TEKS VERBATIM YAB PERDANA MENTERI : MAJLIS PELUNCURAN KOLEJ VOKASIONAL PENGERANG

5 April 2026

TEKS UCAPAN VERBATIM

YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM

PERDANA MENTERI 

SEMPENA 

MAJLIS PELUNCURAN KOLEJ VOKASIONAL PENGERANG 

5 APRIL 2026 (AHAD) | 4.00 PETANG

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TANJUNG PENGELIH, PENGERANG, JOHOR

 

 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam Sejahtera.

 

Alhamdulillahi rabbil ‘alamin

Nahmaduhu wa usolli wa nussalli ala Rasulihil Karim,

Wa ala alihi wa sahbihi ajma’in.

 

Yang Berhormat Dato’ Sri Azalina Othman Said,

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) dan juga Ahli Parlimen Pangerang;

 

Yang Berhormat Puan Fadhlina Sidek,

Menteri Pendidikan;

 

Yang Berhormat Dato Sri Alexander Nanta Linggi,

Menteri Kerja Raya;

 

Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri;

 

Ketua Setiusaha Negara;

 

Setiausaha Kerajaan Negeri;

 

Rakan-rakan yang saya muliakan.

 

 

 

  1. Terima kasih. Kalau saudara tahu, ahli Parlimen saudara-saudara ini, dia kalau dia tuntut sesuatu itu memang dia dera. Selagi saya tak kata ya, saya tak larat dengar dah. Jadi, akhirnya saya setuju dan alhamdulillah, dua-dua menteri ini pun setuju.

 

  1. Jadi, hari ini berita baik. Untuk Kolej Vokasional Pengerang ini menjadikan base di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Pengelih. Terima kasih anak-anak. Semangat anak-anak sekolah menengah sini ya. Terima kasih.

 

  1. Kolej ini memang tertangguh, saya setuju apa yang disebut tadi. Tetapi, kalau kita lihat umpamanya, pembangunan negara kita itu sentiasa beralih dari pertanian ke industri, kemudiannya itu, industri peringkat tinggi lebih canggih, umpamanya Ketua Eksekutif Google dua minggu lalu untuk meneruskan. Ini dalam keadaan perang, alhamdulillah ada berita baik tentang FAB di Pulau Pinang, selain daripada yang telah diluncurkan sebelumnya di Sarawak. Jadi fokus kita itu beralih ke tingkat lebih tinggi dan kita juga tumpu sekarang ke Data Centers. Dan Malaysia telah menjadi magnet tarikan pelaburan besar sebagai pusat data center, E&E dan digital technology.

 

  1. Tetapi tepat apa yang disebut oleh Azalina tadi, iaitu ada kekuatan induk kita yang kita tak boleh tinggalkan yang juga menunjukkan keupayaan meningkatnya dari segi penyelidikan, kecanggihan produk dalam pelbagai bidang yang asasnya itu Oil and Gas dan Petronas menjadi anchor, kita ada dialog yang akan tentunya membantu. Tapi oleh kerana kawasan ini, kawasan Pengerang ini kawasan minyak dan gas. Ada kewajarannya untuk kita beri tumpuan. Jadi bila ditekankan oleh Aza dan dibawa kepada Alex dan Fahlina, nampak dia serasi dengan dasar induk kita.

 

  1. Ada orang salah faham, dia ingat kita ini fokus industri tinggi ataupun Data Center. Semua itu penting. Tapi negara ini berkembang kerana kekuatan kepelbagaian dia. Yang uniknya kita, walaupun saya sebut tadi, tarikan Data Center itu banyak membantu. Dalam keadaan ekonomi dunia, terumbang-ambing tidak menentu, dan eksport dalam beberapa bidang terjejas, tapi pada tahun lalu eksport E&E, eksport dari Data Center itu meningkat laju dan ini memberikan satu petanda baik bagi negara kita.

 

  1. Tapi saya berbalik kepada isu asas, kekuatan yang semula jadi yang ada, termasuk kepintaran profesional kita dalam Petronas, dan syarikat-syarikat yang berkaitan. Hari ini juga kita tengok dialog, itu membantu kita, harus kita manfaatkan. Sebab itu, kita setuju dan hari ini kita luncurkan, terima kasih. Dan kita minta kerana Alex Nanta Linggi pun ada, Menteri Pendidikan pun ada, dan kita setuju hari ini kita luncurkan. Luncur ni, dia ada 2 perbedaannya. Program itu luncurkan, yang lancarkan itu, projek yang dah tetap kita lancarkan. Luncurkan permulaan satu keputusan. Bahasa Melayu itu bahasa tinggi, sebab itu kita perkenalkan beberapa istilah-istilah. Orang kata sengaja perkenalkan istilah baru, bukan. Bahasa itu berkembang dengan tamadun bangsa. Bangsa yang lebih canggih, tamadun lebih meningkat akan meningkatkan mutu penguasaan bahasa dia. Itu sahajalah, pasal dia ni peguam.

 

  1. Baik, jadi peluncuran ini penting dan pada hari ini kalau kita dapat Keputusan, walaupun keadaan ekonomi yang saya akan jelaskan tidak mudah sekarang, tetapi oleh kerana kawasan ini kawasan strategik bagi perkembangan industri minyak dan gas. Kita tak banyak di kawasan kita, yang ada di Pengerang, Sarawak yang jauh lebih besar dan Sabah. Oleh itu, pada hari ini, saya dalam meluncurkan, meluluskan projek yang bernilai 100 juta ringgit untuk kolej ini.

 

  1. Jadi, Kementerian Pendidikan akan siapkan kerangka awal, dan dirujuk kepada KKR dan saya nak projek ini oleh kerana ia merupakan projek strategik, harus disegerakan dan biar ada jadual yang tetap. Disegerakan dan kalau perlu umpamanya, dirujuk kepada Kementerian Kewangan untuk mempercepatkan proses kelulusan, kita akan lakukan supaya Pengerang akan saksikan kejayaan projek ini sebelum tahun 2030.

 

  1. Pandailah Aza, dia panggil saya. Saya ingat dia panggil saya- nak suruh tengok kawasan. Rupanya ada nawaitu dia (nada seloroh). Baik, Oil and Gas ini penting dan industri ini juga memerlukan kemahiran dan kepakaran. Sebab itu, latihan itu penting, itu yang disebut ‘Talent Pool’. Kalau tidak kita ada industri yang besar, bila nak dapatkan profesional, semua diangkut dari luar negara. Malah dalam isu Data Center, soal E&E, soal teknologi digital, kita ada masalah juga yang diangkut dari luar. Tak ada masalah kalau diangkut dari luar, dalam beberapa bidang sementara waktu. Maksudnya program latihan itu mesti diperhebatkan. Sebab itu, umpamanya sistem pendidikan kita peralihan dari bidang akademik yang harus kita tingkatkan dan juga bidang apa yang disebut vokasional, TVET, itu juga kita beri tumpuan.

 

  1. Saya tugaskan, umpamanya Dato’ Seri Zahid untuk tumpu bagaimana boleh membantu dalam sistem pendidikan kita meningkat keupayaan dalam bidang TVET dalam negara kita. Setakat ini ada kejayaan yang membanggakan, angka-angka yang jauh lebih baik daripada yang kita perlukan. Dulu dibimbangi bila kita tekankan aspek baru, macam peringkat awal bidang sains, matematik. Itu kebimbangan kita ialah sebahagian pelajar-pelajar harus dipaksa kerana mereka ingat subjek ini lebih sukar, tetapi meninggalkan atau mengurangkan tekanan ini akan menyebabkan kita agak ketinggalan.

 

  1. Negara ini harus dipacu lebih segar, negara ini tidak boleh terkebelakang, dan oleh itu latihan itu menjadi sesuatu yang sangat menekan dan mendesak. Jadi masa itu kita kata pendidikan, matematik dan sains. Dan kita lihat orang dalam bidang itu nampak vokasional tertinggal. Kalau tengok Jerman, perkembangannya dari awal diberi latihan di bidang teknologi, TVET. Jepun pun begitu rupa. Jadi kita oleh yang demikian, beri ruang. Tapi ada kebimbangan dari kalangan ibu bapa. Dia kata saya tak mahu anak saya lulus dekat TVET, saya nak tentukan dia dapat kelulusan di pengkat yang lebih tinggi. Maka sekarang disediakan kalau anak-anak itu pintar di bidang TVET, dia masih lagi boleh maju terus ke peringkat yang tertinggi.

 

  1. Tapi seperti mana yang disebut, umpamanya ada beberapa lagi disiplin, seperti kimpalan dan sebagainya dalam industri Oil and Gas itu dengan sendirinya memberikan ruang untuk anak-anak memperoleh pendapatan yang sangat tinggi. Universiti-universiti dikerahkan umpamanya sekarang. KPT -Kementerian Pengajian Tinggi dikerah. Tak boleh ikut unjuran biasa, mesti memberi tekanan, mengeluarkan lebih ramai jurutera. Dan jurutera ada beberapa bidang baru. Dulu tak ada bidang IT. Tidak ada bidang yang disebut digital teknologi. Tidak ada umpamanya dalam bidang data sains. Sekarang ini semua disiplin baru ini mesti kita kuasai dengan segera. Maknanya tak boleh kaedah cara lama. Kalau nak tunggu, cara lama.

 

  1. Saya beri contoh kepada Menteri KPT, nak perkenalkan masa itu, Fakulti IT, belum ada di universiti dalam 3 tahun yang lalu. Bila saya pergi ke Abu Dhabi, saya lihat ada sebuah universiti IT. Saya tanya bagaimana boleh disegerakan? Dia sebut, tentunya sistem itu berbeda, sistem kita lebih bebas, lebih demokratik, prosesnya lebih ketat. Dulu di sana pakai arahan dari atas sahaja. Tapi jangan jadikan ini sebagai alasan untuk melengahkan.

 

  1. Jadi saya pulang tanya, kalau di universiti dalam kaedah konvensional mahu perkenalkan satu disiplin baru, dia terpaksa bawa kepada pertama, jabatan. Beberapa bulan kaji bawa ke Dekan, beberapa bulan bawa ke Board of Studies, kemudian beberapa bulan bawa ke Senate, kemudian bawa ke Kementerian Pendidikan Tinggi, bawa pula dengan Perbendaharaan, maka setahunlah minima untuk perkenalkan. Saya kata kalau begitu ketinggalanlah sebab teknologi baru ini dan IT itu berubah dengan begitu kencang dan pantas, dan kalau kita ketinggalan dua tahun maknanya ilmu dan disiplin itu juga ada kejanggalan dan kelembapan. Maka kita kata boleh tak lakukan segera.

 

  1. Saya tertarik dengan berita dari universiti, kerana UTM umpamanya setuju dan laksanakan seluruh acara itu dalam masa tiga bulan dan sekarang universiti berdasarkan pengalaman itu boleh perkenalkan kursus baru, disiplin baru, teknologi baru dalam tempoh satu setengah bulan. Which means we can do it. There is no reason why we should slow down. We cannot succeed, we cannot compete, we cannot be seen to be a successful nation if we continue with the old ways. Faham tak? Okay eh? Orang Pengerang ni, cakap orang putih baru dia angguk. Ya selama yang saya cakap dah 10-15 minit cakap Melayu, dia buat tak tahu. Sebut Inggeris, dia angguk. Hebatlah ni. Belajar di mana ini?

 

  1. Jadi, oleh itu, Kolej Vokasional Pengerang ini, termasuk melalui penukaran fungsi Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Pengelih, itu keputusan dasar strategi. Terima kasih Azalina. Ni kadang-kadang menteri yang muda ni dia boleh lebih open minded sikit, cepat. Kalau tidak, saya pernah jadi Menteri Pendidikan. Mana KP Pendidikan ya. Kalau pendidikan ni, tanyalah KSU dan KP ni, nak tukar apa-apa tak boleh. Dia jadi macam gedung yang begitu tetap tak boleh anjak sikit pun. Sama lah, ya Alex? I think even dalam KKR pun serupa. Nak tukar apa-apa sikit, no, no, no, cannot! Hospital mesti begini. Tapi saya kata kos terlalu tinggi, how do you reduce the cost? Cannot. Kata dia memang begitu, dia punya jarak mesti begini, katil sekian banyak. Saya kata ini pelan masa zaman Inggeris dulu, tak boleh ubah ke? Sekarang boleh pula ubah. Kos boleh rendahkan. Ini yang saya kata plus innovation dan creativity.

 

  1. Balik kepada teori ekonomi yang saya selalu sebut baru-baru ini. Kan kita sekarang ni ada destruction. Apa dia destruction? Kerana tak semena-mena rekod pembangunan kita akhir tahun lalu itu terlalu baik. Bank Negara kemukakan pertumbuhan kita lebih baik daripada unjuran kita. Inflasi lebih rendah. Pengangguran lebih rendah. Pelaburan tertinggi dalam sejarah. Semua itu, boom, perang. Kerana Kecelakaan Israel, Zionis Israel menyerang Iran dan serangan itu mendapat dukungan penuh Amerika Syarikat. Dah, bukan sahaja masalah di Iran, seluruh dunia sekarang terkesan. harga minyak melambung, baja, chemical product yang lain. Lalu lintas perkapalan meningkat kos, insurans, perkapalan, freight charges, semua meningkat. Kan tak terduga. Apakah kita terlepas daripada tekanan itu? Tidak. Ini saya nak bawa ke mauduk yang berikut.

 

  1. Kawan-kawan yang di Pengerang, saya terima kasih kerana sebab itu, sebagai orang yang peka, Aza dia faham. Jadi sementara ada keperluan-keperluan, kita harus tahu bahawa masalah negara kita sekarang runcing. Kita bersyukur kepada Allah SWT. Bila saya sebut syukur, orang dalam sosial media dia hentam saya. Dia kata, macam mana ini langkah-langkah ekonomi diserang kita syukur. Kita syukur kerana negara kita tidak parah macam banyak dengan negara lain. Tengok negara ASEAN ada yang sudah buat catuan, ada yang minyak cukup harian, ada yang pergi pejabat berjalan kaki.

 

  1. Saya nak cadang kepada KSN, dia kata tidak boleh. Jalan kaki kalau di bandar, di kota jalan kaki kerana tiada minyak. Ada negara ASEAN, yang sudah tutup 400 stesen minyak. Ini semua berlaku di kalangan jiran kita. Ada negara jiran harga minyak dah mencecah lebih daripada RM10 kita masih kekal RM1.99, syukurlah.

 

  1. Sebab itu saya sebut, dia kata tidak menyalahgunakan al-Quran. Al-Quran:

 

لَإِنْ شَكَرْتُمْ لَأَذِيدَنَّكُمْ وَلَإِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَزَابِي لَا شَدِيدَ ب

 

Bersyukur, tapi dia tidak bermakna tidak ada masalah, ada masalah dan masalahnya besar. Kita harus ada keupayaan untuk menyelesaikan. Ini yang saya sebut tadi, merujuk kepada seorang ahli ekonomi klasikal, nama dia Joseph Alois Schumpeter. Teori dia, “Gale of Creative Destruction” apa makna dia? Bila berlaku destruction, ini makna ‘disruption’ malah ‘destruction’ seluruh sistem ekonomi, pengeluarnya terbantut, pengedarannya pun terbantut. Dulu kita ingat pengedaran atau pengeluaran. Emir Qatar beritahu kepada saya minimum tiga tahun mungkin lima tahun baru gas boleh operasi. Beberapa pusat keluaran minyak pun begitu rupa total disruption itu yang disebut destruction.

 

  1. Now, kata Schumpeter bila berlaku destruction, kita boleh mengeluh dan tunggu? Tak, dia kata Dia kata “Gale of Creative Destruction” dalam mana-mana keadaan di mana ada kerosakan dan kemusnahan, harus cari jalan keluar cara kreatif, inovatif bagaimana boleh cari jalan keluar atau jalan-jalan baru. Malaysia, terima kasih rakan-rakan Jemaah Menteri, mesyuarat saban hari, ada Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) ada Kabinet Khas, ada jadual Jemaah Menteri biasa, cari apa yang kita mampu lakukan, ada keupayaan kita, Oil and Gas terbatas. Ada Data Center kita dan eksport yang masih ada tinggi demand-nya terutama dari Amerika Syarikat.

 

  1. Jadi walaupun kita keras dalam menghadapi kenyataan-kenyataan Amerika Syarikat kita mesti bijak supaya jangan terlalu bermusuh supaya kita masih boleh ada jaringan bekerjasama. Ini the art of diplomacy dan Kementerian Luar lebih handal dalam hal ini membantu kita.

 

  1. Jadi, sementara kita tegas menyokong Iran, kita masih berdagang dengan Amerika Syarikat. Ini, saya ucap terima kasih kerana rakyat Malaysia peka dan menyokong Langkah-langkah sedemikian. Setengah negara, dia nak suruh perang sahaja. Either you are with us or against us. No, it doesn’t make both. Kita kena ada kebijaksanaan, umpamanya dalam bidang ini. Mana ada negara? Bayangkan seperti Malaysia, kita boleh bercakap hari ini dengan Emir Kuwait, dengan Muhammad bin Zayed UAE, Emir Qatar, Arab Saudi, Pakistan, Turkiye, hubungi Amerika Syarikat, tapi kita masih mampu berbincang panjang dengan Presiden Iran dan memohon kerjasama Presiden Iran melepaskan tujuh kapal kita dan dia setuju pada masa itu juga.

 

  1. Ya saudara-saudara, tidak mudah. Saya tidak harapkan orang-orang yang benci kita itu akan ceritakan hal ini, tidak mudah. Saya bercakap dengan dia, bincang panjang lepas itu saya kena tanya hal-hal lain dulu. Tak kan saya kata, Mr. President, boleh tak lepas kapal kita? Tidak boleh lah, kawan itu tengah perang, dia cerita dulu simpati, sedih kerana ketua agama dia dibunuh, kemudian keluarga dia itu tidak selamat, kemudian, dan sebab itu tanya kenyataan tentang jiran-jiran, kemudian marah sikit ke Amerika dan kutuk lagi Israel. Dah habis itu, haa macam mana kapal kami yang tujuh boleh tolong lepas? Alhamdulillah, without exaggeration, saya tidak tokok tambah.

 

  1. Tapi saya kata Mr. President, bagi pihak rakyat Malaysia walaupun kita sokong Iran jelas tapi kita mintalah sedikit pertolongan. Dia kata apa? Kapal kita masih tersangkut di Selat Hormuz dan ini sangat penting untuk kehidupan rakyat kita dan keperluan minyak dalam negara, bukan kita nak export minyak, sekurang-kurangnya untuk keperluan dalam negara. Dia kata, Brother Anwar please take it from me, saya akan arahkan segera sebaik selepas telefon ini saya akan arahkan supaya diberi laluan kepada kapal-kapal Malaysia balik ke Malaysia. Alhamdulillah. ini bermakna hubungan itu harus baik.

 

  1. Jadi ada lagi soal TVET, soal sekolah-sekolah, itu Menteri jawab lah itu soal Menteri Pendidikan, takkan saya nak cakap pula soal pembangunan bagaimana nak cepat. Ini Alex punya kerja, jadi biarlah, saya tidak ganggu Alex teruskan itu. Saya hanya nak sebut di sini ada berita baik. Pengerang dan di sini iaitu kita akan mulakan dengan segera mungkin pembinaan Kolej Vokasional (KV) di sini. Dan kepada anak-anak ucap tahniah. Anak-anak ini, di sekolah menengah ini jadi Jadi pastikan keputusan tahun ini terbaik dalam sejarah. Boleh jamin ya. Fadhlina, keputusan sekolah menengah di sini, Sekolah Menengah Tanjung Pengelih ini, masuk daftar. Sebaik ada keputusan, saya nak satu salinan terus kepada saya. Saya nak tengok.

 

  1. Mana pengetua? Pengarah? Mana? Bangun sekejap. Mana? Pengetua ada? Pengetua, Pengarah sekolah? Ya, okay, okay alright naik, naik, naik tidak apa, naik, naik. Ketua pelajar mana ketua pelajar? Mana ketua pelajar? Mari sini, okey okey. Nama apa? Ali Iskandar. Ali Iskandar okey, ini saya dah dapat pengakuan daripada kedua-dua pengetua dan ketua pelajar nak pastikan tahun ini prestasi peperiksaan kita terbaik dalam sejarah sekolah ini. Fadhlina, kalau tidak baik pengetua ini panggil. Baik, terima kasih banyak. Doa selamat.

 

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

 

Share: