Kenyataan Media berhubung keputusan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2020

PMO

KENYATAAN MEDIA
YAB PERDANA MENTERI

Pejabat Perdana Menteri mengambil maklum berhubung keputusan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2020 yang telah diumumkan oleh Transparency International (TI) semalam iaitu skor sebanyak 51/100 dan kedudukan 57/180 buah negara.

Walaupun skor dan kedudukan negara menurun sedikit daripada tahun 2019, namun perlu ditegaskan bahawa dasar dan komitmen kerajaan dalam memerangi rasuah dan meningkatkan tadbir urus kerajaan adalah jelas serta berterusan.

Seperti mana yang telah dimaklumkan pada peringkat awal pemerintahan kerajaan Perikatan Nasional, Pelan Antirasuah Nasional (NACP) masih diteruskan bagi meningkat tadbir urus kerajaan selain mengurangkan dan menutup peluang-peluang rasuah dalam pentadbiran kerajaan.

Kerajaan melalui Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) juga sentiasa melihat kepada kaedah dalam meningkatkan tadbir urus dalam pentadbiran kerajaan.

Malah Kerajaan tidak pernah dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pelaku rasuah serta tindakan tegas akan diambil mengikut prinsip ‘rule of law’.

 

PEJABAT PERDANA MENTERI
29 JANUARI 2021

Similar Posts:

Share:
Scroll to top
Telegram Pejabat Perdana Menteri