Teks Ucapan Sempena Majlis Penyerahan Geran KRT Komuniti Sejahtera Keluarga Malaysia Peringkat Negeri Johor Tahun 2022

TEKS UCAPAN
YAB DATO’ SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB PERDANA MENTERI

SEMPENA

MAJLIS PENYERAHAN GERAN KRT KOMUNITI SEJAHTERA KELUARGA MALAYSIA
PERINGKAT NEGERI JOHOR TAHUN 2022

9 MAC 2022 | 10 PAGI KOMPLEKS SUKAN KOMUNITI, FELDA LOK HENG BARAT, KOTA TINGGI, JOHOR

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Keluarga Malaysia

1. Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah S.W.T dengan limpah rahmat dan kurnia-Nya, kita semua dapat berhimpun pada hari ini bagi menjayakan Majlis Penyerahan Geran KRT Komuniti Sejahtera Keluarga Malaysia Peringkat Negeri Johor Tahun 2022.

2. Rukun Tetangga adalah sebuah organisasi sukarela yang ditubuhkan oleh kerajaan pada tahun 1975 sebagai wadah penyatuan masyarakat pelbagai kaum. Asal penubuhannya adalah untuk memastikan keamanan dan keselamatan kawasan kediaman yang kini diperluaskan selari dengan perubahan serta cabaran semasa.

3. Kini terdapat sebanyak 8,330 Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di seluruh negara dan di Johor sahaja terdapat 837 KRT.

4. Kerajaan sentiasa mengiktiraf dan menghargai jasa serta pengorbanan sukarelawan Rukun Tetangga yang bertindak sebagai barisan hadapan masyarakat untuk membantu kerajaan memastikan keselamatan, keharmonian dan kesejahteraan komuniti.

5. Tahun ini Kerajaan menyediakan Geran Rukun Tetangga sebanyak RM50 juta bagi memperkukuhkan peranan KRT dalam komuniti melalui pelaksanaan Agenda Kerja Komuniti Rukun Tetangga yang merangkumi Gerak Kerja KRT Sejahtera, Gerak Kerja KRT selamat, Gerak Kerja KRT Sihat serta Gerak Kerja KRT Bersih dan Indah.

6. Sesuai dengan tema ‘Mendepani Cabaran untuk Kesejahteraan Keluarga Malaysia,” pelaksanaan inisiatif berdasarkan isu serta cabaran dalam komuniti menunjukkan, KRT perlu sentiasa peka dan prihatin dengan perkembangan semasa, selain sentiasa dekat di hati Keluarga Malaysia.

Keluarga Malaysia yang saya kasihi,

7. Dua tahun kebelakangan ini adalah tempoh paling sukar disebabkan pandemik COVID-19 dan bencana banjir yang

mengakibatkan kerugian besar kepada Keluarga Malaysia di beberapa negeri termasuk Johor.

8. Namun begitu, di sebalik musibah ada rahmat yang tersirat, terdapat kebersamaan petugas-petugas barisan hadapan, syarikat-syarikat milik kerajaan dan swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan Keluarga Malaysia, berganding bahu mengurangkan beban mangsa yang terkesan.

Keluarga Malaysia yang saya kasihi,

9. Saya ingin merakamkan ucapan penghargaan dan tahniah kepada Kementerian Perpaduan Negara kerana merealisasikan konsep Keluarga Malaysia dalam pelbagai bentuk program yang spesifik dan konkrit.

10. Kementerian Perpaduan Negara melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional telah melaksanakan pelbagai program dan inisiatif dalam mendukung semangat Keluarga Malaysia. Ia dilakukan melalui Gerak Kerja Komuniti Rukun Tetangga sehingga menyemarakkan keprihatinan Rukun Tetangga terhadap masyarakat yang terjejas dengan pelbagai musibah.

11. Sebagai contoh, semasa negara berdepan dengan pandemik COVID-19, bantuan kotak makanan dihulurkan kepada warga Rukun Tetangga melalui inisiatif Program Skuad Uniti RT Cares selain keperluan kesihatan yang meliputi kerusi roda, katil perubatan dan keperluan lain yang bersesuaian dengan komuniti terbabit.

Keluarga Malaysia yang saya kasihi,

12. Kementerian Perpaduan Negara telah menyediakan hala tuju Rukun Tetangga yang jelas dan komprehensif melalui penyediaan Pelan Pemerkasaan Kepimpinan Komuniti Rukun Tetangga 2021-2030. Ia dapat memberi khidmat yang benar-benar berkualiti dan cemerlang kepada Keluarga Malaysia.

Keluarga Malaysia yang saya kasihi,

13. Laporan Indeks Keamanan dan Global 2021 (Global Peace Index 2021) boleh dijadikan penanda aras dalam mengukur tahap perpaduan buat masa kini.

14. Malaysia kini berada di tangga ke-23 daripada 163 buah negara paling aman di dunia dan kelima paling aman di Asia selepas New Zealand, Singapura, Jepun dan Australia.

15. Saya percaya ramai pernah menjadi ahli Rukun Tetangga. Saya juga pernah menjadi ahli rukun Tetangga di kawasan komuniti saya. Disebabkan itu peranan KRT amat penting bagi memastikan keselamatan komuniti.

16. Hari ini kita lihat kerajaan di Peringkat Persekutuan adalah kerajaan yang stabil selepas mendatangani Perjanjian Persefahaman (MoU).

17. Perkara ini disebut selepas titah Yang Di-Pertuan Agong bahawa Baginda berpuas hati dengan kestabilan politik pada masa kini.

18. Jika berlaku perubahan kerajaan, kita boleh lihat dalam negara kita, terdapat 3 Perdana Menteri dalam satu masa dan ini disebabkan oleh ketidakstabilan politik.

19. Johor ini bertuah sebab dari segi pelaburan, negara yang paling hampir adalah Singapura. Sudah pasti Johor menjadi pusat pelaburan.

20. Kita perlu kerajaan Johor yang stabil, dan yang boleh menstabilkan kerajaan Johor untuk memperkukuhk an ekonomi dan kesejahteraan rakyat Johor adalah berdasarkan kebijaksanaan tuan-tuan dan puan-puan.

21. Sebelum saya datang ke Lok Heng, saya dimaklumkan tentang beberapa isu mengenai kawasan FELDA di Lok Heng ini.

22. Harga sawit tertinggi dalam sejarah negara kita. Saya ada 14 kawasan FELDA di Bera. Tapi saya pasti ada beberapa isu seperti isu air, dan projek Loji Gemalai telah diluluskan dalam RMK-12 dan kini dalam proses setuju terima oleh kontraktor.

23. Loji Rawatan Air Gembut yang akan terus disalurkan ke Loji Rawatan Air Lok Heng. Projek ini telah diumumkan oleh Setiausaha Kementerian supaya isuair di Kota Tinggi akan dapat diselesaikan.

24. Kedua, isu perumahan generasi kedua FELDA. Sewaktu RMK-12, saya mengumumkan bawasa isu perumahan rumah generasi kedua FELDA dapat diselesaikan seperti pemberian lot-lot rumah untuk didirikan rumah.

25. Kerajaan Persekutuan dan Negeri memberi peruntukan sebanyak RM60 juta untuk membangunkan infrastruktur supaya tiada lagi isu masalah infrastruktur.

26. Ketiga, kita tidak melihat kepada keperluan rumah semata-mata. Ramai peneroka beralih ke arah keusahawan, pihak FELDA setuju untuk beri RM10 juta untuk Tabung sahawan Belia.

27. Bagi mengikitraf peranan belia FELDA, pada mesyuarat agung tempoh hari, saya telah mengumumkan untuk melantik wakil belia dalam Ahli Lembaga Pengarah FELDA.

28. Pihak Kerajaan mempunyai keyakinan kepada belia untuk menyuarakan pandangan dan buah fikiran untuk memajukan FELDA dan anak belia FELDA.

29. Saya telah melantik Pengerusi elia FELDA untuk menjadi Ahli Lembaga engarah FELDA. Tahniah kepada belia.

30. Saya juga difahamkan rangkaian telefon teruk untuk perniagaan kerana masalah pencawang, sehubungan itu pihak kerajaan ingin mengumumkan untuk membina pencawang telefon selular di kawasan Kota Tinggi ini.

31. Satu lagi isu yang dimaklumkan adalah isu gajah. Saya dah dimaklumkan di bawah negeri Johor terdapat penubuhan santuari gajah dan telah diberi peruntukan sebanyak RM10 juta untuk pembinaansantuari gajah bagi fasa 2 dan dijangka siap pada 2025. Maka isu gajah- gajah yang berkeliaran akan dapat diselesaikan sepenuhnya.

32. Saya amat memahami masalah FELDA ini dan pastinya saya akan beri perhatian yang khusus kepada isu peneroka.

33. Sebelum saya merasmikan program ini, saya rasa oran g FELDA Lok Heng boleh berbangga sebab kedua-dua calon untuk PRN ini daripada Kota Tinggi terdiri daripada generasi kedua FELDA.

34. Calon pertama ialah Dato Muszaide Makmur, anak FELDA Lok Heng Barat, yang kedua Cik Norliza Noh daripada FELDA Simpang Waha, mereka dari FELDA, dan sudah pasti saya akan menyokong anak FELDA.

35. Berdasarkan keyakinan itu, dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya dengan ini merasmikan Majlis Penyerahan Geran KRT Komuniti Sejahtera Keluarga Malaysia Peringkat Negeri Johor Tahun 2022.

Sekian,

Wabillahi Taufik Wal Hidayah
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Similar Posts:

Share:
Scroll to top
Kenaikan OPR

Info

Lorem ipsum dolor sit amet consectetur adipisicing.