Pejabat Perdana Menteri-Newsletter Bil.1/2022

KERAJAAN SENTIASA MENDENGAR KELUHAN RAKYAT DAN AKAN MEMASTIKAN PELAN PEMULIHAN EKONOMI DILAKSANAKAN DENGAN BERKESAN.
Pelbagai inisiatif telah dilaksanakan oleh kerajaan bagi memastikan kesinambungan kesejahteraan Keluarga Malaysia dikecapi oleh semua. Antara inisiatif terkini yang ditawarkan adalah seperti berikut:

BSN Mikro- Semarak


Tahukah anda Bajet 2022 telah mengumumkan pelbagai bantuan bagi membantu para peniaga?
Antara bantuan pembiayaan pernigaan yang ditawarkan adalah BSN Micro Semarak. BSN Micro/i Semarak ialah satu kemudahan pembiayaan / pinjaman mikro di bawah inisiatif Program Semarak Niaga Keluarga Malaysia (SemarakNiaga) yang ditawarkan kepada usahawan mikro untuk membantu dan menyokong perniagaan.

Jamin Kerja-Peluang Pekerjaan Melalui Inisiatif Penggajian


Kerajaan sentiasa mengambil cakna tentang kebajikan Keluarga Malaysia dalam mencari pekerjaansekaligus inisiatif ini membantu Keluarga Malaysia mendapat pekerjaan sepadan yang ditawarkan.

Program Upskills Malaysia


Bagi meningkatkan kemahiran pekerja, portal UPSkills Malaysia merupakan pusat rujukan tunggal yangmenghimpunkan maklumat 6,143 penyedia latihan meliputi 35 bidang kemahiran telah dilancarkan.Matlamat utama program ini adalah untuk menyediakan latihan kemahiran sekaligus meningkatkankebolehpasaran mereka dan jaminan penempatan pekerjaan.

Aspirasi 1 Keluarga 1 Rumah: Home Ownership Programme (HOPE)


Home Ownership Programme
(HOPE) merupakan salah satu usaha Kementerian Perumahan danKerajaan Tempatan untuk meningkatkan pemilikan rumah dalam kalangan rakyat. Antara salah satukomponen program ini adalah inisiatif bantuan pembiayaan perumahan i-Biaya.

Sudahkah Anda Memohon Program MyEzCover.com?

Bagi terus memastikan beban rakyat dapat dikurangkan, kerajaan telah mengumumkan Program Pembiayaan Insurans Kenderaan Keluarga Malaysia atau MyECover.com Program ini merupakan pakej pembiayaan secara ansuran sehingga 10 bulan tanpa sebarang caj faedah. Buat permulaan ianyaditawarkan kepada kakitangan kerajaan.

Similar Posts:

Share:
Scroll to top
Telegram Pejabat Perdana Menteri

Info

Lorem ipsum dolor sit amet consectetur adipisicing.