
KENYATAAN MEDIA
YAB PERDANA MENTERI
PERUBAHAN HARI KELEPASAN AM BAGI HARI PEKERJA DAN HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 2022
Selaras dengan pengumuman rasmi Hari Raya Aidifitri bagi tahun 2022 oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja bahawa 1 Syawal 1443H, Hari Raya Aidilfitri tahun 2022 jatuh pada Isnin, 2 Mei 2022, maka Cuti Hari Pekerja secara automatik akan dibawa kepada Hari Rabu, 4 Mei 2022.
Ini adalah selaras dgn peruntukan Seksyen 3, Akta Hari Kelepasan 1951 [Akta 369], Holidays Ordinance (Sabah Cap. 56) dan Public Holidays Ordinance (Sarawak Cap. 8).
Gantian Cuti Hari Pekerja secara automatik ini tidak terpakai untuk Negeri Kedah, Terengganu, Kelantan dan Johor kerana Hari Pekerja jatuh pada hari Ahad yang mana ia adalah hari bekerja di negeri-negeri tersebut.
Bagaimanapun, ia adalah tertakluk pada keputusan Pihak Berkuasa Negeri masing-masing untuk membuat sebarang pengumuman berkenaan cuti.
Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri buat seluruh Keluarga Malaysia yang dikasihi.
#KeluargaMalaysia
#BekerjaBersamaRakyat
DATO’ SRI ISMAIL SABRI YAAKOB
1 Mei 2022
Similar Posts:
- Kenyataan Media Berkaitan Perubahan Hari Kelepasan Am Bagi Hari Pekerja dan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2022
- Kenyataan Media Berkaitan Bantuan Khas Kewangan Sempena Hari Raya Aidilfitri 2022
- Kenyataan Media Berkaitan Bantuan Khas Kewangan Sempena Hari Raya Aidilfitri 2022
- Kenyataan Media Berkaitan Tol Percuma Dan Diskaun Tol Sehingga 50 Peratus Sempena Perayaan Aidilfitri
- Kenyataan Media Berkaitan Tol Percuma Dan Diskaun Tol Sehingga 50 Peratus Sempena Perayaan Aidilfitri