TEKS UCAPAN VERBATIM YAB PM : MAJLIS PELUNCURAN MASJID JAMEK MENGKUANG TITI, PERMATANG PAUH, NEGERI PULAU PINANG DAN SAMBUTAN NUZUL AL-QURAN 1447H
TEKS UCAPAN VERBATIM
YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM
PERDANA MENTERI
SEMPENA
MAJLIS PELUNCURAN MASJID JAMEK MENGKUANG TITI, PERMATANG PAUH, NEGERI PULAU PINANG DAN SAMBUTAN NUZUL AL-QURAN 1447H
17 RAMADAN 1447H | 7 MAC 2026 | 1.20 PM
MASJID JAMEK MENGKUANG TITI, PERMATANG PAUH
PULAU PINANG
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Alhamdulillah thumma Alhamdulillah,
Wama tawfiqi wa’tusomi illa billah,
‘Alaika Tawakkaltu, Wa Ilaika oneeb.
Alhamdu lillāhil qā’il,
Syahru ramaḍānallażī unzila fīhil-qur`ān,
hudal lin-nāsi wa bayyinātim minal-hudā wal-furqān,
Wasallallah hu ala saidina Muhammad,
Wa’ala a’lihi wasabihi ajmain.
Yang Berhormat Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul Hamid,
Timbalan Ketua Menteri;
Rakan-rakan Menteri;
Yang Berhormat Senator Dr. Zulkifli bin Hasan,
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama);
Yang Berhormat Puan Fadlina binti Sidek,
Menteri Pendidikan;
Yang Berhormat Dr. Mohammed Taufiq bin Johari,
Menteri Belia dan Sukan;
Yang Berhormat Ketua Setiausaha Negara;
Seluruh 1 juta, Pegawai-Pegawai Kerajaan ini, hah ketua dia yang ini, saya bawa ke Mengkuang Titi ini.
Dan kemudian, orang yang jaga kewangan negara ini, bukan Menteri-menteri, mereka sign sahaja. Jawatannya Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan. Jadi besok siapa-siapa yang minta duit apa semua, masjid tak dapat tanya dia (nada seloroh).
Saya ucap terima kasih kepada Saudara Encik Mohamad Adib bin Ismail, Pengerusi Kariah Masjid Mengkuang Titi;
Rakan-rakan kariah;
Saya juga mengambil kesempatan kepada rakan-rakan yang hadir termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri;
Sahibus Samahah Mufti; dan
Semua tetamu-tetamu kehormat yang bersama-sama kita pada tengahari ini.
- Saya tentulah sebagai anak tempatan merasa bangga kerana dipersiapkan dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Dan hebatnya bersyarah macam wakil rakyat, Mohammad Adib tadi ni. Siap berapa hari dah tu? Usaha dia itu dengan kariah mengumpulkan lebih daripada RM2 juta ringgit. Kariah sumbangan anak tempatan. Ini yang disebut membangun, membina masjid ini – Innamaa ya’muru masaa jidal laahi man aamana billaahi wal Yawmil Aakhiri wa aqaamas Salaata wa aataz Zakaata wa lam yakhshaa illal laaha fa’asaaa ulaaa’ika ai yakoonoo minal muhtadeen (Surah At-Taubah:18).
- Kita kalau ingat bahawa membangunkan masjid ia tanggungjawab Kerajaan, Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, tapi juga tanggungjawab masyarakat. Sebab tu, Sahibus Samahah ya, saya kalau cakap baca Al-Quran tu saya kena tengok mufti, kalau dia diam angguk itu okey. Kalau dia tak angguk itu aku kena baca sekali lagi. Tapi maknanya membangun membina masjid ini tanggungjawab bersama, dia kata jamak. Jadi sebab itu, sementara tanggungjawab Kerajaan kita sempurnakan, tapi tanggungjawab kariah dan contoh yang baiklah masjid Jamek Mengkuang Titi, saya ucap tahniah kepada seluruh jawatankuasa.
- Apalagi sempena Ramadan Kareem, Kullu ‘am wa antum bi-khair, dan kita adakan majlis yang sederhana ini. Kemudian kita juga tahu ini sempena Nuzul Al-Quran. Dan sebab itu kita bacakan ayat tadi tentang turunnya Al-Quran. Ada ayat lain, Unzila alaikal kitab bil haq – turunnya, kitab itu untuk menyampaikan kebenaran. Ayat yang tadi dibacakan itu untuk Huda linnas – petunjuk kepada manusia. Tapi semua ini balik kepada apa yang saya nampak, Qulasah Sahihus Samahah Mufti tadi, dalam penyampaian akhir saya dengar tausiyah dia tadi, iaitu dengan dasar ilmu apa yang disebut kekacauan, kegalauan pemikiran sekarang ini kerana kedangkalan ilmu, baik dalam soal agama, baik dalam soal masyarakat atau politik, itu kadang-kadang kita buat keputusan bagi pandangan atau menghukum tanpa asas ilmu. Itu yang dah disampaikan tadi, maknanya tradisi ilmu.
- Saya ucap terima kasih atas usaha kedua-dua menteri ini tadi, dengan kerjasama Menteri Pendidikan. Itu dihidupkan sekarang ini, Rakan Masjid. Jadi, pada anak-anak muda yang bersama dalam Rakan Masjid ini, saya ucap Alhamdulillah, jazakumullahu khairan. Ini satu tanda yang baik kerana kita menghidupkan apa yang kita baca dan hayati dalam Al-Quran. Maknanya, masjid itu asas, pangkalan, markas umat. Dan di antara hal yang ditekankan man aamana billaahi wal Yawmil Aakhiri wa aqaamas Salaata wa aataz Zakaata man aamana billaahi wal Yawmil Aakhiri wa aqaamas Salaata wa aataz Zakaata, adalah untuk mengangkat masyarakat dengan ilmu, dengan ketekunan. Dan saya harap ini terus diberi penekanan dan tahniah sekali kepada jawatankuasa masjid, bukan sahaja menjalankan kegiatan biasa, mengajak kariah, tetapi memberi tumpuan khas kepada penyertaan anak-anak muda dan ini cadangan yang baik, inisiatif atau ikhtiar yang baik yang dibuat oleh Menteri Belia dan Menteri Agama dengan kerjasama Kementerian Pendidikan, iaitu menjadikan masjid itu kegiatan menyempurnakan kegiatan hidup yang segar, mengajak anak-anak muda itu kembali ke masjid.
- Dunia ini pincang dalam beberapa hari ini, memang kalau istilah orang sini dia kata serabutlah kita. Semalam dengan Menteri Qatar, dengan Menteri Bahrain, Ketua Negara Emirates, UAE Muhammad bin Zaid, sebelum itu Presiden Turkiye, Tayyip Erdogan, Perdana Menteri Pakistan, Perdana Menteri Afghanistan, Presiden Indonesia, Prabowo, saya hubungi dengan telefon semuanya melahirkan rasa yang sangat dukacita dan rumit kerana perpecahan yang berlaku di kalangan umat. Pertama, serangan Zionis kejam Israel dengan bantuan Amerika Syarikat ke atas Iran. Bayangkan satu negara Islam yang bertapak diserang. Kemudian akibat daripada pertempuran itu timbul keadaan yang kalut di antara negara-negara Islam sendiri. Sebab itu, saya terpaksa hubungi rakan-rakan kita dari Qatar, Emirates, Bahrain untuk menyatakan simpati kita, pandangan kita menentang penjajahan, keganasan dan kebiadaban Israel, tetapi juga mengajak mereka supaya bekerjasama.
- Tidak mungkin kita bina kekuatan kalau tidak ada kesepakatan bersama untuk menyelesaikan masalah kita. Saya bawa ini ke Mengkuang Titi dan tentunya kawan-kawan di Pulau Pinang kerana ini berlaku dan kesan dia ada pada kita. Pertamanya, kita sebagai umat. Pertamanya sebagai umat Islam di bulan Ramadan Kareem berlakunya pertembungan yang mengakibatkan kematian pengorbanan begitu ramai. Masalah Gaza belum selesai. Kita suarakan sedaya upaya kita. Bantu dan baru-baru ini kita luncurkan lagi berpuluh-puluh tan untuk dikirim melalui sempadan Kaherah, menebusi sempadan Rafah untuk sampai ke Gaza dan Palestine. Belum selesai itu, muncul krisis besar lagi. Satu negara di antara negara Islam yang besar dan kuat yang punya sejarah dan tamadunnya, Republik Islam Iran, diserang bertubi-tubi. Dan akibatnya, pecah pelah seluruh rantau.
- Muncul lagi beberapa pergeseran Pakistan dan Afghanistan, dua negara Islam. Saudara-saudara, belajarlah daripada kenyataan sejarah. Semua ada pendangan masing-masing. Keras masing-masing. Pertahankan pendirian masing-masing. Tapi kalau tidak terkawal bil-hikmati wal-maw’izatil hasanati wajadilhum billati hiya ahsan. Tidak dengan bijaksana dan tidak dengan tradisi ilmu. Maka, masing-masing buat hukum dan timbul apa yang dianjurkan hanya benci, pecah-belah dan akhirnya rugi.
- Saudara-saudara yang saya muliakan, kita bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana negara ini aman, bukan selesai semua masalah. Hari-hari kita dengar, sat lagi kuil, sat lagi babi, pergaduhan di antara politik dan parti, pelbagai isu bangkit. Kemudian semalam, Ketua Polis Negara buat kenyataan tentang muncul satu kelompok anak-anak muda, 18-19 tahun terpengaruh dengan hasutan luar, ISIS yang hendak buat Islamic State ajar bagaimana bikin bom. Saya syukur kehadrat Allah SWT, pertama keadaan masih terkawal, kedua polis dan PDRM yang cekap mengenal pasti, tetapi jangan kita alpa dan cuai.
- Anak-anak kita mesti dididik dengan ilmu dengan penerangan, pencerahan, kesedaran kerana tanpa asas ilmu itu mudah orang pengaruh. Ini pengaruh di luar, masalah di luar dibawa ke sini, anak-anak kita marah. Sebelum itu saya pernah sebut di Parlimen, iri hati dan cemburu terhadap kejayaan Malaysia ini negeri aman, ekonomi baik pertumbuhan baik siapa kata tidak ada masalah? Ada harga barang masih ada, masalah sekolah ada, yang kadang-kadang belum cukup kemudahan, masjid ada yang minta lagi maknanya ada masalah kita cuba selesaikan, tapi tak boleh kita selesai kalau negara tidak aman. Sini kita saya jumpa tadi dua tiga jawatankuasa masjid di sekitar Permatang Pauh dia minta saya kerjasama nak bina masjid.
- Di Iran, di Gaza kerja musuh merobohkan masjid. Kita aman boleh tumpu perhatian nak bina dan bangunkan masjid. Di sanmpu,a, dipecah, dimusnah, dirobohkan masjid. Sebab itu, faktor keamanan dan sistem politik yang aman dan pimpinan yang ambil sikap sederhana itu penting. Kita boleh tumpu perhatian. Sekarang umpamanya, sekolah-sekolah agama selain daripada disebut tadi tentang program-program latihan anak-anak di masjid, kita ambil Tindakan. Di antara yang disebut oleh Fadhlina ialah anak-anak kita yang prasekolah banyak yang tidak masuk kerana tidak mampu, ataupun tidak diasak dan diajak jadi mulai tahun ini kita sediakan makna setiap sekolah rendah ada kemudahan prasekolah bagi anak-anak awal setahun supaya anak-anak kita Islam dan juga bukan Islam tidak ketinggalan. Kita bawa kemudahan Sekolah Agama, Maahad Tahfiz, Sekolah Agama Rakyat.
- 2003 itu dibatalkan peruntukkan. Peruntukkan tahunan diberikan dibatalkan oleh pemimpin pada ketika itu Saya ambil alih tahun 2022, 2023 kita kembalikan bukan setakat itu saya pergi lihat beberapa pondok bukan sahaja di Pulau Pinang di Kelantan, Kedah walaupun parti politiknya lain tapi saya kata ini anak-anak kita belajar. Jumpa tok-tok guru, syeikh-syeikh kita dan kita rasa harus dibantu. Maka kita mula melakukan perubahan, bantuan besar-besaran untuk memperkukuh dan memperkasakan sistem pendidikan termasuk system pendidikan pondok.
- Kemudian saya beritahu dalam perbincangan dengan Tuan-Tuan Guru yang kita bawa ke Kuala Lumpur. Saya kata, Tuan Guru nak ajar, ajarlah apa subjek yang biasa. Saya tak mahu campur, dia kata kita nak campur soal manhaj tarbiah dia, kurikulum dia, dia kata nak ajar sama ada kitab-kitab lama lah, Ihya’ Ulumuddin ke mungkin Al-Munqidz min al-Dhalal kah itu, Sheikh Imam Al-Ghazali ataupun yang lain-lain lah Munyatul Musolli, karya Daud al-Fatani yang dia ajar di pondok-pondok. Tapi saya kata boleh tak saya cadang tambahan? Dia kata apa? Boleh tak kita masukkan guru Bahasa Melayu, guru Sejarah, kemudian juga IT kerana semua orang bicara soal IT ini. Jadi, 300-400 ribu anak-anak sekolah agama, sekolah arab ketinggalan. Jadi, saya kata tidak boleh macam itu. Jadi, dia belajar, kita tidak ganggu, belajarlah apa yang dia nak belajar? Hafazan dan sebagainya. Tapi, boleh tak tambah? Alhamdulillah. Tidak semua guru-guru, tuan-tuan guru, syekh-syekh, pondok yang kita jumpa, semuanya setuju tidak ada yang kita tidak setuju.
- Jadi, mulai sekarang, kita mulakan program latihan untuk memberikan pendedahan awal tentang IT, digital dan teknologi maklumat di sekolah-sekolah agama kita. Itu yang kita lakukan, sebab negeri ini aman. Sebab tekad kita untuk membangunkan negara kita secara sungguh-sungguh. Jadi mudah-mudahan Allah memberikan kekuatan kepada kita.
- Jadi, akhirnya Muhammad Adib, dia saya mai dia tak minta apa, jadi saya lega lah kalau pergi tempat lain tu ambil, baru je masjid siap tapi dia ada minta tadi tu. Tapi saudara Muhammad sebut kepada saya kita dah ambil 10 ekar belakang ni. Jadi masjid, belakang masjid 10 ekar 10 ekor, 2 ekar kubur tanah kubur, tinggal 8, 8 itu bolehlah bincang dengan penduduk, macam mana nak buat. Tapi kena pastikan dia pulangannya kepada Majlis itu adalah supaya macam mana nak projek bincang secara elok dan kita boleh teliti apa yang dia rasakan ikut keutamaannya.
- Jadi mudah-mudahan dengan cara yang sedemikian kita jadikan contoh kariah Mengkuang Titi ini sebagai juga contoh yang baik masjidnya, ussisa ala taqwa kemudian madrasahnya, sekolahnya, latihannya kemudian penghidupan masyarakatnya. Jadi sekali lagi saya nak sampaikan penghargaan dan mudah-mudahan sempena nuzul Al-Quran ini dia memberikan dorongan dan semangat.
- Saya sengaja singgung soal antarabangsa ini kadang-kadang saya tak mahu lupa. Kadang-kadang kita lupa kita ada sikit kebebasan bercakap atau bagi pandangan sampai hilang pertimbangan yang waras. Padahal semalam saya mula bagi gambaran lepas solat jumaat di Putrajaya, saya kata betul semua baik, tetapi akibat perang Iran di Iran ini ekonomi dunia gawat. Harga minyak sekarang melonjak dua kali ganda. Saya kata saya nak pertahankan RM1.99 ini doa mudah-mudahan boleh kita pertahan tak tahu berapa lama kerana minyak dah dua kali ganda naik.
- Kemudian kapal-kapal besar angkut minyak dan gas dari Teluk Hormuz disekat kerana kezaliman yang berpunca dari Israel yang disokong oleh Amerika. Jadi Amerika sekat lebih 200 tanker besar yang mengangkut gas, minyak dan peralatan engineering yang lain, kejuruteraan yang lain terbantut di situ. Kos dah melambung tinggi, makanan, baja yang dibawa sepatutnya dari Ukraine, Rusia, Eropah, semuanya sekarang ini melambung tinggi kosnya. Setakat ini, Kerajaan adakan pertemuan, cari jalan pertahan. Tapi saya cuma nak bagitahu awal, cermat belanja, jimat, simpan. Jangan kita lupa bahawa dalam keadaan selesa ini, gambaran di dunia ini sudah kacau bilau.
- Bukan satu negara, dah puluhan negara yang terlibat dalam peperangan pun puluhan negara, kemudian kesan harga barang juga meningkat tinggi. Jadi sementara keadaan sekarang terkawal saya bertanggungjawab mengingatkan rakan-rakan supaya cermat, kalau boleh simpan-simpan dalam bulan puasa, raya jangan boros tidak tentu arah, kerana kita belum dapat jangka keadaan ekonomi berapa lama boleh bertahan. Pandai-pandai urus ekonomi, kalau datang kegawatan yang begitu rupa, tidak mudah kita selesaikan. Rakyat kena sama-sama sedar dan bantu-membantu. Semoga Allah SWT memberikan kekuatan.
Wa billahi taufiq wal hidayah. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
