Pejabat Perdana Menteri – Newsletter Bil.5/2022

PERANAN WANITA TERUS DIPERKASA

“Pemerkasaan golongan wanita juga sentiasa menjadi keutamaan Kerajaan kerana wanita di negara ini bukan sekadar perlu dihormati tetapi wajar diberikan pengiktirafan kerana wanita adalah tonggak pembangunan negara.” – YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri Yaacob

Enam Inisiatif Untuk Wanita

1. Pertubuhan Majlis Wanita Negara

Majlis Wanita Negara, Jawatankuasa Eksekutif Wanita Negara dan Jawatankuasa Kerja Wanita Negeri bagi memperkasa peranan wanita di peringkat Persekutuan sehingga ke peringkat Negeri.

2. Rang Undang-undang (RUU) Anti Gangguan Seksual (AGS) 2021

Rang Undang-undang (RUU) Anti Gangguan Seksual (AGS) 2021 juga berjaya diluluskan di peringkat Dewan Negara untuk dikuatkuasakan secara berperingkat. Selanjutnya..

3. Pertubuhan Majlis Wanita Negara

Bagi membantu wanita menghadapi proses perceraian yang panjang, Institusi Hakam di bawah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dimantapkan.

4. Akta Pembiayaan Kewangan Melalui Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia

Akta Pembiayaan Kewangan yang mana pihak bank boleh membekukan akaun bank suami sekiranya ada tuntutan nafkah di mahkamah yang tidak dilunaskan tanpa sebab yang munasabah.

5. Sambutan Hari Wanita Setiap Tahun

Kerajaan telah bersetuju agar Sambutan Hari Wanita dilaksanakan pada 8 Mac 2022 setiap tahun di peringkat Persekutuan dan negeri

6. Kebenaran Bekerja Dari Rumah(BDR) bagi wanita yang kehilangan suami

Kerajaan turut mengumumkan kebenaran bekerja di rumah (BDR) bagi wanita yang kematian suami mengikut tempoh yang bersesuaian. Selanjutnya..

“Bagi tujuan mengupayakan wanita, ia perlu bermula daripada keperluan asas mereka iaitu kemampuan untuk menjana pendapatan bagi kelangsungan hidup mereka dan keluarga.” – YAB Perdana Menteri

Inisiatif Mengupayakan Wanita!

Kerajaan sentiasa komited melaksanakan program dan inisiatif bagi meningkatkan peluang dan penyertaan wanita dalam pelbagai aspek pekerjaan dan kehidupan. Berikut tiga inisiatif utama istimewa buat golongan wanita tanda apresiasi Kerajaan terhadap wanita.

TEKUNNita

Skim/Program TekunNita adalah pembiayaan mikro yang diberikan secara berkumpulan khas untuk wanita yang mempunyai perniagaan yang sah disisi undang-undang dan mengikut syariah.

Bagi Perniagaan berkumpulan lima orang WANITA ( 5) , jumlah pembiyaan adalah seperti berikut: Pembiayaan Pertama dari RM1,000 Sehingga RM10,000

Pembiayaan Kedua RM1,000 sehingga RM20,000

DanaNita

DanaNITA ialah Skim Pembiayaan Perniagaan khusus kepada usahawan wanita Bumiputera bagi tujuan mengembangkan perniagaan.
Ia bertujuan untuk memperhebatkan penyertaan wanita dalam aktiviti keusahawanan, memperkasakan usahawan wanita sedia ada dan meningkatkan pendapatan isi rumah. 

WanitaBangkit@KPWKM

Wanita Bangkit  menyediakan pelan pemerkasaan diri yang komprehensif supaya golongan ini dapat menjana pendapatan melalui peluang pekerjaan atau perniagaan disediakan dengan kerjasama syarikat-syarikat terpilih.
Wanita terpilih akan dilatih, dibimbing dan diberikan peluang kerjaya. 

Similar Posts:

Share:
Scroll to top
Telegram Pejabat Perdana Menteri

Info

Lorem ipsum dolor sit amet consectetur adipisicing.