TEKS UCAPAN VERBATIM YAB PERDANA MENTERI: MAJLIS PERALIHAN PENTADBIRAN DAN REFORMASI INSTITUSI PARLIMEN MALAYSIA
TEKS UCAPAN VERBATIM
YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM
PERDANA MENTERI
SEMPENA
MAJLIS PERALIHAN PENTADBIRAN DAN REFORMASI INSTITUSI PARLIMEN MALAYSIA
14 OKTOBER 2026 | RABU | 1.10 TENGAHARI
DEWAN BANKUET
PARLIMEN MALAYSIA
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillahirabbil ‘alamin.
Nahmaduhu wa nusalli ‘ala rasulihil karim, wa ‘ala alihi wa sahbihi ajma’in.
Yang Berhormat Senator Dato Sri Awang Bemee bin Awang Ali Basah,
Yang di-Pertua Dewan Negara;
Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Dr. Johari bin Abdul,
Yang di-Pertua Dewan Rakyat;
Yang Berhormat Dato’ Sri Azalina Othman Said,
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi);
Yang Berbahagia Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA);
Rakan Menteri dan rakan-rakan yang saya muliakan.
- Hari ini tentunya kita melakar satu sejarah penting, bukan sahaja dari memaknai Reformasi Parlimen, tetapi memaknai kebebasan dan kemantapan sistem demokrasi berparlimen. Jadi bagi saya, ini satu perkembangan yang sangat bermakna dari sudut kematangan sistem politik dan juga kematangan sistem demokrasi negara kita.
- Jadi izinkan saya ucapkan penghargaan kepada kedua-dua Yang di-Pertua Dewan Negara dan Negeri Rakyat, dan saudari Azalina dan seluruh staf bahagian undang-undang yang banyak membantu melaksanakan dan menyegerakan, dan utamanya Ahli-ahli Parlimen Kerajaan dan pembangkang yang merestui dan memberikan dukungan menjayakan undang-undang ini.
- Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Simpang Renggam, Beluran dan Kota Bharu yang telah dilantik pagi tadi sebagai Ahli Majlis Perkhidmatan Parlimen sepertimana usul yang telah diluluskan. Tahu pasal apa saya tersasul sedikit. Sepatutnya setelah bentang Ketua Majlis, maknanya Perdana Menteri patut menyampaikan sedikit ucapan, tetapi kerana Yang Di-Pertua Dewan Rakyat begitu semangat dengan kuasa yang baru, dia hentikan saya daripada berucap. Jadi satu permulaan yang sangat bermakna dalam sejarah. Inilah kali pertamanya Yang di-Pertua Dewan Rakyat menghalang Perdana Menteri daripada berucap. Jadi saya usul sahaja terus saya tengok dia tak bagi apa-apa, saya pun duduk. Demikianlah nasib seorang Ketua Majlis (nada seloroh).
- Tapi balik kepada isu ini, kejayaannya itu tentunya terletak kepada kewibawaan kedua-dua speaker, kesediaan ahli-ahli yang saya bacakan tadi, Bukit Gelugor, Simpang Renggam, Beluran dan Kota Bharu bersama dengan ahli-ahli jawatankuasa dan Ahli-ahli Parlimen yang ingin berhasrat menjayakan dan mematangkan proses demokrasi seperti mana yang diidamkan.
- Sepertimana kita tahu, ini satu proses perjalanan demokrasi berparlimen di Malaysia selama puluhan tahun. Ada peringkat awal 1966, undang-undang yang menjamin keupayaan dan bidang kuasa perkhidmatan Parlimen walaupun secara nisbi relatifnya bebas, tetapi masih terlalu banyak kekangan. Kemudian dibatalkan daripada tahun 1992, dan kini kerana semangat dan dorongan kita untuk menjayakan dan mematangkan proses demokrasi, kita kembalikan.
- Bagi Kerajaan tentunya ada kebimbangan kerana kita bersedia dengan satu sistem yang banyak memihak kepada Kerajaan. Reform ini, saya percaya yang telah ditekankan oleh saudari Azalina, ini menunjukkan satu sikap-sikap dan tekad politik yang berani dan tegas. Sedia membawa perubahan walaupun ini bermakna penyerahan sebahagian daripada kuasa yang lazim ditentukan oleh pihak Kerajaan dan Ketua Majlis. Jadi sebab itu, saya anggap perubahan ini dan Akta Perkhidmatan Parlimen ini penting kerana dia, saya tegaskan, memaknai erti demokrasi berparlimen dan kematangan sistem demokrasi.
- Demokrasi itu tentunya satu perjalanan yang panjang, satu proses yang menjamin kejayaannya adalah kesediaan pimpinan untuk melakar prakasa reform dan ahli-ahli parlimen yang menyambut secara positif. Tentunya diharapkan dengan kebebasan dan bidang kuasa parlimen untuk mengangkat keupayaan stafnya sendiri dan tahap professionalismnya, kita juga mengharapkan suatu pengangkatan dan peningkatan mutu perbahasan dan juga adab dalam perbahasan sesuai dengan bidang kuasa yang baru. Ini tentunya memerlukan kerjasama frontbench dan juga backbenchers dan pembangkang.
- Dan saya harap dengan amanah yang diberikan kepada jawatankuasa ini peranan Speaker Dewan Negara dan Dewan Rakyat akan menyentuh hal-hal yang disebut ini. Tentunya saudara-saudara lebih arif bahawa dalam apa juga perubahan dan kelonggaran serta kebebasan ada batas-batasnya dan kita harus pastikan yang bagi saya yang mutlak, yang tidak boleh dimungkiri ialah keperluan mengangkatnya dan memaknai kebebasan yang sesuai dengan kefahaman kita dalam sistem demokrasi.
- Kita telah bahaskan isu Akta Perkhidmatan Parlimen 2025, jadi saya tidak berhajat untuk mengupas panjang, tetapi untuk handset ini Yang di-Pertua Dewan Rakyat kalau diizinkan, saya terpaksa menyatakan kenyataan untuk memberikan rasional setelah diluluskan. Kerana tadi Speaker Dewan Rakyat telah menggunakan budi bicara dan kuasanya untuk menghalang saya. Jadi saya nak merayu untuk memberikan ruang untuk memberi penjelasan supaya ada rekod dalam handset kerana ini bagi dalam sejarah kematangan Parlimen itu sangat penting.
- Jadi inilah di antara langkah-langkah di antara langkah penting yang saya anggap sebagai tonggak dalam reformasi Negara Madani ini, iaitu melaksanakan, menunaikan janji kita kepada rakyat bahawa Akta Perkhidmatan Parlimen diperkenal dan diluluskan dan membatasi kuasa yang sedia ada dan lazim ada pada Kerajaan dan terutamanya Ketua Majlis.
- Semoga Allah subhanahu wa ta’ala merestui usaha kita dan saya ulangi penghargaan dan terima kasih kepada semua.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
TEKS UCAPAN VERBATIM
YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM
PERDANA MENTERI
UCAPTAMA & MAJLIS MAKAN MALAM
GLOBAL SUMUD CONGRESS 2026
13 OKTOBER 2026 | SELASA | 8.00 MALAM
BANGI AVENUE CONVENTION CENTRE (BACC)
BANGI, SELANGOR
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Alhamdulillahirabbil ‘alamin.
Nahmaduhu wa nusalli ‘ala rasulihil karim, wa ‘ala alihi wa sahbihi ajma’in.
Saudara-saudara yang dikasihi sekalian.
Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Haji Amirudin bin Shari,
Dato’ Menteri Besar Selangor Merangkap Penaung Chief de Mission;
Rakan-rakan menteri;
Yang Berusaha Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh,
Pengerusi Kaukus Palestin Parlimen Malaysia (CGM);
Yang Berusaha Tuan Muhammad Nadir Al-Nuri bin Kamaruzaman,
Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM);
Pengelola utama yang membantu kita dalam Sumud Nusantara,
YBhg Dato’ (Dr) Ahmad Sani bin Dato’ Abdul Alim Araby,
saya sangat hargai sumbangan saudara dan rakan-rakan yang saya muliakan.
- Malam ini kita gunakan kesempatan untuk menyatakan penghargaan, jazakumullah khairan kathiran atas sumbangan, pengorbanan dan yang menarik perhatian ialah penyertaan rakan-rakan dari seluruh dunia.
- May I take this opportunity to express my profound gratitude for our brothers and sisters throughout the world who not only preach about democracy and human rights, but who genuinely want to express what is right, what is so hypocritical, the failure of the international community.
- I have to speak as a Prime Minister, I understand that but I have to express my utter disgust of the failure the international order. What order? Without democracy, whose democracy? Without human rights, which human? When human beings are treated as animals and slaves?
- Kita dibangunkan sebagai anak-anak dari negara yang terjajah, di Malaysia, seluruh dunia dan kita diajar oleh ibu bapa kita, untuk menentang segala bentuk penjajahan, ketidakadilan, kezaliman. Bila kita besar dan dewasa, kita lihat kekejaman di depan mata. Dan kita lihat kegagalan dunia untuk bukan sekadar memperjuangkan, menyuarakan pun masih terbatas.
- As we grew up as children in a colonized country where colonialism and imperialism were accepted as deed order of the day. But we grew up with our parents and grandparents to fight against colonialism and imperialism. We fought because we are against injustice, oppression, and colonization. And now we are in a society that condones the same principles that we fought for decades against colonialism and imperialism.
- Satu contoh terbaik adalah di Gaza. Ada orang kata, baru berlaku dua, tiga tahun. Orang yang faham sejarah tahu. Contoh kezaliman yang berterusan 70 tahun. Apa masalahnya? Kerana mereka Arab? Kerana mereka orang Palestine? Kerana mereka Islam? Tidak ada jawapan.
- Why is it, when it comes to the Palestinian case, that there is a different arrangement, judgment, and decision? I asked many colleagues in Europe, in United States, in many parts of the world. Is it because they are Muslims or Arabs or Palestinians? To me, it does not matter. What is important is they are human beings and they cannot be colonized. They cannot. We cannot allow this continued oppression, atrocities to be inflicted upon innocent lives.
- Jadi sebab itulah saudara-saudara, saya dan rakan-rakan menyokong langkah rakan-rakan dalam Sumud Flotilla. Saya tahu risikonya. Saya tahu masalahnya. Tapi apalah masalah ini ketimbang masalah yang dihadapi oleh anak-anak yang menjerit mengharapkan dunia mendengar, tetapi dunia pekak.
- How do you compare the appeal that tears of the babies and children to endure this suffering for decades. And we talk about our problems. That is precisely the reason why we believe that we need to support this endeavor. We have to continue this struggle. Seemingly difficult, but with the growing awareness in America, in Europe, Asia, Africa, Latin America. I believe insya-Allah, justice will prevail and Palestine will be free. Insya-Allah.
- Jadi saya datang, tentulah akan mendengar Araby tentang protokol yang dikemukakan. Sebab itu, bukan sahaja saya, tetapi menteri-menteri yang ramai dan Menteri Besar, Ketua Setiausaha Negara bersama yang menunjukkan komitmen Kerajaan MADANI sepenuhnya dalam perjuangan rakyat Palestin.
- Saya merayu rakan-rakan supaya terus bekerja dan berusaha sedaya-upaya supaya memberikan sedikit sumbangan, khidmat, tenaga untuk membantu. Amat mengaibkan sekali kalau kita kata kita tidak boleh melakukan apa-apa, kerana kita sibuk dengan dunia kita sendiri. Jadi ambil langkah-langkah yang perlu. Satu usaha sekecil mana pun untuk membantu rakyat yang mengalami penyeksaan selama 70 tahun lebih.
- Mudah-mudahan Allah SWT memperkenan, merestui usaha kita, menerima doa kita dan menjamin kebebasan Al-Aqsa, Palestin dan tentunya Gaza. Saya ucap terima kasih lah semua kepada rakan-rakan yang menjayakan program ini.
- I think I make special mention to our friends from overseas. It means a lot because you are part of this international movement. But more importantly, you are part of the voice of conscience, of reason, clamoring for justice. You don’t show that you are giving up. You show your determination. You show that there are important voices from Spain to Brazil to Indonesia to the Philippines. Name it. You will have a voice of reason, a voice of conscience, a voice that calls for freedom and justice. May Allah guide us.
Terima kasih. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
VERBATIM TEXT
OFFICIATING ADDRESS
BY
THE PRIME MINISTER OF MALAYSIA
YAB DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM
OPENING DINNER
INTERNATIONAL YOUNG FUTURE LEADERS SUMMIT (iFUTURE) 2026
Theme: “Redefining Future Leaders Through Value-Based Leadership”
11 OCTOBER 2026 (SUNDAY) | 8:30 PM
DEWAN MERDEKA, WORLD TRADE CENTRE
KUALA LUMPUR
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera
Nahmaduhu wanusolli ala rasoolihil karim
Wa’ala alihi wasahbihi ajmain
Yang Berhormat Senator Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir,
Menteri Pendidikan Tinggi;
Yang Berhormat Tuan Adam Adli bin Abd Halim,
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi;
Ketua Setiusaha;
Naib Canselor;
Rakan-rakan, dan yang utama anak-anak yang dikasihi sekalian.
- Alhamdulillah, kita bersama sekali lagi menjayakan rencana yang dipelopori oleh Saudara Zambry dan rakan-rakan di KPT yang membanggakan kerana diberi ruang untuk mengenal dan lebih daripada itu untuk memahami konteks apa yang dilakukan oleh Malaysia, tetapi juga untuk ada ruang, ada pertemuan, persefahaman di antara satu sama lain, rakan-rakan anak-anak muda dari negara yang rencam dan pelbagai.
- Dan saya kira, manfaatkan. Ini luar biasa kesempatan chsemangat Lita’arafu dalam Islam. Perbezaan itu tidak semestinya melemahkan tetapi memperkuatkan melalui kefahaman. Rakan-rakan kita yang lain bahasa, budaya, agama, dan juga sistem politik negara yang berbeza.
- Jadi, saya anjurkan, selain daripada menyokong langkah yang bermakna ini supaya anak-anak berikan tumpuan dengan pimpinan dan bimbingan profesor dan pengajar untuk memanfaatkan sepenuhnya ruang ini. Percayalah generasi saya dan saya percaya juga generasi selepas itu tidak punyai kesempatan ini, dan kesempatan ini kita terbuka luas, rugi kalau kita tidak manfaatkan.
- Respected professors, teachers, and my children’s and students here gathered from all over the world. I think this initiative deserves support, because it gives you a platform to engage meaningfully, not only to tell your side of the story but to learn. When we talk about reason discourse and engagement, it’s requires some humility to acknowledge that we are here to learn and share our experience, not only to teach or display our arrogance.
- We are fortunate that Malaysia relative is a peaceful country part of great ASEAN network, we are also fortunate in the times of great challenges, calamity throughout the world from climate change, to racial and religious strife, problem of the Straits of Hormuz, we still are able to secure the peace and using that to propel the economic upwards.
- What is the meaning of economic advancement? I’ve said this and tried to articulate the best of my ability the meaning of economic success and progress. That’s why with the theme, as the Minister rightfully said, is actually to like aim and reach for the skies. We are talking about new frontiers of knowledge, new technology, artificial intelligence, and quantum computing. We are talking about digitalization. These are new areas, new frontiers of knowledge that we must acquire. If we lose sight of its importance, we will be lagging behind.
- In these post-normal times, the faster you assimilate and acquire knowledge, the more assured will be your success. But it’s a major challenge. It means grappling with the basic requirements, with the need to expand the resources to ensure that most of us benefit. There’s no point in having an elitist structure. Education must be implemented with the desire to ensure everyone has a place and has the right. That’s why I take a very strong stance against those who promote racism and religious bigotry in this country. There’s no reason whatsoever for an independent country, be it Malaysia or anywhere else, not to promote education and opportunities for all. We cannot succeed if we start denying and fragmenting our societies. We must unite together, show respect, and do whatever is necessary.
- My dear children, you know why I keep on harping on this issue? I’m an impatient man. We have to struggle to make sure that this country succeeds, and for all our countries. Countries cannot succeed if you start compartmentalizing people, to show discord and distrust, and fragment communities. This country, blessed by Allah Subhanahu Wata’ala, we have the resources, but there are certain conditions we must meet. We must be united. We must have this clear vision that we have the capacity to defend the right of every single person. Yes, we have the framework and constitutional guarantees. Yes, Islam is the religion of the Federation. Yes, we have to ensure the rights and privileges of the Malays and the Bumiputera. Yes, the Malay language is the lingua franca and the official language. And with these constitutional guarantees, it’s not a zero-sum game, nor if it used to deny any single person.
- My children, you imagine, after all that you have seen, I’m not saying that I suffered immensely in my life, but you’ve seen, after all that, being abused, tortured to near death, imprisoned, abused and insulted, denied my basic rights, denied my contact with my wife and children and immediate family, how do you comprehend, after all those, I come to this position, and not be committed to defend the right and freedom and success of every single Malaysian in this country. The Malays, the Chinese, the Indians, the Ibans, the Kadazans, they are all my children, and they deserve to be given the right and protection.
- This is what we mean by the issue of conscience. Conscience is the dictate of the heart. Conscience is not mere pious platitudes or rhetorical political propaganda. Conscience is the habits of the heart. And it’s not confined to the Muslim viewpoint or the Chinese or the Indians, even in the West. You know, when Alexis de Tocqueville referred to the issue of Democracy in America, he popularized the phrase ‘habits of the heart’. The heart must ensure that you want freedom, you want justice, you want fairness, and for all men and women, the heart must dictate. If the heart dictates prejudice, hatred, then you are a sick person. You may have your PhDs and professorial positions, but you are quite sick because you don’t use your knowledge dictated by the conscience in your heart.
- So what I’m appealing to you in the first issue, on the first point, is yes, use the opportunity, get everybody united, respect every single person’s right, and assimilate knowledge as much as possible. Go to these new frontiers, “menggapai di langit,” but it must be dictated by the heart. You must be grounded to your faith, your tradition, your culture, and understanding what is right, what is just.Okay? Don’t be too serious, alright? This is not a kuliyyah. Am I okay? Is it sounds too serious or too boring? No.
- Here you are talking about human progress, understanding, and conviction. In my position, where else do I appeal? I appeal to the young. I’m not necessarily reneging the importance of our elders, but once we do kiss the hands of our parents, show affection and respect to our teachers and our professors, we must also recognize their contribution, but also the flaws in the system. The younger generation must strive to go beyond that. That’s precisely the reason, whilst I support such programs, I always have this question: why do you talk about future leaders? What makes you think that the young are not leaders in their own right now? To me, the question is quite fundamental. While I was a student activist, I was a youth leader, even those days, I was always cynical when the elders and my leaders at that time say, ‘You leaders of the future’. What do you mean leaders of the future? In some ways, you have to lead now. Lead what? The thinking of the masses, the conscience of the majority. What are students for? Who do you represent? You represent the future? No, you represent the present and the future. You must represent the conscience of the present. The present society cannot condone corruption, cannot condone exploitation, cannot condone and accept injustice. That is the conscience of the present, and the youth must champion this cause with all the strength and conviction.
- That’s again the reason why I’ve encouraged strongly, Saudara Zambry, Adam, and the ministry to immediately act against any provision in the Universities and University Colleges Act that can be perceived or deemed to be seen, to be curbing freedom and activities of students. So insya-Allah, now, of course, university leaders are all here, Vice-Chancellors, Deputy Vice-Chancellors, no one will be prosecuted just because of their ideas and their criticism, including if the student leader chooses to criticize the Prime Minister. That is not a crime. You have to defend your position, but it’s not a crime to criticize the policies of this government. That is what I mean by amending or scrapping those provisions which can be perceived and be abused.
- You know why? Because the essence of education is to inculcate learning, to inculcate what is termed as critical thinking. Can I suggest therefore, that you don’t make mistakes? No. I believe students, like elders too, they make mistakes. Students do make mistakes. It’s our duty as teachers, as parents, to advise and correct them. But similarly, so are the leaders. Leaders sometimes commit blunders. Look at history, recent history of our country. Look at the various scandals, billions lost, billions lost! And that money was supposed to be spent on the students, on our schools, on our universities, not to be stolen by those corrupt people!
- Yeah, I mean it. Why talk about progress? Why talk about change? Why talk about future? The future means action to correct the excesses. I mean, what is wrong with us? How do we accept to move society upwards when you condone this? You see, my recent budget referred to the Minister, yes, we have increased. I am proud to say that Malaysia is one of the few countries that puts education and allocation for education as number one in our budget. Why? I want my children to succeed. I want my children to get better facilities and get to be able to secure whatever is necessary to succeed. And the requirements are just mind-boggling, so much. I mean, I have to remind the KSU, we have hundreds of ministries and agencies. I can’t be spending only on education. But having said that, education is still number one.
- You know what’s number two? Health. Then only come the other ministries including Defence. But we are again fortunate because in this region, we don’t have difficult neighbors. We don’t have Israel as our neighbor. So we are, alhamdulillah, fortunate. But again, we have to make sure that money is well spent. Again, may I come back to the earlier point and reiterate this. Why is it, how come suddenly you can spend so much on education, health, for gig workers, for young graduates, and increase the salary. In these four years, almost four years, since I became, I was appointed as Prime Minister, we have increased minimum basic salary three times. And this is a world record, to increase the minimum salary three times in four years.
- You know again? Because I care for these people but how, how is it that we are able to do that? Because we start with governance, with good governance. Stop these leakages and ensure that contracts are done transparently. You know what I’ve announced on Friday? Something which is quite unique and rare. What? I happen to be the Minister of Finance, I said from next year, every single contract, building schools or hospitals or universities or roads, must be fully transparent. Who wins the contract, what’s the amount, which company gets the contract, what’s the cost, what’s the progress and why this company won against other competitors.
- That is going to be very transparent, everybody can read and see. Now if I’m able to do so, I would expand. We have a school in Tumpat, say, a new secondary school. We want to make sure that people of Tumpat would know precisely what’s the cost of that school what’s the cost of the land, who the contractor is, what’s the progress of the project. Let the people of Tumpat then see for themselves if the school is being built by responsible contractors or not. This is going to be the new Malaysia I’m talking about and hopefully insya-Allah we can control, because mind you believe me, it’s not a political statement, it’s a statement coming from my own conviction.
- We cannot continue wasting billions and talking about Islam, Malay dominance, future Malaysia, humanity, and the world. It’s sheer hypocrisy! That is why, for you, present and future leaders, I am suggesting that you must be part and parcel of this new agenda to revive this spirit and work hard, excel in your studies and at the same time be dictated by your own conscience to do what is right and protect your family, your society, and your nation from corruption, excesses, and abuse of power.
- The problem in Malaysia is not racial or religious. It’s the crooks who use race and religion to hide their own excesses. You choose to squander billions into your family account and when this is exposed, you talk about Malay survival and Islam. You young leaders, present and future, must take stock of this view, our problem is our own weaknesses. We must strive and struggle to do what is best for our family, our society, and our country.
- And I support the initiative by the Ministry of Higher Education to give this avenue. Make full use of the next few days, learn as much, see for yourself, and give us suggestions if you see there are flaws. We are here to listen why not some of the groups put some suggestions? Now you have gone two days in a row, seeing, talking to people, and you realize that Anwar or some people call me PMX, we think we’re doing okay, but can you improve on this? We see that you talk about cleanliness, but so much garbage hidden. You talk about whatever, digitalization, we see this weakness in this department. I stand guided, and I believe my colleagues in the Ministry of Higher Education share this view. If you have any suggestions, please share with us so that we can work together to help one another.
- For you, foreign students, students from overseas, let me say this: We are fortunate, we are blessed because foreign students, you feel comfortable here. We want you to feel that Malaysia is also your home, your second home. Send my Salam and respect to your parents and your family members, to say that Anwar is proud of you and your participation here.
- Semoga Allah SWT merestui usaha kita. Dan saya percaya insya-Allah dengan niat yang baik dan ikhlas, anak-anak boleh tingkatkan usaha supaya dapat menjadi manusia yang berguna, menjadi pembela, pembantu ibu bapa dan keluarga, masyarakat, dan negara masing-masing.
Terima kasih. Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
VERBATIM TEXT
REMARKS BY
THE HONOURABLE DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM
PRIME MINISTER OF MALAYSIA
AT A JOINT PRESS CONFERENCE WITH
HIS EXCELLENCY ABDUL FATTAH AL SISI
THE PRESIDENT OF THE ARAB REPUBLIC OF EGYPT
PUTRAJAYA
10 OCTOBER 2026
———————————————————————————
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Very good late afternoon. It is a real honor and a pleasure to welcome my dear brother, Haidra Raees the President Abdul Fattah Al Sisi from the Arab Republic of Egypt, and colleagues.
It difficult to begin, “Min Huna Nabda”, how do I begin? Because I’m dealing with a great friend. I’m dealing with person whom have shown so much affection and support. And coming from a country with thousands of years of civilization, educated. Thousands of our students for decades, mainly from Al-Azhar of course, but also the Ain Syams and Alexandria, and so many other universities. And the contribution born for generations for centuries.
Our king Sultan Ibrahim mentioned in the meeting about his almarhum, grandfather that visited Kaherah in 1898, something. And in the Tilawah al-Quran last week, I made reference to Al-Manar in 1930 by the then editor Sayyid Muhammad Rashid Rida, corresponding with a Malay scholar, Syeikh Muhammad Basyuni Imran from the Malay world, asking about what is the future Mustaqbal Dhi-Ardi of this religion. Sayyid Muhammad Rashid Rida then asked Amir Shakib Arslan of Morocco and that came the beautiful thesis, why Muslims are behind and others in Europe are succeed. Because of knowledge, because of discipline, because of unity?
Things that President Abdul Fattah Al Sisi had mentioned to me from this Hadith al-Qada’ wal-Qadr, from the heart. So, I’m actually ignoring my text. I don’t know what to say because I’m dealing with a different situation here. So forgive me for giving that sort of a introductory remarks which is not cleared by the Minister of Foreign Affairs, Mafi protocol. So thank you again.
This visit, of course, is long overdue. Is the last 30 years since the last president was here. And it is amazing because the relationship is not political or diplomatic. You ask any man or woman in the street, they would know Egypt (Mesir), the history from the time of Gamal Abdel Nasser or the days of the our Firaun you asked anyone they follow. And I am quite an exception because I know a bit more “Midan Ubra” (Midan Opera) and Umm Kulthum and we mentioned Al-Azhar, Husayn Haykal and you read the message of Samir Jamal. No, to show about the society. To show how we love the culture of society.
So let this visit of our great friend be more meaningful, in terms of cementing that collaboration. So both our Foreign Ministers have agreed to have Joint Commission Meeting first quarter of next year and following that to focus on trade and investments on transportation flight regularity, because whilst we have achieved this phenomenal increase this year, rising to 74.7% of trade, but then it is from a very, very low base.
You are doing well under your leadership as a president, the economy, first unity, economy of Egypt and Egypt of course, very important country in the Arab world and in Africa. Therefore, the collaboration with Egypt will give Malaysia an immense role and opportunity to expand our trade and general investments, tourism in all fields.
We have set up an Arabic center here. Thanks to you and Syaiqul Azhar Muta’ib who was here, who then initiated that. And I said to the President that you have done remarkably well in the past and present by giving the support to Syeikh Dr. Ali Juma’ah, the Sabiq Mufti of Egypt who has been a renowned scholar and respected by too many people here, and recently the Minister of Shul and Islamiah, Waqf and Samah (Minister of Islamic Affairs, Endowments (Waqf), and Guidance or the Minister of Religious Endowments (Awqaf). So Insya-Allah we’ll continue to do that with the Islamic Affairs Department and the Minister here to increase.
But I think beyond that, areas like semiconductor, E&E, agriculture, and pharmaceuticals, because we have been trying to solicit pharmaceutical products from countries, emerging economies, BRICS countries and I think Egypt has that potential to be one destination that we solicit the pharmacy from there.
Other than that, education of course, is a field. And I’ve said to the President, there’s not only Al-Azhar which is still important Islamic education, but then you have expanded in terms of E&E, Digital technology in AI, and also in engineering and medicine. Many, many of our doctors were trained in Egypt.
So, I don’t want to get the impression that Islamic study, it’s important, it is very important because the approach is moderate, the wasatiyah sort of trend, but education should cover other fields of study. So again, our Defence Minister is also here, I think we should collaborate more on defence procurement and also joint training in collaboration.
Although we are a distant away, but Haidra Raees, the heart is close. Distance is of course it’s very far, easy but then it’s a different arrangement. That’s why you can see my colleagues would know that we have got many leaders in the past, but my attitude, my engagement with you is certainly different.
So, I must thank you again because you have given us this sort of opportunity to enhance these sorts of relations. We discuss of course international issues, the unsettled problem in the state of Hormuz affecting Iran, and we have taken a strong position, the atrocities inflicted upon the people of Palestine and Gaza due to the intracisms and violence perpetrated by Israel. And I’m happy to say that you have also assisted us enormously in many of our efforts to provide assistance in a small way, not comparable to what Egypt has done. You have given so much help and assistance to the Palestinians, but in a small way we did. But we did through you and to your office personally. And also when we brought in the injured Palestinians from Gaza, we coordinated through your office and your military intelligence.
And I must, on behalf of Malaysians as a whole, who feels very close to Egypt and the precedent course, thank you again.
Wa Syukran.
UCAPAN BELANJAWAN MADANI KELIMA
TAHUN 2027
OLEH : ANWAR BIN IBRAHIM
PERDANA MENTERI DAN MENTERI KEWANGAN
KETIKA MEMBENTANGKAN
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN (2027)
DEWAN RAKYAT
PADA JUMAAT, 9 OKTOBER 2026
“BELANJAWAN MADANI KELIMA: MENGGAPAI DI LANGIT, MENGAKAR DI BUMI”
Tan Sri Yang di-Pertua,
Saya mohon mencadangkan bahawa Rang Undang-undang bernama Suatu Akta bagi mengeluarkan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2027 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu dibacakan kali kedua sekarang.
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera.
Tan Sri Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat serta seluruh rakyat Malaysia yang saya kasihi,
-
Sebelum saya meneruskan, saya ingin merakamkan penghargaan setingginya kepada seluruh barisan yang memungkinkan penganjuran Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix di Malaysia 2026 yang baru selesai dengan tertib dan jayanya. Selain petugas F1, acara ini turut dijayakan oleh ribuan sukarelawan serta penjawat awam. Ianya menunjukkan bila kita dapat bergabung tenaga, dengan semangat segulai sejalai, Malaysia mampu berjaya di peringkat antarabangsa. Sama juga sukan Asia ke-20, kita menyamai pencapaian terbaik—pemenang pingat merangkumi pelbagai kaum, menunjukkan kita mencapai yang terbaik bila kita dapat meraih kekuatan dari setiap komuniti.
Negara berbangga dengan kalian!
-
Setiap zaman punyai ruang lingkupnya yang tersendiri kepada sebuah bangsa untuk mencipta anjakan yang lebih jauh dan terangkum. Sementalahan, ada babak-babak tertentu dalam lipatan pensejarahan tatkala sesebuah negara bukan sahaja dituntut untuk cekap mengurus apa yang ada, tetapi dipanggil untuk memperluas saujana cita-cita, memperteguh keyakinan rakyatnya dan bersama membentuk masa hadapan dengan kesedaran yang jitu dan besar tentang zaman mansang atau zeitgeist.
-
Allah SWT berfirman dalam Surah al-Hashr, ayat 18:
يَ ’ٰـٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُو ˚ا ٱتَّقُو ˚ا ٱلَّلَّ وَلْتَنظُرْ نَفْ س مَّا قَدَّمَتْ لِغَ „د ۖ
وَٱتَّقُو ˚ا ٱلَّلَّ ۚ إِنَّ ٱلَّلَّ خَبِي ’ ر بِمَا تَعْمَلُونَ ١٨
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan.
-
Ungkapan lighad, yakni merujuk kepada hari esok, membawa suatu tuntutan yang besar dan mendalam. Malah, kita dituntut memikir serta menghamparkan asas-asas yang kukuh untuk masa hadapan, yakni mencerakinkan asas-asasnya itu, apakah peluang yang sedang kita buka atau luaskan, dan apakah warisan yang bakal kita wariskan kepada generasi akan datang.
-
Kemajuan yang sebenar tidak diukur tentang sejauh mana kita bergerak, tetapi tentang apa yang kita angkat bersama dalam perjalanan itu, yakni maruah manusia, kekuatan keluarga, mobiliti generasi, keutuhan pranata, dan keyakinan bahawa usaha pastinya dibalas dengan hamparan peluang. Bukan hanya mewarisi kekuatan yang ada, tetapi berusaha memperluaskannya sehingga akhirnya ia menjadi legasi yang lebih besar untuk generasi penerus.
-
Sejarawan dan failasuf Inggeris Sir Isaiah Berlin meminjam satu gambaran purba yang ringkas tetapi tajam dan mendalam yakni “The Hedgehog and the Fox”. Sang rubah mengetahui banyak perkara, sedangkan sang landak mengetahui satu perkara yang besar. Dalam konteks kehidupan bernegara, kedua-duanya diperlukan. Sesebuah bangsa mesti mempunyai satu cita-cita besar yang konsisten, suatu tujuan yang memberi arah dan makna kepada perjalanan. Ekonomi menuntut pertumbuhan dan pengagihan, teknologi menuntut inovasi dan perlindungan, fiskal menuntut disiplin dan ihsan, selain pembangunan menuntut kepantasan dan Khulasahnya, sesebuah negara harus memiliki keteguhan sang landak tentang arah tuju dan cita-cita, dan kecerdikan sang rubah tentang jalan dan mekanisme untuk menjelmakannya.
-
Pemikir dan faqih besar Islam al-Mawardi, dalam tradisi pemikirannya tentang budaya dan adab pemerintahan, menegaskan bahawa kekuasaan tidak berdiri dengan sendirinya tanpa tertib, hukum dan tanggungjawab. Pemerintahan hanya memperoleh makna apabila amanah kekuasaan dilaksanakan dengan adil, institusi berfungsi dengan baik, dan kepentingan massa dipelihara.
-
Hari ini, itulah ujian dan tantangan kita. Dunia semakin bergejolak. Perang dan persaingan kuasa-kuasa besar serta perubahan dan kelaku iklim memberi kesan kepada harga makanan dan kos tenaga. Rantaian bekalan yang selama ini kita tanggapi sebagai kukuh, mula merapuh dan melemah, lantas menguji aspek keterjaminan makanan dan bekalan. Perkembangan kecerdasan buatan sedang mengubah perdagangan, tenaga, pekerjaan dan kehidupan dengan pantas. Namun perubahan besar tidak hanya mewujudkan kekhawatiran. Ia juga membuka ruang kepada negara yang berani membaca dan menggarap zaman, menguasai ilmu baharu dan mempersiapkan rakyat sedari awal.
-
Malaysia tidak harus sekadar bertahan menghadapi perubahan. Kita mesti mempunyai keyakinan untuk turut membentuknya. Di hadapan kita terbentang peluang untuk melonjak dalam semikonduktor, kecerdasan buatan, tenaga baharu, ekonomi digital dan industri bernilai tinggi; meningkatkan produktiviti dan upah; memperkukuh perusahaan tempatan; dan memastikan anak Malaysia bukan sekadar pengguna kepada perubahan, tetapi pencipta kepada kemajuan itu sendiri.
-
Sementalahan, ekonomi yang benar-benar berjaya bukan hanya ekonomi yang berkembang, tetapi ekonomi yang mencakup persoalan hidup rakyat.
-
Maka persoalan kita bukan sekadar berapa besar ekonomi yang mahu dibina, tetapi sama ada pertumbuhan itu membuka ruang kepada keluarga untuk membina simpanan, kepada pekerja untuk menikmati upah yang lebih bermaruah, kepada perusahaan kecil untuk terus berkembang, dan kepada mana-mana mereka untuk menggapai di langit dan terus mengakar di bumi.
-
Lantaran itu, mesti ditegaskan bahawa Belanjawan negara adalah pernyataan moral atau Waad Nasional sesebuah Kerajaan yang
-
Tradisi pemikiran Melayu sendiri telah lama meletakkan persoalan keadilan dan amanah sebagai teras dan pasak Penyair dan sejarawan Melayu purba Raja Ali Haji dalam Gurindam Dua Belas (1847) mengungkapkan:
Hukum adil atas rakyat, Tanda raja beroleh inayat.
-
Ungkapan yang ringkas ini membawa suatu pengertian yang besar dan membekas, bahawa kekuasaan dimaknai bukan pada kebesaran kedudukan, tetapi pada keadilan yang dirasakan oleh rakyat. Pemerintahan yang berwibawa bukan sekadar pemerintahan yang kuat, tetapi pemerintahan yang tahu bahawa kuasa mesti sentiasa disertai amanah dan pertanggungjawaban.
Raja mufakat dengan menteri, Seperti kebun berpagarkan duri.
-
Dalam tradisi kita, hubungan antara pemerintah dengan rakyat tidak pernah berdiri atas kuasa semata-mata. Ia terpasak atas waad, yakni suatu ikatan yang menuntut kesetiaan yang mesti dibalas dengan keadilan dan kuasa mesti dipagari amanah (covenant).
Inilah Waad Nasional kita.
-
Bahawa negara tidak akan meminggirkan mereka yang dihimpit kesusahan. Dan bahawa setiap anak Malaysia, apa pun latar keluarga, wilayah atau kedudukannya, berhak melihat dan mencapai potensinya.
-
Waad ini juga bukan janji sehala. Negara menyediakan ruang dan peluang, rakyat mengisinya dengan ilmu, kerja, daya cipta dan keberanian. Pemerintah menjaga amanah, rakyat memperkukuh negara melalui usaha dan kecemerlangan.
Maka ia adalah kewajiban sejarah.
-
Namun kewajiban itu bukan beban yang dipikul dengan sikap yang pesimis. Ia adalah kesempatan kepada generasi kita untuk meninggalkan sebuah negara yang lebih kukuh daripada yang kita warisi, dengan institusi yang lebih diyakini dan dipercayai, ekonomi yang lebih rencam dan generasi muda yang mempunyai ruang lebih luas untuk mencipta masa depan mereka sendiri.
-
Maka, sejarah tidak diukir hanya oleh nama-nama besar, tetapi oleh jutaan manusia yang bekerja setiap hari, yang mengajar dan yang merawat, yang berniaga dan mencipta, yang menggembur tanah, yang menjaga keluarga dan membina kehidupan.
-
Lantas, ukuran Belanjawan bukan pada tebalnya dokumen, besarnya peruntukan atau banyaknya pengumuman. Ukurannya malah jauh lebih asas, yakni adakah lebih ramai rakyat dapat hidup dengan bermaruah, dan apakah Malaysia yang kita serahkan kelak kepada generasi seterusnya lebih adil daripada Malaysia yang kita warisi. Jika jawapannya ya, maka itulah anjakan dan kemajuan yang Dengan keyakinan bahawa kekuatan ekonomi harus akhirnya mengangkat kemuliaan insan, pertumbuhan mesti membuahkan keadilan, reformasi mesti memulihkan keyakinan dan setiap generasi wajib mewariskan negara yang lebih baik dari sebelumnya, maka saya hamparkan Belanjawan MADANI 2027 sebagai ikhtiar sebuah generasi untuk memperkukuh tatanan dan memenuhi janji dan Waad Nasional kepada masa hadapan.
EMPAT TAHUN MADANI: PERJUANGAN-KEJAYAAN
-
Menghampiri empat tahun, Kerajaan MADANI telah menetapkan hala tuju dan kerangka dasar Ekonomi MADANI, disusuli reformasi berani yang kini telah memperlihatkan hasilnya.
-
Kerangka Ekonomi MADANI diperkenalkan bersama dasar-dasar yang memacu pertumbuhan dan pemerataan ekonomi seperti: Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP), Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) dan Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera (PuTERA35).
-
Hanya Kerajaan MADANI punyai tekad menyasarkan subsidi. Kerana subsidi ialah keistimewaan rakyat yang selama ini tiris kepada warga asing dan syarikat besar. Hakikatnya, BUDI MADANI ialah kejayaan negara—menyasarkan subsidi untuk fiskal dan menurunkan harga untuk Kesannya: wang subsidi minyak yang selama ini tiris telah disalurkan untuk menggandakan bantuan rakyat iaitu 8 bilion ringgit pada tahun 2022 kepada STR SARA 15 bilion ringgit pada tahun ini. Bayangkan juga, sekiranya kita masih menangguhkan penyasaran subsidi pada saat krisis tenaga ini, tentu lebih besar daripada 40 bilion ringgit beban kewangan yang perlu ditanggung.
-
Kita memperkukuh disiplin fiskal. Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal dan Akta Perolehan Kerajaan digubal bagi mengikat kuasa Menteri Kewangan untuk Akta audit diperluas bagi menjejak dan mengaudit wang awam. Kesannya: keyakinan pelabur meningkat, pertumbuhan ekonomi kukuh melangkaui sasaran; pelaburan dan perdagangan tertinggi dalam sejarah; daya saing melonjak, matawang terbaik Asia.
-
Seyogia, Belanjawan MADANI Kelima menandai ikhtiar seterusnya menuju cita-cita besar wajah Malaysia dalam tahun mendatang. Sambil reformasi diteruskan tanpa gentar, hasil pertumbuhan dan setiap penjimatan melalui pembaharuan, mesti kembali kepada rakyat sebagai manfaat lebih besar.
-
Selari dengan Kerangka Ekonomi MADANI dan Rancangan Malaysia Ketiga Belas 2026-2030, Belanjawan ini waad nasional bagi menggapai di langit, mengakar di bumi berpaksikan lapan lunas utama. hari ini, saya memilih membentangkan kerangka besar dan pengumuman penting. Selebihnya teks penuh dan lampiran adalah sahih sepertimana edaran.
LUNAS PERTAMA:
MENANGANI KOS SARA HIDUP RAKYAT
-
Isu sara hidup ialah isu utama yang membelenggu rakyat. Kerajaan sentiasa menambah baik dasar bagi memastikan kesejahteraan rakyat diberi keutamaan.
-
Umpamanya bulan lalu, Kerajaan menaikkan aras perlindungan bil elektrik daripada 600 kilowatt-jam kepada 800 kilowatt-jam sebulan, yang memberi manfaat lebih 8 juta atau sehingga 90 peratus pengguna
-
Bulan lalu juga, Kerajaan menaikkan kelayakan BUDI95 kepada 300 liter sebulan dan BUDI Diesel untuk jip dan pikap mendapat 400 liter sebulan. Berdasarkan rekod September, sekitar 100 ribu pengguna atau kurang 1 peratus menggunakan sepenuhnya BUDI95 300 liter dan 15 ribu pengguna diesel jip dan pikap menggunakan sepenuhnya BUDI Diesel 400 liter. Ini membuktikan bahawa kelayakan bulanan yang diberi adalah mencukupi untuk penggunaan rakyat Malaysia.
BANTUAN SARA HIDUP
-
Tahun hadapan, jumlah keseluruhan untuk subsidi, bantuan dan insentif lebih 80 bilion ringgit. Ini termasuk, subsidi bahan api yang dijangka kekal tinggi pada 40 bilion ringgit dan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat hampir 3.3 bilion ringgit.
-
Sukacita diumumkan, peruntukan STR SARA 2027 ditingkatkan kepada 16 bilion ringgit, ketimbang 15 bilion ringgit.
-
Semua penerima STR akan menerima SARA sehingga 150 ringgit sebulan atau sehingga 1,800 ringgit setahun. Ini akan memanfaat sehingga 9 juta penerima STR.
-
Manakala selain penerima STR yang berumur 18 tahun ke atas, akan menerima SARA MADANI 100 ringgit sebanyak dua kali iaitu sebelum Aidilfitri dan menjelang ambang 7 dasawarsa Merdeka. Ini akan memanfaat sehingga 13 juta rakyat Malaysia termasuk golongan
-
Kerajaan bersetuju untuk penggunaan SARA kepada barangan basah dan segar, yang boleh dibeli di 216 Pasar Tani atau Tamu di bawah FAMA seluruh negara.
-
Setakat ini, rakan niaga SARA berjumlah 15,000 premis termasuk 6,800 kedai runcit kecil dan koperasi. Sebelum akhir tahun ini, Insya-Allah Kerajaan akan meningkatkan kedai runcit kecil kepada 10 ribu.
-
Selanjutnya, peruntukan Jualan RAHMAH MADANI dan Jualan Agro MADANI ditingkatkan daripada 630 juta kepada 750 juta ringgit dengan sasaran 35 ribu penganjuran.
-
30 ribu Jualan RAHMAH melibatkan semua DUN. Tumpuan adalah untuk memperbanyak penganjuran Jualan RAHMAH di kawasan desa, perumahan kos rendah dan PPR bandar; yang bukan sahaja melalui kedai runcit biasa, tetapi turut melibatkan mesin layan diri. Selain itu, Jualan RAHMAH MADANI Borong turut dianjurkan bagi membantu peniaga kecil.
-
5,000 Jualan Agro MADANI juga dilaksanakan dengan menawarkan hasil tani segar seperti ikan, ayam, sayur dan buah pada harga sehingga 30 peratus lebih murah.
-
Pengedaran barangan asas ke kawasan pedesaan dan pedalaman juga diperluas dengan peruntukan 250 juta Ini meliputi enam lokasi baharu antaranya Kampung Terian, Penampang, Sabah dan Kampung Dato’ Godam, Pusa, Sarawak.
-
Kerajaan mendengar keresahan golongan pertengahan (M40) yang cekal bersabar meskipun turut terhimpit beban sara Maka, sukacita diumumkan:
Pertama: Had pelepasan cukai individu yang tidak disemak sejak 2010, dinaikkan daripada 9,000 ringgit kepada 12,000 ringgit.
Kedua: Kadar cukai pendapatan individu pemastautin dikurangkan sebanyak satu mata peratusan.
-
Banjaran pendapatan bercukai antara 70,001 ringgit hingga 100 ribu ringgit dikurangkan kepada 18 peratus.
-
Banjaran pendapatan bercukai antara 100,001 ringgit hingga 150 ribu ringgit dikurangkan kepada 24 peratus.
Ketiga: Pelepasan cukai individu turut diperluas:
-
Rawatan perubatan diperluas meliputi perkhidmatan penjagaan selepas bersalin.
-
Penjagaan ibu bapa dan datuk nenek diperluas meliputi semua perbelanjaan penjagaan dan tidak lagi terhad kepada
-
Peralatan sukan meliputi pembelian kasut
-
Yuran pengajian dan kemahiran diperluas meliputi semua bidang pengajian dan tuisyen anak.
-
Gaya hidup diperluas merangkumi langganan AI serta kos pemvaksinan dan pengambilan haiwan peliharaan angkat daripada pusat berdaftar.
-
Pada masa yang sama, Kerajaan mengambil pendekatan progresif. Kadar cukai bagi yang berpendapatan tinggi iaitu melebihi 1 juta ringgit diselaraskan kepada 30 peratus.
-
Ini bermakna kenaikan pelepasan cukai dan pengurangan kadar cukai individu, bakal memberi lebihan pendapatan boleh guna sehingga 1,600 ringgit kepada kira-kira 5 juta pembayar cukai.
UPAH BERMARUAH UNTUK RAKYAT
-
Kesenjangan produktiviti dan upah pekerja mesti dirapatkan. Beban kos sara hidup berbangkit kerana pendapatan rakyat tidak meningkat sejajar dengan kenaikan harga barangan. Pampasan pekerja kepada KDNK di Malaysia masih rendah pada kadar 33.9 peratus.
-
Oleh itu, Kerajaan bersetuju untuk meningkatkan kadar gaji minimum daripada 1,700 kepada 2,000 Kadar ini berkuat kuasa mulai Jun 2027. PMKS dengan hasil jualan di bawah 50 juta ringgit dikecualikan bagi memberi ruang untuk penyesuaian model perniagaan. Ini bermakna, lebih 4 juta pekerja tertakluk kepada kadar gaji minimum baharu.
-
Kadar gaji minimum hanya menaikkan lantai pendapatan pekerja, sementara upah pekerja mahir masih tidak setimpal dengan tahap kelayakan mereka. Oleh itu, Kerajaan akan melaksanakan pembaharuan kerangka pendapatan pekerja dengan memperkenalkan gaji minimum bagi pekerjaan separa mahir dan graduan pada 2,500 ringgit sebulan sebagai permulaan.
-
Kerajaan juga menyambut baik komitmen GLIC dan GLC yang meningkatkan penanda aras gaji sara hidup kepada 3,400 ringgit, ketimbang 3,100 ringgit Langkah ini memberi manfaat kepada 230 ribu orang pekerja.
-
Kerajaan telah meningkatkan gaji minimum, menetapkan gaji minimum pekerjaan separa mahir dan graduan dan menaikkan gaji penjawat awam. GLIC dan GLC turut menunjukkan teladan. Malah, beberapa majikan sektor utama dalam perbankan serta minyak dan gas telah menetapkan gaji lebih wajar. Oleh itu, saya menyeru semua majikan swasta untuk mengikut jejak yang sama.
-
Terkait hal gaji, bagi menutup ruang majikan menggaji pekerja asing tanpa izin, syarikat selain PMKS hanya boleh menuntut potongan cukai bagi perbelanjaan gaji, sekiranya ia dibayar melalui akaun bank selaras dengan saluran dibenarkan di bawah Akta Kerja 1955. Potongan cukai bagi perbelanjaan lain tidak tertakluk syarat ini.
HAK PEKERJA GIG
-
Sebanyak 600 ribu rakyat mencari rezeki sebagai pemandu e-hailing dan p-hailing. Kerajaan MADANI akan membela nasib pekerja gig dengan perlindungan yang lebih menyeluruh.
-
Majlis Perundingan Gig sedang dalam peringkat rundingan bagi menetapkan kadar pendapatan minimum, formula pendapatan serta standard minimum perlindungan sosial bagi pekerja gig, yang akan dimuktamadkan pada awal tahun 2027.
-
Sementara menunggu ketetapan tersebut, Kerajaan dan pihak GRAB bersetuju untuk membiayai bersama satu pakej bernilai 160 juta ringgit
bertujuan untuk meningkatkan pendapatan bersih dan menambah baik kebajikan pekerja e-hailing dan p-hailing, bermula 2027.
-
Pakej ini meliputi peningkatan kadar pendapatan minimum bagi pekerja e-hailing dan p-hailing, bantuan kos penyelenggaraan kenderaan dan insurans, serta caruman PERKESO.
-
Ini bermakna, pendapatan bersih untuk pemandu e-hailing pada tahap median dijangka meningkat sehingga 227 ringgit sebulan, manakala pendapatan penghantar p-hailing meningkat sehingga 100 ringgit
-
Selain itu, Kerajaan bersetuju menawarkan insentif caruman padanan PERKESO 35 peratus kepada pekerja e-hailing dan p-hailing. Insentif akan ditingkatkan kepada 50 peratus sekiranya syarikat platform turut menanggung caruman untuk pekerja.
-
Selain daripada pekerja e-hailing dan p-hailing, Kerajaan turut menawarkan insentif caruman padanan PERKESO 70 peratus kepada lebih 200 ribu orang bekerja sendiri dalam 17 sektor tidak mandatori.
-
Pelepasan cukai PERKESO diperluas meliputi caruman wajib Skim Lindung Kendiri. Pelepasan tambahan diberikan sehingga 150 ringgit bagi caruman sukarela Skim Lindung 24 Jam dan Lindung Kendiri.
-
Bagi menggalakkan simpanan persaraan oleh pemandu e-hailing dan p-hailing, Kerajaan menawarkan insentif caruman padanan KWSP kepada sehingga 600 ringgit setahun atau 6,000 ringgit seumur hidup.
-
BSN dan Agrobank menyediakan 270 juta ringgit bagi membiayai pekerja gig yang mahu berniaga dan membeli rumah pertama.
-
Kerajaan akan mengawal selia sektor p-hailing secara menyeluruh di bawah APAD dan LPKP.
-
Bagi memperkukuh perlindungan sosial, setiap warganegara akan didaftarkan secara automatik sebagai ahli KWSP apabila mencapai usia 18 tahun, supaya simpanan persaraan bermula lebih awal.
LUNAS KEDUA:
MENGUTAMA SEMUA NEGERI
KESERATAAN PEMBANGUNAN NEGERI
-
Menggapai di langit, mengakar di bumi bermaksud mengangkat kekuatan ekonomi setiap negeri seiring dengan kewajiban menyelesaikan permasalahan yang telah sekian lama membelenggu rakyat. Namun, kita harus jelas bahawa keserataan tidak pernah bererti memberikan perkara yang sama kepada keadaan yang berbeza. Pemikir dan sarjana Amerika Syarikat John Rawls berhujah mengenainya melalui gagasan justice as fairness. Rawls mula berhujah sama ada keadilan memadai dinilai
daripada manfaat terbesar kepada masyarakat, atau harus dibina atas susunan yang benar-benar adil kepada setiap insan. Dalam A Theory of Justice pada 1971, Rawls meminta kita membayangkan suatu original position di sebalik veil of ignorance, ketika seseorang tidak pun mengetahui sama ada kelak dilahirkan kaya atau miskin, berada di puncak atau pinggiran, memiliki kelebihan atau serba kekurangan.
-
Maka, itulah konsep yang diterjemahkan dalam soal peruntukan kepada negeri-negeri agar negeri-negeri yang telah maju terus mencipta lonjakan, negeri yang sedang berkembang memperoleh ruang untuk mempercepat langkah, dan wilayah yang masih tertinggal diberikan kekuatan untuk merapatkan jurang perbezaan. Itulah makna konsep keserataan. Bukan semua menerima perkara yang sama, tetapi setiap negeri menerima apa yang munasabah dan wajar untuk memungkinkan rakyatnya ikut maju.
-
Banjir kilat di Lembah Klang mesti ditangani segera. Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Selangor menyepakati lima langkah utama termasuk menilai keupayaan Empangan Batu dan Empangan Klang Gate bagi 30 tahun mendatang. Sebagai langkah segera, 100 juta ringgit disediakan untuk membangunkan kolam takungan dan menyelenggara sungai bagi mengurangkan risiko banjir.
-
Isu banjir dan bekalan air bersih di Kelantan diselesaikan. Kerajaan akan memulakan perencanaan Projek Empangan Lebir sebagai penyelesaian jangka panjang. Serentak itu, pembinaan Loji Rawatan Air Machang dan penggantian paip uzur yang sedang berjalan.
-
Pulau Pinang dipeta sebagai pusat kewangan teknologi negara. Oleh itu, Khazanah dan InvestPenang akan mewujudkan Dana Pelaburan Strategik 100 juta ringgit bagi membantu syarikat semikonduktor dan pembuatan termaju pada peringkat awal pertumbuhan.
-
Kesesakan lalu lintas di Johor Bahru mesti ditangani segera. Kerajaan telah bersetuju melaksanakan Sistem Transit Aliran Autonomi Bertingkat (e-ART) sebagai penyelesaian utama. Menjelang pembukaan RTS Link, kita akan menambah laluan dan kekerapan bas henti-henti, meningkatkan kekerapan KTM Komuter serta menyediakan khidmat Grab Shuttle di kawasan tumpuan.
-
Perak dipacu sebagai hab industri. Pembangunan LuMIC sebagai hab maritim di Lumut diperhebat bagi menarik pelaburan dan pekerjaan. Automotive Hi-Tech Valley diangkat sebagai hab automotif serantau di Tanjong Malim. Bagi menggalakkan syarikat vendor automotif milik tempatan sepenuhnya memindahkan operasi ke sana, potongan cukai diberikan ke atas kos penempatan semula yang layak sehingga 5 juta ringgit, bagi perbelanjaan mulai 1 Januari 2027 hingga 31 Disember
-
Melaka mesti menjadi tumpuan pelabur dan pembangunan bakat. Melaka Centre of Excellence membuka peluang pekerjaan dengan gaji bermaruah buat anak Melaka melalui latihan TVET berteknologi Kerajaan bertekad mengurangkan risiko banjir melalui pelaksanaan Projek Pemulihan Sungai dan RTB Sungai Rambai.
-
Malaysia Vision Valley 2.0 memangkin ekonomi Negeri Sembilan. Kerajaan MADANI melengkapkan pembangunan dengan prasarana seperti jalan baharu dari KLIA ke Bandar Enstek; naik taraf Jalan Pajam-Nilai-Salak dan pelaksanaan Projek Klang Valley Dual Track 2.
-
ECRL memangkin pertumbuhan ekonomi di kawasan strategik di Pahang. Kerajaan MADANI menyokong pembangunan di sepanjang jajaran ECRL, meliputi industri berat di Bentong dan perumahan rakyat berhampiran di stesen KotaSAS.
-
Pembangunan Lembah Chuping di Perlis membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan perniagaan. Kerajaan membangunkan infrastruktur di Kawasan Pembangunan Lembah Chuping serta NCER Agribio Economic Zone. Pelabuhan Darat Perlis turut dilengkapi mesin pengimbas bagi melancarkan perdagangan dan memperkukuh keselamatan sempadan.
-
Kedah memegang dua kekuatan negara iaitu jelapang padi dan industri teknologi tinggi. Kulim Hi-Tech Park menarik pelaburan semikonduktor dunia yang membuka pekerjaan mahir dan peluang perniagaan untuk anak Kedah. Serentak itu, Projek Tanaman Padi Lima Musim Dalam Dua Tahun di kawasan MADA terus diberi keutamaan bagi meningkatkan hasil dan pendapatan pesawah.
-
Terengganu terus dipacu sebagai tumpuan ekopelancongan. Produk pelancongan utama dinaik taraf seperti Setiu Wetlands, Tasik Kenyir, Pulau Tenggol dan Pulau Pada masa sama, kesejahteraan
rakyat diutamakan dengan membina Loji Rawatan Kumbahan Serantau dan Rangkaian Paip Pembetungan di bandar Kuala Terengganu.
KEMAKMURAN SABAH DAN SARAWAK
-
Perjanjian Malaysia 1963 harus dilihat sebagai sebahagian dari waad nasional—tanggungjawab nasional yang mesti dijawab secara
-
Selama puluhan tahun, Pemberian Khas tidak seiring dengan keperluan pembangunan Sabah dan Sarawak. Kerajaan MADANI telah meningkatkan kadar pemberian khas sebanyak tiga kali, dengan kadar interim terkini berjumlah 1.5 bilion ringgit. Bayaran ini akan dilunaskan sebelum hujung tahun, dan rundingan bersama Sabah dan Sarawak diteruskan untuk memuktamadkan formula tahunan yang adil serta mampan.
-
Sebanyak 12 perkara MA63 telah dimuktamadkan di bawah MADANI, antaranya:
-
Wakil tetap Sabah Sarawak dalam
-
Pelabuhan Bintulu diserah dan menjadi pelabuhan milik
-
MASWings diserah kepada Sarawak menjadi AirBorneo, sementara Kerajaan Persekutuan masih menyediakan 209 juta ringgit sebagai subsidi yang memanfaat 820 ribu penumpang di Pedalaman.
-
Kuasa kawal selia elektrik diserah kepada Sabah, sementara Kerajaan Persekutuan masih menyediakan 600 juta ringgit bagi menjamin kelangsungan bekalan.
-
-
Peruntukan Persekutuan untuk Sabah Sarawak pada 2027 kekal yang tertinggi. Sabah menerima 18.7 bilion ringgit, ketimbang 17.6 bilion ringgit pada tahun ini. Sementara, Sarawak menerima 16.2 bilion ringgit, ketimbang 15.1 bilion ringgit.
-
Kerajaan bersetuju untuk menggandakan tawaran tajaan JPA kepada anak kelahiran Sabah dan Sarawak. Bermakna, seramai 4,200 anak Sabah dan Sarawak mendapat peluang melanjutkan pengajian ke menara gading setiap tahun.
-
Kerajaan Sarawak telah menzahirkan kesungguhan untuk membangunkan Zon Ekonomi Khas Sibu. Kerajaan Persekutuan akan memulakan rundingan rasmi bagi memuktamad kerangka insentif, pusat pemudah cara pelaburan sehenti serta keperluan infrastruktur strategik.
-
Kerajaan bersetuju melaksanakan pemasangan Sistem Statcom di Pencawang Masuk Utama Dam Road dan Segaliud dengan kos 204 juta ringgit. Sementara itu, projek Talian Penghantaran Southern Link diteruskan sebagai ikhtiar jangka panjang kelangsungan bekalan elektrik di Sabah.
-
Projek jalan raya di Sabah dan Sarawak diteruskan peruntukan 2027 berjumlah 3 bilion ringgit. Antaranya, SST Lebuhraya Trans Borneo bagi seksyen Miri telah dikeluarkan, manakala seksyen Limbang dan Lawas dijangka pada hujung tahun ini. Sarawak-Sabah Link Road 1 dan Pan Borneo Sabah Fasa 1B pula disasar siap hujung tahun depan. 350 juta
ringgit belanja penyelenggaraan jalan Persekutuan dikhususkan kepada kontraktor G1-G4 di Sabah dan Sarawak.
IBU KOTA RAKYAT
-
Kuala Lumpur tidak hidup pada gahnya pencakar langit. Jiwa ibu kota terletak pada gerai dan warung yang selesa dan selamat, kediaman rakyat yang manusiawi serta warisan kota yang bernyawa sebagai pentas budaya yang menarik pengunjung.
-
Tahniah kepada Khazanah atas kejayaan ikhtiar Warisan KL. Pemuliharaan Bangunan Sultan Abdul Samad dan warisan sekitar telah menarik setengah juta pengunjung tempatan dan asing. Tumpuan seterusnya adalah untuk memulihara Menara Dayabumi, Stesen Kereta Api Kuala Lumpur dan Ibu Pejabat KTMB.
-
Penghargaan juga kepada PNB yang memulihara Stadium Merdeka, dan seterusnya Stadium Negara. Bagi menghidup semula warisan negara, duti hiburan dikecualikan bagi aktiviti kesenian, kebudayaan, hiburan serta sukan yang diadakan di kedua-dua stadium ini.
-
DBKL menyediakan 400 juta ringgit untuk mewujudkan 120 ekar kawasan hijau baharu, memulih taman-taman sedia ada dan menaik taraf kemudahan serta perumahan rakyat.
-
Tanah pajakan seluas 100 ekar di Bukit Kiara juga akan diwartakan sebagai Taman Persekutuan untuk kegunaan awam.
-
DBKL akan membina laluan pejalan kaki berbumbung 22 kilometer menghubungkan mercu tanda seperti Masjid Negara, Dataran Merdeka dan Pasar Seni. Laluan berbumbung turut dibina dari kediaman rakyat ke premis perniagaan, sekolah, klinik dan stesen pengangkutan Buggy disediakan untuk keselesaan pengunjung khususnya warga emas yang mengunjungi lokasi tumpuan seperti Tugu Negara, Taman Botani dan Carcosa Seri Negara.
-
Dua bangunan milik DBKL di Pusat Transformasi Gelandangan Anjung Kelana Taman Desa dan Pasar Sementara Cheras akan dinaik taraf menjadi pusat harian warga emas.
PRASARANA ASAS & PERUMAHAN
-
Peruntukan bagi projek jalan desa akan ditingkatkan kepada 2.3 bilion ringgit, ketimbang 1.3 bilion ringgit pada tahun 2022.
-
Secara keseluruhan, projek untuk prasarana asas desa diperuntukkan 3.3 bilion ringgit; termasuk memasang lampu jalan kampung, kemudahan komuniti serta bekalan air bersih dan elektrik.
-
TNB melaksanakan pemasangan lampu jalan solar di kampung dan panel solar bumbung di rumah kebajikan serta rumah ibadat. Bekalan elektrik turut ditambah baik di sekolah tahfiz, pondok dan perkampungan Orang Asli.
-
Pentadbiran MADANI berhasil mengemudi kesepakatan antara Kerajaan Negeri Perak dan Pulau Pinang melalui Perjanjian Bekalan Air Pukal untuk tempoh 40 tahun.
-
Capaian air bersih di seluruh negara terus ditingkatkan melalui Non-Revenue Water Kebangsaan dengan kos 2.5 bilion ringgit. Tumpuannya untuk menukar paip kritikal yang usang sepanjang 1,900 kilometer.
-
Projek JENDELA memperkukuh ketersambungan internet negara dengan jumlah pelaburan 5 bilion ringgit. Setakat ini kita telah berjaya meliputi wifi di semua kampus universiti awam dan 4g di semua penempatan Tahun hadapan, tumpuan kita adalah untuk meliputi semua kampung Orang Asli dengan 4G, memastikan ketercapaian internet di 7,000 kilometer jalan raya dan 1,700 kilometer rel kereta api; serta pelaksanaan Kabel Dasar Laut MADANI (SALAM).
Perumahan Rakyat
-
Bandar MADANI Bukit Jalil akan dibangunkan sebagai kawasan kediaman rakyat yang lengkap dengan kemudahan termasuk sekolah vertikal. Pendaftaran fasa 1 akan dibuka mulai Isnin ini.
-
Hampir 1 bilion ringgit disediakan untuk projek seperti Rumah Mesra Rakyat dan Program Residensi Rakyat. Sebanyak empat projek perumahan baharu akan dilaksanakan di Kulai, Johor; Nilai, Negeri Sembilan; Paya Rumput, Melaka; dan Lembah Pertang, Terengganu.
-
SJKP menyediakan jaminan pembiayaan perumahan hingga 20 bilion Jaminan ini bakal membantu 80 ribu pembeli rumah pertama terutamanya dalam kalangan orang bekerja sendiri yang tidak mempunyai pendapatan tetap.
-
Kerajaan bercadang memberikan pengecualian penuh duti setem ke atas perjanjian pinjaman dan surat cara pindah milik bagi rumah pertama berharga sehingga 500 ribu ringgit. Manakala, bagi rumah sehingga 750 ribu ringgit, pengecualian penuh duti setem untuk 500 ribu ringgit pertama dan 50 peratus bagi bakinya. Ini terpakai bagi perjanjian jual beli yang disempurnakan mulai 1 Januari 2027 hingga 31 Disember 2030.
-
Ke arah sifar projek perumahan terbengkalai menjelang 2030, pengecualian penuh duti setem ke atas perjanjian pinjaman dan surat cara pindah milik yang disempurnakan oleh kontraktor atau pemaju penyelamat serta pembeli asal. Pengecualian ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2027 hingga 31 Disember 2030.
-
Sejak 2024, Kampung Angkat MADANI dan Sekolah Angkat MADANI telah memanfaat hampir 500 kampung dan 1,700 sekolah.
-
Umpamanya, Jabatan Peguam Negara menyediakan kemudahan di Kampung Jilid 8 di Kuala Muda, Kedah seperti padang bola, jeti nelayan dan mesin ATM BSN, yang turut memanfaat penduduk kampung
-
SK Telok Kalong, Terengganu telah mendapat bilik pemulihan khas yang selesa dan kemudahan pembelajaran robotik untuk murid hasil sumbangan Sime Darby Berhad.
-
Saya merakamkan penghargaan dan tahniah kepada pengurusan kementerian, jabatan dan agensi serta badan korporat yang turut menjayakan ikhtiar ini.
-
Untuk tahun 2027, Kerajaan akan melaksanakan Komuniti Angkat MADANI dengan peruntukan 50 juta ringgit. Tumpuan kali ini untuk membantu komuniti PPR bandar. Pengurusan tertinggi kementerian dan agensi diamanah mengetuai ikhtiar ini. Universiti dan institusi TVET turut dilibatkan supaya dapat menawarkan kemahiran yang diperlukan warga PPR. Kita juga akan menyediakan dapur bersama, peralatan perniagaan dan latihan untuk meningkatkan pendapatan penduduk.
-
Peruntukan bagi pembaikan prasarana Kampung Baru Cina ditingkatkan kepada lebih 100 juta ringgit, termasuk untuk membaik pulih dan membina semula prasarana uzur.
-
Peruntukan bagi penyelenggaraan rumah ibadat bukan Islam berdaftar turut ditingkatkan kepada 80 juta ringgit.
-
Yayasan GLIC GLC menyediakan geran padanan 100 juta ringgit antaranya untuk memperkasa ekosistem penjagaan kanak-kanak dan menyediakan latihan kepada 6,000 pengasuh di lebih 50 kawasan baharu di 9 negeri.
-
Kerajaan akan memperkenalkan inisiatif sukuk simpanan runcit bertoken. Melalui teknologi blockchain, rakyat biasa boleh melabur dalam sukuk Kerajaan dan memilih sama ada dana yang dikumpulkan disalurkan untuk pendidikan, kesihatan atau perlindungan sosial bagi golongan miskin. Bermakna, rakyat turut dilibatkan dalam membiayai keutamaan negara yang mereka mahu biayai.
-
Peruntukan projek kecil kawasan PBT ditingkatkan kepada hampir 700 juta ringgit. Ini meliputi naik taraf taman, tandas dan gerai awam.
-
Tumpuan termasuk membina gerai MADANI dan membangun semula:
-
Kompleks Penjaja Jalan Chui Yin, Bentong, Pahang;
-
Pasar Buntong, Ipoh, Perak; dan
-
Tapak penjaja Hill Trace, Georgetown, Pulau
-
-
Perbadanan Kemajuan Negeri akan menaik taraf, antaranya:
-
Kompleks Usahawan Tempatan Kuala Perlis;
-
Arena Niaga di Kunak dan Hentian Telupid, Sabah;
-
Medan Selera Keluncur Taman Rekreasi Laut di Kuala
-
-
MARA turut membangun semula pusat penjaja dan gerai mereka. Selain itu, ikhtiar Tamu Desa untuk usahawan Sabah dan Sarawak.
-
Lebih 10 ribu peniaga kecil yang menyewa premis DBKL diberi potongan sewa 50 peratus sepanjang 2027 termasuk yang berniaga di pasar awam, medan selera dan pusat penjaja. Sementara, kadar serendah 400 ringgit bagi bazaar pada musim perayaan.
LUNAS KETIGA:
MEMBELA NASIB SEMUA RAKYAT
EKONOMI BUMIPUTERA DAN ISLAM
-
Kerajaan tidak pernah berganjak dari amanah memperkasa ekonomi Bumiputera. Agenda Bumiputera dipacu dengan pendekatan terangkum melalui PuTERA35.
-
Kerajaan telah mewartakan 50 ekar tanah di Kuala Lumpur sebagai Tanah Rizab Melayu, yang belum pernah dilakukan pentadbiran sebelum ini. PETRONAS kini telah memulakan pembangunan 10 ekar pertama bagi menyediakan perumahan mampu milik.
-
Kali pertama Kerajaan menyediakan endowmen kepada Yayasan Pelaburan Bumiputra adalah pada tahun 1978 berjumlah 200 juta ringgit. Sejak 1981, tiada endowmen susulan diberikan. Oleh itu, atas waad dan tanggungjawab memperkasa ekonomi dan pemilikan bumiputera, Kerajaan bersetuju menyediakan tanah strategik seluas 50 ekar di sekitar Kuala Lumpur, bernilai 1 bilion ringgit, sebagai endowmen baharu kepada Yayasan Pelaburan Bumiputra. Hasratnya adalah untuk tanah ini dibangunkan oleh PNB mengambil kira keperluan rumah mampu milik serta kepentingan Bumiputera.
-
Kita turut bersetuju supaya tanah Kerajaan hampir 11 ekar di Belfield, Kuala Lumpur dibangunkan bagi membina sekurang-kurangnya
2,500 unit Rumah MADANI dengan 70 peratus dikhususkan untuk Bumiputera.
-
Saya telah mengadakan sesi libat urus bersama wakil persatuan dan syarikat kontraktor Bumiputera untuk mendengar sendiri keresahan terkait perusahaan mereka. Sukacita Saya Umumkan:
-
Nilai perolehan Kerajaan yang dikhususkan untuk kontraktor Bumiputera G1-G4 ditingkatkan kepada 5 bilion ringgit, ketimbang 4 bilion ringgit tahun ini.
-
Bagi kerja selenggara, pembaikan dan penambahbaikan fasiliti Kerajaan, had perolehan lantikan terus, dibenarkan sehingga 200 ribu ringgit dan sebut harga, dibenarkan sehingga 3 juta ringgit.
-
TERAJU pula menyediakan pembiayaan sehingga 1 bilion ringgit. Keupayaan teraju turut diperkasa supaya dapat memantau dengan lebih berkesan projek-projek Bumiputera merentas semua jabatan, agensi dan syarikat.
-
Dana pembiayaan oleh Perbadanan Usahawan Nasional Berhad ditingkatkan kepada 500 juta ringgit, ketimbang 350 juta ringgit.
-
Kerajaan memberikan kemudahan duti setem hanya 10 ringgit ke atas perjanjian pinjaman dan pembiayaan di bawah Skim CAKNA II yang akan diperkenalkan dari 1 Januari 2027 hingga 31 Disember
Kemudahan yang sama turut dilanjutkan bagi Skim CAKNA I hingga 31 Disember 2030.
-
GLC dan PETRONAS menyasarkan perolehan 45 bilion ringgit daripada syarikat Bumiputera. Mulai 2027, garis panduan perolehan GLC yang tidak disemak sejak 2006 akan diperbaharui. Kejayaan vendor turut diukur melalui pertumbuhan syarikat, inovasi dan pasaran baharu yang berjaya ditembusi.
-
Syarikat GLIC akan melabur 2 bilion ringgit untuk memperkasa syarikat Bumiputera. Umpamanya, Ekuinas dan PHB akan membantu syarikat Bumiputera menuju penyenaraian awam dan memperkukuh pemilikan hartanah strategik. Dana Ciptawan 250 juta ringgit diwujudkan oleh Khazanah dan TERAJU bagi menyokong pertumbuhan syarikat pertengahan Bumiputera.
-
Taman solar berpusat untuk bangunan Kerajaan akan dibangunkan dengan pelaburan 1.5 bilion ringgit. Ini turut memberi peluang kepada syarikat Bumiputera pembinaan, kejuruteraan dan penyelenggaraan. Melalui projek solar LSS6, 150 megawatt dikhususkan kepada syarikat Bumiputera bagi menyokong mereka dalam industri tenaga bersih.
-
Program 10 Juara Bumiputera diteruskan dengan peruntukan 40 juta ringgit bagi membangunkan 15 syarikat berpotensi menjelang tahun
-
Malaysia terus memperkukuh kedudukan sebagai peneraju ekonomi Islam dunia.
-
Ke arah Malaysia sebagai pusat pengurusan dana Islam, penyedia perkhidmatan pengurusan dana patuh syariah diberi pengecualian cukai pendapatan 40 peratus bagi tahun taksiran 2028 hingga 2030.
-
Malaysia masih mengekalkan kedudukan sebagai antara pasaran sukuk terbesar di dunia. Bagi menggalakkan pembiayaan syariah lestari, penerbit Sukuk Prisma layak menerima potongan cukai atas kos penerbitan yang diluluskan Suruhanjaya Sekuriti bagi tahun taksiran 2027 hingga Geran yang diterima di bawah Skim Sukuk SRI dan Geran Bon pula diberi pengecualian cukai pendapatan mulai 1 Januari 2027.
-
Kebanyakan usahawan kita mempunyai produk berkualiti, tetapi sukar untuk mendapatkan pensijilan halal dan menembusi pasaran yang lebih luas. Kerajaan bersetuju menyediakan geran padanan sehingga 5,000 ringgit kepada syarikat PMKS yang mahu mendapatkan sijil halal kali pertama. Geran 25 ribu ringgit turut diberikan bagi memperkasa PMKS halal dalam bidang seperti kosmetik dan farmaseutikal.
-
Kini, ahli KWSP yang memilih Simpanan Shariah juga boleh membayar zakat terus daripada dividen, seiring kemudahan di PNB dan Lembaga Tabung Haji.
KEBAJIKAN KUMPULAN TUMPUAN
-
Kerajaan akan meningkatkan usaha bagi mempersiap negara menuju status negara tua:
-
Rang Undang-undang Warga Emas akan digubal bagi menangani pengabaian dan memperkukuh ekosistem penjagaan yang
-
Mulai 1 Januari 2027, kadar cukai perkhidmatan jagaan warga emas diturunkan daripada 8 kepada 6 Pengecualian penuh diberikan bagi yuran jagaan sehingga 96 ribu ringgit setahun.
-
Bagi melahirkan lebih ramai tenaga kerja dalam sektor penjagaan warga emas, lebih 40 juta ringgit disediakan melalui HRD Corp untuk melatih 8,000 orang sekaligus membuka peluang pekerjaan kepada mereka dalam bidang ini.
-
Dua pusat kepakaran penjagaan bersepadu (NICE) dibangunkan di Pulau Pinang dan Sarawak untuk latihan, penyelidikan dan penjagaan warga emas.
-
Sementara itu, bantuan warga emas tahun hadapan ditingkatkan kepada 1.3 bilion ringgit bagi manfaat hampir 200 ribu penerima.
-
Ahli KWSP yang mencapai usia 55 dan 60 tahun boleh memilih skim i-Emas untuk menerima pengeluaran bulanan, supaya baki simpanan terus menjana dividen.
-
Kepada komuniti orang kurang upaya, sukacita saya umumkan:
-
Peruntukan keseluruhan bagi bantuan OKU meningkat kepada 1.5 bilion ringgit untuk manfaat lebih 300 ribu OKU.
-
Kadar bantuan penjagaan OKU terlantar dan pesakit kronik ditingkatkan daripada 500 kepada 600 ringgit sebulan.
-
Ambang pendapatan bagi melayakkan Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya ditingkatkan daripada 1,700 kepada 2,000 ringgit.
-
Elaun Murid Berkeperluan Pendidikan Khas ditingkatkan daripada 150 kepada 200 ringgit sebulan, untuk memanfaat 150 ribu murid istimewa termasuk anak autistik.
-
Insentif Pengajaran Murid Berkeperluan Pendidikan Khas ditingkatkan daripada 250 ringgit kepada 300 ringgit sebulan, untuk memanfaat 20 ribu guru pendidikan khas.
-
Dua buah Pusat Permata Kurnia akan dibina iaitu di Melaka dan Pahang sebagai pusat khusus untuk anak-anak autistik diberi pendidikan, sokongan dan latihan.
-
Lebih 130 kelas Tabika Tunas Istimewa baharu dibuka di kawasan desa seluruh negara bagi membolehkan anak autistik keluarga susah mendapat bimbingan awal lebih berkesan.
-
15 premis Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dinaik taraf kepada Pusat Terapi Khusus untuk memanfaat 20 ribu OKU Sindrom Down
-
3,000 penjaga OKU baharu dibekalkan kemahiran khusus bagi memenuhi keperluan perkhidmatan penjagaan OKU di seluruh
-
Jabatan Kemajuan Orang Asli akan diperuntukkan 445 juta ringgit. ini termasuk bagi melaksanakan projek:
-
penanaman semula di Pos Poi, Sungai Siput, Perak; serta
-
pembinaan tabika Orang Asli di Kampung Angkek dan Pos Belatim, Gua Musang, Kelantan.
-
-
Di daerah Kinta, Perak, ada anak Orang Asli kita yang tinggal jauh dari sekolah dan berisiko tercicir kerana sukar berulang-alik setiap hari. Kerajaan bersetuju membina sebuah asrama khas dengan 100 tempat untuk mereka.
-
Sejak 2023, Kerajaan MADANI telah membantu lebih 250 ribu rakyat keluar daripada belenggu kebankrapan.
-
Mulai 2027, Kerajaan memutuskan untuk menaikkan ambang bankrap daripada 100 ribu kepada 150 ribu ringgit.
-
Bagi mempercepat proses bebas bankrap, Dasar Peluang Kedua Prihatin diperluas kepada penjaga utama ahli keluarga OKU, pesakit kronik, warga emas, pekerja gig dan yang berpendapatan tidak tetap.
-
Pelepasan automatik seawal tiga tahun di bawah Seksyen 33C, Akta Insolvensi terus diperkasa bagi mempercepat pembebasan individu bankrap yang memenuhi syarat.
LUNAS KEEMPAT:
MENGANGKAT MUTU PERKHIDMATAN RAKYAT
KETANGKASAN PERKHIDMATAN KESIHATAN
-
Peruntukan Kementerian Kesihatan menokok kepada 47.7 bilion ringgit, ketimbang 46.5 bilion ringgit.
-
Sukacita saya umumkan, isu doktor kontrak akan Sejak 2023, Kerajaan MADANI telah melantik secara tetap lebih 15 ribu doktor kontrak termasuk 4,000 pada tahun ini. Bagi tahun 2027, lebih 9,000 doktor kontrak akan ditawarkan ke jawatan tetap. Bermakna, selepas ini, doktor yang berjaya menamatkan latihan siswazah akan ditawarkan jawatan tetap pegawai perubatan.
-
Bagi menghargai 47 ribu anggota paramedik dan jururawat yang memikul tanggungjawab besar di lapangan, kadar bayaran insentif pos basik akan ditingkatkan daripada 100 ringgit kepada 200 ringgit sebulan.
-
Kita berdukacita atas tragedi nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara di Long Lellang yang meragut nyawa petugas barisan
Kerajaan bersetuju menaikkan bayaran Insentif Perkhidmatan Kesihatan Udara daripada 30 ringgit kepada 100 ringgit.
-
Bagi mengurangkan tempoh menunggu pesakit mendapatkan rawatan:
-
Peruntukan untuk menyumber luar pesakit ke hospital lain ditingkatkan kepada 200 juta ringgit.
-
Skop kerjasama akan diperluas merangkumi penggunaan fasiliti kesihatan swasta, termasuk dewan bedah oleh sektor awam.
-
Aturan sessional kepada pakar Kerajaan yang bersara dan pakar swasta yang lebih anjal dengan tempoh maksimum ditingkatkan.
-
Skop program diperluas meliputi Expanded Newborn Screening, Prenatal Genetic Testing dan rehabilitasi.
-
-
Selain itu, SKMM dengan pelaburan 1 bilion ringgit terus mempergiat pelaksanaan projek sistem rekod perubatan elektronik di fasiliti kesihatan seluruh negara.
-
Kerajaan akan meluncurkan Pelan Medi Asas mulai Januari 2027, pada harga mampu milik. Melalui Pelan ini, bayaran hospital akan mengikut jenis diagnosis dan rawatan supaya kos lebih terkawal serta mudah dijangka. Ahli KWSP di bawah 55 tahun dibenarkan membayar premium MediAsas melalui Akaun Bagi PKS kurang 75 pekerja, Kerajaan akan mensubsidi premium tahun pertama sebanyak 200 ringgit bagi setiap pekerja, terhad 50 pekerja setiap syarikat. Ini dijangka memanfaat sehingga 200 ribu pekerja.
-
Ketelusan kos rawatan swasta ditingkatkan: Rekod perubatan elektronik diperluas berasaskan prinsip satu individu satu rekod. Mulai 2027, bil hospital swasta menggunakan kategori caj yang seragam dan telus supaya pesakit memahami setiap bayaran dan herotan harga dapat dikurangkan. Portal e-CKAPS turut dibangunkan bagi membolehkan urusan pelesenan fasiliti kesihatan swasta dibuat sepenuhnya dalam talian mulai 2027, dengan tempoh pemprosesan disasar berkurang sehingga 65 peratus.
-
Kerajaan juga menyediakan kemudahan kesihatan bagi membantu rakyat susah mendapatkan rawatan perubatan.
-
Umpamanya, Dana Tabung Bantuan Perubatan ditingkatkan kepada 60 juta ringgit ketimbang 40 juta ringgit.
-
Penerima STR dan pasangan berumur 40 tahun ke atas ditawar saringan kesihatan percuma, bantuan alat perubatan dan insentif rawatan kanser melalui PeKa B40 dengan peruntukan 80 juta ringgit.
-
Sejak diperkenalkan, MySalam memanfaatkan 1.6 juta rakyat dengan jumlah tuntutan 3 bilion ringgit. Skim MySalam diteruskan tahun 2027.
-
Program BuAi menawarkan rawatan kesuburan mampu milik kepada 2,000 pasangan dan perkhidmatan kesejahteraan lelaki kepada 42 ribu
-
Saringan talasemia percuma diperluas kepada suami dan anak pembawa bagi mengurangkan risiko kelahiran bayi talasemia major.
-
Sebanyak 9 fasiliti baharu akan dibina, antaranya:
-
Kompleks Klinik Pakar dan Pusat Rawatan Harian di Hospital Sultanah Aminah, Johor;
-
Pusat Pakar Pergigian, Kuching, Sarawak;
-
Kompleks Kesihatan Bersepadu di Gerik, Perak; dan
-
Kompleks Kesihatan Bersepadu Rembau, Negeri
-
Semua prasarana hospital dan klinik awam akan diselenggara dan dibaik pulih dengan peruntukan 2 bilion ringgit. Ini termasuk menaik taraf klinik-klinik daif yang berbaki.
-
Bagi mempercepat diagnosis dan rawatan, lebih 770 juta ringgit disediakan untuk perolehan peralatan canggih dan moden. Ini termasuk:
-
Kemudahan hemodialisis dinaik taraf di hospital seluruh
-
Perolehan 400 ambulans baharu kepada hospital KKM bagi mempercepat tindak balas kecemasan.
-
Hospital Pakar USM dilengkapkan dengan teknologi pembedahan robotik bagi memperluas rawatan kepada pesakit di Pantai Timur dan utara Semenanjung.
-
Sebanyak 18 Institut Latihan KKM pula menerima peralatan simulasi klinikal dan makmal sains asas bagi meningkatkan kemahiran lebih 20 ribu pelatih serta petugas perubatan dan paramedik.
-
PENDIDIKAN UNTUK SEMUA
-
Pujangga agung Tamil, Thiruvalluvar, melalui karya masyhurnya Tirukkural, dalam rangkap ke-731 mengungkapkan:
“தள்ளா விளளயுளும் தக்காரும் தாழ்விலாச் சசல்வரும் சசர்வF நாடு.”
“Thallaa Vilaiyulum Thakkaarum Thaazhvilaach Chelvarum Servadhu Naadu.”
Maksudnya, negara yang unggul ialah negara yang subur hasil buminya, tinggi keilmuan dan budi rakyatnya, serta makmur kekayaannya tanpa mengesampingkan akhlak. Ternyata, sejak zaman silam, Thiruvalluvar telah mengingatkan bahawa hebatnya sesebuah negara itu tidak sekadar bersandar pada limpahan khazanah dan mercu tanda, tetapi turut ditunjangi kebijaksanaan, keadilan dan kemuliaan insan.
-
Kementerian Pendidikan kekal menerima peruntukan tertinggi, hampir 69 bilion ringgit, ketimbang 66.2 bilion ringgit tahun ini.
-
Kerajaan bersetuju supaya peruntukan bagi membaik pulih dan menyelenggara semua jenis sekolah ditingkatkan, daripada 1 bilion kepada 2 bilion ringgit, Peningkatan ini bermakna:
-
Peruntukan bagi Sekolah Kebangsaan naik kepada 900 juta
-
Peruntukan bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina naik kepada 100 juta
-
Peruntukan bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil naik kepada 50 juta ringgit. Kendatipun jumlah murid di SJKT relatifnya lebih kecil, oleh kerana keadaan prasarana sekolah yang daif, menuntut perhatian
-
Peruntukan bagi Sekolah Agama Rakyat, institusi tahfiz dan sekolah pondok berdaftar di bawah jakim naik kepada 200 juta ringgit. Skop peruntukan ini akan diperluas untuk meliputi bantuan operasi institusi.
-
Selain itu, hampir 3 bilion ringgit disediakan bagi menaik taraf 682 sekolah daif, khususnya di Sabah dan Sarawak.
-
Berdasarkan rekod, hampir 500 ribu murid dijangka memasuki darjah 1 pada tahun hadapan, termasuk lebih 70 ribu yang berusia 6 Bagi menampung pertambahan murid darjah 1, sebanyak 3,500 bilik darjah tambahan dijangka siap dibina menjelang akhir tahun ini melalui kaedah IBS.
-
Kerajaan turut akan membina sekolah baharu, bangunan prasekolah serta kemudahan di sekolah sedia ada, antaranya:
-
SK Seri Chemor, Ipoh, Perak;
-
Kompleks Sekolah Bandar Serenia, Sepang, Selangor;
-
Pembinaan gantian penuh Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil), Ladang Pamol, Kluang, Johor;
-
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Bandar Mahkota Cheras; dan
-
Bangunan Prasekolah di SK Bulu Silou, Keningau,
-
Kolej matrikulasi baharu sedang dibina di Marang,
-
Bagi menggalakkan penglibatan rakyat dalam pembentukan persekitaran sekolah yang berkualiti: Tabung Sumbangan Wang Awam Sekolah akan ditambah baik supaya sumbangan sukarela ibu bapa, alumni dan masyarakat boleh digunakan untuk operasi sekolah, pembaikan kemudahan, pembelian peralatan serta program murid. Sumbangan tunai kepada tabung ini layak mendapat potongan cukai sehingga 10 peratus daripada pendapatan agregat.
-
Sukacita saya umumkan:
-
Bantuan Awal Persekolahan ditingkatkan daripada 150 kepada 200 ringgit bagi setiap murid. ini bermakna, keluarga dengan empat orang anak akan menerima 800 ringgit untuk persiapan bagi sesi persekolahan 2027. Seramai 5.3 juta murid layak menerima Bantuan Awal dengan peruntukan 1 bilion Bantuan ini akan disalurkan di sekolah supaya ibu bapa dapat hadir dan bertemu sendiri dengan guru sebagai tanggungjawab bersama bagi kemajuan akademik serta pembentukan sahsiah anak-anak.
-
seperti telah saya umumkan sebelum ini, Kerajaan bersetuju untuk memberikan elaun sara hidup kepada pelajar tingkatan enam berjumlah 2,500 ringgit. Kadar ini menyamai elaun pelajar matrikulasi dan akan memanfaat 90 ribu pelajar tingkatan enam.
-
Peruntukan 870 juta ringgit disediakan untuk Rancangan Makanan Tambahan kepada lebih 800 ribu murid.
-
Guru harus kembali kepada tugas mendidik anak-anak tanpa dibebani kerja Pengambilan Pembantu Guru diperluas ke
200 sekolah rendah berkepadatan tinggi dan akan ditambah secara berfasa setelah penilaian keberkesanan dilaksanakan.
-
Kerangka perundangan Pendidikan Tinggi yang menyeluruh disediakan KPT bagi menggantikan AUKU, meliputi autonomi universiti, kebebasan akademik dan hak-hak mahasiswa. Berkuat kuasa serta-merta, semua prosiding tatatertib di universiti awam berkaitan kebebasan bersuara, penyataan pandangan, kritikan awam dan perhimpunan aman telah dihentikan.
-
Kementerian Pendidikan Tinggi menerima 1 bilion ringgit.
-
800 juta ringgit disediakan bagi menambah baik prasarana seperti bilik kuliah dan kediaman mahasiswa serta menggantikan peralatan
-
Kerajaan mengalu-alukan sumbangan orang ramai termasuk alumni dan sektor korporat kepada universiti awam. Sumbangan yang diberikan layak menikmati potongan cukai pendapatan sehingga 10 peratus daripada pendapatan agregat.
-
-
PTPTN ialah penyelamat anak bangsa yang bercita-cita melanjutkan pengajian ke menara gading.
-
Bagi tahun 2027, Kerajaan bersetuju untuk memberikan penangguhan bayaran balik kepada peminjam yang berpendapatan sehingga 2,500 ringgit sebulan.
-
Bayaran balik minimum dikenakan hanya 50 ringgit ke atas peminjam berpendapatan antara 2,500 hingga 3,000 ringgit sebulan.
-
Langkah ini akan memanfaatkan lebih 400 ribu peminjam
-
Kepada peminjam yang tidak mempunyai tunggakan dan membuat bayaran balik secara teratur akan diberi diskaun sebanyak 10 peratus.
-
Kerajaan turut bersetuju memberikan potongan cukai kepada majikan yang membuat bayaran balik pinjaman PTPTN bagi pihak pekerja. galakan ini meliputi bayaran balik yang dibuat mulai 1 Januari 2027 hingga 31 Disember 2028.
-
Bagi menangani isu penginapan mahasiswa, Kerajaan bekerjasama dengan GLIC untuk mempercepat pelaksanaan
-
Fasa 1 Residensi Mahasiswa Universiti Malaya dijadual siap pada 2031 yang akan memanfaatkan 10 ribu mahasiswa UM.
-
KWAP akan melabur 750 juta ringgit bagi Projek Vista Kampus iaitu pembinaan kediaman siswa di enam universiti terpilih, termasuk UniSZA dan UiTM.
-
Setiap mahasiswa mesti dijamin dengan penyediaan makanan. Maka, Program Dapur Siswa MADANI akan diperluas ke politeknik dan institut pendidikan guru dengan peruntukan 20 juta Ikhtiar ini akan menyediakan peralatan memasak, sumbangan bahan makanan serta Menu Kasih Siswa hanya 5 ringgit.
-
Potongan cukai akan diberikan kepada pihak yang menyumbang makanan dan peralatan bagi tujuan ini mulai 1 Januari 2027 hingga 31 Disember 2030.
-
Bantuan tiket penerbangan FlySiswa MADANI 2027 ditingkatkan kepada 500 ringgit, ketimbang 400 ringgit; yang memanfaat lebih 60 ribu penuntut IPTA.
PENGANGKUTAN DAN KESELAMATAN JALAN RAYA
-
Kepada semua pengguna pengangkutan awam:
-
Kemudahan My50 diteruskan untuk manfaat 300 ribu pengguna bas dan rel Prasarana di Lembah Klang.
-
Kemudahan MyKomuter50 akan diperkenalkan untuk manfaat 40 ribu pengguna KTM Komuter. Melalui kemudahan ini, wang pengguna dapat dijimatkan secara purata sehingga 160 ringgit sebulan. Sementara itu, pas percuma diberikan kepada 360 ribu murid sekolah, komuniti OKU dan kanak-kanak bawah enam tahun.
-
Sejak belakangan ini, rakyat sering kali berdepan dengan kejadian tren rosak atau perkhidmatan tergendala, sehingga menjejaskan perjalanan mereka ke tempat kerja. Oleh itu, Prasarana dan KTMB telah dipertanggungjawabkan untuk mengambil langkah segera bagi memastikan kelancaran perkhidmatan tren. Sebagai penyelesaian jangka panjang, Prasarana melabur lebih 3.4 bilion ringgit untuk pemulihan menyeluruh perkhidmatan rel mereka. Sementara itu, Kerajaan juga akan memperoleh 42 set tren baharu bagi perkhidmatan ETS dan KTM Komuter.
-
ECRL Fasa 1 dari Kota Bharu ke Terminal Bersepadu Gombak dijangka mula beroperasi Disember ini. Malaysia dan China turut sepakat untuk menyambung laluan ke Rantau Sebuah stesen bas di Stesen ECRL Kota Bharu juga akan dibina untuk kemudahan rakyat Kelantan.
-
Perkhidmatan bas henti-henti ditingkatkan di bandar-bandar utama dengan peruntukan 270 juta ringgit. Ini termasuk menghubung 15 stesen di Pantai Timur menjelang pengoperasian ECRL.
-
Terkait hal pengangkutan, Kerajaan dan MAHB menyediakan 1 bilion ringgit untuk menambah baik jalan di kawasan pelabuhan, lapangan terbang di Kota Kinabalu, Miri, Tawau, Sandakan, Pulau Pinang serta STOLport Long Banga dan Ba’Kelalan, Sarawak.
-
Pada malam Hari Kebangsaan lalu, seramai empat orang maut termasuk sepasang suami isteri dan anak kecil mereka, dalam nahas di LPT1, Setakat Ogos tahun ini, sebanyak 28 kes maut akibat
pemandu mabuk atau di bawah pengaruh dadah. Tragedi seumpama ini menyentak sanubari kita, bahawa walaupun penguatkuasaan telah diperketat, namun pelanggaran peraturan masih lagi membimbangkan. Oleh itu, sebagai langkah lebih tegas:
-
Kerajaan akan meminda Akta Pengangkutan Jalan bagi mewajibkan pemandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah untuk membayar pampasan kepada mangsa.
-
Sistem telematik akan diwajibkan untuk dipasang di kenderaan perdagangan bagi memantau kelajuan, lokasi dan corak pemanduan berisiko, termasuk menghubungkan dengan alat pengesan alkohol sebelum pemandu memulakan perjalanan. Pelaksanaan sukarela dibuat hingga 2027, sementara Kerajaan sedang membangunkan pangkalan data pemandu untuk penguatkuasaan.
-
PERKESO akan menyediakan baucar pemeriksaan kesihatan kepada pemandu kenderaan perdagangan bagi mengesan risiko kesihatan yang boleh menjejaskan keupayaan memandu.
-
Kerajaan terus memperkasa peranan Jurutera Daerah bagi mempercepat pelaksanaan projek kecil seperti jalan berlubang. Peruntukan untuk tujuan ini ditingkatkan kepada 40 juta ringgit.
-
Sejumlah 2.5 bilion ringgit disediakan untuk menyelenggara Jalan Persekutuan, termasuk hampir 800 juta ringgit khas kepada kontraktor G1-G4.
-
Jalan negeri juga dibaiki menggunakan dana MARRIS 7 bilion ringgit.
-
Lembaga Lebuhraya Malaysia akan membina 15 tempat berteduh motosikal, memasang 70 CCTV di lebuh raya PLUS dan menyediakan 50 kemudahan pengecasan kenderaan elektrik di lokasi strategik.
KETANGKASAN PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN
-
Pasukan STAR yang dipimpin Tan Sri Ketua Setiausaha Negara telah merungkai kerenah birokrasi dan mengurangkan kos pematuhan. Hampir 25 juta ringgit disediakan untuk mempercepat urusan Kerajaan dengan rakyat dan perniagaan.
-
Sementara itu, Program Iltizam Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan memperbaik prestasi jabatan dan agensi Persekutuan, negeri serta PBT, terutama di kaunter yang berurusan terus dengan rakyat.
-
Saya mendengar keresahan kontraktor pembinaan yang terkesan dengan peningkatan kos operasi. Maka:
-
Kerajaan bersetuju memperkenalkan semula klausa perubahan harga atau variation of price (VOP) khusus untuk menampung kenaikan kos Diesel dan Bitumen.
-
Bagi menyegerakan pelaksanaan projek berkepentingan rakyat seperti pembinaan kuarters, sekolah, asrama, klinik dan dewan, projek yang
mempunyai pre-approved plan oleh JKR dengan nilai sehingga 5 juta ringgit boleh dipelawa menggunakan kaedah sebut harga.
LUNAS KELIMA:
MENJAMIN BEKALAN DAN KESIAPSIAGAAN NEGARA
PERALIHAN TENAGA
-
Kita bersyukur negara dapat bertahan daripada dampak konflik Asia Barat. Namun, agenda peralihan tenaga mesti diperhebat untuk kelangsungan bekalan tenaga negara dalam jangka panjang.
-
TNB melabur 15 bilion ringgit untuk memperkukuh grid nasional bagi menjamin kelangsungan permintaan elektrik negara.
-
UEM Lestra pula melabur 1 bilion ringgit, termasuk bagi melaksanakan projek penyimpanan tenaga di KLIA dan projek tenaga hibrid berkapasiti 1 gigawatt di Johor.
-
Dana Iklim KWAP 1 bilion ringgit dimanfaat untuk projek hijau seperti tenaga boleh baharu dan penyahkarbonan.
-
Cuaca panas menyumbang peningkatan penggunaan elektrik di Melalui NUR MADANI, rebat hingga 200 ringgit diberikan kepada pembeli penyaman udara dan peti sejuk cekap tenaga.
-
Bagi menggalakkan lebih banyak syarikat beralih kepada teknologi hijau dan lestari, galakan cukai ditambah baik dan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2030 untuk;
-
Syarikat yang menjalankan projek teknologi hijau dan lestari dan stesen pengecasan kenderaan elektrik layak mendapat Elaun Cukai Pelaburan sehingga 100 peratus.
-
Syarikat yang membeli aset teknologi hijau untuk kegunaan sendiri layak mendapat Elaun Cukai Pelaburan sehingga 100 peratus.
KETERJAMINAN AGRIKOMODITI
-
Pelaksanaan Projek Tanaman Padi Lima Musim Dalam Dua Tahun amat penting untuk kelangsungan bekalan beras negara. Pada masa ini, kerja-kerja menaik taraf sistem pengairan di 15 blok sawah sedang berjalan mengikut jadual. Sementara itu, projek pemulihan Empangan Pedu dijangka siap pada penghujung 2027.
-
Kerajaan Persekutuan bekerjasama dengan Kerajaan Negeri bagi pelaksanaan projek agromakanan untuk menjana hasil yang bermakna di peringkat komuniti. Kerjasama ini akan terus diperhebat dengan peruntukan 300 juta ringgit. Antara projek yang berjaya termasuklah ternakan tilapia merah di Batang Ai, Sarawak menyokong pengeluaran 2 juta benih ikan setahun, memanfaat 200 penternak kecil. Projek susu di Mersing, Johor pula disasar menyumbang 50 peratus pengeluaran susu di Johor menjelang 2030.
-
Kepada para pesawah:
-
Kerajaan menyediakan bantuan untuk pesawah sebanyak 2.62 bilion ringgit. Ini bermakna, bagi setiap hektar sawah, pesawah akan menikmati sekitar 4,300 ringgit meliputi antaranya subsidi benih, baja, racun, upah bajak dan harga padi.
-
Kerajaan bersetuju meningkatkan kadar insentif penuaian padi daripada 50 ringgit kepada 100 ringgit sehektar Kadar insentif pembajakan yang telah ditingkatkan kepada 300 ringgit akan dikekalkan dan diperluas kepada pesawah Sabah Sarawak.
-
Bagi memulih dan menyubur semula tanah sawah padi, 20 juta ringgit disediakan untuk membekalkan baja foliar di lebih 10 ribu hektar tanah
-
Kepada para nelayan:
-
Kerajaan bersetuju meningkatkan jumlah pemegang lesen sampan khas daripada 17 ribu kepada 20 ribu nelayan dengan peruntukan 30 juta ringgit. Bagi meningkatkan pendapatan para nelayan, geran turut disediakan untuk pelaksanaan projek akuakultur. Ini termasuk membekalkan sistem bioflok bagi ternakan tilapia. Agrobank turut menyediakan 40 juta ringgit untuk pembiayaan projek akuakultur.
-
Pada masa yang sama, para nelayan yang layak terus menikmati harga diesel bersubsidi pada RM1.65 seliter. Sejumlah 178 juta ringgit turut
disediakan antaranya untuk penyaluran insentif hasil tangkapan dan Elaun Sara Hidup sehingga 300 ringgit sebulan.
-
Usahawan tani boleh memanfaat lebih 1 bilion ringgit dana pembiayaan melalui Agrobank, Bank Rakyat dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Ini bagi menyokong peningkatan hasil tani termasuk melalui penggunaan teknologi. Lebih 40 juta ringgit bagi membantu penghasilan produk bernilai tinggi melalui teknologi moden. Ini termasuk coklat premium bean-to-bar, pati minyak dan aromaterapi gaharu.
-
Bulan lalu, saya berkesempatan mengadakan libat urus bersama pekebun kecil dan pengusaha komoditi. Maka dengan itu, saya ingin mengumumkan:
-
Peruntukan bagi membaik pulih jalan-jalan ladang akan digandakan kepada 100 juta ringgit, ketimbang 50 juta ringgit.
-
Pembiayaan hibrid berjumlah 100 juta ringgit disediakan bagi membantu penanaman semula sawit milik 4,500 pekebun Kaedah hibrid digunakan, bermakna pekebun kecil hanya perlu membayar balik separuh pembiayaan.
-
Pembiayaan mudah 200 juta ringgit turut diperkenalkan bagi membiayai kos tanam semula dengan keluasan hingga 40 hektar. Bayaran balik ditangguh empat tahun sementara menunggu pokok Pekebun hanya menanggung faedah 2 peratus; dan baki faedah ditanggung Kerajaan.
-
Kepada pekebun kecil getah, Kerajaan bersetuju menaikkan kadar insentif pengeluaran getah buat kali ketiga. Pada tahun 2022, IPG hanya RM2.50 sekilogram. IPG pada masa ini ialah RM3.00 sekilogram. Dan Kadar IPG akan ditingkatkan kepada RM3.30 sekilogram, untuk memanfaat lebih 300 ribu pekebun kecil.
-
Setakat September, 290 ribu pekebun kecil menerima 400 ringgit sebulan sebagai bantuan subsidi. Ini termasuk petani, penternak, pengusaha kecil sawit, getah, koko, lada dan kenaf.
-
30 juta ringgit bagi membendung penyakit dan serangan perosak tanaman, termasuk Ganoderma, ulat bungkus dan koya dalam sektor sawit serta penyakit tanaman koko dan lada.
-
Kemajuan FELDA semakin dirasai 109 ribu peneroka kini memiliki hak milik tanah dan purata pendapatan bersih peneroka meningkat daripada RM2,272 sebulan tahun 2023 kepada RM3,800 tahun ini. Penyahsenaraian FGV pula memperkukuh kewangan FELDA demi menjaga kebajikan peneroka. Bagi tahun 2027, Kerajaan meluluskan sebanyak 1.26 bilion ringgit bagi menjamin pengukuhan kewangan FELDA, penyelenggaraan jalan serta perumahan generasi FELDA.
KESELAMATAN DAN PERTAHANAN
-
Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pertahanan masing-masing menerima peruntukan 22 bilion ringgit.
-
1 bilion ringgit dikhususkan untuk membeli dan menyelenggara aset-aset angkatan tentera, polis dan badan beruniform di bawah KDN.
-
Beberapa fasiliti baharu akan dibina antaranya:
-
Ibu Pejabat APMM Negeri di Tanjung Kupang, Johor;
-
Kompleks Batalion 19 PGA Cheras;
-
Pejabat Imigresen Keningau, Sabah; dan
-
Tiga buah Balai Polis baharu di Sungai Rambai, Melaka; Tanjung Malim, Perak dan Batu Lintang, Sri Aman, Sarawak.
-
Keselamatan sempadan negara terus
-
Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan diperuntukkan 490 juta
-
Saringan keselamatan di lapangan terbang diperketat, termasuk mewajibkan ujian dadah dan alkohol kepada juruterbang serta kru
-
Sebanyak 48 mesin pengimbas badan dan bagasi baharu dipasang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Kota Kinabalu.
-
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia telah menyekat lebih
5.7 bilion panggilan dan SMS yang berunsur penipuan. Bagi mengesan scammer dan penjenayah siber dengan lebih awal:
-
Pusat Respons Penipuan Kebangsaan akan membangunkan aplikasi AI yang membolehkan rakyat menyemak nombor telefon, akaun bank atau pautan mencurigakan sebelum membuat transaksi.
-
Bahagian D11 PDRM sedang memperkasa sistem Malaysia Internet Crime Against Children yang dilengkapi keupayaan analitik lanjutan bagi mengesan pelaku dan rangkaian eksploitasi seksual kanak-kanak dengan lebih awal.
-
SKMM juga akan memperhebat pelaksanaan Kempen Internet Selamat di semua sekolah dengan tumpuan menangani buli siber dan eksploitasi kanak-kanak.
-
Kita mesti menangani risiko bencana dengan lebih
-
Setakat ini, Kerajaan telah berjaya menyiapkan enam projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) bernilai 336 juta ringgit. Pada masa ini juga, sebanyak 82 RTB sedang dilaksanakan mengikut Bagi tahun 2027, projek baharu yang akan dilaksanakan termasuklah RTB Bandaraya Kuching; PLSB Sungai Golok Fasa 2, Kelantan; dan PLSB Sungai Kemaman, Terengganu.
-
Selain itu, cerun serta parit dan longkang di kawasan PBT akan dibaiki dan dinaik taraf di seluruh negara dengan peruntukan hampir 320 juta
-
Agensi Pengurusan Bencana Negara diperuntukkan 260 juta ringgit. Kerajaan bersetuju untuk meningkatkan kadar bantuan pembaikan rumah mangsa bencana daripada 5,000 ringgit kepada 10 ribu ringgit.
-
Sebanyak 17 unit bot amfibiacraft akan diperoleh bagi mempercepat operasi menyelamat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.
-
Ikhtiar GDRN oleh Yayasan GLIC dan GLC terus ke hadapan membantu mangsa bencana dengan geran padanan 20 juta ringgit.
LUNAS KEENAM:
MEMECAH SILING KEUPAYAAN EKONOMI
-
Kita mencatat pertumbuhan KDNK suku kedua pada 6 peratus, iaitu prestasi yang tidak terjangkau termasuk oleh agensi Kerajaan. Dengan momentum berterusan, pertumbuhan ekonomi 2026 diunjur berkembang antara 4.8 hingga 5.3 peratus. Kendatipun dunia dijangka terus dalam ketidaktentuan, asas ekonomi negara terus Oleh itu, pertumbuhan KDNK 2027 diunjur terus berkembang antara 4.2 hingga 5.2 peratus.
PEMBERDAYAAN CIPTAAN WATAN
-
Hampir semua perniagaan di Malaysia ialah PMKS. Mereka menyumbang kira-kira 40 peratus kepada ekonomi dan menggajikan sekitar 8 juta atau separuh tenaga kerja negara.
-
Mendengar keresahan usahawan PMKS yang terpaksa menanggung kenaikan kos operasi, kerajaan bersetuju menurunkan kadar cukai pendapatan PMKS sebanyak satu mata peratusan.
-
Kadar bagi pendapatan bercukai 150 ribu ringgit pertama akan diturunkan kepada 14 peratus.
-
Kadar bagi pendapatan bercukai bagi banjaran 150,001 hingga 600 ribu ringgit akan diturunkan kepada 16 peratus.
-
Ini bermakna, pendapatan tambahan kepada 300 ribu PMKS sehingga 6,000 ringgit.
-
Selain itu, Kerajaan turut mencadangkan langkah cukai berikut:
-
Had nilai setiap aset kecil yang layak mendapat elaun modal dinaikkan kepada 3,000 ringgit. Bagi syarikat selain PMKS, had keseluruhan tuntutan dinaikkan kepada 30 ribu ringgit.
-
Pengilang boleh menuntut semula cukai jualan bagi mesin, alat ganti dan peralatan yang dibeli daripada pedagang atau pengedar Kemudahan ini termasuk bahan mentah untuk menghasilkan produk farmaseutikal, makanan ternakan, baja dan racun perosak.
-
Bagi meningkatkan produktiviti syarikat tempatan, Elaun Modal Dipercepatkan bagi perbelanjaan loji dan jentera tempatan serta peralatan dan perisian ICT dilanjutkan hingga 31 Disember 2030.
-
Bagi membantu aliran tunai PMKS melalui fasiliti kredit yang disediakan bank kepada Syarikat Peringkat Pertengahan, dicadangkan perjanjian menggunakan lebihan kredit yang disempurnakan mulai 1 Januari 2027 hingga 31 Disember 2030 dikenakan duti setem hanya 10 ringgit.
-
Duti setem hanya 10 ringgit bagi perjanjian pinjaman melalui platform pembiayaan antara rakan setara (P2P) mulai 1 Januari 2027 hingga 31 Disember 2030.
-
Pengecualian duti setem sepenuhnya ke atas pembukaan akaun simpanan dan akaun semasa mulai 1 Januari 2027.
-
Saya melihat sendiri, bantuan peralatan telah memanfaat seorang ibu yang pandai menjahit di Pulau Kadangkala, ada rakyat punya kemahiran, tapi tiada modal membeli peralatan seperti mesin jahit atau ketuhar. Oleh itu, Kerajaan bersetuju menyediakan Geran Sejahtera MADANI untuk peralatan dan latihan kepada 40 ribu penerima khususnya wanita dengan peruntukan 200 juta ringgit.
-
Pembiayaan mikro juga merupakan salah satu cara yang membantu pengusaha kecil menambah pendapatan melalui perniagaan. Oleh itu, pembiayaan mikro ditingkatkan kepada 6.6 bilion ringgit pada 2027.
-
Melalui Amanah Ikhtiar Malaysia, negeri Kelantan merekodkan jumlah pembiayaan tertinggi, sementara Sabah mencatatkan penerima paling ramai. Tahun hadapan, sejumlah 3 bilion ringgit Dana AIM yang tersedia bagi membantu 360 ribu pengusaha.
-
Dana pembiayaan TEKUN pula akan ditingkatkan kepada 1.3 bilion ringgit. Tumpuannya adalah untuk menyokong pembangunan usahawan Bumiputera.
-
Untuk kaum India, pembiayaan di bawah tekun dan AIM turut ditingkatkan kepada 150 juta ringgit. Ini bagi membantu pengusaha kecil India untuk mengembangkan perniagaan.
-
Di bawah BSN pula, pembiayaan mikro disediakan sebanyak 7 bilion ringgit. Agihan khusus disediakan untuk manfaat golongan belia, pekerja gig, penjaja dan golongan rentan.
-
Kad kredit asas mula ditawarkan oleh institusi perbankan bagi mengurangkan kadar faedah tidak melebihi 14 peratus setahun. Penghargaan kepada Alliance Bank, Maybank dan CIMB yang telah menawarkan kemudahan ini.
-
Susulan konflik di Asia Barat, Bank Negara Malaysia telah menyediakan pembiayaan sehingga 5 bilion ringgit bagi membantu PKS yang Oleh kerana sambutan diterima amat menggalakkan, BNM bersetuju untuk menambah 5 bilion ringgit lagi dana pembiayaan ini.
-
Kumpulan BPMB memperuntukkan sejumlah 7 bilion ringgit di bawah tujuh sektor strategik bagi menyokong pertumbuhan dalam industri berimpak tinggi dan sektor teras pembangunan negara termasuk tenaga boleh baharu, logistik, aeroangkasa dan semikonduktor.
-
Tahun hadapan, SJPP dan CGC menyediakan jaminan pembiayaan sehingga 32 bilion ringgit. Liputan SJPP akan diperluas meliputi syarikat pertengahan dalam semua sektor dengan had jaminan turut ditingkatkan sehingga 50 juta ringgit. Sebanyak 1 bilion ringgit jaminan SJPP akan dikhususkan bagi menyokong pengembangan syarikat tempatan melalui M&A.
-
Ini bermakna, bagi tahun 2027, jumlah keseluruhan kemudahan pinjaman dan jaminan pembiayaan akan ditingkatkan daripada 50 bilion kepada 57 bilion ringgit.
-
Setakat lapan bulan pertama 2026, perdagangan negara telah mencecah 2.5 trilion ringgit; dengan pasaran eksport melonjak sebanyak
31.2 peratus kepada 1.36 trilion ringgit.
-
Tahun hadapan, MATRADE diperuntukkan 60 juta ringgit bagi membina keupayaan syarikat tempatan menembusi dan mempelbagai pasaran luar. BPMB pula akan menyediakan pembiayaan berjumlah 1 bilion ringgit bagi menyokong PMKS tempatan menerokai pasaran
-
Saudara Azmi Warisan, pengusaha kopi Kampung Sungai Leman, Selangor telah memanfaat platform NADI, dan berjaya meningkatkan hasil jualan sehingga 80 peratus atau 240 ribu ringgit. Maka, Platform Nadi terus diperhebat dengan peruntukan 142 juta ringgit, bagi membolehkan lebih ramai usahawan muda memanfaat perniagaan dalam talian.
-
Kerajaan bersama KWAP mewujudkan Dana UNIVC 50 juta ringgit bagi membawa hasil penyelidikan universiti ke Kerajaan juga sedia mengambil risiko peringkat awal agar lebih banyak modal swasta tampil menyokong ciptaan tempatan.
-
Jom Malaysia disediakan 10 juta ringgit bagi membawa produk desa dan perkhidmatan bernilai tinggi ke platform digital dan pasaran luar.
-
Bagi menyokong ekonomi altitud rendah seperti dron, CAAM melabur
50 juta ringgit untuk membangunkan sistem digital yang mengurus ruang udara, tapak ujian nasional dan piawaian keselamatan.
-
Kerajaan memandang serius keresahan peniaga kecil dengan kewujudan syarikat e-dagang asing yang menyusup ke pasaran negara tanpa pengawasan dan penguatkuasaan. Oleh itu, Kerajaan segera meneliti langkah perundangan dan penguatkuasaan bagi melindungi kepentingan PMKS tempatan daripada persaingan tidak adil, selain turut memastikan barangan yang dibeli oleh rakyat adalah selamat.
-
RUU e-Dagang akan dibentangkan pada mesyuarat akan datang, sebagai usaha memperkukuh akauntabiliti platform dan penjual dalam
PELABURAN SEKTOR BERNILAI TINGGI
-
Pelaburan diluluskan bagi separuh pertama 2026 berjumlah 218.5 bilion ringgit, menokok 11.7 peratus. Ini bermakna, kita di landasan tepat untuk mencapai paras tertinggi baharu bagi tahun ketiga berturut-turut.
-
Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan diamanah untuk membina ketahanan ekonomi domestik dan meningkatkan keupayaan syarikat tempatan dalam sektor bernilai tinggi. Oleh itu, GLIC melalui GEAR-uP menggembleng pelaburan domestik berjumlah 25 bilion ringgit.
-
Umpamanya, Sime Darby Property, KWSP dan LTAT menubuhkan New Economy Venture Fund berjumlah 1.25 bilion ringgit bagi membangunkan pusat data serta aset logistik di Elmina, Selangor.
-
Khazanah dan KWAP melabur 1.2 bilion ringgit bagi melonjak potensi syarikat semikonduktor tempatan ke segmen lebih tinggi. Ini termasuk kerjasama Khazanah dan Kerajaan Negeri Selangor dalam dana pelaburan bagi pembangunan semikonduktor di Selangor.
-
Syarikat mula niaga atau startups mesti diberi laluan lengkap—daripada idea kepada modal awal dan penskalaan. Sementara syarikat pertengahan perlu segera mandiri bagi menerajui industri bernilai tinggi.
-
Oleh itu, Jelawang Capital Khazanah dan Dana Perintis KWAP melabur 450 juta ringgit dalam pembangunan syarikat mula niaga.
-
Selain itu, Dana NIMP, Dana Pemacu KWAP dan Dana MTC Khazanah keseluruhannya berjumlah 2.1 bilion ringgit akan dimanfaat untuk memperkukuh keupayaan syarikat pertengahan dalam bidang seperti E&E, digital, aeroangkasa dan peranti perubatan.
-
Bagi menarik modal swasta melalui platform Pendanaan Awam Ekuiti (ECF) dan P2P, 270 juta ringgit disediakan untuk menyokong PKS, syarikat pertengahan dan perusahaan sosial.
-
Pengecualian cukai pendapatan dilanjutkan kepada pelabur individu melalui platform ECF serta pelabur mangkin yang membiayai startups teknologi peringkat awal hingga 31 Disember 2030.
-
41 juta ringgit kepada Cradle Fund bagi melaksanakan Pelan Hala Tuju Ekosistem Startup dan geran pembangunan prototaip serta komersial.
-
SemiconStart MTDC menyediakan pelaburan ekuiti susulan kepada startups seperti reka bentuk IC dan pembungkusan termaju.
-
Reformasi MADANI telah mengembalikan keyakinan Hanya dalam dua tahun, Malaysia melonjak ke tangga 15 Indeks Daya Saing Dunia. Kita juga menduduki tangga pertama sebagai destinasi nomad digital dalam Rumavi Global Relocation Indeks 2026.
-
Kita mesti terus mempermudah urusan perniagaan supaya syarikat global mudah untuk beroperasi di sini dan membawa masuk bakat mahir
Pertama: Kerajaan akan menambah baik galakan cukai Hab Perkhidmatan Global (GSH) mulai 1 Januari 2027. Antaranya, kadar cukai istimewa 5 peratus diberikan ke atas pendapatan daripada aktiviti GSH bagi syarikat baharu.
-
Kadar cukai istimewa 5 peratus ke atas pendapatan melebihi pendapatan asas ditetapkan bagi syarikat Hab Prinsipal atau GSH sedia ada.
-
Tempoh galakan GSH dilanjutkan setiap lima tahun hingga maksimum 30 tahun.
-
Syarikat GSH yang mengurus perbendaharaan dan dana dikecualikan cukai pegangan bagi bayaran faedah serta duti setem perjanjian pinjaman antara Ini turut diberikan kepada aktiviti ini di bawah pakej JS-SEZ.
Kedua: Pemegang Pas Nomad DE Rantau sedia ada yang telah mencapai had dua tahun akan diberikan dua tahun tambahan untuk terus tinggal dan bekerja secara remote di Malaysia, tertakluk syarat ditetapkan.
Ketiga: Mulai 1 Januari 2027, pasangan kepada ekspatriat pemegang Pas Penggajian Kategori I dengan Pas Tanggungan akan dibenarkan untuk bekerja di Malaysia tertakluk kepada syarat ditetapkan. Ini bagi memastikan Malaysia kekal dipilih sebagai destinasi bakat terbaik tanpa pasangan mereka perlu untuk mengorbankan kerjaya.
Keempat: Kita perkenalkan status MyABE bagi menyokong syarikat Malaysia berkembang di ASEAN. Kini, Suruhanjaya Sekuriti dengan kerjasama TalentCorp, akan memudah cara urusan awal permohonan Pas Pekerjaan syarikat MyABE tersenarai dengan sasaran lima hari bekerja.
Kelima: Elaun Pelaburan Semula sedang dikaji semula, termasuk meneliti syarat kelayakan dan cara insentif diberikan, supaya lebih bersasar serta meningkatkan daya saing industri.
Keenam: Suruhanjaya Sekuriti dan pengawal selia Hong Kong memeterai kerjasama bagi memudahkan syarikat Malaysia menyenaraikan saham di kedua-dua pasaran. Geran padanan disediakan bagi menampung kos penyenaraian.
-
Bagi memperkukuh industri maritim tempatan, pengecualian penuh cukai pendapatan kepada syarikat kapal Malaysia dilanjutkan hingga tahun taksiran 2036. Duti setem pinjaman membeli atau membina kapal Malaysia diberi kadar tetap 2,000 ringgit bagi pinjaman sehingga 100 juta ringgit, atau 5,000 ringgit bagi pinjaman melebihi 100 juta ringgit.
EKONOMI RENTAS SEMPADAN
-
Sempadan negara ialah gerbang baharu kemakmuran—medan merancakkan perdagangan, menarik pelaburan dan mencipta pekerjaan bernilai tinggi untuk anak muda.
-
Di selatan, JS-SEZ menggabung kekuatan Malaysia dan Dari 2025 hingga Jun 2026, pelaburan 132 bilion ringgit direkodkan.
-
Saya dan Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong, akan meluncurkan pelan induk serta blueprint JS-SEZ pada akhir tahun ini.
-
Nexus Sedenak bakal menjadi kutub baharu industri di utara JS-SEZ, dengan potensi pelaburan 12 bilion ringgit dan 45 ribu Jalan dari persimpangan Sedenak dinaik taraf, disusuli dengan kemudahan yang dapat menghubungkan dengan pelabuhan utama dan jaringan perdagangan serantau.
-
Melalui pendekatan Queen Bee, Pasukan Petugas Khas ditubuhkan bagi mengelola rundingan rentas agensi untuk menarik syarikat peneraju sektor strategik melabur di JS-SEZ.
-
Di Forest City, Skim Pejabat Keluarga Tunggal (SFO) membolehkan satu keluarga mengurus dana mereka di Malaysia, dengan cukai sifar ke atas pendapatan yang layak sehingga 20 tahun. Model Pejabat Pelbagai Keluarga (MFO) akan diperkenalkan, iaitu pengurus dana berlesen boleh menawarkan khidmat kepada beberapa keluarga, termasuk dana SFO yang telah diluluskan.
-
Di utara, perdagangan di koridor Bukit Kayu Hitam–Sadao mencecah 27 bilion ringgit dalam enam bulan pertama tahun ini. Maka, Delapan Special Border Economic Zone terus diperkasa.
-
NCT InnoSphere seluas 122 ekar dibangunkan sebagai hab kenderaan berat, kejuruteraan, penyelenggaraan dan logistik yang melengkapi industri di Kulim dan Pulau Pinang.
-
Kerangka pembiayaan rentas sempadan dibangunkan melalui kerjasama Labuan IBFC bagi mempermudah pembiayaan dan urus niaga pelbagai mata wang.
-
Akses terus dari Pintu Timur dari Kompleks Imigresen Bukit Kayu Hitam ke Inland Container Depot dibangunkan melalui pelaburan swasta bagi mempercepat pergerakan kargo.
-
Malaysia dan Indonesia sepakat mempercepat pembukaan semula laluan perdagangan Tebedu-Entikong. Infrastruktur jalan terus dinaik taraf di sempadan Sabah, Sarawak dan Kalimantan bagi melancarkan pergerakan dua hala.
-
Keputusan PETRONAS mengembangkan pelaburan dalam Fasa 2 LNG Canada memperkukuh kedudukan negara dalam rantaian bekalan LNG di pasaran antarabangsa. Kejayaan penemuan petroleum di Suriname dan kerjasama yang membuka ruang kepada potensi pembangunan Medan Galkynish di Turkmenistan, sebagai antara medan gas asli terbesar dunia.
-
Selain itu, peralihan pemilikan penuh kepada PETRONAS memperkukuh peranan Kompleks Bersepadu Pengerang sebagai aset strategik negara; mengoptimum rantaian nilai kepada produk bernilai
tinggi, di samping memanfaat teknologi dan kepakaran rakan-rakan global; menjadikan Pengerang hab strategik bagi keterjaminan bekalan bahan api khususnya dalam mendepani ketidaktentuan pasaran global.
-
Seiring itu, pembangunan Pengerang Biorefinery melalui kerjasama dengan Enilive, syarikat tenaga Eni dan Euglena, turut memperluas peranan Pengerang kepada penghasilan bahan api rendah karbon, termasuk Sustainable Aviation Fuel, HVO dan bio-naphtha.
-
Penglibatan PETRONAS dan TNB dalam projek tenaga rentas sempadan ASEAN Power Grid pula bukan sahaja memperkukuh keterjaminan tenaga dan membuka ruang ekonomi baharu, malah menjadi asas kepada diplomasi, kerjasama dan keterhubungan serantau.
ANAK MUDA BAKAT MADANI
-
Bakat MADANI telah diluncurkan hasil komitmen enam GLIC, PETRONAS dan rangkaian GLC bagi menyediakan latihan serta peluang pekerjaan berkualiti kepada 25 ribu anak Bagi tahun 2027, sasaran
30 ribu peluang pekerjaan baharu disediakan termasuk melalui penglibatan syarikat swasta.
-
Bagi menggalakkan lebih banyak penyertaan syarikat swasta, potongan cukai diberikan kepada syarikat yang melaksanakan Program Latihan Bakat MADANI mulai 29 Jun 2026 hingga 31 Disember 2030.
-
Peruntukan TVET rentas kementerian berjumlah 8 bilion ringgit. Tumpuan Kerajaan adalah untuk meningkatkan kemahiran serta kebolehpasaran dalam kalangan anak muda.
-
HRD Corp dengan dana 3 bilion ringgit akan menawarkan 3 juta peluang latihan kemahiran, termasuk bagi tujuan pembangunan profesional berterusan dalam kalangan golongan profesional.
-
Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) menyediakan 500 juta ringgit bagi membiayai pelatih yang mengikuti program latihan kemahiran di institut latihan kemahiran awam dan swasta yang berdaftar dengan PTPK.
-
Kolej Komuniti terus menawarkan kursus pendek kepada anak tahfiz sebagai laluan ke pekerjaan, keusahawanan dan pengajian tinggi.
-
Anggota Lain-lain Pangkat ATM yang tamat perkhidmatan dibekalkan dengan latihan kemahiran melalui kerjasama antaranya Malaysian Institute of Aviation Technology (MIAT) dan Akademi Laut Malaysia.
-
MARA melatih serta menempatkan 1,000 belia Bumiputera dalam sektor berpertumbuhan tinggi. Kemahiran pelatih pendawaian elektrik GIATMARA akan dimanfaat bagi membaik pulih pendawaian 20 ribu rumah keluarga miskin.
-
CIDB melatih 10 ribu belia dalam teknologi robotik dan digital bagi membuka kerjaya serta mengurangkan kebergantungan buruh asing.
-
ADTEC JTM membuka laluan kerjaya automotif berkemahiran tinggi kepada graduan menerusi Program Advanced Automotive Technology.
-
Kerajaan turut menumpukan pembangunan bakat muda kaum Oleh itu, peruntukan kepada Agensi MITRA akan ditingkatkan kepada 150 juta ringgit dengan keutamaan untuk membekalkan latihan serta pekerjaan kepada belia India, meliputi bidang seperti automasi industri, teknologi dan penyelenggaraan pesawat.
AI UNTUK RAKYAT
-
Menggapai di langit, mengakar di bumi juga bermakna mempelopori AI tanpa mempertaruh nilai dan keselamatan negara. Sering saya tekankan kepentingan anak muda menguasai lapangan masa hadapan; seperti coding, sains data dan teknologi kuantum.
-
Pembangunan sovereign AI cloud yang sedang direncana adalah untuk memastikan data rakyat dan maklumat strategik negara kekal di bawah kawalan Malaysia.
-
Susulan sambutan menggalakkan bagi langganan AI percuma kepada anak muda, sukacita diumumkan, ikhtiar ini diperhebat dengan menambah 100 ribu lagi langganan AI percuma, dan diperluas meliputi aplikasi AI baharu seperti ChatGPT.
-
Platform Rakyat Digital juga menyediakan akses kepada kursus digital secara percuma, hasil kerjasama bersama Coursera, untuk mengikuti lebih 16,000 kursus dan program Sijil Profesional daripada universiti dan organisasi industri terkemuka dunia.
-
Secara keseluruhan, 6 bilion ringgit diperuntukkan bagi memperhebat aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan ciptaan rentas kementerian.
-
AI Malaysia Berhad menerima hampir 15 juta ringgit bagi memperkukuh ekosistem AI yang selamat dan beretika, menuju sasaran 200 ribu tenaga mahir AI.
-
Dana MDEC 30 juta ringgit akan membantu 4,000 PMKS menerapkan AI dan mengautomasi operasi. Program ini turut melatih dan memperakui 5,000 profesional AI.
-
Malaysia kini diiktiraf pada tahap tertinggi, Tier 1, dalam kesiapsiagaan beralih kepada kriptografi pascakuantum. NACSA dan SKMM akan membangunkan teknologi perlindungan data tempatan yang mampu menghadapi ancaman komputer kuantum, sambil meningkatkan keupayaan CSCDC Berhad.
-
Sementara itu, MyDigital ID mencatat lebih 14 juta pengguna berdaftar masuk melalui 203 perkhidmatan awam serta swasta, bagi memudahkan rakyat berurusan dengan selamat.
-
Tahun hadapan, giliran kita sebagai tuan rumah FIRA RoboWorld Pentas ini harus membuka peluang kepada bakat muda dan penyelidik untuk mengangkat ciptaan robotik tempatan ke persada dunia.
LUNAS KETUJUH:
MEMELIHARA CITRA NUSA
KHAZANAH ALAM, BUDAYA, BAHASA DAN SENI KREATIF
-
Malaysia berjaya mengekalkan kawasan berhutan negara hampir 18 juta hektar atau 4 peratus daripada keluasan tanah negara. Ini selaras dengan komitmen Malaysia semasa Sidang Kemuncak Bumi di Rio de Janeiro pada 1992 untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 50 peratus.
-
Sehingga tahun 2025, hampir 4,000 hektar kawasan hutan paya laut dan pesisiran pantai telah berjaya dipulihkan melalui penanaman lebih 3 juta pokok bakau dan spesies yang sesuai.
-
Kejayaan pemuliharaan dan pengurusan risiko kebakaran hutan paya gambut dizahirkan menerusi pendekatan holistik berasaskan pembiayaan berimpak tinggi, kerjasama berasas strategik dan pemerkasaan teknologi moden.
-
Malaysia juga merupakan antara 17 buah negara di dunia yang paling kaya dengan flora dan fauna iaitu hampir 70 peratus spesies yang
diketahui di dunia terdapat di negara kita. Ini termasuklah 12 ribu spesies atau lebih 80 peratus yang berada di Sabah dan Sarawak.
-
Bagi mendukung usaha negeri memelihara khazanah alam, Dana Ecological Fiscal Transfer (EFT) akan ditambah kepada 270 juta ringgit. Peningkatan ini bertujuan untuk menggalakkan kegiatan ekonomi dan ekopelancongan yang berasaskan komuniti.
-
Peruntukan 65 juta ringgit disediakan antaranya untuk memanfaat sekitar 2,500 renjer komuniti daripada kalangan Orang Asli, veteran tentera dan pesara polis, yang akan melindungi khazanah biodiversiti negara. Peruntukan ini termasuk membina dan menyelenggara pos-pos renjer untuk tujuan rondaan.
-
Kita meraikan penyu belimbing yang kembali mendarat dan bertelur di pesisir pantai Terengganu, sejak terakhir direkodkan pada 2017. Bagi melindungi khazanah laut, ikhtiar pembelian pukat lama akan diperkenalkan dengan matlamat supaya tiada lagi pukat lama yang terbiar sehingga membahayakan hidupan Selain itu, sistem pembetungan awam yang terlalu usang turut dinaik taraf segera di Pulau Tuba, Langkawi, Redang dan Tioman.
-
Sejumlah 15 juta ringgit dana kutipan ses daripada industri sawit akan dimanfaatkan untuk pemuliharaan alam. Keutamaan adalah untuk melindungi habitat terancam seperti Harimau Malaya, Gajah Borneo dan Orang Utan.
-
Industri karya kreatif terus diperkasa bagi mengangkat citra negara, mencipta pekerjaan dan membawa kisah Malaysia ke pentas dunia. Peruntukan lebih 130 juta ringgit disediakan bagi menyokong sektor perfileman, muzik dan kandungan kreatif tempatan.
-
Ini termasuk pemberian insentif kepada produksi filem dan animasi tempatan serta antarabangsa yang menjalani penggambaran di Malaysia. Dan insentif tambahan bagi karya yang menampilkan budaya kita dan kenegaraan.
-
Mulai 2027, tiket filem dan persembahan teater tempatan di Wilayah Persekutuan dikecualikan sepenuhnya duti hiburan. Kita menyeru kerajaan negeri mengambil langkah serupa bagi menyokong pengkarya
-
Ekosistem animasi tempatan diperkukuh untuk melahirkan 20 harta intelek baru serta mengkomersialkan watak Malaysia di pentas dunia.
-
Dalam era kecerdasan buatan, bahasa Melayu mesti segera maju seiring dengan kecanggihan teknologi. Kerajaan akan menggembleng seluruh kekuatan kementerian, agensi dan institusi pendidikan supaya dapat menyumbang data bahasa digital yang sahih dan beranotasi kepada dewan bahasa dan pustaka. Pembangunan ekosistem digital adalah mustahak bagi memastikan Malaysia berupaya membina teknologi AI sendiri berteraskan identiti kebangsaan.
SUKAN DAN PERPADUAN
-
Kita meraikan kejayaan kontinjen Malaysia bagi Sukan Asia Aichi-Nagoya yang merangkul sembilan emas, tujuh perak dan 16 gangsa. Kepada semua atlet, jurulatih dan petugas: tahniah dan terima kasih kerana mengharumkan nama negara.
-
Tahun hadapan, kita akan kembali menyambut negara tetangga selaku tuan rumah bagi Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN 2027. Temasya gemilang ini harus dimanfaat untuk mengangkat wibawa negara dan membangkitkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat. Oleh itu, peruntukan 240 juta ringgit disediakan untuk tujuan persiapan penganjuran Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN 2027.
-
Selain itu, pembangunan sukan negara turut diperuntukkan 460 juta ringgit. Ini termasuk, memperkasa program sukan berprestasi tinggi dan road to gold, program atlet Para dan Sukan Orang Pekak serta menyelenggara fasiliti sukan di seluruh negara.
-
Kerajaan memperuntukkan 30 juta ringgit untuk penyediaan Geran Padanan Sukan bagi menggalakkan penganjuran acara sukan berprestasi tinggi oleh badan sukan, kelab dan NGO.
-
Peruntukan bagi aktiviti sukan murid sekolah turut ditambah 50 peratus kepada 27 juta Ini bakal memanfaat lebih 4.6 juta murid di 10 ribu sekolah seluruh negara.
-
Acap kali saya ditanya, apakah itu MADANI? Seolah-olah seperti sesuatu yang baru. Sedangkan teras MADANI itu IHSAN, yang telah mengakar dalam masyarakat kita. Semua tahu dan meraikan kisah saudara Usop, yang terkenal dengan Minyak Hitam Jalanan kerana kisah tular beliau bersama saudara Dicky yang saling berbalas budi. Kita juga meraikan jururawat Deena Nadzhiefa yang menyuap makanan kepada pesakit berbangsa India. Saudari Zira, yang memberi makanan percuma kepada murid-murid yang kelaparan. Inilah MADANI yang dimaksudkan, apabila ihsan tidak mengenal sempadan bangsa. Maka sebab itu, nilai-nilai murni harus meresap dalam diri anak-anak kita. Justeru, Kerajaan akan memperkenalkan Program BUDI Belia, yakni bagi anak muda yang dapat melengkapkan jumlah jam dalam aktiviti kesukarelawanan bersama NGO terpilih, mereka menerima insentif e-dompet sebanyak 100 ringgit.
-
Selain itu, Kerajaan juga akan menganjurkan liga perpaduan bagi menghidupkan semula sukan tradisional dan permainan rakyat sebagai wahana perpaduan. Kita menyasarkan penyertaan sehingga 200 ribu orang di peringkat komuniti, supaya rakyat pelbagai kaum dapat bertemu, bersukan dan mengeratkan hubungan dalam gelanggang yang sama.
-
Kerajaan bersetuju meningkatkan kadar bagi geran Rukun Tetangga daripada 6,000 kepada 10 ribu ringgit setahun bagi setiap kawasan Rukun Tetangga berdaftar yang aktif di seluruh negara. Ini bagi membolehkan lebih banyak aktiviti perpaduan, kemasyarakatan dan integrasi nasional dilaksanakan di peringkat komuniti yang berbilang kaum dan agama.
TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2027
-
Kerajaan telah melanjutkan Kempen Tahun Melawat Malaysia hingga tahun hadapan. Oleh itu, sebanyak 935 juta ringgit diperuntukkan untuk pelancongan dan budaya.
-
Antaranya, termasuklah menyediakan geran galakan kepada penggiat industri untuk mempromosi dan menganjurkan acara pelancongan.
-
Mutu kemudahan pelancongan akan ditingkatkan termasuk prasarana jeti dan tapak warisan yang berpotensi diiktiraf UNESCO seperti Danum Valley, Sabah; Lembah Bujang, Kedah dan Taman Negara Pahang.
-
Seni, budaya dan warisan terus disemarakkan melalui penganjuran Festival Budaya sempena Sukan SEA dan menyokong penggiat budaya dan warisan seperti kraf tangan, tenun dan batik.
-
Geran Sepadan Penerbangan Antarabangsa dan Carter disediakan bagi merintis laluan penerbangan terus baharu dari China, India, Asia Tengah dan Skop geran diperluas meliputi kapal persiaran, feri dan bas persiaran yang bawa pelancong antarabangsa ke Malaysia.
-
Bagi merancakkan pelancongan di pulau bebas cukai di Langkawi dan Labuan, had pembelian barangan bebas cukai bagi pelawat dan pelancong dinaikkan kepada 10 ribu ringgit, tertakluk tempoh penginapan minimum 48 jam. Lebih banyak produk buatan Langkawi juga diberi pengecualian duti import, sekali gus menyokong usahawan setempat.
-
Di sesetengah pulau peranginan, penduduk dan pelancong sukar mencari mesin Peniaga kecil terlepas jualan apabila pelanggan tiada wang tunai. Tahun hadapan, pembayaran QR diperluas di 15 lokasi, termasuk pulau peranginan.
-
Malaysia mesti menjadi destinasi pilihan bagi acara besar antarabangsa. Rebat diberikan kepada penganjur acara di lokasi berkapasiti sekurang-kurangnya 10 ribu penonton. Galakan cukai bagi lawatan insentif, persidangan dan pameran perdagangan bertaraf antarabangsa turut dilanjutkan sehingga tahun taksiran 2030.
SYIAR ISLAM
-
Kerajaan MADANI terus memartabatkan syiar Islam di bumi
-
Peruntukan untuk hal ehwal Islam akan ditingkatkan daripada 6 bilion kepada 3.1 bilion ringgit.
-
Bagi memelihara keilmuan turath, Kerajaan MADANI menubuhkan Majlis Penasihat Pondok dan Turath Malaysia dengan penglibatan tokoh ulama antarabangsa seperti Syeikh Ali Gomaa dan Syeikh Idris al-Fasi. Kita turut memperkenalkan Sijil Turath Malaysia bagi menjamin kemampanan institusi pondok.
-
JAKIM dan MDEC bekerjasama menyediakan peranti serta latihan kemahiran digital kepada guru dan pelajar di lebih 300 sekolah pondok seluruh
-
Program Dakwah Kreatif diperkenalkan untuk menghasilkan kandungan dakwah yang segar, sahih dan dekat dengan generasi muda melalui media digital, pempengaruh dan AI.
-
Sukacita diumumkan:
Pertama: Insentif khas sebanyak 150 ringgit sebulan diberikan kepada 500 orang guru kafa yang mendidik murid berkeperluan khas, termasuk melalui bahasa isyarat dan al-Quran Braille.
Kedua: Kerajaan melalui Tabung Haji akan menanggung sepenuhnya caruman PERKESO bagi semua 40 ribu orang imam, bilal, tok siak, noja, marbut dan guru takmir.
Ketiga: Kerajaan bersetuju untuk menyalurkan sumbangan khas sebanyak 750 ringgit sebagai menghargai jasa 70 ribu guru kafa, guru takmir, imam, bilal, tok siak, noja dan marbut.
LUNAS KELAPAN:
MENATA WANG RAKYAT DENGAN AMANAH
REFORMASI TANPA GENTAR
Tan Sri Yang di-Pertua,
-
Pendeta agung yang hidup pada era Dinasti Tang (618-907 Masihi) mengungkapkan suatu kiasan yang sarat hikmah di dalam syair Shangtang Kaishi Song (上堂開示頌):
不经一番寒彻骨,怎得梅花扑鼻香。
Bù jīng yī fān hán chè gǔ, zěn dé méi huā pū bí xiāng.
“Tidak akan terbit keharuman bunga plum tanpa terlebih dahulu mengharungi dingin yang menggigit hingga ke tulang.”
-
Kiasan ini mengungkap suatu hakikat tentang kehidupan dan perjuangan manusia, bahawa sesuatu pencapaian yang besar tidak lahir dari kesenangan yang berpanjangan, malah ia menuntut ketekunan, kesabaran dan kesanggupan menempuh getir.
-
Justeru, Belanjawan tidak hanya menghitung lembaran hasil dan membahagi Ia menguji amanah kita—apakah kuasa dibatasi,
undang-undang ditegakkan dan wang rakyat diurus dengan jujur? Ekonomi tidak mungkin teguh di atas institusi yang rapuh.
-
Rasuah yang sistemik dan berakar umbi dibanteras habis-habisan. RCI Tabung Haji, kemelut FELDA dan sebelumnya skandal 1MDB seharusnya menyentak sanubari kita: apabila kuasa disalah guna, yang hilang tidak hanya wang ringgit, tetapi hak rakyat dan maruah negara.
-
Kerajaan MADANI mengembalikan wibawa Parlimen. Telah lama kita perjuangkan sebuah institusi Parlimen yang bebas. Setelah lebih tiga dekad, akhirnya autonomi Parlimen dikembalikan. Jawatankuasa Pilihan Khas ditubuhkan dan pengenalan PMQT untuk Perdana Menteri disoal secara langsung.
-
Kerajaan melindungi rakyat melalui undang-undang. Akta Antibuli dan Akta Keselamatan Dalam Talian digubal, Peranan SUHAKAM dan Pesuruhjaya Kanak-kanak diperkukuh, begitu juga perlindungan kepada pemberi maklumat dan saksi.
-
Kerajaan MADANI menegakkan hak asasi. Hukuman mati mandatori dan kesalahan cubaan membunuh diri dimansuhkan, sementara perbuatan menghendap dijadikan kesalahan.
-
Ternyata, pembaharuan paling sukar ialah reformasi membatasi kuasa sendiri. Tahun ini, usaha mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri telah dibawa ke Parlimen, namun belum memperoleh sokongan dua Cadangan pengasingan peranan Peguam Negara dan
Pendakwa Raya pula telah diteliti secara mendalam. Kita menghormati proses Parlimen, tetapi tekad melakukan pembaharuan ini tidak akan pernah padam.
-
Memasuki tahun kelima pentadbiran, agenda reformasi MADANI terus diperteguh tanpa gentar:
-
RUU entiti milik kerajaan akan digubal bagi memperketat tatakelola entiti yang diamanah mengurus wang dan aset RUU ini meliputi syarikat Kerajaan dan Badan Berkanun bagi mengekang keterlanjuran seumpama skandal 1MDB, kemelut Tabung Haji dan FELDA daripada berulang.
-
Bagi memperkukuh tatakelola dan ketelusan pengurusan kewangan awam, semua kutipan bayaran balik pinjaman, termasuk pinjaman pendidikan dan pinjaman perniagaan yang dibiayai melalui peruntukan mengurus dan peruntukan pembangunan, yang disalurkan secara langsung kepada Badan Berkanun Persekutuan, hendaklah digunakan semula hanya bagi tujuan dan kumpulan sasaran yang diluluskan. Ketetapan ini turut meliputi hasil faedah yang dijana daripada dana tersebut. Dasar Kerajaan sedia ada telah pun menetapkan kutipan bayaran balik pinjaman oleh Badan Berkanun Persekutuan yang menggunakan dana Kerajaan Persekutuan tidak boleh digunakan untuk membiayai perbelanjaan mengurus Badan Berkanun, program atau aktiviti lain, mahupun apa-apa perbelanjaan di luar kelulusan peruntukan asal.
-
Kerajaan akan berganding bahu dengan GLC dan sektor korporat dalam memantapkan penyampaian kepada rakyat. Umpamanya, TNB dan syarikat telekomunikasi akan dilibatkan dalam pelaksanaan bekalan elektrik desa dan ketersambungan internet bagi mempercepat pelaksanaan projek melalui penyatuan dana Kerajaan dan CSR
-
Susulan Akta Perolehan Kerajaan yang berkuat kuasa mulai 2027, Kerajaan akan memantapkan ketelusan dengan menzahirkan maklumat projek termasuk kontraktor dan nilai kontrak.
-
Badan penguat kuasa SPRM, PDRM, KPDN, JKDM dan MYCC memperhebat keupayaan operasi dengan peruntukan 1 bilion ringgit.
-
Apabila tatakelola diperbetul, hasil pembaharuan dapat dimanfaatkan untuk kesejahteraan rakyat.
-
Umpamanya, hasil jualan nombor plat khas, telah dipulangkan kepada rakyat. Mahasiswa mendapat bantuan 500 ringgit tiket penerbangan, anak muda miskin menjalani ujian lesen B2 secara percuma, dan topi keledar percuma diedarkan.
-
Oleh itu, susulan penjualan nombor plat khas H baru-baru ini, Kerajaan bersetuju memberikan bantuan khas kewangan one-off 1,000 ringgit kepada 38 ribu pemandu teksi termasuk kereta sewa dan 15 ribu pemandu bas sekolah di seluruh negara. Bantuan ini akan disalurkan pada minggu hadapan.
-
Undang-undang jenayah dan keterangan diperbaharui, pembelaan awam diperkukuh serta mangsa, kanak-kanak dan golongan rentan diberi perlindungan lebih berkesan.
-
Kerajaan mengkaji penubuhan Suruhanjaya Reformasi Undang-Undang Malaysia bagi mengenal pasti undang-undang lapuk dan jurang perundangan. Undang-undang kontrak, jualan barangan dan pengantaraan turut diteliti agar pertikaian lebih cepat diselesaikan.
ANGGARAN PERBELANJAAN DAN HASIL 2027
-
Belanjawan MADANI Kelima meneruskan dasar fiskal mengembang dengan mendaya guna seluruh kekuatan negara keseluruhannya berjumlah 510 bilion ringgit ketimbang 470 bilion ringgit. Pecahannya:
-
8 bilion ringgit belanja mengurus Persekutuan;
-
83 bilion ringgit belanja pembangunan Persekutuan;
-
25 bilion ringgit pelaburan GLIC;
-
11 bilion ringgit pelaburan awam-swasta;
-
2 bilion ringgit pelaburan Badan Berkanun Persekutuan dan syarikat MKD.
-
Tahun ini, hasil Persekutuan diunjur lebih tinggi 363.6 bilion ringgit, ketimbang anggaran asal 343.1 bilion ringgit. Bagi tahun hadapan, hasil dijangka terus meningkat kepada 380.8 bilion ringgit.
-
Krisis Asia Barat meningkatkan subsidi bahan api hingga 40 bilion ringgit. Defisit fiskal 2026 kini diunjur pada 6 peratus, ketimbang sasaran asal 3.5 peratus.
-
Namun, kadar ini kekal dalam jalur menurun daripada 5.5 peratus (2022) dan 7 peratus tahun lalu. Insya-Allah, defisit 2027 akan turun lagi kepada 3.3 peratus, menuju sasaran 3 peratus menjelang 2028.
-
Hasil penurunan defisit dan jumlah hutang baharu yang terkawal membolehkan tahap hutang Kerajaan Persekutuan kepada KDNK turun secara konsisten iaitu 2 peratus (2025), 64.0 peratus (2026) dan
dijangka 63.7 peratus (2027).
KESEJAHTERAAN PENJAWAT AWAM
Tan Sri Yang di-Pertua,
-
Penghargaan setulusnya kepada 6 juta penjawat awam, atas jasa bakti dalam melunas amanah Berkhidmat Untuk Negara. Mereka penggerak tekad MADANI untuk mengangkat martabat, darjat dan harakat negara ini ke mercu jaya. Sukacita diumumkan:
Pertama: Peruntukan bagi membina dan menyelenggara kuarters termasuk polis, doktor, tentera, guru dan bomba ditingkatkan kepada 2.3 bilion ringgit.
Peranan Bahagian Pengurusan Hartanah dinaik taraf kepada Jabatan Hartanah Negara bagi memperkukuh pengurusan perumahan penjawat awam.
Kedua: Rumah Keluarga Angkatan Tentera akan dibina di Skudai, Johor, serta kuarters baharu di depot tahanan imigresen Langkap, Perak dan Papar, Sabah. Ini memanfaat hampir 900 anggota dengan kos lebih 500 juta ringgit.
Ketiga: Elaun Anggota RELA, Bomba Bantuan, Sukarelawan Polis dan Sukarelawan Pertahanan Awam akan dinaikkan kepada RM9 sejam bagi kategori petugas sukarelawan dan RM10.80 sejam bagi kategori penyelia dengan peruntukan sebanyak 339 juta ringgit; yang memanfaat hampir 50 ribu sukarelawan.
Keempat: Bayaran faedah Ex-Gratia Waris Pukal one-off ditingkatkan daripada 20 ribu kepada maksimum 50 ribu ringgit, tertakluk tempoh perkhidmatan. Ini merupakan tambahan selain faedah Ex-Gratia Waris Bulanan bagi kes kematian akibat kemalangan bencana kerja dan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2026.
Kelima: Mengiktiraf pegawai cemerlang yang menunggu untuk dinaikkan pangkat susulan perjawatan yang terhad, Kerajaan bersetuju melaksanakan kenaikan pangkat one-off secara Khas Untuk Penyandang kepada 12 ribu pegawai P&P.
Keenam: Kerajaan bersetuju menaikkan jumlah kelayakan cuti bersalin sepanjang tempoh perkhidmatan daripada 360 hari kepada 490 hari. Bermakna, kadar cuti bersalin meningkat kepada maksimum 98 hari setiap kelahiran. 20 juta ringgit disediakan bagi menambah baik pusat penjagaan anak di fasiliti Kerajaan.
Ketujuh: Kadar pencen terendah akan dinaikkan daripada 1,000 kepada 1,350 ringgit sebulan. Ini memanfaat hampir 59 ribu pesara, veteran ATM dan penerima pencen terbitan.
-
Mengenang jasa penjawat awam, Kerajaan bersetuju menyalurkan Bantuan Khas Kewangan 1,500 ringgit kepada 1.3 juta penjawat awam Gred Utama B dan ke bawah termasuk lantikan kontrak.
-
Bantuan khas kewangan sebanyak 750 ringgit turut diberikan kepada lebih 1 juta pesara Kerajaan termasuk veteran berpencen dan tidak
-
Pembayaran Bantuan Khas Kewangan ini akan dibuat bayaran sebanyak dua kali iaitu sebelum Aidilfitri dan menjelang ambang 7 dasawarsa Merdeka.
PENUTUP
Tan Sri Yang di-Pertua,
-
Sesudah kita hamparkan segala angka, perincikan setiap lunas dan keutamaan serta menghurai segala ikhtiar, akhirnya kita mesti kembali kepada persoalan yang mengakarinya—ke manakah semua ini akan membawa kita?
-
Penyair epik Yunani purba Homer, dalam The Odyssey, yang mengisahkan panglima dan veteran perang Trojan Odysseus yang menempuh lautan, badai, godaan dan gejolak, namun tidak pernah kehilangan satu perkara yang paling penting, yakni ingatannya yang tulus dan murni tentang Ithaca. Di situlah sesebuah perjalanan menemukan maknanya, bukan pada sejauh mana seseorang berkelana dan mengembara, tetapi pada keteguhan untuk tidak kehilangan arah tujuan dan makna hidup.
-
Walhasil, demikian juga halnya dengan negara dan kehidupan di dalamnya. Kita boleh menempuh banyak jalan, menempa pelbagai kejayaan dan pencapaian, membina serta membangun banyak gedung dan mercu-mercu tanda yang gah, menguasai teknologi dan membuka kemungkinan yang baharu, tapi akhirnya satu-satu bangsa itu harus tahu apakah Ithaca-nya, apakah cita-cita yang mahu digapai, apakah nilai dan akar yang mahu dipertahankan, dan apakah warisan yang mahu
-
Maka, Belanjawan ini bukan noktah kepada suatu perjalanan. Ia adalah satu lagi langkah menuju Ithaca. Pada awal pembentangan, kita mengingatkan diri kita kepada seruan lighad, yakni agar setiap jiwa menggarap apa yang telah dipersiapkannya untuk hari esok. Maka, pada akhirnya, inilah tanggungjawab kita, bahawa bukan sekadar apa yang telah dibelanjakan, tetapi apakah yang kita telah sediakan untuk mereka yang akan hidup Kita tidak membina negara untuk satu tahun fiskal. Kita membina negara untuk satu generasi. Dan tugas sebuah generasi bukan semata-mata menikmati apa yang diwarisi, tetapi memperluas apa yang boleh diwariskan.
Tan Sri Yang di-Pertua,
-
Di sinilah Waad Nasional memperoleh maknanya. Ia adalah janji bahawa negara tidak akan kehilangan kasih terhadap rakyatnya, bahawa kuasa akan terus dipagari amanah, bahawa hasil negara akan kembali kepada kemaslahatan ramai, dan bahawa setiap generasi mempunyai tanggungjawab untuk menyerahkan sebuah Malaysia yang lebih baik. Ini maksud intergenerational responsibility.
-
Waad ini juga mengingatkan bahawa pembangunan bukan kerja Kerajaan semata-mata. Ia adalah ikhtiar kolektif. Pemerintah menggalas amanah, rakyat mencurahkan daya usaha, negara membuka ruang, masyarakat mengisinya dengan ilmu, kreativiti dan keberanian.
Sekian, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Tan Sri Yang di-Pertua, saya mohon mencadang.
VERBATIM TEXT
REMARKS BY
THE HONOURABLE DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM
PRIME MINISTER OF MALAYSIA
AT A JOINT PRESS CONFERENCE WITH
HIS EXCELLENCY MIN AUNG HLAING
PRESIDENT OF THE REPUBLIC OF THE UNION OF MYANMAR
PUTRAJAYA
8 OCTOBER 2026
———————————————————————————
Respected Excellency, President Min Aung Hlaing from Myanmar and members of delegations, Ministers. May I take this opportunity to thank you, President Min Aung Hlaing for accepting my invitation to visit Malaysia. Having the opportunity to have candid constructive discussions on a wide ranging of issues. First, four eyes and bilaterally with ministers and key government personnel.
Now, we have had excellent relations for a long time, but of course, recent developments have somewhat blocked that sort of progress. So I think our interest is of course to enhance this collaboration. We of course, are reminded of the ASEAN mechanism, but we also understand that the President and your government have made a lot of efforts not only to enhance bilateral relations, but to have the necessary reform, policy changes and adjustments in your own country.
Of course, as we know, in any country, particularly as complex, multi-ethnic and a wide range of differences, it is a process that we need to understand and respect. And we have already conveyed, I think in my four eyed discussions, I’ll be very open and frank and I appreciate your openness and frankness too, because we will have to have that sort of understanding to be able to further fortify our relations.
But we have also agreed that notwithstanding issues that we have to deal with, that the focus must be our people. Our people means, trade, investments, collaboration, all fields, education, agrifood, energy, healthcare, and capacity building.
And as you realize, the increase year to year till now has surpassed 140%, which is quite to me impressive, in terms of our economic ties and potential.
Now Mr. President, you have been kind enough to respond. Foreign Minister Mohamad Hasan was there in Myanmar, and with his counterpart, the Foreign Minister had discussions with you. And he of course, reported back to me and the cabinet that the meeting has been very useful and reaching both parties. And he conveyed views and I must also express my appreciation that his counterpart and yourself Mr. President, having very cooperative, understanding our position and we understanding your position.
One of the issues that’s causing this problem or misunderstanding is the issue of domestic issues that covers democratic reform, etc. And we have heard your concerns, but I have already explained not only here, but also to my counterpart in ASEAN. When I met you in Bangkok after the earthquake, you made certain policy statements which is quite to me remarkable. For example, our field hospital should allow any person without discrimination, that you will continue your policy to engage with all parties to avoid further escalation of violence. Of course, I welcome that and convey my colleagues, not only here, but also in ASEAN. But how you do it, the mechanism of course is up to you as a leader of the country. But I want to just express the importance that we have never renege from that responsibility to express our views.
Now the second issue of concerns is the repatriation of Myanmar nationals. And many of us do not realize that very, very few, hardly any country in my experience, are willing to accept this arbitration in large number at their own expense, as you have shown in Myanmar.
So as a government, we of course have to express our appreciation. Until now over 10,493 Myanmar citizens and personnel taken back through flights and naval ship and thanks to our navy for the collaboration. And you have stated that the others who are present subject to the records will be negotiated further by the Ministry of Home Affairs and their counterpart. And you’re willing to accept them according to the stipulated rules and procedure.
So, I must thank you. You mentioned immediately those in the depot, 3000 – 4000 will be repatriated and anyone who can be ascertained as coming from Myanmar. And of course, you have to sit in whether current criminal records, whatever, those procedures we will have to respect. But I must again reiterate my thanks for your candid manner and willingness to collaborate.
So, in conclusion, may I say this, that this visit, Mr. President, is very important to us and for our two countries and for the region. Thank you for being kind enough to accept this invitation. I wasn’t sure initially because it’s been long break, but my first meeting with you in Bangkok, I knew that it will work because you have been very, not only candid, but you’ve been very willing to accommodate, listen to views and make the necessary adjustments.
And with this visit, Mr President, I would say that we and our part in Malaysia, we’ll do whatever is possible to make sure that we enhance this collaboration and ultimately take Myanmar as part of our community of nations without prejudice and particularly in the context of ASEAN.
But for now, bilaterally between Malaysia and Myanmar, it should be the high par. So, thank you again for this visit.
TEKS UCAPAN VERBATIM
PERASMIAN PEMBUKAAN
YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM
PERDANA MENTERI
SEMPENA
MAJLIS TILAWAH DAN HAFAZAN AL-QURAN
PERINGKAT ANTARABANGSA KE-66
TAHUN 1448H/2026M
6 OKTOBER 2026 (SELASA)
BERSAMAAN 24 RABIULAKHIR 1448H | 8.55 MALAM
WORLD TRADE CENTRE, KUALA LUMPUR
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Salam Sejahtera.
Alhamdulillah, alladzi arsala rosulahu bil huda wa dinil haq.
Liyuzhhirohu ‘alad dini kullihi.
Wa kafa billahi syahida.
Wa Usolli Wa Nusalli Ala Rasoolihil Kareem,
Wa ‘ala alihi wasahbihi ajma’in.
Yang Berhormat Senator Dr. Zulkifli bin Hasan,
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan isteri;
Yang Berhormat Menteri dan Timbalan Menteri;
Yang Berbahagia Ketua Setiausaha Negara;
Excellencies present here tonight. May I, on behalf of the Government of Malaysia, express our profound appreciation for your presence, which includes of course, Ambassadors and High Commissioners, Muslim and also non-Muslim that shows your understanding and tolerance, which we certainly reciprocates as a country that accepts the fact of multiracial, multicultural, multireligious to promote harmony and understanding in the spirit of the Quranic term “Lita’arafu”, respect one another.
Jemaah Hakim dan peserta Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) kali ke-66 Tahun 1448H/ 2026;
Rakan-rakan, ketua pengarah yang hadir, dan lain-lain yang hadir. Terima kasih banyak atas kehadiran. Yang utamanya juga, saudara-saudara dan anak-anak yang dikasihi sekalian.
- Syukur alhamdulillah, kita teruskan acara ini dan kebetulan zaman muda saya dahulu pernah pengerusikan tilawah pada ketika itu. Masa itu musabaqah, dia tak panggil tilawah, undang saya sebagai salah seorang anggota jawatankuasa, peserta kecil bukan Qari, jawatankuasa. Jadi saya sampaikan ini kerana menteri tak tahu ini (nada seloroh).
Saudara-saudari yang dihormati sekalian,
- Pada tahun 1930, ada seorang reformis, pejuang, alim dan pengarang terkemuka, yang penggagas perubahan di dunia Islam, pengarang al-Manar, al-Sayyid Muhammad Rashid Rida. Telah menerima satu soalan yang dikemukakan oleh seorang dari Kepulauan Melayu. Ini al-Manar itu di Kaherah. Tetapi soalan itu dari seorang pembaca dari Kepulauan Melayu, namanya Sheikh Muhammad Basyuni Imran, ulama dari Sambas, Kalimantan. Soalan itu sampai kepada pengarang al-Manar, dan sengaja al-Sayyid Muhammad Rashid Rida tujukan soalan itu kepada Al-Sayyid Amir Shakib Arsalan. Lihat dunia Islam pada ketika itu, tidak dipetak-petakkan ikut rencana penjajah, dari Kepulauan Melayu ke Mesir dan al-Sayyid Muhammad Rashid Rida minta seorang pemikir yang alim dari Lubnan, namanya Al-Sayyid Amir Shakib Arsalan.
- Untuk menjawab soalan dari anak Melayu ini tadi, atau orang alim Melayu ini tadi. “Limadha ta’akhara al-Muslimun wa-limadha taqaddama ghairuhum?”. Saya dah semak tadi sebutan daripada Sheikh Mufti tadi. Maknanya, mengapa umat Islam hari ini 1930? Dia soalannya 1929, diterbitkan 1930. Soalannya mengapa umat Islam kita hari ini mundur, padahal kita mewakili agama yang benar, tetapi yang lain termasuk dari Barat itu maju, walaupun dia tidak menganut bersama agama kita.
- Tentu Amir Shakib Arsalan memberi jawapan yang diterbitkan dalam majalah al-Manar. Apa katanya? “Kerana kita menerima agama tetapi tidak menghayatinya.” Tetapi beberapa ciri yang diajar oleh agama kita tentang disiplin, peraturan, tatakelola, kebersihan, itu diamalkan oleh orang lain. Maka dia perolehi sebahagian dari pelajaran itu.
- Soalan itu, kalau anak-anak muda bicara sekarang, minta guru-guru kupas. Itu masih relevan hingga hari ini. Mengapa kita keterbelakang, berpecah, tidak tolak ansur, menanam bibit-bibit kebencian, tidak maju dalam banyak bidang, dalam sains dan teknologi, malah kefahaman Islam sendiri pun masih dipersoalkan.
- Jadi, karya ini tidak panjang, pendek, diterjemah dalam banyak bahasa, dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris, dari naskah asal Arabnya. Jadi sebab itu, kalau kita mahu bangkit sebagai satu umat yang gagah, ada beberapa syaratnya. Soal imannya, ilmunya, akhlaknya, pembentukan sahsiahnya, dan ruh perjuangan. Keberanian untuk bawa perubahan. Yang disebut ‘islah mastata’tu.’
- Jadi mudah-mudahan, Semangat ini tentunya berasaskan kembali kepada pengajian, kefahaman dan pelaksanaan anjuran al-Quranul Karim sendiri. Jadi mudah-mudahan dalam Majlis Tilawah dan Hafazan ini, kita tak terlepas seperti itu. Apa matlamat kita? Mendekatkan umat dengan al-Quran. Mendekatkan dalam erti kata membaca, menelaah, memahami, menghafal dan melaksanakan, menghayatinya. Ini disebut selalu, saya ungkapkan frasa ‘jeel’, membangkitkan satu ‘jeel’, satu generasi. Generasi apa? Generasi yang pernah dididik oleh Rasulullah SAW. Dari ‘al-Muddaththir’ dan ‘al-Muzzammil’ untuk bangun dari kealpaan, “Qum fa-andhir, wa-rabbaka fa-kabbir, wa-thiyabaka fa-tahhir”. Bangun dari kealpaan, kekecohan, kelemahan, kelembapan, kemalasan. Bangun dari tidur itu dan bangkit. Pertama, “wa-rabbaka fa-kabbir.” Tahu bahawa kita tunduk kepada kebesaran Allah SWT. “Wa-thiyabaka fa-tahhir”, dan bersihkan, bersihkan diri, bersihkan jiwa, bersihkan sikap. Itu yang disebut asas bagi kebangkitan umat.
- Dan dalam cabaran kita semasa, baik umat Islam di negara kita, ada beberapa prinsip, kaedah yang harus kita tegakkan. Menimba ilmu secara sungguh-sungguh. Alhamdulillah, sedaya upaya kita, kita cuba tingkatkan. Hari Jumaat ini, saya diminta menyampaikan Belanjawan Negara. Semua minta peruntukan tambahan. Termasuk Dr Zul untuk JAKIM. Tetapi yang penting apa? Memperolehi, manfaat dari keamanan negara ini. Keamanan ini kerana muafakat yang tercapai di kalangan umat Islam dan bukan Islam dan negara kita. Kerana tidak ada negara di dunia yang boleh bicara soal pertumbuhan ekonomi, merancakkan pembangunan dan memulakan beberapa program-program baru, transformasi digital, artificial intelligence tanpa semangat perpaduan dan keamanan dan boleh memikirkan cara yang serius.
- Tidak lupa pesanan Amir Shakib Arsalan pada tahun 1930, bahawa mesti kembali kepada ruh perjuangan dan kembali kepada kekuatan dan insaf bahawa bangkit itu dengan landasan yang jelas. Sebab itu, baru-baru ini bila kita bicara soal artificial intelligence itu sendiri, soalannya, apakah perlu kita kuasai? Jawab saya, satu kemestian. Umat yang meninggalkan artificial intelligence sebagai ilmu dan knowledge baru, akan tercorot.
- Tetapi, fahaman AI kita itu tidak semestinya menciplak, cedok sepenuhnya dari negara asing, apalagi negara Barat. Cabarannya ialah bagaimana kita gunakan ilmu dan teknologi baharu ini, quantum computing, artificial intelligence, digitalization. Tetapi berakar kepada iman, akhlak dan sahsiah kita. Nilai kita mesti kita pertahankan. Jangan kerana mendambakan perubahan, menginginkan ilmu baharu, kita tinggalkan prinsip akidah, akhlak dan sahsiah kita itu tersisih daripada arus sebagai seorang Muslim yang baik.
- Sebab itu, dalam mengejar perubahan ini, kita tidak boleh lari daripada semangat membawa kebaikan dan rahmat. Apa dia ujian bagi umat Islam, terutama dalam persatuan dan pergerakan Islam di mana-mana. Baru-baru ini, beberapa ulama masyhur berkunjung di sini. Terima kasih, JAKIM dan YADIM, dan beberapa badan lain membantu menyelenggarakan. Mantan mufti Mesir dan beberapa ulama alim. Apa yang mereka peringatkan kepada kita? Kembali kepada asas al-Quran. Kembali kepada pengajian yang lebih mendalam dengan kebijaksanaan, hikmah dan hasanah dalam penyebaran dakwah. Tanam kefahaman yang lebih mendalam. Dan jangan izinkan tersebarnya pandangan yang mendorong kepada pantas menghukum tanpa berbekal kepada ilmu yang mendalam.
- Maka, dianjurkan supaya kita kembali kepada Turath. Apa dia Turath? Itu khazanah kita. Khazanah 1,400 tahun lebih itu, jangan kita kesampingkan. Hanya kerana kita dengar tokoh-tokoh baru ini, mereka menguasai semua ilmu, mereka boleh jawab semua soalan, dan kita tinggalkan khazanah Turath kita ribu tahun ini. Yang rugi tentunya kita. Sebab itu, ulama-ulama mengingatkan saya, Dr. Zul ada, pimpinan negara kita, kata dia, “jangan lupa pesanan kami. Kalau bawa Islam, betul. Boleh berfikir cara baru, boleh belajar artificial intelligence dan lain-lain, tetapi mesti terikat kepada landasan, kekuatan. Apa yang disebut Turath, legasi kita, khazanah kita supaya tidak lari daripada semangat itu.”
- Gagasan kedua yang diperingatkan, mestilah dakwah ini termasuk majlis malam ini, apa? Mesti dicetuskan dari semangat kasih sayang. Bukan untuk mendabik dada, tunjuk kepintaran dan kepandaian kita. Dan kasih sayang itu, rahmah itu punyai makna yang sangat mendalam. Islam itu tertegak daripada awal, Bismillahirrahmanirrahim, rahmah. Dan rahmah itu bukan mana keadaan biasa dalam pengalaman simpang-siur, hiruk-pikuk, hidup, pekerjaan, pengajian dan perjuangan, kadang-kadang kita gopoh dan tersasar. Kembali kepada semangat dan pengajian al-Quran.
- Salah satu yang mereka kupas, ‘Fa-bimā raḥmatim minallāhi linta lahum, wa lau kunta faẓẓan ghalīẓal-qalbi lanfaḍḍū min ḥaulika, fa‘fu ‘anhum wastaghfir lahum wa shāwirhum fil-amr, fa-iẓā ‘azamta fatawakkal ‘alallāh, innallāha yuḥibbul-mutawakkilīn.’ Sadaqallahul azim. Maknanya, kalau tidak kerana kasih sayang dan rahmat Allah kepada kamu, maka tentu kita akan mengambil beberapa tindakan pada masa itu.
- Peringatan itu kepada Nabi Muhammad SAW selepas asbab al-nuzul-nya Perang Uhud. Banyak orang Islam melakukan kesilapan. Kalau tidak dimaafkan, diampunkan. Ikut sentimen kita. Mereka akan tentunya lari. Maka, “fa‘fu ‘anhum wastaghfir lahum”. Setengah orang dia selalu hari-hari minta maaf tapi tak pernah istighfar, pengalaman hidup kita. Haa sorry, sorry, sorry, sorry, sorry, esok dia bedal lagi. Jadi, “fa‘fu ‘anhum wastaghfir lahum”. Kemudian runding, “wa shāwirhum fil-amr”, berunding, bermusyawarah, bincang, dengar. Berunding itu bukanlah macam kadang-kadang sidang parlimen, semua bercakap, tak ada yang dengar. Ada mikrofon, lempar pandangan, jawapan tak dengar. Datang sesi lagi, lempar lagi. Kita dah jawab. Itu contoh, contoh, contoh.
- Jadi sebab itu, rundingan ini kerana dengan semangat tadi. Semangat rahmah tadi. ‘Rahmatin.’ “wa shāwirhum fil-amr, fa-iẓā ‘azamta”, dah buat keputusan, “fatawakkal ‘alallāh”. Hari-hari kita sebut “tawakkal ‘alallāh”, “tawakkal ‘alallāh”. Apa dia “tawakkal ‘alallāh”? Kerana sesungguhnya Allah kasih kepada orang yang bertawakal kepada-Nya.
- Dan sebab itu, Dia minta kita “bil hikmati wal mauizatil hasanati wa jadilhum billati hiya ahsan”. Maknanya, Kebijaksanaan dan hasanah dalam menyampaikan pandangan dan membawa perubahan ini. Malah, kalau boleh saya rumuskan dalam semua permasalahan ini, betapa indahnya mesej.
- For the benefit of my non-Malaysian friends and non-Muslims, I want to just summarize this about the Islamic message, sometimes because the Islamophobia, because of the lack of understanding. I popularized the great article by this great Palestinian scholar, Edward Said, who said, “the problem with our society, West or East Muslims or non-Muslims is the debate, the quarrel, the animosity, the belligerence not out of understanding and affection of humanitarian ideal.
- Edward Said said, it is not a clash of civilizations, the famous, infamous thesis of Samuel Huntington, about different civilizations ought to clash. But Edward Said nearly said, “what clash? Why? Why must you promote this animosity distrust.” This thesis to the contrary is merely to suggests, let us show our capacity as human beings to appreciate one another and understand one another. So, his short article as a rebuttal to the clash of civilizations. He said, that is not a clash of civilizations, but a clash of ignorance.
- Maknanya, yang riuh rendah tentang pertembungan budaya, pertembungan civilization yang di sini hentam Barat, yang Barat hentam di sini, Yang marah tamadun sana, benci tamadun sini. Padahal, tidak ada kefahaman. Dia kata yang pembenturan itu berlaku, pembenturan akibat dari kejahilan. Dia kata, yang clash itu adalah ignorance. Sebab itu, dalam Islam, therefore, for the Muslims, I say please show more tolerance affection does not mean that we surrender our principles and ideals. We still pray be good, avoid excesses, corruption and ‘sakau’ and be a good example for all.
- Jadi umpamanya, kita harus ambil iktibar daripada pengajian al-Quran, tilawah dan hafazan ini untuk mengingatkan kita bahawa penyelesaiannya adalah dengan pengangkatan darjat kita dengan ilmu dan tunjuk kasih sayang sepertimana yang disarankan dalam hadis Nabi Muhammad SAW, “Irhamū man fī al-ard, yarhamkum man fī as-samā.” Tunjuklah kasih sayang kamu kepada yang di bumi. Siapa yang di bumi? Keluarga kita, kalau saya tentulah termasuk Azizah. Yang di bumi, Muslim termasuk bukan Islam, haiwan, pokok-pokok pun-pun, hutan belantara, bukit bukau.
- Sebab apa? Di dalam hadis Nabi Muhammad SAW, mengingatkan kita. Nescaya, “yarhamkum man fī as-samā”, yang di langit akan mencurahkan rahmat dan kasih sayang kepada kita. Mudah-mudahan dengan peringatan ini, kita ingatkan kita bersama untuk mengangkat martabat menjamin kejayaan negara Malaysia tercinta dan keselesaan umat Islam dan umat manusia seluruhnya.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
TEKS VERBATIM
WAKTU PERTANYAAN-PERTANYAAN PERDANA MENTERI
DEWAN RAKYAT MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KELIMA
PARLIMEN KELIMA BELAS TAHUN 2026
|
PERTANYAAN |
: |
WAKTU PERTANYAAN – PERTANYAAN PERDANA MENTERI |
|
DARIPADA |
: |
DATO’ SRI SAIFUDDIN BIN ABDULLAH [INDERA MAHKOTA] |
|
TARIKH |
: |
6 OKTOBER 2026 (SELASA) |
SOALAN
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Indera Mahkota minta PERDANA MENTERI menyatakan mengapa kes-kes yang mengancam keselamatan pelajar masih berlaku di sekolah walaupun pelbagai garis panduan dan prosedur keselamatan telah ditetapkan oleh Kerajaan.
JAWAPAN
Terima kasih, Indera Mahkota. Hal ini tentunya memprihatinkan kerana ini melibatkan keselamatan dan nyawa anak-anak kita di sekolah. Yang terakhir, tentunya kisah anak-anak kita, Irene Sofiya di Johor. Sebelum ini, hebah soal Zara Qairina di Sabah, Wan Ahmad Faris di Kelantan, Shing Xuen di Selangor, Muhammad Idlan Fareeq di Negeri Sembilan.
Sebab itu, Kementerian Pendidikan adakan Jawatankuasa Khas Reformasi Keselamatan Institusi Pendidikan dengan kerjasama polis dan ibu bapa. CCTV dipasang, tetapi dalam kes terakhir CCTV dipasang, tak mungkin dipasang sampai keseluruhan sekolah. Jadi kejadian berlaku di tempat tidak dapat dirakam oleh CCTV.
Walau bagaimanapun, saya ucap tahniah kerana pihak PDRM telah mengambil tindakan tegas, ada yang ditangkap dan soal pendakwaan tunggu keputusan Jabatan Peguam Negara.
Saya setuju dalam kes-kes seperti ini, apa jua pun alasan, tindakan harus cepat dan tegas. Tetapi kita sebenarnya bicara mengenai sekolah yang begitu banyak dan bilangan sekolah rendah dan menengah, mencecah ribuan, tengok angka:
Sekolah : 10,259 buah
Murid : 5,133,158 orang
Guru : 428,379 orang
Apakah langkah yang munasabah kita lakukan? Ya, tindakan harus tegas. Kesedaran guru, anak-anak, kita harus tingkatkan. Kita membesar, ada kes-kes ini berlaku dulu, zaman kita, tetapi saya, pengalaman saya tak pernah dengar kes separah sekarang.
Kes yang baru-baru ini berlaku, walaupun belum sempat terjun, dimarah oleh ibu bapa, pergi ke sekolah, bapa nak semak keputusan di sekolah, terus pergi nak terjun. Jadi, didikan asas agama, akhlak, kecintaan kepada ibu bapa, hormat kepada guru-guru itu harus kita tingkatkan dan saya setuju. Tetapi sekadar langkah yang diambil oleh Kementerian ini, ya soal pemantauan, asrama, audit keselamatan, kapasiti penyeliaan murid, kaunseling, tentang mental issues, inisiatif kesejahteraan, itu semua telah dilakukan. Apakah mencukupi? Saya fikir belum. Saya percaya Indera Mahkota juga tahu berdasarkan pengalaman beliau di Kementerian Pendidikan, tentang hal yang begitu mencabar.
Apakah langkah-langkah yang lain perlu diambil? Saya setuju harus diambil, tetapi kalau berlaku adil, yang sepatutnya dia harus melibatkan semua. Mengapa harus ada ibu bapa yang hampir tidak ambil tahu langsung kebajikan anak-anak mereka? Atau sekolah tidak segera melaporkan? Kementerian Pendidikan, apa yang perlu diambil tindakan segera, sekarang ini garis panduan sudah lakukan. Tetapi saya tidak percaya kes ini boleh selesai tanpa kesedaran dan penglibatan semua pihak. Jabatan Pendidikan tentunya, guru, guru besar atau pengetua. Asrama sekarang sudah ada, kalau di asrama ada kawalan yang lebih ketat.
Tetapi kesedaran ibu bapa yang betul. Bagaimana boleh ibu bapa sampai tidak ambil tahu sama ada anak balik atau tidak balik dari semalam? Anak sekolah rendah atau menengah rendah? Bagaimana boleh berlaku dan dari kenyataan-kenyataan, hampir semua yang terlibat itu, semua merasa kecewa, benar-benar rasa kecewa kerana tidak dilayan baik oleh ibu bapa.
Saya tidak bermaksud nak salahkan ibu bapa, tetapi maknanya tanggungjawab keluarga. Unit keluarga itu mesti menjadi asas. Negara tertegak dengan unit keluarga yang kukuh. Jadi, dalam bidang ini, bila kita lihat masalah, janganlah kita hanya merasa kesal setelah ada laporan. Ini sudah, saya kata kesnya berapa kes? Hampir semua negeri sekarang. Kelantan, Sabah, Selangor, Negeri Sembilan, Johor. Ini yang mati. Yang cedera parah, yang cuba nak bunuh diri, yang sempat diselamatkan, yang kes buli dan penderaan di sekolah, itu masih berlaku. Dan saya percaya kita harus bersama-sama ambil langkah yang perlu.
SOALAN TAMBAHAN 1
Ya, terima kasih, Yang Amat Berhormat Tambun atas jawapan. Kalau Menteri Pendidikan jawab macam Yang Amat Berhormat, banyak masalah boleh selesai. Cuma saya tak pernah di Kementerian Pendidikan. Saya pernah di Kementerian Pengajian Tinggi.
Angka-angka Yang Amat Berhormat sebut itu memang merisaukan. Ada kes kematian di sekolah mungkin tiada kaitan dengan buli. Ada kes mungkin ada kaitan dengan buli. Betul, ada kes-kes kecederaan yang tidak mengakibatkan kematian. Pokoknya, dia semakin meruncing akhir-akhir ini.
Jadi, mungkin nanti boleh dibekalkan data berapa sebenarnya yang meninggal dunia akibat A, akibat B dan sebagainya. Cuma saya terbaca kenyataan Ketua Polis Negara semalam mengatakan, jangan sembunyikan isu keselamatan di sekolah demi jaga nama baik, kerana tindakan itu menyukarkan usaha polis menangani sesuatu kejadian.
Begini, Yang Amat Berhormat, Ahli-ahli Parlimen di sebelah sini dan di sebelah sana sama-sama concern. Dan kita bicara soal ini dan kita memberikan pandangan dalam Dewan ini juga. Kami memberikan pandangan dalam dua (2) bentuk yang komprehensif, termasuk ada dokumen berjudul Reformasi Pendidikan atau Cadangan Reformasi Pendidikan dan diserahkan kepada kedua-dua Menteri dan dibahas di sini.
Juga perkara-perkara atau cadangan spesifik, sebahagiannya disebut oleh Yang Amat Berhormat, Rondaan, SOP, CCTV, masalahnya ada blind spot, kawalan sistem keluar masuk, tambah guru kaunseling dan audit keselamatan. Kami faham bahawa perkara ini susah. Perkara ini bukan perkara yang mudah dan kita bukan berniat untuk menyalahkan sesiapa.
Yang kami terkilan Yang Amat Berhormat, ialah semacam ada kekurangan sense of urgency atau leadership. Saya tak nak sebutlah siapa Yang Amat Berhormat pun faham. Saya dah menghimbaunya dalam frasa pertama yang saya ungkapkan tadi. Dalam kes Zara, sebagai contoh, 2 minggu tiada penjelasan. Saya bangun di sini pada 30 Julai 2025. Saya bertanya lapan soalan. Menteri bertanggungjawab di depan saya. Soalan saya itu bukan semua berkaitan dengan polis. Tiga daripadanya bab sekolah. Satu pun dia tak jawab.
Isu buli, semasa perbahasan RMK 13, lebih 10 orang MP berbahas. Dari sana dan di sini, mungkin 15 orang. Ketika penggulungan, tak jawab. Kes Sofia, saya minta Menteri buat keterangan Menteri di Dewan Rakyat semalam. Mujurlah Yang Amat Berhormat datang menjawab. Jadi, adalah sedikit maklumat yang dapat kami terima. Kami tahu pegawai-pegawai, guru-guru bekerja keras dan kami sangat berterima kasih. Tetapi soal sense of urgency, leadership itu pada kami sangat mustahak. Kami bukan mahu membalun, kami mahu membantu. Yang kami harapkan ialah Yang Amat Berhormat pantau hal ini.
Sebab yang kami dapat, saya nak beritahu Yang Amat Berhormat, yang kami dapat ialah ungkapan, “Jangan ganggu kami, jangan usik sekolah kami, jangan usik guru kami.” Come on. Terima kasih.
JAWAPAN YAB PERDANA MENTERI
Terima kasih, Indera Mahkota. Saya tahu jiwa dia sebagai pendidik masih kekal. Saya kenal lama. Jadi, saya tidak pertikai hasrat Yang Berhormat dan keprihatinan Yang Berhormat. Cuma langkah-langkah yang diambil itu ada, cuma mungkin tidak dijelaskan sepenuh. Umpamanya, di sekolah sejak dihebahkan dulu, CCTV dipasang dan tiga juta sekolah, lima juta di Sekolah Asrama Penuh, ringgit. Dan tahun depan kita tambah lagi 15 juta untuk 1000 sekolah.
Untuk guru bimbingan dan kaunseling baharu, masa kita di sekolah tak bangkit hal ini, tapi sekarang 5107 jawatan guru bimbingan dan kaunseling. Kita tambah kerana nak selesaikan masalah ini. Pembantu warden asrama, 300 MySTEP telah dilantik. PDRM masuk dan diberi izin untuk masuk ke sekolah bila-bila masa, secara rasmilah dengan pakaian seragam. Kemahiran dan sokongan psikososial, 400 warden diberi latihan setakat ini.
Yang ke-6, kuasa kepada pengetua, guru besar, iaitu kuasa disiplin lebih berat. Dan beda juga daripada generasi kita. Kalau kena pukul, kalau balik rumah beritahu ibu bapa, ibu bapa pukul lagi. Kalau sekarang kalau kena jentik sedikit, disaman. Jadi, ada juga beberapa permasalahan kesedaran keluarga dan rakyat.
Ke-7, kuasa disiplin boleh diturunkan kepada guru. Ke-8, sistem disiplin murid ditambah baik, ke-9, advokasi suara murid, kita dengar masalah murid. Yang ke-10, Polisi Pelindungan Murid sekolah, dan 11, Saringan Minda Sihat – mental issues yang dibangkitkan.
Jadi dari segi urgency, mungkin tidak dijelaskan dengan begitu baik, mungkin kita akan baiki. Tetapi saya mohon maaf, saya belum lihat kertas Reformasi Pendidikan. Itu memang dekat dengan jiwa saya. Saya akan minta khas kertas Reformasi Pendidikan yang dibentangkan oleh pihak pembangkang, khususnya Yang Berhormat Indera Mahkota. Kerana isu buli dan dera ini, saya dalam beberapa ucapan saya di sekolah itu saya keras sekali. Dan masalah ada kadang-kadang dilindungi, kadang dia tak mahu imej sekolah itu buruk. Jadi, nak jaga prestasi sekolah, jadi bagi laporan yang baik, padahal anak-anak di sekolah itu merasa terdera, tertekan masuk ke sekolah.
Jadi, saya setuju. Dan apa yang digesa oleh pihak PDRM, jangan sembunyikan. Kita sembunyikan nak jaga imej sekolah, ini yang rosak anak ini, kita tak fikir. Pendekatan tak betul. Jadi, saya akhirnya saya menyebutkan bahawa urgency harus ada.
Ada kelemahan awal, tatkala kita tangani kes Zara dulu. Itu semua diakui. Tetapi kita harus belajar dari kelemahan itu dan perbaiki, perketatkan peraturan. Tetapi akhirnya, walaupun ada yang disebut tadi, akhirnya kesedaran rakyat, ibu bapa kitalah dan keluarga pantau.
Saya anak-anak dah besar, tapi dengar juga pandangan daripada cucu-cucu. Dan masalah-masalah yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat itu memang relevan. Bagi semua kita. Mudah-mudahan kita dapat selamatkan negara kita daripada kes-kes yang sangat orang kata menyentuh perasaan kita. Terima kasih.
SOALAN TAMBAHAN 2
YB TUAN HAJI AMINOLHUDA BIN HASSAN [ SRI GADING ]
Terima kasih Dato’ Speaker.
Kalau kita menghimbau zaman-zaman dululah, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Kisah kalau mak ayah kita hantar ke sekolah, mak ayah akan sebut kepada guru, “saya hantar anak saya untuk belajar. Patah tak apa, tapi jangan mati.” Dan zaman Perdana Menteri jugalah daripada sekolah yang namanya Kementerian Pelajaran dipindahkan kepada Kementerian Pendidikan, yang membawa maksud di sekolah itu adalah unsur-unsur pendidikan, membentuk generasi rakyat Malaysia kepada yang lebih baik.
Apa yang penting kepada kita pada hari ini, apabila berlaku kes-kes seumpama ini, ramai yang di kalangan rakyat negara kita menyalahkan banyak pihak. Ada yang menyalahkan pihak sekolah, ada yang menyalahkan kementerian dan masing-masing bergaduh dalam WhatsApp yang berkenaan.
Persoalan daripada Sri Gading, pertama sekali, apabila melihat kejadian seumpama ini, saya sebagai peranan pernah menjadi guru selama 30 tahun. Apabila kita melihat kalangan pelajar-pelajar yang bermasalah. Pertama tadi, jawapan daripada Yang Amat Berhormat, CCTV kurang. Tapi kita sedia maklum bahawa kes-kes yang berlaku ni kadang-kadang di luar daripada waktu pembelajaran. Contoh, kes yang terbaru di Ayer Hitam ini berlaku pada waktu hari Sabtu, bukan hari bekerja. Ada tuisyen. Dan di sinilah sebenarnya kelompangan-kelompangan penjagaan dari segi keselamatan kepada murid.
Sebab itu, adakah tuisyen yang menyebabkan mengejar pencapaian sesuatu pembelajaran ataupun keputusan itu menjadi matalamat utama menyebabkan guru terbeban dengan nak kejarkan pencapaian, maka terpaksa mengadakan tuisyen. Dan itu juga harapan ibu bapa, dan inilah yang sebenarnya kadang-kadang terbeban kepada guru.
Apa yang penting kepada kami sebagai ahli Parlimen pada hari ini, kita ingin dapat penjelasan daripada Perdana Menteri sendiri. Adakah peraturan rotan itu telah dimansuhkan? Sebab ini, ramai yang berkata sedemikian rupa, satu.
Yang kedua, bagaimanakah apabila peringkat ibu bapa dalam persatuan PIBG, adakah penglibatan ibu bapa dalam sesuatu mesyuarat agung khususnya, dapat memastikan kehadiran ibu bapa untuk hadir dan mendengar sendiri segala perkara yang berlaku di sekolah supaya apa tindakan-tindakan, ketegasan guru. Kadang-kadang ketegasan guru ini menyebabkan ibu bapa tak puas hati, menyebabkan guru-guru ada yang disaman oleh ibu bapa, sedangkan ketegasan guru tadi, pertama untuk mendidik. Yang kedua, untuk memastikan pencapaian pelajar itu sendiri berjaya dengan cemerlang.
Jadi, apakah harapan Perdana Menteri selaku Perdana Menteri-lah, nak melihat rakyat kita ni yang berada di sekolah ni, cikgunya diberikan peluang yang baik pada waktu yang sama tidak menyalahkan juga kepada pihak sekolah yang berkenaan. Terima kasih.
SPEAKER:
Saya ingin meingatkan ahli-ahli Yang Berhormat yang lain tu, adab ada. Saya bagi ruang. Don’t go overboard. Saya perhati. Saya perlu halau Yang Berhormat keluar, saya akan halau.
Silakan Yang Amat Berhormat.
JAWAPAN YAB PERDANA MENTERI
Terima kasih, Yang Di-pertua.
Saya sebut adab betul. Dalam sistem pendidikan, kita mulakan motto, “menggapai yang di langit, mengakar di bumi.” “Mengakar di bumi” tentunya permasalahan adab. Dan di antara hadis Nabi Muhammad SAW yang kita jadikan teras dalam sistem pendidikan kita adalah ‘addabani rabbi fa-ahsana ta’dibi.’ Jadi pendidikan, ilmu, pencerahan, tidak boleh terlepas daripada soal akhlak, soal adab.
Tapi, ini satu ujian besar kepada kita. Apakah tidak ada perubahan? Ada. Umpamanya tahun ini, ketimbang tahun-tahun sebelumnya, dari segi laporan kes salah laku buli, umpamanya. Dari Januari sampai Ogos 2026, itu 5,681 yang dilapor. Tentunya lebih besar kalau dia tak lapor. Ini maknanya buli fizikal, buli lisan, buli bukan lisan, buli siber. Dan kita patut tingkatkan lagi kefahaman masyarakat dan ibu bapa supaya dapat mengekang perubahan ini.
Apakah peranan PIBG? Tentunya peranan ibu bapa selain daripada guru dan sekolah, kerana banyak juga kejadian ini berlaku selepas waktu persekolahan. Jadi tanggungjawab sekolah dan ibu bapa. PIBG, banyak PIBG yang bergerak, tapi kalau kita lihat PIBG itu penyertaan ibu bapa terbatas sekali.
Sebab it,u sekarang kita usulkan beberapa pembahagian bantuan itu yang selalu diluluskan langsung melalui akaun bank, kita minta diluluskan kepada ibu bapa di sekolah, sekurang-kurangnya mewajibkan ibu bapa datang ke sekolah dan di situ ada engagement dengan guru-guru.
Dan guru, macam cikgu juga tahu, saya pun guru. Jadi kalau panggil saya guru, saya bangga (nada berseloroh).
Terima kasih.
SOALAN TAMBAHAN 3
YB TUAN AFNAN HAMIMI BIN DATO’ HAJI TAIB AZAMUDDEN [ ALOR SETAR ]
Terima kasih Dato’ Speaker.
Terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Isu kes-kes di sekolah ni, saya bersetuju dengan apa yang Yang Amat Berhormat sebut. Keluarga juga memainkan peranan.
Isunya Yang Amat Berhormat, kita ada tiga pihak. Satu sekolah, yang kedua rumah yang Yang Amat Berhormat sebut tadi. Yang ketiga di jalanan tu. So ada tiga ekosistem ni.
Di sekolah tak apalah dia dah buat CCTV, dah buat pelan apa yang telah dibentang Yang Amat Berhormat. Okey, selesai. Yang tu kita tengok progres dia. Tapi isunya ialah, macam mana kita nak mencegah daripada pelajar kita ni melakukan ataupun ada niat melakukan jenayah.
Contoh yang Yang Amat Berhormat, bila dia pada rumah, dia nak pergi sekolah, dia singgah kedai, dia beli vape. Kemudian on the way tu dia tengok dia punya phone, dia main game. Dalam game kita ni ada game yang ganas, yang membunuh orang, benda-benda yang merosakkan, Yang Amat Berhormat, dia tak membina. Jadi adakah Yang Amat Berhormat bercadang ataupun bersetuju supaya tindakan ini lebih bersepadu melibatkan merentasi kementerian.
Semua aspek-aspek yang nak mendorong orang untuk melakukan jenayah terutama pelajar ini, dicegah daripada awal. Bukan setakat kita merekod pembuatan jenayah, bahkan sebelum daripada itu lagi kita dah cuba mencegah daripada awal. Ataupun yang Yang Amat Berhormat selalu sebut sebelum ni, Karamah Insaniyah. Saya masih ingat lagi istilah yang Yang Amat Berhormat selalu guna sebelum ni.
Dan soalan yang kedua, yang terakhir Dato’ Speaker ialah. Apakah Kerajaan bersedia untuk mula mengkaji semula pelaksanaan syariah Islam dalam hukuman. Dalam kes yang ada sekarang ini, kalau pelajar tu bawah 18 tahun, dia dimasukkan kes juvana. Tapi dalam Islam, orang itu dah akil baligh, dia dikira dewasa dan dihukum sepertimana hukuman orang dewasa. Mungkin pelaksanaan syariat ini mungkin akan lebih menggerunkan orang untuk melakukan sesuatu jenayah. Adakah Kerajaan bersedia untuk mula mengkaji dari sudut aspek-aspek ini?
Terima kasih, Dato’ Speaker. Terima kasih Yang Amat Berhormat.
JAWAPAN YAB PERDANA MENTERI
Terima kasih Alor Setar. Lama Alor Setar tak tanya saya. Saya setuju gesaan pertama, memperinci aspek pelaksanaan lebih bersepadu. Sekolah, ada percubaan sekarang yang lebih kemas dan berkesan. Rumah, tentunya melalui pendidikan, penjelasan dan saya rasa kalau harapan saya kalau dalam media, kenyataan-kenyataan Ahli Yang Berhormat, itu menggesa ibu bapa itu lebih bertanggungjawab.
Kerana semua kajian menunjukkan, ibu bapa bukan saja di desa, terutama di bandar, di kalangan yang miskin bandar, kerana kesibukan mereka, tekanan hidup mereka, kemiskinan dan sebagainya kadang-kadang langsung tidak diambil peduli.
Yang ketiga tentang di jalanan, di luar. Soal vape dan pelbagai bentuk jenis dadah yang diambil tindakan penyeludupan, saya setuju tindakan itu harus diambil semua oleh semua pihak, termasuk penguatkuasaan penyeludupan elemen-elemen dadah, pengedaran pada kanak-kanak itu masih berleluasa, walaupun tindakan badan penguatkuasaan itu ditingkatkan, tetapi kita berdepan dengan permasalahan yang sangat rumit dan insya-Allah badan-badan penguatkuasaan akan membuat sesuatu yang lebih baik.
Soal pelaksanaan syariat Islam. Ada cadangan pindaan baru-baru ini dalam Majlis Perundingan Islam yang dipengerusikan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Perak. Ada beberapa usul untuk memperkasa Mahkamah Syariah yang kita telah lulus prinsipnya, dan kini dirujuk semula kepada Majlis Raja-Raja yang akan bersidang, insya-Allah beberapa minggu lagi.
Tapi saya, terima kasih Yang Berhormat Alor Setar kerana isu ini sebenarnya tak boleh kita ringan. Dia macam setiap keluarga, kita ada anak atau macam saya cucu, keluarga dan anak-anak sekolah, dan Yang Berhormat tahu benar masalah ini. Jadi saya tidak fikir ini yang dijawab, ini penyelesaian, belum, belum sehingga kita dapat selain daripada badan penguatkuasaan tadi, kesedaran yang menyeluruh daripada ibu bapa yang mendidik, tanggungjawab kita.
Kita bicara soal Islam, soal akhlak, soal falsafah pendidikan, soal latihan guru, soal ramainya ustaz-ustaz dan kelas-kelas agama dan solat berjemaah. Tapi masih belum menyelesaikan isu ini secara menyeluruh.
Terima kasih.
TEKS VERBATIM
WAKTU PERTANYAAN – PERTANYAAN PERDANA MENTERI
DEWAN RAKYAT MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KELIMA
PARLIMEN KELIMA BELAS
|
PERTANYAAN |
: |
WAKTU PERTANYAAN – PERTANYAAN PERDANA MENTERI (PMQT)
|
|
DARIPADA |
: |
TUAN SUHAIZAN BIN KAIAT [PULAI]
|
|
TARIKH |
: |
6 OKTOBER 2026 (SELASA) |
SOALAN :
Assalamulaikum Warahmatullah Wabarakatuh, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan Pulai meminta PERDANA MENTERI menyatakan susulan pelaksanaan penghantaran pulang warga Myanmar pada 29 September 2026, apakah langkah Kerajaan seterusnya dalam menangani isu keberadaan warga Myanmar, terutamanya pelarian dan pemohon suaka, khususnya etnik Rohingya yang telah berlarutan sejak sekian lama dan semakin menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat?
Terima Kasih.
JAWAPAN YAB PERDANA MENTERI
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera. Tan Sri Yang di-Pertua, masalah ini merupakan diantara isu keselamatan juga kemanusiaan, dan jumlah yang terkumpul dari Myanmar mencecah 200 ribu.
Oleh yang demikian, harus ditangani dengan bijaksana dan hikmah. Kita bincangkan selain daripada KDN, Kementerian Luar, Jemaah Menteri dan Jawatankuasa Kabinet. Masyarakat tentunya resah kerana bila jumlah begitu besar, dia melibatkan juga soal pekerjaan, keselamatan dan juga keselesaan hidup rakyat tempatan.
Jadi kita harus bertegas. Negara ini diatur mengikut hukum. Maknanya, pelarian yang tidak ikut peraturan tidak boleh dilayan sehingga mereka rasa selesa dan kekal dalam negara kita.
Jadi, kita harus ambil langkah-langkah yang munasabah, terikat dengan undang-undang antarabangsa dan juga kemanusiaan. Jadi, kalau ada penderaan dan sebagainya, tentu kita tidak setuju. Baik.
Langkah yang dicadangkan sudah puluh tahun tidak begitu berhasil. Ada percubaan-percubaan sebelum ini, menghantar pulang tidak mungkin. Sebab itu, sejak dua tahun yang lalu, saya mengambil keputusan mengadakan rundingan terus dengan pada ketika itu, pimpinan military, tentera Junta Mong La dan kemudiannya, setelah dilantik presiden berjumpa kali kedua, pertama kali di Bangkok, kali keduanya di Beijing.
Di mana kita tetapkan supaya disederhanakan tindakan kepada rakyat, supaya mereka tidak dengan jumlah yang ramai, lari ke Malaysia. Dan keduanya, tidak melayani secara kasar rakyat. Sebab itulah dengan persetujuan Kementerian Pertahanan ketika itu, kita hantar hospital sementara (field hospital), selepas gempa bumi.
Dengan dua syarat. Pertama, layanan yang agak lebih munasabah kepada rakyat. Keduanya, tidak menyekat mana-mana rakyat ke hospital. Bila dua syarat itu diterima, barulah Kementerian Pertahanan menguruskan dan kita berpuas hati setelah dipantau.
Menteri luar telah mengadakan kunjungan tiga kali untuk berunding masalah-masalah ini supaya kedekatan mereka dengan ASEAN. Tapi kita juga terikat dengan kerjasama ASEAN. Setakat ini Thailand, Cambodia, Laos, Vietnam telah pun mengundang Presiden Myanmar ke negara mereka.
Saya mengambil keputusan bersama rakan-rakan mengundang untuk menyelesaikan di Parlimen, di luar Parlimen, di kalangan masyarakat antarabangsa, human rights groups memang menyatakan concern. Tapi penyelesaian tidak ada, dan kita terbeban dengan 200,000.
Maka kerana rundingan kita dengan Myanmar, kita berhasil setakat ini telah membawa balik rekod terakhir, adalah lebih 10,000 yang dibawa balik. Sebahagiannya atas inisiatif Kerajaan Myanmar sendiri melalui pesawat dan yang terakhir 1,400 itu, dengan kapal Tentera Laut Myanmar yang kita beri laluan. Jadi jumlah 10,000 telah dipulangkan.
Dalam kunjungan Presiden Myanmar dalam beberapa hari ini ke Malaysia, tentunya Menteri Luar, Menteri Dalam Negeri dan saya sendiri akan membangkitkan isu ke arah penyelesaian.
Saya faham kegelisahan masyarakat antarabangsa termasuk hak asasi manusia dan juga teguran oleh rakan-rakan dalam Parlimen dan juga pada badan-badan bukan kerajaan di luar Parlimen. Tapi syarat yang kita berikan ialah yang pertama, mesti bawa pulang rakyat Myanmar.
Yang kedua, mestilah jamin layanan yang munasabah kepada rakyat sendiri supaya tidak ada penderaan, penekanan dan pelanggaran hak asasi. Dalam rundingan oleh Menteri Luar, ini jaminan diberikan. Dalam rundingan dengan saya, terakhir di Beijing juga diberikan itulah sebabnya mengapa kita cari penyelesaian.
Tan Sri Yang di-Pertua,
Kita boleh bincang masalah ini selama puluhan tahun. Tapi ini penyelesaian pertama yang kita catat. Dan setakat yang saya faham, Malaysia adalah negara pertama yang berjaya membawa pulang rakyat Myanmar ke negara asal mereka.
Terima kasih.
SOALAN TAMBAHAN 1
YB TUAN SUHAIZAN BIN KAIAT [PULAI]
Terima kasih atas penjelasan oleh YAB Perdana Menteri. Dalam apa yang dinyatakan tadi adalah 1,400 pelarian Rohingya ataupun pelarian Myanmar ini telah dihantar pulang.
Ada terdapat soalan di luar sana. Apakah 1,400 ini termasuk pelarian Rohingya, ataupun itu adalah warganegara Myanmar sahaja? Sebab selama ini mereka tidak mengikhtiraf. Tapi tiba-tiba mereka, kalaulah itu adalah sebahagian adalah Rohingya, macam mana pula tiba-tiba bila mereka boleh menerima pada waktu ini.
Ini adalah isu-isu yang banyak dibangkitkan oleh rakyat. Di Pulai sendiri ada dua tempat, Kampung Sungai Perling dan Sungai Skudai Kiri. Ini tempat lebih kurang dalam 500 warga Rohingya di situ.
Dan dalam satu podcast yang Perdana Menteri terlibat, ada perbincangan sepertimana yang telah nyatakan tadi. Satu perundingan untuk membawa pulang warga Rohingya ini ke Myanmar.
Soalan saya di sini adalah, kalau ianya gagal dan rakyat pula dah memberikan tekanan yang cukup kepada kita ini. Kalau ini gagal, apa rancangan kedua untuk menyelesaikan masalah ini? Terima kasih.
JAWAPAN YAB PERDANA MENTERI
Terima kasih, Pulai. Pertama saya nak betulkan yang 1,400 yang disebut itu dengan kapal tentera laut baru-baru ini. Keseluruhannya, sejak bulan satu adalah 10,000 yang telah dibawa balik, yang lain itu atas ikhtiar Kerajaan Myanmar sendiri melalui pesawat, dan yang terakhir dengan kapal Tentera Laut Myanmar.
Soal yang kedua ialah apakah etnik, kumpulan etnik. Setakat ini dalam perjanjian kita, kita kata bawa pulang rakyat Myanmar. Sama ada Arakan, Karen, Shan, ataupun Rohingya. Dan orang yang dibawa pulang, ini satu hal yang penting juga untuk maklumat Yang Berhormat. Kita berikan jaminan dan hanya dengan persetujuan dia menandatangani persetujuan untuk pulang, baru kita kirim. Kalau tidak, kita masih tidak, untuk menyamin keselesaan mereka dan hak asasi, jaminan hak asasi.
Jadi yang pulang itu menandatangani persetujuan di Kementerian Dalam Negeri bahawa mereka setuju tanpa paksaan bukan under duress untuk menghantar pulang.
Dalam rekod yang kita kesan setakat ini, belum ada rakyat Rohingya yang dibawa pulang. Tapi ini masih lagi dalam perbincangan dan saya percaya Menteri Luar dan saya tatkala bertemu dengan Presiden Min Aung Hlaing beberapa hari ini, saya akan juga bangkitkan isu ini supaya dapat ditangani dengan sebaik mungkin. Tapi bagi saya, mana-mana negara yang ingin bawa pulang rakyat mereka dari negara kita, itu kita alu-alukan.
SOALAN TAMBAHAN 2:
YB DATO’ SERI HAMZAH BIN ZAINUDIN [ LARUT ]
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Tambun yang telah menjelaskan tentang isu membawa pulang rakyat Myanmar yang ditahan di negara kita.
Tadi, semasa Yang Amat Berhormat menjawab soalan ini, Yang Amat Berhormat ada sebut bahawa belum ada tanda-tanda bahawa rakyat Myanmar Rohingya dibawa pulang.
Isu yang ada dalam negara seperti apa yang telah dijelaskan oleh Yang Amat Berhormat adalah isu di mana Rohingya ini menjadi satu masalah yang besar dalam negara kita. Punca yang sebenarnya harus dilihat secara lebih mendalam, komprehensif. Sebabnya, tentang kedudukan mereka, rakyat Rohingya atau rakyat Myanmar Rohingya ini, mereka berada di Malaysia dengan menggunakan kad UNHCR. Ini yang menjadi masalah kepada kita.
Tahniah, baru-baru ini diumumkan oleh KDN bahawa mereka akan menggunakan satu sistem – Program Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) untuk menentukan rakyat Rohingya ini dapat diberikan identiti. Ini adalah menunjukkan bahawa rakyat Malaysia ini mempunyai sifat berperikemanusiaan terhadap rakyat Rohingya, kerana kalau mereka boleh diberikan kad ini, mereka boleh bekerja.
Jadi saya nak tanya dengan Yang Amat Berhormat, apakah sistem ini juga sudah mengambil kira tentang kedudukan UNHCR yang sepatutnya tidak lagi ada di Malaysia ini?
Kita tidak menandatangani Refugees Convention, tetapi UNHCR masih di sini dan mengeluarkan kad ini. Maka saya bertanyakan kepada Kerajaan, bagaimana caranya untuk kita tidak membenarkan UNHCR untuk mengeluarkan kad, tetapi KDN yang mengeluarkan kad atau Kerajaan Malaysia yang mengeluarkan kad supaya isu ini tidak nanti disalahfaham yang sebenarnya yang dihantar balik itu bukan Rohingya, dihantar balik itu adalah mereka yang ditahan mempunyai kesalahan-kesalahan yang memang kena bawa balik. Deportation yang sebenarnya.
Sebab itu, saya nak penjelasan yang sebenarnya, isu sebenarnya adalah pengeluaran kad UNHCR terhadap refugees yang ada di Malaysia, Yang Amat Berhormat.
JAWAPAN YAB PERDANA MENTERI
Terima kasih YB Larut. Pertama, saya nak jelaskan bahawa sebenarnya jumlah rakyat Myanmar bukan Rohingya juga besar. Dia mencecah sekitar 60,000–70,000 juga. Chin, Arakanese, Kachin, Mon, Karen, Shan dan lain-lain etnik. Dan status mereka hampir sama dengan etnik Rohingya. Dia tidak kata, status yang berbeda dari segi sudut negara kita.
Keduanya, isunya isu legasi. UNHCR itu dibawa, diperkenal secara rasmi oleh Kerajaan pada ketika itu. Jadi, untuk meminda peraturan sepertimana yang dilakukan oleh Menteri Dalam Negeri baru-baru ini, itu tentu mengambil masa dan juga memerlukan proses rundingan dengan PBB, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, supaya jangan nampak kita mengenepikan peraturan antarabangsa. Tapi saya setuju dengan YB Larut bahawa sebenarnya tindakan, keputusan harus tegas diambil, kerana urusan negara kita harus oleh jentera kita sendiri. Tidak diatur oleh pegawai-pegawai dari luar dan mengatur siapa yang layak, siapa yang tidak layak. Yang itu saya setuju. Tetapi ini legasi isu YB Larut pun tahu masa dia Menteri Dalam Negeri, hal ini juga berlaku dan kemasukan rakyat Rohingya ini bukan juga baru. Ini kes lama. Kita yang tolong selesaikan.
Sekarang ini, pertama kali penyelesaian dari segi menghantar balik. Dan saya beritahu tadi tentang soal Rohingya, itu tentu kita kemukakan di antara isu. Tapi sekarang kalau dia ada 200,000, dia kata okey, dia bawa balik dulu 10,000. Saya kata bawalah yang mana dulu. Kemudian, dalam rundingan, sebab itu saya kata hubungan, engagement, ASEAN sendiri pun walaupun ada pendirian-pendirian tertentu, saya sebut tadi empat negara telah mengundang, negara-negara lain akan mengundang, tetapi tidak menolak engagement. Mesti sedia runding dan kita tak ambil pendekatan yang dilakukan oleh Amerika Syarikat atau Eropah yang keras mengenepikan, tak boleh runding sama sekali dengan Myanmar.
Kita ambil pendirian secara bebas, runding untuk yang pertama, menyelesaikan masalah dalam negara kita dan masalah-masalah ini kalau tidak ditangani akan merebak menjadi permasalahan keselamatan yang serius di kalangan rakyat.
SOALAN TAMBAHAN 3
YB DATO’ MOHD ISAM BIN MOHD ISA [ TAMPIN ]
Isu keberadaan pelarian etnik Rohingya di dalam negara bukan sahaja menyentuh aspek kemanusiaan, tetapi kini menjadi isu keselamatan, ketenteraman awam yang mewujudkan sentimen keresahan dalam kalangan rakyat. Wujud kebimbangan peningkatan pendapatan haram, perniagaan tanpa lesen dan sedikit penyeludupan manusia yang mengaut keuntungan daripada krisis ini.
Soalan saya, apakah strategi penguatkuasaan bersepadu terkini antara agensi Kerajaan bagi melumpuhkan sedikit penyeludupan manusia di sempadan negara? Dan apakah tindakan tegas terhadap premis ataupun perniagaan haram yang dikendalikan oleh pelarian Rohingya yang menjejaskan mata pencarian perniagaan tempatan?
JAWAPAN YAB PERDANA MENTERI
Terima kasih, Tampin. Nampak lain sikit tadi. Benar seperti yang disebut tadi oleh ahli-ahli Yang Berhormat, sebelum ini juga Pulai, Larut dan sekarang ini Tampin. Bahawa ia menimbulkan masalah kerana timbul keresahan dan bantahan rakyat tempatan. Kerana kehidupan mereka, perniagaan mereka, itu diambil alih.
Tindakan kita yang segera, saya kata pertama runding hantar balik. Ada kebimbangan dan malah bantahan, kerana isu keselamatan mereka, kemanusiaan mereka. Tapi saya dah beritahu maksimum mungkin dalam rundingan kita tekankan dan Kerajaan Myanmar, Kementerian Luar beri jaminan kepada Menteri Luar dan Presiden Min Aung Hlaing bagi jaminan pada saya juga. Dan itu sebaik mungkin yang dapat kita lakukan untuk dalam kes menghantar mereka pulang. Kalau tidak, tidak ada penyelesaian, kita boleh marah bagaimanapun tapi tak ada penyelesaian.
Yang kedua soal tindakan penguatkuasaan. Sekarang ini tindakan pengkuatkuasaan kita lihat hampir saban hari ditangkap ataupun dirampas, kerana melakukan kegiatan perniagaan tanpa lesen dan tanpa kebenaran.
Dia ambil alih tempat penduduk walaupun sebahagian tempat itu diberikan lesen oleh penduduk diberikan lesen. Untuk Dewan Bandaraya, kita beri amaran, kalau berlaku kes di mana pemegang lesen, menyerahkan lesen kepada orang asing, lesen itu kena rampas. Sebab itu kita dapat kawal sedikit. Tapi saya setuju dengan gesaan Tampin. Ini sementara mereka belum dibawa pulang ke negara asal, penguatkuasaan harus lebih tegas.
Terima kasih.
VERBATIM TEXT
SPEECH BY
THE PRIME MINISTER
YAB DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM
AT THE
KHAZANAH MEGATRENDS FORUM
5TH OCTOBER 2026 (MONDAY) | 9:00 AM
MANDARIN ORIENTAL
KUALA LUMPUR
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan Salam Malaysia MADANI.
YAM Tunku Ali Redhauddin ibni Tuanku Muhriz,
Tunku Besar Seri Menanti;
Yang Berhormat Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan,
Minister of Finance II;
Yang Berbahagia Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar,
Chief Secretary to the Government;
YAM Tunku Zain Al-Abidin ibni Tuanku Muhriz,
Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan;
Yang Berbahagia, Dato’ Amirul Feisal Wan Zahir,
Managing Director of Khazanah Nasional;
Dan pasukan Khazanah, tetamu yang saya muliakan, rakan-rakan yang dihormati.
- Kita mendengar tadi tentang ulasan Saudara Amirul Feisal tentang punca kuasa, permasalahan kuasa dan pelbagai bidang, tapi beliau agak teliti, tidak menyentuh permasalahan terbesar, kuasa politik.
- I made reference to the remarks by Amirul Feisal, about the source of power, issues related to power in all fields with the implications and ramifications. But he was polite enough in front of the Prime Minister, not to touch the source, the main source of the problem in the world and in this country, political power.
- So it’s my honour, pleasure to again be associated with the Khazanah Megatrends. And you have chosen power as your theme, and rightly so. Power moves faster than the institutions meant to govern it. And it is seldom the powerful also who pay the highest price.
- But in the world today, I think there are enough studies and references that the issue of accountability or democratic accountability is not given adequate attention in the issues of world governance and national guidance. And I believe that happens to be the source of the problem. We have to be remember about unfair trading practices, the ridiculous set of tariffs being imposed unilaterally. The continued wars, gross injustices throughout the world. Many of us have to share, but I think the central issue, fundamental issue is how do we address the issue of governance and world governance.
- And the app, for example, that the theme refers to the ‘Maxim Quis Custodiet Ipsos Custodes’, the failure of modern societies, including democracies to hold those in power fully accountable. Not only during elections, but accountability in the real sense. In Islamic tradition, the very key tradition of the Prophet Muhammad SAW, ‘Kullukum ra’in wa kullukum mas’ulun ‘an ra’iyyatihi’, and we were taught from a very young age, in primary or low secondary school, that the responsibility is for you.
- And you are finally accountable. Now, we were taught, I’m not suggesting that it’s been practiced. This Maxim is very powerful and consistent with the message of public accountability, democratic accountability in our societies.
- So we ourselves faced crises in the past 1997 financial crisis, but you are familiar with it, so it will not bore you with that. Businesses too built over a lifetime, folded during that time and by the following year in 1998, an economy that’s growing without post for a decade contracted by more than 7%. When you relate to power decisions to be made, but people tend to ignore the plight, the vast majority of people not only the business community, the marginalized, the poor, urban, rural or in the hinterland.
- Consider the conscience of a ruler who felt answerable for a meal on the road he had never seen. This is a case of Saidina Umar. How do you relate to a case when sufferings inflicted on those who have no access to you or your needs but who had to suffer the consequences either of neglect or a faulty policy. Now that’s why, Saidina Umar make a reference conscience of a ruler who felt answerable for a new on a road he had never seen, this is of course, alien they were thinking these days.
- Shakespeare whom I once had a good deal of time to read advantage ahead which you don’t have going through with copious notes. So please end of this week will be the budget speech always begin to tax or not to tax.
But Shakespeare put the same thought in a single line: “It is excellent to have a giant’s strength, but it is tyrannous to use it like a giant.” It is excellent to have a giant strength. But it is tyrannous to use it like a giant. - So who watches the watchmen? In my Cabinet and in the Khazanah team. I want him to take some responsibility too. So in the end, the watchman at every level must also watch himself if trust is obliterated, in-store cold storage. Maxim remains relevant today. Of course, the answer is, ‘amanah.’ This is responsibility. Nice word but it is a major challenge to practice it and consider the geopolitical level places where power is moving now.
- You made a reference to the…since February for example, the war has “choked” the Strait of Hormuz and the world’s great energy arteries. The International Energy Agency calls it the largest supply disruption in the history of the global oil market. It is felt on every continent giving us a horrendous problem more not only that the government, those in power, but more so the plight the downtrodden.
- Now the second is technological, artificial intelligence, chips and data. Now shape economic and political outcomes, and we have to ask who watches the algorithm. In July, one of the world’s leading AI companies disclosed that models undergoing cybersecurity tests had circumvented controls meant to isolate them, reached the open Internet and compromised external systems.
- Well, some comments tend to be a bit cynical. This is partly an elaborate system or elaborate PR scheme. I wouldn’t claim to have the expertise to fully comprehend this, but it is better to urge on the side of caution. It is a warning shot. We should treat it as one.
- Now the third is of course economic. Tariffs, export controls and limits on chips and critical minerals have turned trade into a means of trans pressure. For a country that lives by trade and essentially Malaysia is one with factories in the middle of the world’s chip supply chains, this is not a mere theoretical consideration. A trading nation that is naive about this does not stay a trading nation for long.
- So we have to deal with multilateral and international institutions. We can be preaching and hectoring about democracy, human rights and economic justice, but there’s great reluctance from those wielding power to even deform the critical institutions, starting with the United Nations, World Trade Organization, the World Bank and the IMF.
- The Global South, through BRICS and other new initiatives, is trying to showcase the need to commensurate their numbers with some weight. Well, Malaysia is fortunately able to navigate under these turbulent waters by focusing on the economy, international trade, continue to engage well both with the West and the East. Registering phenomenal growth due to our investments and trade with the United States, Europe and considering China and the emerging countries, South Korea, Japan, India as our great friends. Stuff to navigate maintain the balance.
- Don’t envy me because having to, for example, meet and discuss with the President Xi Jinping last year here and having to dance with President Donald Trump, just to keep the temperature down, and it was a limited success by the way.
- But even then, I’m not naive to consider this an easy. We are fortunate to be in ASEAN, where we together hold ASEAN centrality, but it must mean capability, the power to shape events, not merely to host meetings. We have slight differences, but we are fortunate in this region, sanity prevail. Differences dealt through with negotiations, focusing on the economy, trade, investments, and we have learned from the experiences of other regions where the tendency to continue to engage in war, civil war over issues of boundary, will lead to catastrophe for these countries.
- Again, for some of you as we’ve just been here, thank you for your presence, but I’m not saying this is easy. We, as a maritime country, have problems with all our neighbors, naturally, with Thailand, Indonesia, Brunei, Philippines, even the South China Sea but the relations are still excellent, which means you can deal with differences as civilized men and women and I think credit goes to leaders in this region too that focuses and emphasizes the need to retain peace in order to propel growth and economic development.
- So, thank you again to Khazanah Nasional for continuing this Megatrend, is a forum, open forum, although he refrained from discussing the source of power, but I’m saying it’s interesting enough. I’m going to present your initial paper on the Megatrend Forum. I’m presenting to the cabinet meeting this Friday. So, good luck.
- That shows democracy is not something you say as part of the pious platitude to win over. It’s how you practice and mind you, I’ve not read fully, just a short summary, because I was busy with F1 yesterday. Great event. Thank you, Malaysians and the way we manage that is better than Khazanah Nasional. You know why? We hardly pay anything. We did make some minor repairs to the track and minor improvements, but it’s a splendid thing that we did and a great effort by many of us and I was excited to see people, I mean Malaysians, more than a quarter million present. Although I used to joke that this part of bourgeois aristocratic sports and I invited my wife, why don’t you come and join me? She said, what do you see? I see a fabulous expensive sports car. See, my dear, we could hardly see them. There’s a zoom, zoom. See? Why the excitement? So, as you know, we survive by not arguing with our wives (joking).
- Sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada Khazanah Nasional, saya bangga dengan pengurusan Khazanah Nasional dan keupayaan mereka untuk mengangkat prestasi sebagai satu badan amanah negara yang penting dan sebab itu saya tidak gagal untuk terus hadir dan memberi sokongan kepada semua inisiatif, ikhtiar Khazanah Nasional.
Terima kasih, Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
