TEKS UCAPAN VERBATIM YAB PERDANA MENTERI: PERHIMPUNAN BULANAN KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM
TEKS UCAPAN VERBATIM
YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM
PERDANA MENTERI
SEMPENA
PERHIMPUNAN BULANAN KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM
4 MEI 2026 (ISNIN) | 8.00 PAGI
DEWAN DAMAR SARI, KOMPLEKS F, PUTRAJAYA
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillahi rabbil a’lamin
Nahmaduhu wa nusalli ala rasoolihil kareem
Wa ‘ala alihi wasahbihi ajma’in.
Yang Berhormat Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup,
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam,
Dan keluarga Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam;
Yang Berbahagia Ketua Setiausaha Negara;
Yang Berbahagia Ketua Setiausaha Perbendaharaan;
Yang Berbahagia Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam;
Ketua-ketua Setiausaha Kementerian; dan
Semua yang hadir serta rakan-rakan yang mengikuti.
- Saya ucap penghargaan kepada saudara Menteri, sahabat saya Arthur Joseph Kurup dan rakan-rakan yang menyelenggarakan majlis pada pagi ini satu acara bulanan, maknanya saya turun ke Kementerian, dan sesudah ini akan ada pertemuan dengan pimpinan kementerian membicarakan hal-hal yang harus diberikan perhatian dan yang disenaraikan dalam urutan keutamaan kita.
- Jadi untuk persiapan saya ucap terima kasih, walaupun tak sempat tuang kopi tadi, tak apa. Patut Arthur atau KSU tuanglah kopi dulu (nada berseloroh). Tentunya kita tahu kementerian ini, kementerian yang punya paksi kepada suasana yang sihat, segar untuk menjaga alam.
- Saya masih ingat satu kupasan salah seorang sarjana besar dunia Islam, asal Iran, sekarang bertugas Amerika Syarikat, Professor Seyyed Hossein Nasr. Dia bicara soal kelestarian alam itu lama sebelum heboh laporan Club of Rome tentang permasalahan yang mungkin timbul akibat daripada pelanggaran peraturan hukum dunia dari sudut sumber asli dan kelestarian alam.
- Jadi, rencana yang diterbitkan pada tahun 70-an itu ialah ‘Limits to Growth’. Maknanya, betapa pun kita pacu pertumbuhan, ada hadnya, terutama bila dia ditentukan oleh kerakusan tamak haloba manusia, memusnahkan persekitaran dan tidak menjamin kelestarian. Ataupun menggali sumber asli tanpa batasnya. Jadi itu disebut dalam kupasan yang menggemparkan dunia ketika itu, di mana sementara kita memacu pertumbuhan, ditentukan oleh puak pemodal, tetapi ada batasnya, yang disebut ‘Limits to Growth’.
- Kemudian disusuli dengan laporan karya besar, Barbara Ward. Karyanya berjudul ‘Only One Earth’ (Only One Earth: The Care and Maintenance of a Small Planet (1972), kita hanya satu dunia alam ini untuk menentukan sama ada kita boleh pertahankan atau tidak. Sekitar akhir 70-an begitu. Tetapi saudara-saudara, ini maknanya kalau kita bagi orang yang ada landasan keyakinan agamanya, tahu tentang apa yang disebutkan fasad fil ard – kemusnahan dan kerosakan, corruption on earth iaitu bila kita biarkan kelompok yang memunggah kekayaan seperti revolusi industri awalnya yang menyebabkan kerosakan persekitaran tanpa kawalan. Ataupun kemusnahan alam akibat pembalakan yang tak terkawal dan terurus.
- Jadi kelompok kecil memunggah kekayaan, untung berbilion ringgit, rakyat di sekitarnya itu terabai. Ini akibat daripada fasad – corruption on earth. Itu peringatan Al-Quran. Tapi saya nukil tadi pandangan Hossein Nasr, kerana sekitar 1960, 1961. Dia dah tulis karya yang sangat relevan sehingga sekarang. ‘Man and Nature’ – bagaimana harus ada perimbangan di antara manusia dan persekitaran, yang semulajadi. Dan ini terungkai dalam gesaan Al-Qurannul Karim,
“Wakazdalika jaalnakum ummatan wasyathan litakunu shuhada aalannas wa yakụnar-rasụlu ‘alaikum syahīdā”
(Surah Al-Baqarah:143)
- Dunia dijadikan dan manusia dilahirkan untuk menjamin perimbangan. Dan keseimbangan ini di antara duniawi, ukhrawi, iman, ilmu, akal, kalbu, itu perimbangannya. Sebab itu disebut di situ, dijadikan ummatan wasata – umat yang seimbang. Ada yang terjemahkan sebagai umat yang sederhana. Betul. Sederhana dalam erti kata tidak melampau. Jadi seluruh bentuk kehidupan manusia harus begitu. Dan seimbang maknanya menjaga manusia dan keperluannya dan persekitarannya.
- Jadi bila hilang keseimbangan itu, sistem fasad, porak peranda. Sebab itu dijadikan ‘ummatan wasata’. Dan kalau benarlah kita jadi begitu, imannya, ilmunya, dunianya, akhiratnya, kesimbangan dipertahankan. Itu janji al-Quran itu sangat jelas. Jadi bagi kita, baik Muslim, juga bukan Islam, perimbangan di antara keperluan manusia dengan keperluan persekitaran. Keyakinan terhadap kehidupan kini dan bertanggungjawaban di akhirat.
- Dan kalau ini dapat dicapai, disusuli dengan sambungan ayat, “litakunu shuhada aalannas”. Kalau benarlah umat ini, manusia jadi begitu, maka dia jadi sendirinya contoh kepada manusia. Orang yang punya nilai akhlak yang tinggi, yang jaga kebersihan diri dan persekitarannya, yang jaga dunia dia dan alamnya. Jadi ini yang ditekankan, iaitu menjamin diri dan persekitaran. Kalau benar itu yang kita laksanakan dia jadi “shuhada aalannas” dengan sendirinya, tak payah mendabik dada kata kita ini contoh bagi manusia, tak. Jaminan Quran dengan contoh kita. Contoh diri kita, keluarga kita, masyarakat kita, negara kita. Tak payah kita war-war, tak perlu. Dengan sendirinya, dengan amalan kita, dasar kita.
- Sebab itu saya gesa rakan-rakan, Arthur, KSU, rakan-rakan di Kementerian ini, jadikan ini sebagai tonggak keyakinan kita, tanggungjawab menjadikan, melaksanakan dasar supaya jadi contoh kepada manusia. “Shuhada aalannas”. Dan kalau begitulah tekad kita, dalam kerja kita, amalan kita, dan insya-Allah, “wa yakụnar-rasụlu ‘alaikum syahīdā”. Rasulullah SAW akan menjadi saksi atas perbuatan dan kegiatan kita.
- Jadi saudara-saudara, kerja kita ini mesti mengetuk pintu hati, menanyakan diri apakah kita laksanakan dengan sebaiknya, dengan keyakinan, dengan keikhlasan? Apakah rezeki yang kita perolehi ini kerana kerja kita dan amal kita? Apakah habuan kita perolehi ini tidak cara gelojoh, curi dan rasuah? Apakah amanah di kementerian ini yang mengawal apa yang disebut sumber asli dan kelestarian alam dapat disempurnakan dengan sebaiknya?
- Tentunya Arthur Joseph Kurup, Syed Ibrahim ada. Itu tanggungjawab kerana membantu mengemudi kementerian. Mudah-mudahan Allah memberkati usaha kita bersama. Demikian mukadimahnya pagi ini. Mukadimah dan tazkirah.
- Baik, walaupun kita cuba atur ada masalahnya, saya bicara dari Arab kata, hadis min qalb ila qalb, Haathi Mere Saathi, hati ke hati. Haathi Mere Saathi itu maknanya lain. Banyaknya peminat Hindustan (nada berseloroh). Bahawa sementara yang dilakukan oleh rakan-rakan itu baik. Tetapi saya ucap taniah kepada Arthur, Syed Ibrahim, KSU kerana cuba memperbaiki terutama dalam bidang penguatkuasaannya. Rekod kita tidak begitu baik, penguatkuasaan kita lemah. Ini sekadar himbauan memperingatkan kita.
- Saya pernah datang di sini dua tahun yang lalu. Menegur, tetapi masih berlaku keterlanjuran. Penguatkuasaan yang lembab, tindakan yang lemah, dan pemantauan dari atas yang tidak berkesan. Akhirnya, bila digeledah dengan pasukan khas, ternyata penyeludupan terlalu tinggi dan penguatkuasaan yang agak lemah. Kita tentunya tidak boleh jadikan ini suatu yang umum atau generalization, kerana dalam tiap jabatan ada pegawai, petugas yang jujur dan Ikhlas, dan kita memang dapat senarai tersebut. Tapi itu sudah berlalu. Dan sebab itu saya ucap tahniah, saya bangga datang ke kementerian kali kedua dan saya lihat ada satu tekad perubahan yang baik membanggakan. Terima kasih.
- Walaupun kita lalui pengalaman ini, ada pahit getirnya, ada positifnya. Tetapi tak semena-mena muncul permasalahan baru. Zionis Israel dengan dukungan Amerika Syarikat memilih untuk menyerang Iran. Menimbulkan suatu konflik Perang Teluk yang dahsyat dan kesannya itu menyeluruh keseluruh. Tempiasannya keseluruh dunia. Dan saya gunakan data masa nyata, real time gambaran ringkas, snapshot di Hormuz.
- Ini kesesakan di Teluk Hormuz. Tentunya dia tidak seberat. Kita ke sini dulu ya. Maknanya ini real time ya dan di teluk itu tebing kecil, jadi keselamatan kapal-kapal itu sukar dikawal, terutama bila ada tekanan dari Amerika Syarikat dan Iran menuntut laluan itu menjadi hak mereka. Saya tentunya lebih terkesan kerana agak faham mengapa Iran bertindak balas, kerana dia diserang. Dia nak pertahankan hak dia. Tapi dalam pertempuran di antara kedua itu, dengan kesesakan begini, termasuk ini Kapal Petronas. Saya tak tahu yang mana satu kalau saya beritahu kan itu memang saya tak cakap benar. Tapi yang pasti daripada banyak-banyak itu ada kapal Petronas. Jadi ada yang terlepas, yang sampai ke Pengerang, ada yang tidak.
- Tapi yang penting di sini ya, walaupun kita tahu daripada umpamanya Selat Hormuz, saya bayangkan minggu sebelum perang dengan selepas perang. Kalau tanker Straits of Melaka, 460 ribu kapal. Kalau di Selat Hormuz, selepas perang masih laluan, sebelum ada sekatan untuk tanker, lepas 44,000. Tetapi kalau LNG, Straits of Hormuz, 0, kosong. Kita bandingkan juga dengan tempat-tempat lain, di Teluk Arab, Pelabuhan UAE. Tak apalah, itu cuma nak tunjuk bahawa Perdana Menteri tahu. Jangan beban pulak. Yang kena kedut-kedut dahi tu, tak payah, tak payah. Macam-macam ni orang. Jangan fikir-fikir (nada berseloroh).
- Saya cuma nak beritahu tentang rumitnya keadaan itu. Sesetengah orang dia kata “ada”, saya tengok ada Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri ke? Satu negeri, sebuah negeri. Dia kata, “tak ada. Petronas tak lalu Selat Hormuz dan kita kena bayar”. Ini kadang-kadang, ini adalah politik di Malaysia ni, kadang-kadang, dia tak kira fakta, dia tak kira benar. Sama ada dia atas nama Islam ke, atas nama Melayu ke, atas nama rakyat ke, kenyataan dia tu tidak pernah tabayyun, tidak pernah menilai kebenaran dan faktanya.
- Jadi apa kesannya? Saya nak tunjuk di sini keadaan itu rumit. Tidak mudah. Mesti lalu, salah satu laluannya. Tapi mesti tersangkut sekarang. Bila tersangkut, ada yang mengatakan, ya, tapi dah pesan lama, harga lama. Tak betul. Harga itu ditambah. Pertama, cost freight Kedua, cost insurance bertambah. Jadi ketiga, melibatkan keselamatan anak-anak kapal, syarikat, dan oleh itu harga melambung tinggi. Dan harga itu kemudian terkesan dengan kita yang terima.
- Jadi ada dua permasalahan: satu, supply. Supply memang ada. Kita bernasib baik, Malaysia di antara negara ASEAN yang terjamin supply minyaknya dan gasnya. Semalam Tan Sri Hassan beri maklumat terkini dari Petronas tentang usaha-usaha kita. Oleh kerana kita berbaik dengan Iran, di antara negara yang mula diberi laluan, Malaysia, setelah Presiden Iran menghubungi dan memaklumkan kepada saya.
- Dengan Rusia, kita ada hubungan baik. Dengan Turkmenistan, Uzbekistan yang kita ada hubungan yang baik sekian lama, beri jaminan. Jadi dari segi supply, tapi harga meningkat. Ini bukan masalah yang berpunca dari kita, tapi yang berlaku, dan sekarang harus kita kawal. Sebab itulah maka kita terpaksa berdepan dengan harga minyak di Malaysia.
- Malaysia masih pertahan RON95. Sebab itu saya datang tadi, ruang belakang masih tersenyum. Katalah naik RON95, saya percaya senyuman pun sudah tawar. Jadi masih lagi senyum, cuma kita turunkan daripada 300 liter ke 200 liter, kerana kita terbeban tampung kos minyak dan diesel.
- Kalau harga itu melambung tinggi betul, dia mungkin mencecah lebih daripada RM6 bilion. Tapi kalau harga setakat sekarang, RM5 bilion satu bulan. Bayangkan. 10 bulan, RM50 bilion dari dana Kerajaan. Penjawat awam harus tahu. Kadang-kadang ada yang tidak tahu di bawah, di luar, lain. Tapi penjawat awam tak tahu? Dia hanya tanya, pasal apa kos naik, pasal apa harga minyak tak turun? RM1.99 patutnya turun lagi, Brunei lagi rendah. Satu dunia tak ada yang boleh menyaingi kita. Kita paling rendah di dunia, RM1.99, melainkan Brunei.
- Ada yang tanya saya lagi, pasal apa tak boleh turun lagi? Jadi sebab itu, harus ada pencerahan maklumat itu sampai di semua peringkat. Mana-mana ketua jabatan dalam mesyuarat-mesyuarat itu, terangkanlah sikit kerana dia tidak boleh kata ini urusan Kementerian Ekonomi atau Kementerian Kewangan. Tidak, ini urusan kita. Saudara nak belanja kalau permohonan baru, tambahan KSU ya, permohonan tambahan tidak ada. Kerana kalau kita faham kita tahu kekangan kita.
- Jadi sebab itu, saudara lihat umpamanya penambahan. Januari masa saya umumkan subsidi RON95, kita tampung RM700 juta sebulan. Jadi saya fikir, okey, Malaysia ini bukan negeri miskin sangat, setakat RM700 juta. Selang berapa bulan, naik RM5 bilion, Sebulan. Jadi, saya masih kata okey, tapi KSP dan KSU kata tidak boleh, kerana tidak mampu dana yang ada ini menampung sebulan, okey, dua bulan, okey, tiga bulan, enam bulan. Jadi itulah sebabnya mengapa ada beberapa tindakan yang kita ambil.
- Jadi sebab itu, kita kata penyelarasan subsidi. Sekarang kita sudah usahakan penyelarasan subsidi untuk diesel kerana bocor banyak, tiris banyak, seludup pun masih ada. Jadi kita masih. Tapi itu pun diesel, ada yang katakan… saudara, kalau baca dalam media sosial harga naik, dia tidak sebut langsung harga subsidi. Ini pun masalah kita, I mean be fair Betul harga naik, betul. Ada masalah?
- Ya hari Jumaat yang lalu saya makan di warung di Rawang. Saya boleh tak ikut. Jadi bila saya di situ, saya pergi ke warung itu makan sebelum solat Jumaat. Saya tanya kakak yang mengendali kedai. Bagaimana? dia kata okey meniaga, bagus tapi mulai esok kami nak buka malam sahaja sebab dia dah letih sikit nak kelola daripada pagi sampai malam. Okey, okey. Baik, bagaimana beli? Dia kata dia beli seminggu sekali stok untuk sebulan. Saya bukan dengar daripada KSP atau KSU, saya dengar daripada kedai.
- Kerana kadang-kadang kalau bahagian data statistic, KSU-KSU dan laporan-laporan Jemaah Menteri, “kadang-kadang harga barang Yang Amat Berhormat sedang terkawal”. Memanglah siapa yang kawal dan ada benarnya kerana dia boleh tunjuk naik itu sikit, KSN. Tetapi saya tanya kakak, dia kata tengok setengah orang, sopan dia kata, “Alhamdulillah Dato’ Seri, saya tahu Kerajaan buat, bantu tapi ada masalah”. Adalah sedikit, kata dia. Masalah macam mana? Dia kata tiap minggu ada kenaikan sedikit. Jadi kalau tiga minggu sedikit-sedikit terkesan kedai itu.
- Jadi yang saya dengar daripada kakak ini, di restoran kecil ini, tentunya memberi kesan hari Jumaat. Jadi hari Rabu mesyuarat Jemaah Menteri, saya kan bawa kes ini. Macam mana kita nak pantau betul-betul kalau benar tidak boleh kita kawal, apakah yang harus kita lakukan lagi untuk mengurangkan beban orang-orang seperti kakak ini yang meniaga kecil. Itu sebab saya kata kita ini pandai-pandai bijak-bijak dikelilingi oleh pakar-pakar terkemuka masih harus mendengar dari bawah akar umbi.
- Tetapi kakak ini dia lebih, saya rasa lebih sopan dan lebih teliti, kerana dia bukan orang politik jalanan yang jerit-jerit marah saja, tidak. Dia sebut, ya ada tetapi dia tahu ni, bila dia bawa van dia. Harga SKDS, RM1.88 seliter. Ini semua bantuan, sektor pengangkutan darat barangan RM2.15, nelayan RM1.65. Kemudian, Budi MADANI RM200 bantuan, bantuan tambahan interim Budi MADANI Individu, yang itu untuk Agri-Komoditi individu.
- Kemudian, Sabah, Sarawak dan Labuan RM2.15. Ada orang politik di Semenanjung menyerang kita kerana mengapa memberikan laluan keterlaluan kepada Sabah dan Sarawak. Dia tidak tahu langsung demografi, dia tidak tahu langsung permasalahan pengangkutan di sana. Sebab itu kita bagi pertimbangan yang lain untuk Sabah dan Sarawak. Ya, ada kebocoran, ada ketirisan, ada penyeludupan. Tapi langkahnya bukan untuk menaikkan harga yang akan membebankan petani, nelayan dan peniaga-peniaga di Sabah atau Sarawak. Tetapi untuk penyasaran subsidi, hanya bagi mengelak ketirisan itu. Ini yang kita lakukan.
- Jadi, bagi saudari-saudara yang membicarakan tentang ada kenaikan diesel, harus juga terima kenyataan berapa orang yang dapat? 25 ribu, 343 ribu yang layak, lebih 10,000 nelayan yang berkelayakan. 200 ribu penerima untuk BUDI MADANI. Jadi, ini yang diberikan. Targeted subsidy kepada yang layak. Kita tak pergi menyeluruh kepada semua. Begitu juga bagi saudara-saudara tahu tentang sebelumnya, saya ingat ini subsidi diesel. Next. Subsidi diesel individu. Okay, next. Ini saya kuliah ini bukan kerja saya. Ini KSU punya kerja ni (nada berseloroh).
- Ini kita bandingkan. Sebab saya baca dalam media sosial, teman-teman kirim kepada saya, dia kata, mengapa terlalu tinggi? Saya kata, dia ambil angka dari mana? Dia kata, mengapa Malaysia terlalu tinggi? Di mana negeri lain? Tengok, Singapura tidak apalah. Laos, Myanmar, Filipina, Cambodia, Thailand, Vietnam, Indonesia. Malaysia, kalau BUDI MADANI memang betul RM2.15 ini harga diesel. Tapi kalau harga pump masih RM5.12, maknanya lebih tinggi dari Thailand, Vietnam dan Indonesia. Betul.
- Tetapi kita beri ini subsidi. Nelayan, petani dan sebagainya. Itu pun saya dah minta KSP (Ketua Setiausaha Perbendahaaran), KE (Kementerian Ekonomi) teliti bersama dengan kementerian berkaitan, apakah boleh kita tumpu kepada kelompok-kelompok yang terkesan secara langsung. Masih ada usaha yang kita sedang lakukan. Tetapi kalau kita nak sebut bahawa harga di Malaysia RM5.12 lebih tinggi daripada Vietnam. Betul. Tapi dia tak cerita tentang RM2.15 yang menyentuh setengah juta orang lebih. Yang terkesan secara langsung.
- Next. Subsidi ayam. Ini penting. Saya nak terangkan di sini bagaimana Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan bersama dengan rakan-rakan di kementerian lain menangani masalah ini. Saya pernah jadi Menteri Pertanian lama dulu. Ada yang sebelum, bukan sebelum saudara kahwin, sebelum bapa kahwin lagi. Lama dulu. Johan gelak. Nampak saya tua sangat. Baik. Pada masa itu, tiap tahun kalau musim perayaan memang ada masalah. Ada mesyuarat tergempar, mesyuarat khas, nak kawal harga barang. Tetapi sekarang, sama ada sebelum Raya Cina. Kenaikan itu yang sangat rendah, maknanya harga barang terkawal.
- Saudara tahu langkahnya apa? Tiap tahun dulu, kita berikan subsidi untuk ayam dan telur. Maknanya, tiap tahun ayam dan telur, tahun 2022 hingga 2025, subsidi ayam pedaging dan ayam penelur RM5.2 bilion ringgit. Ayam pedaging RM2.19 bilion, ayam penelur RM3 bilion ringgit. Itu yang dimohon.
- Harga, kita ambil pendekatan baru. Dulu, tiap tahun, kita kena bantu untuk kawal harga telur dan ayam. Jadi, dalam mesyuarat Jemaah Menteri, saya kata, sebab apa? Harga ayam masa itu di Thailand lebih murah dan harga ini kadang-kadang terlalu tinggi, tidak munasabah, kerana dikawal oleh kartel. Kita banyak sangat kartel di Malaysia ini, yang harus dipecahkan. Kartel kontrak, barang kesihatan kartel, telur kartel, ayam kartel. Ya, peniaga soal lain, tapi Kerajaan mesti cuba kekang. Berpuluh tahun fikir, masa saya dulu di Kementerian Pertanian, kartel itu kita control
- Jadi, yang ini kita kena naik 20 sen, naiklah. Sekarang tidak. Kita panggil mereka, kita kata berapa kawalan harga yang berpatutan yang menyebabkan saudara untung? Okey, harga itu baik. Kalau dinaikkan berlebihan, kita akan import besar-besaran dari negara luar, stok dalam bilik sejuk dan kalau kamu naikkan, kita keluarkan. Jadi dengan cara demikian dan runding dengan baik dengan mereka, sebab itu kita dapat kawal sekarang harga. Inilah harga yang terakhir, maknanya sebelum 2024-2025. Maknanya, masih walaupun tidak diberi RM1 bilion untuk ayam, RM1 bilion untuk telur, tiap tahun masih terkawal harganya. Jadi, kita dapat selamatkan dan wang yang diselamatkan itu dipulang balik kepada petani dan nelayan. Bukan untuk dibelanjakan untuk bina gedung-gedung besar.
- Akhirnya, kalau tengok analisis kos ayam penelur dengan harga kini masih relatif lebih rendah daripada harga sebelumnya. Tapi harus terkawal dalam keadaan sekarang. Tapi adakah hal ini boleh ditentu kawal terus menerus dalam keadaan cabaran sekarang? Ini kita sekarang pantau. Rakan-rakan di kementerian ini dan rakan-rakan dari kementerian lainnya harus cuba membantu memikirkan, penguatkuasaan harus lebih berkesan. Kerana ketirisan ini besar. Penyeludupan terlalu tinggi. Dan sekarang kita dah minta badan-badan penguasaan lebih tegas. Dan kalau ada keperluan untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan peraturan dan undang-undang, beri nasihat kepada kita. Kemudian kita buat. Baru dia tuang kopi, maknanya nak suruh saya berhenti itu (nada berseloroh).
- Jadi, saya ambil kesempatan hari ini, untuk menjelaskan tentang inflasi. Tapi saya nak menutup dengan kenyataan ini. Apakah saya nafikan bahawa ada permasalahan dari segi kos sara hidup dan harga barang? Saya tak nafikan. Apakah ia harus ditangani dengan bijak? Yes. Apakah mampu kita bantu? Saya jawab sebahagiannya ya, tak mampu kita bantu semua. Seperti saudara sudah lihat umpamanya, BUDI95 pun dah mencecah tiap bulan. Kalau bayang 10 bulan, kosnya itu terlalu tinggi. Tapi saya fikir kalau setakat BUDI95 itu, kita pertahan sebab terlalu ramai yang menggunakan. Sepertimana saya katakan, telur dan ayam. Itu kalau perlu disesuaikan sedikit dengan keadaan sekarang, boleh.
- Tetapi ada masalah-masalah sukar kita kawal. Seperti yang disebut minyak dan diesel. Kita import phosphate, baja phosphate. Kita eksport urea. Sebab itu dalam rundingan saya dengan Perdana Menteri Australia yang datang ke mari dua minggu yang lalu, dia minta urea. Saya kata boleh, dengan syarat, dia kirim phosphate. Jadi boleh, baik. Dia minta minyak, saya kata kalau lebih kita bagi, kalau tidak ada tidak boleh. Walaupun di luar sana, “bagaimana Anwar jual ke Filipina?” Bila yang kita jual ke Filipina? Ini dia keadaan, Jadi saya minta kawan-kawan beri fakta. Jangan umpamanya anggap ini hanya (isu politik), bukan isu politik. Kita rungkai dan rombak, dia jadi ketegangan politik dalam negara yang tak dapat kita kawal. Jadi ada had dia. Tetapi apakah kita harus bertempur dalam semua kes, dalam semua hal dengan Amerika Syarikat? Tak mampu kita. Sebab kalau kita melakukan begitu, pelaburan baru terjejas.
- Saudara tahu dalam keadaan kita, permasalahan ekonomi sekarang, ada bidang di mana Malaysia punyai kesempatan yang baik, yang agak unik. E&E, AI. Dalam keadaan perang di Negara Teluk, Intel datang. Minggu lalu, AWS datang. Kemudian, ada satu lagi syarikat yang data center dan AI yang nak melabur RM16 bilion ringgit, datang. Tetapi AWS sudah melabur dan mahu tingkatkan keupayaan dia. Intel sudah melabur dan tingkatkan mulai bulan lalu, fasiliti yang di Pulau Pinang. AT&T ini di Johor. Kebetulan syarikat-syarikat dari Amerika. Jadi, maknanya sementara kita ada masalah dalam beberapa bidang, kita masih memanfaatkan dari bidang-bidang yang lain.
- Jadi, sekali lagi saya ucap terima kasih. Izinkan saya minum kopi. Terima kasih lah Menteri, Timbalan Menteri, KSU. KSU ini orang yang tegas, jadi kalau garang sikit tak apa saya kenal, sebab itu saya hantar sini. Tapi orang baik dan rajin, itu yang penting. Hati je baik, tapi garang sikit. Betul, betul, betul. Terima kasih sekali lagi.
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
