OFFICIAL VISIT YAB PRIME MINISTER TO ITALY

Alhamdulillah, saya dan delegasi Malaysia selamat tiba di Rom, Republik Itali dalam rangka lawatan kerja selama tiga hari di sini.
Kunjungan ini terjelma atas jemputan rakan sejawat saya, Perdana Menteri Giorgia Meloni lantas mencerminkan komitmen bersama untuk memperkukuh hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara Malaysia dan Itali berteraskan prinsip serta semangat persahabatan, keyakinan dan saling hormat.
Malaysia melihat Itali sebagai rakan strategik penting di benua Eropah dan kita komited untuk memperluas kerjasama dalam bidang perdagangan dan pelaburan, industri pertahanan serta sektor peralihan tenaga.
Selain itu, selaku Pengerusi ASEAN, kunjungan ini juga akan memperhebat nilai pada sisi hubungan rantau Asia Tenggara dan Eropah dalam landskap geopolitik dan geoekonomi yang terus mencabar.
Saya yakin lawatan ini akan membuka lembaran baharu yang lebih dinamik, menghasilkan manfaat yang konkrit serta melonjak hubungan Malaysia dan Itali ke tingkat yang cemerlang dan terbaik.
======
Arrived in Rome to strengthen Malaysia–Italy ties and deepen strategic cooperation. Also here to elevate ASEAN–EU engagement in a challenging global landscape.
🇲🇾🇮🇹

YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, tiba di Lapangan Terbang Leonardo da Vinci Roma Fiumicino, Rom, untuk lawatan kerja 3 hari ke Rom. 2 Julai 2025. AFIQ HAMBALI/Pejabat Perdana Menteri.
NO SALES; NO ARCHIVE; RESTRICTED TO EDITORIAL USE ONLY. NOTE TO EDITORS: This handout photos may only be used for editorial reporting purposes for the contemporaneous illustration of events, things or the people in the image or facts mentioned in the caption. Reuse of the pictures may require further permission.

Similar Posts:

Share:
Scroll to top
Telegram Pejabat Perdana Menteri

Info

Lorem ipsum dolor sit amet consectetur adipisicing.