend yang kadang-kadang mahu mengubah sekarang, mahu revolusi, mahu menentang semuanya, dia beri nasihat kepada saya sekitar tahun 1990-an. Saya cakap, “macam mana nak jawab ini?” Nampak seolah-olah semua mesti segera, imma Islam wa imma jahiliah. Berat ini. Kalau tak mahu Islam, jahiliah terus. Jadi saya kata, “macam mana nak jawab ini?” Kita harus ada marhalah-nya, perubahan dan hikmahnya. Kita baca al-Quran:“Ud’u ilaa sabiili Rabbika bil-hikmati wal-mau’izatil-hasanati wa jaadilhum billati hiya ahsan”.
21. Ini kebijaksanaannya di mana? ‘Ahsan’di mana? ‘Hasanah’ dimana? Masa itu Syekh Wan Zahidi beritahu saya, “Saya akan telaah kitab Asy-Syatibi: Al-Muwafaqat, karya Imam al-Syatibi. Saya pun baru dengar. Itulah ulama besar zaman silam yang menulis tentang pengalaman Umar Abdul Aziz dengan anaknya, Abdul Malik. Abdul Malik itu anak muda. Mahu perubahan segera. Mahu menuntut. Mahu sergah semua yang tidak setuju dengan dia.Jawab ayahnya. Siapa ayahnya? Umar ibn Abdul Aziz. Orang zuhud, pemimpinyang bijaksana, yang berilmu, yang kuat amalannya, yang baik, dan tinggiserta mulia akhlaknya.
22. Apa jawab Umar ibn Abdul Aziz? “La ta’jal ya bunayya“ –Jangan gopoh, wahai anakku. Kalau perubahan apapun, kalau kita buat secara gopoh, tidakterjamin. Sebab negara ini ada banyakpertimbangan. Negara harus bersatu. Negara harus aman. Dalam setiapperubahan itu, kita mesti rangkulkekuatan supaya majoriti besar itubersama kita untuk mengorak langkahdan membawa perubahan.
23. Jadi jawab Khalifah Umar ibn Abdul Aziz,tentunya dengan hujah-hujah yang kuat. Pengharaman arak pun berperingkat. Dan kalau dia gopohbertindak sepertimana yang dituntutoleh Abdul Malik, anaknya, Khalifah yang disebut Umar ibn Thani, Umar ibn Abdul Aziz, katanya dia tak mungkinjamin keselamatan (security) keamanannegara.
24. Sebab itu, anak-anak yang dikasihisekalian, belajarlah dengan tekun. Buktikan bahawa nama sekolah pondokdan madrasah atau maahad ini bolehmelahirkan, sepertimana kita saksikan. Bukan sahaja kepintaran, kecekalandan keterampilan dalam bidang-bidangdisiplin tertentu, syariah atau bahasaArab dan sebagainya, tetapi juga dalamilmu-ilmu baharu.
25. Pondok dulu berperanan, tetapi kalahjuga akhirnya kerana perubahan itubegitu pantas dan kita tak dapatmenangkap penguasaan ilmu-ilmu lain. Sebab itu saya lihat dan bangga, Alhamdulillah, ustaz-ustaz dan pimpinan pondok, tuan-tuan guru inijuga, selain mengekalkan tradisi Islam dan kitab-kitab lama, masih bersediamenerobos, meneroka disiplin baharu, komputer, AI kerana ini perlu.
26. Saya ucap terima kasih, kerjasamaMDEC, ICU yang membantu bukan sajamemperbaiki sekolah-sekolah agama ini. Dan saya bagi jaminan, insya-Allah, kalau sekiranya kita terus sihat,ekonomi begini, sepertimana sayaberitahu kepada Syeikh Wazir Al-Makki, insya-Allah kita akan tingkatkan dan martabatkan sekolah agama, sekolahpondok di seluruh negara kita.
27. Dan kita teruskan apa yang disebutinisiatif atau ikhtiar Transformasi Digital Institusi Pendidikan Islam yang kitaluncurkan pada Mac lalu. Maknanya, mana mampu kita mula, ada beberapapondok atau pesantren ataupunmaahad atau sekolah menengahagama supaya beberapa teknologibaharu itu boleh dimuatkan dan anak-anak lebih bersedia.
28. Jadi, saya hargai kerjasama yang diberikan oleh sekolah-sekolah ini. Dan pada hari ini, kita akan terus menambahperuntukan dan bantuan sepertidiumumkan untuk semua sekolahagama dan maahad di Perak ini. Dan untuk Maahad Al-Ummah, Chemor ini, saya tentunya juga terharu, kerana inijuga sekolah yang dekat dengan saya. Mudir pertamanya itu sahabat baiksaya, Almarhum Ustaz Haji Muhammad Ibrahim Batu Bara. Itu seorang pejuang, seorang ilmuwan dan seorang sahabatyang sangat setia. Dia banyak bermuladan bertapak di Kelantan, tetapi di Chemor sebagai mudir pertama. Jadi Syeikh, nak tahu ana umur muda ketua, mudir pertama pun dah kawan baikana.
29. Jadi, insya-Allah kita akan tingkatkan. Saya tengok ada permohonan darisekolah Maahad Chemor ini, Solehhuddin ada ke? Datuk, maahadberapa kita bagi hari itu? Kita dah luluskan tahun lalu untuk 115 pondok di Perak ini, tapi tahun ini kita tambahuntuk semua sekolah-sekolahpondok di Perak yang tidak cukupbantuan yang dahulu, kita beri RM15 juta.
30. Tetapi untuk Maahad Al-Ummah iniChemor, mengenangkan pengasasnya, sahabat kita, dan sumbangan rakyat dan anak-anak yang hadir dengansemangat yang bukan main, dimohonRM200,000. Tetapi yang memohondaripada Perdana Menteri RM200,000. Tetapi Perdana Menteri luluskanRM300,000.
Wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.