VERBATIM: TEKS UCAPAN YAB DATUK SERI PANGLIMA ANWAR BIN IBRAHIM PERDANA MENTERI SEMPENA JELAJAH MALAYSIA DIGITAL (JMD) SABAH

10 November 2025

TEKS UCAPAN  

 

YAB DATUK SERI PANGLIMA ANWAR BIN IBRAHIM

PERDANA MENTERI

 

SEMPENA

 

JELAJAH MALAYSIA DIGITAL (JMD) SABAH

  

10 NOVEMBER 2025 (ISNIN) | 11.00 PAGI

PASAR TAMAN SEMARAK, TAWAU, SABAH

 

 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam sejahtera.

 

Yang Berhormat, Datuk Seri Dr. Hj. Dzulkefly bin Ahmad,

Menteri Kesihatan;

 

Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Masidi bin Manjun mewakili Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah;

 

Yang Berhormat Senator Datuk Dr. Hajah Fuziah binti Salleh,

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup;

 

Yang Berusaha Tuan Anuar Fariz Fadzil,

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC);dan

 

Tuan-tuan dan puan-puan hadirin sekalian.

 

  1. Ini satu contoh penting. Tapi saya, terima, setuju kerana AI dan digital ini program besar Malaysia. Kita bawa perubahan, kita kata transformasi digital, kita gunakan teknologi baru, kita gunakan apa yang disebut artificial intelligence. Tapi kalau ini hanya dimanfaat oleh golongan yang berada, elit bandar, keluarga kaya, dan ada kesenjangan, perbedaan antara kota besar dan daerah kecil, itu bukan. Sebab itu saya katakan yang penting keadilan semua.

 

  1. Malaysia satu-satu negara bila kita bawa AI, AI itu untuk rakyat. Maknanya di semua peringkat sekolah termasuk sekolah sampai dekat Tawau, Keningau, di Kuala Lumpur, Manik Urai, Kelantan, kita nak pastikan jangan ada rakyat, anak-anak, keluarga di kawasan perdalaman, kampung, miskin, desa, ketinggalan.

 

  1. Ini dasar Kerajaan MADANI. Jadi MDEC ditugaskan sampaikan maklumat ini ke bawah. Perniaga-perniaga kecil. Yang besar sudah. Semua syarikat-syarikat besar di Malaysia ini, bank-bank, semua dah guna digital. Data center dan AI Malaysia menjadi hab menjadi tarikan dunia. Malaysia di antara negara yang paling utama di Asia Tenggara yang menjadi tarikan bagi pelabur asing, semua syarikat yang besar Google, Microsoft Nvidia, Infineon, semua ke Malaysia. Jadi kalau dari segi pelaburan tu okay, pembangunan melonjak naik.
  2. Bagaimana tentang rakyat? Ini dia yang kita bangkitkan tentang program Jelajah Malaysia Digital. Saya beritahu kepada Menteri Gobind Singh, saya kata jangan kita ukur kejayaan dari satu sudut sahaja. Pelaburan tinggi, orang lebih pintar guna digital dan AI. Saya kata kita kena ukur dari segi manfaat kepada rakyat terbanyak. Jadi kita bawa perubahan ini.

 

  1. Ini kadang-kadang kita tak dengar ni, masalah ini. Ini beza Malaysia dengan negara-negara lain. Kita nak, tadi saya ke hospital Tawau. Walaupun blok baru tertangguh, tapi kita katakan ini keutamaan kita. Jadi blok baru itu macam hospital baru. Kemudahan baik. Itu pun saya bagi tahu tadi, baru rasmi hari ini. Saya bagi tahu tambah lagi kemudahan, saya nak 100-150 katil untuk hospital Tawau.

 

  1. Inilah sebabnya mengapa hubungan Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan itu harus baik, jangan marah-marah, runding dengan baik. Ini yang marah-marah itu kaya-kaya semua. Yang kita, yang miskin-miskin ini gaduh perang terus. Yang bising-bising masa kampen ini kaya-kaya semua. Rumah di Kota Kinabali, rumah di Kuala Lumpur, rumah di London, rumah di Kanada. Kita? dia gaduh, cakap, “kita jaga suku kaum kita. Kita lawan ini semenanjung”. Ha? Tapi yang untung kamu, yang rakyat dapat apa?

 

  1. Saya nak ingatkan pilihan rakyat ini adalah kesempatan kita, pilih Kerajaan Negeri yang bekerja untuk rakyat dan boleh baik dan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan. Sebab bila baik kita jaga dengan baik Jangan fitnah. Jangan jadi setengah-setengah orang politik di sini. Dia kata, oh perjanjian Malaysia-Amerika bermakna gas Sabah dah tak diambil dan hanya beli dari Amerika. Ada orang yang dengar pun tepuk, eh teruknya PMX. Dia tak mahu beli gas daripada kita. Eh, yang gas ini PETRONAS, kita beli. Yang beli dari Amerika itu bukan baru, 2018. Yang dulu-dulu Perdana Menteri dulu yang datang ke kampen, Menteri-menteri dulu, masa dia pun beli daripada Amerika.

 

  1. Kita nak beli kapal terbang nak beli daripada mana? dari mana-ana? India? Tak ada. Kapal terbang China ada, tapi belum siap dijual. Brazil ada, tapi bila kita minta belum siap order. Dari mana? Airbus Eropah dan Boeing Amerika Syarikat. Jadi sebagian yang pesawat besar kita beli dari Eropah, France. Pesawat yang 737 itu kita beli dari Amerika. Oh! kita terpaksa. Termasuk yang mantan Perdana Menteri yang 100 tahun pun dia marah lagi. Saya tak marah dia, sudah lah, tapi dia marah, jangan beli, okey. Tak boleh beli dari Amerika, kapal terbang nak beli dari mana? jangan kapal terbang, beli perahu cukup. Boleh kita cakap, tapi yang order nii belum saya Perdana Menteri lagi, yang beli dari Amerika pun belum saya jadi Perdana Menteri lagi, kamu beli. Sekarang nak marah saya sebab apa? yang penting, jaga tidak Sabah? Jaga tak Kelantan, Johor, Selangor, Pulau Pinang? Kita kena jaga semua.

 

  1. Berapa kita ambil daripada Sabah satu tahun? Ini Menteri Kewangan II pun tahu. Saya Menteri Kewangan Malaysia. Ini kita cukai orang berniaga untuk kita cukai pendapatan. Semua okay. Berapa kita dapat? 10 bilion ringgit. Banyak? Banyak. Ini orang berniaga sikit-sikit, kita cukai sikit-sikit. Berapa? 10 bilion ringgit satu tahun. Baik kita bagi balik pada Sabah? 17 bilion ringgit. Ha..ha..ha..macam mana ini? 40%, 40%. Yang kempen saya dengar ini 40%. Sebab itu semalam saya tanya di pasar, 40% apa? Saya tak kira, ini sudah janji 40%. 40% apa? Tak peduli janji 40%. Eh, kita sudah bagi lebih daripada RM17 bilion, kita ambil RM10, 40% ke itu? Saya tak kira, ini janji. Apa dia ini? Dari mana 7 bilion extra? Kita ambil 10, kita bagi 17. 7 bilion dari mana? Dari negeri yang lebih maju, dari Selangor, dari Perak, dari Pulau Pinang, dari Johor.
  2. Kalau saya bagi tahu semua angka, orang Selangor nanti marah pula. Dia kata, kami banyak-banyak, kamu tolong Sabah. Kamu tolong Perlis. Perlis kalau tak tolong, gaji penjawat awam tak boleh bayar. Jadi itu, tak usah gaduh lah. Bincang dengan baik-baik. Ini, saudara ingat Masidi ini. tak garang? Dalam mesyuarat garang, itu ini, itu ini. Saya tak marah sebab dia bercakap bagi pihak Sabah, kita runding dengan baik, tapi dia bukan musuh kita, dia berkawan dengan kita, tapi dia tuntut bagi pihak Sabah. Datuk Seri Hajiji, dia Ketua Menteri, dia nampak orangnya lembut, tapi bila jumpa dalam mesyuarat, dia kata, “bagi pihak kita negeri Sabah, kita mahu ini, ini”, aduh! Sebab dia wakil negeri. Jadi saya harap faham itu. Kalau kita runding dengan baik, kita bagi.

 

  1. Ini MDEC, Anuar ya. Yang sampai ke Tawau ni sebab apa? Bukan sahaja Tawau, semua dekat pergi Keningau, Permatang Pauh, semua pergi. Bukan sahaja di Kuala Lumpur. Sebab kita kata digital, teknologi ini, transformasi ini untuk Malaysia, untuk negara. Jadi kalau umpamanya kita baik, Datuk Ruji mana Datuk Ruji? Teknologi kita tidak ada, kita nak bawa program ke Merotai, dia cakap dengan baik. Hubungan kita dengan baik, kita kata “okay, bawa satu ke Merotai” untuk bagi penerangan, bagi latihan, bagi kemudahan, bagi pinjaman. Itu cara dia saudara-saudara.

 

  1. Tapi saya nak ingat, sebab riuh rendah 40% ni. Media pun benda tanya jumpa sahaja — 40%. Saya jumpa dia — 40%. Mahkamah pun kata — 40%. Mahkamah mungkin tidak diberitahu bahawa kita sudah runding pun. Dia kata “mesti runding sekarang”. kita sudah runding 2023. Pengerusi perundingan itu Timbalan Perdana Menteri Datuk Sri Fadillah. Habis mesyuarat diberi keputusan. Saya, Premier Abang Johari, Datuk Seri Hajiji duduk. Selesai, ini boleh selesai. Ini tangguh. Ini belum, boleh selesai. Ini runding lagi. Itu cara kita dalam kerajaan. Nak gaduh-gaduh, nak tunjuk hebat di kampung tidak ada maknanya. Ini saya nak minta saudara-saudara faham supaya kita dapat jaga, selamatkan negeri Sabah dan Malaysia seluruhnya.

 

  1. Sabah ini merdeka sebagai sebahagian daripada Malaysia. Kita tidak boleh pandang ringan. Saya beritahu semalam di Kota Kinabalu, dalam banyak-banyak Perdana Menteri sejak Merdeka, dalam 3 tahun, Anwar paling banyak turun jelajah ke Sabah. Sebab, bila tiap kali turun, tentulah minta projek. Saya nak kena faham isu dia. Nak minta pasal pembangunan. Dia minta keutamaan dia. Jadi, saya dengar dan terima.
  2. Beza kalau saya tidak turun ke hospital tadi. Kalau saya ingat dah siap, sudah lah. Tetapi bila saya tengok, dengar ini. Satu-satu hospital daerah yang besar, 500 lebih katil, tetapi pengarah kata dah cukup, dah penuh. Setakat ini belum sesak, tetapi dah penuh. Tetapi dalam setahun lagi akan sesak. Jadi saya kata, “okay cari jalan sekarang juga tambah lagi 100 ke 150 katil”, kerana saya turun sendiri dan dengar sendiri. Itu sebabnya pemimpin dia mesti turun ke bawah. Pandai bagaimanapun, kita tidak ada jawapan semua. Kita tahu kita ada kekurangan, keterbatasan.

 

  1. Jadi saya harap soal 40% faham. Soalannya, mahkamah arah untuk runding. Saya kata baik kita akan runding. Tetapi hari ini nak runding dengan siapa? Belum boleh. Sebab kerajaan hanya kerajaan sementara — care taker government, tunggu pilihan raya, selepas itu dah tubuh kerajaan, saya akan arah supaya rundingan segera. Tetapi, saya nak beritahu kepada mahkamah supaya dia faham, rundingan 2023 sudah berjalan pun. Yang dulu itu, dululah.

 

  1. Jawablah Perdana Menteri you nak datang kempen, tolong jawab. Kenapa pasal dia tidak runding? Sebab apa masa dia 122 (dimaksudkan 122C Perlembagaan Persekutuan) peruntukan pemberian khas dia bagi hanya RM56 juta, paling tinggi RM150 juta. Mengapa masa saya jadi Perdana Menteri, saya naikkan 600 juta ringgit kepada Sabah. Itu pun kita kata persetujuan sementara. Ini orang Sabah sekarang bukan senang, dia terima, terima, okay okay bagi 600 juta. Tetapi ini jangan, ini bukan muktamad. RM600 juta belum cukup. Kita nak minta tambah lagi.

 

  1. Jadi dia guna istilah interim. Interim maknanya persetujuan sementara. Kalau orang bising, pembangkang dok marah kita, saya nak tanya kamu nak marah apa? Masa kamu RM56 juta sahaja. Kita naik RM600 juta, kamu marah, yang kamu bagi RM56 juta, siapa nak marah? Ini saya rasa sebab itu maklumat itu kena sampai. Jadi, tahun ini RM600 juta. Kemudian dalam mesyuarat akan datang dirunding lagi berapa lagi boleh tambah. Tapi saya kata tengoklah juga. RM600 juta kita boleh tambah. Ini dah kita beri RM17 bilion ini.

 

  1. Masalahnya, ialah pelaksanaan. Hospital Tawau lulus 2017, baru siap. Pan Borneo di Sarawak dah hampir siap. Di Sabah masih “ngok-ngok-ngok-ngok” Jadi saya kata, nasib baik hubungan persekutuan dengan negeri cepat. Jadi kita ada persetujuan, jalan. Buat tender betul-betul. Siapa dapat, jalan betul-betul. Tidak dapat buat, kita batal. Tegas! baru boleh. Begitulah juga tentang projek-projek lain.

 

  1. Jadi saya harap dalam konteks hari ini tentang jelajah Malaysia Digital, MDEC ini, satu program yang baik. Jadi, saya minta Saudara Anuar Fariz ini betul-betul bagi perhatian, kerana saya dalam Jemaah Menteri, saya tekan kepada Menteri Digital, Gobind Singh; Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil. Saya kata saya tidak mahu ada kesenjangan. Masalah kita ini, yang kaya bertambah kaya, yang miskin, papa kedana. Itu masa saya muda saya bercakap pasal itu. Sekarang kalau digital, kita bagi kemudahan, dia lagi kesenjangan. Yang pandai, yang di bandar, orang kaya terus naik dengan AI. Orang yang miskin masih tahap lama.

 

  1. Sebab itu sekarang di sekolah pondok, di Maahad Tahfiz, kita bagi TVET. Kita ajar dah AI, digital. Tengok, dia belajar agama, dia hafaz al-Quran, tetapi kita nak dia TVET dan digital, sebab kita tidak mahu ada berlaku kesenjangan. Itu program bila? Program sejak MADANI memerintah negara ini. Apa yang kurang Islamnya? Maahad Tahfiz jalan, Sekolah Menengah Agama jalan, TVET jalan. Tetapi, Sekolah Menengah Agama ini selain dia jalankan program yang sedia ada, dia tambah digital.

 

  1. Jadi Anuar, program yang saya nak dapat laporan ini, saya nak MDEC melalui MyDigital, jelajah di sekolah-sekolah agama, sekolah-sekolah agama rakyat, Maahad Tahfiz, supaya program ini berjalan. Dan pondok-pondok, saya jumpa pondok-pondok di Kelantan, yang dulu tidak ada bantuan daripada kerajaan. Jadi saya kata, “apa yang untuk guru nak ajar, ajar. Saya tidak mahu campur”. Dia tok guru nak ajar. Kitab Ihya ‘Ulumuddin, Kitab Hujjatul-Islam” Iman Al-Ghazali. Dia nak ajar Munyatul Mushalli, Syeikh Daud Al-Fathani. Boleh ajar. Kita tidak mahu ganggu bab itu. Tetapi saya kata “boleh tidak tambah sikit? Kita tambah apa?” Yang boleh TVET, kita hantar TVET. Yang lain, kita ajar AI. AI bukan Anwar Ibrahim — Artificial Intelligence. Kita ajar, digital. Supaya anak-anak kampung kita. Dari keluarga miskin. Tidak ketinggalan.

 

  1. Ini dia yang kita lakukan. Jadi kalau dalam kempen, mana dia cakap pasal ini semua? Kalau dengar orang hentam kita. Gas tidak beli daripada Sabah, 40% tidak ada. Kita lawan hak Sabah. Kita khianati hak Sabah. Kita rampas hak Sabah. Masidi ini kawan lama saya, puluh tahun saya di sini, sebelum masuk penjara lah, saya Menteri Kewangan, Menteri-menteri, saya tidak ambil satu batang balak pun. Satu projek saya tidak ambil dari Sabah. Saya nak guna kudrat kita, kuasa kita untuk tolong rakyat, terutama rakyat yang miskin. Bagi peluang kita laksanakan.

 

  1. Jadi, sekarang baru saudara dengar. Kami ambil 10 juta. Kami bagi balik mengikut program termasuk keselamatan. Keselamatan penting, ini kawasan-kawasan perairan kita kena jaga. Guru kena ada, sekolah kena ada. Semua itu termasuk peruntukan khas itu sudah sampai RM17 bilion, tapi MA63 kata ada lagi peruntukan khas, jadi kita terpaksa bagi sebab ini janji dalam perjanjian bapak-bapak kita dulu: Almarhum Tunku Abdul Rahman Puta Al-Haj, Tun Datu Mustapha, Tun Fuad Stephens masa nak tubuh Malaysia dia kata okay, kami ini ketinggalan, boleh tak Tunku bagi jaminan? Dia kata jaminan apa ini sign lah supaya esok anak cucu kita tidak lupa janji kita. Apa dia janji kita? Itu tulis MA63 termasuk peruntukan khas, kuasa imigresen. Tanya saya sekarang, ada saya setuju, ada yang tak setuju? Tapi, dah janji dah janji, dah sign oleh bapak-bapak kita. Kita laksanakanlah.

 

  1. Kadang-kadang ada susah sikit, kita bagitahu. Siapa? Ini Malaysia, saya ambil alih sebagai Perdana Menteri hutang banyak, ratus bilion, satu trilion. Jadi, tolonglah, perlahan-lahan lah kita bawa perubahan ini. Tapi, dalam perlahan pun, peruntukkan ke negeri Sabah itu tertinggi di Malaysia RM17 bilion.

 

  1. Peruntukkan Selangor, hasil dari selangor tertinggi di Malaysia, tetapi peruntukkan bagi Selangor itu jauh lebih rendah daripada Sabah. Cubalah fikir begitu, kita ini orang Malaysia, fikir begitu. Kalau saudara jadi Perdana Menteri senang tak? tidak senang. Sebab saya pergi Selangor, dia marah, dia kata kami bagi banyak, dapat sikit. Saya pergi Pulau Pinang dia kata orang Cina ramai, semua projek dulu tidak dapat, sekarang baru dapat LRT dan Airport. Saya pergi Kelantan, dia kata kami negeri miskin, kerajaan tidak peduli, tiap-tiap tahun banjir, jadi kita bagi, ke Kelantan pun teabatan banjir, berbilion ringgit. Nak harap dia terima kasih, tak? Kerajaan ini zalim, orang pun tepuk tangan Allahuakbar, nayalah saya.

 

  1. Jadi sebab itu kita kena guna fakta, fikir dan doa ke atas Allah Subhanahu Wa’taala. Mudah-mudahan usaha kita dapat keberkatan. Tapi ingat Anuar dan MDEC, saya esok ada Mesyuarat Kabinet Khas soal 40% ini. Orang kata, oh! kerajaan nak rayu atau tidak ini kalau tanya saya, isu dia apa? 40%? Kita dah bagi dahpun. Runding, kita runding lah. Tapi oh! belum jawab nak rayu tidak rayu. Saya kata, kita kerajaan ini ada ikut perlembagaan, keputusan penghakiman itu baru dapat tiga hari yang lalu. Peguam Negara itu penasihat kerajaan, dengarlah dia dulu. Oh! dak dak tidak peduli, kamu perintah ini kamu tak peduli semua, tidak boleh. Jadi, ikutlah proses, tunggulah sekejap. Itu yang selalu saya bagi lagu, “tunggu sekejap” tahu tak lagu P. Ramlee tu? “Tunggu sekejap”. Ini orang muda-muda tidak tahu. Ruji tahu, Ruji? Okay, tunggu sekejap.

 

  1. Kemudian, hari esok kita putuskan. Kalau tanya saya, apa prinsip dia? Boleh tidak boleh 40% ? saya kata boleh. Harus runding segera atau tidak? Saya jawab, ya, tapi nak putus muktamad, dengar dulu Peguam Negara bagi pandangan, kemudian Jemaah Menteri putuskan. Oh! dia kata, seorang Menteri, Ewon Benedick, dia terus berhenti. Tidak apalah dia berhenti, saya hormatlah keputusan dia, Dia pun kawan, tetapi sabarlah sikit.

 

  1. Saya sudah panggil mesyuarat esok nak rayu tidak? tapi tanya apa masalah rayu ini? ada kita bagi 40%? kita bagi. Ada kita sudah runding? kita runding. Jangan bincang dulu-dulu, saya tak tahu. Itu sebelum kerajaan ini, ini kerajaan sekarang, Kerajaan MADANI runding. Ada tambah peruntukan khas, ya berapa? RM56 juta dan kita sekarang RM600 juta ringgit setahun. Cukup? tidak cukup. Muktamad? belum, masih runding.
  2. Jadi, apa masalah 40%? Bagi saya, tidak ada masalah. Tetapi, mungkin sebagai orang Sabah kata, ini tak apalah Anwar Perdana Menteri, besok kalau orang lain, dia tarik balik peruntukan macam mana? Dia tidak bagi 40%? Kalau begitu, okay kita boleh bincang dan setelah Peguam Negara bagi kenyataan, dia terang kepada Jemaah Menteri, mesyuarat khas. Mesyuarat Jemaah Menteri, selalu hari Rabu, tapi bila ada sidang Parlimen, kita anjak ke hari Jumaat. Tetapi saya tahu perkara ini nak disegerakan, saya dengar 40%, 40%, 40%. Saya pergi pasar pun 40%. Tidur pun 40%. Bangun pun 40%.

 

  1. Jadi, saya kata lebih baiklah kita putuskan segera. Jadi esok, kita dengar dulu kenyataan Peguam Negara. Apa pandangan saya? Pandangan saya itu ke arah non-issue kerana kita sudah putuskan. Mengapa hakim tak sebut begitu? Itu mungkin masalah penghakiman, itu saya tidak mahu komen tapi yang saya tahu, hakim harus diberi maklumat. Number one, kita dah bagi naik RM600 juta interim in a meeting, negotiated settlement – the interim. Number two allocation kita dah 17 bilion, hasil 10. Number three, nak runding, kita runding. 40% settle, nak appeal tak appeal, tunggu esok. Kalau bagi saya tak appeal pun, okay. Kalau Peguam negara kata kalau tak appeal akan menjejaskan kedudukan perlembagaan, itu kita kena timbang.

 

  1. Jadi pandangan peribadi saya, kalau semua dah settle 40% kita dah bagi, kita balas lebih. Peruntukan khas kita dah bagi RM600 juta, itu pun interim, kita runding lagi dan cuma rundingan sekarang tidak boleh. Tidak boleh rundingan sekarang, tak boleh kerana kerajaan di bawah ketua Menteri Hajiji hanya kerajaan sementara sehingga pilihan raya. Jadi bagi saya tidak rayu pun tak apalah, tapi muktamadnya dengar dulu bincang dengan semua Ahli Jemaah Menteri.

 

  1. Okay, terima kasih sekali lagi. Adik kakak semua dengar betul-betul beza kalau tidak ini semua marah. Jadi jangan marah-marah, tadi ada lagu tadi dia orang nyanyi tadi. “Senyuman Sabah”, tahu tak lagu itu? Tahu? boleh nyanyi? “Senyuman Sabah”, jangan buat-buat, jangan marah-marah. Jadi senyuman, patut begitu. Kalau ada masalah, kita runding. Sangat penting, Kerajaan Negeri mesti ada semangat bangunkan rakyat Sabah, bekerjasama erat dengan Kerajaan Persekutuan.

 

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Share: