TEKS UCAPAN YAB PERDANA MENTERI: MAJLIS SAMBUTAN PERAYAAN HARI GAWAI 2023

 

TEKS UCAPAN  

YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM

PERDANA MENTERI

 

SEMPENA

 

MAJLIS SAMBUTAN PERAYAAN HARI GAWAI 2023

 

7 JUN 2023 (RABU)

 

PUSAT KONVENSYEN BORNEO KUCHING (BCCK), SARAWAK

 

 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Selamat Datai ke Gawai Sarawak.

 

Saya hendak mulakan dengan mengucapkan terima kasih dan mengalu alukan kehadiran;

 

Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud serta Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Patinggi Hajjah Raghad Kurdi Taib, yang dapat bersama-sama menyerikan, meraikan dan memaknai satu majlis yang penting bukan sahaja bagi Dayak di Sarawak tapi bagi rakyat Sarawak, dan kehadiran saya itu mewakili sentimen rakyat Malaysia yang merasakan Gawai itu sebahagian daripada budaya kita dan penghormatan kita kepada budaya yang penting di negara ini, jadi kehadiran saya ini bertujuan meraikan saudara-saudara.

 

Yang Amat Berhormat Tan Sri Datuk Patinggi Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg,

Premier Sarawak;

 

Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri Malaysia II;

 

YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas, yang mengepalai majlis pada malam ini;

Timbalan Premier, Speaker, Menteri-menteri Persekutuan dan Negeri serta rakan-rakan yang saya muliakan.

 

  1. Malam ini kita raikan satu budaya yang penting dan kita harus tekankan betapa nikmatnya kita dalam keadaan kepelbagaian ini. Kepelbagaian boleh meruntuhkan, kepelbagaian juga boleh membina.

 

  1. Bukan sahaja kerajaan GPS Sarawak, Kerajaan Perpaduan Malaysia memilih bahawa kepelbagaian ini harus membina dan memperkukuh.

 

  1. Tetapi ini bukan semestinya suatu fenomena yang kita harus anggap mudah. Kerana ia dibina oleh bapa-bapa kemerdekaan dahulu, dibina dengan keyakinan bahawa Malaysia dan kehadiran Sarawak bersama dalam Malaysia, Sabah dan negeri-negeri di Semenanjung Tanah Melayu adalah untuk mengangkat martabat negara ini sebagai negara berdaulat, merdeka dan berjaya.
  2. Menggunakan segala kejayaan untuk dipulangkan kepada rakyat. Tetapi seperti mana saya peringatkan, hubaya-hubaya harus waspada kerana unsur-unsur yang memecahbelahkan itu tetap ada.

 

  1. Lebih terkawal di Sarawak, lebih murni suasana di Sarawak dan saya salute dan ucapkan tahniah kepada Premier Abang Jo dan pimpinan di sini. Sebab itu dalam kesempatan saya bersama dalam majlis yang sebelum ini di sini saya katakan sampai ketikanya di mana rakyat Malaysia terutama di Semenanjung Tanah Melayu, di kalangan kawan-kawan yang agak riuh dan hiruk-pikuk menimbulkan perbedaan, mencetuskan salah faham di antara kaum, membawa sentimen agama yang jumud dan ekstrem, marilah kita belajar dari pengalaman dan kekuatan di Sarawak.

 

  1. Saya tekankan ini kerana kalau kita dengar titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Dipertuan Agong hari Isnin lalu, baginda masih menekankan betapa perlunya dipupuk dan digilap semangat perpaduan ini. Jangan jadikan apa juga isu, bibit untuk memecah belah dan menanam kebencian. Kerana kita sebagai manusia, pelbagai agama, Islam, Kristian, Hindu, Buddha tidak ada makna agama, budaya, kalau tidak membawa mesej keamanan, ehsan, kemanusiaan dan inilah yang harus kita bina bersama.

 

  1. Sebab itu saya secara peribadi dan juga mewakili rakan- rakan ingin ucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada Premier Abang Jo dan GPS keseluruhannya. Kerana tekad dukungan semangat yang sama ini sangat bermakna.

 

  1. Saya tidak mahu membuat pujian lebih, tetapi kenyataannya ialah walaupun GPS itu parti Sarawak, kukuh di Sarawak, kehadirannya membina kekuatan Kerajaan Perpaduan dan memberi kekuatan kepada Kerajaan Malaysia seluruhnya.

 

  1. Inilah yang saya fikir kekuatan kita, pemimpin ini dia harus menyuarakan suara rakyat. Apa yang rakyat Sarawak mahu, gunakan kesempatan sampaikan. Saya terpaksa dengar.

 

  1. Saya hendak sebut perkara ini sebelum saya ulas hal lain. Apa yang istimewanya di Sarawak? Sarawak ini semasa bersama Malaysia di peringkat awal 1963 iaitu di antara negeri yang termiskin, prasarana yang paling lemah. Pemimpin-pemimpin pada masa itu sehingga ketika YAB Tun Patinggi Taib Mahmud menjadi Ketua Menteri, Adnan Satim itu membina kekuatan-kekuatan, dan kita lihat sekarang.

 

  1. Petang tadi selepas bersama dengan Tuanku Sultan Selangor makan tengah hari di Istana Shah Alam, kita ada mesyuarat Majlis Sains Negara yang juga dihadiri oleh YAB TPM Fadillah. Sebelum itu Mesyuarat Tertinggi Perkhidmatan Awam, dan dalam kedua-dua pertemuan ini saya sebut bahawa Putrajaya dalam beberapa bidang termasuk teknologi hijau, hidrogen, ammonia itu sudah ketinggalan.

 

  1. Ketimbang atau berbanding apa yang diusahakan dan dilaksanakan di Sarawak oleh Premier Abang Jo, saya sebut ini sebab iri hati saya menyatakan bahawa inilah kenyataan Sarawak sekarang dengan kesungguhan, kepetahan, komitmen pimpinan, dia boleh bawa Sarawak itu sesuatu tingkat yang dalam beberapa bidang lebih hebat dari mana-mana negeri di Malaysia ini.

 

  1. Sebab itulah tanggungjawab kita perkukuhkan perpaduan yang ada, perkukuhkan kekuatan kerana kekuatan itu Alhamdulillah dimanfaatkan untuk membangkit dan membina.

 

  1. For this exact reason, I must stress this again—not to disparage my friend the Premier, but to categorically declare that the harmony, unity, and support you have witnessed here are fully utilized and exploited for the benefit of the people, as I have personally witnessed. Furthermore, this is all done in a relatively short amount of time—just a few months. I make four visits here.

 

  1. My point is that commitment and perseverance are just as important as people’s support. The fourth side’s leadership vision. For this reason, I am happy to state that I will be working with Premier Abang Jo to raise not only Sarawak but also Malaysia to new heights in the near future. We possess the resources, the potential, and the right to demand better.

 

  1. Depending on our commitment to implementing the necessary reforms and changes to guarantee good governance, prevent leaks, and stop the temptation to use resources for the personal gain of leaders rather than the good of the state.

 

  1. This is demonstrated by the Premier’s commitment, and I am really encouraged and optimistic about it. You understand me, I’m not trying to be controversial; sometimes I just dream, but you have proven in Sarawak that you are capable of doing well.

 

  1. Jadi kalau sudah perform well minta apa lagi pada saya. Tapi saya datang dan pimpin dengan komitmen yang jelas. Apa yang dijanji oleh Bapa-bapa Kemerdekaan mesti ditunaikan.

 

  1. Sebab itu MA63 bagi saya bukan harus jadi isu lagi. Tanggungjawab kita dalam kerajaan dan pimpinan sekarang laksanakan apa yang kita janji. Dan saya tugaskan TPM Fadillah pantau semuanya yang harus dan mampu kita laksanakan.

 

  1. Termasuk projek Pan Borneo kerana di Sabah minggu lalu saya sebut Pan Borneo sudah 20 tahun tapi tidak siap-siap. Jadi sebab saya beritahu kepada TPM Fadhillah, saya bagi mandat penuh do whatever is necessary, speed up facilitate and get it done with Sarawak and Sabah highway.

 

  1. I’m proud to say that my colleague TPM Fadillah is concentrating on this, and although there are still some obstacles in the way of the project’s implementation in Sabah, we have seen more progress in Sarawak.

 

  1. Selain daripada itu, beberapa projek umpamanya Menteri Pendidikan diminta untuk meletakkan semua senarai sekolah-sekolah daif dan kebetulan ada di pedalaman Sarawak. Saya beri keutamaan kerana saya tidak mahu jadi Perdana Menteri tetapi banyak sekolah daif. Tidak kiralah di Sarawak atau di Kelantan, walaupun Kelantan di bawah pembangkang, tanggungjawab kita untuk pastikan sekolah-sekolah daif itu diperbaiki segera supaya anak-anak kita mendapat persekolahan yang baik.

 

  1. Untuk itu kita belanjakan RM1.4 bilion dan sebahagiannya peruntukan itu memang untuk negeri Sarawak. Begitulah seriousness kita, saya dan rakan-rakan menteri lain, berbanding 2022, Belanjawan MADANI 2023 memberi peruntukan yang tinggi. Kalau kita lihat umpamanya bilangan projek tahun 2023 untuk Sarawak 980 dengan peruntukan RM5.69 bilion.

 

  1. Dan pertama kali kita berikan kuasa untuk kerajaan negeri. JKR negeri melaksanakan projek-projek peringkat awal RM50 juta ke bawah supaya projek klinik di Kapit, di Lawas tidak perlu mendapat kelulusan Putrajaya. Buat keputusan di sini dan laksanakan di sini dan kita berikan dukungan serta sokongan penuh.

 

  1. Peruntukan pembangunan di Sarawak termasuk saya katakan tadi 161 projek baharu dengan kos projek RM9.3 bilion. Saya sengaja sebut begini, saya tidak ulang semua projek tapi hendak menyebut bahawa saya tidak melihat lagi dari segi sudut kepentingan-kepentingan negeri. Kalau banjir serius di Kelantan, maka saya tambah peruntukan RM1 bilion di Kelantan untuk projek tebatan banjir. Baru-baru ini masalah serius bekalan air di beberapa negeri termasuk Sabah dan Kelantan, maka saya panggil kedua-dua Ketua Menteri dan Menteri Besar untuk cuba menyelesaikan dalam kadar segera. Ini isu-isu yang saya katakan mendesak.

 

  1. Di Sarawak umpamanya ada projek pembinaan loji rawatan air Landeh, pembinaan tangki simpanan di Bukit Sipaya, rangkaian paip ke jalan Kampung Serian, Kuching. Projek RM776 juta. Pembangunan kawasan sempadan, ini projek baru kerana Sarawak juga akan eksport gas ke ibu kota negara baru Indonesia di kalimantan.

 

  1. Tetapi di sempadan itu kadang-kadang beberapa kemudahan, bangunan sebelah Indonesia itu lebih baik, maka kita telah buat peruntukan RM500 juta untuk sempadan Sarawak mempersiapkan. Projek-projek lain secara keseluruhan bernilai RM305 juta yang saya telah luluskan.

 

  1. Kerajaan negeri minta supaya pakej insentif cukai bagi pelaburan negeri ini ditambah. Maka kita tambah 2 tahun lagi untuk tempoh peralihan. Selain itu, seperti saudara-saudara tahu, yang penting bagi kita ialah rakyat. Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan bantuan kebajikan masyarakat yang penerimanya di sini 868,498 orang dengan peruntukan RM296.68 juta.

 

  1. Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat kepada 43,630 orang dengan jumlah peruntukan RM253 juta. Saya memilih Gawai ini sebagai kesempatan untuk mengumumkan dan menunjukkan bahawa ada perubahan dalam sikap kita. Kita bekerja sebagai satu pasukan. Hak mesti dihormati. Sebab itu bila Premier dan Kerajaan Negeri putuskan tentang NCR, saya terima bukan sahaja dengan baik tetapi saya anggap satu keputusan yang bijak supaya keluhan masyarakat asal di sini mengenai kawasan milik tanah mereka NCR itu telah diselesaikan dengan begitu baik.

 

  1. Dato’ Douglas Unggah minta supaya kita tambah peruntukan untuk diukur sempadan. Jadi saya setuju, untuk tahun ini kita tambah RM10 juta lagi.

 

  1. Mengenai rumah-rumah ibadat, dasar kita adalah membantu. Jadi untuk beberapa projek tertentu, saya akan bincang dengan Premier untuk kita pastikan supaya peruntukan yang kita berikan kepada Semenanjung untuk keperluan rumah ibadat seperti gereja, kuil atau pagoda kita akan juga salurkan ke Sarawak.

 

  1. Jadi sekali lagi saya ucap terima kasih. Saya cuma hendak sebut di sini bahawa, saya tertarik dengan “Segulai Sejalai.”

 

  1. Jadi pada malam ini saya hendak pastikan moto “Segulai Sejalai” ini menjadi moto di seluruh Malaysia. Maknanya ke mana-mana saya pergi bila bicara soal kesatuan, perpaduan, bekerjasama, perkuatkan, maka saya akan sebut “Segulai Sejalai”. Terima kasih.

 

 

Similar Posts:

Share:
Scroll to top
Telegram Pejabat Perdana Menteri

Info

Lorem ipsum dolor sit amet consectetur adipisicing.