TEKS UCAPAN VERBATIM YAB PERDANA MENTERI: PROGRAM MAKAN MALAM RIMBUNAN HATI 2026
TEKS UCAPAN VERBATIM
YAB DATO’ SERI UTAMA ANWAR BIN IBRAHIM PERDANA MENTERI
SEMPENA
PROGRAM MAKAN MALAM RIMBUNAN HATI 2026
SABTU, 20 JUN 2026 | 8.00 MALAM
GRAND BALLROOM, KLANA RESORT
SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam Sejahtera.
Alhamdulillahillazi anzala ala abdihil kitaba
Walam yaj’al lahu ‘iwaja
Wa salli wa sallimu ala rasulihil karim
Wa ala alihi wasahbihi ajma’in.
Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun,
Menteri Besar Negeri Sembilan;
Negeri Sembilan Darul Khusus yang ada sikit gelombang, tapi insya-Allah bawah pimpinan Saudara Aminuddin, gelombang itu akan disurutkan dan bangkit semula kekuatan di Negeri Sembilan.
Sahabat saya,
Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdullah Ghani bin Kassim,
Dato Panglima Garang Negara merangkap Pengasas Pertubuhan Lima Generasi Malaysia (PLG);
dan rakan-rakan keluarga, generasi yang dekat dengan saya, saya ikuti.
- Saya tentunya terharu pada malam ini, hilang rasa keletihan bila melihat rakan-rakan bukan sahaja hadir dalam majlis ramai, dianggap rimbunan hati, tetapi yang juga utama yang memaut, mengikat kekuatan persahabatan kita dengan satu matlamat yang murni.
- Dan oleh itu, saya hargai dan walaupun agak beberapa hari ini acara yang ketat, seperti yang sudah tahu saya ke Rusia beberapa hari yang lalu, ada pertemuan pimpinan negara ASEAN dengan Vladimir Putin, Presiden Rusia. Kemudian, ada pertemuan dua hala, Malaysia dan Rusia. Berikutan itu, pertemuan empat mata saya dengan Presiden Putin.
- Apa tanda? Kita negara bebas. Kita berkawan dengan semua. Matlamat kita, kebajikan rakyat. Ada negara Eropah, Amerika tidak suka dengan Rusia. Itu masalah mereka. Kita berkawan untuk menjamin rakyat. Apa dia faedah dia? Saya runding dengan Presiden Putin. Saya kata saya wakili negara dan saya cinta dan kasih kepada rakyat negara saya, saya tidak mahu ada masalah minyak, gas dan diesel.
- Saya minta Presiden Putin, saya minta jaminan. Kita sahabat. Masa orang buang saudara, masa negara-negara Eropah tidak mahu cakap dengan saudara, saya bawa rombongan tiga tahun lalu jumpa Presiden Putin dan katakan, “You are my friend, we will work together for the benefit of our people.”
- Jadi, sebab itu bila saya buka mulut, saya kata, “Presiden Putin, boleh tak bagi jaminan minyak, gas, diesel jangka panjang supaya anak-anak saya tidak terbeban dan bimbang dengan kekurangan minyak dan gas?”. Dia jawab, “Prime Minister Anwar, kalau itu cadangan saudara, saya bagi perjanjian ini, jamin jangka panjang, jaminan bekalan minyak kepada Malaysia”.
- Sebab itu saya kata persahabatan penting. Tentunya kita bincang soal lain. Saya kata pendidikan. Saya nak tahu anak dan minta peluang anak-anak kita, kerana bukan sahaja Amerika ke Jepun, tetapi Rusia juga punyai peluang. Space science, peralatan ketenteraan, digitalization, artificial intelligence, quantum computing. Ini semua subjek baru. Saya mahu anak-anak kita di Malaysia ini tidak ketinggalan. Saya kata beri ruang. Dia jawab terus, spontan. “Ya Anwar, kalau you minta, saya akan sediakan bukan saja tempat belajar, saya akan sediakan biasiswa untuk anak-anak Malaysia belajar dalam bidang-bidang baik ini”.
- Dari situ, saya singgah ke Turkmenistan. Tapi dalam perjalanan ke Rusia, saya terpaksa transit kerana kapal terbang kita ini tidak boleh jalan terlalu jauh, setakat tujuh, lapan jam. Transit di Uzbekistan. Transit ini selalunya kita turun tunggu sekejap, pesawat perlu minyak, ambil minyak. Kita duduk rehat sekejap, siap, kita naik.
- Tapi untuk transit Malaysia, dalam team Malaysia, Presiden Uzbekistan tunggu di lapangan terbang, buat lawatan hampir rasmi dua hala mesyuarat kerana dia hormat dan memberi pengiktirafan kepada negara Malaysia. Jadi, Presiden Shavkat Uzbekistan terus sambut secara rasmi. Eh, saya terkejut, saya kata selalunya kita hadir untuk transit rehat sekejap, ini tidak. Dia sediakan dua jam, sambutan rasmi dan mesyuarat dan bincang perkembangan dua hala. Itulah standard Malaysia hari ini, sudah diiktiraf dan dihormati oleh negara-negara dunia.
- Dari Rusia, Kazan, saya ke Turkmenistan semalam, kelmarin. Eh, dua hari sudah, maaf. Sampai Turkmenistan, Presiden Serdar Berdimuhamedow sambut rasmi. Dan kita, Petronas ada hubungan dah 30 tahun tapi bekalan minyak dan gas kecil-kecilan. Saya tidak mahu lagi anak-anak kita terbeban dengan masalah tenaga. Satu dunia gawat, kurang tenaga, harga tinggi. Kurang bekalan tenaga dan harga meningkat tinggi. Kita mesti menguasai.
- Jadi, saya bincang. Dua tahun lalu, dia datang ke sini, November 2024. Saya berkawan dengan dia. Saya kata, saya minta kerjasama. Kalau negara lain, syarikat-syarikat besar dari Amerika, dari China, dari mana-mana besar boleh bagi peluang kepada kami dalam Petronas.
- Saudara,dengar apa yang berlaku. Semalam, Presiden Turkmenistan, pagi bincang hati ke hati, empat mata dengan saya, kita kemudian beredar, saya pergi solat Jumaat di masjid. Kemudian, balik sambung jumpa 500 pengusaha dan peniaga, dan di situ dia sampaikan ucapan. Dia kata, “My friend Prime Minister Anwar mahu minta kerjasama terus dalam bekalan tenaga. Oleh itu, saya selaku Presiden Turkmenistan dengan ini meluluskan kepada Malaysia atas pertimbangan dan jasa baik Perdana Menteri Anwar, dua telaga gas terbesar dan tambahannya menjadikan kita di Malaysia dan Petronas memiliki di antara bekalan gas terbesar di dunia!”
- Saudara-saudara dan anak-anak, ini bukan perkara kecil. Bayangkan Malaysia diberikan ruang begitu besar kerana hubungan baik kita, kerana usaha dan khidmat kita, bekerja satu pasukan dan tentunya dengan kudrat dan izin Allah SWT. Bayangkan semua negara mengejar nak cari bekalan minyak dan tenaga.
- Jadi, saya kata, Tok Min, jagalah sekejap Negeri Sembilan ini. Aku nak jaga negara, masa depan. Aku bukan muda lagi. Aku tahu berapa tahun tapi aku nak tinggal negara ini selamat. Jangan ada anak-anak esok terbeban dengan tidak ada minyak, tidak ada diesel, tidak ada gas. Sebab itu saya pergi bertungkus-lumus, pulang tadi 3:30 pagi di Pulau Pinang, ada program, sampai tadi dekat pukul 7:00 terus datang ke Seremban, bayangkan.
- Ini kenyataan, bukan saya kata saya, “Ini saya, hebat”. Saya nak bagi tahu, kalau nak jaga negara, kalau nak bela nasib rakyat, kalau nak tentu masa depan baik, kerja dengan ikhlas, al-amalillah. Jangan curi. Ini kalau pergi, “Baik, aku boleh bagi berapa banyak telaga minyak. Ini puluh-puluh bilion. Boleh bagi komisen sikit masuk poket. Ini yang jahanamkan negara kita. Sebab itu kita kena lawan. Ya. Ini masalahnya, tapi ini tidak dibicarakan. Sibuk masing-masing bergaduh, berebut, berlawan, nak jatuhkan. Untuk apa?
- Sebab itu saya minta anak-anak fikir. Ya, saya kadang-kadang kena bercakap, tegas sangat. Tadi Nurul Izzah di rumah, sebelum saya datang, dia kata, “papa, tenang, tenang sikit.” Mana boleh saya tenang? Orang susah mahu cari RM40 tambahan satu bulan, RM60, kena buat rumah-rumah kecil begitu susah payah dan kamu sebagai ketua, sebagai pembesar, kira nak kaut, nak sakau, kemudian nak jadi pemimpin rakyat. Mana boleh kita terima begitu?
- Saya tidak ada pilihan. Saya akan luahkan dan ajak rakyat untuk bersama kerana Tok Min Menteri Besar, saya pula Perdana Menteri. Tanya tanah mana dia ambil, balak-balak dia sakau, kontrak mana dia ambil, dia curi. Kita nak cari pemimpin ini. Saudara, kita dah hampir 70 tahun merdeka. Naik pemimpin kaya-raya, harta di sini, harta di New York, harta di London, sakau tidak habis-habis. Bila kita sebut, dia marah. Siapa peduli kalau marah tak marah? Kita kena jaga negeri ini dan rakyat negara kita.
- Jadi, anak-anak dan saudara-saudari dikasihi sekalian saya tentunya sebagai manusia yang sudah berumur, bila dengar ayahan berucap, cuba tengok, dia tidak berucap sebagai seorang politik, pemimpin politik, janji-janji. Bayangkan berucap tadi, meluahkan perasaan. Saya dengar banyak kali dia ucapan, tapi dia tidak pernah berucap dengan perasaan, dengan emosi, dengan mengeluarkan pandangan, menyatakan pandangan, ini suara hati nurani. Dia telah melalui liku-liku, pasang surut, naik turun dalam perjuangan, dia tahu masa depan negara ini mesti tepat kepada orang yang ada keyakinan, ada akhlak dan bertawakal kepada Allah SWT.
- Jadi, sebenarnya saya dan rakan-rakan yang hadir daripada seluruh negara itu hanya mengajak saudara-saudara berfikir. Ini sepak terajang politik, riuh-rendah, bersyarah, podcast itu, ini, itu boleh kita dengar. Nak menilai, tengok orang berapa banyak harta yang dia sakau, berapa banyak manusia yang dia tindas, berapa angkuh dan sombong dia.
- Sebab itu, kalau dalam Al-Quranul Kareem, membuat perubahan semua di tubuh dan mengubah itu dari diri, Yā ayyuhalladzīna āmanū, qū anfusakum wa ahlīkum nārā. Allah mengingatkan kita, wahai orang-orang di dunia, nak selamat, kita boleh selamat di seluruh dunia mula daripada diri kita dan keluarga juga. Selamat dari mana? Dari apa? Selamat daripada seksaan api neraka. Zalim, tamak haloba, sombong dan angkuh kerana aku penuh berkuasa, aku boleh bermaharajalela. Itu petanda buruk hidup.
- Hadis Nabi Muhammad SAW, Ibda’ binafsik. Semua orang nak mula. Semua orang bercakap tentang perjuangan tapi mula dari mana? Mula dari diri kita, mula dari peribadi kita. Sebab itu dalam Negara MADANI ini, apa yang lain? Artificial intelligence? Hampir kesemua negara-negara sekarang sudah mengejar, kadang-kadang kaya dan maju. Digital transformation, semua. Kadang-kadang sekolah-sekolah di luar negara pun belajar digital.
- Ekonomi, pertumbuhan ekonomi, semua ajar. Tapi apa yang berbeda? Kita bicara AI, digital, transisi tenaga, pertumbuhan ekonomi, kita juga bicara soal nilai dan akhlak.
- Tengok yang hadir, saya tengok anak Melayu, anak Cina, anak India, anak orang asli, anak dari Dayak dan Kadazan, semua ada. Untuk apa? Kenapa saudara-saudara mesti bergaduh? Mesti benci? Tidak, saudara boleh bekerjasama. Untuk apa? Kerana matlamatnya betul.
- Semua nak negara ini bersih. Semua nak anak-anak mereka mendapat pendidikan yang baik. Ini masalah kita, bukan masalah kaum. Masalah kita ini masalah penyamun dan penyakau, bukan masalah kaum. Bayangkan yang hadir ini, yang Melayunya, yang Cinanya, yang Indianya, yang Iban, Kadazan, semua kata okey, kami berpakat, muafakat, ikrar, kami akan kerjasama, bangkit sebagai satu kekuatan! Siapa yang berani gugat kita kalau begitu? Benar.
- Tapi kalau datang orang, “hei, dia punya kawasan, kalau dia cakap Bahasa Melayu kita dah, “Ah, itu dia.” “Hai, baik, apa guna kawan dengan orang makan babi? Apa guna ini minum dengan kuil banyak-banyak?” Gaduh terus tapi sementara itu apa guna, apa guna? Dia sudah sakau.
- Ini yang berlaku dalam negara kita. Dia minta kita benci kepada Cina, Cina benci pada India, India pada Melayu, Selangor pada Sabah, tapi dia di atas lumayan. Gaduhlah kamu, hai anak-anak, gaduh, gaduh, gaduh. Perang sama-sama kamu, aku bebas untuk curi sebanyak mungkin kerana kamu kekal bodoh tidak tahu, kamu gaduh sama kamu, aku sapu sebanyak mungkin apa kita mahu perkara itu diteruskan? Kalau tidak mahu, kita mesti bangkit tanam kesedaran.
- Hitam, putih, kuning langsat, mata sepet, mata bulat, rambut lurus-lurus, rambut keriting, itu Allah ciptakan. Jangan mendabik dada, dada ini istimewa. Malah kalau kamu itu ada agama, Allah tetapkan dalam al-Quran, Inna akramakum ‘indallahi atqakum. Yang hebat itu kerana pangkat kamu. Pangkat kamu itu bila masuk enam kaki di bawah, pangkat kamu hilang. Tetaplah Datuk Seri, Tan Sri, Tan Sri, Tun, tak apa-apa pun, itu semua di luar. Dan kalau nak tanam, tanam sekali pun dah reput sama dengan kamu. Kamu kena insaf, pangkat dan darjat itu tak lama. Harta? Buatlah harta sebanyak mungkin, tinggi segunung ada contoh. Siapa contoh terhebat sekali dalam dunia dulu? Firaun, laknatullah. Firaun punya harta itu boleh bikin gedung, satu gunung bangunan permai paling canggih ketika itu. Ribu tahun masih menjadi miracle dan rahsia, Firaun. Kerana harta dan kuasa. Di mana dia sekarang?
- Sebab itu, kita kena insaf. Sebab itu, saya memang terkesan dengan nasihat, desakan dan luahan ayahanda dari isi hatinya dan mudah-mudahan saudara-saudara, dalam santai kita, sambut malam ini jangan kita lupa, hidup kita mesti ada arah. Betul, ayahanda itu di antara sahabat setia saya, dia panggil sahabat sejati. Masa saya susah, dalam penjara tidak boleh bagi apa-apa pun, ada orang kata, Oh, sebab Anwar Perdana Menteri, tidak betul. Masa saya tak ada apa-apa, 10 sen pun tak mampu bagi, dia setia sahabat sejati.
- Takkan pula oleh kerana sekarang saya Perdana Menteri, saya nak lupa? Kalau dulu ayahanda anggap saya sahabat sejati semasa saya derita dipukul setengah mati, sekarang saya Perdana Menteri, ini dia sahabat setia sejati.
- Jadi, Yang Berbahagia, Datuk Ghani, ayahanda dan rakan-rakan yang saya muliakan, terima kasih atas persahabatan ini. Ini bukan akhir perjuangan, usaha kita, ikhtiar kita dalam pelbagai cara. Anak-anak kita, keluarga kita, politik negara kita, masa depan negara kita.
- Saudara-saudari, terutama yang muda-muda mesti turun ke gelanggang, ditunjukkan bahawa kita ada kekuatan untuk bawa perubahan ke arah kebaikan. Reformasi! Saya test saja okey. Terima kasih banyak, dan sekali lagi, saya tidak ada umum apa-apa, kerana bagi saya, ini suara hati. Yang perlu, kita bantu kita bantu, tidak payah saya umum di sini. Apa yang perlu untuk kebajikan terutama rakyat yang tertindas dan rasa tersisih, itu insya-Allah ayahan, here is your loyal friend. Terima kasih.
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
