NOTA PERCAKAPAN YAB PERDANA MENTERI: MAJLIS PERASMIAN KARNIVAL GENERASI ADA IDEA (GEN-AI)

 

NOTA PERCAKAPAN

(VERBATIM)

 

YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM

PERDANA MENTERI

 

 

SEMPENA

 

MAJLIS PERASMIAN KARNIVAL GENERASI ADA IDEA (GEN-AI)

 

 

2 NOVEMBER 2024 (SABTU) │2.30 PETANG

 

TAPAK PARKIR GRAVITAS, JALAN BARU PRAI,

PULAU PINANG

 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

 

Alhamdulillah, Nahmaduhu Wa Nusalli Ala Rasoolilah Kareem.

 

Terima kasih Amin,

Handal juga hendak jadi moderator ini.

 

Terima kasih,

YB Teo Nie Ching,

Timbalan Menteri Komunikasi;

 

Timbalan Ketua Menteri;

 

KSU; dan

 

Tan Sri Salim, MCMC yang bantu menyelaras dan yang paling penting anak-anak yang mendukung program Gen Ai ini.

 

  1. Baik, sebelum itu kerana ini baru lagi Deepavali, jadi saya hendak ucapkan ini “Deepavali Nal Valthuka”. Maknanya kita kena santuni, kadang-kadang kita ini banyak bicara soal pertelingkahan, kebencian, permusuhan, walaupun kita tahu Islam itu “rahmatan lil alamin, kita tahu “bismillahir rahmanir rahim” tetapi kadang-kadang tindakan kita itu membawa hanya musuh, benci.

 

  1. Jadi sebab itu saya rasa tugas kita dalam Kerajaan MADANI ini menyantuni, ada ketika kita berbeza pendapat, tidak apa, kita tidak setuju, boleh. Tapi tidak kerana kebencian, warna kulit dan sebagainya.

 

  1. Minggu lalu, Presiden Ethiopia, Ethiopia itu dulu namanya Habsyah. Habsyah ini tempat lahir Saidina Bilal. Jadi, Perdana Menteri dia datang, oh dia kagum Kuala Lumpur itu. Namanya Dr Abiy Ahmed Ali, bapa dia muslim, mak dia Kristian, dia bukan Islam yang saya tahulah, tapi dia bicara itu seringkali menyebut ‘alhamdulillah’, ‘insya-Allah’, ‘barakallah’. Kemudian saya cerita dekat dia, saya kata’ “Prime Minister Abiy, tahu tidak anda bahawa hijrah pertama yang dibimbing oleh Jaafar bin Abi Talib, bapa saudara Rasul ke Habsyah iaitu ke Ethiopia, negeri anda. Dan maharaja pada masa itu namanya Najashi, seorang Kristian. Rombongan Islam hendak minta perlindungan, tetapi rombongan Quraisy kafir, pergi menyatakan jangan, tangkap mereka bagi bawa balik. Najashi kata “tidak apa”, dia dengar belah sini, dia dengar yang datang itu rombongan Islam. Itu apa yang kamu bawa perpecahan? kami tidak bawa perpecahan. Kami mengesakan Tuhan yang satu, kami iktiraf, semua nabi-nabi termasuk Nabi Isa a.s. Jadi dia kata, “pasal apa aku hendak tekan mereka”, jadi Maharaja Najashi dalam hijrah pertama orang Islam ke negeri Kristian, inilah dalam sejarah hijrah pertama, Maharaja Najashi Kristian beri perlindungan dan jaminan kamu boleh duduk sini dan kami jamin keselamatan.

 

  1. Jadi itu sebenarnya itu yang patut kita ajar, ada tidak lepas itu ada permusuhan raja-raja Kristian yang zalim? Ada. Ada tidak raja-raja dan Khalifah Islam yang kemudian, Maharaja Islam yang zalim? Ada, tapi mengapa tidak boleh mula dengan fakta supaya kita faham?

 

  1. Bila saya sebut begitu, tahu tidak Perdana Menteri yang Kristian kata apa pada saya, “eh, Perdana Menteri Anwar, jangan lupa Bilal juga dari Habsyah. Saya terus tertarik, dalam ucapan pengenalannya dia menyebut, Bilal yang hitam legam, bibirnya tebal dibawa kemudian sebagai hamba abdi, dibebaskan setelah dia masuk Islam dan didera setengah mati seperti saudara-saudara tahu, kemudian selepas wafat Rasulullah SAW, dia pernah diangkat sebagai Gabenor Madinah.

 

  1. Maknanya dan azannya itu, saring dan indahnya suara. Ya dia hamba, tetapi tidak ada penghinaan kerana warna kulitnya, kerana dia dulu keturunan hamba, kerana tidak tahu di mana ibu bapa dia, tetapi kemuliaannya. Ada satu peristiwa di mana salah seorang sahabat dia panggil Bilal ini “yabna sauda” -a “hai anak orang kulit hitam”, tapi mengapa Rasulullah larang? dia sebut “eh anak kulit hitam”, “jangan sekali-kali kamu singgung dan hina orang kerana warna kulit dan keturunannya” apa jawab Rasulullah SAW, “dia itu ahlil bayt” iaitu ahli keluargaku.

 

  1. Maknanya seorang hamba abdi, hitam legam dari Ethiopia, Habsyah, diangkat, ini mesej Islam. Jadi kalau saya raikan rakan-rakan saya masyarakat India atau Tamil atau Hindu saya raikan kerana hubungan kemanusiaan (humanity), kerana mereka warga negara yang taat, yang kasih kepada negara ini, yang bayar cukai dan yang jaga keamanan. Itu sebab saya cakap “Deepavali nal valtukal”.

 

  1. Ya mukadimah panjang sikit, tapi saya ingat satu pengajaran bagi anak-anak dari kolej, dari USM. Semua ini kena ingat, ini yang kita hendak terapkan, jangan izinkan negara ini pecah belah dan hancur kerana permusuhan, kebencian orang hendak merosakkan, apa masalahnya? ada kita setuju? yes, ada kita tidak setuju? ya, ada kita tidak setuju. Kadang-kadang tuntutan mereka melampau, kita bantah, kita pilih Kerajaan yang tegas. Tetapi bukan semua musuh, bukan semua, salah, ini saya harap pengantar ini memberikan kefahaman.

 

  1. Yang keduanya, saya baru hendak jawab soalan. Saya lahir di Sungai Bakap, dibesar di Hospital kuarters Bukit Mertajam dan kemudian dikirim ke Sekolah Rendah Cheruk Tok Kun peringkat awal, dan bila saya pergi sekolah primary, masa itu dipanggil sekolah perantaraan Special Malay dipanggil masuk Sekolah Stowell di mana Junior High School, petang kena pergi di Cheruk Tok Kun dan belajar di Madrasah Al Ittihadiah Al Wataniah, sekolah agama di Cheruk Tok Kun, malamnya baca Al-quran daripada Lebai Salleh, salah seorang qari yang terkenal.

 

  1. Jadi kalau tanya mana minat saya? di situ, hai tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain. Jadi ini lapangan sayalah, maknanya dari Hospital Bukit Mertajam ke Kampung Cheruk Tok Kun ke Padang Lalang ke Kubang Semang ke Matang Tok Kandu, itu semua tempat permainan saya.

 

Itu jawapan saya, terima kasih.

 

Soalan daripada Moderator:

 

Apa harapan Datuk Seri Utama kepada orang muda, pelajar, pelajar sekolah, pelajar-pelajar universiti agar mereka bangkit menjadi aset pembangunan negara? Datuk Seri, harapan sikit, kita bagi motivasi.

 

Jawapan YAB Perdana Menteri:

 

Ya, apa dia mahasiswa ini orang kalangan atau kelompok muda yang ingin menimba ilmu? ya supaya tahap keterampilan, kemahiran membolehkan mereka itu mendapat pekerjaan yang lumayan.

 

Tapi harus diingat ya, tugas mereka juga adalah menjadi suara, jurubicara masyarakat kelilingnya. Ini disebut conscience of the majority, represent the voice, conscience aspirations of the majority, suara hati nurani rakyat yang inginkan kebebasan, keadilan, kesaksamaan.

 

Jadi ada idealisme, orang muda itu bukan diukur semata-mata dari umur. Ada orang muda fikirannya tua, ada orang muda, moralnya jelek, ada orang muda yang menjadi perkakas dan alat kepada perasuah dan penindas. Sebab itu orang muda itu dikaitkan dengan cita-cita murni, idealisme. Apa dia idealismenya? menegakkan keadilan, konsensus rakyat, benci dengan rasuah, benci dengan kezaliman, ini dia cita cita murni anak muda.

 

Sebab itu di dalam puisi Taufik Ismail, seorang pujangga terkenal di Indonesia. Katanya, “mahasiswa itu, budaya takut itu harus dilepaskan”. Maknanya jangan umpamanya dekan, mahasiswa takut dengan dekan, dekan takut dengan rektor, rektor takut dengan menteri, menteri takut dengan presiden, presiden takut dengan mahasiswa. Itu yang pentingnya selagi mahasiswa itu menjadi jurubicara rakyat, bagi saya itu latihan penting.

 

Ada orang mengandaikan universiti tempat disiplin, benar. Fokus utama menimba ilmu, benar. Tetapi ilmu itu pada fahaman kita juga makrifah, makna dia ada marifah, jadi maknanya dia ada tingkat, iaitu information, knowledge, dan satu lagi wisdom, ini anak-anak USM mesti ingat ini.

 

Kita ini ada percambahan maklumat, mana pendapat daripada Google, daripada AI, maknanya maklumat bercambah, bukan semua maklumat itu knowledge. Ada yang kita ingat knowledge, ada yang maklumat kemudian tingkat dia knowledge. Kalau ikut Imam Al-Ghazali dia kategorikan ilmu, ada di antara ilmu yang baik dan ilmu yang buruk dan menyesatkan. Sebab itu saya gunakan istilahnya makrifah, dia letakkan kategori.

 

Kalau semalam saya di Universiti Pertahanan Nasional, saya sebut tentang penyair Inggeris yang terkenal nama dia T.S Eliot, dia letakkan kategori makna dia information, ‘we have lost in wisdom’. Kerana banyak orang dapat ilmu, tapi hilang nilai, hilang akhlak, ini yang hilang. Jadi anak muda itu mesti ditanam kecintaan kepada ilmu, kecintaan kepada ilmu dan kemudian, jika satu kecintaan kepada ilmu, keduanya dia kena faham dan nilai, sebab itu bagi kita kebetulan Universiti Pertahanan dulu timbulkan masalah penderaan, ‘serika-serika’ (seterika), mati. Kemudian baru-baru ini satu lagi kes saya panggil budak itu, India, nampak serika gambar ‘serika’ (seterika) sini, jadi maknanya ada ilmu, ada disiplin, ada disiplin ketenteraan. Tetapi yang tidak ada adalah nilai dan moral.

 

Jadi kalau kita mahu jadi pimpinan, mahu jadi jurubicara rakyat, mahu jadi conscious of the majority, berbicara tentang kebenaran, keadilan, jangan kita tinggal prinsip ” Wa innaka la’alā khuluqin ‘aẓīm”, akhlak kerana Rasulullah SAW itu disebut sebagai “uswatun hasanah.”  Maknanya contoh harus terbaik dan kita kata ” Wa innaka la’alā khuluqin ‘aẓīm”, itu Al-quran maknanya contoh harus terbaik. Kerana Rasulullah SAW itu contoh ia pada solatnya, pada akhlaknya, pada Al-qurannya, pada segalanya. Tetapi yang ditekankan ialah contoh dan akhlak yang terbaik.

 

Jadi kalau saudara tanya, bila kita bicara dengan prinsip, bicara dengan idealism, bicara menolak rasuah, kerosakan, ini kerana daripada hati nurani dari kita sendiri, pancaran cernaan dari hati nurani yang menginginkan yang kemudian terungkai diterjemah dalam bentuk amal dan ini disuarakan dengan lantang.

 

 

Jadi bagi saya di sekolah, di Kementerian Pendidikan Tinggi, kepada menteri saya beritahu pendidikan ini juga apa yang disebut pencerahan. Pendidikan ini juga apa yang disebut juga kesempatan menanam nilai.

 

Kalau masa saya Menteri Pendidikan dulu saya kata seperti dirumuskan dalam hadis Rasulullah SAW, “addabani rabbi fa ahsana ta’dibi”, jadi maknanya “addabani rabbi” – ya Allah perbaiki dan sempurnakan adab aku. Ilmu itu dikaitkan dengan adab, ada orang ada ilmu tapi tidak ada adab. Sebab itu kalau tengok pimpinan negara-negara di dunia ini, mereka tidak bodoh, mereka bukan jahil, pintar-pintar semua. Ya, Afrika, Asia, Amerika Latin, Amerika, Eropah, pintar, bijaksana kemahiran dalam bidang digital, AI, you name it, they have it. Apa yang tidak ada? yang tidak ada adalah adab, tidak ada nilai. Kalau kelompok dia kamu sentuh, dia gasak kamu, dia hantar serangan bom dan segalanya. Kalau kelompok orang lain kamu bunuhlah, seramai mana pun dia tidak memberi kesan.

 

Maknanya, terhakis nilai, hilang kemanusiaan. Sebab itu saya bagi pihak saudara-saudara, saya lantang. Ada orang kata Anwar, kita negara kecil jangan terlalu lantang dalam soal Gaza, saya kata, bagaimana mungkin kita boleh diam, tutup mata. Padahal setiap hari orang dibantai, anak kecil dan bayi dibunuh, rumah dibakar, tanah dijajah. Tidak mungkin kita jadi satu manusia. Apa ertinya kalau saya jadi pimpinan dan tidak boleh menyuarakan pandangan berdasarkan prinsip dan adab bagi pihak rakyat Malaysia? Hal ini saudara-saudara yang kita sebut dalam bidang pendidikan untuk rumuskan, iaitu mesti ada ilmu, mesti ada nilai dan akhlak.

 

Bila saya sebut, mengapa anak muda tolerant dengan rasuah? saya tidak kira rasuah dan parti mana, Kerajaan atau pembangkang, sekarang atau dulu, bagaimana anak muda boleh biarkan orang yang semasa berkuasa Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ke, boleh kumpul puluh bilion ringgit dan rasa tidak ada kesan? is something wrong with you. You don’t have principles and values, wang siapa yang diambil begitu? wang rakyat.

 

Sekarang hendak cari wang tambah bagi asrama beli bas untuk sekolah semua ada problem, sebab kita izinkan hal yang sedemikian berlaku. Dan ini semua sistemik, sama ada keperluan polis, keperluan tentera, keperluan sekolah, keperluan kesihatan. kalau tidak ada prinsip adab dan akhlak, semua ini jadi masalah.

 

Baja ada masalah, beli baja untuk petani miskin pun masalah. Profesor buat research pun ada lagi songlap gelap. Menteri diamanahkan untuk menentukan projek pun ada komisen, sampai bila negara ini hendak selamat.

 

Apakah negara ini miskin? tidak? mana pergi puluh-puluh bilion? balak hilang, rakyat di kampung yang ada balak tidak senang. Industri bercambah tapi miskin tegar masih ada.

 

Ini isu yang harus dibangkitkan secara ikhlas dan konsisten oleh anak-anak muda. Saya minta maaf kepada rakyat kerana ramai kawan saya dari kampung ramai turun kerana tadi jumpa. Tapi petang ini saya diminta bicara soal gen, generasi AI, jadi hujah saya, mesej saya, itu lebih banyak kepada anak muda. Ini sebab saya mengatakan masa untuk kita menimba ilmu. Ketiadaan ilmu ini bicara macam bicara…. saya tidak kata semualah, tapi contohnya perbahasan parlimen tentang belanjawan, Perdana Menteri ini tidak ambil gaji dia kata malaikat ke? apa dia ini? saya tidak ambil gaji bukan makna saya miskin. Saya ada elaun parlimen, Azizah ada elaun parlimen, cukuplah. Kerana saya ini suara lantang, hendak bagi contoh yang baik kepada rakyat. Saya tidak ambil. Katalah mulai tahun depan saya ambil, dia maki juga. Aku tidak ambil pun salah, aku ambil pun salah. Apa isu dia itu? kalau saya ambil tidak salah sebab itu hak saya. Saya tidak hendak ambil kerana saya hendak bagi mesej, orang sini tahu dulu masa saya jadi Ahli Parlimen Permatang Pauh saya tidak ambil, saya ambil gaji menteri, saya tidak ambil elaun ahli parlimen.

 

Kalau dulu puluh-puluh tahun saya jadi ahli parlimen Permatang Pauh, saya ambil gaji menteri, saya tidak ambil elaun parlimen, elaun parlimen itu lebih rendah daripada gaji menteri. Sekarang ini saya tidak ambil gaji Perdana Menteri yang sangat tinggi. Tapi saya ambil elaun Parlimen pun ini macam malaikat, nabi pun ambil gaji. 

 

Kemudian isu lain pula, oh Anwar ini sekarang dia cukai kepada orang miskin, orang kaya di Malaysia ni tidak kena cukai. Saudara boleh kritik tapi jangan menipu. Sekarang ini yang T15 ini maknanya saya hendak kutip wang lebih daripada orang yang maha kaya. Supaya yang B40, M40 bahkan T20 yang di bawah tu pun tidak payah bayar harga minyak seandainya ada penyelarasan subsidi (subsidy rationalization).

 

Baik, saya kata kita tidak akan lagi tambah hutang negara, kalau tengok hutang bertambah. Dia kutuk saya, ada jelaskan dalam parlimen, tahun 2021 hutang RM100 bilion. Saya ambil alih turun sekarang tinggal RM80 bilion. Maknanya hutang itu kurang. Tapi hutang keseluruhannya yang kamu ambil dulu saya kena bayar. Faham tak? sebab itu saya kata ilmu tu penting anak muda. Kalau terpengaruh macam itu, maknanya dangkal ilmunya. Padahal bila sebut pencerahan itu critical thinking, you dengar baik Anwar bercakap hari ini kata kurang hutang daripada RM100 billion tinggal RM80 bilion, check, google find out, betul, okay. Jadi ini yang saya hendak latih saudara, anak muda mesti bangkit sebagai jurubicara menegakkan kebenaran dan keadilan.

 

Arigato Gozaimasu.

 

 

 

 

Soalan 1:  Seperti yang kita lihat dalam Belanjawan, banyak insentif yang telah diberikan kepada pembangunan AI ataupun kecerdasan buatan. Jadi apakah spesifikasi ataupun insentif yang khusus bagi para mahasiswa, memandangkan pada hari ini saya mewakili mahasiswa Universiti Sains Malaysia (USM) ingin lebih mengetahui apakah yang Kerajaan peruntukan buat kami pelajar universiti?

 

Jawapan: Pertama soal insentif. Seperti kita tahu sejak setahun lebih yang lalu, setahun setengah yang lalu, saya telah mengarahkan supaya Artificial Intelligence (AI) diberi penekanan, maka kita luncurkan Fakulti AI di Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Kemudian di setiap universiti termasuk USM untuk adakan disiplin AI yang harus ditingkatkan. Itu dari segi latihan kerana negara tidak mampu dipacu dan ditingkatkan pertumbuhan dan sekarang ini menjadi tarikan umpamanya hub semikonduktor. Semikonduktor itu menyediakan cip yang sangat mendesak dan kritikal bagi negara. 26 peratus daripada pengeluaran Malaysia itu, 26 peratus itu dieksport ke Amerika Syarikat. Maknanya kita sudah menjadi hub, dahulu kita ini dipersiapkan dari segi back-end. Sekarang ini kalau dalam syarikat pelaburan terbesar Infineon, luar daripada negara Jerman itu di Malaysia iaitu di Kulim Hi-tech dan Melaka, front-end dah sekarang.

 

Maknanya kata Ketua Eksekutif Infineon, dia perlukan 4,000 jurutera. Dia perlukan jurutera yang ada kemahiran AI, maknanya up-skilling daripada jurutera. Maka kita arahkan semua Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dengan perbelanjaan lebih dari RM7 bilion ringgit termasuk daripada Maahad Tahfiz bagi latihan TVET dan sebahagiannya AI. Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (MCMC) di antara yang bantu menyelaraskan bidang ini supaya ada keupayaan digital. Baik MCMC, TEKUN Nasional, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), ini semua badan-badan dan agensi yang menyediakan pinjaman sama ada untuk start-ups ataupun latihan tambahan untuk mahasiswa, graduan, lulusan kolej dan TVET.

 

Kalau perlu saudara di USM, saya akan tugaskan seorang sama ada MCMC ataupun mana-mana, untuk menjelaskan kepada anak-anak mahasiswa apa yang disediakan oleh Kerajaan dari segi peruntukan, pinjaman atau latihan. Maknanya dalam tempoh dua minggu, wakil USM ada ya? Dalam tempoh dua minggu, YBhg. Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din, you make sure dalam tempoh dua minggu ada seorang akan dihantar ke USM untuk memberi penjelasan apa yang disediakan oleh semua agensi Kerajaan atau Ketua Setiusaha (KSU) tolong selaras.

 

 

Soalan 2: Ianya agak berbunyi sedikit politik, adakah Pakatan Harapan (PH) akan kekal bersama dengan UMNO dalam Pilihan raya umum (PRU) yang seterusnya?

 

Jawapan: Soalan kedua, apalah saya dah jarang-jarang balik, minum pun belum, you tanya soalan susah-susah, apasal? Baik, soalannya apakah PH akan bekerjasama dengan UMNO Barisan Nasional (BN)? Baik kita dah lihat umpamanya dalam beberapa pilihan raya baru ini, sukar bagi mana-mana parti untuk menguasai majoriti yang agak selesa. Kalau ada pun kemungkinan majoriti terlalu kecil dan tidak menyebabkan Kerajaan itu stabil. Malaysia sekarang sejak dua tahun lalu itu dianggap di antara negeri yang paling stabil di rantau ini yang menyebabkan negara luar memberikan perhatian.

 

 

 

Baru-baru ini apabila kita memohon untuk menyertai BRICS, Malaysia daripada 30 negara paling mudah diterima. Perdana Menteri Ethiopia memberitahu saya tentang mesyuarat dalaman lapan negara asal BRICS yang pengerusinya ialah Vladimir Putin dari Russia. Beliau katakan ada 30 permohonan, kita mula dengan Malaysia. Kita cadangkan Malaysia diterima kerana sekian, sekian. Habis beliau bercakap, Xi Jinping dari China sokong kerana Malaysia ini punya potensi dan centrality, dan berkawan dengan semua. Dari India, Narendra Modi memberi sokongan. Jadi Perdana Menteri Ethiopia kata saya mula nak berucap tetapi saya tidak jadi kerana saya tengok semua dah sokong kuat. Saya pun bagi sokongan sebulat suara bagi sokongan kepada Malaysia.

 

Maknanya itu tentu kerana stabil, bermakna termasuk PH, UMMO, BN, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) menyebabkan kita punya dua per tiga dan selain daripada itu dasar kita jelas. Orang tanya apa Pelan Perindustrian baru? kita ada. Apa Pelan Digital kita? Ada. Apa Pelan Semikonduktor? Ada. Jadi kita siapkan. Apa Pelan Transisi Tenaga? Yes. Digital transformation? Yes. Jadi bila kita prepare ini semua, ini pelan kita awak datang ini pelan yang ada.

 

Kemudian cabarannya apakah pentadbiran kita efisien? Di sini Ketua Setiausaha Negara (KSN) pun ada. KSN ini membawa suatu sosok baharu yang mahu perubahan di kalangan penjawat awam, jadi terima kasih. Kerana apabila orang lihat politik stabil, dasar bagus tetapi pelaksanaan lembap, orang tidak mahu. Dia boleh banding Vietnam bagaimana, Indonesia bagaimana, Thailand bagaimana, jadi kita mesti lebih cekap dan handal untuk kebaikan negara.

 

Jadi bagi saya ini sebabnya politik stabil, jadi kalau inilah keadaannya, kalau dasar diterima. Apa yang saya bagi penekanan selain Dasar Ekonomi MADANI dan sebagainya? Saya kata pertama governance atau tatakelola Kerajaan mesti diperbetulkan. Negara ini sudah hampir dirosakkan kerana tamak haloba, keterlanjuran sakau wang rakyat. Walaupun saya tahu banyak orang tidak suka saya bercakap tentang tatakelola dan sakau. Orang kata asyik-asyik sakau dan sakau, memang betul. Check lah apa pun, saya sebut tadi baja sakau, research Profesor sakau, kontrak senjata tentera sakau, kontrak tebatan banjir sakau, jadi saya stop. Saya kata kalau mana-mana Menteri dan mana mana Kementerian nak buat projek melainkan isu keselamatan negara yang agak terlalu serius, apa dipanggil risikan, yang lain semua tender. Rayulah bagaimanapun, datanglah daripada mana saya tidak peduli, tender dan ikut proses kemudian kita luluskan. Kalau ini dipersetujui, dasar dipersetujui, kita muafakat dalam Jemaah Menteri, saya fikir wajar kita cari jalan untuk teruskan kerjasama PH-BN terutamanya di Semenanjung. Itu Jawapan saya.

 

 

Soalan 3: Kebanyakan kami yang hadir pada hari ini adalah mahasiswa dan anak muda, dan ramai di antara kami yang risau tentang masa depan kerana sekarang susah nak cari kerja terutama dengan gaji yang berbaloi. Jadi kami bimbang sama ada bolehkah kami mendapat kerja yang stabil dan gaji yang cukup selepas graduate. Jadi saya nak tanya bagaimana YAB Perdana Menteri akan bantu anak muda seperti kami mendapat kerja yang lebih secure, terjamin dan kalau boleh juga mendapat gaji yang tinggi. Sekian terima kasih.

 

Jawapan: Sekarang ini dalam bidang kejuruteraan, okay kalau kejuruteraan dan related, kita kurang berpuluh ribu dalam bidang AI, digital, kita kurang ribuan. Kurang maknanya supply kita tidak boleh memenuhi demand dan gajinya kalau di private sector relatif itu memang meningkat. Umpamanya lulusan TVET, kalau dahulu RM2,000 sekarang ini sudah minimum RM3,000 hingga RM3,500, jadi janganlah harap, gaji mula tu biarlah sederhana sikit.

 

Kemudian kalau tanya nasihat saya kepada anak-anak saya jawab macam ini, tugas saudara-saudara, jangan runsing bab itu. Belajar dengan bersungguh-sungguh, bentuk peribadi yang baik. Soal mencari pelaburan, mendapatkan dukungan daripada negara-negara luar untuk memberikan dukungan supaya kita menjadi destinasi pelaburan yang menarik, menggalakkan pelaburan domestik, menentukan jumlah pelancongan itu meningkat, maju cepat, itu tugas kami dengan kerjasama penjawat awam dan sektor swasta. Insya-Allah kita akan lakukan sebaiknya.

 

Saya ikhlas, mungkin dalam beberapa disiplin, sebab itu Maahad Tahfiz kerana peluang pekerjaan tidak banyak, kita minta mereka sebahagian besar terus di Maahad Tahfiz tetapi tambah dengan TVET. Sebab itu masyarakat India yang dahulu tidak ada program, program TVET juga kita beri tumpuan sebahagian masyarakat India terutamanya daripada keluarga yang miskin. Orang Asli kita gunakan TVET dan ini yang di bawah YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, memang ada program-program tambahan untuk ini.

 

Jadi kalau tanya saya melainkan disiplin yang tertentu mungkin ada masalah tetapi umumnya jumlah pengangguran kita itu sangat rendah sekarang ini. Apakah memuaskan? Belum. Selepas COVID-19 kita agak lembap dan sekarang ini baru meningkat. Saudara tengok macam kadar pertumbuhan dan pelaburan tetapi kalau saudara tengok pelaburan yang paling tinggi apa sekarang? Ini semua digital; data center, AI, Google, Microsoft, AWS, NVIDIA kemudian syarikat semikonduktor Infineon, itu yang mereka masuk. Jadi sebab itu walaupun kita ada training, contohnya Liberal Arts, shift untuk mendapat pendedahan dalam soal digital dan AI itu perlu.

 

Kalau ini dapat dilakukan, saya punyai harapan dan kepercayaan peluang pekerjaan akan lebih baik. Doa supaya politik negara stabil, masyarakat pelbagai kaum dan agama ini kerja dengan aman dan tidak biarkan negara ini dihasut oleh puak-puak pelampau. Insya-Allah masa depan kita A1!.

 

 

 

 

 

Soalan 4: Saya ingin bertanyakan soalan berkaitan dengan pendidikan kepada Orang Kurang Upaya (OKU) pendengaran. Jika kita lihat pada waktu ini, kebanyakannya Pendidikan Agama kepada OKU pendengaran pada masa kini, sebenarnya kalau kita teliti banyak kekurangannya dan masih lagi boleh dikatakan keciciran. Baru-baru ini saya ada lihat Bajet yang dibentangkan akan ditubuhkan Pusat pendidikan OKU autistik di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak dan saya juga ingin bertanya berkaitan dengan pendidikan kepada OKU pendengaran terutamanya bagi OKU pendengaran yang beragama Islam. Jadi saya ingin bertanya, adakah pada masa akan datang akan ditubuhkan ataupun akan ditingkatkan Pusat Pendidikan kepada OKU pendengaran khasnya kepada orang Islam seperti Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA)? KAFA khusus kepada OKU pendengaran.

 

Jawapan:  Dalam Belanjawan 2025 baru-baru ini, itu di antara belanjawan yang paling banyak memberi peruntukan kepada OKU termasuk autisme. Ini kali pertama kita nak adakan sekolah-sekolah khas untuk mereka. Jadi cadangan kita yang awal ini adalah untuk anak-anak sekolah rendah dan menengah dengan tambahan yang lebih besar termasuk peruntukan kewangan untuk mengurangkan beban mereka dan pengecualian cukai maksimum yang kita berikan.

 

 

Soalan 5: Bagi komuniti orang pekak yang beragama Islam, contohnya kepada yang dari peringkat rendah, mereka telah belajar agama di sekolah rendah, sekolah menengah dan apabila mereka telah habis pada alam persekolahan masuk ke alam pekerjaan, ada yang berkahwin, ada yang meneruskan ke bidang masing-masing. Saya beri contoh pada OKU pendengaran yang berkahwin, kebanyakan mereka mengalami masalah dalam rumah tangga, krisis rumah tangga. Adakah terdapat cadangan untuk membuat kelas atau pendidikan kepada mereka?

 

Jawapan: Cadangan saudara Atikah mengenai bagaimana bagi orang yang sudah tamat persekolahan atau sudah berumah tangga, saya akan minta umpamanya JAKIM untuk segera tangani masalah ini dan kalau perlu adakan satu latihan khas atas nama di bawah JAKIM bagi kalangan ini. Walaupun saya fikir kita harus juga menyediakan bagi yang bukan Islam, jadi biar ada kaunseling untuk mereka. Jadi insya-Allah JAKIM akan menyediakan satu program khas untuk OKU dan autisme dari segi latihan dan fahaman Islam dan juga kaunseling. Terima kasih.

 

 

Soalan 6: Adakah Kerajaan akan melaksanakan pengangkutan awam contohnya LRTm MRT untuk mengelakkan dari heavy traffic jam. Contohnya saya daripada Taman Pauh nak ke office saya di Perai, sepatutnya ambil masa lima minit tetapi saya keluar pukul 7.30 pagi, pukul 8.00 pagi baru sampai office. Heavy traffic jam sebab dari Nibong Tebal dan Bukit Tengah semua dan lagi contoh daripada BKE Kulim keluar ke Jalan Permatang Nibong, Kampung Pertama semua jalan situ. Saya juga minta tolong naik tarafkan Jalan Permatang Nibong laluan Kampung Pertama and then keluar trafik jam ke UiTM dan politeknik.

 

Jawapan: Jalan ni, LRT dan MRT ni, kita terbatas. Macam kita luluskan di Pulau Pinang kerana tahap kesesakan terlalu tinggi maka akan dijalankan di Pulau Pinang. Kemudian di antara yang paling sesak di Pulau Pinang ini simpang di Juru yang itu kita luluskan. Yang lain itu kena ambil masa sedikit lah. Nanti saya cuba cari jalan macam mana nak lebarkan jalan sedikit, baiki sedikit ataupun saudari Azlina, nampak kena suruh polis all-rider pergi ke azlina (tidak melawak saja, jangan marah). Tapi sementara ini kena sabar sebab nak buat macam mana, kita baru ambil alih ini, baru semua nak kena buat, tebatan banjir masalah sekarang juga nak buat, jalan-jalan baru kerana sesak ini di Johor ada satu, di Juru dan satu jalan sekarang ini tidak macam dulu dengan nak buat apa ni lintasan atas semua ini dalam RM600 juta hingga RM1 bilion. Untuk LRT Pulau Pinang, RM1 bilion ringgit. Lapangan terbang, dulu Tawau ini bukan jadi keutamaan kita tetapi pesawat daripada Korea dan China untuk pelancongan di Tawau itu sudah meningkat, maka kena perbesarkan. Jadi saya ambil maklum, saya lihat apa yang patut kita lakukan dan Insya-Allah kita lakukan. Kirim salam kepada orang Taman Pauh. Jangan marah saya, saya cuba Insya-Allah.

 

 

Soalan 7: Okay last one, Sungai Derhaka, kalau hujan, penuh air banjir kesian orang-orang Kampung Pertama di situ, memang beli barang rosak, beli barang rosak. Mohon YAB Perdana Menteri ambil perhatian mengenai perkara ini.

 

 

 

Jawapan: Banyak orang muda tidak tahu nama asal Kampung Pertama itu Sungai Derhaka. Sungai Derhaka dipanggil. Banyak orang muda tak tahu nama asal Kampung Pertama itu Sungai Derhaka. Sungai Derhaka dipanggil Treacherous River. Sungai Derhaka itu ada PhD dissertation, dahulu saya ingat pada tahun 60-an ada seorang Mat Salleh menulis tesis mengenai Sungai Derhaka tetapi oleh kerana orang kampung di situ rasa tidak sesuai dan nama Sungai Derhaka ditukar jadi Kampung pertama.

 

Jadi air naik itu memang saya dapat laporan juga. Langkah itu memang ambil masa cuma sementara ini selalu kita suruh korek sungai, korek parit sementara, tetapi dari segi tebatan banjir ini memerlukan dana yang cukup besar. Tebatan banjir yang kita jalankan sekarang ini di Johor, Kelantan, Pahang, Selangor termasuk Pulau Pinang sudah menelan belanja RM15 bilion ringgit. Itu hanya tebatan banjir, tidak selesai lagi semua masalah. Semua zaman saya yang kena tanggung ini.

 

 

Soalan 8: Bagaimana Kerajaan Malaysia merancang untuk mengimbangi keperluan mempercepatkan pembangunan dan penggunaan kecerdasan buatan atau AI dalam sektor awam dan swasta.

Jawapan: Pertama soalan yang baik iaitu tentang AI. Untuk AI kementerian yang menyelaraskan itu Kementerian Digital. Kemudian yang diberi tugas termasuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Kementerian Komunikasi. Maknanya penekanan daripada Kerajaan itu keutamaannya adalah memastikan bahawa seluruh penjawat awam kanan itu diberi pendedahan. Kemudian pusat-pusat umpamanya ada pusat kecemerlangan, ada AI Centre, education satu bab iaitu fakulti dan sebagainya. Jadi kalau nak kata mengimbangi saya kurang pasti bagaimana kerana sekarang kita baru mula secara agresif, very aggressive sebab kita agak slow dalam hal ini.

 

Walaupun ada, macam tadi saya di Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), memang ada AI untuk membantu DOSM mendapatkan data termasuk granular data di tiap daerah tetapi dia terpisah. Jadi saya cadangkan seluruh jentera itu diselaraskan. AI private sector, GLICs, government departments dan juga swasta, serta research centres, jadi kita selaraskan seluruh negara supaya kita dapat move dalam satu pace yang lebih cepat. Itu yang AI. You see, kita tidak ada pilihan, kalau kita ketinggalan dalam bidang AI ini, kita akan ketinggalan dalam saingan dengan negara lain yang terkedepan. Tetapi ada saya tanya Jensen Huang daripada NVIDIA, saya tanya Ruth Porat daripada Google, saya tanya juga CEO Microsoft, saya saja provoke dia saya tanya baik, tetapi AI ini kan bikinan barat, isi dan prakasa semua barat, nilai-nilai barat. Dia jawab mudah, ini cabaran untuk kita, dia kata AI ini Artificial Intelligence terserah kepada apa yang kamu masukkan dalam apps itu. Dia muntahkan apa yang ada di dalamnya walaupun ada dia buat tafsiran, penilaian, analisa tetapi berdasarkan apa yang dimasukkan. Jadi terserah kepada kamu, masukkan nilai-nilai masyarakat Asia, masukkan soal Islam, masukkan seluruh kekuatan dalam Al-Quran dan Hadis, masukkan. Jadi apabila dia muntahkan, dia muntah berdasarkan yang dimasukkan. Bermakna anak-anak kita mesti dilatih menguasai AI yang paling canggih yang mungkin dan kalau kita lihat umpamanya sama ada di Google, Microsoft di barat masih ada anak-anak Malaysia, jadi kita harus berikan ruang dan kesempatan latihan terbaik buat mereka.

 

 

Soalan 9: Bolehkah YAB Perdana Menteri menyatakan jumlah Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) yang telah ditubuhkan di Pulau Pinang setakat ini dan bagaimana pusat-pusat ini membantu serta meningkatkan capaian dan literasi digital dalam kalangan penduduk?

 

Jawapan: Saya tak ada jawapan detail bagi Pusat NADI. Do you know YBhg. Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din berapa di Pulau Pinang? 41 di Pulau Pinang jadi manfaatkan sepenuhnya. Ada 41 Pusat NADI di Pulau Pinang, cukuplah 41 itu.

 

 

Soalan 10: Yang pertama adalah berkenaan dengan penggunaan AI. Seperti yang kita sedia maklum, YB Menteri KPT telah pun melakukan sedikit kajian untuk mewujudkan politeknik AI pertama di negara kita. Saya nak tanya adakah usaha lain daripada Kerajaan Malaysia MADANI untuk meningkatkan ataupun memperkasakan penggunaan AI dalam kalangan mahasiswa untuk memastikan supaya mahasiswa ini tidak ketinggalan daripada negara-negara yang lain, yang seperti mana kita sedia maklum, Amerika Syarikat menduduki tangga pertama dalam penggunaan AI.

 

Jawapan:  Terima kasih. Pertama soal AI, kita mulakan dengan Fakulti AI dan disiplin AI di semua universiti kemudian kita sambung dengan AI di politeknik tapi bukan di situ sahaja, arahan yang diberikan adalah pendedahan AI kepada peringkat awal bagi semua mahasiswa, tetapi tentunya mengambil masa sebab kita kena ada pool, tenaga pengajar AI yang terbatas. Sebab itu kita rush secara agresif untuk melatih tenaga pendidik termasuk universiti-universiti pendidikan, umpamanya UPSI, dengan menekankan disiplin AI supaya apabila guru dikirim ke sekolah, ada guru yang ada kemahiran seperti mana kita perkenalkan komputer dahulu. Jadi tentu mengambil masa sedikit, tetapi kita in a rush, saya kena puji juga universiti. Kalau dulu universiti, kita nak perkenalkan satu disiplin atau fakulti, ia akan mengambil masa, kena ada cadangan daripada jabatan kepada dekan, kepada fakulti, fakulti kepada Board of Studies, Board of Studies kepada council, council kepada Bahagian Pendidikan Tinggi Kementerian dan ini mengambil masa enam atau lapan bulan dan satu tahun baru akan ada.

 

Tetapi apabila kita perkenalkan Fakulti AI di Univerisiti Teknologi Malaysia (UTM) dan ia hanya mengambil masa 4 bulan terus berjalan dan saya luluskan RM20 juta ringgit untuk take off, kemudian kita pastikan di semua universiti dibantu supaya ada keupayaan AI dan kemudian diterapkan masuk dan sekarang ini TVET. Maknanya politeknik ini tentunya lebih tinggi tetapi TVET, pun ada beberapa kurikulum, disiplin AI.

 

 

Soalan 11: Saya menyokong baik usaha Kerajaan Malaysia MADANI dalam mengekalkan kebebasan bersuara kepada seluruh rakyat Malaysia tetapi seperti yang kita tengok sekarang banyak kes buli siber yang berlaku contohnya di IG dan Twitter, jadi saya nak tanya adakah usaha daripada Kerajaan Malaysia MADANI untuk menangani masalah ini?

 

Jawapan: Yang keduanya tentang buli siber. Tetapi pertama yang saya sebut tadi, buli di sekolah ini pun kerja separuh gila, sikap biadap, rendah akal budi, ganas terhadap anak-anak yang lebih muda, adik-adiknya dan tidak ada langsung kemanusiaan. Adik-adik yang baru masuk, tunjuk belas kasihan, didik dia bagi pendedahan tetapi kita bawa budaya barat, dia ada ragging, konon atas nama orientasi. Orientasi ini bagi dia pendedahan, bagi dia cinta kepada fakulti dan ilmu bukan bagi dera, ini kerja bodoh, kerja orang-orang yang tidak ada nilai dan akhlak.

 

Saya masih ingat masa saya masuk Universiti Malaya, pada mulanya saya lihat ada apa yang dipanggil ragging yang diizinkan dan di baptism. Baptism ini maknanya masuk tandas dan flush dan ini diterima. Kemudian saya masa itu baru-baru masuk, saya kumpulkan dan saya kata ‘look if they do this, we will fight’. Universiti tidak bantu kerana universiti itu menganggap budaya itu boleh diterima dan kita lawan, akhirnya dihentikan. Jadi ini masa saya muda saya garang juga, saya kata mana boleh, ini najis kena letak muka dan flush, baptism. Jadi oleh itu agak keras, masa itu pengajaran kita ada kadang-kadang budak gurau sedikit suruh nyanyi, itu tidak apalah, sportinglah kan senior suruh nyanyi, saya pun kalau lagu Azizah terus saya nyanyi lah tapi ini penderaan, pukul.

 

Macam di Universiti Pertahanan, diseterika sampai mati, ini seterika lagi. Sekolah Kebangsaan ada, sekolah Cina ada, sekolah Tamil ada, Maahad Tahfiz, sekolah agama pun ada. Saya tidak tahu apa yang diajar. Kemudian bila berlaku, pengetua, guru-guru dan dan nak cover-up, ‘jangan, ini imej sekolah’. Kamu kira imej sekolah lebih penting daripada maruah orang, ini mana ada kemanusiaan. Sebab itu saya arahkan Menteri Pendidikan, YB Puan Fadhlina binti Sidek, Menteri Pendidikan Tinggi, YB Senator Dato’ Seri Diraja Dr Zambry bin Abdul Kadir, tidak ada tolak ansur. Ada cerita penderaan, kita ambil tindakan kepada guru, guru kaunseling, guru hal ehwal pelajar, pengetua mesti jawab.

 

Ini tidak. semasa saya Menteri Pendidikan, ada Sekolah Menengah di Cheras, pergaduhan, budak kena pukul, masuk hospital dan okay, okay, okay okay. Jadi saya marah, saya pergi ke sekolah itu panggil perhimpunan. Saya kata orang yang bertanggungjawab, saya minta pengetua, guru hal ehwal pelajar, semua bertanggungjawab. Dalam 24 jam, polis masuk geledah semua. Kemudian dua minggu saya nak sekolah ini bersih, disiplin first class. Anak-anak ini tidak ada salah tetapi terikut-ikut, oleh kerana budaya diizinkan pengetua atau guru besar lembap. Guru hal ehwal pelajar jawatan tinggi tidak jalankan tanggungjawab, jadi jangan. Kalau berlaku diambil tindakan barulah boleh selamat.

 

Jadi saya tidak pandang ringan hal ini kerana nyawa orang, keselamatan dia, psychosocial impact, penderaan, sakit jiwa, ini apa kerja kita sebab itu saya kata yang bercakap agama tidak ada kasih sayang. Yang cakap soal kebangsaan, soal Melayu tak ada. Kalau betul kita ada cinta kepada agama, pada negara, kita didik orang baru datang, ini adik-adik kita. Baik itu tentang buli dalam sistem pendidikan yang saya sergah semalam.

 

Buli siber juga sama, ada orang sampai mati tetapi bila kita nak ambil tindakan, ‘in the name of freedom and democracy’, saudara orang nak kritik, kritiklah. Di Parlimen itu dimaki saya itu macam-macam. Ini di Permatang Pauh masa pilihan raya, apa yang dia tidak maki? Londeh habis saya ini, ejen Yahudi, ejen Cina, ejen India, ejen komunis semua ada ejen. James Bond satu ejen, saya sembilan ejen (nada seloroh). Kemudian hina, aib dari segi peribadi, macam-macam. Tetapi saudara ada kita ambil tindakan tetapi kalau terlanjur, Polis ada undang-undang, PDRM ada tanggungjawab dan mereka mesti jalankan tanggungjawab untuk jaga, jangan salah gunakan macam buli siber sampai ada seorang anak India sampai bunuh diri tidak tahan penderaan hari-hari.

 

Boleh kita izinkan? Tak boleh. Apa saya peduli tentang saudara kata tidak ada freedom, I don’t care. Freedom itu maknanya you mesti jaga maruah dan nilai orang. Freedom bukan untuk kamu lakukan jenayah, kebebasan untuk kamu dera orang, kebebasan untuk kamu curi harta negara, kebebasan untuk kamu menghina orang, mengaibkan orang berdasarkan warna kulit dia atau kaum dia atau agama dia, hari-hari sekarang tidak habis. Cerita mata sepet, hitam ini apa dia dan kita harus izinkan? Saya bertanggungjawab bersama-sama saudara untuk selamatkan negara ini bukan nak selamatkan penjenayah-penjenayah ini, itu tanggungjawab kita.

 

Jadi kita akan perkenalkan undang-undang buli siber yang lebih tegas. Dalam sidang Parlimen kita akan memperkenalkan dan saya ada minta badan seperti MCMC dan PDRM untuk ambil tindakan maksimum yang mungkin dan jangan tolak ansur. Yes, this country is different, this country talks about freedom and justice but will never condone any sort of oppression, insult and abuses. Ini kalau tidak seolah-olah kita takut. Semalam saya memang keras sikit, bila buat sikit ‘Oh Anwar Ibrahim ini sudah rosak, is no longer a reformer. Dia tidak percaya reformasi kerana ada Polis untuk panggil siasat’. You panggil orang dajal, panggil orang Islam itu kafir kemudian nak biarkan begitu? you panggil Cina ini komunis dan you bakar orang bagi benci dan kata biarlah freedom, no saya tidak fikir begitu. Tanggungjawab saya saudara, saya ada mandat, saya nak jaga keamanan dan kestabilan negara ini dan saya minta badan-badan penguatkuasaan sepeti Polis dan sebagainya ambil tindakan yang tegas dan jangan tolak ansur dengan pengkhianat-pengkhianat ini. That’s my position.

 

 

Soalan 12 & 13: Our country is a developing with the help of Artificial Intelligence (Ai), how does Malaysia MADANI monitor and not let it get out of control in the economic growth and not lose our principal ataupun sifat kemanusiaan dari segi ekonomi? Adakah dengan kepesatan teknologi seperti Ai dapat menjejaskan peluang pekerjaan dalam kalangan rakyat Malaysia?

 

Jawapan: Saya ada sebut tadi, semua teknologi baru itu ada kesannya, positif dan negatif. Bila kita hadapi industrial revolution, timbulnya industri apa kesan dia? kesan dia jumlah pekerja petani itu berkurangan dan bila tidak ada perubahan teknologi dan revolusi teknologi maka kebergantungan kepada jumlah pekerja juga kian berkurangan. Tetapi manusia ini dia punyai keupayaan untuk mereka yang baru, hilang pekerjaan di kilang tambah pekerjaan di AI. Tutup kilang baju tekstil kerana upah rendah, buka data center dan AI. Tutup kilang-kilang yang dirasakan low end buka semiconductor industries.

 

Jadi bagi saya pikir positif, maknanya ada kesan yang membimbangkan dari segi peluang pekerjaan tetapi kita bagi latihan. Kalau dulu kita tidak belajar digital dan AI di universiti. Sekarang kita harus berikan keutamaan. Kalau dulu kita sudah longgar sikit tentang STEM, sains, matematik, engineering. Sekarang kita kena tumpu balik, kena bagi penekanan yang tinggi kerana kalau unjuran 2-3 tahun akan datang, kita akan kekurangan sekitar 30,000 jurutera dan kita harus perbanyakkan ini, sebagai contoh.

 

Now soalan pertama mengenai AI apa kebimbangan kita? ada, kebimbangan kita ialah kalau tidak diwaspadai akan bukan melenyapkan tapi menghakis mengurangkan manusiawi, kemanusiaannya dan nilai insannya. Kerana semuanya dianggap mesin boleh jawab. Maka sebab itu dalam pendidikan kita, sementara penguasaan teknologi dan artificial intelligence dan digitalization itu penting, penekanan tentang nilai manusiawi, nilai, akhlak dan keyakinan agama harus diperkuatkan supaya seiring. Saya jawab tadi umpamanya saya tanya Jason, Nvidia, top AI person, saya tanya microsoft, tanya google Ruth. Semuanya jawab AI ini sebagai sains, is not neutral, dia tertakluk kepada siapa yang berikan input, kerana muntahannya itu berdasarkan input.

 

Maknanya harus kita asak kesedaran tentang nilai dan kemanusiaan. AI tidak peduli tentang sejarah, tentang perasaan, tentang emosi dan sentimen, tentang baik dan buruk, melainkan dimasukkan dalam apps itu dalam perkasa dia tentang soal nilai dan keyakinan dan ini tanggungjawab anak-anak muda dengan latihan dengan kesedaran dengan kekuasaan AI.

 

Sudah banyak buku yang mencabar, teknologis termasuk AI tentang bahaya kerosakan kepada umat manusia, termasuk beberapa tokoh-tokoh besar dalam AI ini yang sangat bimbang akan kemungkinan AI menjadi satu senjata yang akan menghakis keyakinan manusia. Tetapi bagi saya jangan marah AI sahaja. Sekarang tanpa AI pun tengok manusia sebahagiannya orang tu kena bunuh, anak-anak kecil puluh ribu dibunuh di Gaza, ada kesan pada mereka? tidak ada.

 

Jadi bukan salah AI, salah latihan dan nilai manusia. Jadi bagi saya betulkan hari ini, insya-Allah kalau kesan ini, AI yang kita kuasai di Malaysia ini tidak akan melepaskan tanggungjawab dari segi kemanusiaan, tamadun dan nilai insaniah. Saya tegaskan semula kerosakan yang ada sekarang ini dan juga ketempangan dari segi apa yang berlaku di dunia yang memang merunsingkan.

 

Saya pun bingung. Saya pernah mengajar di Georgetown University, Washington DC ada felo di Oxford University, pendidikannya baik, profesor-profesor dan pelajar pun ramai yang baik jadi kawan saya ingat orang ini baik. Tetapi bagaimana dalam beberapa keputusan begini dia jadi jahil, dia jadi dangkal, dia jadi tidak peduli tentang kesahihan. Aneh, itu baik, itu yang barat.

 

Saya sebut tadi Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, masa saya di Sungai Buloh, saya ada pergi ke Sungai Buloh dulu untuk training (nada seloroh). Bila di Sungai Buloh, saya ada kesempatan jumpa dengan 5 orang anak muda yang terlibat dalam kes seterika sehingga mati seornag pelajar. Jadi saya hendak jumpa,  kita kenal pegawai penjara ini ramai yang simpati. Boleh tidak jumpa budak ini sekejap, tapi tidak boleh, jadi masa dia orang bekerja di kantin saya jumpa, saya tanya, anak-anak ini sopan jadi saya sedih, sopan, cakap dengan baik dan pintar, intelligence, very polite, very unassuming. Jadi saya tanya, mengapa jadi macam ni? kita tidak tahulah Dato’, nangis dia. Tidak tahu, you letak seterika pada dia sampai dia tidak sedar diri. “Yalah tapi kita ikut geng, budaya” faham tak? ini yang kita kena latih jangan kata masalah barat saja, macam orang kita ini barat, ini yang kafir, tidak, kita sendiri, itu daripada 5, 5 budak Melayu, ada agama, ada seorang itu sembahyang tidak tinggal, yang puasa tidak tinggal. Apa yang kurangnya? nilai kemanusiaan. Yang kurang ini apa? yang disebut dalam Al-quran, “yā ayyuhallażīna āmanustajībụ lillāhi wa lir-rasụli iżā da’ākum limā yuḥyīkum” orang beriman itu bukan sahaja menyampaikan, tapi menghayati. Ini disebut penghayatan.

 

Saudara, saya tahu dia bersalah. Tapi saya sedih, saya sedih saya tengok macam anak saya. Orang yang saya tengok anak ni lima orang ini, orangnya baik saudara-saudara. Jangan kita hina mereka, dia nampak baik dan cerdik. Keluarga pun baiklah umumnya. Saya tidak tahu tidak kenal keluarga dia. Apakah saya simpati? saya simpati. Saya sedih, tapi kesalahan dilakukan, jadi jalur hukum kena berjalan.

 

Tapi yang aneh saya kata, “what went wrong.” Sebab itu bila saya ke universiti, beritahu universiti juga bertanggungjawab, pengurusannya kena jaga, kerana jadi budaya dan budaya ini mesti dihentikan. Sekolah pun begitu. Ini cikgu dengar-dengar sikit buli, sikit okey okey okey okey. Ini tahu, kita tahu, anak kita di situ, cucu kita di situ. Kadang-kadang diizinkan, jangan saudara-saudara.

 

Sebab itu kadang-kadang orang hina saya kata Anwar ini Islam sangatlah, nilailah, moral, we want development, betul, kita hendak development dan kalau tanya fokus saya ekonomi, pelaburan. Tapi jangan tinggal ini kalau di Malaysia saya ini Melayu, orang Islam. Anak Malaysia dan Malaysia ini patut berbeza fahaman pembangunan kita, budaya kita dengan yang lain. Kita hendak hidup sebagai suatu masyarakat dan saya lihat kepelbagaian ini sebagai satu kekuatan bukan satu yang membawa kepada perpecahan, kekuatan saudara-saudara, itu jangan sekali. Ini cabaran besar kita, ini Menteri Dalam Negeri YB Saifuddin ada, dia tahu. Kalau di Kementerian Dalam Negeri ini di antara isu besar.

 

Bagaimana bila sebut 3R ini negara sudah zalim tidak demokratik. Anwar dulu cakap reformasi sekarang cakap pun tidak boleh. Siapa cakap tidak boleh, hendak cakap pasal kaum boleh, hendak cakap pasal Cina, Melayu, boleh, hendak cakap pasal Raja, boleh, hendak cakap pasal agama, boleh. Tapi jangan hina dan kutuk orang dan pecah belahkan. Itu yang tidak boleh.

 

Tapi dalam tazkirah? dalam tazkirah apa? apa hendak jadi pada negara kita. Hendak bicara Islam tidak boleh, maka kita kena ubah supaya Islam boleh dibicarakan yang dengar pun, Allahuakbar. Tidak ada kita halang itu saudara-saudara. Jadi saya hendak bicara pada anak-anak ini sebagai kerana anak-anak saudara akan warisi.

 

Saudara bayangkan kalau mudah pecah belah, ini tengok benci Cina, kerana Cina ini benci Melayu. Ada Cina yang menganggap semua salah. Ini masalah Melayu pun masalah juga. Ada orang Melayu menuduh Cina ini semua penindas, salah. Oh! India ini gulang kecil, cakap banyak, pun masalah, kalau begitu, dengarlah, cari jalan selesai dengan baik.

 

 

Jadi saya harap anak-anak bawa budaya ini. Jangan letih dengar soal isu ni. Jangan rasa lemah, jangan rasa lemas dengan kenyataan ini. Ini yang anak-anak akan pikul saya sudah 77. Allah takdirkan lalu pasang surut, pincang sana pincang sani, masuk keluar penjara, sekarang jadi Perdana Menteri.

 

Okay saya bertanggungjawab hendak didik hendak beritahu kepada anak-anak yang sebaik mungkin yang akan diwarisi anak-anak. Jadi, selamatkan negara kita angkat martabat, kerana anak-anak tahu 4-5 tahun punya ingatan daripada sekolah sampai ke universiti ada yang dah graduate, ini masa terbaik imej kita di antarabangsa, ekonomi kita, pelaburan kita, apakah sudah sempurna belum? apakah kita sudah berjaya? Belum. Tapi inilah masa terbaik untuk kita dan make it succeed work as a team as a big Malaysia family.

 

Terima kasih banyak.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Similar Posts:

Share:
Scroll to top
Telegram Pejabat Perdana Menteri

Info

Lorem ipsum dolor sit amet consectetur adipisicing.