TEKS UCAPAN YAB PERDANA MENTERI: PERASMIAN HARI SUHAKAM KE-25

 

TEKS UCAPAN

 

YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM

PERDANA MENTERI MALAYSIA

 

 

SEMPENA

PERASMIAN HARI SUHAKAM KE-25

 

 

 

9 SEPTEMBER 2024 (ISNIN) | 2.30 PETANG

 

PINTU UTAMA, KL SENTRAL,

KUALA LUMPUR

 

 

 

 

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh, dan

Salam sejahtera.

 

Alhamdulillah, Nahmaduhu wa nusalli ‘ala rasoolihil kareem.

 

Yang Berhormat Dato’ Sri Azalina binti Dato’ Othman Said,

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Bahagian Undang-Undang & Reformasi Institusi;

 

Yang Dihormati Tan Sri Dato’ Seri Razarudin bin Husain,

Ketua Polis Negara;

 

Yang Berbahagia Dato’ Seri Mohd Hishamudin bin Mohd Yunus,

Pengerusi Surahanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM);

 

Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Tinggi, Duta-Duta;

 

Pengerusi dan Ahli-Ahli Majlis SUHAKAM; dan warga SUHAKAM;

 

Tan Sri-Tan Sri, Dato’-Dato’, Datin-Datin, Tuan-Tuan, Puan-Puan dan semua hadirin yang dihormati.

  1. Saya hadir hari ini untuk menyatakan penghargaan kepada SUHAKAM kerana saya, Azizah, dan keluarga adalah antara yang terus ke Pejabat SUHAKAM tatkala saya dalam keadaan susah dahulu. Saya nak ucapkan penghargaan dan ini cukup bukti bahawa saya faham peranan SUHAKAM dari segi pengalaman peribadi dan saya percaya ribuan yang lain juga merasakan perlu agensi seperti SUHAKAM kerana peranannya mempertahankan hak asasi dan keadilan bagi semua.

 

  1. Saudara-saudara, bila negara merdeka dan kita baru sambut Hari Kemerdekaan dan tema kita adalah “Jiwa Merdeka”. Penekanannya adalah memaknai kemerdekaan dari sudut mengiktiraf hak setiap warga. Hak maknanya bebas dan mempertahankan keadilan bagi semua. Ada negara-negara yang merdeka, diberi kebebasan tapi berlaku kesenjangan. Saya sering sebut dalam undang-undang, kerana ada dua (2) undang-undang, satu bagi golongan penguasa dan golongan kaya, dan satu bagi kalangan rakyat biasa. Maka peranan badan SUHAKAM itu memastikan kesenjangan yang melebar itu dapat dirapatkan.

 

  1. Tidak boleh dinafikan bapak-bapak ibu-ibu pejuang kemerdekaan menginginkan suatu keadaan yang lebih baik bagi rakyatnya tetapi perkembangan negara-negara itu tidak semestinya matang, mengikut keadaan, tekanan dan masalah masing-masing. Saya sering sampaikan suara, denyutan nadi dari kalangan yang paling terlantar di India, umpamanya Ambedkar, seorang pejuang hak asasi India yang terkemuka dan kemudiannya dilantik oleh Jawaharlal Nehru untuk menjadi pengerusi merangka Perlembagaan India. Oleh kerana jasa dan komitmennya dalam soal hak asasi, yang beliau sebut tentang Social Democracy, bahawa demokrasi itu tidak hanya bermakna dengan memberikan hak mengundi, malah kemerdekaan ekonomi juga tidak bermakna kalau mempertahankan sistem yang hanya memperkayakan satu golongan kecil. Jadi dalam falsafah pemikiran hak asasi oleh Ambetkar ini, yang kemudiannya menjadi Menteri Undang-Undang India, beliau antara yang kuat menggesa supaya negara yang merdeka itu tidak terlepas dari memusatkan pemikirannya dari sudut kebebasan hak asasi dalam semua aspek, politik, ekonomi, sosio-budaya.

 

  1. Jadi saya percaya SUHAKAM juga di antara yang diasaskan 25 tahun yang lalu dengan maksud yang sama, walaupun ada pasang surutnya kerana dalam proses yang disebut, kita sebut tentang cultural literacy, semalam kita luncurkan health literacy, tapi kecelikan ini (literacy) ini juga termasuk dalam bidang hak asasi. Kena harus ada kefahaman dalam kalangan rakyat bahawa tidak ada batas, atau sekatan atau undang-undang yang harus mengekang hak mereka sebagai rakyat.

 

  1. Tentunya pertimbangan mana-mana Kerajaan mewajarkan mereka menimbangkan soal-soal kemanana. Ya, kerana tidak semua orang faham bahawa kebebasan itu sekali gus dengan tangguggjawab, dan kalau tidak dikawal dengan undang-undang sedia, maka negara akan jadi porak peranda. Malah ada inisiatif-inisiatif, ikhtiar yang lebih baik umpamanya yang dibawa sebelum ini seperti ICER atau Roman Statue, walaupun bunyinya indah tetapi kalau tidak diberi melalui kecelikan dan kefahaman, maka akan menimbulkan reaksi yang merosakkan.

 

  1. Excellency here, I make reference because some seem to be suddenly alerted when I mention about ICER. I think it is not issue about principle, no issue commitment of human right, but when the political elits decide to introduced legislation without any considerations to the understanding of the masses, to alert them, to educate them, to initiate discussion, then such initiative would result in negative sort of the reaction. People be suspicious, they think they right to be temple with, they think they religious principle, cultural values, and bumiputera interest, will be at this advantage. That is precisely the reason why in Parliament, when was introduced, I stood up and said it is not principly wrong with the proposal, but the way is being bulldoze is as much authoritarian, as the very principle you want to up hold. You want to uphold the legitimate principle but you can’t bulldoze without any effort, doing culcate better understanding. That is always the matter we face among the elits, they think they know best, they dictate without any considerations to the feeling, concern and reaction of the people.

 

  1. Oleh yang demikian, saya percaya dengan pimpinan Datuk Hishamuddin, sementara hal ini harus dimajukan, kefahaman itu harus ada, dan tidak harus ada perasaan untuk mengekalkan atau mengemukakan prinsip-prinsip luhur yang harus dipertahankan tetapi yang akhirnya menimbulkan rasa cemas oleh sebahagian daripada kita, terutama bila kita gunakan satu paparan tentang prinsip-prinsip universal semuanya kerana universal itu ikut naratif siapa?
  2. Saya ucap terima kasih kepada menteri Azalina, kerana merupakan antara suara yang tegas dalam mempertahan dan menganjurkan institusi reformasi dalam negara kita.

 

  1. Bila saya setuju putuskan Datuk Hishammudin sebagai Pengerusi Suhakam, ini saya anggap satu tokoh yang sesuai, impactible credential sebagai seorang hakim dianggap mewakili satu pandangan yang bebas dan berwibawa, jadi keyakinan kita kepada keupayaan Datuk Hishamudin itu akan dapat menakhodai badan seperti SUHAKAM dan membawa SUHAKAM itu dengan pengenalan beberapa ikhtiar baru yang boleh memperkemaskan lagi.

 

  1. Saya ikuti bila kita bicara soal kewarganegaraan baru-baru ini, dan saya ucap terima kasih kerana Kementerian Dalam Negeri terus mengadakan rundingan dengan SUHAKAM, dan SUHAKAM diberikan ruang penuh untuk memberikan pandangan mereka yang ditelusuri oleh Jemaah Menteri dan juga Majlis Raja-Raja Melayu. Jadi ini saya rasa adalah satu pendekatan yang wajar. Ada beberapa masalah yang belum selesai, di antaranya adalah soal kematian dalam tahanan polis. Ketua Polis Negara adalah di antara yang menyampaikan dengan saya bahawa beliau terbuka untuk diadakan satu siasatan, kajian untuk mengelak, sebahagiannya benar dan sebahagiannya persepsi, tetapi untuk membetulkan keadaaan dengan memastikan kaedah-kaedah yang lebih telus untuk mengelakkan salah guna kuasa.

 

  1. Jadi yang menyiasat itu polis, yang menjatuhkan hukum itu hakim. Jadi sebelum dijatuhkan hukum mereka itu jangan dihukum terlebih dahulu. Saya bercakap ini dari segi pengalaman, Datuk Hishamudin antara yang pertahankan semasa saya kena belasah dulu, masa itu belum dihukum, masa itu belum didakwa pun sudah kena belasah setengah mati. Jadi kalau orang bicara ada kebimbangan tentang penderaan dan kematian dalam lokap tidak perlu yakinkan saya. Kerana saya tahu apa yang kita rasakan, dan rasanya umpamanya with just a seem hopeless when you assaulted to near death in the lock up, or some within to mice. So precisely again to this reason. We need to support all effort necessary to protect the suspect convict or whatever in the lock up. And I’m pleased to say that both Ministers of Home Affairs and the Inspector General Police support the idea. Although their concern or my concern is perspection, not every one coming with some cards, or injuries, or even death in the lock up unnessarily due to police abuse. That is why we need proper procedures and protections. This requires off course the full study endorsement of SUHAKAM to take it up again and the best things is to discuss with police, which partly have been done and visit the lock up and I can join you because I’m quite familiar with some of the areas.

 

  1. Ada beberapa langkah baru yang kita telah buat walaupun ada sedikit kontroversi dan agak sukar, umpamanya pemansuhan hukuman mati mandatori. Jadi ini kita telah luluskan walaupun telah menimbulkan sedikit sebanyak kegusaran, tetapi kebijaksanaanya adalah kesemua parti politik dalam Kerajaan diarah untuk menyampaikan pandangannya dan supaya ada kecelikan, kefahaman tentang hak asasi yang tidak melanggar prinsip agama atau budaya mereka.

 

  1. Kemudian tentunya tentang pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri, ini timbul permasalahan kerana apabila bangkit semula isu keganaasan ala ISIS atau Al-Qaeda yang juga menyeludup masuk ke nagara kita atau fahaman-fahaman yang sempit umpamanya 3R, ada pembangkang yang mengatakan kita zalim kerana tidak membenarkan bicara tentang 3R, itu tidak betul. Kalau hendak bicara soal agama Islam atau agama lain, hendak bicara soal kaum, tidak puas hati hendak bantah, itu semua diizinkan. Yang tidak diizinkan ialah hasutan, ajakan ke arah keganasan atau menimbulkan pergaduhan antara kaum sebab apa pun alasan dan kalau pun saya diserang oleh media antarabangsa saya tidak akan tolak ansur untuk menjamin keselamatan rakyat dan negara ini.

 

  1. Tetapi seperti mana Datuk Hishamudin lebih arif, bahayanya kalau undang-undang terlalu longgar maka kemungkinan untuk mana-mana penguasa atau tokoh politik menyalahgunakannya untuk mempertahankan kedudukan mereka itu ada. Maka sebab itu undang-undang harus diteliti untuk mengelakkan salah guna. Ini umpamanya sekarang ini bila isu pendakwaan yang melibatkan serangan atau singgungan terhadap Raja-raja. Dalam Majlis dengan Raja-Raja Melayu, mereka bangkitkan mereka bukan politik, mereka tidak terlibat dengan politik, mereka tidak mudah menjawab serangan setiap hari dan sekiranya kecaman itu dibuat yang akan menjejaskan tonggak Perlembagaan negara kita, maka tentunya tindakan harus diambil. Ini sudah disepakati, tidak ada parti dalam negara Malaysia yang akan mempertikai keperluan kita untuk tidak menghujat dan menggugat sistem Raja di negara kita.

 

  1. Jadi sebab itu tindakan diambil walaupun luar daripada bidang Eksekutif. Ini siasatan oleh Polis DiRaja Malaysia dan tindakan diambil. Saya sengaja lontarkan hal ini kepada rakan-rakan dalam SUHAKAM supaya memahami bahawa ada permasalahan yang harus kita hadapi bagaimana negara yang sekarang ini aman dan stabil politiknya, ekonominya yang sudah dipacu dengan begitu bergaya dan hubungan diplomatik yang baik dengan jiran, dengan Amerika, dengan China, kini dengan Rusia, dengan India, dengan Eropah, bagaimana boleh kita pertahankan tanpa digugat dari sendinya. Gugatan dari segi politik itu biasa seperti mana berlaku dalam pilihan raya, tetapi gugatan yang mengancam tunggak kestabilan dan keamanan dengan menghasut umpamanya Pulau Pinang, yang mana viral beberapa ketika dahulu bahawa Pulau Pinang sudah ke arah di Kristiankan, dan bagaimana kita hadapi hal-hal seperti ini. Apakah boleh ada fahaman tentang kebebasan sahaja atau apakah mungkin untuk menyelamat negara ini, menyelamatkan daripada hasutan orang-orang yang terdesak, kita adakan undang-undang untuk dikawal supaya jangan keterlaluan.

 

  1. Inilah hal-hal yang saya rasa Datuk Hishamudin dan rakan-rakan dalam SUHAKAM akan terus bicara supaya membantu negara, di samping itu faham bahawa mana-mana undang-udang kalau terlalu keras akan menimbulkan permasalahan lain iaitu salah guna kuasa seperti mana berlaku pada ISA sebelum ini. Akta Keselamatan Dalam Negeri itu sewaktu dibentangkan oleh Kerajaan almarhum Tun Abdul Rahman dan almarhum Tun Abdul Razak sangat baik kerana ketika itu kita melawan Komunis Militan, tetapi lambat laun, pimpinan silih berganti, pemimpin kesatuan sekerja, pemimpin politik, pemimpin mahasiswa, pengkritik Kerajaan semua dihumban di bawah ISA di Kamunting, dan oleh itu masyarakat sekarang sudah lebih matang, untuk memikirkan ada undang-udang yang perlu untuk mempertahankan keselamatan negara tetapi harus ada jaminan supaya hak asasi rakyat tidak terjejas.

 

Sekian, terima kasih.

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh

 

 

 

Similar Posts:

Share:
Scroll to top
Telegram Pejabat Perdana Menteri

Info

Lorem ipsum dolor sit amet consectetur adipisicing.