Kenyataan Media Mengenai Pelantikan YAB Timbalan Perdana Menteri

KENYATAAN MEDIA
PEJABAT PERDANA MENTERI

YAB Perdana Menteri telah melantik YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri dan kekal memegang portfolio Menteri Pertahanan. Pelantikan ini akan dapat membantu YAB Perdana Menteri menguruskan pentadbiran negara dan memenuhi keperluan rakyat dalam keadaan negara sedang menghadapi krisis kesihatan dan ekonomi pada masa ini.

YB Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein pula telah dilantik sebagai Menteri Kanan Luar Negeri. Sebagai Menteri Kanan, beliau akan mengetuai Kluster Keselamatan yang sebelum ini diketuai oleh YAB Dato Sri Ismail Sabri. Di samping itu, YAB Perdana Menteri bersetuju supaya YB Dato’ Seri Hishammuddin membantu beliau dalam pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara.

Kedua-dua pelantikan ini telah disembah maklum kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan berkuatkuasa serta-merta.

Adalah diharapkan pelantikan ini akan meningkatkan lagi keupayaan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) khususnya dalam menghadapi pandemik COVID-19, memperkuatkan perpaduan dalam kalangan parti- parti yang membentuk kerajaan dan memperkukuhkan Kerajaaan PN dengan tadbir urus yang telus, bebas rasuah dan berintegriti.

Pejabat Perdana Menteri mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob dan YB Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein di atas pelantikan ini.

PEJABAT PERDANA MENTERI
7 Julai 2021

Similar Posts:

Share:
Scroll to top
Telegram Pejabat Perdana Menteri