TEKS UCAPAN YAB PERDANA MENTERI : PERASMIAN MAJLIS KEMUNCAK HARI WARTAWAN NASIONAL (HAWANA) 2025

 

TEKS UCAPAN

 

YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM

PERDANA MENTERI

 

  

SEMPENA

 

PERASMIAN

MAJLIS KEMUNCAK HARI WARTAWAN NASIONAL (HAWANA) 2025

 

14 JUN 2025 | SABTU | 12.00 TENGAH HARI

PUSAT DAGANGAN DUNIA KUALA LUMPUR (WTC KL)

 

 

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Ta’ala Wabarakatuh dan Salam sejahtera

Yang Berhormat Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil, Menteri Komunikasi;

Rakan-rakan pimpinan, editor dan wartawan;

Wakil-wakil Kedutaan Asing dan wakil – wakil dari luar terutama dari Negara ASEAN.

 

  1. I join the minister, the organizers for expressing our thanks and appreciation for participation of foreign editors and journalists, particularly from ASEAN, and in the truth period of ASEAN, I must express our profound gratitude to all ASEAN leaders, government and people for the support to ensure the success of the recent conference and the on going conferences particularly in October. But I would certainly thinks is fortunate to thank you the media professionals who doing in extremely great job. Then shows the success of the ASEAN GC and China summit. Thank you.

  

  1. Saudara saudari, HAWANA tahun ini bertemakan keseimbangan AI dan etika. Dan saya fikir dalam Negara MADANI kita tidak boleh kesampingkan. Dalam dunia pendidikan selalu saya tekankan fokus kita adalah untuk menggapai yang di langit. Industri baharu, teknologi baharu, cabaran baharu, artificial intelligence, digital dan kesediaan untuk mengadakan, membuat beberapa perubahan dan anjakan paradigma termasuk dalam isu transisi tenaga. Itu maknanya menggapai di langit, suatu hal kaedah dan disiplin yang sangat mencabar. Dia rencam dan mencabar kekuatan kita minda kita terutama dalam disiplin dan teknologi baru.

 

  1. Itu ertinya menggapai, seolah-olah menggapai di langit. Tapi kita ini rakyat negara yang merdeka, bebas dan berdaulat. Kita ada kefahaman agama, kita ada falsafah kemanusiaan, manusiawi, karamah insaniah. Maka, keseimbangan itu menggapai langit haruslah berakar ke bumi.

 

  1. Sebab itu tema saya kalau anak sekolah saya sebut cabaran kita menggapai langit. Tetapi jangan kita kesampingkan keutamaan kita mempertahankan nilai kita, etika kita yang bersandarkan kepada kebenaran dan keadilan itu mengakar ke bumi.

 

  1. Di antara cabaran kita terutama dalam soal persaingan kaum yang dibolehkan, tapi permusuhan kaum yang akan mengekang dan mencabar keutuhan serta negara atau isu agama atau dalam konteks Malaysia yang sering dicurigai oleh saudara-saudara tentang kedudukan Raja-Raja Melayu.

 

  1. Mengandaikan bahawa sang Perdana Menteri itu harus punyai kuasa mutlak untuk memberikan kebebasan sepenuhnya. Tidak ada negara di dunia yang menjamin kebebasan sepenuhnya. Terikat daripada landasan dan semangat perlembagaan, terikat juga dengan sistem dan keseimbangan dalam pemerintahan. Dan apa yang dinasihatkan dan pedoman oleh Raja-Raja Melayu untuk menjamin keharmonian dan kesantunan negara.

 

  1. Jadi sebab itu ada kekangan, tapi ini tidak harus dianggap sebagai menghalang. Tidak ada dalam peraturan kita yang menghalang kita memberikan nasihat dan teguran termasuk kepada Raja-Raja. Yang dipertikai ialah serangan, hukuman, cercaan kepada satu kelompok yang dimuliakan, yang sendiri menjadi tonggak dalam sistem pemerintahan dalam negara. Bukan pilihan saya, pilihan kita semua, pilihan bapak – bapak, ibu – ibu tatkala mencapai kemerdekaan, sistem ini yang kita pilih. Dan kalau kita pilih as you know constitution monarchy demand and dictates that is what we consider as the paterfamilia. The language you speak the way we address. The facilities accorded the respect accorded. Requires us to accept the differences, it does not make us necessarily and democratic or less human, that’s how this system works.

 

  1. Jadi itulah sebabnya mengapa kekangan itu diberikan walaupun saya diasak kerana peraturan-peraturan ini seolah-olah melanggar apa yang kita janjikan dalam reformasi dulu. Jadi saya nak guna kesempatan ini nak memberikan sedikit penjelasan. Bila lagi? ini semua editor-editor terpaksa dengar ini, captive audience (nada berseloroh). Baik, tapi tak terlalu panjang kerana kita belum makan. Dan saya tahu sebahagian saudara saudari datang untuk makan, bukan untuk dengar saya – humble enough to acknowledge that.

 

  1. Itu yang dikatakan kebijaksanaan saudara saudari memilih keseimbangan di antara AI yang menggapai langit dengan apa yang harus mengakar kepada bumi nyata. Apa yang tidak boleh kita kesampingkan. Soal prinsip betul, kebenaran ya, soal keadilan, soal hak menyuarakan, memberi pandangan, teguran dan kritikan. Sistem ini harus kekal dan utuh dengan amalan demokrasi yang di antara tunggaknya ialah kebebasan media. Kebebasan media kalau kalau ungkap pandangan Noam Chomsky, juga punyai beberapa cabaran, apa yang beliau ungkapkan sebagai Manufacturing Consent – guna alat penguasaan untuk melakar suatu yang menyebabkan orang terpaksa menerima.

 

  1. Tetapi kita juga ada peringatkan. Dalam masa yang sama, wartawan, tokoh media harus pastikan sementara kita menolak Manufacturing Consent kita juga harus menolak Manufacturing Decent. Perbezaan pendapat dibolehkan bukan hanya merekayasa, melakar persepsi, menghina dan mencerca orang. Seperti mana kita tidak mahu tyranny of the majority yang di peringatkan oleh Thomas Jefferson, sangat tepat. Jangan guna kuasa untuk menindas dan menekan, dalam masa yang sama seperti kita lihat kelompok-kelompok kecil sama ada teroris, teroris itu golongan kecil itu tyranny of the minority.

 

  1. Jadi harus ada keseimbangan ini. Bagaimana boleh kita manfaatkan kebebasan kita? Maklumat yang kita punyai untuk pastikan tidak ada penindasan golongan penguasa. Di samping itu tidak ada penindasan golongan sama ada pelampau kaum ataupun kelompok bebal yang desperate untuk mencari kekuasaan dengan manufacture decent dan menyebabkan ada tyranny of the minority.

 

  1. Dan cabaran kita ialah kerana kita berdepan bukan sahaja dengan mainstream media. Orang membaca, mengulas, menilai, menegur tetapi dengan media sosial. Dan seperti mana yang disebut tadi wakil media ini kadang-kadang amalan dan tradisi membaca ini sudah luntur. Ini bukan perkara baru. Saya masih ingat kalau rakan-rakan editor senior, wartawan senior tahu semasa saya Menteri Pendidikan saya bicara tentang karya Allan Bloom, The Closing Of The American Mind. Kerana kebimbangan beliau walaupun aliran yang agak konservatif, beliau bimbang kerana minat membaca menelaah, memikir, menilai cara kritis dan dorongan ke arah pencitraan yang berlandaskan fakta dan maklumat yang benar itu sudah jelas kurang di Amerika Syarikat.

 

  1. Jadi, orang lebih senang membaca rumusan. Tak ada salah, tetapi bila baca rumusan dia menghukum, itu salah!. Baik dalam dakwah, bicara soal kaum atau politik atau ekonomi atau sosial atau peribadi. Ini cabaran-cabaran kita yang lebih besar. Saya hanya mengajak saudara-saudara memikirkan bersama, bukan sebagai dalih atau alasan untuk menekan, tetapi menyatakan bahawa kalau kita tidak terima ini sebagai satu kenyataan, kita mengundang malapetaka.

 

  1. Negara ini negara pelbagai kaum dan agama, pelbagai budaya, pelbagai wilayah, negeri dan negara ini harus kekal utuh sebagai satu kesatuan. Orang yang memikirkan soal budaya mereka, negeri mereka, kaum mereka, agama mereka dibolehkan. Tetapi bila dilontarkan idea ke arah permusuhan, mencerca tanpa maklumat yang betul, maka harus ada tindakan yang tegas. Ada orang kata kalau begitu Anwar bukan lagi

 

  1. Seperti mana yang pernah disebut oleh Khalifah Umar Abdul Aziz, yang diolah oleh Imam al-Shatibi dalam al-Muwafakat menceritakan satu kisah yang menarik. Bagi rakan-rakan bukan Islam dan juga orang yang sebahagian Islam mungkin tidak tahu konteksnya. Umar Abdul Aziz itu dianggap Umar as-Sani khalifah keempat, tapi yang dianggapnya yang kelima hebatnya adalah Umar Abdul Aziz. Juga cucu kepada Umar al-Khattab. Dia memerintah selama 23 tahun. Tetapi sangat adil. Hidup sangat sederhana. Dalam 2 tahun 3 bulan menyelesaikan masalah kemiskinan tegar, wilayahnya masa itu wilayah Mekah, Madinah, Mesir sampai ke Azerbaijan. Itulah Islam, pastikan tatakelola. Orang yang warak, orangnya baca Quran setiap malam, orangnya tahajud setiap malam, tetapi dalam pemerintahan yang dibicarakan ialah pengurusan tatakelola. Sistem yang menolak rasuah, penyelewengan dan kerakusan yang menyebabkan tembolok sang penguasa itu dipenuhi dengan penuh kekayaan yang melimpah.

 

  1. Sebab itu ekonomi dan pemerataan ekonomi berlaku. Anak dia namanya Abdul Malik. Bila ayahnya begitu seorang yang sangat warak dan alim dan komited terhadap Islam dan syariah dan Quran dan pelaksanaan hukum, jadi anak tanya, “ayahanda, bila lagi nak melaksanakan perubahan ini?” Dia tak sebutlah reformasi. “Bila?” ataupun dalam Bahasa Indonesia “Kapan Pak mahu dilaksanakan defour antara reformasi ini?”. “Ini tuntutan Quran, tuntutan Allah SWT. Kita ada kuasa sekarang, laksanakan.” Ayahnya itu yang tidak ada tolak tandingnya kalau dengan kita zaman kini. Waraknya, budayanya, kehebatannya. Ayahnya jawab. “Lāa taʿjal yā bunayya (jangan gopoh wahai anakku). “Kalau aku ikut sentimen ini, berkecai negara. Aku ada tanggungjawab. Apa yang pertama? Keamanan. Security negara, keselamatan itu utama. Oleh itu, lakulah dengan bijaksana bertahap seperti mana Allah mengharamkan Arak juga bertahap.” Baik. Demikian kuliah zohor.

 

  1. Tapi yang saya nak sampaikan begini kerana orang sergah dan kadang-kadang kawan kita media pun, wah terutama yang agak liberal sedikit, Anwar ini have already, no! Saudara-saudara YB Azalina ceritakan berapa puluh legislation Kementerian Kewangan, Financial Fiscal Act. In the traditional where corruption was endemic and sistemic in this state nation, we have undertaking this measure to ensure that every single contract must go through due and proper process and proper tender. It sounds simple to most of you but is not easy. I know it, it is a rule. Many are not comfortable. Those are used to the old ways. Some of them gang up and finance some personalities. As you can see. And when we have taken action against those corrupt leaders, past leaders or present leaders, businessman, corporate leaders were seconded billions of ringgits. I’m not seen that sort of anger and support that we should have. But doesn’t matter, I will do my job regardless whether I have the general support or not. That is my duty and I will perform to the up most of my ability to ensure that we rid corruption, which has been endemic in this country.

 

  1. Jadi saudara-saudara, saya lihat ini termasuk dalam media sosial sedikit sekali budaya kita ini, keseimbangan AI, etika apa maknanya? Negara yang mengizinkan puluhan bilion dipunggah oleh beberapa orang tokoh politik dan korporat, kemudian begitu sahaja dilupakan. Di mana pengajarannya? Apa makna kuasa? Puluh bilion ringgit. Saya bukan ada minat nak penjarakan orang. Saya ada minat nak rampas balik wang itu supaya kembali kepada rakyat. Itu minat saya. Dan saya nak hentikan budaya ini. Dan memang saya tahu yang dicari itu hanya hal-hal titik bengik yang boleh mengasingkan dan meminggirkan isu pokok mengalih pandangan kepada isu-isu lain. Isu pokok saudara. Percayalah, negara ini akan hanya selamat kalau kita selesaikan masalah pokok. Soal pengurusan kewangan negara. Baru kita boleh berbicara tentang peruntukan tambahan, naikkan mutu sekolah kita.

 

  1. Saudara ingat senang, Anwar berubah sekarang, dia sudah Perdana Menteri dan berhempas pulas berapa lama? Setiap kali saya lihat sekolah seperti saya pergi Sekolah Menengah Alam Shah semalam, betul satu bangunan terbakar. Tandasnya, air, kemudahannya, saudara ia menyentuh perasaan saya. Saya tidak senang. Ya sebagai Perdana Menteri dapat selesaikan hal-hal sebegini. Tetapi kenyataannya ia memerlukan masa, aa memerlukan dana. Ia memerlukan dukungan pimpinan politik, penjawat awam, golongan korporat. Ya betul saya keras. Sedaya upaya naikkan gaji penjawat awam. GLICs saya arah cari jalan naikkan gaji mereka. Tak boleh hidup di Kuala Lumpur. Apa saya tidak tahu? Saya tahu dan meminta korporat-korporat syarikat yang catat untung berbilion-bilion, bagilah sedikit di bawah.

 

 

  1. Saudara ingat popular di kalangan korporat begitu? Enggak popular? Tapi harus kita kerjakan. Inilah sebabnya mengapa soal keseimbangan AI dan etika itu perlu kita terapkan. Dalam pemerkasaan ekonomi termasuk isu sustainability – kemampanan yang kita bicarakan, seperti mana saya lontarkan tahun lalu. Pemerkasaan ekonomi harus seimbang dengan pemerkasaan, nilai dan budaya. Kalau tidak kita bukan jadi manusia. Jadi mudah-mudahan kita tingkatkan dan kerana menyedari bahawa tuntutan ini benar dan saya bertanggungjawab untuk pastikan mutu keupayaan penghasilan wartawan lebih baik.

 

  1. Sudah bincang dengan Menteri Komunikasi yang sangat kuat menyokong saudara-saudara. Saya tak tahu sebab saya tengok berita dia lebih baik dariapada berita saya. Tapi saya setuju untuk memperuntukkan satu dana yang relatif besar, membantu organisasi media dan negara. Mulanya pada Projek Sigma sebagai langkah awal, tapi umumnya dengan apa juga cara supaya transformasi digital tu berlaku dengan bantuan dana Kerajaan, dengan Latihan, dengan pendedahan kepada wartawan, terutama yang muda. Supaya kita pastikan dunia wartawan tidak ketinggalan dalam usaha mengejar perubahan Artificial Intelligence di samping menjamin keseimbangan AI dan etika.

 

  1. Dan untuk itu, kerajaan bersetuju memperuntukkan RM30 juta untuk wartawan. Dalam ingatan saya, saya lihat sejarah kita dari dulu, sejak zaman merdeka, inilah peruntukan terbesar yang kerajaan beri kepada wartawan. Alhamdulillah, terima kasih.

 

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

 

Similar Posts:

Share:
Scroll to top
Telegram Pejabat Perdana Menteri

Info

Lorem ipsum dolor sit amet consectetur adipisicing.