Kenyataan Media berkaitan Peletakan Jawatan Dato’ Sri Azalina Othman Said Sebagai Penasihat Khas Kepada YAB Perdana Menteri (Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia)

KENYATAAN MEDIA
PEJABAT PERDANA MENTERI


PELETAKAN JAWATAN DATO’ SRI AZALINA OTHMAN SAID SEBAGAI PENASIHAT KHAS KEPADA YAB PERDANA MENTERI (UNDANG-UNDANG DAN HAK ASASI MANUSIA)


Dato’ Sri Azalina Othman Said telah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Penasihat Khas Kepada YAB Perdana Menteri (Undang-Undang Dan Hak Asasi Manusia), Jabatan Perdana Menteri bertarikh 29 Ogos 2022.

YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri telah menerima peletakan jawatan beliau dengan notis sebulan seperti yang dimaklumkan dalam surat berkenaan.

Notis sebulan diberikan bertujuan menyelesaikan kerja-kerja yang berkaitan dengan kakitangan beliau, namun dalam tempoh itu, Dato’ Sri Azalina tidak lagi bertugas di Pejabat Perdana Menteri kerana diberi cuti mulai 1 September sehingga tamat notis pada akhir September.

YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan penghargaan dan terima kasih atas perkhidmatan yang telah diberikan sepanjang tempoh beliau berkhidmat.

#KeluargaMalaysia
#BekerjaBersamaRakyat

PEJABAT PERDANA MENTERI
1 SEPTEMBER 2022

Similar Posts:

Share:
Scroll to top
Telegram Pejabat Perdana Menteri

Info

Lorem ipsum dolor sit amet consectetur adipisicing.