Kenyataan Media mengenai Pembinaan Dewan di kawasan Parlimen Pagoh

KENYATAAN MEDIA 
PEJABAT PERDANA MENTERI

Merujuk kepada berita yang tular di media sosial mengenai pembinaan dewan di kawasan Parlimen Pagoh bernilai RM35.43 juta, Pejabat Perdana Menteri ingin menjelaskan bahawa peruntukan pembangunan tersebut ialah untuk pembinaan tiga buah dewan orang ramai iaitu Dewan Gersik, Tangkak bernilai RM13 juta, Dewan Masyarakat Bukit Pasir, Muar bernilai RM16.66 juta dan Pusat Komuniti Bukit Kepong, Muar bernilai RM5.77 juta.

Peruntukan pembangunan ini bukan untuk pembinaan sebuah dewan sepertimana yang digembargemburkan oleh sesetengah pihak.

Pembinaan ketiga-tiga dewan ini adalah untuk memenuhi keperluan masyarakat setempat.

Perolehan bagi ketiga-tiga projek pembinaan dewan ini bukan secara rundingan terus tetapi mengikut tatacara perolehan secara tender yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan.

Dakwaan seperti yang ditularkan adalah berniat jahat dan Pejabat Perdana Menteri merasa kesal dengan perbuatan tidak bertanggungjawab ini.

PEJABAT PERDANA MENTERI
16 JANUARI 2021

Similar Posts:

Share:
Scroll to top
Kajian Kepuasan Pelanggan