Teks Ucapan Sempena Majlis Pengisytiharan Hari Batik Malaysia

TEKS UCAPAN
YAB DATO’ SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB

PERDANA MENTERI MALAYSIA
SEMPENA
MAJLIS PERISYTIHARAN HARI BATIK MALAYSIA


Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Salam Sejahtera dan Salam Keluarga Malaysia.

1. Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah perkenan-Nya, dapat kita bersama- sama bagi Perisytiharan Hari Batik Malaysia.

2. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC) di atas usaha jitu dalam merealisasikan hari yang bersejarah ini.

3. Saya berasa amat gembira menyaksikan usaha MOTAC melalui Kraftangan Malaysia dalam membangunkan industri kraf batik negara agar terus mampan dan berdaya saing dalam mendepani cabaran ekonomi global.

Keluarga Malaysia yang saya kasihi,

4. Mesyuarat Jemaah Menteri pada 26 November 2021 yang lalu bersetuju untuk memasyhurkan satu tarikh dalam bulan Disember sebagai Hari Batik Malaysia.

5. Pemilihan tarikh tersebut adalah sebagai penghargaan atas segala sokongan dan usaha yang telah disumbangkan oleh Allahyarhamah Tun Datin Paduka Seri Endon Mahmood iaitu isteri kepada Mantan Perdana Menteri Yang Amat Berbahagia Tun Abdullah Ahmad Badawi .

6. Pada 3 Disember 2003, Allahyarhamah telah memulakan sebuah Gerakan Malaysian Batik-Crafted for the World untuk membawa batik tempatan ke arena antarabangsa..

7. Saya percaya perisytiharan Hari Batik Malaysia akan dapat menjadi pemangkin kepada pemerkasaan industri kraf batik tempatan dan rantaian pengeluaran industri batik negara.

8. Akhir kata, saya ingin merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya dan Kraftangan Malaysia atas pemasyhuran ini.

9. Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya dengan sukacitanya mengisytiharkan 3 Disember sebagai Hari Batik Malaysia yang akan disambut pada setiap tahun.

10. Sebagai menyokong usaha ini, kerajaan telah menetapkan Hari Khamis sebagai Hari Pemakaian Batik Malaysia untuk semua penjawat awam dan seluruh Keluarga Malaysia , termasuk di Parlimen.

Sekian,

Wabillahi taufiq wal hidayah.
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Similar Posts:

Share:
Scroll to top
Kenaikan OPR

Info

Lorem ipsum dolor sit amet consectetur adipisicing.