Kenyataan Media Berkaitan Kuarantin Kendiri YAB Perdana Menteri

KENYATAAN MEDIA
PEJABAT PERDANA MENTERI

Dimaklumkan bahawa Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob hari ini mula menjalani kuarantin kendiri setelah disahkan kontak rapat kepada pesakit COVID-19.

Sehubungan itu, Perdana Menteri tidak dapat menghadiri Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Simpan Rahsia Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Timbalan Menteri Persekutuan, di hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah pada petang ini.

Sementara itu, bagi sambutan Hari Kebangsaan 2021 yang dijadualkan berlangsung di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya esok (31 Ogos 2021), Perdana Menteri akan menyertainya secara maya.

PUTRAJAYA
30 OGOS 2021

Similar Posts:

Share:
Scroll to top
Telegram Pejabat Perdana Menteri