KENYATAAN MEDIA
PEJABAT PERDANA MENTERI
PELANTIKAN ANGGOTA PESURUHJAYA
SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN
Adalah dimaklumkan bahawa selaras dengan subseksyen 5(1) Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 [Akta 700], Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah telah memperkenankan pelantikan tiga (3) anggota Pesuruhjaya Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan / Enforcement Agency Integrity Commission (EAIC) untuk tempoh 3 tahun berkuat kuasa pada 1 November 2020 seperti yang berikut:
1. YBHG. TAN SRI MAHMOOD BIN ADAM
2. YBHG. TAN SRI DATO’ WIRA AZIAH BINTI ALI
3. YBHG. DATO’ ALIZATUL KHAIR BINTI OSMAN KHAIRUDDIN
Pelantikan ini melengkapkan barisan Pesuruhjaya Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan sedia ada yang diterajui oleh YBhg. Tan Sri Mohd Sidek Haji Hassan (Pengerusi), YBhg. Tan Sri Datuk Zainun Ali (Timbalan Pengerusi), YBhg. Dato’ John Louis O’hara dan YBrs. Prof. Dr. Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod. Barisan Pesuruhjaya Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan ini pasti akan terus memacu matlamat dan komitmen EAIC memartabatkan integriti dalam kalangan agensi penguatkuasaan seliaan.
PEJABAT PERDANA MENTERI
3 November 2020
Similar Posts:
- Pelantikan Pengerusi dan Anggota Pesuruhjaya Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan
- Perkhidmatan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
- Kenyataan Media: Ucapan Takziah YAB Perdana Menteri berhubung kepulangan ke Rahmatullah Tun Hajjah Rahah
- Pelantikan Pengerusi Baharu MAB dan Presiden Baharu PETRONAS
- Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) Siri 12 – 25 Jun 2020