SESI LIBAT URUS BERSAMA PENERAJU INDUSTRI DAN PERNIAGAAN UTAMA REPUBLIK ITALI

Saya mengetuai delegasi Malaysia dalam sesi libat urus secara langsung bersama peneraju industri dan perniagaan utama Republik Itali, meliputi sektor strategik seperti pertahanan dan tenaga.
Pertemuan bersama Fincantieri dan Leonardo, dua syarikat gergasi pertahanan yang menyertai Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2025 tempoh hari bagi memperkukuh prospek kerjasama jangka panjang.
Saya tekankan pentingnya pendekatan antara kerajaan (G2G) bagi memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab utama penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) di rantau Asia Tenggara.
Saya turut mengadakan pertemuan bersama syarikat tenaga Itali, ENI, untuk membincangkan kerjasama bersama PETRONAS di Malaysia serta meneroka peluang pelaburan baharu yang boleh dimanfaatkan secara bersama.
Saya manfaatkan sesi ini untuk menegaskan bahawa Malaysia kekal sebagai destinasi pelaburan yang stabil, progresif dan diyakini.
Saya juga menyeru agar segala komitmen yang telah dizahirkan disusuli dengan tindakan konkrit agar pelaburan yang dirancang dapat direalisasikan dalam tempoh ditetapkan.
🇲🇾🇮🇹

YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, mempengerusikan mesyuarat bersama wakil syarikat Fincantieri semasa lawatan kerja di Rom, Itali. 2 Julai 2025. AFIQ HAMBALI/Pejabat Perdana Menteri.
NO SALES; NO ARCHIVE; RESTRICTED TO EDITORIAL USE ONLY. NOTE TO EDITORS: This handout photos may only be used for editorial reporting purposes for the contemporaneous illustration of events, things or the people in the image or facts mentioned in the caption. Reuse of the pictures may require further permission. MANDATORY

Similar Posts:

Share:
Scroll to top
Telegram Pejabat Perdana Menteri

Info

Lorem ipsum dolor sit amet consectetur adipisicing.