Pejabat Perdana Menteri – Newsletter Bil.4/2022

ENAM INISIATIF SOSIO EKONOMI DIJANGKA KUKUHKAN EKONOMI KOMUNITI
KELUARGA MALAYSIA
Kerajaan hari ini bekerja dalam ๐ฌ๐ž๐ฆ๐š๐ง๐ ๐š๐ญ ๐Š๐ž๐ฅ๐ฎ๐š๐ซ๐ ๐š ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š, dan akanย  terus konsisten memberikan tumpuan kepada program dan inisiatif yang melimpahkan kesejahteraan dan manfaat kepada seluruh Keluarga Malaysia. Berikut adalah inisiatif yang telahย  diumumkan kerajaan bagi memperkukuhkan sosio ekonomi Keluarga Malaysia:ย 

Apa itu Program Agropreneur Muda?

Program Agropreneur Muda merupakan satu inisiatif yang diberikan kepada golongan muda yang berumur di antara 18 hingga 40 tahun. Program ini bertujuan membantu dan menggalakkan penglibatan golongan muda dalam bidang sektor agromakanan yang merangkumi kesemua bidang di sepanjang rantaian nilai seperti tanaman, ternakan dan perikanan, serta industri makanan termasuk pemasaran, penyediaan perkhidmatan sokongan dan input pertanian serta agropelancongan.

Dibawah program ini, tiga jenis bantuan telah ditawarkan:
i. Geran Agropreneur Muda (GAM) – nilai maksima RM20,000.00 per individu

ii. Pembiayaan – dengan caj kewangan 2%

iii. Khidmat nasihat teknikal dan kursus/latihan teknikal 

Berminat? Ayuh mohon!

Untungnya jadi warga FELDA!

Tahukah anda, Tabung Usahawan Belia FELDA (TUBF) merupakan inisiatif Kerajaan dan FELDA dalam membantu usahawan muda FELDA memula dan mengukuhkan perniagaan?

Dana pusingan  dengan jumlah keseluruhan RM10 juta ini diberikan kepada golongan belia (anak,cucu &cicit peneroka / pentadbir) berumur 18-40 tahun yang ingin memulakan perniagaan atau mengembangkan perniagaan masaing-masing.

Dengan pinjaman sebanyak RM5,000 hingga maksimum RM20,000 serta tanpa faedah dikenakan selama 3 tahun mengikut pakej, ia pastinya akan menjadi pemangkin kepada peningkatan ekonomi usahawan FELDA di kawasan rancangan FELDA. Tunggu apa lagi? Permohonan telah dibuka Ogos ini!

i- MILIKI merupakan pemberian insentif pengecualian duti setem ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman bagi pembelian rumah pertama secara peringkat atau tier harga rumah

Dengan kata mudah andai rumah berharga RM500,000 dan ke bawah, anda dapat pengecualian duti setem sebanyak 100%! Jika rumah berharga RM500,000 sehingga RM1 juta, anda dapat pengecualian duti setem sebanyak 50%!

Pengecualian ini diberikan bagi perjanjian jual beli yang disempurnakan dalam tempoh mulai 1 Jun 2022 sehingga Disember 2023.

Apakah itu Program PEMULIH NewBiz

Program ini merupakan program pembiayaan yang ditawarkan kepada individu (yang terkesan dengan dengan ekonomi semasa) bagi tujuan memulakan perniagaan mikro berasaskan makanan. Tiada sebarang cagaran diperlukan malahan kadar keuntungan bagi 6 bulan pertama (iaitu dalam tempoh maratorium)  adalah 0% dan bagi bulan ke-7 dan seterusnya kadar ekuntungan adalah 3% setahun.

PEMULIH NewBiz ini menawarkan pembiayaan RM5,000 bagi peringkat pertama dan RM10,000 bagi peringkat kedua. 

Malaysia Techlympics 2022 (โ€œTechlympicsโ€) merupakan satu inisiatif di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Techlympics akan diadakan secara berperingkat dan besar-besaran di seluruh negara dalam usaha meningkatkan  bakat muda dalam bidang AI, robotik, kod, dron dan juga bidang-bidang teknologi baru dalam kalangan peserta  yang  berumur 7 hingga 30 tahun. Dengan ini, ianya akan membawa golongan muda bersama-sama kerajaan memacu pertumbuhan ekonomi negara melalui pencapaian indeks inovasi dunia yang lebih tinggi.
โ€
Aktiviti-aktiviti yang direka di bawah Techlympics adalah berlandaskan bidang keutamaan Rangka Kerja 10-10 Sains, Teknologi, Inovasi dan Ekonomi (MySTIE) yang dibangunkan MOSTI termasuk Sains, Kejuruteraan Pengkomputeran & Pengkomputeran Mikro, Internet Kebendaan (IOT), Robotik, Dron, Matematik, Reka Bentuk Kreatif & Animasi dan Pencetakan & Pembangunan 3D.

Khas untuk golongan belia bumiputera yang berminat menceburi bidang kesahawanan dan perniagaan francais!

Program YOUNITY merupakan program  khas untuk anda yang memenuhi syarat yang dinyatakan dimana dengan menyertai program ini anda berpeluang mengikuti latihan yang berstruktur,padanan perniagaan, bantuan pembiayaan dan diberi pemantauan selama enam (6) bulan apabila bermulanya perniagaan anda kelak.

Bukan itu sahaja, program ini turut menawarkan pembiayaan yang menggunakan Konsep Islam (Tawarruq) dengan nilai pembiayaan sehingga RM500,000.000 dengan kadar pembiayaan 3.75%. 

Similar Posts:

Share:
Scroll to top
Telegram Pejabat Perdana Menteri

Info

Lorem ipsum dolor sit amet consectetur adipisicing.