Pejabat Perdana Menteri-Newsletter Bil.2/2022

Pejabat Perdana Menteri Newsletter Bil.2/2022

KERAJAAN SENTIASA MENDENGAR KELUHAN RAKYAT DAN AKAN MEMASTIKAN PELAN PEMULIHAN EKONOMI  YANG DIRANCANG DILAKSANAKAN DENGAN BERKESAN.
Pelbagai inisiatif telah dilaksanakan oleh kerajaan bagi memastikan kesinambungan kesejahteraan setiap ahli Keluarga Malaysia dikecapi oleh semua. Tujuh (7) inisiatif terkini yang ditawarkan adalah seperti berikut:

i-LindungMalaysiaMudah (#MyMudah) 


Anda tahu apa itu  MalaysiaMudah? 
MalaysiaMudah atau juga dikenali sebagai #MyMudah merupakan satu Program     yang dilancarkan untuk mengurangkan beban syarikat dan perniagaan  dengan menghapuskan beban peraturan yang tidak perlu.  

Dengan #Mymudah peniaga boleh memanjangkan masalah yang dihadapi terutama dari segi peraturan kerajaan yang mengekang perniagaan daripada terus beroperasi kepada MPC. MPC akan mengadakan rundingan dengan pihak berwajib bagi mencari jalan penyelesaian untuk membantu peniaga.

Program Place & Train


Program pembangunan modal insan oleh SEDIA bertujuan untuk reskill dan upskill bagi golongan pekerja yang telah diberhentikan dan pencari kerja yang menganggur kesan daripada Pandemik COVID-19. 

Melalui program ini, SEDIA akan menyesuaikan pencari kerja dengan pekerjaan selaras dengan keperluan industri tempatan Majikan/ Persatuan Perindustrian akan bekerjasama dengan penyedia latihan yang bertaulih samaada luar atau dalaman, untuk memberi latihan kepada pekerja baharu untuk menguasai hard skill dan soft skill yang diperlukan dalam pekerjaan.

i-Lindung 


Apa itu    i-Lindung ? 
i-Lindung adalah usaha oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dengan kerjasama pelbagai syarikat insurans & takaful untuk melindungi #KeluargaMalaysia daripada pelbagai risiko yang tidak dijangka seperti kehilangan upaya secara menyeluruh dan penyakit kronik.

Program Rumah Transit


Program Rumah Transit (RT) bertujuan untuk memberi kemudahan perumahan kepada pasangan muda yang berkahwin dan berumur 30 tahun dan ke bawah. Program ini bertumpu di bandar-bandar besar untuk mengurangkan beban pasangan muda yang berpendapatan rendah / berkelayakan. 

Rumah ini disewakan dengan kadar sebanyak RM250.00 sebulan bagi tempoh sewaan selama tiga (3) tahun. Penyewa akan diberikan notis enam (6) bulan sebelum tamat tempoh kontrak bagi tujuan pengosongan rumah.

Skim Pembiayaan Informal Dan Mikro (SPIM)


Skim Pembiayaan Informal dan Mikro (SPIM) adalah skim yang menawarkan pembiayaan kepada usahawan Bumiputera dan Masyarakat India pada kadar keuntungan kosong peratus ( 0% ) berserta moratorium selama 12 bulan. Keutamaan pembiayaan ini diberi kepada peniaga sektor informal dan mikro yang tidak berdaftar dengan SSM atau PBT.

Nilai pembiayaan yang akan disalurkan adalah dari RM1,000 sehingga RM10,000 bagi setiap usahawan mengikut kelayakan serta tertakluk kepada terma dan syarat-syarat asas TEKUN Nasional.

Program Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP)


BEEP merupakan satu program khusus bertujuan untuk mewujud dan membangunkan PKS Bumiputera yang berdaya saing, berdaya tahan dan dinamik melalui bantuan bersepadu dengan pendekatan bimbingan, termasuk memperkukuhkan teras perniagaan PKS; membina kapasiti dan keupayaan; meningkatkan produktiviti serta memudahkan akses kepada pembiayaan.

Pakej Bantuan BEEP termasuklah: 

i.Pensijilan dan Sistem Pengurusan Kualiti (QMS); 
ii.Peningkatan Pembungkusan Produk; 
iii.Pembangunan dan Inovasi Produk; 
iv.Produktiviti dan Automasi; 
v.Pembangunan Penjenamaan dan Promosi; dan 
vi.Aplikasi Dalam Talian, e-Dagang, e-Pembayaran dan Aplikasi ICT.

Similar Posts:

Share:
Scroll to top
Telegram Pejabat Perdana Menteri

Info

Lorem ipsum dolor sit amet consectetur adipisicing.