TEKS UCAPAN
YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM
PERDANA MENTERI
SEMPENA
PELUNCURAN PROJEK BATU KAWAN INDUSTRIAL PARK 3 (BKIP3)
16 FEBRUARI 2024 (JUMAAT)
BUKIT TAMBUN
Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera
YB Chow Kon Yeow,
Ketua Menteri Pulau Pinang;
YB Lim Guan Eng,
Mantan Ketua Menteri Pulau Pinang;
YB Prof. Dato’ Dr. Mohamad Abdul Hamid,
Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang;
YB Dato’ Haji Rosli bin Isa,
Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang;
Rakan-rakan pimpinan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC);
Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri;
Ahli Dewan Negeri dan semua yang hadir.
Terima kasih.
- Sejarah Pulau Pinang dari segi industri memang istimewa, dan tentunya melalui PDC yang telah meneroka industri agak awal dan membentuk serta melakar perubahan dari segi struktur pertumbuhan ekonomi negara.
- Jadi saya ingin mulakan dengan menyatakan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang, kepada saudara Lim Guan Eng, dan sekarang saudara Chow dan PDC kerana telah meletakkan asas yang baik yang memungkinkan negara menjadi negara industri sejak tahun 80an-90an dan sehingga sekarang.
- Dengan pelan perindustrian baru, saya lihat penekanan yang agak berbeda. Pelan perindustrian baru ini tidak lagi berdasarkan sektor tetapi menekankan tentang misi. Beberapa keutamaan yang disebut dalam perencanaan Ekonomi MADANI termasuk isu peralihan tenaga dan juga transformasi digital. Ini semua juga mempunyai kaitan dengan aspek industri baru. Kalau pun dalam umpamanya mikrocip tidak lagi back end tetapi menekankan tentang front end.
- Saya tidak mahu bicara banyak soal industri ini kerana Saudara Chow dan PDC lebih arif daripada saya, tetapi saya nak tekankan tentang prasarana dan persiapan tenaga kerja. Dalam perbincangan dengan beberapa syarikat-syarikat utama sama ada di Pulau Pinang, Kulim Hi-Tech atau di Selangor dan Johor, umumnya syarikat-syarikat besar baik Infineon atau Geely, Proton atau Nvidia Jensen di Johor sekarang semua menyebut bahawa mereka agak secara umum senang dengan prasarana yang disediakan jika dibandingka dengan beberapa negara lain dan bangga dengan keupayaan kemahiran tenaga profesional kita. Daripada pengalaman intel di Pulau Pinang sehingga sekarang, jurutera kita, kepakaran IT dan juga disiplin pekerja itu semua dianggap mencatat prestasi yang baik.
- Terkait dengan sinergi yang diperlukan ini menyediakan ekosistem dalam perindustrian yang nyata lemah dan perlu diberi perhatian ialah mutu latihan niche yang kurang. Sama ada dalam bidang kejuruteraan atau IT yang memerlukan suntikan latihan, baik oleh MITI dan Kementerian-kementerian yang berkaitan dan saya percaya PDC seperti juga langkah yang dibuat oleh PSDC itu akan membantu memberikan latihan kemahiran tambahan.
- Saya bicara dengan Nvidia baru-baru ini dan sebelum itu Infineon, Geely semua mengatakan dengan kepesatan perubahan yang berlaku dalam bidang industri-industri teknologi tinggi dan digital, ternyata kita harus berikan tumpuan yang cukup baik dan berkesan dalam bidang ini. Jadi saya ingin syorkan selain daripada yang dilakukan oleh kementerian melalui TVET, politeknik dan latihan-latihan termasuk AI yang diperkenalkan baru-baru ini, kita mohon supaya pengalaman Pulau Pinang dan sinergi yang ada dapat dimanfaatkan dengan industri.
- Pengalaman Pulau Pinang, PDC dan juga PSDC dalam latihan sinergi ini, itu saya telah minta supaya diteliti oleh TVET dan oleh Kerajaan-kerajaan Negeri Selangor dan Johor dalam skala yang lebih besar. TVET umpamanya diuruskan oleh jentera Kerajaan, namun tidak ada sebab mengapa beberapa TVET di Pengerang di Batu Rakit atau di Kimanis dikendali secara langsung oleh PETRONAS. Kalau TVET di Tanjung Malim, Perak lebih baik dikendali oleh Geely. TVET di Pekan, Pahang dikehendali oleh Proton. Begitu juga syarikat-syarikat TVET di Pulau Pinang. Sampai ketikanya di mana kita minta syarikat yang memerlukan tenaga kerja, mereka sendiri ambil inisiatif dan melatih dengan jentera back up oleh Kerajaan. Dengan cara yang sedemikian, mereka melatih jurutera ataupun lulusan TVET yang diperlukan oleh syarikat, bukan diperlukan oleh Kerajaan. Kerana kita tahu, kebanyakan yang dilatih ini akan memenuhi keperluan Kerajaan.
- I think this issue need to be emphasized. There is no question that Penang has achieved tremendous commendable success in terms of industrialization. The fact that we are now with BKIP 3 is clearly a showcase that you have expanded and excel in this field. But we also have to recognize that with this pace of change during the postnormal times, I used to say in Kuala Lumpur quite number of times that there are 3 clear characteristics of post normal times. It is chaotic, it is full of contradictions and it is clearly complex. The pace of change and the problematic problem and the acuteness of the problem is a happening somewhat at the same time. The term used is simultaneity, all issues be it migration, or climate, or civil strife or quality education. All creating this demand and challenge at a particular time simultaneously. So this is precisely what is termed as postnormal times.
- If we do recognize this, we can’t imagine that we can resolve the complexity, contradiction and chaotic conditions through normal means. We all recognize that we need to embark on the paradigm shift and if you read Thomas Khun paradigm shift is not minor changes, is not main judgement. Paradigm shift is the preparedness to undertake bold measures to accept the complexity and then embark on this change. That’s why we need political leadership and the civil service and technocrats, that can recognize this problem and come up with some clarity in policy and the capacity to effectively execute these programs. That’s why we have, for example, try to introduce the MADANI Economy, the issue of energy transition, digital transformation, and dealing with the issue of food security in a major radical manner.
- Dalam mana keadaan pun bila langkah-langkah itu dianggap radikal, dia akan menimbulkan sedikit ketegangan. Umpamanya bila kita kata ketegasan untuk menentukan supaya negara ini diatur dan hentikan kecelaruan dan salah guna kuasa dan penyelewengan rasuah yang telah mencengkam negara kita, ini tidak semudah apa yang kita bicarakan. Ia akan mengundang reaksi dan tentangan dari kalangan yang berkuasa dan maha kaya. Bila PDRM mengambil langkah berani bertindak terhadap gerombolan pengedar dadah terbesar di Sabah yang diketahui oleh semua, dibiarkan sekian lama, diizinkan berlaku berleluasa. Tapi bila sekali diambil tindakan, ia memerlukan kecekapan, keberanian, ketangkasan seperti yang ditunjukkan oleh PDRM tahun lalu. Dalam hal yang sama, bila SPRM mampu bertindak bukan sekadar masalah politik, bukan masalah orang-orang kecil, tetapi apa yang dianggap sebagai orang-orang yang terkait dengan menggunakan kuasa, menggondol kekayaan berpuluh bilion ringgit yang dilepaskan sekian lama dan tidak ada penguasa yang mampu dan berani bertindak. Jadi saya ucap tahniah kepada SPRM yang berani bertindak sedemikian.
- Only through good governance, clarity and policy and effective execution of this policies, can we embark on this new plan. Saya tahu dalam keadaan ini dari segi kejayaan, saya tidak nafikan. Saudara tahu dalam angka-angka yang dikeluarkan oleh MIDA, pencapaian Januari sampai September 2023, sampaikan RM99.6 bilion ringgit. Itu suatu yang membanggakan dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu baik serangan Israel di Gaza ataupun dengan laluan Suez Canal yang terbatas ataupun perang Rusia, Ukraine.
- Sebab itu kita akui bahawa dengan lonjakkan program industri dan kejayaan Pulau Pinang, ia juga memberi tekanan kepada infrastruktur yang ada. Sama ada lebuh raya atau pelabuhan ataupun lapangan terbang. Jadi sebab itu, kita telah umumkan menyegerakan untuk pelaksanaan LRT, kemudian membesarkan Lapangan Terbang Bayan Lepas.
- Saya telah beritahu kepada YB Chow dan dalam perbincangan saya dengan YB Anthony Loke, Menteri Pengangkutan untuk tidak menggunakan kerangka pelaksanaan yang lama. Jadikan pembesaran Lapangan Terbang Bayan Lepas ini sebagai program yang mendesak yang perlu disegerakan. Maka kalau perlu diadakan proses tender yang dapat mempercepatkan dan tidak melalui proses tender biasa, supaya pelaksanaannya tidak bermula akhir tahun, tapi kalau boleh lebih awal daripada itu. Yang lain saya tahu berkaitan isu kesesakan dari YB Chow kerana dalam perjalanan dia pastikan saya ikut jalan di mana banyak sekali kesesakan kereta untuk meyakinkan saya bahawa ada keperluan mendesak. Saya kata tak perlu begitu, saya tahu. Beliau sebut di Juru begini, di seberang begini, kemudian laluan jalur keluar dari pulau, kesesakan di seberang. Sepanjang perjalanan beliau cerita masalah saja di Pulau Pinang. Ini maknanya Ketua Menteri yang baiklah, maknanya dia terangkan masalah kerana tak mudah dapat (peluang). Saya kata dia captive audience, I don’t have a choice, I’m seated beside him, I have to listen.
Saudara-saudara,
- Saya ingin sekali lagi menyebut bahawa ada isu lain yang disebut oleh pelabur-pelabur. Tahun lalu saya banyak juga keluar ke negara China, Amerika Syarikat, ASEAN, UAE, dan Arab Saudi. Seperti mana saya sebut umumnya positif, pertama, mutu dan keupayaan tenaga terlatih. Baik, berdisiplin tetapi ada niche yang patut diberikan penekanan tambahan yang menjadi cabaran kepada politeknik, kursus TVET dan universiti untuk melakukan sesuatu yang lebih cepat. Saya juga telah mengarahkan universiti supaya tidak gunakan kaedah board of studies dengan kelulusan cara lama tetapi mengadakan satu program yang boleh percepatkan kelulusan beberapa program baru. Kalau kita gunakan kaedah lama, to introduce an AI unit, it goes through dean, faculty, the board of studies and back to the council, back to the Ministry of Higher Education and they’ll take 1.5 to 2 years to start. Pada ketika itu dunia ilmu AI itu sudah berubah. Oleh itu tidak boleh lagi guna pendekatan yang sama.
- Tetapi ada satu lagi perkara yang disebut oleh pelabur iaitu apa yang disebut sebagai ease of doing business. Walaupun kita cepatkan, tapi masih ada pandangan umpamanya ada syarikat Infineon contohnya nak pilih di antara Texas, Jerman, Amerika atau Europe, sebaliknya dari empat negara tersebut mereka telah memilih Malaysia. Markah keseluruhannya baik, tetapi Malaysia lemah dalam dua (2) perkara yang saya sebutkan tadi. Top niche tenaga kerja yang mahir dan kelulusan yang lebih lambat ketimbang atau berbanding dengan Vietnam umpamanya. Tapi alhamdulillah skor yang lain menyebabkan kita menang. Jadi saya dengar umpamanya Geely, Proton sebut perkara yang sama. Di Amerika Syarikat, saya sebut juga beberapa syarikat besar yang jumpa saya. I’m talking about CEO of the big companies. Dia sebut tentang “Yes you are more efficient. Yes, it is relatively faster, but not as fast as one or two other countries in ASEAN” and to me it’s unacceptable.
- Sebab itu di peringkat Jemaah Menteri kita tugaskan di peringkat Menteri, Menteri MITI, Tengku Zafrul untuk selaraskan. Saya tidak kira pelaburan itu sektor mana, kementerian mana, jabatan mana. Yang bertugas menyelaras untuk 18 agensi itu, satu Menteri, dan di peringkat jawatankuasa kerja MIDA akan diberikan tanggungjawab yang lebih besar dan saya percaya ini juga dilakukan di PDC Pulau Pinang. Tetapi jangan pandang ringan, kalau saya jumpa beberapa syarikat besar gergasi dunia dan dia tegur perkara ini, kita mesti terima kenyataan dan hal ini boleh diperbaiki. It does not require additional cost, it doesn’t require additional officers, it just requires an effective execution and not to allow for any undue and delay. Jadi sebab itu saya tekankan perkara ini supaya kita dapat meningkatkan prestasi dan menarik pelabur dan alhamdulillah seperti saudara-saudara tahu, kerana politik stabil ada kejelasan (clarity) dari segi dasar ekonomi. Kita hanya perbaiki beberapa kelemahan-kelemahan yang dikenal pasti dan saya yakin hal ini boleh dilakukan.
- Sekali lagi saya ucap terima kasih dan tahniah kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan PDC khususnya kerana kejayaannya sekarang untuk BKIP 3, menunjukkan bahawa Pulau Pinang di landasan yang baik, maju dan membanggakan. Satu perkara yang sangat dirunsingkan termasuk di kawasan Batu Kawan dan selatan di Nibong Tebal, dan Balik Pulau adalah masalah air. Kita tertangguh dengan keperluan air di Kedah dan sebagainya. Tapi berita baiknya ialah kita setuju sekarang untuk membangunkan Kerian Hi-Tech yang baru. Ini yang betul-betul di sempadan yang juga akan ada limpahan ke selatan Seberang Perai, di kawasan Sungai Aceh umpamanya, limpahan ke situ dari Parit Buntar. Bekalan air dan tenaga akan ditumpukan dari Sungai Perak dan ini tanggungjawab Kerajaan Persekutuan, dipersetujui oleh Perak iaitu bekalan air yang banyak ke Kerian dan dari Kerian terus ke Seberang Perai. Jadi maknanya berita baik bagi Pulau Pinang dan kita akan segerakan projek tersebut.
- Memang ada kelewatan sedikit nak dapatkan keyakinan Perak. Bukan Perak menentang tapi Perak merasakan dia kena yakin air cukup bagi keperluan Perak dahulu. Jadi bila kita buktikan bekalan air di Perak itu jenuh melimpah dan kita Kerajaan Persekutuan akan bantu supaya menyalurkan keperluan air di Kerian Hi-Tech dan daripada jumlah yang besar itu memenuhi kawasan Kerian dan terus melimpah ke Seberang Perai.
Sekali lagi saya ucap terima kasih.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Similar Posts:
- KERAJAAN TUMPU USAHA TURUNKAN HARGA BAHAN MENTAH – PM ANWAR
- PM CADANG KERJASAMA SWASTA, GLC PERKASAKAN TVET
- PENJAWAT AWAM DISERU BAWA PERUBAHAN KEMBALIKAN MALAYSIA KE TAHAP GEMILANG
- MA63: PERJANJIAN HARUS DIPEGANG, MESTI DITUNAIKAN – PM ANWAR
- BELANJAWAN 2023 AMBIL KIRA CABARAN EKONOMI SEMASA – PM ANWAR