
KENYATAAN MEDIA
YAB PERDANA MENTERI
RM500 JUTA BAYARAN GERAN KHAS PRIHATIN (GKP) 4.0
1. Kerajaan terus komited menyokong sektor perniagaan khususnya Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mikro, dengan menyalur bantuan Geran Khas Prihatin (GKP) 4.0 di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) mulai Selasa, 21 September 2021.
2. Bantuan ini akan memberi manfaat kepada lebih 1 juta PKS mikro, bagi meringankan beban kewangan mereka dalam mengharungi tempoh yang masih mencabar.
3. Bayaran GKP 4.0 akan dibayar dua kali iaitu pada September 2021 berjumlah RM500 dan November 2021 (RM500). Inisiatif ini melibatkan penerima sedia ada GKP 1.0, GKP 2.0, GKP 3.0 dan penerima baharu GKP 4.0, dengan implikasi kewangan sebanyak RM500 juta.
4. Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan dalam sistem GKP. Semakan status kelulusan GKP 4.0 boleh dibuat mulai 20 September 2021 melalui Portal GKP, iaitu https://gkp.hasil.gov.my.
5. Secara keseluruhan, jumlah peruntukan yang telah dan akan disalurkan kepada lebih 1 juta PKS mikro di bawah GKP semenjak COVID-19 melanda negara adalah RM6.08 bilion.
6. Saya berharap bantuan ini dapat menggerak dan memulihkan kembali sektor PKS yang merupakan enjin pertumbuhan ekonomi Keluarga Malaysia.
7. Kerajaan memberi keutamaan kepada pemain industri ini kerana mereka merupakan antara sektor yang paling terjejas sepanjang pandemik COVID-19.
8. Semoga dengan bantuan ini, peniaga kecil seperti pemilik gerai makanan, kedai gunting rambut, bengkel dan kedai kek dapat mengurangkan beban dan membantu aliran tunai.
#KeluargaMalaysia
#BekerjaBersamaRakyat
DATO’ SRI ISMAIL SABRI YAAKOB
17 SEPTEMBER 2021
Similar Posts:
- Kenyataan Media Berkaitan RM500 Juta Bayaran Geran Khas Prihatin (GKP) 4.0
- Kenyataan Media Berkaitan Bantuan Khas Kewangan Sempena Hari Raya Aidilfitri 2022
- Kenyataan Media Berkaitan Bantuan Khas Kewangan Sempena Hari Raya Aidilfitri 2022
- Kenyataan Media Berkenaan Pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Keluarga Malaysia Fasa 3 dan Rayuan BPR, Bernilai RM2.82 Bilion Mulai 28 September 2021
- Kenyataan Media Berkenaan Pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Keluarga Malaysia Fasa 3 dan Rayuan BPR, Bernilai RM2.82 Bilion Mulai 28 September 2021