TEKS UCAPAN YAB PERDANA MENTERI: MAJLIS PELUNCURAN INISIATIF KESEJAHTERAAN RAKYAT MALAYSIA MADANI (SEJAHTERA MADANI) TAHUN 2025

24 Julai 2025

 

 

TEKS UCAPAN

 

YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM

PERDANA MENTERI

 

SEMPENA

 

MAJLIS PELUNCURAN

INSIATIF KESEJAHTERAAN RAKYAT MALAYSIA MADANI

(Sejahtera MADANI) TAHUN 2025

 

 

24 JULAI 2025 (KHAMIS) | 12.30 TENGAHARI

DEWAN BANKUET

KOMPLEKS SERI PERDANA

 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

 

Alhamdulillah,

Nahmaduhu wa nussalli ‘ala rasulillah al-karim,

Wa ‘ala alihi waasahbihi ajma’in.

 

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin

Hamidi,

Timbalan Perdana Menteri; dan

 

Rakan-rakan yang saya muliakan.

 

  1. Pertama, saya nak ucap terima kasih. Pagi tadi dalam Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan saya katakan satu hal yang melegakan. Dalam menjalankan tugas tentunya banyak yang rasa terbeban, tapi satu hal yang melegakan dan saya nak ucap betul-betul penghargaan I mean from the bottom of my heart, setiap kali kita ada isu Gaza ke, bola ke, orang miskin ke, Sekolah Angkat ke, kita bagi sahaja maklumat kepada korporat dan sektor swasta, sambutan saudara-saudara itu sangat menggembirakan dan saya ucap terima kasih.

 

  1. Dato’ Seri Zahid ada, saya tidak tahu belum pernah begini. Berulang-ulang kali, bukan sekaligus ya, satu tahun 5 – 6 kali kita berkumpul, tetapi sambutannya itu amat baik. Dan saya beritahu, dalam konteks ini, Datuk Seri Sollehuddin Alyubi bin Zakaria, di ICU JPM, saya kata, kita kemukan program, biar dia bagi sambutan, dan kita tunjukkan apa yang diperlukan.

 

  1. Tentunya sebahagian besarnya tanggungjawab Kerajaan, seperti sekolah, yang kita luncurkan. Kita anggar kalau boleh mula 200 sekolah sudah bagus. Tetapi sambutan daripada sektor swasta, untuk ambil sekolah, tentunya majoriti Sekolah Kebangsaan, Sekolah Cina, Sekolah Tamil seluruh negara itu kita berjaya dapat dukungan untuk jadikan 100 sekolah sebagai sekolah angkat. Dan ini saya tidak fikir banyak negara boleh capai semangat kerjasama di antara Kerajaan dan swasta begini rupa.

 

  1. Kemudian, hari ini Sejahtera MADANI. Saya kata kalau dapat RM50 juta pun tidak apalah nanti Kerajaan boleh tambah sedikit sebanyak. Tetapi sekarang, sampai sekarang, sambutannya itu bukan dua kali ganda tapi lebih daripada itu. Jadi saya agak sentimental sedikit, minta maaf ya, saya pun manusia biasa kadang-kadang ada juga perasaan, walaupun tidak semua orang senang dengan langkah-langkah ini tetapi saya percaya sambutannya sampai setakat ini sudah RM120 juta ringgit.

 

  1. Apa yang menggembirakan? Ini projek yang baik. Kita hendak pacu negara ini sebagai negara yang gagah dan hebat. Dan negara yang gagah dan hebat ini tentunya mula dari pimpinan yang jaga tatakelola, tanggungjawab, yang elak daripada ketirisan, penyalahgunaan kuasa, rasuah, tapi dia tidak berhasil tanpa kekuatan swasta yang menerobos ke pasaran antarabangsa, ke Mesir, ke Itali, ke Perancis, ke Peru, Brazil. Ini kerana kekuatan sektor swasta. Tanggungjawab kami adalah memberi galakan, dorongan dan sokongan sedaya upaya. Dan bila kita berhasil, kita dengan semangat tenaga kerja profesional dan tenaga kerja rakyat kita, kita pulangkan balik sebahagian supaya mereka juga rasa mengecapi nikmat.
  2. Tapi dalam hal ini semua ada kumpulan yang kita sebut kumpulan rentan, yang miskin itu yang patut ditangani. Target saya bila bersama dengan rakan-rakan, rakan-rakan Jemaah Menteri ramai di sini, ya lah kalau boleh kita mula noktahkan kemiskinan tegar. Ini ‘hardcore poor’, I think within our means. Sorry, KSN pun ada, saya nampak tadi. ‘Hardcore poor’. Dan berdasarkan angka-angka tahun 2003, 2024 kita dapat atasi walaupun jumlah itu akan muncul kemudian, tetapi jumlahnya jauh rendah daripada dulu.

 

  1. Dalam sejahtera MADANI ini kita tingkatkan sedikit. Nampaknya dengan komitmen Kerajaan, swasta, majlis Agama, Wang zakat, nampak boleh selesai mudah soal kemiskinan tegar. Jadi sekarang kita angkat sedikit. Bukanlah ini idea baru, ada syarikat-syarikat sendiri pun sudah ambil pekerja-pekerja di sekitar mereka. Saya tahu bila saya pergi PTP, dijaga kawasan-kawasan sekitarnya, Pelabuhan Klang, penduduk-penduduk sekitarnya dijaga, Westar, ambil projek-projek latih, YTL, ramai lah saya nak sebut semua. Telekom, Tenaga, Petronas tak sebut kecil hati pula tapi semua dalam senarai. Maknanya sudah ada dan programnya pelbagai. Kadang-kadang cara macam Petronas dengan Institusi TVET sekeliling ataupun sekolah- sekolah untuk adopt, trained, bagi exposure dan latihan.

 

  1. Sebab itu bila Sekolah Angkat ini saya cadangkan, you know, the mere presence of a president, CEO or non- private sector chief, CEO, that is a give so much, a confidence in hope to the young because some of them, some of you comes from a relatively poor background. And that will be give a source of inspiration and hope to this students. Lebih-lebih lagi kalau kita boleh tambah sedikit sebanyak kemudahan asas. Kita dari segi prasarana sekolah tentu. Kalau banding dengan negara-negara membangun di antara terbaik. Kita baru balik daripada Brazil. Kta tengok kemiskinan dia itu sampai cecah hampir 50%. Jadi cabaran itu jauh lebih besar daripada kita.

 

  1. Tetapi dalam pada itu pun jangan lupa sekolah-sekolah kita sampai hari ini walaupun kita belanja tahun 2023 RM 1 bilion ringgit, walaupun dipermainkan oleh pembangkang, dia kata Oh, Anwar ini hendak bangunkan tandas emas ke sampai RM1 bilion ringgit. Kita repair 1200 tandas. Bayangkan sekolah-sekolah anak cucu kita tandas tidak terurus. Itu selesai? belum selesai.
  2. Rumah Tentera, itu menelan belanja ratusan juta. Tapi tentera dia ada Kor Kejuruteraan, dia cepat buat. Jadi berilah cadangan apa pun kalau ada saudara Major Construction Company, saya okey lah, I will adopt the school and make all the necessary repairs, a few hundred thousand — deal with it. We are fine. Saya sudah bagi tahu kepada menteri-menteri, masing-masing Kementerian, collaborate, don’t give all the answers, make sure that the private sector offers their own views and suggestions and in that way, the adjustment can be made.

 

  1. Tapi satu yang sangat mengesankan ialah Malaysia is a great country and we have great people whatever said and done, you can see the type of response and commitment. So, I am also doing my best, but I’m very fortunate to be a Prime Minister of this great country and you can see the sense of support, the sentiment expressed.

 

  1. Kalau tengok video tadi saya tengok saya keliling tengok mata-mata. Ini ada korporat, ada billion-billionaire semua ada, ada yang biasa-biasa pun ada, tapi without expression, semua boleh terketuk pintu hatinya, the conscience, disebut dhomirnya, lengang dan semua fokus dan setengahnya saya tengok ada kesan kalau lihat dibiji matanya. Maknanya kita mampu. Why not be more positive. Tidak usah cakap soal pergaduhan, soal kaum ke, soal agama ke, soal daerah ke, soal negeri ke, wilayah ke. Look, this is our problem, is our family. Dan kalau kita lihat dari segi itu, let us built not destroy, let’s do it together dan saya katakana, ini pasukan luar biasa saudara, ini santai gathering ini, tapi saya cuma nak, daripada nak terima begitu sahaja, saya kata at least bagilah peluang saya jumpa, express my profound deep gratitude and appreciation kerana saudara bantu.

 

  1. Tapi seperti mana saya sebut, ada perbezaannya. Betul, sumbangan dananya besar, ada yang 15 juta, 10 juta, 1 juta, 500 ribu, 100 ribu — doesn’t matter, but what is more important, significant is, I would suggest that you be seen and present. You and your member team to observe, monitor the project and see for yourself you have done. I want the villagers to know that this is for example, Tan Sri Syed Azman Weststar seen “Oh! his family members, oh! his team, he’s seen there. Oh!, this is a Telekom Oh!, whatever — TNB”.

 

  1. Terutama pasal tarif naik ini, famous sikit TNB ini. Kadar tarif naik, bayaran turun tapi itu tidak jadi polemik di luar. Jadi itu yang saya cadangkan kalau boleh dilakukan oleh saudara-saudara. Cukuplah setakat ini. Saya minta maaf tadi, terlambat sikit saya ada sidang di dewan sebelah tadi.

 

  1. Kita pilih kampung-kampung ini dan kita pilih juga kali ini luar biasa. Kita panggil juga wakil-wakil, ada daripada Merbok, Kedah, ada? Ada daripada Merbok? Ada tadi Kubang Pasu, Kuala Krai. Kita panggil wakil Besut, Terengganu. Itu pun dia orang tak terima kasih, saya buat tolong orang rakyat Terengganu. Dak orang yang ini terima kasih, yang atas-atas tak terima kasih. Dia suruh turun Anwar (nada seloroh).

 

  1. Tapi saja saya nak tunjukkan bahawa at least you see this, ini yang kita bicarakan. Kita bicarakan ini projek Kerajaan- swasta. Tapi kita prihatin. Ini orang-orang dia, sebahagian wakil, kita tak boleh panggil semua, tapi kita panggil dia mari Seri Perdana. Seri Perdana bukan rumah saya, rumah Perdana Menteri rasmi. Rumah saya di Sungai Long. Nanti dia kata “Oh! rumah Dato’ Seri besar eh, ini dewan sahaja besar. Terima kasihlah kerana sudi hadir dan mewakili semua kawan-kawan kita yang lain.
  2. Jadi kita Fatawakal ‘ala Allah. Doa kepada Allah sedarlah supaya niat ikhlas dan baik kita itu mendapat restu dan apa yang sumbangan kita itu memberi keberkatan dalam semua agama fahaman begitu, bahawa kita bagi, dia akan menyucikan harta kita dan meningkatkan keberkatan atas kita.

 

  1. Jadi sekali lagi saya ucap banyak-banyak terima kasih saudara-saudara. Hari ini agak terharu sedikit kerana saya lihat sambutan itu begitu jauh lebih baik daripada kita jangka RM50 juta setakat ini sudah kutip hampir RM120 juta. Jadi, sekali lagi terima kasih.

Assalammualaikum warahmatullahi wabarkatuh.



Share: