Kenyataan Media Berkaitan Tarif Elektrik dan Air di Semenanjung Kekal, Harga Ayam Tidak Diapungkan

KENYATAAN MEDIA
YAB PERDANA MENTERI


TARIF ELEKTRIK DAN AIR DI SEMENANJUNG KEKAL, HARGA AYAM TIDAK DIAPUNGKAN


Kerajaan telah memutuskan untuk tidak menaikkan kadar tarif elektrik dan air di Semenanjung. Sehubungan itu, kadar elektrik dan air kekal seperti sekarang.

Dengan keputusan ini, Kerajaan terus komited menampung subsidi sebanyak RM5.8 bilion, meskipun berlaku peningkatan mendadak kos bahan api dan kos penjanaan lain.

Ini bermakna;

(i) Pemberian rebat 2 sen/kWj dikekalkan kepada semua pengguna domestik dan tiada surcaj dikenakan. Untuk itu, tiada kenaikan tarif elektrik kepada pengguna-pengguna domestik di Semenanjung;

(ii) Pengenaan surcaj 3.70 sen/kWj dikekalkan kepada pengguna bukan domestik iaitu pengguna komersil dan industri.

Pada masa yang sama, Kerajaan turut memutuskan harga ayam di pasaran tidak akan diapungkan.

Harga siling baharu akan diumumkan dalam masa terdekat oleh Menteri Pertanian dan Industri Makanan.

Keputusan yang dibuat ini membuktikan keprihatinan Kerajaan demi menjaga kepentingan Keluarga Malaysia agar tidak terbeban dengan peningkatan harga dan cabaran kos sara hidup.

#KeluargaMalaysia
#BekerjaBersamaRakyat

DATO’ SRI ISMAIL SABRI YAAKOB
24 JUN 2022

Similar Posts:

Share:
Scroll to top
Telegram Pejabat Perdana Menteri

Info

Lorem ipsum dolor sit amet consectetur adipisicing.