Speech – World Children’s Day 2021

SPEECH
YAB DATO’ SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB
PRIME MINISTER OF MALAYSIA
WORLD CHILDREN’S DAY 2021
17 NOVEMBER 2021

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Keluarga Malaysia

Yang Berhormat Senator Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim
Yang di-Pertua Dewan Negara

Yang Berhormat Tan Sri Azhar Azizan Harun
Yang di-Pertua Dewan Rakyat

Yang Berhormat Dato’ Sri Azalina Othman Said
Ahli Parlimen Pengerang dan Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Hal Ehwal Wanita Dan Kanak-Kanak Dan Pembangunan Sosial

Yang Berusaha Dr. Nizam Mydin bin Bacha Mydin
Setiausaha Dewan Rakyat

Yang Berusaha Muhd Sujairi Abdullah
Setiausaha Dewan Negara

Dr. Rashed Mustafa Sarwar
Wakil UNICEF ke Malaysia

Ahli-ahli Parlimen, dan

Keluarga Malaysia yang saya kasihi,

1. First and foremost, allow me to extend my thanks to the United Nations Children’s Fund (UNICEF) for your continuous support in the fight for children’s rights around the world, which includes the children of ‘Keluarga Malaysia’.

2. May I also take this opportunity to congratulate Dato Sri Azalina Othman, Chairman of the Special Committee on Women and Children Affairs and Social Development, for taking a visionary initiative in protecting and ensuring that the children of ‘Keluarga Malaysia’ are not left behind.

Keluarga Malaysia yang dikasihi,

3. Acara istimewa ini dianjurkan sempena Hari Kanak-Kanak Sedunia yang disambut pada 20 November setiap tahun. Sambutan ini adalah usaha kebersamaan di peringkat antarabangsa dalam menjaga kebajikan kanak-kanak dan meningkatkan kesedaran tentang isu-isu mendesak yang dihadapi mereka.

4. Kanak-kanak amat berharga di hati saya kerana mereka merupakan anugerah Tuhan yang amat berharga kepada kita. Saya percaya, adalah tidak memadai jika kita hanya memperuntukkan satu hari dalam setahun untuk memperingati hak dan keperluan yang sepatutnya dinikmati mereka. Kita sebenarnya perlu berusaha lebih untuk melindungi kanak-kanak kerana ada di antara mereka bakal menjadi pemimpin yang hebat di masa akan datang.

5. Setiap kanak-kanak mempunyai hak asasi untuk mendapatkan pendidikan dan membesar dalam suasana yang kondusif agar mereka mampu menjadi individu yang boleh mencapai potensi penuh dan mengejar impian mereka. Oleh itu, kita semua mempunyai peranan penting dalam mewujudkan persekitaran yang lebih baik untuk setiap kanak- kanak.

6. Kanak-kanak merupakan modal insan penting kepada negara. Modal insan ini dapat dibangunkan kepada tahap optimum melalui penyediaan persekitaran yang selamat dan kondusif.

7. Justeru, dasar perlindungan kanak-kanak amat perlu pada masa ini bagi menggalakkan setiap agensi, organisasi dan anggota masyarakat memberi keutamaan kepada perlindungan kanak-kanak sebagai tanggungjawab bersama.

8. Dasar ini selaras dengan falsafah Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak atau Convention on the Rights of the Child (CRC) 1995 dan Akta Kanak-Kanak 2001 yang juga menekankan prinsip perlindungan kepada kanak-kanak demi kepentingan terbaik mereka.

9. Di Malaysia, individu berumur di bawah 18 tahun didefinasikan sebagai seseorang kanak-kanak seperti yang termaktub dalam CRC.

10. Dalam hal ini, Malaysia berpegang teguh dengan matlamat Pembangunan Lestari atau Sustainable Development Goals (SDG) yang menjadi agenda global Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB), agar tiada kanak-kanak yang terpinggir dalam pembangunan negara, dan mereka berhak untuk hidup dengan selamat dan gembira.

11. Pandemik COVID-19 yang melanda dunia telah mengakibatkan perubahan besar terhadap sosio ekonomi di seluruh dunia, tetapi wabak yang melanda ini tidak harus menggoyahkan keazaman kita dalam memberi perlindungan dan kesejahteraan kepada kanak-kanak.

12. Usaha bersepadu daripada sektor awam dan swasta serta masyarakat secara amnya sangat diperlukan bagi mewujudkan persekitaran yang lebih baik dan selamat untuk kanak-kanak membina masa depan mereka. Sebagai ‘Keluarga Malaysia’, marilah kita bersama-sama mencapai matlamat ini.

Keluarga Malaysia yang dikasihi sekalian,

13. Selari dengan konsep Keluarga Malaysia dan pelantikan Malaysia untuk menduduki kerusi di Human Rights Council (atau HRC), Malaysia kekal komited dalam memberi perlindungan kepada kanak-kanak, terutamanya kanak-kanak dari golongan rentan, mangsa keganasan seksual dan keganasan rumahtangga. Di antara Jun 2020 dan Ogos 2021, sebanyak 1,721 kes keganasan seksual terhadap kanak- kanak telah direkodkan dan terdapat 2,162 kes aktif yang sedang dalam perbicaraan.

14. Di samping itu, kerajaan teguh dalam memperkukuh rangkaian penuh hak semua kanak-kanak di bawah bidang kuasa Malaysia serta meningkatkan kerjasama pelbagai sektor dan antara agensi, termasuk pihak berkuasa tempatan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pertubuhan antarabangsa di bawah United Nations.

15. Juga, jangan kita lupa tentang perlindungan kanak-kanak dalam tahanan. Komitmen Malaysia dalam menangani isu ini dapat dilihat dalam penubuhan program Alternative to Detention (ATD) apabila kerajaan berikrar sebagai ahli HRC.

16. Kerajaan bertanggungjawab dalam melindungi semua kanak-kanak di negara ini, tanpa mengira kewarganegaraan, bangsa, agama, kelahiran atau status-status lain. Kepentingan terbaik mereka mesti diambil kira – terutamanya apabila menangani keperluan kanak-kanak yang terdedah, termasuk kanak-kanak pelarian ataupun refugee.

17. Ini adalah selaras dengan prinsip Konvensyen mengenai Hak Kanak-kanak. Sejak sekian lamanya, Malaysia kekal komited berhubung hal penahanan untuk kanak-kanak di Malaysia.

18. Melangkah ke hadapan, kita mesti melakukan yang terbaik untuk mengambil langkah berjaga-jaga yang perlu untuk menangani isu global yang berkaitan dengan kanak-kanak.

19. Program kesedaran seperti acara hari ini adalah antara tindakan yang boleh diambil untuk menggalakkan pemahaman yang lebih mendalam tentang hak kanak-kanak. Marilah kita berikrar untuk melindungi anak-anak kita daripada segala amalan yang memudaratkan dan diskriminasi, kerana mereka adalah bunga-bunga taman Allah SWT.

Thank you and stay safe.

Wabillahi taufiq wal hidayah,
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

#KeluargaMalaysia
#BekerjaBersamaRakyat

Similar Posts:

Share:
Scroll to top
Telegram Pejabat Perdana Menteri