TEKS UCAPAN YAB PERDANA MENTERI: MAJLIS AGIHAN PERDANA LEMBU KORBAN MADANI DUN PENANTI


TEKS UCAPAN VERBATIM

 

YAB DATO’ SERI UTAMA ANWAR BIN IBRAHIM

PERDANA MENTERI

 

 

SEMPENA

 

MAJLIS AGIHAN PERDANA LEMBU KORBAN MADANI DUN PENANTI 

 

 

 

26 MEI 2026 (SELASA) | 2.00 PETANG

PADANG MENGKUANG TITI 

PULAU PINANG

 

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

 

Alhamdulillahilladzi anzala ‘ala ‘abdihil kitab

walam yaj’al lahuu ‘iwajaa,

Wa usolli wa nussalli ala Rasulihil Karim,

Wa ala alihi wa sahbihi ajma’in.

 

  1. Saudara Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang. Sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih. Tadi masa dia mengacara di Seberang Jaya, saya kata tak perlu Ketua Menteri, saya faham yang acara ini acara masyarakat Islam, korban dan sempena musim haji, tak payah, tapi dia kata dia mesti santuni sama-sama masyarakat Islam. Saya ucap terima kasih.

 

  1. Saudara Syed Hussin, Ahli Parlimen Bukit Gantang yang banyak bantu saya di sini, dapatkan import dan juga penyediaan lembu-lembu korban yang sedikit murah, yang dapat kita manfaatkan kepada masyarakat di sini, selain daripada yang kita sediakan secara percuma, kita juga telah memulakan dan saya ucap terima kasih untuk idea dia supaya yang mampu beri sedikit sumbangan, jadi dia menyertai secara langsung ibadah korban ini.

 

  1. Kerana korban ini punya mesej sangat mendalam dari segi keyakinan kita, ibadah kita, melatih sahsiah dan disiplin diri kita, semangat, daya juang dan jihad dan pengorbanan kita, dan manfaat kepada masyarakat, terutama fuqara’ wal masakin. Terima kasih saudara Syed Hussin.

 

  1. Saudara Amir, Datuk sekarang ini. Ahli-ahli Yang Berhormat dan rakan-rakan yang saya muliakan.

 

  1. Tadi di dua acara lain saya cerita tentang ibadah korban, tentu kita semua dah dengar apa yang ditunjukkan sebagai pedoman dalam ajaran keyakinan kita, Nabi Allah Ismail, Ibrahim a.s yang memberikan kita semangat yang kental, memahami walaupun kita tahu dalam dunia sekarang tak ada mudah nak cari orang yang upaya, yakin dan korban secara yang sedemikian. Nabi sebagai contoh tauladan tentang kekuatan iman, keyakinan kepada Allah S.W.T dan pelaksanaan kata-kata.
  2. Tapi pada petang ini, izin saya cakap sikit mengenai pengalaman ibadah haji. Ibadah haji, kerana ramai sanak saudara dan keluarga kita juga yang sampai ke sana. Saya percaya daripada Mengkuang Titi, daripada Penanti dan seluruh rakyat Malaysia ini ada wakil dari keluarga mereka yang ke sana. Dan bila sampai di sana, itu tentu tumpuan mereka itu di masa wukuf sebelum dan selepasnya, tentu fokus kepada kekuatan iman dan ibadah menyempurnakan yang ada liku sejarahnya, pengajarannya dan dorongan haji.

 

  1. Dari segi sejarah alam lain, kita ini rantau Melayu, rantau Melayu ini dijajah oleh Inggeris di Malaysia, Belanda di Indonesia. Bila keluarga kita dari Belanda, dari Indonesia, bila dia pergi ke Mekah, ibadah haji, dia balik, lepas itu ambil berbulan-bulan, bila dia balik itu penjajah Belanda dia perhati, ini lain macam, semangat dia lain, dia nak bawa buka pesantren, pusat-pusat ilmu yang disebut, kita sebut madrasah, mereka sebut pesantren, kemudian kegiatan masyarakatnya, peribadinya, akhlaknya berubah. Jadi, dia kata ibadah apa yang mereka lakukan di Makkah al-Mukarramah dan Madinah al-Munawwarah. Jadi salah seorang pemikir, pengkaji Islam, Belanda yang bernama Snouck Hurgronje, dia pakar, ini saya cerita ni tahun 1901 dan sebelumnya. Dia beritahu penjajah Belanda, izinkan saya ke Mekah. Saya akan perhati apa yang orang Melayu, Jawa dan Tanah Melayu, dia sebut orang Jawi. Orang Melayu ini Jawi. Belajar di sana. Apabila dia balik, lain macam. Balik, masa nak pergi tu perangai lebih kurang saja. Tapi bila balik dia berubah. Bukan berubah nama dia Haji atau al-hajj. Dia perangai sama juga. Sakau sama juga. Dak..dak…dak. Yang ni dak, dia balik, berubah.

 

  1. Jadi, apa nama Profesor, pakar ini? Nama dia Snouck Hurgronje. Dia pergi Makkah al-Mukarramah, tapi dia bukan Islam, dia tukar nama dia Abdul Ghaffar. Tengok, musuh-musuh kita ini kadang-kadang cerdik, dia guna nama Abdul Ghaffar, dia kahwin dengan perempuan Jawa, dia duduk di Mekah, dia belajar. Dia tengok. Siapa nama gurunya? Sayyid Ahmad Zaini Dahlan. Baik, apa yang dia ajar? Akidah, akhlak, semangat perjuangan, kebebasan, kemerdekaan, bagi roh, tambah ilmu. Dia kata, tak boleh ada perubahan tanpa ilmu. Nama guru, Sayyid Ahmad Zaini Dahlan. Nama murid, Abdul Ghaffar. Nama sebenar, Snouck Hurgronje. Baik.
  2. Dia tengok selok segala, kebanyakannya dikalangan orang Aceh. Kerana orang Aceh itu berpaut pada agama itu lebih kuat daripada yang lain. Jadi dia tulis buku dua judul, satu ‘De Atjehers’ dalam bahasa Belanda ‘De Atjehers’. Saya tak baca Belanda, saya baca terjemahan dia. Dua jilid buku ‘De Atjehers’ satu lagi buku ‘Mekka in the latter part of the 19th Century’ – Mekah di akhir abad ke-19.

 

  1. Apa dia tulis itu? Apa yang mereka belajar, bagaimana dia ubah, pasal apa amalan haji dia pergi 5-6 bulan itu balik dia jadi semangatnya lain, akhlaknya lain, disiplinnya lain, peribadinya dan sahsiah dia lain. Jadi dia kata kalau begitu, kata penjajah Belanda, kita baca karangan Snouck Hurgronje ini, kita kena bawa dasar yang baru.

 

  1. Anak-anak yang di sekolah yang belajar sejarah Indonesia tahu, 1901, Maharaja Queen Wilhelmia perkenalkan apa yang disebut ‘’Ethical Policy’, dasar etika. Kata Belanda, kita baik dengan orang Jawa ini. Kita santuni mereka. Kita cuba tawan hati mereka, tetapi kita cuba pengaruh dan lemahkan semangat mereka. Pesanteran-pesanteran mesti dihalang. Sekolah-sekolah agama pondok ini jangan diberi galakan. Anak-anak diberikan pendidikan baru barat yang tidak suka dengan Islam, tidak suka dengan budaya tempatan, tidak suka dengan pameran pakaian, budaya, dan sastera, semua. Yang Melayu, yang Jawa atau Melayu atau Islam itu tak disenangi. Itulah yang diceritakan dalam novel Hamka tulis, Abdul Muiz tulis dalam novel dia, ‘Salah Asuhan’ bagi yang baca ini, saya bagi promote kepada anak-anak, google tengok ‘Salah Asuhan’ Abdul Muiz, dia cerita tentang Qari yang terpengaruh. Ini sistem yang saya selalu sebut.

 

  1. Siapa nama profesor Belanda itu? Snouck Hurgronje. Apa nama Islam dia? Abdul Ghaffar. Dasar baru, Dasar Etika. Tujuannya, lemahkan semangat dan daya juang orang Islam. Itu yang berlaku. Sebab itu, bila kita merdeka, sehingga sekarang, kita mesti hentikan dasar yang sama. 2003, 2003, Kerajaan pada masa itu, batalkan semua peruntukan kepada sekolah-sekolah agama. Amir ingat, Amir? Jadi, 2003 dibatalkan peruntukan kepada sekolah-sekoalah agama. Kadang-kadang kita lupa, pong pang pong pang dok hentam kita. Hang baca sikit sejarah, nak berjuang. Ini kenyataan dia, bukan saya, bukan fitnah. Bukan fitnah. Ini kenyataannya.
  2. Saya jadi Perdana Menteri 2022, Disember. Bulan satu saya kata tak boleh. Mana boleh? Kita bagi peruntukan kepada semua sekolah, Sekolah Melayu, Sekolah Cina, Sekolah Tamil, Sekolah Agama Rakyat ini dia kata ‘stop’. Jadi saya kata baik, saya kebetulan juga Menteri Kewangan, saya pulangkan balik. Jadi 2000, keputusan 2003 itu dibatalkan pada 2023. Walaupun pada ketika itu saya Wakil Rakyat Tambun, tapi saya rasa macam saya Ahli Parlimen Permatang Pauh juga. Kerana, hak mereka.

 

  1. Sebab pendidikan itu yang mahu dipadamkan, semangat dan roh perjuangan. Sejak 2 tahun yang lalu, lepas itu 3 tahun yang lalu, 2 tahun yang lalu saya dah mula masuk sekolah-sekolah di Pondok ini dan cuba baiki. Sebab juga saudara-saudara tengok lama dengan Syeikh Wazir, Syeikh, Tok-tok Guru Besar yang sambut kita di pondok-pondok mereka kerana dia kata setelah berpuluh tahun, inilah kali pertama bagi balik wang dan baiki sekolah-sekolah pondok. Ini ratus ribu pelajar-pelajar kita.

 

  1. Jadi, apa kaitannya yang nak disampaikan ini? Haji yang diceritakan, yang cuba dipadamkan semangat dan roh oleh Snouck Hurgronje, kita sebagai negara merdeka mesti pulihkan balik. Kisah kedua ini kisah seorang anak muda kulit hitam. Nama dia, nama asalnya Malcolm Little. Nakal. Kalau orang kata orang Mengkuang Titi ini nakal, anak muda jangan perasan, ada orang lagi hebat. Dia boleh rompak, dia boleh curi, dia boleh pukul orang, dia gangster, nama dia Malcolm Little.

 

  1. Lepas itu dia besar, dia pergi New York kena tangkap masuk penjara, 7 tahun, 6-7 tahun dalam penjara di Harlem, dekat New York. Dia masuk penjara sebagai seorang anak muda yang marah kerana dia kulit hitam, dihina, ditindas, miskin, diketepikan haknya oleh orang kulit putih Amerika Syarikat tahun 1960-an. Tapi dalam penjara, masa itu ada disebutkan ‘The Nation of Islam’, ada kebangkitan persatuan Islam yang baru, yang bawa Nabi baru dia. Nabi baru dia nama Elijah Muhammad turun di Chicago, Amerika. Ini soal yang langit-langit apa ni tak hairan lah Nabi dah ada dekat Amerika. Nama dia Elijah Muhammad atau kalau orang putih dia panggil Elijah Muhammad, dia Nabi, turun wahyunya di Chicago hahaha tempat gangster. Baik, tetapi yang dia buat, dia tumpu bagi semangat kepada anak-anak muda kulit hitam, ini saya nak cerita tentang Haji, nak bagi semangat anak-anak muda kulit hitam. Dia masuk penjara ajar anak-anak ini, kamu hitam, kamu dihina, kamu ditindas, kamu diperbodohkan, kamu mesti bangkit bela nasib rakyat kamu. Yang zalim ini orang putih, yang menindas kamu orang putih, yang menetapkan sistem begini kamu orang putih, mengapa kamu jadi mangsa dan hamba mereka. Dia ini anak muda belasan tahun, dia mula terpegun. Ada Nabi baru katanya, Elijah Muhammad. Dia mula baca jadi pintar, bayangkan ini kalau anak-anak muda, kalau kata oh, saya dah habis tingkatan 5, tak ada apa dah. Ini kawan ini, tingkatan 5 pun dia tak lulus, tapi duduk, dia baca, belajar Islam dan walaupun masa itu Islam bukan Islam yang betul, Islam yang sesat, dia belajar, dia baca sejarah Amerika, falsafah Amerika, perbandingan agama, dia baca sampai dia jadi seorang dalam 7 tahun itu, ilmunya itu tinggi, bila dia keluar dia boleh berdebat dengan profesor-profesor. Nama dia Malcolm, Malcolm Little, bila dia masuk Black Muslim, dia jadi Malcolm X, bukan PMX, PMX itu lain, jangan salah pula. Itu Malcolm X, memang semua yang masuk Black Muslim itu, semua dia tambah X.
  2. Baik, dia keluar, dia jadi jaguh, pemimpin. Nabi dia tadi itu, yang mengaku dirinya Nabi, Elijah ambil dia sebagai orang kanan, dia ke depan debat, di televisyen, di mana-mana dia boleh dia pintar. Masih ada dalam Google, Malcolm X, masih ada interview dia memang pintar. Tidak ada kelulusan SPM, STPM, College University, University, PhD, tak ada. Tapi pintar orangnya. Kerana dia hidup menerima ilmu sekuat mungkin.

 

  1. Tapi oleh kerana dia ini mahu cari kebenaran, dia lihat ada sosok, kalau betul Islam, sebab apa Islam Black Muslim beza dengan Islam Sunni. Maka dia jelajah, dia ambil keputusan menjelajah ke luar negara sampai ke Baitulmuqaddis dan sekarang dikuasai oleh Israel yang Zalim Zionis itu, masa itu mufti Baitulmuqaddis namanya Ahmed Hassoun. Sheikh Ahmed Hassoun, Mufti Baitulmuqaddis. Inilah yang dikatakan dakwah. Inilah yang kita belajar tentang dakwah Bil Hikmah Wal Mau’izhah Hasanah, wajadil hum bil-ladhi ahsan. Dakwah bijak. Ini Sheikh Ahmed Hassoun itu ulama besar, dia tahu tak kau ni sesat? Dia tahu! Dia tak kata mu kapir! Tak! Dia tak kata mu sesat, tak! Dia kata mu ni belajar Islam? Ya bagus, baik mari duduk rumah saya. Ini Islam, dia terang perlahan-perlahan. Ini kawan ini kata dia lain, dia kata takpe takpe takpe, lain, lain tapi ni saya nak terangkan yang sebenar. Bagi sejarah, bagi Quran, bagi sirah, kawan ini kata tak, Nabi saya Elijah Muhammad, dia tak kata kapir, tak. Dia kata betul, takpalah kalau cakap macam tu, tapi baik saya berikan pandangan saya, kamu dengar dulu. Lama-lama dia dapat hidayah. Dan Sheikh Ahmed Hassoun Mufti bagi nama kat dia, sudahlah tak payah Malcolm X dah, tukar jadi Abdul Malik El-Shabazz, maknanya yang perbaharui semangat dia.

 

  1. Baik, ini sampai kisahnya, Abdul Malik El-Shabazz dia kata dia nak pergi haji. Sheikh Ahmed Hassoun kata, tak boleh sebab kamu ni black muslim. Saya muslim! Tak, Black Muslim ini nabi dia Elijah Muhammad, muslim ini nabi dia Muhammad SAW. Dia belajar, dapat hidayah, ambil keputusan pergi haji, maka pergi haji. Baik, tengok orang baru masuk Islam tahun 1970-an begitu. Baru masuk Islam ini, tapi ikhlas, tekun belajar, kuat amalannya. Maka, bila sampai pakai ihram, bila pakai ihram, dia kata, dia tulis surat kepada adik perempuan dia. Dia kata, “aku ni berjuang untuk kulit hitam puluh tahun, aku tak pernah dilayan seperti ini”. Apa dia layannya ni? Aku pakai ihram, anak raja, anak petani, anak nelayan, anak Mengkuang Titi, semuanya anggap aku ini sebagai saudara. Sama, pakaian sama, ibadah sama, tidak ada warna kulit, tidak ada pangkat, darjat, sama. Siapa kata? Malcolm X tadi, Abdul Malik El-Shabazz.

 

  1. Tengok, baru masuk Islam, pakai ihram. Kita ni kadang-kadang umrah beberapa kali dah, haji beberapa kali, ada kesedaran itu tak? Pakai ihram ini, seolah di padang mahsyar, semuanya sama, tak ada pangkat, tak ada Datuk Seri ke Tan Seri ke Tun, semua simpan dalam almari, ini dia depan Allah SWT semua sama. Mana ada equality dalam agama lain, belum tentu. Ini real equality persamaan yang diamalkan kata Abdul Malik El-Shabazz kepada adik perempuan dia yang masih di New York, Amerika Syarikat.

 

  1. Kemudian menuju ke Mekah ‘Labbaik Allahumma labbaik, Labbaik la sharika laka labbaik. Innal-hamda wan-ni’mata laka wal-mulk. La sharika lak’ semua macam itu. Dak kata, tinggal semua, kulit hitam, kulit putih, Melayu, Cina, India, Siam semua diketepikan, hanya bertaut untuk berbicara kebesaran Allah SWT dan kami mahu datang Ya Allah untuk menyampaikan hajat memenuhi tanggungjawab dan tunduk kepada Allah SWT. Satu, siapa dia? Abdul Malik El-Shabazz apa nama dia sebelumnya? Malcolm X.

 

  1. Sebab itu saya kata, amalan ini roh dan niatnya kena betul, yang disebut dalam Al-Quran dalam basic kita faham, dalam dakwah  Ya ayuhal-lazina amanu istajibu lillahi walirrasul ila da’atum lima yuhyikum, maknanya menyampai dan menghayati. Jadi, itu cerita siapa? Malcolm X. Ada ‘Autobiography of Malcolm X’ yang ditulis oleh Alex Haley pengarangnya, ‘Autobiography of Malcolm X’ yang ditulis oleh Alex Haley dan jadi movie terkenal pada masa itu tahun 90-an tak salah saya, yang pengarahnya Spike Lee salah seorang penerbit, pengarah filem yang terkenal kulit hitam, Spike Lee.

 

  1. Dia pun lepas musim haji balik singgah ke London dan memberikan penerangan Islam yang betul dan menarik anak-anak muda terutamanya. Anak muda kena semangat, anak muda kena cinta ilmu, anak muda yang benci pada penindasan, anak muda yang mahu kebebasan sebenarnya, anak muda yang ditanam semangat persaudaraan, tidak benci pada kulit hitam atau benci pada kulit putih, atau kata orang kulit putih lebih baik daripada kulit hitam, tapi yang tidak kenal warna, tetapi peribadi yang baik. Siapa dia? Malcolm X. Apa namanya? Abdul Malik El-Shabazz. Dia terus berdakwah. Orang kulit hitam tadi, Nation of Islam marah kat dia. Agen-agen Amerika Syarikat pun dah mula gentar. Ini anak muda ini bahaya kerana dia bawa semangat baru kepada Amerika. Beberapa bulan selepas itu, 1991-1992, tak salah saya. Tatkala berucap di sebuah hotel di New York, dia ditembak mati serta merta. Abdul Malik El-Shabazz mati ditembak tatkala menyampaikan dakwah kebenaran Islam, menolak kezaliman, menolak penghinaan atas dasar warna kulit, menolak kefahaman kulit putih atau suka kulit hitam tanpa prinsip akhlak dan keadilan. Al-Syahid Al-Hajj Abdul Malik El-Shabazz.

 

  1. Haji yang sekali itu memberi dia kekuatan iman, ilmu, amal dan roh perjuangan luar biasa. Saya baca masa saya dalam ABIM ini, sekitar umur 28-29 sebelum itu, tatkala saya pergi mesyuarat di New York sebagai pemimpin belia, saya beli buku itu dan bila saya baca memang saya terpegun, rasa rendah sekali tengok orang baru masuk Islam, orang kulit hitam, anak orang miskin, dipelihara di rumah-rumah amal, tetapi Allah beri hidayah dan bawa semangat baru. Apakah mungkin kita latih anak-anak muda kita bawa semangat itu. Orang boleh guna kebijaksanaan dakwah sepertimana diajar oleh Sheikh Ahmed Hassoun. Kalau Ahmed Hassoun itu macam setengah-setengah orang, kita cakap salah sikit, ‘gam’ terus hukum tak akan jadi Malik El-Shabazz.

 

  1. Jadi hikmah dakwah itu penting. Itu saya nak sampaikan. Tadi cakap pasal korban dah di Permatang Pasir dan Seberang Jaya, jadi di sini saya cerita sebab mengenai Malcolm X, nama dia Abdul Malik El-Shabazz. Al-Hajj Al-Syahid Abdul Malik El-Shabazz. Cerita ini saya baca dah berberapa…empat, lima puluh tahun yang lalu, setiap kali saya bercakap tentu saya rasa terkesan, sayu, menemukan seorang jaguh yang bukan terlalu alim, tetapi Allah berikan hidayah, yang diberikan pengaruh kepada anak muda luar biasa.

 

  1. Semoga Allah SWT memberikan kekuatan kepada kita dan mendoakan hujjaj (jemaah haji) kita, saudara mara kita yang mengerjakan haji bawa balik semangat sepertimana yang dibawa oleh mujahid dan pejuang Islam yang berlaku di zaman Belanda, melawan penjajahan kezaliman Belanda, dan semangat siapa? Abdul Malik Al-Syabas.

 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

 

 

 

 

TEKS UCAPAN VERBATIM

 

YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM

PERDANA MENTERI

 

 

SEMPENA

 

MAJLIS AGIHAN PERDANA LEMBU KORBAN MADANI

DUN PERMATANG PASIR

 

26 MEI 2026 (SELASA) | 3.00 PETANG

MASJID AL-FALAH, PENGKALAN TAMBANG

PULAU PINANG

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

 

Alhamdulillahilladzi anzala ala abdihil kitaba

Walam yaj’al lahu iwaja.

Wa usolli wa nusallimu ala rasulihil karim

Wa ala alihi wasahbihi ajmain.

 

Rakan-rakan yang dimuliakan.

Saudara Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang.

 

  1. Saya berbesar hatilah, saya kata tak ikut pun tak apa, tetapi dia kata sebagai Ketua Menteri dia nak raikan juga walaupun dia tahu ini ibadah khusus bagi orang Islam. Tapi dia nak tunjuk kata, dia ni sebagai Ketua Menteri nak adalah majlis.

 

  1. Tadi di seberang saya kata, Ketua Menteri tak ikut pun tak apa saya faham. Tapi dia kata tak, dia kata, “saya ada tanggungjawab saya, saya nak bagi juga bahawa saya juga memberi sokongan kepada usaha-usaha kebajikan dan kebaikan bagi umat Islam. Jadi saya bagi pihak semua rakan-rakan terima kasih banyak.
  2. Saudara Hussein ini, dia Ahli Parlimen Bukit Gantang, tapi memang sahabat lama, sahabat setia. Dia di antara yang menyelaraskan dapat import lembu yang agak murah sikit dan bantu kita salurkan sepertimana projek yang kita adakan sekarang. Tapi saya tengok dia kerap balik Permatang Pauh, saya kata, “nak bertanding di Permatang Pauh, tak apa saya bagi kat dia”.

 

  1. Saudara Tok Zaidi dan kawan-kawan semua, terima kasih banyak atas kehadiran hari ini. Memang acaranya, memang tak ada lah ucapan, tapi saya sekadar nak ucapkan penghargaan terima kasih atas kerjasama yang telah diberikan.

 

  1. Ini julung-julung kali saya bawa juga anak cucu pun datang. Saya nak tengok dia sesekali, apa dia kegiatan kita yang menyantuni rakyat terutama dalam kebajikan yang ada kaitan dengan pendirian dan galakan Islam itu sendiri.

 

  1. Kita tahu kalau nak rumuskan korban, saya percaya ramai ustaz-ustaz dan tuan-tuan guru kita lebih berupaya memberi keterangan yang jelas. Tapi semua kita tahu, korban itu dikaitkan dengan sejarah Nabi Allah Ibrahim a.s dan Ismail a.s.

 

  1. Dia titik tolaknya aqidah, berpaut kepada keyakinan. Hidup ini kalau tak ada keyakinan, dia tidak ada pendirian. Keyakinan bertaut kepada Allah Ta’ala untuk apa? Untuk menggalakkan, membawa makruf dan nahi mungkar. Jadi, ta’muruuna bil ma’ruf, wa tanhauna ‘anil munkar. Itu paksi keimanan kita supaya berpaut kepada Allah Ta’ala.

 

  1. Tetapi keimanan itu juga menuntut pengorbanan, keyakinan, yang kita selalu dengar, La tahzan innallaha ma’ana (Surah At-taubat:40). Kalau keyakinan itu ada, dia tidak ada gentar, tapi kita lalui dengan sabar dan dengan bijaksana. Mudah-mudahan semangat korban itu harus ada.

 

  1. Tetapi kekuatan dan kelainan korban yang kita lihat dalam masyarakat kita, apa dia? Dia pengajaran, ya berpaut kepada iman. Amir yang duk sana tu, Amir hang datang sini. Saya duk ingat imam mana pula ya. Baik.

 

  1. Jadi kita harus faham bahawa iman menuntut pengorbanan, kerana ketaqwaan Allah Subhanahu wa Ta’ala itu diuji oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Dengan ketaqwaan kita kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala, kemudian menuntut pengorbanan kita. Yang kecil secara kecil, yang besar secara besar.

 

  1. Jadi sebab itu, bila orang tanya saya ada sikit sebanyak dalam hidup, orang Permatang Pauh tahu lah liku-liku dia, susah payah kena terajang dan sebagainya masuk penjara luar. Orang tanya, kerana sebenarnya kita ujian kecil saja. Yang diuji kepada Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Ismail ini ujian besar. Tak sanggup manusia biasa lakukan. Cakap lah macam mana pun nak lakukan itu, ujiannya tak sanggup manusia biasa melainkan tahap keimanan itu paling tinggi dan mulia.

 

  1. Sebab itu bila kita terima ujian, susah sikit, miskin sikit, ada masalah sikit, ada perbezaan-perbezaan sedikit, janganlah kita besarkan seolah-olah ujian yang menimpa seperti malapetaka. Jangan.

 

  1. Sebab itu Nabi Muhammad S.A.W pernah ditanya oleh sahabatnya, “Ayyun-nasi asyaddu bala’an?”. Di kalangan manusia ini ya Rasulullah S.A.W, siapakah yang banyak sekali menerima ujian?. Tentu kalau kita jawab, kita lah, tapi di kita dok anggap sahabat kita, kita lah masa itu. Kena pukul, kena bunuh, daripada Saidina Bilal kepada Uthman, Umar, semua sahabat-sahabat. Ada yang terkorban, Saidina Hamzah terkorban dalam perang. Nabi, kena pukul, kena baling batu, itu semua ujian. Jadi kita anggap jawapannya adalah kepada kita, kepada sahabat. Tidak.

 

  1. Ayyun-nasi asyaddu bala’an?”, ditanya pada Rasulullah S.A.W. Apa dijawab Rasulullah? “asyaddun naasi balaan al anbiyaa’ tsummal amtsal fal amtsal”– yang paling banyak menerima ujian itu para nabi. Oh, kita tak termasuk dalam senarai. ‘al anbiyaa’ tsummal amtsal fal amtsal‘ – dan orang yang ikut, makna para sahabat, tabi’ tabi’in, fal-amtsal. Yang ikut misalan itu. Jadi kita ni mudah-mudahan masuk misal walaupun di belakang sekali terima ujian itu kerana hadis Nabi Muhammad S.A.W, “Ayyun-nasi asyaddu bala’an?” – siapakah di kalangan manusia yang paling banyak menimpa ujian dan halangan?. Jawabnya, “al-anbiya’ para nabi, thummal-amtsal dan orang yang ikut misalan sahabat-sahabat r.a dan tabi’ tabi’in fal-amtsal – yang mengikut.”

 

  1. Sebab itu, kalau sikit kita boleh cuba atasi dengan bijak. Jadi, sementara kita ada rezeki, ada kebaikan, kita gunakan untuk meringankan beban kita.

 

  1. Jadi, budaya dan amalan korban ini juga memberi ruang kepada kita menyempurnakan satu tanggungjawab kepada masyarakat. Maknanya ambil untuk keluarga, jiran, fakir miskin. Jadi, ulama-ulama Islam dalam sejarah itu tidak pernah meninggalkan soal masyarakat terutama orang miskin, fuqara’ dan miskin.

 

  1. Sebab itu bila saya dapat amanah ini, saya kata tak boleh nak tunggu orang miskin, orang OKU dan sebagainya, nak hantar memo nak jumpa kadang-kadang susah. Tapi biarlah daripada awal kita fikir semangat pengorbanan ini bermakna menggunakan ruang sebaik mungkin, membantu seramai mungkin, terutama golongan yang ketinggalan fuqara’ dan masakin. Itu pengorbanan erti kata sebenar.

 

  1. Mudah-mudahan Allah Subhanahu Wa Ta’ala memberi kekuatan kepada kita, selamatkan negara kita dalam keadaan ujian dan sebagainya. Soal orang hentam-hentam itu biasa ya, tapi kita mesti teguh dalam pendirian dan Fatawakkal ‘alallah, innallaha yuhibbul-mutawakkilin. Maknanya, kita kerja, ikhtiar macam-macam mana. Ni ada ujian Selat Hormuz buka sat, tutup sat. Trump umum begini, kemudian runding.

 

  1. Jadi petang ini, jam 6 insya-Allah, Presiden Iran akan hubungi saya. Utama, ucap Selamat Aidiladha, tetapi dia akan juga bagi penjelasan tentang perkembangan terbaru dalam rundingan damai untuk mengurangkan tekanan terhadap Iran oleh rejim Zionis Israel menyerang negara Islam Iran dengan sokongan Amerika Syarikat.

 

  1. Jadi sebab itu, kita Malaysia ini walaupun negara kecil, saya rasa tak boleh biar. Saya bawa usul di Parlimen mesti kutuk keras serangan ini dan saya ingat sebab itu di antaranya dia bagi kemudahan kepada kita.

 

  1. Jadi bila mula-mula banyak negara disekat minyak tak boleh lepas Selat Hormuz tapi kapal Petronas di antara yang paling awal dilepaskan sampai masuk Pengerang. Jadi, kita alhamdulillah, untuk baru-baru ini tak ada susut bekalan minyak cukup, bekalan diesel cukup. Jadi syukur alhamdulillah.

 

  1. Bulan sudah saya di Cebu, mesyuarat ASEAN minyak tak cukup, diesel tak cukup, kena baris. 400 stesen minyak tutup kita belum lagi. Jadi mudah-mudahan Allah Subhanahu Wa Ta’ala kabulkan doa kita selamatkan negara kita. Dan terima kasih kepada Sheikh kita dan juga Amir dan Zaidi, bagus ya kalau duk selalu kerjasama macam tu senang lah. Ni duk bergaduh pening kepala aku. Dan lagi tu.

 

  1. Kita duk pulun, bukan lah nak kata saya ni kerja. Saya mula tapaknya di sini. Saya tak pernah lupa. Kemudian takdirkan ada ujian sikit masuk keluar penjara. Saya tak pernah lupa. Sebab itu orang tanya oh, ni balik Permatang Pauh, dak, takkan lah pula itu jadi isu. Betul, saya di Parlimen Tambun, saya pi. Tambun dua minggu sudah saya pi bantuan lembu pun bagi. Tapi takkan nak sama dengan Permatang Pauh.

 

  1. Jadi, sekali lagi saya ucap terima kasih.

Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.”

 

 

 

 

TEKS UCAPAN VERBATIM

 

YAB DATO’ SERI UTAMA ANWAR BIN IBRAHIM

PERDANA MENTERI

 

SEMPENA

 

MAJLIS AGIHAN PERDANA LEMBU KORBAN MADANI PARLIMEN PERMATANG PAUH

 

26 MEI 2026 (SELASA) | 2.00 PETANG

MASJID DAERAH SEBERANG PERAI TENGAH

PULAU PINANG

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

 

Alhamdulillahilladzi anzala ‘ala ‘abdihil kitab

walam yaj’al lahuu ‘iwajaa,

Wa usolli wa nussalli ala Rasulihil Karim,

Wa ala alihi wa sahbihi ajma’in.

 

Saudara Ketua Menteri;

Wakil-wakil Setiausaha Kerajaan Negeri;

wakil-wakil yang hadir pada hari ini, terima kasih banyak atas kesudian hadir.

 

  1. Acara pada petang ini sebenarnya tak ada ucapan. Tapi dia orang minta hajat sikit, so, jalan lah. Kita adakan majlis ini untuk memudahkan, menyempurnakan sebahagian daripada ibadah kita, sebahagiannya korban, sebahagiannya yang boleh disumbang melalui jentera Kerajaan, dan secara peribadi juga dan sepertimana yang kita lakukan setiap tahun.

 

  1. Dan korban ini saya tak payah ulaskan, Ustaz banyak sudah terangkah, tapi dia mesti bagi satu mesej dalam Islam ini sebenarnya. Terima kasih Datuk Sollehuddin Alyubi Zakaria, ICU. Dia bantu banyak. Dia tiap ibadah itu, maksud penyampaian itu penting. Dia… korban itu, itu sacrifice dalam hidup, dalam perjuangan, tak ada semangat dan daya juang ini, tak ada nilai kemanusiaan itu. Jadi, bila ada ujian daripada Allah SWT kita terima sebagai ujian dan menuntut kesabaran.

 

  1. Jadi, bila korban itu menuntut apa? Pertama, hakikat keimanan yang teguh untuk melakukan ibadah itu sepertimana yang bermula dengan para rasul, Ibrahim dan Ismail a.s. Tetapi, dengan kesabaran. Pertama, iktikad jelas taat pada Allah SWT. Kedua, semangat pengorbanan, tidak ada perjuangan, tidak ada erti kehidupan, kalau tidak tahu erti kesabaran, daya tahan untuk berjuang. Itu saya kira maksud yang disampaikan.

 

 

  1. Tetapi, kekuatan yang tambahan ini ialah bahawa ibadah itu memberi manfaat kepada masyarakat. Kerana korban itu, betul, kita adakan kegiatan ibadah, tetapi manfaatnya itu kepada keluarga dan masyarakat. Jadi, tidak ada umpamanya orang kata daya juang dia saja nak masuk syurga satu orang, selamat dia, tak. Dia mesti hidupkan semangat jamaah ini, kerana ini yang membedakan semangat dan kekuatan kita.

 

  1. Jadi mudah-mudahan, kita yang terlibat sama ada daripada pegawai Kerajaan, tetapi ada satu amalan yang baru yang saya ucap terima kasih kepada rakan-rakan, yang mencadang kepada saya, iaitu kita dapat bekalan lembu yang jauh lebih murah, dan ada sedikit sumbangan daripada kemudahan Kerajaan, tetapi ada sumbangan daripada penyerta, orang yang terlibat secara langsung. Dia bayar sedikit. Itu beza. Saya tengok dalam banyak, saya dah buat korban ini sejak tahun 1982 dulu. Tapi saya tengok bila ada kegiatan baru iaitu bagi tiap yang nak korban, yang nak menjalankan ibadah itu, selain daripada terima daripada kemudahan-kemudahan, dia rasa lebih berharga. Yang mampulah ya, bukan wajibkan kepada semua, yang mampu. Bayar sedikit, tetapi dia rasa aku ada sumbangan dalam penglibatan ibadat ini.

 

  1. Jadi sebab itu saya lihat, dimulakan besar di Pematang Pauh, Bagan, apa ini… Hussin, apa nama tempat? Bukit Gantang. Kemudian, saya cuba perkenalkan dalam masa singkat dalam berpuluh-puluh kawasan Parlimen yang lain. Terus ada korban sampai di mana sumbangan kerajaan tapi ada juga satu komponen di mana masyarakat boleh menyertai dengan beri sumbangan. Jadi dia tahu, ini bagi pihak keluarga dia, dan apa yang dihajatkan bagi ibu bapa dia yang meninggal dan sebagainya. Itu tujuan dia.

 

  1. Jadi, kita kena ingat. Setiap ibadah ini apa dia? Yā ayyuhallażīna āmanustajībụ lillāhi wa lir-rasụli iżā da’ākum limā yuḥyīkum (Surah Al-Anfal: 24). Selalu kita kena faham ini. Maksudnya, orang beriman ini dalam mempertaut dirinya kepada keyakinan Allah SWT, itu bukan sahaja dengan menyampaikan ‘Iza da’akum’. Tapi ‘lima yuhyikum’ menghayatinya, menghayati ini, penghayatan ini bermakna peribadi kita, amal ibadat kita, sedekah jariah kita dan apa yang kita sumbang kepada masyarakat.
  2. Sebab itu, ulama-ulama jumhurnya mengatakan korban ini memanfaat yang lebih kalau kita dapat sampaikan kepada fakir miskin, fuqara’ wal masakin, jiran-jiran tetangga. Jadi, tidak hanya dimiliki oleh keluarga kita saja. Jadi, sentiasa dia ada, Hablum minallah, Hablum minannas. Ini mudah-mudahan dalam menyempurnakan ibadah ini kita. Baik.

 

  1. Saya syukur, tambahan lagi kerana kita buat ibadah korban kali ini dalam keadaan ekonomi yang belum menentu. Selat Hormuz. Petang ini pukul 6, insya-Allah Presiden Iran akan menghubungi saya di telefon. Walaupun banyak orang perli ini Perdana Menteri telefon. Hari itu dia kata Perdana Menteri tandas, kerana saya suruh baiki tandas, tapi tak apalah manusia itu kadang ada akhlak, kadang kurang. Kadang ada adab, kadang dia tak reti. Jadi tak apa, tapi yang saya maksudkan, apa saja faedah kita, kerana hubungan itu membantu kita.

 

  1. Pertama, silaturrahim. Sama-sama Islam, sama-sama manusia untuk bawa keadilan. Dia kena serang oleh rejim Zionis Israel dengan kerjasama Amerika. Habis, ranap beberapa kota dia sepertimana berlaku di Gaza dan sekarang di Lubnan. Jadi, kita lahirkan simpatilah. Itu pun tak boleh? Jadi, kita lahirkan simpati. Kemudian, bila kita agak susah, kapal kita, minyak kita nak lalu Selat Hormuz, kita di antara yang pertama yang dapat lepas. Jadi, kapal awal-awal lepas Selat Hormuz sampai Pengerang dan sekarang ini, minyak di Malaysia ini tak ada negara lain.

 

  1. Saya di Filipina, di Cebu untuk mesyuarat ASEAN, ada yang beratur, stesen minyak ada yang 400 dah tutup, yang lain kena beratur. Kita, Alhamdulillah, belum sampai ke situ. Doa supaya selamat, kerana hubungan baik ini membantu supply minyak cukup setakat ini. Kita kata sampai Julai, sampai Ogos, insya-Allah. Diesel cukup. Masalah itu minyak ada, diesel tak ada. Ada. Naiklah sedikit barang itu kerana kita beli daripada luar yang lalu Selat Hormuz. Insurans naik, tambang kapal pun naik, tapi setakat yang kita mampu, minyak RON95 kekal RM1.99.

 

  1. Bagitahu kat negara mana yang lebih murah daripada Malaysia? Tapi dia tak cerita hal itu. Dia cerita masalah, memang ada masalah. Tapi saya nak bagitahu tak ada, Brunei sahaja negara Brunei dengan setengah juta penduduk dia itu sahaja satu-satu yang lebih rendah apabila kita, itu yang pertama.

 

  1. Diesel, walaupun naik, kita bagi macam-macam projek Budi MADANI untuk petani, untuk nelayan, untuk traktor, untuk bas, untuk bas sekolah untuk pengangkutan, kita bantu. Cukup? Tak cukup kerana kita hadapi masalah, tapi mudah-mudahan semangat pengorbanan dengan ikhlas itu akan membantu kita. Apa erti hidup kalau kita tak sama-sama mendaki, mengharungi dalam keadaan senang dan susah. Dan Alhamdulillah, kerana susah kita itu, banding dengan negara jiran, saudara bayangkanlah.

 

  1. Jadi, kita syukur kepada Allah SWT, La in shakartum la-azeedannakum, wa la-in kafartum inna azaabee lashadeed. (Surah Ibrahim: 7). Allah mengingatkan kita syukur pada keadaannya. Bukan tak boleh syukur, bukan tak boleh tegur, bukan tak boleh kritik, takkan tak boleh tuntut, boleh. Tapi syukurlah kepada yang kebaikan kita dapat kerana, bila syukur itu dapat manfaat kepada Allah SWT. Dan orang yang kufur, menolak nikmat itu akan menempah azab yang pedih. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

 

 

TEKS UCAPAN VERBATIM

 

YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM

PERDANA MENTERI

 

SEMPENA

 

WACANA HARMONI MADANI SEMPENA

SAMBUTAN HARI WESAK

 

 

23 MEI 2026 (SABTU) | 11.00 PAGI
MENARA KENT, PETALIING JAYA, SELANGOR

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

 

Kepada semua penganut agama Buddha yang hadir dan di seluruh negara, saya ucapkan selamat Menyambut Hari Wesak.

 

Saudara Anthony Loke Siew Fok,

Menteri Pengangkutan;

 

Puan Hannah Yeoh,

Menteri Jabatan Perdana Menteri;

 

Lillian Chang,

Presiden Pertubuhan Perunding Buddhist Malaysia (MBCC);

 

Perwakilan Asing; Para pemimpin agama yang saya muliakan.

 

Saya mulakan dengan menyatakan penghargaan dan terima kasih kepada majlis Perundingan Agama Buddha Malaysia, kerana beri kesempatan kepada saya. Walaupun diperingatkan berulang kali oleh Saudara Anthony Loke pentingnya hadir, dan saya terpaksa percepatkan satu acara tadi di Gombak untuk datang ke sini untuk menghormati bukan sahaja persidangan ini, tapi Masyarakat Buddha  seluruh negara menghormati amalan agama mereka dan sambutan hari Wesak hari ini.

 

Saudara-saudara, Lillian tadi, dan kemudian sudah Anthony Loke menerangkan tentang apa dia cabaran dalam negara kita dan tanggungjawab kita bersama.

 

Negara ini dari awal di bawah Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj menetapkan dan jata negara Bersekutu Bertambah Mutu, Unity in Diversity. Jadi kepelbagaian itu, perbedaan itu bukan perkara baru. Kita sebagai negara dilahirkan dengan menerima kenyataan kepelbagaian.

 

Memang ditetapkan masyarakat Melayu, bumiputera itu majoriti dan beberapa peruntukan perlembagaan Islam agama Persekutuan. Tapi dari awal, kita terima kenyataan kepelbagaian, menghormati dan memuliakan.

 

Sebab itu dalam negara MADANI ini, kita bukan melakar sesuatu yang baru. Tapi kita meneruskan agenda di mana pengasas negara kita menetapkan.

 

Kalau adapun perbedaan, adalah perbedaan untuk memaknai, memberi makna kefahaman yang lebih baik. Orang bertanya, mengapa MADANI? Apa kelainannya? Semua negara bicara soal pembangunan, soal digital, soal teknologi, soal inovasi. Tetapi kita menekankan soal nilai, values, ethics yang sebenarnya berakar kepada kepercayaan agama. Dan ditinggalkan banyak dari fahaman barat. Tidak semuanya, tetapi tidak menjadi wacana. Values and ethics and morality, though being discussed, deliberated by many quarters, including in the West, but it has not become the pillar, the thrust of nation building. This is an exception.

 

In Malaysia, whilst talking about development, innovation, digital transformation, energy transition, artificial intelligence, we have to remain steadfast, embedded in our faith, our moral values, our ethics. This makes us unique as a nation. While striving for development and change, we must ensure that we remain very human. The humanitarian values, values of respect, human value which is sometimes being ignored. People get killed, slaughtered. It does not touch the hearts and minds. It is a disease of the heart. But this is not unique to Asia. People say, well, I’m anti-Western. It’s not true because you talk about even in the west you talk about necessarily the views of the Pilgrim Fathers, those who initiated the formation of strengthening of the United States America originally. I’m not discussing American politics now. It’s dangerous. You see, they talk about habits of the heart. Can you imagine America talking about habits of the heart? Is the heart they must dictate very Buddhist, very Islamic or very Confucianist, very Christian, but it is lost. These values are not only not practiced but not even discussed. But these were values which is inherent because the Founding Fathers even in the West United States of America started strengthening the issues of values and ethics which stems from and what Alexis de Tocqueville, the great French scholar author referred to in his democracy in America as habits of the heart.

 

Can you imagine what relevance is there now, not only in the United States or Europe or even Asia or Africa or Latin America because what’s been practiced is practical issues. What is politically expedient, not necessarily values, ethics. And that is why I think I am very encouraged when release leaders like you present today want to participate and continue to engage. You can’t blame Buddhists for sometimes having some negative outlook towards Islam. Or many Muslims who only compare or understand Buddhism from the yellow ropes, nothing else. It is the lack of understanding, you know, in this debate, contentious, rancorous exchanges that’s happening today. People argue, condemn one another here in the social media, in the political arena. Luckily Buddhist monks are not politicians because it’s completely outside this ethical framework. Things being said abused is contrary to all the values that we talk about. And but you ask them, most of them have hardly any understanding. It’s just fanning racial sentiments, religious sentiments. It’s just hatred, no religion. I am a Muslim. I’m trying to be a good practicing Muslim. But I fail to understand where in my religion do you preach hatred and enmity. I thought the whole thing like Assalamualaikum, Peace be upon you. The first verse in the Quran, Alhamdulillah. Praise be to Allah, Rabbin Alamin Ar Rahman. You know, it’s all about compassion, mercy, compassion, mercy, peace. But you see, well that’s what you read, that’s not what you preach. There is this problem therefore between exhortations and practice and this is our challenge. My challenge, your challenge to inculcate this on of an understanding for our own survival in this country and for humankind. Look at this exchange now. We had recently, I think venerable was there last year when we had this inter religious conference, you remember. I then said look, why can’t we political leaders sit down for a while, a few hours, close our eyes and listen to the wisdom of our religious leaders for a change had the humility to acknowledge that there are flaws in our society from endemic corruption, abuse of power, racial discord, religious bigotry, enmity which runs contrary to what our religions preach.

 

Sebab itu saya merasakan perlu, Jadi itulah sebabnya mengapa saya merasakan perlu kita hebahkan dan sungguh-sungguh. Saya tiga tahun setengah dengan bersama Anthony Loke, Hannah Yeoh dan kawan-kawan dalam Jemaah Menteri kita cuba sebaik mungkin.

Tetapi, buatlah apa pun yang balik bincang negara ini akan ditawan oleh kaum ini, dan masalah orang ini makan lain, kita makan lain. Jadi, tiap hari ada sahaja isu yang boleh menimbulkan rasa benci padahal kalau dalam prinsip agama kita apa? Saudara sebut mula dengan Metta. Am I right? It’s kasih sayang and then how is it? Ataupun saya sebut tadi Islam Rahman, Rahim, compassion, mercy you sebut metta.

 

How is it there’s no Metta, there’s no Rahman? There’s only gaduh-gaduh, lawan-lawan. Jadi sebab itu bagi saya, let us start with this understanding let us debate and continue this dialogue to inculcate that understanding of values. It’s important.

 

Jadi, yang hadir kebanyakannya dari pelbagai tradisi dalam agama Buddha pun Rabada, Mahayana, itu sebahagian di dalam Islam pun ada juga pandangan-pandangan yang agak berbeza. Tetapi ia tidak merugikan kalau kita bicara soal Metta, dan macam Metta tu ada sila dia. Sila tu dah jadi bahasa Melayu juga kalau Indonesia sebut pancasila. Sila ini macam aturan, prinsip cara hidup yang patut diamal bukan sahaja oleh rakyat tapi orang-orang yang memimpin. Maknanya dan sepertinya juga Metta dan Sila dan Karuna dan Perajna.

 

Bila saya sebut Perajna, dia terus hilang (nada berseloroh). Perajna itu dia wisdom kebijaksanaan. Maknanya negara itu kalau tidak jaga akan hilang wisdom itu.

 

Jadi, mana dia? Karuna kita mana Sila kita jadi, kalau saya ingat kalau kita hidupkan belas kasihan dan ada dasar tapi apa yang bagi saya yang istimewa dalam apa yang venerable teachers talk about these are not only values and principles ianya tadi sepertimana disebut awal tadi dalam karya Alexis de Tocqueville Habits of the heart. Tidak ada Sila, tidak ada Karuna kalau tidak terpancar dari hati am I right?

 

Jadi, mengapa tidak boleh kita? Majoriti rakyat ini baik etnik Cina, India, Iban, Kadazan dan Melayu Bumiputera tidak bolehkah kita? Kita yang majoriti itu dictate, majoriti mesti ada pegangan sekarang ini, yang minoriti yang bising, yang marah, yang kejam, yang panaskan orang, yang berhimpun, tanam kebencian, buat fitnah, takutkan orang ini, marah orang ini, itu the minority.

 

Ini seolah-olah tyranny of the minority. Kezaliman, kekejaman golongan kecil yang memaksa golongan besar. Saya nak ambil kesempatan ini dan merayu dalam sempena harmoni MADANI ini mengatakan sudah sampai ketikanya yang majoriti bersuara dari hati nurani mereka selamatkan negara kita dan majukan semua.

 

Saya membesar sepertimana juga kawan-kawan saudara membesar, kenal rakan-rakan Muslim saya membesar, kenal beberapa rakyat-rakyat Buddhist dan saya lihat dari segi kemanusiaannya ada yang baik yang baik hati nurani, yang bekerja dengan tekun, yang punya kecintaan kepada negara, yang sanggup berkorban, yang sanggup susah payah, yang menghulurkan bantuan dan derma, yang mahu jadikan Malaysia ini satu yang berjaya, mulanya dari hati nurani kita.

 

Saya lihat ramai begitu biasa sepertimana juga ada Muslim baik, ada juga Muslim yang tidak baik ada Cina atau Buddhist baik, ada juga yang tidak baik ada yang bersih, yang membawa kemajuan ada yang corrupt dan jahat.

 

Tetapi, kita beri ruang. Sepertimana saudara-saudara didik mereka, beri kebijaksanaan kepada mereka, tanam apa yang disebut keperluan untuk membawa semangat perubahan dalam diri mereka dan masyarakat mereka. Kalau tidak saudara-saudara, buatlah apapun. Semalam kebetulan di Securities Commission, Suruhanjaya Sekuriti, kita ada majlis bulanan, saya panggil, saya gelar Forum Ilmuwan MADANI. MADANI intellectual discourse. Professors, top corporate giants, political leaders, masuk, bincang. Tajuk semalam Capital Market, bagaimana nak menjana pertumbuhan ekonomi dan pasaran saham lebih segar, pelaburan meningkat yang juga penting, bila ada kita boleh bantu rakyat.

 

Tetapi dalam simpang siur perbincangan itu bangkit soalan tentang bagaimana bumiputera tidak diberi layanan yang baik, bagaimana bumiputera kekal miskin, tidak dipedulikan. Saya fikir pun aneh juga. Saya juga anak bumiputera, saya pun sokong program-program untuk bantu bumiputera. Tetapi tak bolehkah? Tak bolehkah kita dalam negara ini? Sementara kita nak bantu anak Melayu, anak bumiputera ni, kita juga fikir semua anak kita yang susah, yang miskin, yang memerlukan bantuan itu kita bantu bersama sebagai satu keluarga besar Malaysia.

 

Kita dah hampir 70 tahun Merdeka. Kita dah berikan sebaiknya dan tak boleh kalau orang Melayu atau bumiputera kata kita dah pinggirkan mereka, tak betul. Tetapi kita juga kena terima kelemahan-kelemahan. Berapa puluh bilion ringgit saham yang dilesapkan. Berapa banyak rasuah oleh pemimpin-pemimpin. Bukan sahaja Melayu tentu ada, Cina, India ada. Tetapi tak bolehkah kita betulkan begitu? Tak bolehkah kita guna ada semangat dari mengetuk pintu hati kita, katakan enough. The majority says enough. Let us move dengan bijaksana, berperingkat, baiki, supaya nasib rakyat kita baik Melayu, atau Cina, atau India, atau Sarawak, Sabah, kita bantu bersama. Tak bolehkah wacana kita itu berubah dari pisah-pisah-pisah kepada kasih, kepada  MADANI, Ihsan, kepada Hormat, kepada kemanusiaan. Sebab itu, saya ucap terima kasih. Prof. Osman Bakar pun ada di sini, yang banyak membantu ke arah yang sedemikian. Dan saya terharu sedikit kalau saudara dengar ucapan saya tak selalu begini. Tadi saya tak berani naikkan suara sangat sebab tuan-tuan guru kita banyak di sini, ketua-ketua pateri yang saya hormat, jadi saya minta maaf tapi saya bicara dari hati.

 

It’s time, it’s time that we Malaysians, we decide, enough of this politics of hate and discord. You see. I mean I’m there. I don’t think I’m in a position like Loke, we can’t avoid that. We are in the midst of all this, you see. We try and work hard, we’re working hard. We try to improve the welfare of our people.

 

As I said last night, every Monday we have the pre-Council to understand economic challenges particularly now after the Gulf War. On Tuesday, we have the National Economic Action Council meeting. On Wednesday we have the Cabinet. The Cabinet does not mean it’s one or two hours, minimum three hours to discuss and deliberate issues so we’re not sitting down idly. All these ministers are busy during weekends, Monday, Tuesday, Wednesday they’re stuck to work just to think and act to try and help build this country.

 

And I am proud to say Shukur Alhamdulillah, that we still work as a team but we need this understanding, whilst we work and focus on the economy, employment, new investments, new technology, improve the quality of education, providing services to everybody. What we hear is just hate, division, against this race, against that race and picking up issues that will weaken our resolve.

 

Brothers and sisters, Malaysia is a great country. Malaysia has proven despite the fact that it is multi racial, multi religious from 1957 then 1963 together in Malaysia, 1969 there is riot. Many countries, many political observers have given up hope on Malaysia. Impossible for a multi racial, multi religious country can survive manage. But I say thank to Malaysians, thank to our earlier leaders because of their resolve, their commitment and the prayers of many and many of you who continue to pray to show devotion, thank you very much.

 

So let the majority, let most of you, take the mental and lead from the dictate of your heart. Bagi pihak kerajaan tentunya, cadangan Saudara Loke sebentar tadi, acara seperti ini saya tidak ada masalah. Kalau dah berjaya, kita akan tentukan bahawa Malaysia akan berikan terus penghormatan dan sokongan bagi menjayakan Hari Wesak untuk tahun-tahun berikutnya. Jadi sekali lagi saya ucap terima kasih. Selamat Hari Wesak.

 

TEKS UCAPAN VERBATIM

YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM

PERDANA MENTERI

SEMPENA

MAJLIS ANUGERAH SUKAN NEGARA 2025

19 MEI 2026 (SELASA) | 9.30 PAGI

CASA 4, MAJLIS SUKAN NEGARA

KUALA LUMPUR

 

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

 

Alhamdulillahi rabbil ‘alamin,

Nahmadulu wa nussalli ala Rasulihil Karim,

Wa ala alihi wa sahbihi ajma’in.

 

Yang Berhormat Dr. Mohammed Taufiq bin Johari,

Menteri Belia dan Sukan;

 

Yang Berhormat Tuan Mordi Anak Bimol,

Timbalan Menteri Belia dan Sukan;

 

Yang Berbahagia Dato’ Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan;

 

Rakan-rakan pimpinan;

 

Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Norza bin Zakaria, Presiden Majlis Olimpik Malaysia;

 

Rakan-rakan yang saya muliakan.

 

 

 

  1. Tentunya hari ini kita teruskan acara yang lebih sederhana sebagai pengiktirafan dan penghormatan kepada para atlet yang telah menyumbangkan tenaga dengan kegigihan, dengan disiplin, dengan tekad, dan mengharumkan nama, tapi yang lebih penting bagi saya ialah melibatkan diri, keluarga dan masyarakat salam kegiatan sukan, olahraga, yang tentunya merupakan antara agenda penting dalam Negara MADANI ini.

 

  1. Oleh kerana ini, penghormatan kepada mereka, saya minta para atlet bangun sebagai kesempatan kita beri penghormatan kepada mereka. Sila, atlet. Okey, okey. Baik. Terima kasih. Yes, terima kasih.

 

  1. Saudara-saudari, saya ucap terima kasih kepada kementerian, MSN dan semua persatuan yang terlibat. Walaupun dalam penumpuan kita dalam Negara MADANI, kita bicara soal transformasi tenaga, atau peralihan tenaga, transformasi digital, artificial intelligence, itu semua diperlukan untuk memacu pertumbuhan yang lebih segar. Tetapi kekuatan kita dalam negara adalah mengangkat martabat rakyat dan negara dari sudut yang lebih inklusif, terangkul.

 

 

  1. Keterangkulan itu bermakna, kegigihan kita dalam semua bidang. Dan sebab itu, sukan, olahraga, itu kita anggap di antara strategi penting. Ada dua aspek yang selalu saya tekankan termasuk kalau bicara di depan rakan-rakan sempat takraw tempoh hari, iaitu yang pertama tentunya ‘excellence’ kecemerlangan, tapi bagi saya yang pertama masih lagi penglibatan rakyat keseluruhannya. Ia dapat menimbulkan, menaikkan semangat kegiatan penyertaan yang ramai. Lihat saja penyertaannya, tiap desa dengan silat, tiap kota dengan musuhnya, tiap daerah dengan semua kemudahan yang ada, paling tidak bola sepak yang melibatkan penyertaan yang begitu ramai.

 

  1. Sebab itu sukan ini tidak boleh dipisahkan daripada masyarakat. Dan dalam negara kita, kekuatannya bagi saya ialah menyemarakkan semangat penyertaan. The real meaning of participatory democracy does not lie only in terms of elections and processes. It lies in the participation of the common man and woman in all activities.

 

  1. Sukan atau olahraga merupakan satu kesempatan penyertaan itu lebih menyeluruh. Dan penyertaan ini pula, yang unik ialah kerana seperti mana yang kita lihat anak-anak kita tadi dari semua kaum, dari semua agama, dari semua daerah, tidak ada kegiatan biasa yang menampilkan penyertaan yang begitu menyeluruh. Dan yang kita banggakan itu penyertaan yang pertama, yang kedua kecemerlangan. Kita tak tanya siapa, tentunya kita kenal pemainnya, tapi kalau kita lihat umpamanya, dia tidak diukur dari kesempatan.

 

  1. Tadi saya bicara dengan Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Norza bin Zakaria tentang masa Gunalan, Gumbi kalau dalam badminton dulu, atau juga Kamarudin Ahmad dari bola sepak umpamanya, penyertaan dan dukungan itu spontan, orang tidak kira sama ada yang score gol itu Melayu, Cina atau Kadazan. Dia tidak Melayu sama mana yang smash badminton itu begitu juga, India atau Cina.

 

  1. Ini keistimewaannya. Saudara lihat kalau yang lain, itu sukar. Saya tahu dalam politik lebih-lebih lagi, kerana dia terlibat daripada satu perasaan yang menunjukkan, menampilkan perbezaan. Sukan dan olahraga adalah sesuatu yang saya pun anggap kelainan. Malah ada kajian akademik, sosiologi yang menunjukkan kelainan dan hampir semua berpendapat bahawa satu-satunya kerangka untuk mempersatukan rakyat adalah dengan kegiatan sukan olahraga.

 

 

  1. Jadi para atlet punyai peranan, latihan bersama, makan bersama, kegigihan dan semangat yang sama. Tentunya kita ada amalan-amalan kita, waktu Maghrib rakan-rakan yang Islam akan solat Maghrib, tapi itu tidak langsung menyebabkan mereka terpisah daripada semangat kesatuan.

 

  1. Yang kedua, aspek yang kedua ialah kecemerlangan. Bila kita bicarakan soal ‘Strive for Excellence’ atau dalam rumusan hadis Nabi Muhammad SAW, ‘Itqan fil amal’, maknanya dalam yang mendorong anak-anak dalam bidang sukan, desa, bandar itu hampir keseluruhannya itu, mahu mencapai kejayaan, perlumbaan, bukan saja di peringkat kebangsaan begini atau International, tapi dekat peringkat sekolah, anak-anak dan cucu-cucu kita dalam perlumbaan dan apa semua. iIu adalah dorongan untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan dan ini satu sikap dan peribadi yang harus di didik dan dipupuk dan digunakan.

 

  1. Dan ini kadang-kadang anak-anak yang terlibat dalam sukan pun lupa. Sports ini ada sporting spirit. You rejoice when you win. You don’t insult others when you win. You don’t degrade the losers. Begitu juga yang kalah itu punyai semangat untuk mendorong mereka bekerja terus. Jadi, sporting spirit itu ditanam dan dipupuk, dan sebab itu jurulatih, guru-guru harus ingat, dalam mendidik, mendorong mereka ke arah kecemerlangan itu, dia juga pertahankan sikap manusiawi itu: hormat, ihsan, lebih prihatin kepada yang menang dan yang kalah.

 

  1. Tetapi, dorongan untuk mencapai kecemerlangan itu harus ada, dan ini yang bagi saya amat membanggakan. Amat membanggakan. Dari masa sekolah, bila kita ada permainan, perlawanan itu, dorongan semangat itu luar biasa. Ada di kalangan sahabat-sahabat, rakan-rakan atau anak-anak kita yang tak pernah kita bayangkan mampu lakukan sedemikian, tapi kerana dorongan semangat rakan-rakannya, itu boleh mendorong mereka. Kadang-kadang memaksa mereka mencatat kejayaan yang luar jangkaan.

 

  1. Jadi sebab itu, saya ambil kesempatan ini untuk menyatakan penghargaan yang tinggi, KBS, MSN dan persatuan-persatuan. Saya faham dalam menghadapi kegawatan ekonomi yang sekarang ini, walaupun belum parah melanda negara kita, tapi kita tidak terkecuali. Jadi harus ingat ya, tidak terkecuali. Dan oleh itu, beberapa langkah diambil untuk mengadakan program-program yang boleh menjimatkan sikit belanja.

 

  1. Saya ucap tahniah kepada KBS, MSN umpamanya adakan majlis, sangat permai. Yang penting semangat. Bukan di sinar gemerlapan itu ya. Kita dorong kekuatan ini, kekuatan dalaman. Dan kalau ada lebihan, lebihan itu kepada para atlet. Bukan lebihan itu untuk mempamerkan. Sebab itu, saya junjung kasih titah Tuanku Sultan Selangor dan Menteri Besar Selangor, tatkala saya berbincang dengan Tuanku Sultan, tidak menghalang kegiatan, tidak menghalang kerja-kerja, tapi mengurangkan acara-acara, pesta-pestaan ini, kerana yang lebih penting kalau ada lebihan, pastikan sukan itu bergerak, dan keduanya kebajikan atlet dan sukan. Atlet, ya.

 

  1. Dan ini pengalaman lama, Shahriman, saya lama dulu masa menteri, masa itu Kebudayaan Belia dan Sukan. Itu kadang-kadang, kita masa itu, sekarang ini persatuan sukan dah banyak baik, Tan Sri Norza pun ada, tapi kalau dulu itu kita terpaksa bergaduh kadang-kadang dengan persatuan-persatuan sukan ini, kerana tumpuan mereka itu lain. Mereka harus pakaiannya agak luar biasa, penerbangannya itu, dan sebagainya. Jadi kebajikan atlet itu menjadi nombor dua. Jadi, sekarang kita tekankan bahawa kalau mahu jayakan sukan, olahraga, negara ini tumpuannya mestilah kebajikan para atlet. Itu menjadi faktor nombor satu.
  2. Lebih selesa, lebih mudah, tempat latihan lebih baik. Sebab itu Persatuan Sepak Takraw paksa saya beri bantuan tambahan, saya terpaksa setuju kalau dia tak bagi baik (nada seloroh). Kemudian, malam ini kita doakan semua, hari ini dan malam ini keadaan baik. Saya mulanya berhajat untuk sampai ke sana, tapi ada acara-acara lain yang terpaksa saya penuhi. Jadi itulah yang nak saya sampaikan.

 

  1. Peruntukan dah diumumkan. SUKMA Selangor berjalan. Walaupun kita kata ada kekangan kewangan, saya bagi jaminan. (Saya) Beritahu dah YB Taufik dalam Mesyuarat Jemaah Menteri, acara kegiatan dan kebajikan sukan tetap kita pelihara sepenuhnya, tidak ada potongan, jangan bimbang. Tadi saya tengok atlet dia macam bimbang sikit, dia susah hati. No, no, no, no. Don’t worry. It’s not my problem, it’s not your problem, it’s the minister’s problem (nada seloroh).

 

  1. Jadi mudah-mudahan kita lihat kejayaan yang terus di negara kita. Kita sudah capai tahap yang membanggakan. Saya bila terdengar tadi unjuran, kemudian prestasi lebih baik. Ini selalu jarang. Selalu unjuran ini dia memang sedikit ditambah, slight exaggeration. I mean the projections always beyond what is achievable.
  2. Jadi saya ingat dalam dua hal yang saya ingat di negara kita, yang bangga dengan unjuran, tapi pencapaian lebih baik daripada apa yang diunjurkan. Pertama, sukan negara dan kedua, pertumbuhan ekonomi negara. Kerana tahun lalu, suku tahun akhir dan suku tahun ini dalam keadaan sibuk Perang Teluk, kemudian harga minyak. Sekarang dah $100 lebih Dolar satu tong. Masa kita buat unjuran ekonomi $70 Dolar satu tong, sekarang $100 dolar satu tong. Itu yang sebab saya terpaksa bergegas balik mesyuarat, Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara. Tapi alhamdulillah, dalam keadaan begitu pun prestasi pertumbuhan ekonomi kita tahun lalu dan suku pertama tahun ini lebih tinggi daripada unjuran.

 

  1. Jadi ini, syukur alhamdulillah, ini sama dengan semangat sukan. Jadi, mesyuarat sekejap lagi, saya akan beritahu sama-sama, kita pun kena belajar daripada atlet kita bagaimana mereka boleh capai yang lebih baik. Mudah-mudahan kita pun dapat capai yang lebih baik. Sekali lagi, terima kasih.

 

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

 

TEKS UCAPAN VERBATIM

YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM

PERDANA MENTERI

SEMPENA

MAJLIS RAMAH MERSRA

YAB PERDANA MENTERI BERSAMA RAKYAT

17 MEI 2026 (AHAD) | 5.30 PETANG

DEWAN TERBUKA

DESA MUTIARA TEBRAU

JOHOR BAHRU

 

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

 

Alhamdulillahi rabbil ‘alamin

Nahmadulu wa nussalli ala Rasulihil Karim,

Wa ala alihi wa sahbihi ajma’in.

 

Yang Berhormat Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan,

Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Johor merangkap Ahli Parlimen Sri Gading;

 

Yang Berhormat Tuan Jimmy Puah Wee Tse,

Ahli Parlimen Tebrau;

 

Pemimpin masyarakat; dan

 

Tuan-tuan dan puan-puan warga PPR Taman Desa Mutiara yang dihormati sekalian.

 

  1. Saya kata, saya nak turun, saya tak mahu dia datang sana, saya nak turun tengok PPR ini, sebab kita rancangan kita buat banyak, dan kadang-kadang dalam kesibukan kita ini, kita tengok projek besar-besar sahaja, yang di bawah ini kita tinggal.

 

  1. Hari itu bila saya dengan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang DiPertuan Agung, pergi rasmikan projek keretapi berkembar yang baru, yang tambah, saya sebut bahawa dalam projek besar seperti itu mesti ada kemudahan untuk peniaga-peniaga kecil untuk rakyat.

 

  1. Sebab itu baru-baru ini, kita umum di bawah Kerajaan Persekutuan, kita turunkan kadar sewa bagi gerai-gerai. Kalau di Kuala Lumpur, kerana Pakatan Harapan jaga, kita turunkan 50% sewa gerai ini. Ini orang kecil-kecil meniaga, untung kecil, jadi sewa kalau kita turun dan keadaan ekonomi sekarang boleh dia hidup dengan agak lebih baik.

 

  1. Jadi kita kata kita dalam politik ini, jangan tunggu dekat pilihan raya baru berebut nak tolong orang. Jangan. Sebab itu kita, macam Tunai Rahmah dengan SARA, dapat ke tidak? Kakak kenapa tak dapat? Achi, SARA illek? Ada? Ada? Ok, thank you, ok. Dan kita buat bila? Pilihan raya tahun 2022, 2023 kita laksanakan. Itu beza dia. Ini jangan dekat pilihan raya baru semua berebut nak tolong rakyat. Boleh lah tolong, takpalah, tapi ikhlaslah sikit, masa lain kita tolong hak besar-besar sahaja. Projek yang besar untuk Johor ini Kerajaan Persekutuan buat banyak. RTS Singapura Johor Bahru itu Kerajaan Persekutuan, ERT yang baru – Kerajaan Persekutuan, keretapi – Kerajaan Persekutuan, Lebuh Raya – Kerajaan Persekutuan. Yang baru ini, Johor-Singapura Economic Zone, itu bawa pelaburan puluh bilion, saya yang runding, saya… saya…saya… nama saya Anwar Ibrahim. Runding berkali-kali, dulu dengan Perdana Menteri Lee Hsien Loong, kemudian dengan Perdana Menteri Lawrence Wong, sekarang.

 

  1. Untuk apa? Supaya orang Johor dapat pekerjaan. Dapat peluang perniagaan. Tapi janganlah jaga perniagaan orang besar-besar sahaja. Tengoklah juga gerai-gerai, tempat-tempat perniagaan yang kecil-kecil ini. Tengok sahaja kedudukan rumah, saya sampai, saya tanya Jimmy, “ini rumah ni nampak ada satu dua tingkap terpecah, apasal ni?” Itu beza. Nak jadi pemimpin ni, jangan duk tekan orang permaidani merah, sambutan baik-baik, makan sedap-sedap, turun ke bawah dan tengok sendiri, baru boleh jadi pemimpin! Ya! Dak betul?

 

  1. Saudara-saudara ada yang kenal saya. Saya bukan senang, nak jadi Perdana Menteri, setengah orang anak orang besar, anak Tan Seri, Datuk-Datuk, naik senang. Saya Dak! Saya naik susah. Kena pukul, kena terajang, tanya Azizah ni. Masuk penjara, keluar penjara. Ini bukan salah polis, ini soal politik. Jadi, dah Tuhan uji begitu, ingatlah.

 

  1. Sebab itu, program saya yang paling besar apa dia? Itu untuk basmi kemiskinan tegar. Berapa jumlah kita belanja untuk tolong orang miskin? 15.5 Bilion! Saya tak mahu orang kata, oh, Kerajaan bagus, tengok pembangunan, lebuh raya baru, kereta api laju, kereta terbang, lapangan terbang. Itu kita kena buat. Tapi untuk rakyat ini, sekolah di sini, saya, anak-anak kecil tadi, darjah 6, darjah 4, Mazri bawa saya tadi. Saya tanya dia, “sekolah bagaimana? Tandas rosak ke tidak? Cikgu datang ke tidak?” Kalau saya tanya pembesar-besar mesyuarat di negeri ni, “Yang Amat Mohamad, keadaan semua bagus dan terkawal” Iya ke? Jadi bila saya tanya anak-anak ini, dia kata tandas dia rosak. Beda lah.

 

  1. Saya jumpa ini adik-adik yang kerja Food Panda tadi. Adik-adik kerja Food Panda ini. Saya bukan nak suruh dia… dia tak minta apa-apa. Bila saya jumpa, saya tanya minyak yang kita bagi murah ini RON95 cukup ke tidak? Tahu pasal apa saya begitu? Kerana saya bukan anak-anak orang besar, saya bukan senang, saya pernah susah, kena fikir masalah orang susah. Itu yang saya pesan. Datuk Zaliha ada, Aminolhuda ada, Jimmy Puah. Saya mesti ingat, ah menteri pun ada ini, Fahmi. Saya kata, itu beza kita.

 

  1. Slogan ini macam-macam lah, “kita akan tolong Melayu, kita akan tolong orang miskin” Iya ke? Sebab itu saya kata, saya dah muak dah, saya bukan muda lagi dah kak. Nampak mudalah. Dato’ Seri Azizah jaga. Tadi nak turun tadi, eh.. Abang, sikat rambut sikit. Amboi. Hahaha. Saya pun sikat sikit. Sini, sini….cover Bini punya sayang. Nak turun ini, nak tengok… Jangan orang PPR kata hodoh.

 

  1. Yang saya nak tekankan di sini, mesti prihatin. Daripada kita janji, kita tunaikan saudara-saudara. Tak mudah. Kita ini, negara kita, siapa kata negara ini miskin? Siapa kata Johor miskin? Siapa kata Malaysia ini miskin? Tak. Tapi kadang-kadang kita ada pemimpin dua, tiga sakau. Yang kaya, pemimpin-pemimpin kaya-kaya berlebih-lebih sangat ini. Cukuplah! Dah ada gaji, dah ada elaun, dah ada harta… cukup!

 

  1. Jadi kita kena cari jalan, kena pegang amanah. Memang orang bagi. Saya Perdana Menteri, ramai orang, taukey- toukey nak bagi. Nak apa? Nak rumah? Nak kereta? Nak bini? (nada seloroh). Saya terlupa Azizah ada. Cari penyakit kan itu. Kan naik kereta, “abang… saya kata bergurau, eh gurau-gurau pun ada tak sentuh?” Tak, tak. Jadi ini bukan perkara kecil. Saya nak bagi tahu, bukan perkara kecil. Negara kita ini kaya. Tetapi tengok mantan pemimpin-pemimpin dulu yang gagah cakap Melayu, “hidup Melayu, tegak Melayu”, hah? Bila tengok, bila berhenti ke belum berhenti, kaya berbilion. Ada menteri yang bila dia berhenti, 2 bilion ringgit. Ada yang ditangkap simpan 10 bilion ringgit. Mana lagi nak selamat? Kalau kita serah pada pemimpin kita percaya, mana orang PPR nak tahu? Dia tahu orang itu datang, tolong kita sikit-sikit. Bagi beras, bagi gula, kita pun muahhh cium tangan.

 

  1. Ini sebab mengapa saya dalam KEADILAN, dalam Pakatan Harapan kata kita kena tukar sikit. Saya bukan musuh. Malah kita tahu kalau di Selangor memang KEADILAN Menteri Besar. Di Perak, UMNO. Saya tak ada masalah, saya kata bagi kerjasama. Di Johor pun UMNO, saya tak jadi masalah. Nak minta projek, nak bagi kerjasama, itu okey, saya tak ada masalah. Nak berbuat apa? Yang penting jaga rakyat. Tapi tak semana-mana, kita nak lawan semua. Lawan, saya tak ada pilihan. Kalau nak lawan? Macam mana nak lawan? Lawan lah. Jadi, kita terpaksa. Jadi, Jimmy Puah jaga baik-baik kawasan kerana kita tak diberi pilihan.

 

  1. Tanya saya, saya baik dengan semua. Kita nak jaga negeri lebih aman. Apa yang hebat sekali Malaysia ini? Dia aman. Tengok yang hadir, Melayu ramai, Cina ada, India ada, takde gaduh pun, duduk sebelah-sebelah takde gaduh. Saudara ingat di negeri lain macam ini ke? Tak semua macam tu. Kadang-kadang kata ada majlis tari menari Perdana Menteri, Presiden dari luar negara datang. Saya tunjuk kadang-kadang tarian Melayu banyak, tapi ada campur Cina, campur India, campur Dayak, campur Kadazan. Jadi dia kata, boleh pula. Selalunya kalau di negeri dia, dia tak boleh campur. Ini hebatnya Malaysia ini. ‘

 

  1. Di PPR ini semua kaum ada. Jadi keamanan negara kita utama. Tetapi bagi rakyat mesti usaha bantu mereka. Kalau tanya saya Anwar baik, dah jadi Perdana Menteri apa yang buat? Saya tiu saya cuba. Bila tengok keadaan macam ni “turun” saya minta MARA, UDA di bawah Kerajaan Persekutuan, turun sewa orang berniaga kecil-kecil ni. Kerajaan Persekutuan, alhamdulillah 50% turun sewa. Itu yang pertama.

 

  1. Saya selalu sebut abang, kita tahu sejarah maharaja-maharaja dulu, sejarah Emperor China, India dari Arab, Afrika. Ada tak kena dengar Maharaja tu jadi miskin sebab dia tolong orang miskin. Tak pernah saya dengar. Yang berlaku, miskin sebab dia rompak kekayaan negeri. Dia tamak haloba. Tak jaga rakyat di bawah. Sebab itu bagi saya, ini satu amanah yang kita kena ingat betul-betul. Orang kerjasama dengan kita, kita kerjasama.

 

  1. Saya masih harap walaupun pengumuman telah dibuat, saya masih harap saya akan jumpa Presiden UMNO, saya kata gini lah, runding lah baik-baik, nak rebut apa? Di mana yang silap kita tak tolongnya? Saya tak kira. Tolonglah semua. Jadi kalau berebut ini kadang-kadang di bawah bergaduh, jadi carilah yang baik. Yang penting, ambil ikhtiar, tolong rakyat. Jangan hanya bangga soal projek besar-besar.

 

  1. Kadang-kadang kita penyakit juga. Semua nak berebut projek besar-besar ini. Untung dia banyak. Kadang-kadang komisen dia pun banyak. Tapi, negeri kaya. Rumah-rumah macam ini, bagaimana? Takkan 10 tahun, 20 tahun tak ada yang ambil perhatian? Jimmy Puah kata, dia bagi bantuan untuk surau. Berapa Jimmy? RM40,000. Alhamdulillah, terima kasih. Okey, Jimmy ya. Tapi di sini saya datang yang Foodpanda memang dia tanya. Jadi saya kata, mesyuarat hari selasa ini saya akan bawa dalam mesyuarat bincang, sebab dia dapat 200 liter sama macam kita RON95, 200 liter sahaja. Jadi saya kata, nanti saya peringatkan saudara Fahmi, kita cari jalan kerana sekurang-kurangnya naik dah 50 liter. 250 liter.

 

  1. Jadi, orang-orang Foodpanda ni terima kasih. Tapi kalau 300 liter boleh tak? Amboi! Pelan-pelan lah. Dia tak minta, tapi saya tanya. Beza, beza, beza. Itu bagusnya Allah uji kita, sebab kita susah dulu. Kita tak datang main kereta besar dulu gitu. Saya datang turun ni, tanya Foodpanda dia kata 200 liter alhamdulillah, tengok orang sopan. Tapi cukup tak? Susahlah sikit Dato’. Baik. Okey lah saya tambah 50 liter.

 

  1. Kemudian tanya anak-anak sekolah, sekolah bagaimana? Tandas? Ini Jimmy you bagi nama sekolah tu yang tandas tu kita repair. Masa saya jadi Perdana Menteri tahun 2022, 2023 tu saya minta Fadhlina senaraikan semua sekolah yang tandasnya kotor ke, pecah ke, rosak. Dia bagi senarai belanja dekat RM1 bilion ringgit. Ya Allah, dia kata sebab apa? Dia kata hampir tiap daerah, tiap sekolah ada je tandas ada 8, boleh pakai 4. Ada yang sekolah tu, ada tandas 4, boleh pakai 1. Dia situ nak beratur dengan Cikgu. Ni macam filem… Pendekar Bujang Lapok ke? Ha.. ha.. kan? Dia kena beratur nak masuk tandas. Pendekar Bujang Lapok ke? Haa? Betul ke? Seniman Bujang Lapok? Amboi! Kalau tang filem cepat ya? Baik, Seniman Bujang Lapok, ke? Okey, jadi insya-Allah, Jimmy you bagi surat, saya akan cuba cepatkan bantuan untuk tandas. Sekolah mana tu? Bukit Mutiara. Okey.

 

  1. Kemudian yang sini ni macam mana nak buat? Hah? Teruk? Ada masalah ke di perumahan ini? Betul ke? Nanti. Banyak masalah? Kakak duduk mana? Kakak duduk mana? Blok 19? Karang kita pergi minum kopi. Betul ni? Eh, kena tanya Azizah dulu. Baik. Okey, okey, insya-allah, nanti minta Jimmy Puah dengan kawan-kawan tengok dulu apa senarai yang diperlukan, tapi untuk hari ini kerana saya dah datang, saya tengok orang berbaik dengan saya, saya pun tersentuh juga, entah apa agak dia orang baca, lain macam nak fikir ini. Jadi saya luluskan RM1 juta dulu.

 

  1. Saya pun bukan selalu datang sini. Dan minggu lalu saya pergi ke Pulau Banggi. Pulau yang jauh di perairan Sabah dekat dengan Filipina, dekat dengan Balabak, dengan Pahlawan. Saya pergi tengok polis dan tentera yang kerja teruk, tengah panas, nak jaga keselamatan kawasan itu. Jadi saya fikir elok lah saya pergi sendiri, turun helikopter, jumpa askar-askar kita dan ucap terima kasih. Jangan ingat kita lupa, kita tak lupa, kerana polis dan tentera ini, tanggungjawab dia besar. Ini di sempadan pula, tinggal keluarga berbulan-bulan. Jadi saya beri ucap. Tapi Pulau Banggi itu kawasannya miskin. Sangat miskin. Jadi, sebab itu saya kata pemimpin-pemimpin ini, dia jangan duduk sibuk tanya projek besar, tengok orang besar ada, dia kena turun.

 

  1. Jadi di sini, nanti jawatankuasa, mana-mana jawatankuasa yang ada, jawatankuasa apa dia panggil? Jawatankuasa penduduk lah kan? Wakil penduduk, runding elok-elok, apa yang perlu. Komuniti. Amboi! Tak ada bahasa Melayu, komuniti ini? Jadi takpalah.. Jadi kita duduk bincang. RM1 juta cukup? Tak Cukup! Tapi sekurang-kurangnya apa yang mendesak dulu. Kalau yang pecah ke, pintu ke dan sebagainya, kita baiki. Boleh ke tu, ya? Boleh?

 

  1. Tapi yang saya nak sampaikan juga ialah keadaan kita, Dunia sekarang ini masalah. Sebab bila perang Iran dengan…., bukan perang, Israel dengan Amerika Syarikat serang Iran. Jadi Iran balas. Tutup Selat Hormuz. Minyak kita sebagainya lalu ikut situ. Sangkut! Tapi nasib baik, itu saya kata, kita syukur. Sebab kita berkawan semua. Negara China kita kawan, dengan Amerika kita kawan, dengan Arab kita kawan, dengan Iran kita kawan. Jadi walaupun ada sesetengah orang pembangkang, dia permainkan saya. Sebab saya kata saya telefon Presiden. Betul! Ada rekod. Saya memang telefon Presiden Iran. Saya kata, Presiden, kami ini sokong saudara-saudara. Tapi rakyat kami ini, saya takut tak cukup minyak. Dia kata, sebab? Sebab tersekat. Boleh tak bagi laluan minyak daripada Malaysia? Tahu dia jawab apa? Dia jawab, “lepas telefon ini saya akan bagi arahan supaya kapal-kapal minyak Malaysia lepas.” Bulan lalu dah sampai satu kapal di Pengerang, sekarang tiga dalam perjalanan.

 

  1. Kerana apa? Kerana tak cukup, minyak akan melambung naik dan kita pula banyak bergantung minyak RON95, minyak diesel kita guna. Jadi minyak diesel naik. Tapi kita bagi untuk peniaga kecil, untuk petani, untuk nelayan, untuk bas sekolah, kita turunkan harga minyak diesel. Itu sebab kalau dengar, ini semua Kerajaan Persekutuan. Sebab itu Kerajaan Persekutuan dengan negeri itu kena baik, kita kerjasama. Kalau dia tidak mahu, kita tidak ada pilihan, kita kena tukarlah, sebab kalau tidak baik, susah.

 

  1. Jadi sebab itu, saya menyatakan bila kita turun, harga minyak kita RM1.99 sen. Janganlah lupa, setengah orang kita, oh, marah betul dalam ceramah. RM1.99 sen itu saudara, itu paling rendah di dunia! Bila dulu saya sebut, “Kalau menang hari ini, turun harga minyak.” Baik, sekarang ini harga minyak kita paling rendah di dunia, yang rendah sikit pada kita itu hanya Brunei Darussalam. Arab Saudi, pengeluar minyak terbesar dunia, tinggi daripada kita. Dua minggu yang lalu, UAE (Emiriah Arab Bersatu) Arab, naik harga minyak. Jadi kita paling rendah. Ini jiran kita Singapura, lebih daripada RM10. Kita RM1.99 sen.

 

  1. Kalau saya bolehlah agaknya, saya bagi tahu betul-betul, kalau saya ada upayalah, saya nak turun lagi, tapi kalau turun lagi siapa bayar? Kita kena tampung duit kerajaan. Sekolah baru nak kena buat, sekolah pecah nak kena repair, PPR pun kena baiki, jadi kita kena cuba. Jadi yang setakat syukur, ‘La-in syakartum la-aziidannakum walain kafartum inna ‘adzaabii lasyadiid’ – maknanya syukurlah setakat yang ada, dan ikhtiar untuk baiki.

 

 

  1. Sebab itu bagi saya, pemimpin politik ini mesti bertanggungjawab. Tidak boleh bagi orang dia nak kaya. Jadi wakil rakyat, satu penggal, wah bina mahligai, syarikat sana, syarikat sini, sudahlah. Kalau nak berniaga buat berniaga, kita tak marah, tidak gaduh. Saya pilih… saya dah pilih, hidup perjuangan dan politik. Boleh tanya Azizah. Jadi oleh itu, saya tak apa lah, nak bagi contoh. Tidak salah kalau saya ambil gaji, saya tak ambil gaji, saya tak ambil gaji? Saya nak bagi contoh, bukan semua orang jadi Perdana Menteri, Menteri Kewangan itu nak sakau duit, tidak ada. Kalau saya ambil gaji, itu munasabah, itu hak masing-masing, menteri, wakil rakyat dapat gaji itu hak dia, jangan kita persoal. Tapi saya, saya saja nak tunjuk pada rakyat, bahawa ada orang yang sanggup sebagai contoh kepada rakyat.

 

  1. Tapi, apakah saya miskin? Tidak! Apakah saya susah? Tidak! Kereta ada, Kerajaan bagi, kapal terbang pun ada guna pakai, bukan pada sayalah, saya boleh pakai. Haa, datang Johor Bahru tadi bukan saya pakai naik MAS atau AirAsia, kereta kapal terbang Kerajaan. Jadi syukurlah, guna yang itu cukup, elaun dah ada, jadi gaji itu tidak apa, pulang balik kepada negara. Saya tidak akan miskin sepertimana saya kata, kalau kita tambah, ini 1 juta hari ini, 40 ribu, Kerajaan tidak miskin.
  2. Sebab itu ikhlas al-amalillah, yang baik untuk bantu rakyat dan kita pakat dalam Pakatan Harapan ini AMANAH ada, Chin Tong, DAP pun ada, dan KEADILAN pun ada, jadi kita buat kerjasama. Malah saya nak beritahu, dengan UMNO pun saya tidak ada masalah, saya kerjasama baik. Semalam saya di Perak dengan Menteri Besar Perak, sebab Sambutan Hari Guru, tidak ada masalah. Dia nak kerjasama, lagi lah kita sambut kerjasama. Wa ta’aawanuu ‘alal birri wat taqwaa – tolong-menolonglah ke arah kebaikan dan ketakwaan kepada Allah SWT. Kita tak ada masalah, tetapi kalau dia pilih tidak mahu, apa saya boleh buat? Sebaik mana pun kita jaga, tidak, dia nak cuba nak rebut semua. Okeylah rebutlah, maka kita terpaksalah bertanding, kalau jadi. Dan saya mintalah kawan-kawan di sini tolonglah, bagi kita menang di kawasan ini dan kawasan lain. Boleh ya? Insya-Allah.

 

  1. Jadi saya ucap terima kasih. Betul ke tak nak pergi minum kopi ni? Macam tidak sungguh-sungguh je. Okey, Alhamdulillah, tengoklah baru jumpa terus sebab saya kata minum kopi boleh jemput, saya ucap terima kasih, saya kata Alhamdulillah, baik. Jadi saya ucap terima kasih kesudian datang dalam masa singkat, buat dalam dewan macam ini sahaja, sebab saya kata, macam saya turun di Pulau Banggi, panas bukan main.

 

  1. Jadi bila nak pergi ke tempat askar dengan polis ini, tentu dia nak sambut, saya kata jangan, jangan. Saya nak pergi, nak rasa bagaimana askar dan polis itu panas dan susah, saya pergi situ. Boleh check memang betu,l kerana kalau tidak, tidak pernah kita tahu semua orang jaga elok, boleh. Takkanlah pula kata sekali-sekali, Perdana Menteri datang, Perdana Menteri pulak bukanlah muda, takkanlah pula tidak boleh tolong bagi dia sejuk sikit elok. Boleh. Tapi saya yang beritahu kepada Ketua Polis Negara dan Panglima Angkata Tentera, saya kata biarlah, sebab saya tahu Pulau Banggi itu kawasan yang jauh dan dekat dengan perbatasan Filipina, panas dan tempat dia jaga itu lah 24 jam kena jaga pantai tu, dengan machine gun semua, dan malam tidak apa juga, entah nyamuk atau mana-mana saya tak tahu, tapi siang panas dan dia ada sedikit saja. Dia tidak boleh buat besar sangat, sebab tempat dia itu tempat pengawalan dari segi keselamatan. Demikianlah, sebab itu kita kena ingatlah, kita kenang.

 

 

  1. Sebab itu pada saya penjawat awam ini, Tentera, Polis, rumah-rumah dia teruk, ni kata PPR teruk, rumah Polis dan Tentera, kuatersnya banyak yang teruk, dah lama tinggal tidak ada siapa ambil tahu. Semua nak berjuang, semua nak tolong Melayu, tapi askar dengan polis ini banyak yang Melayu kita tidak tolong. Jadi dua tahun, tiga tahun dulu kita dah buat beribu baiki dan buat rumah untuk polis dan tentera, belum cukup, belum cukup, tapi kita cuba tambah lagi. Begitu juga rumah guru, saya sebut tadi tandas, yang ini tak banyak berita surat khabar, berita di surat khabar ini RTS, kemudian ART, ini semua yang puluh-puluh bilion punya projek itu riuh lah. Tapi bagi saya, itu penting. Tapi kena ingat, sekolah anak kita, cucu kita itu penting, nasib guru kita, ibu bapa, kemudian tempat kerja, gerai-gerai, kemudian adik-adik yang Foodpanda ini kita tolong, dan saya rasa barulah dia ada kaitan langsung dengan rakyat.

 

  1. Sekali lagi saya ucap terima kasih dan Jimmy, minta usul supaya pejabat saya atur dan ada jawatankuasa komuniti macam mana kita nak agihkan yang RM1 juta ringgit itu . Kalau lambat, Jimmy Puah punya salah, saya punya style, saya tidak mau jadi macam dulu. Dulu umum, 4 bulan tidak ada cerita. Apa saya umum, dalam masa dua minggu, ada laporan sampai, kalau tidak sampai saya lesing. Sebab kalau tidak, orang dah muak, dekat pilihan raya umum, umum, umum. Macam pergi mana-mana, projek-projek tapi, tunggu dua bulan tidak ada cerita, tunggu setahun tidak ada cerita, dekat Pilihan Raya sekali lagi, haa baru sampai cerita. Ini temberang punya kerja, tidak boleh macam itu.

 

  1. Jadi, Jimmy, dua minggu kalau tidak ada, jaga kamu. Jadi dua minggu, minta komuniti mesyuarat cepat-cepat, bagi cadangan. Termasuk anak-anak muda apa nak buat, nah. Kemudian kita cuba, saya nak tunjuk style Kerajaan kita berubah, beza tidak sama macam dulu. Kita nak cuba baiki, kerana yang kita sebut In uriidu illal ishlaha mastata’tu – kita cuba sedaya upaya kita, bawa perubahan ke arah kebaikan itu niat kita. Semoga Allah SWT memberikan kekuatan memelihara kita.

 

Wasalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

 

TEKS UCAPAN VERBATIM

 

YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM

PERDANA MENTERI

 

SEMPENA

 

SESI PERTEMUAN DAN PENYAMPAIAN

SURAT SETUJU TERIMA (SST) KEPADA

KONTRAKTOR KECIL BUMIPUTERA

 

16 MEI 2026 (SABTU) | 3:00 PETANG

DEWAN SERBA GUNA,

KOMPLEKS PENDIDIKAN NEGERI PERAK

 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillahilladzi anzala ‘ala ‘abdihil kitab

walam yaj’al lahuu ‘iwajaa,

Wa usolli wa nussalli ala Rasulihil Karim,

Wa ala alihi wa sahbihi ajma’in.

 

Saudara Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Saarani bin Mohamad,

Menteri Besar Perak;

 

Yang Berhormat Puan Fadhlina binti Sidek,

Menteri Pendidikan;

 

Yang Berhormat Timbalan Menteri Pendidikan;

 

YBhg. Ketua Pengarah Pendidikan;

 

YBhg. Ketua Pengarah Kerja Raya;

 

YBhg. Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP);

 

YBhg. Ketua Setiausaha Perbendaharaan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SUK); dan

Rakan-rakan yang saya muliakan.

 

  1. Alhamdulillah, pagi tadi kita umum beberapa projek yang terkait dengan pembinaan sekolah baru dan juga penambahan bilik darjah dan petang ini terus SST. Ini Kerajaan MADANI ini cekap. Dah itu, kalau lambat, kontraktor (nada berseloroh). Jadi saya ucap tahniah kepada kontraktor dan elok ada kesempatan ini saya jelaskan tentang pertemuan dengan kontraktor kecil Bumiputera ini.

 

  1. Pertama sekali nak sebut bahawa ada pandangan bahawa bila kita mohon semua kementerian kaji keutamaan mereka supaya dapat kurangkan perbelanjaan, dia menimbulkan sedikit persoalan dan keriuhan mengandaikan kita tidak memberikan tumpuan dalam bidang pendidikan dan kesihatan. Ini kadang-kadang dalam masyarakat kita ini terlalu cepat, pantas memberi komen sebelum mendapat maklumat.

 

  1. Saya bagi contoh, hari ini umpamanya, kita tahu dalam Ucapan Belanjawan 2026, ini sebelum keputusan dan sebelum krisis, saya umumkan projek untuk pendidikan ini, untuk Bumiputera G1 sehingga G4 itu, pengumuman pada Belanjawan 2026 ialah sebanyak RM2.4 bilion. Jadi, kalau ikut tafsiran orang ramai maknanya untuk penyelarasan dan pelaksanaan projek kontraktor kecil Bumiputera sepatutnya turunlah sebab kita kata jimatkan belanja. Jadi dari 4 bilion, turun. Tapi itu bukan faktanya.

 

  1. Faktanya ialah bahawa untuk pembinaan bilik darjah dan sekolah baru yang saya umumkan 4 bilion ini sekarang untuk dilaksanakan oleh kontraktor kecil Bumiputera sudah dinaikkan kepada RM4 bilion ringgit. Ya. Bila kita sebut agihan semula peruntukan, projek-projek keutamaan ini tidak dikurangkan. Tapi ada beberapa sudut di mana kita harus berikan pertimbangan kerana kita harus terima juga kenyataan.

 

  1. Benar, kita tidak mengalami krisis tenaga sepertimana sebuah negara ASEAN umpamanya terpaksa tutup 400 stesen minyak. Ada negara lain di Asia, Perdana Menteri dia sendiri maklum kepada saya dalam tempoh sebulan yang pertama, membatalkan lebih seribu penerbangan kerana jet fuel. Tadi kita dapat berita tentang permasalahan LPG yang krisis besar di India. Tapi kita syukur Alhamdulillah dengan pengurusan Petronas dan hubungan baik kita dengan peringkat antarabangsa, kebimbangan kita dua bulan yang lalu tentang minyak petrol, beres. Kebimbangan kita lebih besar dengan minyak diesel. Itu pun setakat ini mencukupi walaupun tidak mampu dieksport secara besaran.

 

  1. Hari itu bila ada berita-berita yang mengatakan kita eksport ke Filipina. Riuh-rendah kita dihentam. Padahal keperluan dalam negara cukup. Dan yang dibangkitkan mengenai kononnya eksport ke Filipina itu ialah processing di Pengerang dalam perjanjian dengan syarikat Vitol, lama sebelumnya yang maknanya dia proses… import dari luar, proses di Malaysia dan bawa ke Filipina.

 

  1. Sebab itu, dalam menguruskan kerja-kerja kita, harus ada maklumat yang tepat. Boleh tegur, boleh kritik, boleh bawa usul tapi tidak boleh fitnah, tidak boleh timbulkan kekeliruan masyarakat. Yang ini juga kita sebut tadi dalam pertemuan kita dengan guru-guru bahawa tugas mereka mendidik, memberi pencerahan, memberi latihan supaya memberi penilaian tentang apa yang hak, apa yang batil, apa yang maklumat benar, apa yang maklumat palsu. Bukan semua maklumat itu betul. Sebab itu saya selalu di Kementerian Pendidikan, saya sebut bila Sayyidina Ali bin Abi Talib r.a ditanya dengan pendidikan, dia kata mesti capai satu darjat yang tinggi, dia sebut ladzatul ma’rifah, maknanya sampai ada dapat mengecapi nikmat ilmu itu. Tujuan itu maknanya ke arah kebenaran. Ini soal pertimbangan akhlak.

 

  1. Sebab itu dalam pendidikan kita, saya sebut tadi umpamanya kita mengejar pembangunan, kita mengejar ilmu baru, teknologi baru, digital, AI. Kita tidak mahu ketinggalan. Kita bawa data centers dan investment dalam AI yang besar di antara ASEAN ini, yang paling besar datang ke sini. Tetapi saya kata, jangan kita lupa pada akar kita. Apa dia akar kita? Budaya kita, bahasa kita, jati diri kita sebagai satu bangsa dan juga soal keyakinan akidah, keyakinan agama kita yang dirumuskan sebagai pertimbangan akhlak. Kalau tidak, masyarakat kita pintar tapi tidak punya nilai dan akhlak. Beri sedikit pendidikan, ada ilmu tapi dihamburkan kata nista ataupun hamburkan pandangan permusuhan kaum, fakta tak betul.

 

  1. Bagaimana Malaysia boleh aman dan tenteram kalau masing-masing semua nak jadi jaguh? Jaguh kaum masih okey, jaguh kaum untuk membenci yang lain, kerja tak buat juga. Bila beri amanah, sakau juga. Bila minta, projek Bumiputera. Bila dapat, dia sapu termasuk dengan siapa pun boleh. Ini kontrak-kontrak Bumiputera. Faham yang saya maksudkan.

 

  1. Sebab tu dari segi dasar kita, walaupun saya tak banyak cakap soal ini. Saudara lihat seumpamanya, pelaksanaan kita G1, G4, bila saya dengar, ya ini kontraktor kecil. Kalau tidak ada dasar kerajaan jelas mendorong mereka, memberi bantuan kerjasama kepada mereka, mempermudahkan kerja mereka, mereka tidak boleh berkembang. Dan saya beritahu KP JKR ada, KSU dan juga KSP dan juga Kementerian Pendidikan. Bila projek ini kita beri SST, kita akan pantau pelaksanaannya. Syarikat-syarikat, kontraktor kecil yang prestasinya baik, saya akan pastikan dia dalam urutan penilaian kita, kita akan berikan kontrak yang lebih untuk mereka boleh berkembang. Itu janji saya. Sebab itu, setelah ada dialog dengan pegawai-pegawai, dengan kontraktor-kontraktor ini, ada beberapa pandangan mereka bagi, cadangkan. Sebelum itu, saya nak sebut di sini, kontraktor bukan sekadar nak beri laluan perniagaan kepada kontraktor. Ini projek terdesak kita.

 

  1. Saya umumkan, beberapa tahun ini, mesti mulakan pelajaran sekolah dan prasekolah di Kementerian Pendidikan. Sekolah, umur enam tahun masuk sekolah. Tentu pun bila saya… apa yang baru, ada debat semua yang dari kedai kopi sampai parlimen, semua pakar semua. Padahal kebanyakan negara, kebanyakan negara sudah pun mulakan pendidikan awal ini, kebanyakan negara. Saya tidak mahu Malaysia ketinggalan. Apalagi anak-anak di desa, anak Melayu di luar bandar. Ketinggalan dia. Ada yang mengatakan dia tidak bersedia. Tidak apalah, tidak bersedia tunggulah setahun. Tapi bagi ruang kepada yang bersedia, bagi ruang supaya mereka dapat bersaing. Berikan pendedahan. Anak-anak kecil sekarang, umur empat, lima tahun, tak sama macam saya umur lima, enam tahun dulu. Jadi sebab itu, peluang. Bila kita buat anjakan dan juga peralihan penekanan tentang sistem pendidikan ini dan saya terima kasih kepada Menteri Pendidikan mendorong perubahan ini. KP mana KP Pendidikan? Ada, nasib baik (nada berseloroh). Maka, mereka sambut dengan baik dan persiapkan semua.

 

  1. Guru, kita ambil hampir seribu. Hampir seribu yang baru kita ambil. Ini semua dalam belanja tambahan. Tetapi bagi saya, belanja, dana yang wajib kita cari, itu kita mesti cari. Tetapi tak boleh korbankan pendidikan anak-anak. Itu yang kita lakukan, Alhamdulillah. Kita jalankan.

 

  1. Jadi yang ditekankan untuk di sini, projek ini, bukan sahaja bidang pendidikan tapi juga klinik daif, kuarters guru, bilik darjah, jalan desa itu terangkum juga beberapa projek yang kita anggap bahawa kontrak terkecil ini. Jadi sebut harga dulu kita hadkan. Mula dulu RM300,000 naik RM500,000. Tapi kita dah bincang dengan pegawai-pegawai. Mereka kata boleh. Dia soalnya, peraturan dasar ini boleh ubah. Masalahnya kita kena selenggara dengan tatakelola yang baik. Mengapa kita hadkan dulu setengah juta? Kerana kita bimbang banyak tiris. Banyak rundingan ini. Rundingan awal. Dia tak bagi peluang. Orang yang cekap prestasinya, baik, lurus, ketinggalan kerana ada pakatan tertentu. Kalau tak terkecil tahu kan, saya faham. Mereka yang beritahu saya ini. Sekarang ini tak sebut lah. Baik.

 

  1. Jadi, saya nak jamin supaya yang berhak, yang layak, dia bagikan peluang. Bukan kerana dia ada kaitan dengan sesiapa. Bukan kerana dia janji dukung kumpulan sesuatu dua kumpulan. Kita nak kontraktor itu berjaya. Maka oleh itu kita naikkan sekarang, sebut harga dibenarkan sehingga RM1 juta. Makna peningkatan yang agak mendadak juga tapi ini memerlukan satu tekad yang lebih cekap. Dan sekarang ini tentulah ada kaitan dengan projek kecil pendidikan yang perlu ditingkatkan.

 

  1. Tadi saya sebut Fadhlina juga, tentang bilik guru. Guru ini bilik dia kata tak boleh, dia kata bilik murid tak aircond tak apa, bilik guru kena Kalau tidak, dia demam. Nanti, gurau sahaja, jangan marah. Kata ini Perdana Menteri perli kami pulak. Jangan, jangan, jangan. Saya bergurau-gurau. PM nak gurau, tak boleh… (nada berseloroh). Jadi, tapi munasabahlah kan? Dia masuk kelas, keluar bila dia tengah kaji, baca, buat pemeriksaan, bagilah keadaan lebih selesa. Sebab itu, diberikan tumpuan selenggara dan naik taraf bilik guru, naik dari RM100 juta, kita naikkan RM200 juta.

 

  1. Kemudian, kuarters guru. Kuarters ini bukan sahaja guru. Bila saya jadi… ambil alih jawatan ini, saya tumpu tentang kuarters penjawat awam. Guru, tentera, polis ada yang bangunan bilik polis, perumahan polis itu tahun sebelum perang atau sebelum merdeka, keadaan sangat daif. Dan saya bagi contoh, ini termasuk umpamanya bilik staf penjara Sungai Buloh. Tengok, mana nak cari? Saya duduk situ dia orang jaga, saya keluar saya ingat ini, staf yang jaga saya dulu ini. Rumah dia di mana? Pergi sana dia bagi tahu bumbung bocor, tandas setiap kali nak pakai kena angkat letak. Jadi kita luluskan dan itu sudah, dah lakukan. Macam Datuk Johan dia tak ada pengalaman, saya ada pengalaman di situ. Jadi kita lebih prihatin. Alhamdulillah. Ini sebagai contohnya, maknanya ini harus disegerakan. Cuba tengok mes tentera, kuarters tentera, ada yang sangat teruk. Tapi Alhamdulillah, sejak 3 tahun yang lalu ini, perumahan tentera itu tumpuan kita, menyelamatkan banyak bangun bangunan ini, memberikan hasil yang baik. Saya lihat umpamanya di TUDM Lumut umpamanya. Pergi dengan Dato’ Saarani. Dan mereka syukur, Alhamdulillah, bangga setelah tunggu beberapa puluh tahun, itu diperbaiki. Sebab itu untuk kuarters guru sahaja, saya katakan tadi naik taraf bilik guru. Kuarters guru kita naikkan daripada RM60 juta ke RM110 juta.

 

  1. Majlis hari ini melibatkan 131 surat setuju terima. Ini penekanannya bilik darjah tambahan. Kita luluskan, saya katakan dulu peruntukan RM400 juta bagi pembinaan 2,500 bilik darjah tambahan, bagi lebih 800 sekolah kerana peningkatan jumlah murid. Jadi bagi memastikan ruang bilik darjah bagi Darjah 1, kerajaan meluluskan tambahan peruntukan. Ini pun satu, mana KSU berikan? Mula-mula dia kata cukup, lepas itu dah duduk dua, tiga bulan dia kata minta RM100 juta lagi. Lepas itu duduk dua, tiga bulan, then RM200 juta lagi. Dia ingat dia macam dia pujuk mak dia dulu ini (nada berseloroh). Jadi saya nak marah, tak boleh. Kalau saya marah, selalu dia kata PM yang suruh dia tambah bilik darjahnya. Yalah… saya suruh bilik tambah bilik darjah, kamu buatlah unjuran yang betul. Dia kata unjuran dia betul setakat bulan Mac, bulan April dah tambah. Mana dia nak tahu siapa nak hantar sekolah bulan Mei? Okeylah. Balik-balik PMX juga salah.

 

  1. Jadi, saya umumkan bahawa Kerajaan meluluskan peruntukan tambahan daripada RM500 juta yang diumumkan sebelum ini kepada RM900 juta bagi tahun 2026 untuk 6,000 bilik darjah. Saya pernah jadi Menteri Pendidikan. Bila dia kata tak ada, dia kata Anwar, kita ambil yang daftar sekian banyak. Saya kata kadang ibu bapa kita ini, kita bagi kata arahan Kementerian Perdidikan yang awal KP, dia kata kita ambil tarikh akhir, akhir Mac dia bagi sekian jumlah. Jadi, saya pergi ke Pahang masa taklimat di Bentong dan di Kuantan, di Kemaman, Pasir Puteh. Saya bukan Perdana Menteri duduk depan dan dengar taklimat, tak. Pergi ke pejabat, beberapa sekolah perlu? Dia kata tiga. Takkan tiga sahaja? Kerana yang daftar. Tapi kita tahu kan yang daftar dengan unjuran keperluan berdasarkan penduduk itu mungkin berbeda.

 

  1. Jadi sebab itu, saya minta ditambah supaya jangan ada kejutan besok. Katalah ibu bapa tak daftar sekarang, mari bulan Ogos dia daftar. Kita kelam-kabut kan? Sebab itu dalam tatkala kita meluluskan, kita bagi sedikit ruang tambahan daripada yang diminta oleh Kementerian Pendidikan. Kalau tak cukup besok, buat khemah. Nanti tengok, esok surat khabar keluar ‘PMX cadang anak-anak boleh belajar dalam khemah’. Aduhai. Saya nak bercakap, macam Dato’ Saarani, nak bergurau pun tak boleh. Kena serius, boring dengar lah. Dengan ini, peruntukan sekian banyak dan kerajaan bertanggungjawab. You dah dengar banyak kali dah. Jadi adalah selingan sikit.

 

  1. Ini dalam kerangka kita, kalau saudara lihat dasar Bumiputera kita pun jangan salah. Banyak yang salah faham. Dia kata, oleh kerana saya tidak sangat menekankan soal ini dari segi dasar, padahal dasar ada PuTERA35. Itu dasar yang khusus untuk bumiputera. Cuma pendekatan kita agak berbeda. Umpamanya, kita sebut Matrikulasi, dulu 100% bumiputera, sekarang 90%. Wah, dia hentam. Satu penganiayaan dan dasar yang kepada Bumiputera. Saya tidak. Sekurang-kurangnya anak-anak Cina, India yang pintar itu, yang ada ruang, kita bagi. Tapi, bila kita kata 90%, kalau perlu, kita tambahlah kuota dia supaya jumlah itu lebih besar. Jadi, anak-anak pintar tidak ketinggalan.

 

  1. Untuk Matrikulasi, untuk 10A ke atas, semua yang dapat 10A kita bagi tempat. Jamin, guarantee. Okey. Oh ada yang marah. Padahal 10A tak kiralah anak siapa pun, tapi apakah dia korbankan jumlah Bumiputera? Tidak. Sebab itu dengar keseluruhannya.

 

  1. Ini guna yang semua nak jadikan politik picisan yang tidak membantu. Kalau betul nak bantu, beri kemudahan yang baik kepada Bumiputera. Tekankan supaya tatakelola kita baik. Orang yang diberi amanah, jangan perkayakan diri mereka dan keluarga mereka sahaja. Berapa puluh bilion saham-saham Bumiputera yang lesap? Apa nak nafikan? Itu kenyataannya. Mana nak sibuk sepuluh, dua puluh ribu yang hilang?

 

  1. Jadi ini yang kita betulkan, sebab itu saudara lihat umpamanya, saya betul-betul pastikan supaya jangan ada ketirisan, tetapi tidak popular. Dalam perdebatan tidak ada. Yang kita rampas daripada penyakau-penyakau ini, RM15.5 bilion wang negara yang tiris dan hilang di pelabuhan Klang, di Pulau Pinang, syarikat-syarikat. Pelbagai hal ini, Melayu rasuah, ketirisan, kenaikan kos yang tidak munasabah, semua ini. Berapa kita jimatkan dalam 2 tahun? RM15.5 bilion. Ada perdebatan? Tak ada. Yang ada itu hanya isu-isu, oh macam mana Bumiputera?

 

  1. Saya yakin kalau kita punyai dasar yang jelas dan pelaksanaan yang baik, kita boleh jamin masa depan Bumiputera. Nak jamin masa depan Bumiputera, ini yang kita lakukan sekarang. Mutu pendidikan mesti ditingkatkan. TVET dinaikkan. Bila bawa pelaburan, biar ada sinergi di antara syarikat dengan universiti dan universiti itu pastikan selain daripada anak-anak pintar, anak-anak Melayu diberikan ruang. Bila kata ada umpamanya pelaburan daripada China, Geely, saya kata bagi latihan bagaimana? Tapi kalau saya fikir komisen bagaimana, macam mana saya nak tumpukan umpamanya latihan? Berapa puluh bilion pelaburan dari luar negara? Apa kita peduli tentang berapa yang dilatih, berapa peluang, berapa dalam ekosistem, supply chain, berapa kontraktor-kontraktor kecil yang terlibat? Tak ada. Yang kita mulakan, berapa komisen untuk kita. Jadi kalau itu jadi keutamaan, maka tentu ada kelemahan.

 

  1. Sebab itu umpamanya bila kita mula dengan projek Geely sebagai contoh, Huawei, CTE, semua saya syaratkan. Ada tak Center of Excellence di Malaysia? Kalau ada, boleh tak latih anak-anak tempatan? Berapa orang dilatih? Apa yang diperlukan untuk kita berikan sedikit insentif untuk kamu melatih? Sebab kalau anak-anak kita tidak dilatih menjadi lebih mahir dan berketerampilan, dia tak akan dapat menguasai bidang ilmu baru ini. Jadi itulah yang saya sebutkan betapa perlunya kita tumpu dalam bidang pendidikan yang bermutu. Dia bukan sekadar pendidikan, bukan sekadar celik huruf tetapi punyai keterampilan dalam bidang terutama bidang-bidang baru.

 

  1. Umpamanya sekarang ini kalau dulu-dulu, sejak 2003 semua bantuan ke sekolah agama rakyat dibatalkan. Bayangkan, sekolah agama rakyat itu kalau tanya saya, sistem ada kelemahan dia. Kalau tanya saya, patut dicari jalan untuk reformasi juga. Kalau tidak anak-anak kita dah tinggal di desa, tak ada pendidikan tinggi, hantar dan tidak ada sistem yang lebih murni untuk meningkatkan keupayaan mereka. Tetapi untuk batalkan peruntukan, itu bukan membantu, itu mendera mereka. Maknanya mutu guru, kemudahan sekolah. Jadi 2023, kita kembalikan peruntukan itu. Tahun 2024, dah kita masuk sekolah-sekolah pondok mengatakan harus tingkatkan kemudahan. Kita bantu. Mula-mula ada yang bimbang. Tok-tok Guru ada yang fikir, oh mungkin ini, PM ini nak campur tangan dalam urusan sekolah, nak tukar kurikulum. Tak. Dia nak ajar kitab mana, dia ajar. Kita tak ubah. Tapi kita minta tambah. Tambah apa? AI.

 

  1. Jadi, sekarang ada beberapa tempat Tok Guru, pondok-pondok yang kita hantar pegawai daripada MDEC ke? MCMC dan MDEC saya ingat satu lagi, hantar ke pondok, ajar Tok-tok Guru itu, orang muda dan pendedahan mereka kepada apa itu AI. Sebab kalau tidak kita bagi dia latihan itu, dan orang yang menguasai AI itu tidak akan ada nilai, tak ada akhlak, sebab kurikulum AI di Amerika atau di Eropah, tidak menekankan soal ini. Jadi lebih baiklah orang yang mempunyai kemahiran dalam negara Malaysia dan juga dalam bidang agama ini atau kemahiran dalam bidang disiplin Islam ini juga menguasai supaya dia boleh jawab. Itu pendekatan kita dan Alhamdulillah, guru-guru pondok banyak yang bersetuju dan kita mulai tahun lalu akhir dan tahun ini kita boleh mengeluarkan bantuan untuk memperbaiki beberapa kemudahan sekolah-sekolah pondok ini.

 

  1. Ini maknanya juga untuk peluang untuk kontraktor kecil. Bila kita perbanyakkan, kita akan pastikan supaya ada penjelasan dengan kontraktor kecil Bumiputera untuk mendapat lebih banyak peluang. Jadi, sekian sahaja. Yang penting kerja lepas ini. Surat dah dapat. Kalau lambat, jaga. Anak-anak masuk sekolah esok, dia tak marah kontraktor, dia marah Menteri Pendidikan. Marah Menteri Pendidikan tak apa lagi, juga marah PMX. Maknanya, tolong dan saya minta Kementerian Pendidikan dan Kerja Raya, mintalah, berilah apa sedikit kelonggaran, kemudahan bagi mempercepatkan. Asalkan jangan curi wang, jangan tipu specs. Bagi. Sini arahan saya. Saya mahu baik KKR, Kementerian Pendidikan terutamanya itu pastikan syarikat-syarikat kecil ini sebagai team Beri mereka kerjasama, bantuan apa yang boleh dan masalahnya umpamanya kalau kontrak kecil, modal. Modal itu saya nanti minta diselaraskan dengan… Johan boleh bantu ya Kementerian Kewangan.

 

  1. Sebab baru ni saya panggil Bank Rakyat, Agrobank, TEKUN, Amanah Ikhtiar, semua datang ke pejabat. Saya bincang bab ni. Sekarang tak payah tunggu. Kontraktor kecil katalah nak start, mula, so nak kena pinjam wang. Pinjam wang itu kos tinggi. Kemudian lambat. Nak kena bawa barang. Jadi kita nanti gunakan ruang supaya isu-isu ni kita selesaikan. Ada MARA dan sebagainya. Jadi supaya bila order barang itu, kalau dah ada jaminan kontrak sudah dapat SST maka pinjaman lebih mudah. Untuk memudahkan dan melicinkan saya nak ini sebagai contoh. Tapi saya minta jaminan daripada kontraktor-kontraktor kecil ini supaya berikan dan laksanakan sebaik mungkin.

 

  1. Saya sekadar boleh menyatakan kalau prestasi kita baik, ikut urutan prestasinya, saya akan berikan tumpuan yang lebih membantu saudara-saudara supaya dia tak kekal selama-lamanya kontraktor kecil. Ya okey? Dan saya minta pengarah-pengarah JKR Negeri semua ada di sini, Kementerian Pendidikan ada, bantu. Ada satu tekad umpamanya mereka ini bukan syarikat swasta, kita pandang ini, kita… tak, tak. Bantu sebagai seolah satu team. Dengar masalah dia. Boleh selesai, selesai. Tak boleh selesai, siapa boleh selesai? Kementerian Kewangan? Ataupun di pendidikan, kita selesaikan. Saya minta ini berlaku kerana bila kita beri kadang-kadang itu bunyi dasarnya okey tapi pelaksanaannya tak sama.

 

  1. Jadi, kalau inilah pendekatan kita, saya nak jadikan ini sebagai contoh. Model kerjasama yang lebih rapat di antara kontraktor-kontraktor kecil ini dengan jabatan-jabatan kerajaan untuk memudahkan dan menetapkan kos itu agak berpatutan dan mereka boleh percepatkan pelaksanaan. Terima kasih banyak.

 

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

 

 

TEKS UCAPAN VERBATIM

YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM

PERDANA MENTERI

 

SEMPENA

 

MAJLIS PELUNCURAN SKIM PADURI MADANI

 

16 MEI 2026 (SABTU) | 12:00 TENGAHARI

DEWAN SERBA GUNA BANDAR BARU TAMBUN,

TAMBUN, PERAK

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

 

Alhamdulillah, alladzi arsala rosulahu bil huda wa dinil haq.

Liyuzhhirohu ‘alad dini kullihi.

Wa kafa billahi syahida.

Wa Usolli Wa Nusalli Ala Rasoolilah Kareem,

Wa ‘ala alihi wasahbihi ajma’in.

 

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak;

 

Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP);

 

Ketua Setiausaha Negara (KSN); serta

Semua yang hadir.

 

Dan yang penting yang kita raikan hari ini,

Datuk Seri (Dr.) Syed Hussian Syed Junid,

Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Ikhtiar Malaysia; dan seluruh keluarga Amanah Ikhtiar Malaysia dan sahabat-sahabat yang saya kasihi sekalian.

 

  1. Alhamdulillah, pada hari ini dan saya ucap sebelum itu terima kasih kepada Datuk Seri (Dr.) Syed Hussian dan seluruh keluarga Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) kerana beri kesempatan untuk saya bersama-sama. Dan sepertimana yang disebut oleh pengerusi tadi, saya memang beri keutamaan. Kalau lihat umpamanya, bukan tidak ada usaha yang dulu, ada. Malah Amanah Ikhtiar ini diasaskan, oleh… saya tatkala saya jadi Menteri Kewangan, tapi masa itu tentulah masih kecil.

 

  1. Saya dah beritahu dulu beberapa majlis, saya baca usaha, ikhtiar yang dibuat oleh Bangladesh masa itu, Grameen Bank dan saya masa itu di Dhaka, Bangladesh, saya dengar, dan ada satu gerakan koperasi, Comilla projek. Dia ambil orang-orang susah ini, diberikan pendedahan dan peluang pekerjaan.

 

  1. Kemudian, bila Grameen Bank, saya minta masa itu USM termasuk Dr. Syukor kaji dan teliti untuk panjangkan, mereka kemukakan laporan. Tetapi kita tidak ikut Grameen Bank sepenuhnya, kerana Grameen Bank itu faedahnya terlalu tinggi, kerana tidak ada suntikan dana Kerajaan, dia buat sendiri. Jadi, sebab itu faedah ini sampai mencecah 20% – 25%, tapi masih mencatat kejayaan kerana orang terlalu susah dan terpaksa cermat dan pekin untuk berjaya dalam perniagaan mereka.

 

 

 

  1. Tapi kita Alhamdulillah, pada masa itu kita luncurkan, saya sudah jadi Menteri Kewangan, saya minta ada beberapa perkara pada Kerajaan masa itu. Saya cuba elak Amanah Ikhtiar masa itu di bawah kementerian-kementerian tertentu, kerana nak kawal, susah. Digunakan untuk kepentingan-kepentingan tertentu, atau kepentingan politik peribadi dan sebagainya. Jadi, saya pindahkan sebagai badan yang lebih bebas di bawah Kementerian Kewangan secara langsung.

 

  1. Syed Hussian harus tahu dan kawan-kawan, ia bukan mudah. Saya terpaksa bertegang dengan banyak kementerian-kementerian pada masa itu kerana semua nak kuasai, dia rasa dia ada jalur politik. Sampai saya kata, sudah puluh bilion, terutama sejak Almarhum Tun Abdul Razak, ikhtiar yang dibelanjakan. Ada yang berkesan, ada yang berjaya, tetapi ikhtiar membantu golongan yang kata miskin tegar ini, tak banyak kerana projek-projek berjalan. Kalau di kampung, tentunya lah orang yang miskin tegar itu ketinggalan di bawah. Yang lain miskin, dia bantu dulu, tak salah. Tetapi miskin tegar, dia dapat. Sebab itu, saya ucap tahniah dan syukur Alhamdulillah, kerana kejayaan Amanah Ikhtiar.

 

  1. Dan sepertimana kita tahu, tahun demi tahun, ada ketika ini dan saya dah sebut di sini masa saya di Terengganu. Kadang-kadang tak kawal, teliti, Amanah Ikhtiar pun diikhtiar ke lain, ikhtiar ke laut. Jadi, sebab itu saudara, saya lihat bila saya jadi Perdana Menteri, saya tengok langsung tidak ada peruntukan baru kepada Amanah Ikhtiar. Jadi, tentu saya minta Datuk Johan teliti semula, apa alasannya.

 

  1. Kalau ada masalah kita selesaikan, kalau marah pengurusan kurang cekap, kita tukar. Tetapi projek ini, projek yang saya mulakan dulu yang baik, yang boleh memberi manfaat kepada ramai. Berbeda daripada Grameen Bank dulu, itu faedah tinggi, masa itu kita mula-mula kita turunkan kadar faedah sehingga 2%. Sekarang ini oleh kerana kita nak lebarkan, saya beritahu dua hari sudah dalam perjumpaan Kementerian Kewangan untuk cari jalan untuk turunkan lagi kadar faedah itu. Ini supaya dia tidak rasa menekan kalangan yang susah.

 

  1. Jadi susah juga. Orang kaya pinjam bank 6%. Orang miskin pinjam 10%. Ini bagi saya bukan keadilan. Jadi, kita akan cari ikhtiar untuk selesaikan masalah ini. Tapi kita kena bincang betul-betul supaya jangan terjejas. Projek dan Syed Hussian dan pengurusan baru, wanita agak tegas sikit, supaya kos pengurusan itu boleh dikurangkan. Saudara lihat banyak projek-projek, agensi-agensi Kerajaan dulu dan saya memang ibu-ibu, kakak-kakak, adik tahu, saya juga kritik kuat dulu. Saya kata bagi satu projek, bagi agensi, okey? Katalah 100 juta. 40 juta pengurusan, kereta pengurus, pejabat pengurus cantik-cantik, 60 juta. Projek 100 juta, 60 (juta) pergi ke atas, 40 juta sampai ke bawah. Jadi saya kata tak kena macam itu.

 

  1. Kalau badan namanya, umpamanya badan pekebun kecil kah, pengurusan, takkanlah mula dengan pejabat yang besar-besar dan kos pengurusan yang tinggi. Jadi, ini kita kena bagi juga latihan. Bukan maknanya pengurusan itu tak boleh dapat gaji, gaji yang munasabah, tapi kerja yang cukup baik.

 

  1. Saya pernah bagi tahu banyak tempat. Umpamanya kita masing-masing baru-baru ini, penjawat awam semua kita naikkan gaji, tetapi menteri potong 20%. Sebab saya nak jadi contoh. Orang lain semua naik. 20% potong menteri, kekal. Perdana Menteri tak ambil gaji. Tapi saya ada elaun. Saya datang ke sini naik kapal terbang Kerajaan. Jadi saya tak Saya nak sebut, nak bagi contoh. Negara ini patut bagi contoh, bukan semua orang tamak, setakat ambil gaji, elaun tak salah, dia wajib ambil supaya hidup keluarga dia semua terjamin.

 

  1. Tapi kalau tiris, macam bantu orang miskin, macam saya kata tadi 100 juta untuk kata contoh pekebun kecil, 60 juta pejabat dan pengurusan, sampai 40 juta, maka kita kena cari kaedah baru supaya kurang-kurangnya 80 juta pergi kepada rakyat miskin, 20 juta pengurusan. Barulah betul. Betul tak saya cakap? Kerana orang susah ini saudara-saudari, saya tak cakap teori, kerana saya terima ujian dan saya terima dengan baik ujian itu.

 

  1. Kali pertama saya kena penjara dua tahun hampir. Itu kerana Peristiwa Baling. Betul masa itu kita muda, orang ada yang kata silap sikit ke apa. Saya boleh terima, tak ada masalah. Tapi itu mengajar saya sebab apa? Saya bergaduh. Sebab apa saya kuat tunjuk perasaan? Sebab apa saya bantah? Sebab saya tengok kawan-kawan saya itu miskin teruk sangat dan kurang perhatian. Jadi, bila berlaku Peristiwa Baling, saya kena tahan hampir dua tahun. Kali pertama. Masa itu tak apa, tak kahwin dengan Azizah lagi. Tapi bila saya kahwin dengan dia lagi, sedihlah sikit. Isteri di rumah.

 

  1. Tapi yang saya nak cerita apa dia? Maknanya, kadang-kadang Allah uji kita tu, kita tak tahu. Kita marah, kena tahan. Tapi rupa-rupanya, dia mendidik saya. Saya lebih faham Baling, saya lebih faham masalah kemiskinan. Saya duduk dalam dua tahun di penjara kali pertama, saya kaji sebanyak mungkin buku, laporan mengenai masalah kemiskinan. Macam-macam teori daripada Mesir, daripada Amerika Latin. Saya ingat lagi Paulo Freire daripada Amerika Latin, Samir Amin dari Mesir, Ungku Aziz di Malaysia, Pendeta Za’ba sebelum itu. Boleh-boleh, apa masalah kita? Negara tak miskin. Rakyat miskin. Ini yang kita cuba lakukan.

 

  1. Jadi, sebab itu bila ada cadangan tentang Amanah Ikhtiar ini, saya terus tangkap, saya kata saya nak bawa balik ke Kementerian Kewangan dan kita bantu. Tapi, sepertimana yang kita tahu, Amanah Ikhtiar, dia berkembang-kembang ada sedikit masalah. Saya pun di dalam, saya tak tahu. Tapi, balik-balik masalah itu dapat dirungkai. Bila masalah dirungkai, tahun pertama saya jadi Perdana Menteri, sebelum tu tidak ada peruntukan dah. Saya bagi RM10 juta, sekarang sudah ratusan juta. Kalau prestasinya baik, pengurusannya baik, manfaat kepada sahabat banyak dan ramai yang tunjukkan bukti yang baik, insya-Allah kita akan bantu seterusnya tambah.

 

  1. Maknanya Kerajaan MADANI kena kekal lah, haa gelak (nada seloroh). Mahu bantuan, tapi kena buat cara yang betul. Sebab itu, saudara Syed Hussian dan pengurusan sudah tahu pendirian saya. Kalau pengurusannya baik, saudara, tidak mungkin lah, malah dalam ucapan-ucapan saya yang viral, satu point saya kata Kerajaan silih berganti. Dalam sejarah ada Maharaja, ada Sultan, ada Kings, ada Zaar, pelbagai, Zamindar macam-macam lah sistem orang menguasai i Ada tidak dalam sejarah di mana negara itu jatuh papa kedana, miskin, kerana maharaja itu tolong orang miskin? Saya tak pernah baca. Ada pernah kerana raja ini sangat baik, Khalifah Umar Abdul Aziz, tolong orang miskin, maka negara pun jatuh miskin. Tidak ada.

 

  1. Yang negara miskin tu ada, negara kaya jadi miskin kerana pemimpinnya tamak haloba, tidak pernah cukup. Ratus-ratus juta tak cukup. Bilion-bilion ringgit tak cukup. Dah bagi amanah, khianat amanah. Perang, dia pernah perang. Perang kerana nak takluk negeri. Perang kerana nak rompak emas orang atau paling tidak, perang kerana minang puteri, puteri itu raja tak terima, maka takluki dengan negeri, dengan puteri itu sekali. Itu kita baca cerita-cerita lama.

 

  1. Semalam saya di Masjid Sri Sendayan, Negeri Sembilan. Saya cakap tentang pengalaman ini berdasarkan kupasan Syeikh Yusuf Al-Qaradawi tentang mendirikan masjid. Ayatnya, mendirikan masjid, memakmurkan masjid itu tuntutan. al-Quran mengingatkan kita.

 

Innama ya’muru masajidallah, man amana billahi walyaumil akhir, wa aqamassalah, wa atas zakah, walam yaksha illallah fa’asa’ulaika an yakunu minal muhtadeen.

(Surah At-Taubah, ayat 18)

 

  1. Allah mengingat kita untuk memakmur, mendiri, makmurkan masjid. Untuk apa? Man amanabillah – beriman, Wal yaumil akhir – ban juga kepada hari akhirat. Lagi? Aqamassalah – Solat. Yang kedua? Zakat. Supaya jangan takut kita selain daripada Allah Ta’ala.

 

  1. Syekh Al-Qaradawi kata, tengok dalam Islam. Solat? Ya. Zakat? Ya. Sebab apa? Kalau kita solat, semua orang jadi warak, tapi rakyat tak jaga, yang miskin tak dipedulikan. Dia bukan melahirkan satu masyarakat dan negara yang baik. Mungkin orang itu baik, tapi negeri, orang yang miskin tidak dipedulikan.

 

  1. Jadi kata Syekh Al-Qaradawi, kali pertama dalam sejarah manusia yang dia tahu, berlaku di zaman Islam, Abu Bakar al-Siddiq R.A. Kata dia, Harba alal fakh. Perang, perang. Perang untuk membela orang miskin, kerana orang tidak mahu bayar zakat. Dia kata tidak boleh. Negeri nak aman, orang miskin dibiarkan, zakat tak mahu bayar, perang. Dia kata, Perang, Al-Harb, atas membela nasib miskin.

 

  1. Pertama kali dalam sejarah. Sebelumnya berebut ni, macam berebut kuasa, pertandingan. Berebut-rebut ni, nak memperkayakan diri, keluarga, parti, tapi ada tak fikir masalah orang miskin dan rakyat? Yang ni, sahabat-sahabat kena fikir betul-betul. Nak selamatkan negara ini, kena fikir betul-betul. Betul, kita ada kambing nak pelihara, itik, anak-anak nak jaga, tapi dia kena ingat. Apa yang kita buat dan lakukan itu akan menentukan masa depan negara kita.

 

  1. Bukan soal nak bergaduh kaum. Ada orang cucuk bergaduh dengan Hindu, bergaduh dengan Cina. Yang Cina pula bergaduh dengan Melayu, bergaduh dengan orang Sabah, Sarawak. Apa untung? Siapa yang untung bergaduh ni? Haa Achi, kalau kita bergaduh siapa untung? Hadi sana, Hadi Yillek. Tak ada untung. Sebab itu, dalam Amanah Ikhtiar ini, memang majoriti besar orang Melayu.

 

  1. Tapi kadang-kadang ada orang India, kita rangkul. Keluarga, masyarakat kita. Baru boleh. Ini kemanusiaan, manusia apa? Tak ada langsung. Tanam kalau ceramah, benci orang. Hukum orang. Ceramah sikit, pakai kononnya atas nama agama, kemudian, serang orang. Saudara, yang penting kita ini adalah untuk membangkitkan kesedaran, tolong menolong. Tolong menolong dalam soal kebajikan itu disuruh dalam agama. Wa ta’awanu alal bir wa taqwa. Itu tolong menolong atas kebajikan dan supaya orang jadi manusia yang baik, bertaqwa. Itulah sebabnya mengapa saya terus beri sokongan.

 

  1. Umpamanya, tadi disebut saudara Datuk Seri Dr Syed Hussian, tahun 2025 hampir dah kosong peratus (0%) yang tak bayar, non-performing loan. Kalau bank ini saya jumpa baru ini dengan Datuk Seri Johan kita tengok bank, berapa peratus yang tak bayar hutang, sekian peratus, sekian peratus, sekian peratus. Lagi kaya lagi susah nak bayar hutang boleh pakai sungguh. Yang bayar hutang ni orang miskin. Tak pelik ke?

 

  1. Sebab itu saya bangga dengan Amanah Ikhtiar Makna siapa kata orang tak ada kesilapan. Memang biasalah orang Melayu ini kalau pinjam mana nak bayar? Bila tengok kamu pasal apa boleh bayar? Bila masuk jadi sahabat Amanah Ikhtiar pasal apa boleh bayar? Cuba ini orang bank-bank besar ini turun belajar pada amanah ikhtiar ini. Jadi jangan ada tak bayar lah (nada seloroh).

 

  1. Dan jumlahnya bukan kecil. Saya tengok, eh saya ingat kalau mula saya mula dulu, saya ingat 5,000 sahabat, 5,000. Saya turun beberapa tempat, bila tengok gambar tu memang itu lama, tapi masa itu muda dan remaja lagi. Sekarang muda jugak. Achi gelak. Macam tak percaya saya muda. Ini MGR. Baik.

 

  1. Tahun 2025 yang mendapat biaya 320,000 sahabat. Ini bukan kecil. Tengok agensi-agensi Kerajaan yang dapat ratus-ratus juta ni, berapa orang yang dia boleh bantu. Ini patut diteliti. Yang saya percaya di Kerajaan Persekutuan, Kementerian Kewangan, supaya teliti, Dato’ Saarani, yang juga sangat prihatin, orang yang berjuang akan tengok. Kadang-kadang agensi ini patut belajar juga.

 

  1. Jadi 320,000 sahabat. Yang tertinggi Sabah, 53,000 orang. Ada orang kata tak peduli Sabah. Ini, ini, i Orang paling miskin di Sabah ini, 53,000 orang dibantu. Sarawak 43,000. Kemudian, pembiayaan, itulah yang saya dah disebut tadi, yang ini tambahan, iaitu pembiayaan 2.5 bilion pada 2023, 2.7 bilion pada 2024, 2.8 bilion pada 2025.

 

  1. Ini saya kena sebut, kalau tak sebut nanti KSP kata saya tak sebut. Dia tawar hati nak bagi tambahan, bantuan. Tinggi sekali bagi 2025, pembiayaan tertinggi, Kelantan RM500 juta, Kedah RM325 juta, Terengganu RM319 juta. Tapi kalau dengar mereka ini bersyarah, tak ada peduli langsung. Ada yang Pasir Putih baru ini, “kerajaan ini zalim. Tak tengok kita langsung. MADANI apa? Ni MADANI Abu Jahal”. Orang cakap. Betul ke ni? Ni tengok, ni satu contoh.

 

  1. Yang lain, tebatan banjir, berbilion kita bagi. Berbilion ringgit. Saya tak kisahlah macam mana nak buat. Dah, tak menang, tak menang lah. Kedah, Kelantan, Terengganu. Kedah. Ingat sikit orang Kedah. Takda orang kedah? Mana orang Kedah? Haa… nampak pun memang ganteng-ganteng bu.

 

  1. Jadi, kita bagi. Jadi, kadang-kadang Sahabat kena terang. Bukankah ada perjumpaan Sahabat. Saya beritahu Datuk Seri Dr Syed Hussian, bagi pengurusan kena bagi fakta. Ini bukan propaganda politik. Bagi fakta. Itu Sahabat, bantuan daripada Amanah Ikhtiar, Kementerian Kewangan, kelulusan Perdana Menteri. Tapi di bawah, z Tak bagi. Jadi Sahabat kena jawab. Tolong jawab. Fakta bukan propaganda. Ini kalau saya suruh tipu jawapan, tak. Ini bagi angka betul-betul. Kelantan RM500 juta, tertinggi. Kedah, RM325 juta. Terengganu, RM319 juta. Yang dengar kenyataan mereka, di anak tirikan, dianiayai.

 

  1. Selama ini Amanah Ikhtiar dah dapat cecah sampai RM1 billion. Baik. Dan Kerajaan MADANI, kita dah bagi pinjaman baru 200 juta. Datuk Johan angguk tu, maknanya ada harapan dalam belanjawan yang akan datang.

 

 

  1. Baru-baru ini dalam beberapa hari yang lalu, saya panggil pengurusan Amanah Ikhtiar, Tekun, syarikat mikrokredit yang lain lah, Bank Rakyat, Agrobank dan beberapa yang lain ya, MARA. Nak cari jalan ni, bantuan banyak, sampai tak di bawah? Ada tak complaint orang? Jadi saya kata, masih ada.

 

  1. Jadi ada kajian baru ini tunjuk bahawa di Bandar Raya Kuala Lumpur, kita kaji pasal pasar malam. Kita tengok Perdana Menteri ni, dia bukan kaji projek-projek besar, dia suruh kaji pasar malam, dia orang meniaga macam mana. Untungkah? Boleh hidupkah? Ni harga barang naik macam mana? Dia kaji-kaji dia kata, pasar malam ini daripada semua badan-badan peminjam ini, 6% sahaja yang pinjam. Yang lain tak ada. Jadi, kebanyakannya masih lagi pendapatan RM1500 ke bawah. Sebahagiannya adalah RM3000-RM4000. Jadi, saya bagi tahu, baik, minggu depan saya kata, kita, Datuk Johan akan selaraskan. Janganlah tunggu orang pergi ke pejabat. Mahal. Dia nak kena tinggal berjam-jam. Kemudian pergi pejabat kena tunggu lagi sejam dua jam. Pasal, pegawai pun dia ada tugas lain juga. Jadi saya kata, kita tetapkan masa minggu depan, saya turun sendiri, minta semua ini, MARA, Agrobank, Amanah Ikhtiar, semua sekali turun di gerai-gerai ni, buka, minta siapa yang ada masalah tolong bagi tahu, mari ke sini. Maknanya kita turun sendiri untuk menyelesaikan masalah-masalah.

 

  1. Bagus tak macam tu? Baik. Ya, saya tak payah cerita banyak pasal Skim Paduri Madani ini, kerana saya percaya sudah diterangkan, cuma nak laksanakan dengan begitu baik. Dan sahabat semua yang dah menerima pinjaman dalam Majlis Peluncuran Skim Paduri Madani ini, Amanah Ikhtiar, tolonglah pastikan, ini buktikan. Saya bangga.

 

  1. Baru ini kita sambut Hari Wanita, Wanita tu siapa? Ibu kita, isteri kita, anak kita, kakak kita, adik kita. Jadi kalau kita faham begitu, selama ini tak ada program besar khusus untuk wanita. Jadi, Amanah Ikhtiar beri galakan supaya wanita buktikan pinjam, bayar hutang. Malu orang lelaki ni tau tak dapat 90% bayar hutang. Pinjam, dia bayar. Sebab apa? Dia tabah. Sebab apa? Dia ada wibawa. Dia ada nilai. Dia ada akhlaq. Aufu bil uqud (أَوْفُوا بِالْعُقُودِ) – kamu pinjam, ada perjanjian, mesti bayar. Itu tuntutan al-Quran juga. Dia tahu tanggungjawab dia. Melainkan, katalah kecederaan, kematian itu soal lain-lain, tapi dalam keadaan biasa, dia ada wanita yang tabah dan ada daya tahan semangat.

 

  1. Kerana mula 2-3 bulan, kadang-kadang hadapi masalah. Tanam. Tanam-tanam baru hujan lebat pula. Jadi tanam sekali lagi. Hujan tak lebat, kemarau pula dah. Dalam kes-kes tertentu, saya percaya kita boleh teliti untuk bantu.

 

  1. Jadi saya sekali lagi lah, nak terima kasih Noor Aeiza. Macam mana? Wanita jagaan dia bagus sikit kan? Boleh? Garang sikit. Tak garang tak boleh pimpin. Ini saya ucap terima kasihlah dan doa, semoga berjaya dan kita harap betul Amanah Ikhtiar. Saya beritahu Syed Hussian, betul Grameen Bank bagus, sahabat saya juga jaga tu, tetapi saya kata kalau banding Amanah Ikhtiar, Amanah Ikhtiar ini dari segi jumlah, dari segi faedah, itu jauh lebih baik! Jauh lebih baik!

 

  1. Jadi, kita kena tengok juga macam mana kita boleh terangkan di peringkat sini dan juga antarabangsa. Biar negara-negara berkembang ini tengok, modalnya sedikit, boleh bagi pulangan yang baik. Jadi, saya nak Amanah Ikhtiar ini jadi contoh dan terkenal bukan sahaja di Malaysia, tapi seluruh dunia, satu contoh terbaik membantu rakyat miskin tegar. Sekali lagi terima kasih.

 

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

TEKS UCAPAN VERBATIM

YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM

PERDANA MENTERI

 

SEMPENA

 

MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU

PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2026 KALI KE-55

 

TEMA HARI GURU:

GURU BITARA NADI NEGARA

 

16 MEI 2026 (SABTU) | 9:30 PAGI

HOTEL CASUARINA

IPOH, PERAK

 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

 

Alhamdulillahilladzi anzala ‘ala ‘abdihil kitab

walam yaj’al lahuu ‘iwajaa,

Wa usolli wa nussalli ala Rasulihil Karim,

Wa ala alihi wa sahbihi ajma’in.

 

Saudara saya,

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Diraja Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi,

Timbalan Perdana Menteri;

 

Saudara Cikgu,

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Saarani bin Mohamad,

Menteri Besar Perak;

 

Yang Berhormat Puan Fadhlina binti Sidek,

Menteri Pendidikan;

 

Yang Berhormat Menteri Pendidikan Tinggi;

 

Yang Berhormat Dato’ Seri Mohammad Zahir bin Dato’ Abdul Khalid,

Yang di-Pertua Dewan Negeri Perak;

Yang Berbahagia Ketua Setiausaha Negara;

 

Tetamu-tetamu yang saya muliakan dan yang utamanya guru-guru yang kita raikan pada hari ini.

 

  1. Hari ini saya berucap sebagai Cikgu Anwar. Dan saya harap kita dapat teliti sebagaimana yang diungkapkan oleh Fadhlina, seorang menteri pendidikan yang begitu komited bukan sahaja dalam dunia pendidikan, tetapi untuk kebajikan guru-guru.

 

  1. Bila saya sebut begitu, mudah dengarnya tapi membebankan saya sebab seringkali dalam perjumpaan-perjumpaan dia mengusulkan beberapa kemudahan yang diperlukan di bidang pendidikan oleh guru, oleh pelajar, tetapi sebagaimana saudara tahu sejak Kerajaan MADANI ini, dalam belanjawan negara, peruntukan terbesar adalah dalam bidang pendidikan.

 

  1. Soal kebajikan kita utamakan, sebab itu bila kita menilai keperluan bersama Tan Sri Shamsul Azri, KSN dan KPPA untuk memperkenalkan skim dan meningkatkan sistem saraan guru-guru dan penjawat awam, kita beri perhatian, dan alhamdulillah, akhir tahun lalu dan tahun ini kita naikkan gaji dan elaun guru-guru paling tinggi dalam sejarah.

 

  1. Saya juga ucap tahniah kepada rakan-rakan mengendali di kementerian, Ketua Pengarah Pendidikan dan seluruh jentera, KSU nya kerana menyiapkan kerangka pendidikan yang mempersiapkan negara ke arah bukan sahaja negara maju dari sudut ekonomi, teknologi, AI dan digital, tetapi mempertahankan jati diri, nilai murni yang kita utarakan sebagai nilai dan akhlak masyarakat.

 

  1. Kalau kita lihat hampir semua negara punyai dasar-dasar pendidikan mereka dan dinilai dari semasa ke semasa. Tetapi di Malaysia, di negara MADANI ini ada kelainan, kita tidak mahu ketinggalan dari sudut teknologi baharu, AI. Anak-anak dipersiapkan dengan keperluan semasa, kalau tidak kita akan ketinggalan, tetapi dalam semua matlamat itu untuk mencapai yang murni tidak pernah kita abaikan atau remehkan kepentingan mempertahankan nilai kemanusiaan kita sebagai rakyat Malaysia dan nilai apa yang disebut sebagai akhlak masyarakat, kerana pendidikan akhirnya tidak boleh terlepas daripada peribadi, sahsiah, insan atau manusia.

 

  1. Sebab itu, guru-guru nampak terbeban, ada sahaja masalah dalam masyarakat, tentunya menyentuh anak-anak dalam sekolah. Dan tentu menimbulkan keributan, seolah-olah ini hanya berlaku di sekolah, padahal apa yang berlaku kepincangan, kebobrokan dari segi moral itu kerana sebahagian daripada masyarakat. Tapi saya harap guru-guru lihat ini secara positif, kalau tidak guru siapa lagi.

 

  1. Jadi sebab itu, kalau terbeban dengan teguran dan kritikan, sebahagiannya tidak adil, saya salute guru-guru kerana terima dengan baik untuk bangkitkan dan pastikan generasi akan datang itu jauh lebih baik daripada yang kita hadapi.

 

  1. Sebab itu, ia terungkai dalam nilai kemanusiaan, kalau lihat perdebatan yang di luar itu, kadang-kadang di luar pertimbangan, yang dirangka, difikirkan, direnungkan dalam dunia pendidikan. Dunia pendidikan ini apa dia matlamat? Menggali ilmu, meningkatkan untuk kefahaman masyarakat. Anak-anak sekolah. Menilai dengan baik. Membetuk manusia yang punyai nilai dan akhlak. Tapi ini tidak berlaku dalam masyarakat,tidak dalam dunia politik, tidak dalam dunia sosial, apalagi media sosial. Jadi saudara-saudara terpaksa bertempur, berhadapan dengan kenyataan di luar yang seolah-olah terpisah, tersisih daripada realiti.

 

  1. Dan ini satu gagasan yang penting. Di satu pihak, kita harus menguasai teknologi baharu. Pendidikan, sistem pendidikan sekarang dengan kupasan dia. Kalau lemah bahasa, disergah. Menguasai bahasa Inggeris dikatakan penting. Matematik, sains penting. Sekarang ini, teknologi baharu, teknologi maklumat. Datang Dato’ Seri Zahid, TVET, TVET, TVET. Tapi ini kenyataan. Keperluan itu tidak dipertikaikan.

 

  1. Rupa-rupanya keberanian kita mengorak langkah, menembusi tembok-tembok atau meruntuhkan tembok-tembok penghalang itu, dan kemudian membawa gagasan baru, itu sebenarnya satu keperluan. Tapi pada hari ini saya nak tekankan juga satu aspek yang tidak boleh diremehkan. Negara ini tidak mungkin selamat hanya dengan kepintaran yang disebut tadi buku Harry Lewis, ‘Excellence Without Soul’. Siapa yang boleh pertikaikan keupayaan Universiti Harvard? Tapi mengapa tokoh sarjana ulung Universiti Harvard boleh menyanggak seluruh pendekatan sistem itu? Kerana Universiti Harvard itu, universiti terulung. Saya pernah menyampaikan kuliah di sana. Hebat! Profesor-profesor yang mendapat pelbagai pengiktirafan dunia dari segi akademiknya, dari segi research-nya, tetapi disergah keras oleh Harry Lewis kerana gedung itu indah, anak-anak pintar, tapi tidak peduli kemiskinan ketara di luar, kelompok-kelompok yang dikatakan the ghettos, apalagi di kalangan kulit hitam. Jadi, tak memberi kesan kepada mereka, tidak menyentuh hati nurani mereka, tidak mengetuk pintu hati mereka sebagai manusia, merasakan apa yang dirasakan oleh anak-anak dan keluarga di luar.

 

  1. Jadi kata dia, untuk apa kita mendidik? Kita didik siapa? Kalau kita didik manusia, maka harus ada nilai murninya, nilai akhlaknya, ada keprihatinannya. Ini yang disebut akhlak ataupun nilai manusiawi, itu tidak ada. Sebab ditanam kebencian kaum, diletakkan kefahaman bahawa menghina orang kerana warna kulitnya berbeda dari kita. Itu yang disebut kegagalan sistem dalam membentuk nilai.

 

  1. Bagi kita di Malaysia, dalam pelbagai tamadun tidak pernah ditinggi. Saudara yang biasa dengan pengajian Confucius di kalangan masyarakat Cina, apa dia? Nilai, yang disebut, virtue. Membangkitkan apa yang dikatakan keseimbangan. Itu kalau Cina. India? Apalagi kalau dalam Islam. Ini pun satu pandangan. Kalau saya sebut umpamanya Confucius, nanti ada bagi pandangan, “tengok, Anwar ni cakap pasal Cina sahaja.” Pemikiran sempit. Jangan adalah di Kementerian Pendidikan kalau ada pandangan-pandangan begitu. Tidak ada tempat begitu. Kita ni dunia pendidikan, memuliakan. tidak ada rugi.

 

  1. Asasnya tetap bagi saya sebagai seorang Islam. Kekuatannya dari akidah Islamiah dan ruh perjuangan Islam. Tetapi, tidak diajar untuk menghina orang, untuk meremehkan budaya lain. Bagaimana orang nak hormat dan memulihkan kita? Kita mula saja bertempur, berucap saja dalam majlis, bila bercakap MADANI, “Oh, MADANI itu pengaruhnya seperti Abu Jahal.” Orang itu berpengaruh. Ada PhD, tapi nilainya itu bobrok. Nilai kemanusiaan zero. Nilai akhlak habis, ditinggalkan.

 

Saudara-saudara,

 

  1. Ini ujian dan cabaran kepada kita. Tidak mudah kerana guru-guru juga tidak terpisah daripada persekitarannya. Jadi jangan kita didik begitu. Mana dia kasih sayang kepada kemanusiaan? Mana dia kesediaan untuk memaafkan kelemahan-kelemahan masing-masing? Sebab itu, pagi tadi, dengan Azizah, tengah renung apa yang harus saya bicarakan. Teksnya panjang. Tapi saya teringat kupasan al-Quran tentang ciri kemanusiaan dan kasih sayang yang tentunya boleh ditanam dalam dunia ilmu dan pendidikan.

  

  1. Fabi-maa rahmatim minallahi linta lahum. Wa law kunta fadzzhan ghalidhal-qalbi lanfadldlu min haulika. Fa’fu ‘anhum, wastaghfir lahum, wa syaawirhum fil-amr. Fa idzaa ‘azamta fatawakkal ‘alallah. Innallaha yuhibbul-mutawakkilin. Sadaqallahul Azim.

(Surah Al-Imran, Ayat 159)

 

  1. Kalau tidaklah, tentu ada-ada asbaun nuzul-nya. Tapi saya nak tekankan di sini tentang aspek istighfar kepada Allah, memaafkan, menanam bibit kasih sayang, dan akhirnya tawakal kepada Allah. Ini satu pengajaran kepada kita. Ke mana masa depan kita? Apa nasib anak-anak kita masa depan? Sudah berdekad-dekad merdeka, kita masih bicara, bertempur soal-soal yang remeh, yang hanya menanam kebencian satu sama lain.

 

  1. Jadi, saya ambil kesempatan ini, mengingatkan kita apa yang digesa dalam firman Allah SWT yang saya bacakan tadi, bahawa kalau tidaklah kerana rahmat, pengampunan Allah SWT, tak mungkin kita selamat begini. Sebab itu, kita jangan lupa, dalam dunia pendidikan ini, menanam bibit kasih sayang. Tidak akan ada guru yang baik dan cemerlang. Seperti pengalaman saya sebagai pelajar dan pengalaman saya sebagai guru, kalau tidak menunjukkan kasih sayang kepada anak-anak murid.

 

  1. Saya tadi cerita kepada Dato’ Seri Zahid. Guru saya, Tan Sri Abdul Rahman Arshad, jadi Ketua Pengarah Pendidikan. Saya, Menteri Pendidikan. Kan susahnya protokolnya, bila dia bangun, saya kena bangun, dia masuk pejabat, saya kena bangun. Tapi saya kan pelajar, saya kan murid dia, kan dia itu berjasa kepada saya tak terpadam. Sebab itu, hubungan kami sehingga lah akhir hayat tidak pernah putus. Walaupun pada masa itu ada kekangannya, kan saya di luar Kerajaan dan terlempar di penjara, tapi hubungan dengan dia tu tidak pernah tinggal lah.

 

  1. Saya pernah sebut dalam Majlis Hari Guru, saya ingat di Universiti Malaya, Hari Guru, saya menteri yang dijemput pada masa itu. Ketua Pengarah Pendidikan berucap sebelum saya, Menteri Pendidikan. Dia bangun, saya bangun. Jadi, orang tengok ini apa? Menteri tak tahu protokol? Mana boleh menteri bangun bila pegawai bangun. Dia duduk, saya duduk. Saya nak berucap, saya minta kebenaran dia. Itu dia hubungan murid walaupun murid itu seorang menteri dan pegawai itu.

 

  1. Itu cerita yang baik. Yang masalahnya, dia kalau datang ke pejabat saya, dia tegur saya macam saya anak murid dia. “Eh Anwar…” Saya berucap. Tadi saya beritahu Dato’ Seri Zahid. Di Kuantan majlis sekolah ke apa. Jadi, dalam ucapan itu tidak pakai teks, kadang-kadang bahasa dan grammar itu celaru lah sikit. Saya ingat lagi, saya sebut, “Maka dengan itu saya menyeru semua guru-guru.” Saya duduk sahaja (selepas berucap), “Anwar, mana boleh semua itu guru, mana boleh semua guru-guru.” Saya kata, “Iyalah, jangan kuat sangat orang lain dengar.” Tapi begitulah hubungan dan kasihnya guru pada seorang pelajar.

 

  1. Saya boleh terima teguran itu tapi saya kata jangan, seganlah saya kalau pegawai-pegawai lain semua dengar, apa ni? Saya tahu bila dia sebut “Anwar, semua guru ke guru-guru?” “Semua gurulah, cikgu.” Saya panggil dia cikgu kalau secara personal. “Lepas itu, mengapa Anwar berucap, kata semua guru-guru? Anwar itu kan Menteri Pendidikan. Mana boleh silap grammar” Tapi, saya tunjukkan di sini, itu kasih sayang.

 

  1. Baik, masa itu saya menteri. Lepas itu saya masuk penjara, tak pernah diputuskan hubungan atau tunjuk kasih sayang. Di luar, saya tak ada kedudukan tapi tidak pernah putus.

 

  1. Saudara, yang saya nak tekankan di sini tentang kasih sayang. Sama ada anak itu Melayu, Cina, India, Orang Asli, Iban, Kadazan, apa dia? Dia kan manusia. Mengapa kita menjadikan ini sebagai masalah? Saya sebutkan ini dan saya percaya semua, sekurang-kurangnya majoriti besar guru faham kerana guru saya ada guru Melayu, ada India, Malhotra, ada Cina, Weng Bai, tapi saya tidak fikir dia boleh mengajar saya masa beliau di Kolej Melayu, dia anggap saya ini anak Melayu, oleh itu dia tidak ajar, betul. Tidak. Jadi, kita kena hidupkan budaya ini saudara-saudara kerana di luar sana celaru, perbincangan tidak lagi siuman.

 

  1. Saya sebagai Cikgu Anwar, nak lahir kepada saudara-saudara untuk betulkan ketempangan ini. Kita bicara soal UEC dan tentunya guru-guru mengikuti. Kita dengar pandangan Menteri Pendidikan, Menteri Pendidikan Tinggi. Kebimbangan mereka, masalahnya dan sebagainya. Jadi, kita bincang puluhan tahun. Ssemasa saya mula berbincang kelulusan UEC semasa saya Menteri Pendidikan dan Tan Sri Rahman Arshad, Ketua Pengarah Pendidikan. Kita menghadapi kesukaran untuk memberikan ruang kerana pada masa itu sekolah-sekolah Cina ini terpisah langsung dengan landasan pendidikan kebangsaan.

 

  1. Dalam beberapa pertemuan dengan saya, pemimpin-pemimpin guru tersebut enggan berbicara sepatah pun dalam bahasa Melayu. Saya tentu bersabar mendengar. Ketua Pengarah Pendidikan masa itu, Tan Sri Rahman Arshad membisik kepada saya, “Anwar, minta maaf, saya terpaksa keluar daripada majlis ini. Saya tidak dapat tahan sikap macam demikian”. Dan saya kata okeylah. Saya mengerti kerana demikian pertembungannya di antara Sekolah Independent Cina dengan dasar pendidikan kebangsaan. Itu 40 tahun yang lalu.

 

  1. Pertemuan sekarang, semua wakil-wakil persatuan bercakap dalam Bahasa Melayu. Sekolah-sekolah Cina ini, lebih daripada 80% Fadhlina ya, yang mengambil SPM dan bila kita luluskan peraturan ini, kita letakkan syarat. Mesti lulus atau kepujian dalam Bahasa Melayu dan Sejarah untuk melayakkan mereka mendapat ruang untuk pergi ke universiti. Dan ini terpakai untuk semua.

 

  1. Sekarang ini sekolah antarabangsa kita tak syaratkan. Sekolah antarabangsa itu anak-anak Melayu ramai. Anak-anak Malaysia. Jadi kita syaratkan yang sama. Dan juga Maahad Tahfiz dan sekolah Arab yang dulunya mengajar semua kurikulum Bahasa Arab dalam Bahasa Arab, tapi tidak memberi pendekatan tentang Bahasa Melayu dan Sejarah. Kita berikan syarat yang sama.

 

  1. Itulah sebabnya mengapa kita buat keputusan, sekali lagi dia jadi perbahasan politik. Saudara, di dalam kehidupan kita ini mestilah ada semangat tolak ansur. Yang kita tidak boleh tolak ansur apa? Bahasa. Mahu duduk di Malaysia, penguasaan bahasa harus kekal. Mahu menjadi rakyat Malaysia, mesti faham sejarah kita, perlembagaan negara, sejarah kemerdekaan, sejarah perjuangan yang lalu, pertempuran kita dengan penjajah Inggeris atau Belanda sebelumnya, Portugis sebelumnya. Sekadar itu mesti mengetahui.

 

  1. Jadi inilah sebab mengapa akhirnya kita putuskan untuk meletakkan syarat ini supaya sebahagian daripada mereka, di kursus-kursus tertentu, bahasa dan juga beberapa kurikulum mungkin Accountancy dan sebagainya. Mengapa tidak boleh kita umumkan semua sekali? Mengikut Menteri Pendidikan Tinggi, dia harus bawa ke badan-badan professional. Kerajaan boleh putuskan pengiktirafan sijil itu dari badan-badan professional.

 

  1. Jadi, serah kepada Kementerian Pendidikan untuk menyusul, tapi dasar yang diluluskan oleh Jemaah Menteri jelas. Kita izinkan dari sekolah Arab, sekolah Tahfiz, sekolah antarabangsa, sekolah Cina dengan syarat Bahasa dan Sejarah. Kemudian, ambil beberapa kursus universiti yang sesuai. Tak terbatas kepada kursus-kursus bahasa sahaja. Dia juga boleh dalam bidang akauntan dan lain-lain. Itu akan diputuskan oleh senat universiti dan badan akauntan.

 

  1. Jadi, saudara-saudara, sudahlah. Negara ini perlukan guru tumpu dalam bidang ini. Masalah negara kita, ya alhamdulillah, angka-angka terakhir, saya dengan Dato’ Seri Zahid dan Menteri-Menteri agak terkejut. Kita jangkakan bila menghadapi kemelut ekonomi mutakhir ini, suku tahun pertama mungkin bertahan, suku tahun kedua dah mungkin menampak keruncingan itu, tetapi laporan Bank Negara dua hari yang lalu, suku tahun pertama baik, suku tahun kedua masih bertahan. Alhamdulillah.

 

  1. Ya, kita bicarakan ekonomi, kita fikirkan pelaburan, kita fikirkan kestabilan politik, kerjasama antara kaum. Tetapi kita jangan lupa, itu juga kerana peranan guru mendidik dan mempertahankan sistem pendidikan kita ke arah kecemerlangan. Tanya sahaja, dari Infineon, dari Nvidia, dari Intel, dari Microsoft, semua datang jumpa saya. Selalu saya tanya, “bagaimana tentang prestasi pekerja kita?” Saudara, saya belum pernah dengar satu komen yang mempertikai kelayakan asas jurutera atau akauntan sebagainya serta penguasaan bahasa. Yang mereka usulkan ialah perlu ada peningkatan, termasuk kejuruteraan dan bidang-bidang lain. Dan oleh itu, bagi pelabur, bagi konglomerat, bagi saudara-saudara kaya, jangan lupa, mereka perolehi ini semua kerana jasa guru yang mendidik anak-anak kita.

 

  1. Sebab itu, kita perkenalkan sekolah angkat. Sekolah angkat meminta semua syarikat-syarikat yang kaya ini, yang berjaya ambil sekolah angkat yang berdekatan. Semalam dalam kajian, dua hari yang lalu ya, baru sekitar 80 sekolah. Saya tak puas hati. Banyak syarikat-syarikat di Perak, Saarani ya, yang berjaya dan catat keuntungan besar. Saya harap dalam tempoh satu, dua bulan ini, maksimum akhir bulan Jun, kita perlu catat sekurang-kurangnya 200 sekolah angkat kerana syarikat-syarikat ini kemudian berdamping dengan guru besar, pengetua dan bincang keperluan-keperluan asas. Kita tidak minta juta-juta ringgit tapi sekurang-kurangnya beri kemudahan tambahan sekolah supaya ada sinergi di antara syarikat dengan Kerajaan.

 

  1. Ada beberapa pengumuman yang tadi disebut oleh Saudari Fadhlina. Saya tidak mengulangi hal yang diperolehi, cuma dia senang jadi umum, yang kena cari duit itu saya (nada seloroh). Dia kata, kuarters guru ini teruk sikitlah. Okey, okey. Permintaan dia, boleh tak bagi 300 juta perlahan-perlahan lah. Nak Tadi, sebab itu… bilik guru. Memang betul saya pergi kadang mengejut-mengejut ni. Saya bukan satu, dua cara. Satu, lawatan mengejut.

 

  1. Satu lagi, hari Jumaat. Hari Jumaat, siap Fadhlina. Mesti dapat teks. Sebab saya bertanya anak-anak sekolah. Sekolah mana? Sekolah ini, okey. Tandas macam mana? Okey. Haa? Tak, ada dua rosak. Saya pun text Fadlina, sekolah ini dua rosak tandas. Kemudian cikgu datang semua. Datang. Haa? ada yang tak datang. Apa nama cikgu tu? Dia sebut contoh, Cikgu Salmah. Haa, apasal tak datang? Kenapa? Dia ajar apa? Dia ajar Sejarah. Dia jawab sebab apa dia tak datang? Dia bersalin. Bagilah tahu.

 

  1. Dalam puluhan sekolah orang tanya Alhamdulillah, saya belum dapat laporan guru tak datang tanpa sebab.
    Tetapi maknanya Ketua Pengarah jangan bimbang, Pengarah Pendidikan, saya tak tanya saudara, saya tanya anak-anak di masjid ini. Kalau salah hangpa

 

  1. Begitu juga dengan naik taraf bilik guru di 3500 sekolah, itu semua dilakukan dan saya ucap terima kasih. KSU mana? Baik. KSU pun cekap. Ketua Pengarah pun lagi cekap. Tahun ini memang di kabinet, saya ingat Menteri Pendidikan hampir-hampir nak menangis. Saya kata, nope. Mesti mula tahun ini. Umur 5 tahun. Tak ada, siap. Itu bukan problem Itu problem Ketua Pengarah dengan Kementerian Pendidikan. Kalau wang tak ada, saya cari juga. Buka kelas-kelas baru. Kalau tak boleh, bangunan-bangunan baru, modular. Dan bagi tahu JKR, bagi tahu ICU, jalan, Alhamdulillah.

 

  1. Yang daftar, sekarang ini sekitar 75,000 pelajar baru. Pertambahan bilik guru yang diluluskan oleh Kerajaan. Pertambahan. KP ya, ingat. Pertambahan itu 3,150. Ini dari segi pertambahan guru untuk Kementerian Pendidikan, ini rekod dalam sejarah sejak kita merdeka. Ini kadang-kadang tolong cerita lah di kampung ini. Ini saudara tak cerita. Cerita masalah je. Cerita macam di Terengganu, Kelantan, Kedah, Perlis. Cerita sikit ni, ni. Faham tak? Bilik guru diselenggara setakat ini 7,000.

 

  1. Saudara, bila tahun lalu, bila Hari Guru saya sebut tentang tandas. Kalau orang panggil ‘Pendana Menteri Tandas’, tak apa, saya tak peduli. Tapi, bayangkan, anak kita ke sekolah, tandas tak terurus. Nak ajar tentang kebersihan, nilai murni, ambil wudhu. Jadi sebab itu, kita belanja hampir 1 bilion ringgit. Saya berfikir, apa benda negara nak repair tandas sampai 1 bilion ringgit? Kerana tak pernah di-repair dah 20 tahun. Tapi Alhamdulillah, kita ambil tindakan, kerana menteri dia kacau saya selalu.

 

  1. Saya kata, cuba bagitahulah sesekali yang dah berjaya. Ini kalau jumpa jaya, jumpa di kementerian, di JPM atau di Jemaah Menteri, asyik yang belum dapat sahaja. Bilik guru ada yang belum siap. Saya kata bagi tahu dulu, bilik yang dah siap lah, kemudian baru bagi tahu yang belum siap. Kalau tak demam lah saya. Jadi, bilik guru diselenggara seperti yang saya bagitahu tadi. Projek penyelenggaraan naik taraf bilik guru, itu pun seperti yang diumumkan, bukan kecil. Dan penyelenggaraan kuarters guru, yang itu saya setuju. Kuarters polis, kuarters tentera, guru, penjawat awam, ini kita minta, dia tu kerja dengan kita, tetapi tengok kuarters, saya tengok kuarters penjara termasuk Sungai Buloh yang jaga saya dulu, pintu tak boleh tutup, bumbung bocor, nasib baiklah yang keluar dari penjara Sungai Buloh itu jadi Perdana Menteri, terus kita repair.

 

  1. Masa Dato’ Seri Zahid jadi Menteri Dalam Negeri, dia tak repair. 4,000 Unit kuarters tambahan. Dan dengan penyelenggaraan tak kecil. Berapa yang diselenggara dalam tempoh 2 tahun ini? 8,700 Unit kuarters guru. Bukan kecil. Jadi tolong bubuh senarai ini KP ya. Kalau KP tak letak ini semua, minta wang saya tak lulus lagi dah. Jadi supaya anak-anak kita tahu.

 

  1. Jadi saudara-saudara, apakah ini cukup? Tidak. Oleh kerana Kerajaan memberikan penumpuan besar dan utama dalam bidang pendidikan ini, maka ada beberapa keperluan yang kita akan review dari masa ke semasa. Dalam perjumpaan saya dengan Kementerian Kewangan awal minggu ini, kita bincang juga soal pendidikan kerana kita minta sekarang ini digital, AI, pengkomputeran, STEM dan sebagainya, kita dah putuskan untuk kita review apa-apa keperluan supaya dalam belanjawan tahun ini kita dapat tingkatkan lagi perbelanjaan dan kelulusan untuk Kementerian Pendidikan Malaysia.

 

  1. Guru-guru mendapat pengiktirafan peringkat nasional dan antarabangsa. Sebenarnya tadi, saudara tahu Muhammad Nazmi dari Sekolah Kebangsaan Long Sebangan Lawas. Bayangkan, saudara tahu Lawas? Lawas itu di mana? Itu, jauh di Sarawak. Tak banggakah kita? Sekolah terpencil begitu boleh dapat pengiktirafan dunia. Ini interaktif, dia dapat 10 Finalist Global Teacher Prize 2025, Rise Educator of the Year 2021. Ini sebagai satu contoh.

 

  1. Kemudian keduanya, Dr. Velerie Wheelervon, Sekolah Kebangsaan Bingkor Keningau. Perkenalkan pendekatan Neuro Arts, Seni, Terapi Sensori, Pembelajaran, Neuro Arts. Cikgu Saarani oleh kerana dalam tu tak ada Neuro Arts masa dia mengajar. Terima kasih. Ini dia dapat Pengiktirafan Cambridge Dedicated Teacher Awards 2026 bagi Rantau Asia Tenggara Depositif.

 

  1. Saya ke Pulau Banggi, Daerah Kudat. Saya ke Sekolah Menengah Banggi, sekolah itu ada sama tingkatan enam. Kalau ada pengetua, saya ucap terima kasih. Saya sangat terkesan. Saya pergi pada tahun 1994 untuk letak batu asas sekolah itu. Dan sekolah itu telah dapat diurus begitu baik dan saya bagi cabaran kepada sekolah itu, prestasi tahun ini harus jauh lebih baik daripada apa yang pernah dicatit sebelumnya. Jadi, Kementerian Pendidikan pantau Sekolah Menengah Kebangsaan Banggi.

 

  1. Salah dia, dia jemput saya buat apa? Dia jemput saya, saya kena pantau. Tapi, saya bangga kerana mereka juga memanfaatkan NADI. NADI yang dengan komputer dan IT, itu NADI Pulau Banggi. Saya kata Pulau Banggi dekat dengan sempadan Filipina. Terpencil. Tak ada lapangan terbang. Saya kena naik helikopter satu jam sepuluh minit dari Kota Kinabalu untuk sampai ke padang sekolah kebangsaan, Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Banggi itu.

 

  1. Saudara, mereka mendapat International Award daripada International Telecommunication Union Geneva. Dan walaupun namanya NADI, tetapi jentera penggeraknya itu daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Banggi. Itu yang membanggakan saya.

 

  1. Sekali lagi saya ucap terima kasih. Hari Guru harus melahirkan guru terbaik tentunya, semangat yang kental dan saya menaruh keyakinan. Walaupun ada simpang-siur pertempuran di luar, guru tetap menjalankan tugas mereka dengan cemerlang.

 

Terima kasih.

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

 

TEKS UCAPAN VERBATIM

 

YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM

PERDANA MENTERI

 

SEMPENA

 

PROGRAM SOLAT JUMAAT BERSAMA YAB PERDANA MENTERI

DAN PROGRAM PENYERAHAN CEK CURA

PERUNTUKAN PEMBANGUNAN SYIAR ISLAM

BAGI NEGERI SEMBILAN TAHUN 2026

 

15 MEI 2026 (JUMAAT) |  1.05 PETANG

MASJID SRI SENDAYAN, SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

 

Alhamdulillahi rabbil ‘alamin

Nahmadulu wa nussalli ala Rasulihil Karim,

Wa ala alihi wa sahbihi ajma’in.

 

  1. Syukur alhamdulillah, dapat bersama dalam masjid yang sungguh indah ini, tetapi kita kembali mengingatkan kita tentang fungsi masjid sepertimana yang tertera dalam ayat quran yang saya tulis di sini:

 

Innamaa ya’muru masaa jidal laahi man aamana billaahi wal Yawmil Aakhiri wa aqaamas Salaata wa aataz Zakaata wa lam yakhshaa illal laaha fa’asaaa ulaaa’ika ai yakoonoo minal muhtadeen. Sadaqallahul ‘Azim

[Surah At-Taubah: 18].

.

 

  1. Itu Imam ada, Syeikh ada. Maksudnya, kita syukur Alhamdulillah. Bukan sahaja kerana kerjasama bantuan daripada Kerajaan, tapi dalam konteks Masjid Sendayan yang masyhur ini, atas usaha atau khidmat sahabat kita, Tan Sri Rashid Hussein, atas kesempatan, keindahan inilah saya minta dia pengerusikan Masjid MADANI Permatang Pauh, walaupun tak mungkin seindah ini kerana keterbatasan yang lain.

 

  1. Tapi saya balik kembali kepada ayat al-Quran yang saya bacakan, mendiri, memakmurkan masjid itu tanggungjawab kita. Innamaa ya’muru masaa jidal laahi -membangun, mendirikan, memakmurkan masjid. Sambung dengan…untuk apa? man aamana billaahi – untuk kita perkukuh iman kepada Allah Taala. Bertaut iman kepada Allah Taala. Yawmil Aakhiri – keyakinan dan kepercayaan kepada hari akhirat.

 

  1. Sebab itu bila kita tanya tentang accountability atau pertanggungjawaban, orang yang ada imannya dan keyakinannya itu lebih bertanggungjawab, kerana dia tahu bukan sahaja dipersoalkan dalam masjid, dalam mesyuarat, dalam laporan-laporan tahunan, dalam pilihan raya, tidak. Akhirnya dipertanggungjawab kepada Allah SWT. Sebab itu dikaitkan man aamana billaahi wal Yawmil Aakhiri. Kita akan sampai di situ. Peringatan kepada kita semua. Kalau kukuh iman kita, untuk apa masjid ini? wa aqaamas Salaata – untuk menyempurnakan solat, wa aataz Zakaata.

 

 

  1. Saya masih ingat gesaan almarhum Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradawi, ulama besar, apa keistimewaan Qur’an bila sebut solat dikaitkan dengan zakat? Kerana tanggungjawab hablum minallah hablum minan-nas -tanggungjawab kepada Allah Ta’ala dan juga kepada manusia. Zakat itu institusi agung yang mempertaut sebagai kekuatan ekonomi umat. Dan kekuatan ekonomi umat itu bermula dengan maslahah menjaga masyarakat am, bukan untuk memperkayakan dua tiga kerat manusia. Menjaga maslahah am, sebab itu solat itu dikaitkan dengan zakat.

 

  1. Kata Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradawi, dalam sejarah umat manusia ini jarang berlaku perisytiharaan perang untuk menjaga rakyat miskin, untuk membela nasib rakyat, jarang. Kalau dulu kalah perang kerana meminang puteri tak dapat, bukan ‘ku pujuk-pujuk ku bawa lari’, ‘ku pujuk-pujuk gagal, ku serang negeri’. Ataupun perang kerana emas-perak kekayaan. Perang kerana takluk dan jajahan. Tapi kata Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradawi, dalam sejarah umat manusia ini kali pertama Abu Bakar As-Siddiq r.a., mengisytiharkan perang, Al-Harb ‘ala al-Faqr – perang atas nama fakir untuk membela nasib miskin. Masha-Allah tidak pernah berlaku dalam sejarah manusia. Susah payah kerja nak tolong orang miskin. Belum tentu dapat dukungan, belum tentu dapat habuan, kekayaan belum tentu dapat undi, tapi niatnya membantu, membela.

 

  1. Kerana institusi zakat itu kalau gagal, kekuatan induk ekonomi umat itu runtuh. Maka, wa aqaamas Salaata wa aataz Zakaata. Baik, man aamana billaahi yakin, iman. Wal Yawmil Aakhiri, percaya kepada hari akhirat, menyempurnakan solat, membayar zakat. Kalau betul itu berlaku, wa lam yakhshaa illallah. Taklah takut, gentar lagi melainkan kepada Allah SWT. Ini kita takut, macam-macam. Berbagai ketakutan, takut miskin, takut tidak disokong, takut tak dapat, macam-macam.

 

  1. Maka, ketakutan ini diperingatkan dalam kaitan dengan ayat al-Quran, mendirikan masjid, bayangkan. Mendirikan masjid itu beri mesej keseluruhan kehidupan manusia. Dari imannya, kepada solatnya, kepada zakatnya, kepada sikap jati diri dan keberanian untuk jangan gentar dan takut melainkan kepada Allah SWT.

 

  1. Demikianlah, sedikit renungan dan saya, Menteri Besar, Saudara Aminuddin, Menteri Agama, Menteri Belia dan Sukan pun ada, dengan rakan-rakan, insya-Allah kita lakukan sebaiknya, sedaya upaya kita, sepertimana kita sebut dalam kerangka perjuangan kita, Islah Mastata’tu berupaya bawa perubahan, kebaikan, sedaya upaya kita.
  2. Mudah-mudahan Allah SWT memberikan kekuatan dan masyarakat dan umat mendoakan kejayaan kita bersama, selamatkan negara kita dari pelbagai tekanan dalam dan luar negara. Kadang-kadang bukan ciptaan kita masalah, negara telah berkembang baik, berlaku serangan oleh Zionis Yahudi Israel ke atas Iran, tempiasannya kepada negeri Arab, negeri Teluk, kesannya sekat Selat Hormuz, kapal-kapal minyak dan gas tersangkut, harga barang melambung naik. Jadi kita yang tak kena, walaupun sentimen kita tentunya menyokong rakan-rakan kita yang menjadi mangsa kecaman Israel dan Amerika Syarikat.

 

  1. Semoga Allah SWT memberikan aafiyah dan hidayah, menyelamatkan kita dan umat dari ujian ini.

 

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.