
Salam takziah buat seluruh keluarga Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing, yang meninggal dunia awal pagi tadi.
Pemergian mendiang satu kehilangan yang besar kepada Negeri Sarawak dan negara.
Mendiang merupakan seorang pemimpin yang berjiwa rakyat, berpandangan jauh dan berwibawa. Jasa dan pengorbanan mendiang pasti akan dikenang sampai bila-bila.
Saya mewakili kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang dan semoga diberikan kekuatan serta kesabaran menghadapi saat duka ini.
#KeluargaMalaysia
#BekerjaBersamaRakyat
DATO’ SRI ISMAIL SABRI YAAKOB
31 OKTOBER 2021
Similar Posts:
- Teks Ucapan Sempena Program Usahawan & Koperasi Keluarga Malaysia
- Teks Ucapan Sempena Program Usahawan & Koperasi Keluarga Malaysia
- Kenyataan Media Berkaitan Pengeluaran Khas KWSP RM10,000
- Kenyataan Media Berkaitan Pengeluaran Khas KWSP RM10,000
- Teks Ucapan Sempena Majlis Perasmian Program Citrawarna Keluarga Malaysia 2022