Kenyataan Media mengenai Pelantikan Timbalan Menteri Persekutuan

KENYATAAN MEDIA


PELANTIKAN TIMBALAN MENTERI PERSEKUTUAN

 

Adalah dimaklumkan bahawa selaras dengan Fasal (1) Perkara 43A Perlembagaan Persekutuan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikan YB Senator Datuk Guan Dee Bin Koh Hoi sebagai Timbalan Menteri Persekutuan.

YB Senator Datuk Guan Dee Bin Koh Hoi dilantik sebagai Timbalan Menter Pelancongan, Seni dan Budaya bagi menggantikan YB Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan yang telah meletakkan jawatan sebagai Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya selepas beliau mengangkat sumpah sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah II merangkap Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah pada 29 September 2020.

Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia oleh Timbalan Menteri Persekutuan di hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong diadakan pada hari ini 16 April 2021.

 

PEJABAT PERDANA MENTERI
PUTRAJAYA
16 APRIL 2021

Similar Posts:

Share:
Scroll to top
Telegram Pejabat Perdana Menteri