Justifikasi Terhadap Pembukaan Sektor Ekonomi Dari Sudut Sains Dan Data

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT
MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEEMPAT
PARLIMEN KEEMPAT BELAS


PERTANYAAN : LISAN
TARIKH : 14 SEPTEMBER 2021 (SELASA)
DARIPADA : DATUK SERI SAIFUDDIN NASUTION BIN ISMAIL [KULIM BANDAR BAHARU]

SOALAN NO. 1 (SOALAN TAMBAHAN DUA)

Minta PERDANA MENTERI menyatakan bagaimana sains dan data memberikan justifikasi terhadap pembukaan sektor ekonomi ini?

JAWAPAN

Terima kasih Yang Berhormat.

Dari segi Pelan Pemulihan Negara yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Pagoh memang Yang Berhormat Pagoh telah pun mempengerusikan mesyuarat ini sejak daripada mula Majlis Pemulihan Negara ini diwujudkan. Jadi, sebab itu kita memberikan kepercayaan kepada Yang Berhormat Pagoh untuk meneruskan tugasnya.

          Jadi, yang keduanya, soalan ini bersandarkan kepada 11 jenis aktiviti ekonomi yang kita benarkan. Dan seperti kata Yang Berhormat tadi, kita berdasarkan sains dan data yang menunjukkan iaitu apa yang kita lihat adalah dari segi kluster yang diwujudkan oleh 11 daripada sektor ekonomi yang telah kita buka. Sebagai contoh, ramai yang mengatakan gunting rambut ini bahaya sebab close contact dan sebagainya. Akan tetapi sepanjang tahun 2020, hanya satu kes kluster yang melibatkan gunting rambut. Begitu juga dengan beauty salon. Ramai yang mengatakan ini bahaya tetapi tidak ada kes yang melibatkan– Hanya satu kes atau dua kes yang melibatkan beauty salon.

          Begitu juga dengan kedai cuci kereta. Ramai kata ini kedai cuci kereta pekerjanya Bangladesh dan sebagainya. Jadi, tentu jangkitan lebih mudah. Akan tetapi sepanjang tahun 2020, tidak ada satu pun yang melibatkan kedai cuci kereta.

          Jadi, data-data seperti ini lah yang menyebabkan kita fokus kepada sektor- sektor tertentu untuk kita buka walaupun di tempat lain masih lagi ada kluster-kluster lain.

Terima kasih.

Similar Posts:

Share:
Scroll to top
Telegram Pejabat Perdana Menteri