MAJLIS PELEPASAN PASUKAN SUKARELAWAN PERKHIDMATAN AWAM (PSPA) 

LATEST NEWS

 

Majlis Pelepasan Pasukan Sukarelawan Perkhidmatan Awam (PSPA) telah disempurnakan Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Dataran Bulatan Putra Perdana hari ini.

Seramai 1,520 sukarelawan penjawat awam daripada pelbagai agensi, jabatan dan kementerian termasuk daripada Pejabat Perdana Menteri dihantar ke Johor untuk membantu aktiviti pasca banjir.

Bantuan sukarelawan pasca banjir dikhususkan ke kawasan-kawasan yang terjejas di sekitar daerah Batu Pahat dengan tumpuan kepada aspek pembersihan fasiliti perubatan, fasiliti pendidikan, bangunan-bangunan kerajaan serta tempat-tempat awam.

#MalaysiaMADANI

Similar Posts:

Share:
Scroll to top
Telegram Pejabat Perdana Menteri

Info

Lorem ipsum dolor sit amet consectetur adipisicing.