TEKS UCAPAN YAB PERDANA MENTERI: PELANCARAN MALAYSIA SEMICONDUCTOR IC DESIGN PARK 2
6 November 2025
Skip to content
TEKS UCAPAN
YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM
PERDANA MENTERI
SEMPENA
PELANCARAN MALAYSIA SEMICONDUCTOR IC DESIGN PARK 2
6 NOVEMBER 2025 (KHAMIS) | 12:30 TENGAHARI
COPLACE 9, CYBERJAYA
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, dan salam sejahtera.
Alhamdulillah Rabbil Alamin,
Nahmaduhu wa nussalli ala Rasulihil Karim,
Wa ala alihi wa sahbihi ajma’in
Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Amirudin bin Shari,
Dato’ Menteri Besar Selangor;
Yang Berhormat Tuan Liew Chin Tong,
Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri;
Yang Berhormat Datuk Aiman Athirah binti Sabu,
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan;
Yang Berhormat Tuan Ng Sze Han,
EXCO Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Negeri Selangor; dan kelompok yang membantu menjayakan program pagi ini.
- Terima kasih juga kepada rakan-rakan Ekosistem dan Kerjasama Malaysia Semiconductor IC Design Park 2; syarikat-syarikat IC Design Park 2 yang hadir Dan terima kasih kepada keluarga Cyberjaya kerana mempercepatkan proses dan sebagainya.
- Ini ada kaitan dengan dasar negara. Kita ada National Semiconductor Strategy. Untuk menarik pelabur, negara mesti aman, sistem politik mesti stabil, tetapi yang juga penting ialah merangka perancangan dari sama ada Pelan Induk industry, atau dalam konteks ini Strategi Semikonduktor yang boleh memberi maklumat dan menjelaskan langkah-langkah yang akan diambil oleh negara.
- Saudara harus bersyukur kerana tidak banyak negara yang mendapat perhatian seperti mana kita perolehi sekarang, ini disebut kesempatan dan peluang – Tetapi bila opportunities datang, ini tanggungjawab kita mengisi. Apa dia? dasar harus jelas dan cabarannya ialah efficient execution, iaitu pelaksanaan yang pantas dan cekap.
- Dan ini cabaran kita kerana kita mewarisi juga satu keadaan lama yang kadang-kadang dia masuk kategori budaya selesa. Negara aman, ekonomi ya bertahan dan keadaan agak lumayan. Itu yang disebut budaya selesa, culture of contentment or complacency. Ini cabaran kepada kita; MITI, Kerajaan Negeri Selangor, Cyberjaya tetapi alhamdulillah, kalau lihat umpamanya kepantasan dan pelaksanaannya dan kejayaan menarik pelabur-pelabur, penyelidik dan peserta yang menunjukkan bahawa kita dalam melangkah yang meyakinkan.
- Sebab itu kita ada sekarang IC Design Park 2. Jadi, saya ucap tahniahlah kepada Kerajaan Negeri Selangor, MITI dan rakan-rakan Cyberjaya, kerana tidak banyak negara yang boleh umpamanya IC Design Park 1, 2 dan saya ingat kalau pace of development is as reassuring and convincing as we see and observe today, I am convinced that Selangor State Government have got to start thinking about IC Design Park 3.
- Ini kerana perhatian baik. Dan tentunya ini kerangka kerja yang dilakukan oleh pasukan. Tadi saya ada satu kumpulan pelaburan dari New York yang agak terbesar di antara terbesar di dunia, di pejabat tadi. Datang memang ada pelaburan awal, tapi sekarang dia rasa dengan perhatian dunia dan kejayaan-kejayaan pasukan kita keseluruhannya, MITI, Kementerian Luar dan semua yang terlibat termasuk Pasukan Keamanan, PDRM yang menunjukkan kecekapan masa lawatan-lawatan Premier Li Qiang, Presiden Donald Trump yang menyebabkan mereka kagum bukan sahaja dengan prasarana tetapi dengan kecekapan, sehingga Presiden Trump minta kebenaran hendak jumpa Ketua Polis Negara untuk menyatakan penghargaan kerana tahap pasukan keselamatan kita yang sangat membanggakan. Jadi yang saya tekankan di sini, ini kerja pasukan.
- Baik, sudah ada perhatian begitu yang perlu kita laksanakan ialah projek, keputusan itu mesti dilakukan dengan pantas.
- Apakah saya berpuas hati sepenuhnya? Sebagai seorang yang lama berkecimpung, saya kata alhamdulillah, tetapi mesti ada ruang untuk diperbaiki. Kita harus jalankan tanggungjawab kita dengan begitu baik. Jika kita mahu jayakan projek semikonduktor ini, ekosistemnya itu cabaran dia. Apa itu ekosistemnya?
- Dasar saya sudah jelaskan, pelaksanaan harus cekap. Kemudian prasarana harus cepat, harus sedia cepat memenuhi keperluan pelabur. Kemudian pusat penyelidikannya, center of excellence, center of research itu penting dan yang paling mencabar ialah talent pool. Apa makna beri prasarana, dasar yang baik, kemudahan dan insentif, dan semua tenaga itu tenaga dari asing. Dalam dunia global ini kita manfaatkan semua, tetapi kita mahu kekuatan dalaman.
- Jadi sebab itu, umpamanya apa yang dilakukan di sini dan umpamanya kerjasama semualah Kerajaan Negeri, Cyberview dan kementerian-kementerian dan Khazanah bantu supaya anak-anak yang cergas dan pintar diajak bersama dan diberi latihan yang disebut re-skilling, up-skilling, apa-apa tak kiralah asalkan tingkat skill Jadi saya tengok muka-muka cerah ini nampak semangat dan yakin. Saya salute dan terima kasih banyak anak-anak ini.
- Because for the benefit of some of the other investors, may I say this because we can prepare adequate infrastructure required, we need to provide incentives that can make Malaysia an attractive destination for investments. That we need more critically to protect the interests of this nation, a well-equipped trained talent pool and that’s for the young people like me.
- However, you upskill in terms of semiconductor, I think I have some limitations. But for the young, the capacity to assimilate, absorb and excel in these fields you have the capacity. So let me say this on behalf of not only the government but on behalf of Malaysians generally.
- You will determine the future and how we can excel as a great nation with this digital transformation as our thrust and design semiconductor which is one of the major priority and scope that is left to you.
- So, I am giving you that trust, expectations of many, not many. I think if we open up there will be thousands and thousands who want to be trained. But you have been specially selected and the companies that have been mentioned by Menteri Besar Amiruddin, are companies that recognize as one of the more competitive excel in these various fields and you have the access to them.
- Learn as hard as possible and master this knowledge and discipline. Because it’s changing, even in university curriculum, we have challenged them to say that while we need academicians, departments and faculties, we must have a synergy between the industry and the universities. Because it is the industry that will determine and decide what type of professionals and personnel that they want.
- So, these are new areas. You see, Malaysia has been quite accommodative. When I proposed last two years the need to set up a faculty of AI faculty in one of the universities, we decided to have UTM as the first one. The normal process setting up a faculty will take at least eight months. The academic paper to the department, to the Dean, Faculty, then Board of Studies, then the Senate, then it goes to the Ministry of Higher Education. Eight months. Then yes, you have to prepare.
- But this time I must commend the Ministry and the university. Because in three months we were able to get the approval. And now it is a full-fledged faculty. We can do it and we must do it.
- Jadi sebab itu saya katakan, ya saya tak payah baca, saya dah sebut semuanya (nada seloroh). Ini yang disebut oleh Menteri Besar Saudara Amiruddin, nama-nama syarikat-syarikat ini. Itu syarikat yang terkemuka dan terus akan datang lagi. Tengok, sama ada Haji Romli cekap atau tidak dia panggil, kalau tidak kita ganti orang lain (nada seloroh). Maknanya, minat itu ada.
- Kita sebutlah baru-baru ini, kita anjurkan ASEAN. Nama ASEAN, tapi international. ASEAN tapi Kanada ada, Eropah ada, Amerika ada, China ada, Jepun, Korea, India dan Australia, New Zealand, Brazil, South Africa. Apa dia ASEAN ini? Dia dah marah-marah saya, dia kata “Anwar ni sebut ASEAN, ASEAN. Apa South Africa kena mengena dengan ASEAN?” Itu dia tak baca bab habis. Dia baca bab 1, dia tak baca bab 2. Sebab Malaysia dan ASEAN itu akan hanya berjaya kalau tingkatkan perdagangan, pelaburan di antara kita dan mula beri tumpuan kepada disiplin dan bidang baru termasuk digital dan AI.
- Kemudian, tidak cukup. Kita kena kuatkan jaringan kita dengan Amerika Syarikat, sebab dia ada kekuatan di situ dan eksport kita tinggi di sana dan import dia pun besar daripada Malaysia. 25% daripada keperluan E&E dan semikonduktor Amerika itu dari Malaysia, sekitar hampir 200 bilion ringgit. Ribuan supply chain, puluhan ribu pekerja, tetapi kita ada dasar yang disebut centrality. Maka kita berkawan dengan negara China, kerana negara China itu punya potensi perkembangan yang sangat pantas, yang menakjubkan. Kalau istilah di Indonesia, dia kata mukjizat, tapi saya tak berani guna mukjizat itu, kita faham lain pula. Tapi menakjubkan. It’s miraculous dan kita manfaatkan.
- Maka kita baik dengan negara China. Tetapi dengan baik dengan mereka, mereka boleh melabur, kita juga kena perluaskan jaringan perdagangan dan eksport. Yang tradisional dan potensi Afrika dan Latin America itu besar. Maka kita mula menembus tembok-tembok yang wujud, membuka ruang dan itu sebabnya mengapa hubungan kita dengan Brazil dan Afrika Selatan tambah baik.
- Ini semua untuk masa depan negara. Tentunya dari segi politik kita kena terangkan lah, baik dengan Amerika pun salah, baik dengan China pun salah, baik dengan India pun tak betul. Jadi, nak kena baik dengan Kelantan dan Terengganu. Itu pun saya baik. Saya sebut. Dia tak ada masalah. Cuma, negara ini negara dagang. Malaysia is a trading nation. Bila trading nation itu kena buka ruang pelaburan yang lebih luas. Itulah sebabnya mengapa kita bertegas.
- Kemudian, Malaysia ni sudah sampai tahap untuk meningkatkan. Takkanlah kita nak ada syarikat-syarikat tekstil sekadar kilang kain. Okay, tak ada salah, boleh buat. Tetapi, ada yang baru. Ini yang disebut dalam dasar kita transformasi digital dan juga AI. Bukan sekadar umpamanya buat bagi pihak orang lain, tapi kita sendiri sebab itu inovasi itu, daya cipta itu menjadi salah satu tonggak dalam Ekonomi MADANI.
- Jadi, demikian kuliah saya tengah hari ini. Saya harap rakan-rakan manfaatkan kemudahan ini. Saya nak tegaskan betul-betul. Anak-anak di sini jangan anggap ini pendidikan dan pendedahan biasa. Lihat umpamanya disiplin dan kurikulum dan bandingkan dengan tempat lain, tak banyak yang ada. Saya lihat hanya rumusan ringkas yang dikirim ke pejabat.
- Jadi yang dipilih itu manfaatkan sepenuhnya. Dan daripada berapa puluh yang latihan dalam program ini? Berapa orang? This program? 300. So 300, kalau nak apply ini 10 ribu, ya tak? Ini orang kata the state of the art, ini yang menentukan masa depan. Malaysia kalau nak berjaya, selain daripada yang lain-lain lah, ialah yang utama digital, AI. Dan ini saya tumpu syarikat-syarikat. Jadi, saya nak pesan ini. Kalau ada yang bertanya, sebab apa Anwar hadir, di antaranya nak jumpa anak-anak yang 300 ni, nak pesan kepada mereka, manfaatkanlah sepenuhnya.
Terima kasih. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
