PERUTUSAN PERDANA MENTERI
SEMPENA AIDILFITRI 2023
18 APRIL 2023 (KHAMIS) | 3.00 PETANG
BANGUNAN PERDANA PUTRA,
PEJABAT PERDANA MENTERI
PUTRAJAYA, MALAYSIA
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh & Salam Sejahtera.
Terima kasih kerana kehadiran dan juga perhatian rakan-rakan.
- Sempena Aidilfitri 2023, walaupun kita masih di akhir Ramadan, saya berpesan agar penuhkan ibadah kita sehingga akhir Ramadan dengan tekun dan barulah kita fikir soal satu Syawal.
- Kerajaan Perpaduan bersetuju untuk melaksanakan beberapa ikhtiar bagi meringankan beban serta memberikan kegembiraan rakyat sempena Aidilfitri yang bakal menjelang.
- Pertama, kerajaan bersetuju untuk melaksanakan Tol Rahmah percuma, iaitu pengecualian bayaran tol selama 4 hari untuk dinikmati oleh semua pengguna jalan raya yang akan pulang ke kampung halaman sempena Aidilfitri. Tol Rahmah percuma akan bermula pada 19 April 2023 (Rabu) hingga 21 April 2023 (Jumaat) dan juga pada 24 April 2023 (Isnin). Pelaksanaan Tol Rahmah percuma akan melibatkan 33 lebuhraya bagi semua jenis kenderaan. Ikhtiar ini akan dapat mengurangkan kos bayaran tol bagi rakyat yang akan pulang beraya di kampung halaman masing-masing serta memudahkan perjalanan balik ke kampung.
- Kedua, kita telah menyaksikan kejayaan Menu Rahmah secara menyeluruh yang sama-sama menjayakan aspirasi MADANI untuk mengurangkan beban kos sara hidup. Kerajaan turut cakna dan prihatin dengan kos pengeluaran yang perlu ditaggung oleh pengusaha bagi mendapatkan bekalan bahan rahmah. Bagi memastikan kelestarian inisiatif Menu Rahmah, Kerajaan dengan kerjasama pasaraya terpilih telah bersetuju untuk menawarkan harga barangan mentah seperti ayam, bawang, barang asas makanan bagi keperluan pengusaha menu rahmah pada kadar diskaun khas. Melalui ikhtiar ini diharapakan dapat memberi kelegaan kepada para pengusaha yang telah memberi dukungan pada kejayaan Menu Rahmah ini. Dan tentunya manafaat kepada sebahagian besar rakyat yang menggunakan Menu Rahmah.
- Ketiga, Polis Di Raja Malaysia (PDRM) akan memberikan kadar khas bayaran saman bermula 21 April sehingga 21 Mei 2023 bagi semua saman trafik PDRM. Kesalahan tahun 2022 dan sebelumnya, kadar saman boleh diuruskan dengan kadar RM 50 ringgit dan kadar khas ini tidak terpakai bagi saman pada tahun 2023. Walaubagaimanapun, PDRM komited untuk terus memastikan keselamatan jalan raya pada tahap yang optimum terutamanya pada musim perayaan.
- Bagi memastikan kelancaran pengguna jalan raya sempena Hari Raya Aidilfitri, PDRM akan melaksanakan Ops Lancar pada 18-19 April yang memfokuskan kepada lalua n yang dijangka mengalami kesesakan.
- Ops Selamat20 pula akan di laksanakan bermula 20 April bagi tempoh 7 hari dengan tema ‘Rumah Selamat, Selamat Sampai ke Destinasi’. PDRM juga akan bekerjasama dengan agensi lain termasuk RELA dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia untuk memastikan laluan hot spot seperti susur masuk dan keluar di plaza tol misalnya tidak mengalami kesesakkan lalu lintas.
- Sempena Aidilfitri Jabatan Penjara Malaysia akan melaksanakan pelepasan orang bebas berlesen, di bawah Program Pelepasan Banduan secara berlesen (PBSL) ‘Ihsan MADANI kepulangan yang dinanti’. Ikhtiar ini akan memberi peluang kepada penghuni penjara beragama Islam untuk meraikan Aidilfitri bersama keluarga tercinta selain penghuni agama lain yang turut berpeluang mengeratkan hubungan kekeluargaan. Pelepasan Orang Bebas Berlesen dilaksanakan di seluruh institusi penjara di Malaysia. Melibatkan pelepasan lebih seribu orang OBB sepanjang bulan Ramadan dan mencecah awal Syawal kerana jumlah besar dan mengambil sedikit waktu.
- Kelima, keutamaan kerajaan perpaduan bagi penyeliaan Perumahan Mampu Milik untuk rakyat bagi merialisasikan hasrat ini lebih-lebih lagi dengan kos bahan mentah yang semakin meningkat. Kerajaan bersama persatuan simen dan konkrit Malaysia serta pemaju perumahan swasta akan menawarkan harga simen pada kadar yang berpatutan untuk manfaat pemaju rumah mampu milik. Ikhtiar ini memberi tumpuan kepada rumah mampu milik berharga 300,000.00 ribu ringgit ke bawah yang akan memanfaatkan golongan B40 dan M40 dengan pengurangan harga rumah dengan maksimum RM 5,000.00 ringgit mengikut jenis dan harga rumah. Mengambil kira pengurangan harga simen berbanding harga pasaran ia akan melibatkan keseluruhan pengurangan sebanyak 120 juta insentif swasta yang telah diberikan oleh pembekal simen kepada pembeli rumah melalui pemaju perumahan. Insentif ini mencukupi untuk pembinaan rumah mampu milik 24,000 ribu unit.
- Pagi tadi saya telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kewangan Negara 2023. Kerajaan Persekutuan memahami kepentingan dan keperluan penyelenggaraan berkala Kerajaan Persekutuan. Supaya jalan sentiasa selamat dan selesa untuk kegunaan rakyat. Ini khususnya melibatkan masalah jalan raya berlubang sebagai antara penyumbang kepada kemalangan jalan raya. Dalam mesyuarat bersama Primer, Menteri-menteri Besar dan Ketua Menteri, pelaksanaan jalan-jalan Negeri yang dibayar mengikut peruntukan MARIS itu berjalan lancar dan teratur tetapi ternyata jalan-jalan Persekutuan itu menghadapi banyak masalah. Oleh itu Kerajaan akan menambah peruntukan sebanyak 250 Juta ringgit lagi untuk penyelenggaraan jalan-jalan Persekutuan dan kerja tersebut akan diagih khusus kepada kontraktor kecil Bumiputera. Maka peruntukan penyelenggaraan berkala persekutuan sebanyak 750 juta ringgit yang diumum dalam belanjawan MADANI 2023 kini meningkat kepada 1 billion ringgit. Dukacita ia tidak dapat dilaksanakan sebelum rakan-rakan masyarakat bergerak pulang ke rumah masing-masing.
- Ketujuh, memandangkan pengumuman rasmi 1 syawal 1444 hijrah untuk sambutan Aidilfitri akan diumumkan buat pada khamis 20 April 2023 oleh Penyimpan Mohor Besat Raja-Raja, maka Kerajaan bersetuju memberi satu hari kelepasan am tambahan bagi memudahkan rakyat untuk membuat perancangan sewajarnya untuk Aidilfitri dan pulang ke kampung halaman. Sekiranya tarikh 1 Syawal jatuh pada hari jumaat 21 April maka kerajaan akan menetapkan hari isnin 24 April sebagai hari cuti bedasarkan seksyen 8 akta yang memberi hari kelepasan 1951 bagi semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan. Walaubagaimanapun, andai kata tarikh 1 Syawal jatuh pada hari Sabtu 22 April yang kini merupakan kemungkinan besar maka kerajaan menetapkan hari Jumaat 21 April 2023 sebagai hari cuti perlepasan am tambahan. Bagi Sabah dan Sarawak kerajaan Negeri boleh mengistiharkan hari perlepasan am pada tarikh tersebut mengikut ordinan hari kelepasan Am masing-masing. Kerajaan perpaduan terus bertekad untuk memastikan kebajikan rakyat dibawah Malaysia MADANI sentiasa terbela dalam segenap aspek.
- Di harap dengan pelbagai ikhtiar dan pelepasan khas yang dilaksanakan sempena sambutan Aidilfitri dapat memberi makna buat seluruh rakyat Malaysia. Penjelasan terperinci tol akan dibuat oleh saudara Alex, Menteri Kerja Raya, sementara saudara Salahuddin akan memberi penjelasan dan kenyataan lengkap mengenai inisiatif dan ikhtiar Rahmah. Saudara Kor Ming akan memberikan penjelasan terperinci kerana melibatkan syarikat-syarikat perumahan rakyat yang majoritinya B40 dan M40 yang lebih rendah.
- Akhir kata, terima kasih dan selamat menunaikan ibadah Ramadan yang berbaki secara sungguh-sungguh dan tekun dan selamat menyambut Aidilfitri.
Sekian.
Similar Posts:
- PM ANWAR UMUM TOL PERCUMA 20, 21 JAN SEMPENA TAHUN BARU CINA
- PASCA PRU15: ANGGOTA PERKHIDMATAN AWAM TERUS SEMPURNA TUGAS DEMI RAKYAT, NEGARA – MOHD ZUKI
- PASCA PRU15: ANGGOTA PERKHIDMATAN AWAM TERUS SEMPURNA TUGAS DEMI RAKYAT, NEGARA – MOHD ZUKI
- ANWAR BERI PENGHORMATAN TERAKHIR KEPADA JIANG ZEMIN
- JOE BIDEN UCAP TAHNIAH KEPADA ANWAR, PUJI DEMOKRASI MALAYSIA