Usai tiba di Rom, saya terus menghadiri sesi ramah mesra dan makan malam bersama diaspora Malaysia yang menetap di Itali.
Dalam pertemuan penuh makna ini, saya mengambil kesempatan untuk berkongsi pelbagai usaha, dasar dan ikhtiar Kerajaan MADANI dalam memperjuangkan kebajikan rakyat serta hala tuju masa depan negara.
Saya tegaskan bahawa diaspora Malaysia merupakan aset penting sebagai duta kecil yang membawa nama negara di persada antarabangsa.
Justeru, saya titipkan pesan agar mereka terus merebut setiap peluang dan ruang untuk memperkukuh ilmu, kemahiran dan jaringan, demi menyumbang semula kepada tanah air.




YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, menghadiri Majlis Ramah Mesra bersama diaspora Malaysia sempena lawatan kerja ke Rom, Itali. 1 Julai 2025. AFIQ HAMBALI/Pejabat Perdana Menteri.
NO SALES; NO ARCHIVE; RESTRICTED TO EDITORIAL USE ONLY. NOTE TO EDITORS: This handout photos may only be used for editorial reporting purposes for the contemporaneous illustration of events, things or the people in the image or facts mentioned in the caption. Reuse of the pictures may require further permission. MANDATORY