TEKS UCAPAN YAB PERDANA MENTERI: PELANCARAN SAMBUTAN ULANG TAHUN PBSM KE-75 DAN PERASMIAN IBU PERJABAT PBSM

 

TEKS UCAPAN

YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM

PERDANA MENTERI

 

 

SEMPENA

PELANCARAN SAMBUTAN ULANG TAHUN PBSM KE-75 DAN PERASMIAN IBU PERJABAT PBSM

 

5 MEI 2023 (JUMAAT) 

 

IBU PEJABAT PBSM

JALAN WISMA PUTRA, KUALA LUMPUR

 

 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh & Salam Sejahtera.

 

Alhamdulillah, Nahmaduhu Wa Nusalli Ala Rasoolilah Kareem

 

Yang Teramat Mulia Tunku Intan Syafinaz,

Pengerusi Bulan Sabit Merah Malaysia;

Menteri-Menteri dan Timbalan Menteri;

Panglima Angkatan Tentera ;

Wakil-wakil Kedutaan; dan

Rakan-rakan yang saya muliakan.

 

  1. Kita baru mendengar ucapan dari Pengerusi yang mewakili sosok yang dinamik, bekerja keras dan tunjuk komitmen yang sangat luar biasa bagi mengangkat semula peranan Bulan Sabit Merah.
  1. Benar apa yang diucapkan oleh Tunku Intan Syafinaz sebentar tadi, kalau tidak kerana kecekalan dan sikap progresif beliau sukar untuk menyuruh saya datang ke mari. Saya gembira, alhamdulillah kita dapat bersama-sama menyaksikan perkembangan Persatuan Bulan Sabit Merah dan sebelumnya dikenali sebagai Palang Merah, yang kita kenal sejak dibangku sekolah. Tetapi ada teras yang ditekankan oleh pengerusi sebentar tadi, yang sangat dekat dengan hati nurani kita semua dan juga serasi dengan MADANI iaitu soal Ihsan dan Rahmah serta kemanusiaan atau kesejagatan. Kelemahan kita akhir-akhir ini ialah hilang faktor nilai sepertimana yang ditekankan oleh Bulan Sabit Merah Malaysia dan International Federation dan adalah menjadi keperluan untuk melonjakkan semula semangat kemanusiaan itu.
  1. Kemanusiaan ini universal, kalau kita lihat dalam pandangan Islam dan falsafah Yunani atau falsafah China dan lain-lain, penekanan nilai kemanusiaan sejagat adalah sangat penting. Dengan cara sedemikian, kita dapat mengenepikan satu kefahaman kefanatikan sama ada perkauman sempit atau Chauvinism yang akan menyekang hubungan kemanusiaan. Tetapi kemanusiaan itu lebih bererti jika kita ada care and compassion, ihsan dan kasih sayang yang menetapkan kita sebagai seorang manusia. Nilai kemanusian itu adalah apa bila kita ada perasaan bertimbang rasa, kasih sesama manusia dan memberi bantuan kepada yang menghadapi masalah. Perkara inilah yang telah dikembangkan oleh Persatuan Bulan Sabit seperti yang disebut oleh Pengerusi dan ia harus terus diasak dalam kalangan pelajar-pelajar dan juga masyarakat muda di negara kita.
  1. Dengan kehadiran Menteri-menteri yang berkaitan saya percaya usaha ini akan dapat memberikan kesan yang lebih bermakna.
  1. 75 tahun sejarah Persatuan Bulan Sabit Merah, hampir sama dengan umur saya, bukannya baru dengan pengalaman mereka dan kalau kita lihat paparan di media setiap kali ada bencana, ada malapetaka, ada perang kehadiran saudara wakil-wakil Bulan Sabit Merah ini amat bermakna. Menyabung nyawa menghadapi risiko, ada yang tercedera dalam usaha menyelamat membantu masyarakat. Sebab itu kita harus lihat konteks ini supaya kita lebih prihatin dan zahirkan bukan sahaja sikap kasih sayang, tetapi menghargai keringat saudara-saudara barisan hadapan yang berusaha membantu dengan bersungguh.
  1. Jangan kita remehkan anak-anak muda dan golongan profesional yang menjadi sukarelawan kerana mempunyai kekuatan nilai dalam diri mereka. Mengapa harus mereka bersabung nyawa dan mengambil risiko kalau tidak ditanam dan dipahat di hati sanubari mereka nilai ihsan, dan nilai kasih sayang yang sebati dengan nilai manusiawi yang juga disebut dalam Islam sebagai ‘karamah insaniah’.
  1. Maknanya ini yang memberikan kita nilai dan membedakan kita dengan sikap kerakusan yang dikaitkan dengan sifat kehaiwanan. Yang saya tekankan di sini ialah menghargai peranan sukarelawan dan sukarelwati ini kerana mereka tidak mungkin sanggup mengambil risiko sebegitu rupa kalau tidak terpahat dalam hati nurani mereka sebuah keyakinan dan rasa kasih sayang.
  1. Saya sempat melihat malapetaka di Turkey beberapa bulan yang lalu dan melihat barisan hadapan termasuk sukarelawan daripada Bulan Sabit Merah yang terdiri daripada anak-anak muda yang mempunyai kecekalan dan kesungguhan. Sepertimana saya sebut dalam Parlimen keesokkan hari setelah kembali ke tanahair agak menarik, kerana sepanjang berada di sana tidak ada seorang yang mengeluh lapar, tidak cukup makan, atau mengeluh letih. Walaupun saya melihat muka, pakaian dan rambut mereka kelihatan bukti keletihan, tetapi inilah yang dilakukan oleh mereka termasuk petugas-petugas Angkatan Tentera Malaysia dan PDRM yang diselaraskan oleh NADMA.
  1. Yang ingin saya tekankan disini adalah kesanggupan mereka melakukan tugas kerana telah tertanam dan terpahat di hati sanubari mereka nilai-nilai murni yang disebut sebagai tonggak yang menjadi pegangan Bulan Sabit Merah.
  1. Tentunya potensi menggerakkan dan mengembangkan harus ada bersama dengan pimpinan Yang Teramat Mulia Tungku Intan Syafinaz dan rakan-rakan. Saya lihat ada mantan-mantan pegawai tinggi polis dan tentera serta wakil dari kedutaan.
  1. Bagi pihak Kerajaan tentulah kita akan terus memberikan rangsangan dan galakkan. Oleh sebab itu, Yang Berhormat Menteri Nancy Syukri menyebut tentang peruntukan yang diserahkan melalui Kementerian beliau sebanyak RM1 juta ringgit. Saya juga telah bersetuju RM1 juta ringgit dari Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) itu khusus untuk kerja-kerja kebajikan dan usaha-usaha di lapangan dalam dan luar negara. Untuk memperkukuh dan memastikan penyelenggaraan dan pengurusan ibu pejabat di negeri-negeri lebih mantap saya bersetuju untuk menambah lagi RM1 juta ringgit.
  1. Saya ucapkan tahniah kepada rakan-rakan yang memberikan sumbangan yang sangat bererti untuk negara. Negara ini tidak tertegak hanya dengan Jemaah menteri atau jabatan-jabatan kerajaan, tetapi gabungan semuanya. Faktor keselamatan penting untuk memastikan kita boleh bekerja dalam suasana aman, tidak menghadapi isu-isu seperti di Sudan dan lain-lain kerana keupayaan Angkatan Tentera Malaysia dan PDRM serta badan penguatkuasaan lain yang memberikan kelapangan dan keselesaan hidup kita.
  1. Tetapi kita juga perlu tahu bahawa urusan eksekutif, pentadbiran pertahanan itu harus didukung oleh kegiatan masyarakat yang aktif dan robust. At these contact that I’am implore the work of the Red Crescent, Red Cross because of their dedication, inforce value of universality and compassion in their dedication including sacrifice they have to take and make in dealing with the situation carries their time and challenging most time and they for we have to omplored them and in the society to ensure the progress and success of these nation. We need the spirit of the volunteerism, sacrifice among Malaysian particularly younger Malaysian imparted to create value and I stress the important of univasality and the spirit of compassion which is strongly ambident in the philosophy of red crescent red cross. I will strongly edge them to continue the ministry in their own capacity to support to encourage our young student and youth to participate in these endeavour.

 

  1. The success of the MADANI nation in Malaysia would depend only in the manner of leaders navigate the society. Leading the country of access of corruption. The efficiency and the capacity, the commitment of the sivil servant dedication of police and enforces but also the commitment and dedication of sivil society organization including Red Crescent.
  1. Dengan semangat ini saya dengan lafaz Bismillahirohmanirohim, melancarkan Sambutan Ulang Tahun Bulan Sabit Merah ke-75 tahun dan Merasmikan Ibu Pejabat Kebangsaan Bulan Sabit Merah Malaysia.

Sekian, Terima Kasih.

 

Similar Posts:

Share:
Scroll to top
Telegram Pejabat Perdana Menteri

Info

Lorem ipsum dolor sit amet consectetur adipisicing.