Pejabat Perdana Menteri-Newsletter Bil.3/2022

INSIATIF KERAJAAN KEPADA  KEBOLEHPASARAN PEKERJAAN KELUARGA MALAYSIA YANG BERDAYA SAING

“Kerajaan amat prihatin dengan keluhan Keluarga Malaysia dan sentiasa mencari kaedah yang terbaik bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka termasuk berkaitan pengangguran dan kehilangan pekerjaan. Bagi memastikan perkara ini dapat ditangani dengan efektif, pelbagai inisiatif berkonsepkan ‘jamin kerja’ telah dilaksanakan untuk membantu mereka yang benar-benar terkesan dan memerlukan.” – YAB Perdana Menteri , Majlis Perasmian Ekspo Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia 2022


Peningkatan Kerjaya Kementerian Pengajian Tinggi (KPT-CAP)

Program latihan bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan. Ini meliputi IPTA, Politeknik, Kolej Komuniti dan IPTS. Selanjutnya..

Skim Perantisan Nasional (SPN) 

Skim yang berkonsepkan “place and train” ini memberi jaminan peluang pekerjaan kepada belia di bawah 30 tahun dan tidak mempunyai pekerjaan. Selanjutnya..

MyDigitalWorkforce Work in Tech (MYWiT)

Insentif yang diberikan kepada majikan untuk menggambil pekerja Malaysia untuk pekerjaan teknologi dan perkhidmatan digital melalui insentif gaji dan latihan.Selanjutnya.

Professional Training and Education for Growing Entrepreneurs (PROTEGE)

PROTÉGÉ melaksanakan inisiatif-inisiatif untuk meningkatkan potensi kebolehpasaran dan kemahiran keusahawanan dalam kalangan graduan menganggur dan terbuka kepada pelbagai bidang pengajian. Selanjutnya..

Program Usahawan Lepasan Institusi Pendidikan Belia/MARA (PUTRA)

Kemudahan pembiayaan kepada perniagaan mikro bagi semua sektor seperti peruncitan, pembuatan, perkhidmatan kecuali sektor pertanian dan penternakan. Selanjutnya..

Program Pembangunan Usahawan Teknikal (PUTEK)

PUTEK adalah satu program yang bertujuan bagi mewujudkan usahawan baru dalam bidang teknikal yang berasaskan kepada kemahiran yang dimiliki. Selanjutnya..

Program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) 

SLDN merupakan satu kaedah latihan yang berlandaskan industry driven dimana dikendalikan melalui usahasama syarikat-syarikat dan institusi latihan. Selanjutnya..

Program Latihan Industri Berstruktur Nasional (MySIP)

Program yang menyediakan mahasiswa dan para belia Pendidiakn TVET dengan pengalaman kerja yang sebenar melalui amali yang berkualiti. Selanjutnya..

Program Young Employable Students ataupun YES! 

Young Employable Students (YES) ialah rangka kerja tindakan yang direka untuk meningkatkan kemahiran kebolehpasaran graduan dengan kerjasama industri dan institusi akademik. Selanjutnya..

Program Dermasiswa B40 TVET

Dermasiswa bagi lepasan SPM  dalam kalanagn B40 yang sedang menikuti pengajian peringkat Diploma dalam bidang TVET. Selanjutnya..

 

Similar Posts:

Share:
Scroll to top
Telegram Pejabat Perdana Menteri

Info

Lorem ipsum dolor sit amet consectetur adipisicing.