
TEKS VERBATIM
YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM
PERDANA MENTERI
FORUM ILMUWAN MALAYSIA MADANI SIRI 6
PENGANGKUTAN UNTUK RAKYAT, MENGIMBANGI KEMAMPUAN RAKYAT, KUALITI DAN KEMAMPANAN PENGANGKUTAN AWAM
4 JUN 2025 (RABU) | 8.00 MALAM
MENARA PRASARANA, PETALING JAYA
Assalamualaikum warahmatullahi wabaratuh dan salam sejahtera.
Terima kasih di atas kehadiran rakan-rakan.
Terima kasih Azharuddin, dia jadi tuan rumah.
Yang Berhormat Senator Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir,
Menteri Pendidikan Tinggi;
Yang Berhormat Tuan Loke Siew Fook,
Menteri Pengangkutan;
Yang Berbahagia Dato’ Profesor Insinyur Dr. Ahmad Farhan bin Mohd Sadullah,
Naib Canselor Universiti Putra Malaysia;
Yang Berusaha Encik Mohd Azharuddin bin Mat Sah,
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad;
- Saya percaya saudara Zambry bagi latar belakang dahulu, walaupun tak diundang tapi dia minta penjelasan, dia membantu kerana Forum Ilmuan ini tujuannya apa? Kita ambil sikap yang lebih cukup terbuka. Setiap sesi kita ada pandangan dari pimpinan politik, seorang menteri yang memberikan gagasan tentang dasar secara umum. Kemudian kita beri pandangan korporat, profesional yang berikan pandangan dari sudut kegiatan mereka, dan juga ulasan seorang ilmuan akademik. Jadi tradisi tu kita pertahankan.
- Apa tujuannya? Kita mahu melatih supaya budaya akliah di dalam negara kita – mendengar, mengulas, menegur dan memperinci dari semua aspek. Dan ini berbeda daripada naratif ataupun perbincangan, sanggahan yang berlaku dalam dunia politik dan media sosial, yang tidak sepertinya berakar kepada fakta. Jadi tajuk-tajuk itu pelbagai tentang soal isu kaum, isu agama, isu ekonomi, isu teknologi maklumat, AI yang telah kita bincangkan selama ini. Dan hari ini, pengangkutan.
- Seperti saudara tahu, pengangkutan pelaksanaan diberi tanggungjawab besar dan Kementerian Pengangkutan juga dibebankan dengan satu masalah yang besar. Bila negara membangun dan jumlah penduduk bertambah, dia menuntut sesuatu perubahan dalam sistem pengangkutan kita. Dan kita sebagai Kerajaan tentunya ambil berat soal pengangkutan awam. Tapi prasarana itu menyeluruh, termasuk bukan sahaja yang dikeluarkan oleh Prasarana Berhad semata-mata, tetapi soal pengangkutan laut, darat, lapangan terbang yang menuntut.
- Saya selalu bagi contoh, Tawau. Tawau itu kalau ikut dalam urutan keutamaan kita itu agak ke belakang sedikit, tetapi dalam 2 tahun yang lalu, tidak semena-mena atau sekonyong-konyong katanya, meningkat kehadiran pelancong yang memaksa kita memberikan perhatian. Begitu juga Kota Kinabalu, Kuching, Pulau Pinang, yang lain selain daripada Kuala Lumpur dan sekarang Senai. Tapi perbelanjaan tu besar, terlalu besar.
- Dan umpamanya, pembinaan MRT2 tadi diterangkan, sebahagiannya. Laluan Putrajaya sahaja yang beroperasi pada Mac 2023 itu belanjanya 40 bilion ringgit. Mungkin ada orang pertikai, boleh tak dijimatkan? Bolehkah spesifikasi itu tukar sikit? Mungkin saja, saya tidak tahu, itu bukan bidang kemahiran dan kepakaran saya. Tapi yang saya tahu, Kerajaan Madani dan dalam skop perbincangan kita, selalu berupaya untuk memikir alternatif.
- Saya bagi contoh macam sekarang ini, soal kemudahan kesihatan yang juga mengekang dan membebankan. Tuntutan rakyat, masa menunggu di hospital, kesesakan hospital awam, itu menjadi masalah. Mungkin tajuk mesyuarat Forum Ilmuan akan datang kita bincang soal itu: kesihatan. Soal pendidikan tinggi memang Zambry elak untuk bincang panjang sebab dia akan terbeban untuk menjawab (nada seloroh).
- Umpamanya dibicarakan, apakah mungkin kita perkenalkan ubatan generik dan bukan ubat yang diimport dari Amerika, Eropah yang terlalu mahal? Apakah tidak mungkin kita merencana supaya syarikat-syarikat tempatan diberikan dukungan supaya menyediakan ubat supaya boleh kita manfaatkan dalam tahun-tahun akan datang? Boleh tidak kita memikirkan supaya format hospital awam itu diubah suai dengan tuntutan semasa dan kos yang lebih rendah? Jawabnya: boleh. Selalu di Jemaah Menteri, saya dimaklumkan kos hospital swasta, diberi contoh Sunway, umpamanya, dia berdasarkan satu katil RM860,000. Kalau hospital kerajaan, RM1.4 juta atau RM1.6 juta. Ini masalahnya kalau perbincangan itu picisan.
- Kerana hospital kerajaan itu mengenakan syarat-syarat yang tidak dikenakan kepada hospital swasta, umpamanya, mortuary – bilik mayat. Dan syarat-syarat tentang kemudahan asas, lobi dan sebagainya yang tidak dikenakan kepada hospital swasta. Walau bagaimanapun, saya telah minta perencana di Kementerian Kesihatan fikir cara yang lebih berani, lebih terbuka untuk mengurangkan. Kerana tidak mungkin kerajaan dalam keadaan sekarang atau pada masa depan terbeban dengan kos yang begitu tinggi dan bayaran yang sangat rendah oleh pengguna.
- Jadi, sebab itu saya kata, contoh umpamanya yang baharu: laluan Mutiara RM17 bilion, MRT3 RM50 bilion. Itu tidak termasuk termasuk ECRL. Jadi inilah yang dibincangkan boleh rakan-rakan kita. Oleh kerana Azharuddin dia siapkan makan, kita minta dia berucap dulu (nada seloroh), kemudian baru disusuli panelis lain. Silakan.
SESI PEMBENTANGAN
- Encik Mohd Azharuddin bin Mat Sah,
Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad
tajuk: Moving People with Reliable and Affordable Public Transport
- YB Tuan Loke Siew Fook,
Menteri Pengangkutan
Tajuk: MeMADANIkan Pengangkutan Awam
- YBhg Dato’ Prof. Ir. Dr. Ahmad Farhan bin Mohd Sadullah,
Naib Canselor Universiti Putra Malaysia
Tajuk: The Role of Public Transport in the Complexity of Sustainable Transport Conundrum
ULASAN YAB PM SEMASA PEMBENTANGAN YB ANTHONY LOKE
Kerja ini sebenarnya, walaupun orang politik kena ada passion. Saya hargai kerana saudara YB Anthony Loke ini, beliau ada passion, he believes strongly. Itu yang menyebabkan beliau perhati, dan beliau tahu, saya di antara prasangka awal saya di antara agensi, ialah Prasarana Malaysia Berhad. Betul, dia cukup tak suka jumpa saya, Encik Azharuddin Mat Sah, sebab report masa itu teruk sangat dan saya sukar nak memaafkan pengurusan ketika itulah ya yang leceh betul, kerosakan lif, maintenance, every stage. Mungkin kita bagi pelbagai alasan tetapi bila ada pengurusan bertanggungjawab, dan pengerusinya dan ada Menteri, kita boleh tengok, dia boleh transform, ya.
Ia bukan soal peruntukan sahaja. Soal ketelusan dan tatakelola, dan kesungguhan kerja kita. Jadi ini semangat yang kadang-kadang kita nak lakukan. Jadi saya bukan maknanya ada apa-apa personal. Jadi saya ingat Encik Azharuddin Mat Sah, jangan ambil hati, dia bagi cokodok makan sikit (nada gurau). Dia macam, dia masih lagi, tidak apa, tetapi understand, saya bukan personal. Tapi saya fikir kadang-kadang dan ini kita jadikan satu contoh, dia berpuluh Jabatan dan Pengurusan.
Sebab itu bagi saya dalam MADANI ini, kita mesti mula dengan tatakelola dan anti-corruption drive strong. Tidak popular, saya tengok dalam kenyataan kita yang tangkap yang besar, tidak ada sokongan langsung, tidak ada satu kenyataan ahli Parlimen pembangkang yang menyokong usaha kita membanteras rasuah. Aneh saya fikir, malah dia rasa simpati, kesian pula.
Jadi ini bagi saya satu cabaran, satu peringatan penting pada kita. Saya ucap terima kasih kepada, YB Anthony Loke Menteri Pengangkutan, Kementerian Pengangkutan itu dan juga Prasarana Malaysia Berhad, dan kita ada drive nak achieve excellence, ‘Itqan Fil Amal’ ini satu kemestian.
Baik, YBhg. Dato’ Prof. Ir. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah hari ini dia sibuk betul. Kerana kita ada Presiden Umaro dari Guinea-Bissau datang. Jadi saya minta dia, antara program dia, pergi ke Universiti Putra Malaysia (UPM) petang tadi. Dan tengah hari, tidak adalah dia sibuk sangat, tengah hari makan tengah hari di Seri Perdana, mana sibuknya tetapi petang tadi, kemudian malam bersama kita sebagai panel, dan kita minta diberi input yang agak lebih terbuka dan bebas dari segi yang kerangka yang lebih besar dengan pengangkutan ini tidak hanya dalam ruang Prasarana Malaysia Berhad, tetapi dari keseluruhan pengangkutan, terutama pengangkutan yang melibatkan masyarakat awam. Sila.
ULASAN YAB PM SEMASA PEMBENTANGAN YBHG DATO’ PROF. IR. DR. AHMAD FARHAN BIN MOHD SADULLAH
Satu isu tadi saya bisik dengan saudara Anthony Loke tentang National Transport Policy. Jadi yang itu proposal tentang polisi. Tentang universiti dan research, Mesyuarat Majlis Sains Negara kita sudah putuskan supaya penyelidikan itu tidak terbatas kepada agensi Kerajaan sahaja, mesti selaras dengan semua universiti, dan agensi Kerajaan. Tetapi pelaksanaannya saya belum pasti, tetapi itu arahan yang jelas dalam mesyuarat pertama saya dalam Majlis Sains Negara. Sebab universiti itu kadang-kadang research terpisah dan peruntukan yang diberikan itu agak kurang tetapi keutamaan itu harus diusahakan.
SESI SOAL JAWAB
YB PUAN TERESA KOK
Soalan:
Sebagai wakil rakyat di Kuala Lumpur, saya sebenarnya nak ucapkan tahniah kepada prasarana, kerana saya lihat it so challenging, begitu susah bagi Prasarana, khususnya MRT Corp, untuk membina MRT I, Line 2 dan sekarang Line 3, kadang terpaksa ubah laluan dan sebagainya.
Semua ini berlaku kerana bila DBKL, kerana saya di KL, saya kena kata DBKL — membuat perancangan pembangunan, meluluskan projek-projek pembangunan, mereka tak ada public transport dalam minda mereka. Mereka ini hanya akan lulus lulus kalau ada orang politik bagi arahan lebih tinggi dan sepertinya. Lepas tu, berlakunya trafik jam. Lepas tu, Prasarana diarah untuk buat line ini, line itu, pergi masuk banyak tempat kediaman. Lepas itu, penduduk membantah. Semua ini kita lihat semua ini berulang-ulang.
Saya ada satu cadangan, yang saya tahu sebenarnya di bawah kerajaan ada satu Urban Transport Authority yang sepatutnya mewujudkan koordinasi di antara PBT dengan public transport yang lain. Apakah fungsi Urban Transport Authority ini, khususnya di Kuala Lumpur, ini satu.
Yang kedua ialah kalau kita lihat Pelan Tempatan Kuala Lumpur 2040 (PTKL2040), ia telah pun menetapkan 139 tapak pembaharuan semula urban univer side. Kalau kita lihat success story di Razak Mansion dan juga di Lembah Pantai, yang projek pembaharuan ini sebenarnya melibatkan peningkatan pen times in times of the assisting units. So, sekarang, 139 tapak telah pun dikenalpasti di bawah PKL 2040, bermaksud Prasarana akan menghadapi cabaran yang lebih susah lagi. Macam mana you akan buat laluan, line ini line itu masuk ke semua tempat yang ada pembangunan yang pesat?
So, that’s why I think mungkin Urban Transport Authority ini haruslah ada perbincangan yang lebih teliti dengan pihak PBT supaya ada koordinasi, supaya apa yang kita kata kemampanan pengangkutan awam ini boleh dilaksanakan.
Another thing is, I know Prasarana is poor. Kerana yang RM50 satu bulan, boleh pergi ke seluruh KL — macam mana dapat pendapatan, kan? So kalau kita pergi ke Hong Kong — if you go to Hong Kong — you see that every MRT/LRT station is a shopping complex. Ada, kita keluar, sebenarnya boleh buat banyak shopping. Why can’t Prasarana, you use your asset, you generate income in all the station-station.
Prime Minister is very passionate on the Perumahan Madani to help the urban poor to have housing. I think is it really come to the point that Prasarana has to help the identify in all your station? Actually, you have quite a large piece of land. So why can’t you either to use a Land Acquisition Act. You know, if there is a private land, if not Prasarana land, you should, what with developers, to build MADANI housing? If you build next to your MRT station, LRT station nobody cares about your density, and you are going to help the poor to get public transport to the town.
Lastly, under the 2018 the Harapan Government, actually those days Prasarana in some of the MRT station, you have the plan to build a multi-storey parking, but it was scrapped because one to save money. So now, we see that in KL, more and more high-rise build-out. We really need a multi-storey parking other wise the park all over the place in your MRT station. And also, it doesn’t have to promote the usage of MRT. The last point is, just now I heard about Professor Farhan talked about keretapi, I think every festive season you see this PLUS, spot jem because car park in the country. Why don’t you make a more frequent— or the frequency of the long-distance train should be increased. Many people love to travel from KL to Penang, or to Ipoh by train — can see increase that?. Thank you.
Jawapan YAB Perdana Menteri:
Apa yang dicadangkan dan yang juga kita sedang teliti dengan Dewan Bandaraya ialah membangunkan sekurang-kurangnya perumahan rakyat, sebahagiannya, dan itu yang dilakukan. Tentang vertical school ini mula-mula parents takutlah, takut jatuh lah. Sekarang dia duduk di rumah pangsa tak apa, tapi sekolah tak boleh, saya pun tak faham.
Tapi sekarang dalam Kota Madani yang baru di Putrajaya ini memang vertical school dan parking semua di bawah. Di tingkap perumahan itu betul-betul garden dan duduk, jadi parking di bawah. Jadi sekolah di atas. Sekolah kalau ada lif, dedicated lif untuk sekolah sahaja. Jadi you boleh jalan daripada tingkat 14, pergi ke bawah untuk tadika atau untuk sekolah. Tetapi syarat-syaratnya ketat. Untuk parents, kalau tengok itu, tengok design yang saya lihat dan diluluskan semalam, saya ingat itu lebih baik daripada sekolah biasa. Itu kalau yang di Putrajaya, di Pulau Pinang 10,000 unit yang baru itu, di Seberang Jaya dengan Batu Kawan akan dimasukkan sekolah seperti vertical school, klinik, bomba semua dikeliling situ. Jadi dia komprehensif orang tak payah bayar kos. Jadi esok MRT tak laku sebab orang tak pakai sekarang ini. Jadi, boleh mengurangkan beban pengangkutan awam. terima kasih.
PUAN YATIMAH,
UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG
Soalan:
Terima kasih, Yang Amat Berhormat Dato’Seri Anwar, dan juga para panel. Saya Yatimah daripada Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah.
Saya ingin membuka sedikit pandangan, di mana kita tahu bahawa apa yang dibahaskan ini lebih kepada transport on land, railway dan juga bas dan sebagainya.
Saya ingin tahu apakah pelan strategik Malaysia untuk ke arah ruang udara, terutamanya yang beraltitud rendah, sebab kita nampak bahawa altitud rendah — yang below one thousand kilometers — that’s a lot of potential in terms of public transport as well as commercial value.
Jadi, apakah pelan strategik Malaysia ke arah membangunkan pelan ekonomi untuk melihat khusus kepada ruang udara altitud rendah?
Jawapan YAB Perdana Menteri:
Dalam Program MADANI Rakyat baru-baru ini, saya ingat tak salah POS Malaysia dia buat apa pengangkutan ikut dron, sending parcels untuk ke pulau-pulau, is being done ya cuma tidak menyeluruh lagi. Cuma dia ambil Kawasan- kawasan yang agak pendalaman dan juga kawasan yang banyak pulau-pulau. Its quite effective, but polisi itu lah YB Anthony Loke belum buat lagi.
Sepatutnya Mesyuarat Kabinet hari ini, tapi Mesyuarat Kabinet ini kita terpaksa tangguh esok kerana lawatan rasmi Presiden Guinea-Bissau, General Umaro. Jadi esok kita akan bincang, maknanya kita ini dengar cadangan-cadangan ini terus dibawa untuk pertimbangan Jemaah Menteri.
TAN SRI IDRIS JALA
Soalan:
Thank you very much. I think this is a really innovative approach, very seldom you find a Prime Minister moderating a session, so well done! This is very good, and I want to build on a couple of points.
The first point was from Prof. you mentioned that we do need to manage the supply and the demand side. I want to focus more on the demand side, and I do agree with YB Anthony Locke that our system is actually not bad. It is good, but our numbers are not that good. For example, our modal share — we have a lot of trains. The trains are quite empty today, relative to what it should be.
You mentioned before the point, as Azarudin mentioned, that there are times when, during the ASEAN times, when we push people into the train — we call it the push factor. We can definitely accommodate them.
Today I’m totally convinced we need to do two things: manage the supply and we called the behaviour of people by pulling them into the transport, but more by pushing them into it.
I remember when I was posted to work in London in the year 2000, Boris Johnson was the mayor. He introduced a congestion charge in the city. As soon as he put congestion charges in mid-2000, in the year 2021–2022, the bus ridership really increased by 37%. And I’m totally convinced today we should focus more on the push factor, not so much the pull factor. We’ve done enough of that stuff. But it’s — I know it’s difficult for you because it’s not popular. Subsidy rationalisation is a push factor — making it much more difficult for people to think about driving, you know, putting a congestion charge, making it difficult transport, you know, goods via trucks rather than the rail.
But we need to think more about the push factor. I wish the opposition parties don’t give the government too hard a time when they do it. So, it’s very important for us to really think about the push factor, not just the pull factor. The pull factor costs a lot of money, but the push factor saves a lot of money. For MOF, we really need to do it.
I want to conclude by saying that transformational leadership is about disappointing people at the rate they can tolerate. So, I want to encourage you to take more of the tough measures to make it work. Thank you.
Jawapan YAB Perdana Menteri:
Good advise, the only question is that transformational you know, as long as we can win the next elections (joking). No, but I thing, this is serious point. If you want to really affect change and continue with the reform agenda, the some and similar idea could be done. I don’t believe that will get the same amount of support and interest as a destination for foreign direct investments. If we do not continue with his reform policies that we have announced, that is also a very tricky catch twenty-two point, because we do, there is a risk some of the measures are extreamly unpopular but we don’t, will sacrifice the interest of the economic fundamental, so we have to measure why they think a very pertinent issue raise.
RUMUSAN
Terima kasih ahli-ahli panel Saudara Azharuddin, Prasarana, Saudra Anthony Loke, Menteri Pengangkutan dan juga Dato’ Prof. Ir. Dr. Ahmad Farhan bin Mohd Sadullah, Naib Canselor, Universiti Putra Malaysia.
Saya ingat yang ikuti wacana Forum Ilmuan MADANI dapat memahami bahawa perbincangan begini itu bermakna umpamanya sebelum kita memutuskan satu kaedah yang baik, umpamanya ada hal-hal yang sebelum ini kita tidak merasa begitu penting, umpamanya urban dan sebab polisi soal National Transport Policy dan beberapa isu yang dibangkitkan oleh OKU dan beberapa tindakan yang mungkin dianggap tidak kurang popular tapi sangat penting bagi mempertahankan kepentingan ekonomi negara ini.
Sebab itu ini penting, kalau tidak kalau lihat umpamanya saya tentunya mengikuti perkembangan. Tapi kadang-kadang merisaukan, umpamanya satu kenyataan baru-baru ini oleh seorang Ahli Parlimen Pembangkang mengecam tindakan Petronas menjual kepentingan di Kanada. Itu satu penipuan besar, walaupun Petronas kemudian membetulkan, tapi memberi kesan yang besar kepada keyakinan dan menimbulkan beberapa permasalahan di kalangan untuk mempertahankan integriti Petronas ini.
Sebagai contohlah, kita buat umpamanya yang disebut tadi penting sangat untuk Kuala Lumpur — bagaimana selesaikan masalah perumahan rakyat terutama di kalangan miskin, maka kita cadangkan Rang Undang-Undang untuk membangun semula perumahan rakyat. Kalau tidak, dia kekal begini. Ya, untuk OKU, untuk orang miskin, untuk B40, tetapi dijadikan satu isu kaum, seolah-olah hak Melayu akan dipinggirkan, orang Melayu akan dikeluarkan. Padahal strata title tidak terkesan; penduduk yang asal kekal — itu semua jaminan. Dan rumah dia jauh lebih baik. Tentulah keadaan perumahan itu lebih besar dan sebagainya untuk memungkinkan ada satu bentuk cross-subsidy, dan hal-hal ini bila kita bangkit soal kaum, soal Islam terancam dan orang Melayu akan dikeluarkan — dia ada sebahagian pull pejuang-pejuang Melayu tulen ini nak pertahankan.
Tetapi bila dia berkuasa, dia punggah kekayaan sahaja, dan tidak ada satu cadangan sepanjang mereka berkuasa untuk mengemukakan bagaimana hendak selesaikan masalah kesesakan dan perumahan rakyat miskin — tidak ada. Jadi saya, kita kemukakan cadangan ini. Dan kalau difikirkan cadangan tidak baik, dia boleh kemukakan cadangan balas. Tapi ini saya rasakan meneliti yang amat membimbangkan.
Sebab itu saya pilih mengatakan baik kita buat seperti ini pada setiap bulan. Terima kasih Saudara Zambry yang telah menyelaraskan dan hampir setiap bulan supaya memberi ruang dan tidak tertutup.
Saya ucap terima kasih Ahli-ahli Parlimen yang turut hadir dan tidak terbatas sama ada penyokong kerajaan atau pembangkang, tidak ada terbatas. Boleh datang, dia boleh tanya. Jadi ada maklumat ini penting. Ini kalau tidak, kita masih tertekan.
Saya tanya Presiden Umaro, Guinea-Bissau yang kita punya hubungan dengan dia paling minimal, hampir tidak ada. Perdagangan, pelaburan sangat kecil. Saya tanya, mengapa? Sebab apa? Sebab dia memilih hendak melawat Malaysia? Selalunya kalau yang melawat tu ada potensi pelaburan dan sebagainya. Dia jawab kerana dia ikuti perkembangan dan dia lihat kita dan berbincang dengan beberapa negara yang lain bahawa Malaysia sedang meningkat maju dan punya potensi yang besar, dan dia mahu memanfaatkan sebagai negara yang relatif masih miskin di Afrika — Portuguese-speaking — untuk bersama dan memanfaatkan pengalaman kita.
Tuanku Sultan Brunei semalam berangkat pulang ke Brunei setelah dirawat, dan dia kata kepada saya sebagai seorang yang mempunyai pendedahan dan pengalaman dengan hampir pusat-pusat perubatan terbaik di dunia. Dia kata kepada saya… PM Anwar dia panggil… saya mesti sebut di sini bahawa saya sangat berpuas hati tentang mutu khidmat dan kecemerlangan dan kepakaran doktor-doktor kita di IJN.
Jadi sementara kita membolehkan kritikan itu ya, tidak ada masalah, tetapi sekurang-kurangnya kita akuilah kekuatan yang ada juga dan harus ada dorongan untuk menuntut dan memaksa kita berbuat sesuatu yang lebih baik.
Apa faedahnya kita umpamanya dengan 2/3 dukungan di Parlimen tapi masih merasakan perlu mendengar secara bebas begini? Kerana saya rasa harus ada tawaduk, the humility to learn and accept. Sebab rakan-rakan yang di luar jarang punyai pendedahan dan hubungan langsung dengan kita. Jadi sebab itu saya berikan keutamaan kepada universiti dan golongan korporat dan peluang juga kepada menteri untuk memberi sedikit sebanyak penjelasan yang kadang-kadang tidak dipersetujui.
Umpamanya macam Naib Canselor UPM, dia kritik, tapi cara halus. Tapi saya faham dan dia tidak langsung menjadi masalah bagi saya. Ya, umpamanya, seorang Naib Canselor berani menyebut depan Perdana Menteri bahawa, “PM, we don’t have the National Transport Policy.” Well, not too polite to say, but that’s a fact. What do I do? I take down notes, and tomorrow I will present it to the cabinet. You see, we better start thinking of this.
So, I think that’s precisely the reason why, such a reason, this causes a critical for our own survival. Nobody should claim to have the monopoly of solutions without the humility to continue to learn and listen and engage. And that’s precisely what we need to do. Then we can work really as a team and forget the personal ego and the, you know, “I as Prime Minister know everything and therefore, I can help solve the problem.” I don’t. That’s why I think the troubles — this is your right. Every of the sessions I choose to moderate, I have to listen — no choice. Even to Loke, I have to listen to him and complaining about the Ministry of Finance. Ayoyo karawale (nada berseloroh).
So, sekali lagi saya hendak ucap terima kasih kepada panel dan rakan-rakan, dan sesi kita yang berikutnya ialah bulan depan. YB Zambry belum pilih, mungkin dia pilih Menteri UMNO pula.
Terima kasih.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Similar Posts:
- DENGAR PENDAPAT PAKAR NAMUN JANGAN SESEKALI ABAI PANDANGAN RAKYAT BIASA – PM ANWAR
- PM ANWAR BERI JAMINAN TADBIR URUS TERBAIK DI MALAYSIA
- COVID-19: MALAYSIA TIDAK DISKRIMINASI PELANCONG ASING, UTAMAKAN KESIHATAN RAKYAT
- MALAYSIA SAMBUT BAIK PEMBANGUNAN NUSANTARA – PM ANWAR
- BINCANG SEMULA KADAR GAJI, UPAH PENJAWAT AWAM BILA KEWANGAN NEGARA BERTAMBAH BAIK – PM ANWAR