TEKS UCAPAN YAB PERDANA MENTERI: MAJLIS PECAH TANAH FASA 1: PENGINDAHAN LANDSKAP DAN TAMAN PROJEK IPOH SENTRAL
TEKS UCAPAN
YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM
PERDANA MENTERI
SEMPENA
MAJLIS PECAH TANAH FASA 1 : PENGINDAHAN LANDSKAP DAN TAMAN
16 OGOS 2025 (SABTU) | 2.30 PETANG
TAPAK PROJEK IPOH SENTRAL, IPOH, PERAK
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan salam Sejahtera.
Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Saarani bin Mohamad,
Menteri Besar Perak;
Yang Berhormat Tuan Loke Siew Fook,
Menteri Pengangkutan;
Yang Berhormat Dato’ Mohammad Zahir bin Dato’ Abdul Khalid,
Yang di-Pertua Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan;
Yang Berhormat Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim,
Setiausaha Kerajaan Negeri Perak;
Rakan-rakan dari Perbadanan Aset Keretapi (RAC), Malaysian Resources Corporation Berhad Land (MRCB);
Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Seri Mohd Annuar Zaini,
Pengerusi Malaysian Resources Corporation Berhad Land (MRCB);
Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan semua yang hadir;
Yang Berhormat Tuan Kulasegaran a/l Murugeson,
Ahli Parlimen Ipoh Barat; dan
Rakan-rakan.
- Saya seperti mana yang disinggung oleh kedua-dua saudara Menteri Besar dan Menteri Pengangkutan, juga turut bangga, syukur alhamdulillah, kerana hari ini kita dapat melakar satu peristiwa yang sangat bersejarah. Bukan sahaja untuk Ipoh tentunya, tetapi juga untuk negara. Bukan sekadar melakar idea tetapi menterjemahkan dalam bentuk bangunan raksasa.
- Tetapi ada kelainannya dan selalu dalam pembangunan Putrajaya yang baru dan juga Kuala Lumpur, saya ingatkan teguran filasuf pemikir Mark Twain, dan kalau pertama kali dia sampai ke Washington DC, ‘a modern, majestic, impressive building but culturally barren’. Maknanya bangunan hebat, megah tetapi gersang budayanya dan kita lihat kadang-kadang dalam keghairahan kita mengejar pembangunan, kita hanya menciplak idea dari luar, meletakkan walaupun kita tahu suasananya, persekitarannya tidak semestinya serasi. Dari sudut cuacanya, dari sudut nilai masyarakatnya dan budayanya.
- Jadi sebab itu pembangunan kita yang baru ini memikirkan soal itu dan juga soal rakyat. Ada gedung-gedung besar, projek-projek mega yang sama sekali tidak ada manfaat langsung selain daripada rakyat rasa kagum, sekali sekala bawa anak cucu ziarah. Kita tak boleh pertahankan lagi konsep pembangunan sedemikian. Negara MADANI itu harus sentiasa prihatin dan menyantuni rakyat. Kalau tidak MADANI itu tidak lebih dari slogan. Maka harus difikirkan apakah ciri-ciri yang boleh mengangkat budaya, tamadun, teknologi baharu rakyat. Negara dan rakyat keseluruhannya. Jadi semua strata, yang paling kaya sehinggalah rakyat biasa.
- Apakah gedung besar raksasa ini akan memenuhi keperluan semasa? Connectivity, pengangkutan yang paling canggih, dari Kuala Lumpur, atau dari Singapura ke Ipoh dan utara, keretapi dan jalan raya. Apakah ianya dapat menunjukkan satu bangunan yang boleh memenuhi keperluan semua? Kalau rumah, perumahan yang selesa untuk golongan yang punyai dana yang cukup, yang sederhana dan yang rendah miskin.
- Kerana gedung ini akhirnya akan memerlukan ribuan pekerja dan ribuan pekerja itu tak patut dilempar ke ceruk mana, puluhan batu dari tempat mereka bekerja. Semua itu harus difikirkan. Betul saya lihat KL Sentral, KL Sentral itu sekadar pandangan asas tetapi bukan jadi contoh yang baik. A good beginning, but as Bernard Shaw used to say, “there’s always room for improvement”. We mature in the process, we think anew, we are more aware of what cultural vibrancy means, and we must take adequate measures to ensure that we progress with the times. Dan fahaman kita begitu.
- Jadi maknanya, terima kasih sebab saya lihat ini banyak dia dah fahamlah pembangunan MADANI ini. Jadi saya salute kepada MRCB dan Kerajaan Negeri Perak dalam merangka dan yang memenuhi ini. Walaupun saudara Anthony Loke bergurau tadi dia tengok “vertical school ini mungkin buat pagi tadi atau semalam ni” (nada seloroh). Tapi tak apa yang penting ada rancangannya.
- Saya percaya yang dimasukkan tentunya rumah ibadat, masjid dan rumah-rumah ibadat yang sedia ada yang harus dikembangkan supaya Ipoh ini kota kosmopolitan, pelbagai kaum, pelbagai agama. Walaupun kita sekarang diasak, dirasuk oleh pandangan-pandangan yang melampau tapi tidak harus menggugat kita. Negara ini mesti diselamatkan, negara ini akan jadi hebat dan berkembang kalau kita jaga keamanan dan kita santuni semua masyarakat dan kita beri keyakinan bahawa semua orang ada tempat. Dan tentunya kalau jadi induknya budaya Melayu itu menjadi terasnya, orang dapat memahami. Tetapi jangan dipinggirkan, ditenggelamkan pengaruh-pengaruh yang lain ataupun fahaman budaya dan agama yang lain. Ini pendekatan kita yang harus kita tekankan.
- Bila saya sebut tentang culturally barren, gersang budaya ialah kerana pembangunan-pembangunan ini kadang-kadang terasing. Tadi bincang dengan Saudara Annuar Zaini tadi tentang itu juga, Ke Bawah Duli Seri Paduka Sultan Perak umpamanya, yang juga merasakan masjid-masjid kita tak semestinya menciplak daripada pengaruh Uthmaniah atau Ottoman. Dia mesti Islam, mesti kiblat, mesti memenuhi keperluan semua ciri-ciri yang ditetapkan oleh syariat, tetapi dia juga harus sesuai dengan keperluan semasa dan budaya kita, persekitaran kita dan cuaca kita. Dan ini yang yang juga diterapkan dalam konsep ini. Ini maknanya sinerginya apa?
- Fakulti-fakulti seni bina kita, architecture kita, profesor-profesor kita juga harus lebih cekap AI-nya, kecanggihannya, teknologi architecture terbaru dari Amerika, dari Rusia, dari negara China, tetapi masih menekankan tentang warisan dan budaya kita yang menentukan kelainan kita dan keunikan kita. Kalau tidak, mana-mana kota besar sekarang di dunia, terutama negara-negara membangun, dia jadi apa yang disebut concrete jungle, sama je.
- Jadi, kita nak kelainan bila kita lihat Ipoh ada mercu tanda yang istimewa. Yang istimewanya itu kerana cultural vibrancy yang kita banggakan dari budaya kita, tapi masih moden, masih new teknologi, masih manfaatkan digital dan AI dan semuanya, tapi masih pertahankan nilai dan budaya kita.
- Satu aspek yang lain macam perumahan saya sebut tadi, kita harus sediakan perumahan yang paling canggih, paling mahal untuk orang yang berupaya. Tapi jangan tinggalkan keperluan Perumahan Rakyat. Ini menjadi satu kesalahan kita. Kalau kita lihat di Kuala Lumpur, bila bangunan-bangunan megah besar kompleks itu satu kawasan khas bagi yang maha kaya, kemudian tekan di pelosok hujung itu Perumahan-perumahan Rakyat dan bila kita nak bangunkan semua bantahan NGO, civil society bantah sebab mengapa nak buat perumahan ini, kawasan dah sesak, jalan dah sesak, kemudahan tak cukup. Yang kamu ambil tanah sewenang-wenang itu tidak apa pula.
- Jadi hal ini semua harus kita tangani walaupun dalam konteks Ipoh Central ini tidaklah sangat bermasalah kerana dia nampak kawasan yang lebih luas dan perancangan itu boleh dibuat daripada awal.
- Kemudian saya sebut tentang sekolah. Bila kalau ada rancangan fasa kedua, ada perumahan, ada tempat pekerja, jadi harus ada sekolah. Di Kuala Lumpur baru-baru ini, yang sebab saya menegur dengan agak keras ialah kerana bila tanya pemaju dan pegawai, dia kata sudah ada sekolah sebelah, tapi sekolah itu dalam satu kelas 50 pelajar, dah sesak. Takkan untuk pelajar-pelajar di peringkat rendah ini, golongan pendapatan rendah kita asak ikut dia sahaja, tak ada langsung perasaan dan prihatinan kita kerana anak-anak kita tak kita hantar ke sekolah itu. Sebab itu saya tegur.
- Dan kalau nak buat sekolah biasa ikut konvensional, tak upaya kerana keperluan tanah di kota. Tanah terlalu mahal, jadi kita usulkan vertical school. Tapi vertical school tu kemudahan mesti baik dan sekiranya sekolah vertical sama ada dalam bangunan yang sedia ada dengan dedicated lift ataupun tanah di sebelah, asalkan dia bertingkat dengan kemudahan yang baik untuk anak-anak, untuk lab, untuk taman permainan mereka, itu semua harus disediakan.
- Tapi kalau bersebelahan dengan perumahan, itu akan mengurangkan kos pengangkutan. Kalau di Kuala Lumpur kita buat kajian kos pengangkutan for an average family, anak empat orang, kata tiga ke sekolah, itu minimum RM400 kos pengangkutan. Dan kalau sekolah tadika, prasekolah itu dalam bangunan atau bersebelahan, itu dia boleh selamatkan RM400. Hal ini semua difikirkan kerana apa? Kerana kita nak bangunkan itu manusia.
- Kita bukan nak bangunkan gedung, kita nak bangunkan manusia di dalamnya. Maka soal kemanusiaan itu maknanya pendidikan mereka, kesihatan mereka, pendidikan anak-anak, kesihatan mereka dan ibu bapa mereka, kemudian pejabat polis dan sebagainya. Semua itu harus dirangkul dalam satu bangunan dan tentunya Ipoh Central harus mengambil kira ini semua.
- Sebab itu, sebelum dimuktamadkan, ada perbincangan yang teliti dengan KPKT, perbandaran tentunya, kemudian dengan Kementerian Pendidikan, Kementerian Kesihatan dan kementerian-kementerian yang berkaitan. Sempat kita ubah suai sedikit sebanyak, kalau tidak dia bukan negara MADANI, dia hanya kejar-kejar pertumbuhan, ada Gedung, impressive, structures tetapi tidak prihatin.
- Ini selalu saya sebut kalau dalam ceramah-ceramah saya sebutkan kadang-kadang kita bangga dengan pembangunan. Betul. Kalau tak bangun, tak ada kemampanan ekonomi kita tak ke mana. Economic fundamentals mesti jadi teras. Pelaburan mesti masuk. Pekerja mesti cukup dilatih.
- Jangan tunggu sebelum mula. Sebaik mula dengan Taman fasa pertama, ya. Kerajaan Negeri, Persekutuan, MRCB harus fikir, kena mula pastikan melatih anak kita, kalau tak boleh teruskan sinergi dengan universiti dan pusat latihan, apa yang sudah perlukan kita bincang digital, kami tentang AI latihan itu dari awal. Tanggungjawab syarikat-syarikat besar, termasuk MRCB, juga melatih dan memanfaatkan keupayaan kita, pengalaman kita memberi latihan yang cukup baik supaya bila kita ambil mereka sebagai pekerja, mereka punyai bukan sahaja latihan akademik yang cukup, tapi perlu pendedahan yang mencukupi.
- Jadi saya harap ini nampak macam kuliah panjang, sebab saya passionate sikit bab ini. Dan dalam minggu yang baru lalu, bila saya pergi luncur beberapa program, dia mengganggu sikit saya kerana saya lihat kadar apa yang dicerakinkan dalam program sebenar dengan Rancangan Malaysia Ketiga Belas dalam kerangka Madani keseluruhannya, kadang tidak dihadam di peringkat bawah. Dia terpaksa diberi penekanan. Tak boleh begitu. Negara ini kalau nak diangkat martabat, harakat, darjatnya, dia memerlukan kekuatan semua, komitmen semua. Dia tak boleh lagi dengan cara yang biasa, nak buat projek besar, komisen sekian banyak, dan kalau tingkatnya 15, bangunan itu, haa, dia punya sagu hati sekian; tingkat 20, sagu hati sekian. Harus dihentikan. Syarat-syarat itu harus termeterai dalam peraturan yang jelas, dalam semua bidang saya sebut tadi.
- Dan ini saya rasa ada upaya, tidak terlalu sukar. Rancangan Malaysia Ketiga Belas, apa dia teras induknya? apa dia tunggaknya, apa? Kita kata naikkan siling. Betul, negara tak naik siling macam mana? Naik siling maknanya pembangunan harus lebih segar, pelaburan lebih masuk, lebih kuat, lebih cepat, domestik, bidang pertanian, di semua bidang. Baik, naikkan siling ekonomi negara. Tapi kalau siling naik, lantai di bawah, jadi golongan rakyat itu tak terangkat kedudukan mereka. Maka naikkan lantai, dan lantai upah naik. Sebab itu kita mulakan dengan tunjuk contoh bahawa Kerajaan mesti mulakan beri contoh. Dan itulah sebabnya kita gunakan keputusan SSPA, sistem persaraan yang melibatkan belanja tambahan 10 bilion ringgit tahun ini, dan tambahan 18 bilion ringgit tahun depan. Sebab apa? Sebab kita tak boleh serahkan polis bekerja begini, tambah waktu kerja, rumahnya tak dipedulikan, satu bilik kecil, rumah yang dibangunkan 60 tahun, 50 tahun yang lalu. Semua harus difikirkan dan ada perubahan.
- Itu maknanya naikkan lantai. Bila kita naikkan, syarikat-syarikat Kerajaan, GLICs dan agensi Kerajaan tunjuk contoh, kita ada gaji minimum dari 1200. Dalam tempoh 2 tahun setengah kita naik 2 kali, 1200 naik 1500, naik 1700. Cukup? tak cukup. 1700 di Ipoh, tak cukup. Tapi dari segi Kerajaan, kita naikkan gradually, tapi untuk GLICs sudah 3100 ringgit. Jadi kalau Telekom, TNB, Petronas, yang bawah Khazanah, kita tak boleh tolak ansur, mesti minimum 3000. Syarikat-syarikat yang lain, yang agak gergasi macam MRCB pun harus fikirkan bagaimana dalam keadaan menaikkan lantai, bila projeknya lebih banyak siling tinggi, maka kebajikan pekerja juga harus ditambah.
- Ini saya sokong pekerja-pekerja MRCB ini. Ini maknanya naik lantai. Tapi ini semua boleh dilaksanakan hanya dengan tatakelola yang baik. Ada orang menyindir dan sinis dengan soal tatakelola dan gerakan keras anti-rasuah. Saya nak beritahu berapa yang kita kumpul dalam berapa 1–2 tahun ini yang terbiar, di semua agensi, dari orang politiknya ke jabatan kementeriannya, dari imigresennya kepada kastamnya. Berapa kita kumpul? Sudah dalam ni, setahun ini dah, 4–5 bilion wang yang dirampas daripada hasil perasuah. Yang dirampas, maknanya kecekapan, kesungguhan kita bertindak untuk membersihkan.
- Kerana ini tonggak ketiga kita: naik siling, naik lantai, tatakelola mesti baik. Ini termasuk semua bidang, latihannya, kecanggihan, keupayaan kita menguasai AI dan sebagainya. Jadi saya harap projek ini dapat dijadikan contoh. Betul, dia soal Transit Oriented Development, ini semua diterangkan, jadi saya tidak mahu ulangi apa yang disebut tadi. Tapi saya nak sebut tentang kerangka besar kita, projek ini, kita lihat, tapi tak ada salah sementara nak jalankan. Dalam beberapa bulan ini saya minta Menteri Besar, Majlis Bandaran, SUDAH Lok dan KPKT dan pendidikan study semua aspek ini, walaupun sudah dirangka, apakah boleh kita baiki lagi. Kerana kalau dapat kita baiki, then Ipoh Sentral ini menjadi salah satu model pembangunan seutuhnya yang terbaik yang boleh kita jadikan contoh dalam negara kita. Saya akan turut bangga dengan bergaya.
- Jadi sekali lagi ucap terima kasih, tahniah kepada semua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
