
KENYATAAN MEDIA
YAB PERDANA MENTERI
PEMBAYARAN FASA 1 BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM) BERNILAI HAMPIR RM2.0 BILION SECARA BERPERINGKAT MULAI 28 MAC 2022 (ISNIN)
Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah sebuah inisiatif bantuan tunai langsung yang diumumkan di dalam Belanjawan 2022 bagi memanfaatkan golongan B40.
Sukacita diumumkan, bagi pembayaran Fasa 1 BKM, 8.6 juta penerima akan mendapat bayaran sebanyak RM100 hingga RM300 berdasarkan kelayakan setiap penerima merangkumi 4.0 juta isi rumah, 1.2 juta warga emas (bujang/tiada pasangan) dan 3.4 juta individu bujang. Setiap penerima yang layak akan menerima bayaran secara berperingkat mulai 28 Mac 2022 (Isnin) melibatkan peruntukan berjumlah hampir RM2.0 bilion. Pembayaran ini juga bagi meringankan beban kewangan rakyat terutamanya dalam menyambut bulan Ramadan 1443H dan akan disalurkan seperti berikut:
Semakan status kelulusan BKM boleh dibuat mulai 28 Mac 2022 melalui pautan https://bkm.hasil.gov.my.
Bagi memastikan program BKM disasarkan kepada mereka yang benar-benar layak, tempoh permohonan rayuan akan dibuka mulai 2 Mei 2022 untuk tempoh sebulan. Proses ini adalah bagi mempertimbangkan semula permohonan yang tidak diluluskan, dengan memberi ruang untuk mengemukakan rayuan berserta dokumen yang berkaitan untuk disemak semula oleh LHDNM.
Kerajaan sentiasa peka dengan keperluan semasa dan akan terus komited dalam memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia terutamanya kumpulan sasar.
#KeluargaMalaysia
#BekerjaBersamaRakyat
DATO’ SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB
20 MAC 2022
Similar Posts:
- Kenyataan Media Berkaitan Pembayaran Fasa 1 Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)
- Kenyataan Media Berkaitan Pembukaan Semula Sempadan Laluan Darat
- Kenyataan Media Berkenaan Pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Keluarga Malaysia Fasa 3 dan Rayuan BPR, Bernilai RM2.82 Bilion Mulai 28 September 2021
- Kenyataan Media Berkenaan Pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Keluarga Malaysia Fasa 3 dan Rayuan BPR, Bernilai RM2.82 Bilion Mulai 28 September 2021
- Kenyataan Media Berkaitan Pembayaran Fasa 1 Bantuan Khas COVID-19 Secara Berperingkat