Kenyataan Media mengenai Tragedi Kapal Selam KRI Nanggala 402

KENYATAAN MEDIA
YAB PERDANA MENTERI

Saya mewakili Kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada Presiden Joko Widodo, Kerajaan dan rakyat Republik Indonesia susulan tragedi yang menimpa kapal selam KRI Nanggala 402 pada 22 April 2021. Kami turut berdukacita atas tragedi yang mengejutkan dan amat menyayat hati ini.

Semoga Allah SWT mengurniakan kekuatan dan kesabaran kepada ahli keluarga 53 anak kapal KRI Nanggala 402 dalam menempuh dugaan ini.

Malaysia sentiasa bersedia untuk terus menghulurkan bantuan wajar yang diperlukan kepada Republik Indonesia dalam menghadapi waktu genting ini.

 

TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN
Putrajaya
25 April 2021

Similar Posts:

Share:
Scroll to top
Telegram Pejabat Perdana Menteri