TEKS UCAPAN YAB PERDANA MENTERI: MAJLIS PERASMIAN HARI SUKAN NEGARA 2025

11 Oktober 2025

 

TEKS UCAPAN

 

 

YAB DATUK SERI PANGLIMA ANWAR BIN IBRAHIM

PERDANA MENTERI

 

 

SEMPENA

 

 

MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2025

 

 

11 OKTOBER 2025 (SABTU) | 7.45 PAGI

BULATAN SULTAN AZLAN SHAH, MERU

 

 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Salam sejahtera.

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Saarani bin Mohamad,

Menteri Besar Perak Darul Ridzuan;

 

Yang Berhormat Puan Hannah Yeoh Tseow Suan,

Menteri Belia dan Sukan;

 

Yang Berbahagia Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar,

Ketua Setiausaha Negara;

 

Seluruh pimpinan dan yang penting anak-anak dan rakan-rakan yang berserta membantu dan meningkat mutu sukan negara Malaysia tercinta.

 

  1. Baik, semalam saya dah umum panjang tentang sukan. Olahraga, semangat perpaduan, hargai sumbangan anak-anak muda dalam sukan olahraga kerana ini memberi suntikkan disiplin, semangat perpaduan. Itu sahaja saya nak sampaikan dan ucap selamat kepada semua anak-anak sekalian.

 

  1. Dan saya tentu bersama YB Hannah Yeoh akan perhati, cuba bantu apa yang mampu sekecil-kecilnya, sebesarnya, apa yang mungkin. Kerana negara ini nak maju dari segi ekonomi, nak maju dari segi budaya, nak maju dari segi intellect, tetapi nak maju dari segi sukan rakyat ini.

 

  1. Jadi, itu saja saya nak sampaikan. Terus dengan semangat, disiplin, perpaduan. Tengok ini, Cina, Melayu, India, Kadazan — semua ada.

 

  1. Baik, terima kasih. Jadi dengan segala hormatnya, dengan takzim, dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya rasmikan sambutan Hari Sukan Negara 2025.

 

 

Share: